bab 06_tuang bentuk rasuk

19
BAB 6 : TUANG BENTUK DAN RASUK 6.1 PENGENALAN Dalam pembinaan bagi sesebuah bangunan, binaan sementara sering digunakan dalam kerja-kerja pembinaan bagi menyokong sesuatu binaan atau memudahkan perlaksanaan sesuatu kerja yang hendak dijalankan. Salah satu daripada binaan sementara yang sering digunakan dalam pembinaan bangunan ialah kotak bentuk atau lebih dikenali sebagai “Formwork”. Kotak bentuk atau “Formwork” merupakan satu struktur atau binaan sementara yang dibina untuk menampung konkrit basah yang baru dituang bagi membentuknya kepada bentuk dan saiz yang dikehendaki. Kotak bentuk juga menyokong atau menahan konkrit basah sehingga ia memperolehi kekuatan yang mencukupi untuk

Upload: hafiz-nurahim

Post on 12-Dec-2014

444 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 06_Tuang Bentuk Rasuk

BAB 6 : TUANG BENTUK DAN RASUK

6.1 PENGENALAN

Dalam pembinaan bagi sesebuah bangunan, binaan sementara sering

digunakan dalam kerja-kerja pembinaan bagi menyokong sesuatu binaan atau

memudahkan perlaksanaan sesuatu kerja yang hendak dijalankan. Salah satu daripada

binaan sementara yang sering digunakan dalam pembinaan bangunan ialah kotak

bentuk atau lebih dikenali sebagai “Formwork”.

Kotak bentuk atau “Formwork” merupakan satu struktur atau binaan sementara

yang dibina untuk menampung konkrit basah yang baru dituang bagi membentuknya

kepada bentuk dan saiz yang dikehendaki. Kotak bentuk juga menyokong atau

menahan konkrit basah sehingga ia memperolehi kekuatan yang mencukupi untuk

berdikari. Kebanyakkan kotak bentuk yang digunakan dalam industri pembinaan

adalah dari jenis papan. Hal ini demikian ianya mudah dipasang dan dikendalikan.

Page 2: Bab 06_Tuang Bentuk Rasuk

Kayu yang hendak digunakan untuk membuat kotak bentuk hendaklah tidak

terlalu kering dan tidak mengandungi lembapan yang berlebihan. Sebaiknya, kayu

tersebut perlu mengandungi kadar lembapan sebanyak 20%. Jenis kayu dalam

pembinaan kotak bentuk begitu penting kerana ia mempunyai kualiti dan kekuatan yang

boleh memastikan keteguhannya semasa konkrit dituang, dipadat, digetarkan dan

semasa konkrit diset.

Sekiranya kayu yang digunakan untuk membuat kotak bentuk terlalu kering,

kecacatan terhadap konkrit akan berlaku contohnya seperti kecacatan sarang lebah

( honey comb ). Hal ini demikian kayu yang terlalu kering akan menyerap air daripada

konkrit sekaligus menyebabkan kehilangan air daripada konkrit sehingga menimbulkan

kesan sarang lebah pada struktur konkrit ketika ia mengering. Manakala jika kayu

terlalu basah pula digunakan ia akan merenggangkan penyambungan kotak bentuk dan

akan menghasilkan permukaan konkrit yang tidak rata.

Penggunaan kayu untuk kotak bentuk adalah lebih ekonomi jika

penggunaannya berulang-ulang,tetapi tidak boleh melebihi empat kali. Sekiranya

sesuatu projek pembinaan itu memerlukan kotak bentuk yang berulang kali, ianya lebih

ekonomi sekiranya kotak bentuk sistem yang diperbuat daripada keluli digunakan.

Bagi memastikan mutu siap struktur konkrit, kotak bentuk hendaklah

mempunyai ciri-ciri seperti berikut;

i. Kotak bentuk hendaklah tegak untuk menahan pemesongan semasa konkrit

dituang

ii. Kotak bentuk mestilah mempunyai kekuatan yang mencukupi dalam

menanggung beban atau tekanan serta getaran semasa proses pemadatan

konkrit

iii. Sambungan kotak bentuk mestilah rapat dan kemas supaya tidak bocor

untuk mengelakkan kehilangan air konkrit. Sekiranya berlaku kehilangan air

konkrit semasa proses penuangan konkrit basah, ia akan mendedahkan

Page 3: Bab 06_Tuang Bentuk Rasuk

struktur konkrit kepada kecacatan struktur disebabkan timbulnya kesan

sarang lebah atau lebih dikenali sebagai kecacatan “Honey Comb”.

