bab 1 t5 smk sanglang

25
BAB 1. KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir bab ini, murid-murid akan dapat: Menghuraikan faktor-faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara Mengenal pasti perubahan dalam sistem politik yang diperkenalkan oleh kuasa-kuasa Barat di Asia Tenggara Membandingkan sistem pentadbiran sebelum dan semasa penjajahan kuasa-kuasa Barat di Asia PETA KONSEP

Upload: mike96

Post on 30-Dec-2014

95 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Sejarah

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 1 T5 SMK Sanglang

BAB 1. KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir bab ini, murid-murid akan dapat:

Menghuraikan faktor-faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara Mengenal pasti perubahan dalam sistem politik yang diperkenalkan

oleh kuasa-kuasa Barat di Asia Tenggara Membandingkan sistem pentadbiran sebelum dan semasa penjajahan

kuasa-kuasa Barat di Asia Tenggara Menghuraikan faktor-faktor nasionalisme di Asia Tenggara Menghuraikan perkembangan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara

PETA KONSEPPETA KONSEP

Page 2: Bab 1 T5 SMK Sanglang

PETA KONSEPPETA KONSEP

CONTOH-CONTOH SOALANCONTOH-CONTOH SOALAN

Page 3: Bab 1 T5 SMK Sanglang

Nyatakan maksud Imperialisme Barat?

Namakan negara-negara yang dijajah oleh kuasa barat?

Nyatakan keistimewaan Asia Tenggara yang menarik minat Imperialisme Barat.

Nyatakan kelebihan kapal wap.

Pada pendapat anda mengapakah wujud persaingan antara kuasa barat untuk menjajah Asia Tenggara?

Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi Imperialisme Barat di AsiaTenggara.

Apakah perubahan pentadbiran yang diperkenalkan oleh imperialisme Barat di Asia Tenggara?

Pada pendapat anda, mengapakah barat memperkenalkan sistem pentadbiran barat menggantikan sistem pemerintahan tradisional?

Nyatakan sistem pemerintahan di Indonesia sebelum penjajahan Belanda?

Bandingkan sistem pentadbiran tradisional di Indochina sebelum penjajahan dengan sistem pemerintahan yang diperkenalkan oleh Perancis?

Jelaskan bagaimana pengaruh luar menggerakkan kebangkitan nasionalisme di Asia Tenggara?

CONTOH-CONTOH SOALANCONTOH-CONTOH SOALAN

PETA KONSEPPETA KONSEP

Page 4: Bab 1 T5 SMK Sanglang

KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

IMPERIALISME BARAT DI ASIA TENGGARA

1. (a) Nyatakan maksud Imperialisme Barat?

- Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya - menjajah negara lain.- menguasai politik,ekonomi dan sosial

(b) Namakan negara-negara yang dijajah oleh kuasa barat berikut

Imperialisme Barat Negara yang dijajahSepanyol FilipinaBritain Tanah Melayu,

Sabah,Sarawak,Brunei Burma

(c) Keistimewaan Asia Tenggara yang menarik minat Imperialisme Barat.

Kedudukan yang strategik - terletak di antara China dan India- Tanah subur - sesuai untuk pelbagai jenis tanaman

(tebu,kopi kelapa getah,kelapa,kelapa sawit dan tembakau)- kaya dengan bahan mentah

( rempah,bijih timah,kayu jati dan petroleum)- pasaran yang luas.

(d) Nyatakan kelebihan kapal wap - muatan yang banyak- menjimatkan kos- mempercepatkan perjalanan

(d) Pada pendapat anda mengapakah wujud persaingan antara kuasa barat untuk menjajah Asia Tenggara?

- Melambangkan kekuatan- Melambangkan kejayaan

Page 5: Bab 1 T5 SMK Sanglang

2. (a) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi Imperialisme Barat di Asia Tenggara

- Kedudukan yang strategik - terletak di antara China dan India- Tanahnya yang subur - sesuai untuk pelbagai jenis tanaman

( tebu/kopi/kelapa/getah/kelapa/kelapa sawit /tembakau)

- Kawasan ini kaya dengan bahan mentah ( rempah/bijih timah/kayu jati/petroleum)

- Revolusi Perindustrian membolehkan - memerlukan bahan mentah secara konsisten.

- Penggunaan kapal berkuasa wap - muatan yang banyak dan - Mempercepatkan perjalanan - menjimatkan kos pengangkutan.

- Pembukaan Terusan Suez - memendekkan jarak perjalanan- lebih selamat - menjimatkan kos

- Penciptaan telegraf - menghubungkan antara Barat dengan Timur - lebih cepat - lebih berkesan

- Persaingan antara kuasa Barat - melambangkan kekuatan - melambangkan kekayaan.

- Slogan beban orang putih - British dan Belanda mendakwa mereka lebih maju dan bertamadun.- bertanggungjawab untuk memimpin

- Perancis dengan slogan tugas menyebarkan tamadun di Timur melalui mubaligh Kristian- menyebarkan agama Kristian

Page 6: Bab 1 T5 SMK Sanglang

PERUBAHAN SISTEM POLITIK

(b) Apakah perubahan pentadbiran yang diperkenalkan oleh imperialisme Barat di Asia Tenggara?

