bab 1.1

10
BAB 1 ASAS KEPADA PERDAGANGAN 1.1Keperluan dan Kehendak Manusia cikgu_fatin

Upload: cikgu-fatin-nadzirah

Post on 12-Jun-2015

1.401 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Bab 1.1 -Keperluan dan kehendak

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 1.1

BAB 1ASAS KEPADA PERDAGANGAN

1.1Keperluan dan Kehendak Manusia

cikgu_fatin

Page 2: Bab 1.1

MAKSUD KEPERLUAN Keperluan ialah kepentingan asas

yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan

Terbahagi kepada dua iaitu 1. Keperluan asas Keperluan asas - keperluan fisiologi

manusia iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal

2. Keperluan sampinganKeperluan lain - perubatan, pendidikan,

bekalan air, elektrik, kenderaan dan sebagainya.

cikgu_fatin

Page 3: Bab 1.1

MAKSUD KEHENDAK Kehendak ialah keinginan

manusia untuk hidup dengan lebih selesa, mewah dan dapat meningkatkan taraf hidup.

Contoh: memiliki barang kemas, kereta mewah, melancong dan sebagainya.

Kehendak manusia adalah kompleks, tidak terhad, tidak tetap dan sentiasa berubah.

Faktor perbezaan kehendak antara individu ialah umur, jantina, cita rasa, pekerjaan dan pendapatan.

cikgu_fatin

Page 4: Bab 1.1

PERBEZAAN ANTARA KEPERLUAN DAN KEHENDAK

1. Keperluan asas manusia ialah makanan, pakaian, tempat tinggal dan udara.

2. Merupakan tuntutan semula jadi manusia

3. Wajib dipenuhi manusia untuk terus hidup

4. Keperluan manusia adalah sama dan tetap walaupun taraf hidup manusia mungkin berubah

5. Keperluan manusia boleh disuntingkan secara hierarki, mengikut keperluannya.

1. Kehendak manusia meliputi semua perkara yang membolehkan manusia hidup dengan lebih selesa

2. Merupakan sesuatu yang dipelajari daripada pengalaman hidup dan persekitarannya

3. Merupakan pelengkap kehidupan manusia

4. Kehendak manusia berbeza-beza

5. Kehendak manusia tidak terhad dan sukar dipuaskan sepenuhnya.

Keperluan Kehendak

Page 5: Bab 1.1

HIERARKI KEPERLUAN MASLOW

Keperluan Sempurna

Kendiri

Keperluan Penghargaan

Keperluan Kasih Sayang

Keperluan Keselamatan

Keperluan Asas

Keperluan Fisiologi

Keperluan Sosial

Keperluan Rohani

cikgu_fatin

Page 6: Bab 1.1

KEPERLUAN FISIOLOGIKeperluan manusia yang paling asas

dan perlu disempurnakan sebelum yang lain.

Ia terbahagi kepada dua iaitu1.Keperluan asas - keperluan dari segi makanan,

minuman, pakaian tempat tinggal, udara bersih dan rehat.

2.Keperluan keselamatan - keperluan untuk perlindungan

supaya bebas dariapda ancaman bahaya seperti peperangan, jenayah, rusuhan dan sebagainya.

cikgu_fatin

Page 7: Bab 1.1

KEPERLUAN SOSIAL Terdiri daripada dua iaitu keperluan

kasih sayang dan keperluan penghargaan

1. Keperluan kasih sayang - ialah keinginan manusia agar dirinya

disayangi dan diterima oleh komunitinya. Ia boleh dicapai melalui pergaulan mesra kasih sayang dengan insan lain.

2. Keperluan penghargaan - merupakan keinginan mendapat

penghargaan,penghormatan dan pengiktirafan daripada orang lain atas sumbangan atau pencapaian diri.

cikgu_fatin

Page 8: Bab 1.1

KEPERLUAN ROHANIKeinginan seseorang untuk memenuhi

hasrat diri, mencapai cita-cita dan memajukan diri.

Ia mendorong manusia berusaha untuk mencapai kejayaan dalam bidang tertentu yang sesuai dengan bakat, minat dan kebolehannya. Setelah berjaya, beliau akan mendapat kepuasan hasil dari pencapaiannya.

cikgu_fatin

Page 9: Bab 1.1

AKTIVITI

1. Buat kumpulan yang terdiri daripada 3 orang satu kumpulan.Setiap kumpulan diberi senaskah surat khabar.

2. Arahan: Cari dan gunting 3 jenis gambar yang

menunjukkan keperluan. Cari dan gunting 3 jenis gambar yang

menunjukkan kehendak. Lekatkan semua gambar tersebut di atas

kad manila. Labelkan kesemua gambar tersebut. Persembahkan di hadapan kelas.

cikgu_fatin

Page 10: Bab 1.1

LATIHAN

1. Huraikan perbezaan antara keperluan dan kehendak?

2. Lakar dan lebelkan Hierarki Keperluan Maslow?

3. Apakah keperluan dari segi sosial bedasarkan Hierarki Keperluan Maslow?

4. Mengapakah kehendak manusia sukar untuk dipenuhi?

cikgu_fatin