Pembinaan kotak bentuk sering dikaitkan dengan pembinaan asas-asas cetek

seperti asas pad, asas jalur dan sebagainya. Walaubagaimanapun dalam projek

pembinaan bagi sesebuah bangunan, kotak bentuk lebih terarah kepada penyediaan

“Beam” atau lebih dikenali sebagai rasuk. Misalnya dalam beberapa projek perumahan

dibawah HC Hidayah Construction, pembinaan rasuk merupakan struktur kedua

terpenting selepas pembinaan asas bagi bangunan.

Rajah 6.1.1 : Kotak bentuk untuk rasuk

Dari segi definisi, rasuk merupakan struktur bangunan yang dibina secara

mendatar dimana ia menerima beban daripada lantai, dinding, bumbung dan beban

binaan lain. Antara jenis rasuk yang diketahui secara umum ialah rasuk tupang mudah,

rasuk selanjar dan rasuk julur dimana ketiga-tiga rasuk ini digunakan dalam kedudukan

rasuk bumi, rasuk tingkat atas atau rasuk perantaraan dan rasuk bumbung. Contoh

kedudukan pembinaan rasuk dapat dilihat melalui rajah 4.1.2. Walaubagaimanapun

sepanjang saya menjalani latihan industri di HC Hidayah Construction, kebanyakan

pembinaan rasuk lebih tertumpu kepada kedudukan rasuk bumi dan rasuk bumbung

disebabkan kebanyakan projek pembinaan rumah kediaman dibawah firma ini adalah

rumah kediaman yang tidak melebihi dua tingkat.

Page 4: Bab 06_Tuang Bentuk Rasuk

Rasuk Bumi

Rasuk Tingkat Atas

Rasuk Bumbung

Rajah 6.1.2 : Kedudukan pembinaan rasuk dalam sebuah bangunan

Page 5: Bab 06_Tuang Bentuk Rasuk

6.2 CARA PENGENDALIAN PERALATAN SEMASA LATIHAN

6.2.1 Penukul

Tukul digunakan untuk kerja kerja mengetuk papan kotak bentuk supaya dapat

membentuk satu kotak bentuk yang sempurna. Disebut juga tukul kuku kambing. Ia

digunakan bersama paku.

6.2.2 Gergaji

Gergaji digunakan untuk menggergaji papan lapis mengikut saiz yang

diperlukan. Ianya tajam dan mudah dikendalikan menggunakan tenaga manusia

sepenuhnya. Ia digergaji setelah diukur dengan tepat.

Page 6: Bab 06_Tuang Bentuk Rasuk

6.2.3 Peranca.

Peranca diperbuat daripada keluli digunakan.. Ia mempunyai kelebihan seperti

tahan lama, lebih kuat dan boleh didirikan lebih tinggi. Ia digunakan untuk

membolehkan dan memudahkan pekerja-pekerja menjalankan kerja kerja pemasangan

kotak bentuk dibahagian atas atau sebagainya.

6.2.4 Mesin Penggaul Konkrit atau ‘Concrete Mixture’.

Kebiasaannya ia dipanggil ‘ mixture’. Alat ini digunakan untuk menggaul konkrit

untuk diisikan ke dalam kotak bentuk tiang. Bahan yang digaul untuk menghasilkan

konkrit adalah simen, batu baur kasar, batu baur halus dan air. Penggaulan dijalankan

dengan merujuk kepada nisbah bancuhan 1: 2 : 4.

Page 7: Bab 06_Tuang Bentuk Rasuk

6.3 PROSES KERJA YANG DILAKUKAN

6.3.1 PEMBINAAN KOTAK BENTUK RASUK TANAH

Sebelum kerja pembinaan kotak bentuk bagi rasuk bumi dapat dijalankan,

pekerja yang terlibat hendaklah memastikan supaya tapak asas bangunan dan ‘stump’

telah ditimbus sepenuhnya dengan tanah dan permukaan untuk membina rasuk bumi

telah diratakan. Langkah ini penting bagi mengelakkan lubang atau permukaan tidak

rata pada tanah yang boleh menjejaskan kerja-kerja penempatan rasuk.

Rajah 6.3.1.1 : Kerja menimbus tanah terhadap asas yang telah siap

Keluasan bagi rasuk bumi hendaklah ditentukan dengan menggunakan tali

pembenang yang ditarik mengikut tanda yang telah dipakukan pada pancang tanda

semasa kerja-kerja awalan atau ‘setting out’. Hal ini penting bagi memastikan

pembinaan rasuk bumi menepati lukisan pelan yang telah disediakan.

Page 8: Bab 06_Tuang Bentuk Rasuk

Rajah 6.3.1.2 : Kerja menentukan pembinaan rasuk bumi sedang dijalankan

Selain itu, penyediaan tetulang juga diperlukan bagi mendapatkan satu struktur

binaan yang kukuh. Tetulang yang digunakan biasanya terdiri daripada saiz R10 dan

R6 yang dibentuk dan diikat bersama melalui ikatan “link” yang menggunakan dawai

halus. Tetulang yang telah siap dibentuk akan ditempatkan di atas permukaan dimana

rasuk bumi akan ditempatkan. Walaubagaimanapun, penempatan tetulang di atas

permukaan bumi bukannya berlaku secara langsung sebaliknya tetulang yang telah

dibentuk diikat dan disambungkan terhadap tetulang tiang daripada asas pad.

Page 9: Bab 06_Tuang Bentuk Rasuk

Rajah 6.3.1.3 : Tetulang bagi rasuk yang disambungkan dengan tetulang bagi tiang

Dalam menjalankan kerja penyambungan tetulang untuk rasuk bumi, kerja

penyediaan kotak bentuk turut dijalankan bersebelahan tapak bina. Pembinaan kotak

bentuk meliputi kayu tupai bersaiz 1” x 2” dan papan lapis 12mm. Pemasangan kayu

tupai terhadap papan lapis ini penting bagi mengelakkan kotak bentuk terbuka semasa

penuangan konkrit. Panjang papan lapis mestilah sama dengan pendinding dan dipaku

di sebelah kiri dan kanan pendinding yang telah siap digergaji.

Rajah 6.3.1.4 : Kotak bentuk yang telah siap

Rangka kayu atau kotak bentuk ini akan disokong oleh perembat yang diperbuat

daripada kayu tupai dimana jarak pemasangan perembat ialah 8’ setiap satu dan

dipaku pada kayu tupai.

Page 10: Bab 06_Tuang Bentuk Rasuk

Rajah 6.3.1.5 : Kedudukan tetulang dan kotak bentuk

Apabila kotak bentuk siap dibina, kerja-kerja pemasangan di tapak bina pula

dilakukan. Kotak bentuk ini dipasang secara mendatar di kedua-dua tepi tetulang yang

tersedia dan disokong dengan tupang pada bahagian luarnya supaya dapat menahan

beban konkrit yang dipadatkan dalam kotak bentuk yang berada di dalamnya. Tupang

yang hendak digunakan hendaklah terdiri daripada kayu yang mempunyai kualiti yang

baik.

Setelah kerja pemasangan kotak bentuk bagi rasuk bumi selesai, kerja konkrit

dijalankan bersebelahan tapak bina dimana konkrit digaul di dalam mesin “Concrete

Mixture”. Konkrit basah iaitu konkrit yang telah digaul akan dituang ke dalam rasuk

bumi dan dibiarkan mengering bagi mendapatkan bentuk struktur yang dikehendaki.

Page 11: Bab 06_Tuang Bentuk Rasuk

Rajah 6.3.1.6 : Struktur rasuk bumi yang telah siap disediakan

6.3.2 PEMBINAAN KOTAK BENTUK BAGI RASUK BUMBUNG

Pembinaan kotak bentuk untuk rasuk bumbung biasanya dijalankan setelah

selesainya pembinaan tembok bata dan tiang di tapak bina. Ukuran atau saiz kotak

bentuk bagi rasuk bumbung diambil berdasarkan ukuran daripada rasuk bumi

disebabkan kedua-dua rasuk mempunyai persamaan yang ketara dimana rasuk bumi

diumpamakan sebagai alas manakala rasuk bumbung diumpamakan sebagai penutup.

Walaubagaimanapun, pembinaan kotak bentuk bagi rasuk bumbung

mempunyai pertambahan dari segi struktur. Hal ini demikian penyediaan rasuk

bumbung memerlukan “prop” atau lebih dikenali sebagai papan jalan bagi memastikan

ketinggian tiang adalah sama antara satu sama lain selain dapat mengelakkan struktur

daripada terdedah kepada keretakan mahupun kerosakan.

Pemasangan papan jalan ini biasanya meliputi pemasangan di atas penutup pada

setiap tiang. Pemasangan ini perlu dilakukan secara berhati-hati kerana pembinaan ini

melibatkan kerja-kerja di tempat yang tinggi.

Page 12: Bab 06_Tuang Bentuk Rasuk

Kaedah pemasangan kotak bentuk bagi bumbung adalah sama seperti

pemasangan kotak bentuk bagi rasuk bumi. Perbezaannya hanyalah dari segi alas

dimana kotak bentuk bagi rasuk bumbung beralaskan tembok bata atau papan jalan

manakala kotak bentuk bagi rasuk bumi beralaskan tanah.

Sebelum pemasangan kotak bentuk dijalankan, penyediaan dan penyusunan

tetulang yang telah diikat perlu dilakukan terlebih dahulu. Tetulang yang diikat akan

ditempatkan di atas tembok bata melalui sambungan terhadap tetulang daripada setiap

struktur tiang. Pihak pekerja perlu memastikan sambungan tetulang mematuhi ciri-ciri

yang dikehendaki.

Rajah 6.3.2.1 : Pemasangan tetulang bagi rasuk bumbung

Page 13: Bab 06_Tuang Bentuk Rasuk

Setelah selesai penyusunan tetulang bagi rasuk bumbung, kerja pembinaan

kotak bentuk yang meliputi pemasangan kayu tupai dan papan lapis mula dijalankan.

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, saiz kotak bentuk bagi rasuk bumbung

adalah berdasarkan kepada saiz kotak bentuk bagi rasuk bumi. Kotak bentuk yang

telah disediakan akan dipasang dan dipakukan pada anggaran 1/12 daripada tinggi

tembok bata dimana hujung teratas tembok bata adalah bersamaan dengan 1/2 tinggi

papan lapis bagi kotak bentuk yang hendak dipasang.

Rajah 6.3.2.2 : Kotak bentuk bagi rasuk bumbungn sedang dipasang

Bagi pembinaan rasuk bumi yang tidak mempunyai sokongan tembok bata,

papan jalan akan digunakan sebagai menyokong struktur rasuk bumbung dimana

papan jalan ini akan ditempatkan di atas penutup pada setiap tiang seperti yang telah

dinyatakan sebelum ini.

Dalam pada itu, kerja menupang dijalankan bagi menyokong pembinaan rasuk

bumbung dalam memelihara kedudukan dan sisiannya. Kerja ini menggunakan

Page 14: Bab 06_Tuang Bentuk Rasuk

sokongan kotak bentuk yang turut dikenali sebagai T-post yang mempunyai saiz 2” x 3”

dimana ia hendaklah mempunyai jarak lebih kurang 2 kaki antara satu sama lain di

bawah kotak bentuk.

Rajah 6.3.3.3 : T-Post yang telah dipasang

Kayu yang digunakan untuk T-Post adalah dari kayu yang terpilih untuk dijadikan

sebagai penyokong kepada kotak bentuk rasuk bumbung supaya dapat menanggung

beban ketika penuangan konkrit basah ke dalam kotak bentuk dijalankan. Konkrit

basah yang telah dituang kemudiannya dibiarkan kering.

Page 15: Bab 06_Tuang Bentuk Rasuk

6.4 KOMEN DAN CADANGAN

6.4.1 KOMEN

Sepanjang pemerhatian saya terhadap kerja tuang bentuk rasuk yang dijalankan,

terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan oleh pihak pekerja binaan

terutamanya dalam aspek penggunaan peralatan. Peralatan yang telah digunakan tidak

disimpan di tempat yang sepatutnya. Situasi ini dapat dilihat apabila pekerja selesai

membuat kerja binaan seperti memaku dengan menggunakan menggunakan penukul,

penukul tersebut akan ditinggalkan di tempat dimana pekerja memaku tadi dan tidak

disimpan ke dalam stor atau sekurang kurangnya di tempat yang sesuai. Jika perkara

ini dibiarkan, kemungkinan pekerja yang lain tersepak dan seterusnya mengakibatkan

luka atau sebagainya.

Oleh itu, para pekerja hendaklah menyimpan alatan di tempat yang sepatutnya

bagi menggelakkan daripada berlakunya kemalangan yang tidak disengajakan. Setelah

selesai menggunakan peralatan binaan, hendaklah menyimpannya ke dalam stor.

Walaubagaimanapun, perkara ini memerlukan kesedaran yang tinggi pada pekerja itu

sendiri.

Pemakaian topi keselamatan tidak diaplikasikan ketika kerja pembinaan rasuk

dijalankan. Sekiranya papan jalan yang dibina tidak dapat menanggung konkrit yang

dituang, ia mungkin akan menyebabkan peningkatan beban dan seterusnya struktur

kotak bentuk mengalami kegagalan. Lebih-lebih lagi jika terdapat pekerja binaan lain

dibawahnya dan seterusnya mengakibatkan kecederaan kepala. Oleh itu, topi

keselamatan perlu dititikberatkan bagi mengurangkan risiko kecederaan kepala.