- menggantikan pemerintahan beraja- memperkenalkan sistem birokrasi barat - menyatukan wilayah-wilayah di tanah jajahan.- menubuhkan Kerajaan Pusat - Melantik Gabenor Jeneral - menjadi ketua pentadbir di tanah jajahan.- Melaksanaan pentadbiran melalui biro - Melantikan pegawai Barat - menjadi ketua biro- Pengenalan undang-undang Barat.- melantik penasihat- melantik pentadbir Barat.- menubuhkan jabatan kerajaan

(Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertanian, Jabatan Pelajaran)

(c) Pada pendapat anda, mengapakah barat memperkenalkan sistem pentadbiran barat menggantikan sistem pemerintahan tradisional?

- untuk menguasai ekonomi negara dijajah- melicinkan pentadbiran mereka- mengawal kuasa politik penduduk tempatan-

3. (a) Apakah yang dimaksudkan Encomienda?

- Sistem pentadbiran Filipina- Penyatuan baray- diketuai oleh Encomiendero.

(b) Senaraikan tiga tugas encomiendero? - menjaga keamanan

- mengutip cukai - mengkristiankan penduduk barangay.

c) Mengapakah rakyat Filipina menentang sistem Encomienda? - Mengenakan cukai yang tinggi.

- Menjalankan kerahan tenaga.- Memaksa penduduk bekerja di ladang-ladang.

Page 7: Bab 1 T5 SMK Sanglang

(d) Nyatakan perubahan pentadbiran Filipina semasa penjajahan Sepanyol. -

- Memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat- Gabenor Jeneral sebagai pemerintah.- Ketua Datuk Bandar mentadbir wilayah.- Gabenor Kecil bertindak mentadbir bandar.- Sistem Encomienda di peringkat tempatan

(penyatuan baray)- diketuai oleh Encomiendero.

4. (a) Nyatakan sistem pemerintahan di Indonesia sebelum penjajahan Belanda?

Terdiri daripada kerajaan berasingan- Kerajaan mataram/kerajaan Bantam- Raja sebagai ketua- Golongan pembesar sebagai pembantu- Pemerintahan tempatan diketuai pembesar daerah/bupati di Jawa

(b) Apakah perubahan pentadbiran yang diperkenalkan oleh Belanda di Indonesia?

Memperkenalkan pentadbiran pusat - diketuai oleh Gabenor Jeneral.- Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesar tempatan - diawasi pegawai Belanda menggantikan pembesar daerah/bupati- menubuhkan jabatan kerajaan (Jabatan Pelajaran/Jabatan Pertanian)- menubuhkan Dewan Tempatan/sebagai penasihat pentadbiran Belanda

/ tiada kuasa perundangan.- Penubuhan Volksraad iaitu Majlis Rakyat - Penubuhan hasil desakan Sarekat Islam

(c) Nyatakan sistem pemerintahan di Burma sebelum penjajahan British?

- sistem pemerintahan beraja di bawah Dinasti Konbaung.- Raja sebagai ketua pemerintah - raja penaung kepada sami Buddha.- Terdapat Hluttaw atau Majlis diraja.- pegawai tinggi kerajaan membantu raja.- Myothugyi / ketua bandar mentadbir peringkat bandar- Pegawai diraja/Ahmudan terdiri daripada pegawai khas raja.- Athi/ pembesar-pembesar tradisional mengetuai pentadbiran daerah.

Page 8: Bab 1 T5 SMK Sanglang

(d) Jelaskan perubahan pentadbiran yang diperkenalkan oleh British semasa penjajahan di Burma.

- Sistem beraja/Dinasti Konbaung dihapuskan- jawatan pembesar tradisional diperingkat pusat dihapuskan - Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi di Burma- Pengenalan Akta Kampung Ulu Burma 1887/Akta Perkampungan Burma 1889 - melenyapkan terus sistem pentadbiran tradisional.- Pentadbiran daerah diambil alih oleh Myo-ok/pegawai bandaran- Sistem undang-undang Barat diperkenalkan - penubuhan Majlis Perundangan.- Menubuhkan beberapa jabatan (jabatan perhutanan/jabatan kesihatan/jabatan pelajaran

5. (a) Bandingkan sistem pentadbiran tradisional di Indochina sebelum penjajahan dengan sistem pemerintahan yang diperkenalkan oleh Perancis?

Sebelum penjajahan

- ditadbir oleh sebuah kerajaan pusat berkuasa mutlak - memberikan kuasa penuh kepada pembesar tempatan.- Dipengaruhi sistem pemerintahan tanah Besar China- Setiap birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin - Golongan ini dipilih melalui peperiksaan- bidang bahasa dan kesusasteraan China.

Selepas penjajahan Perancis- membentuk sebuah kerajaan pusat - menubuhkan Union Indochinoise /gabunganVietnam,Kemboja dan Laos.- diketuai oleh seorang Gabenor Jeneral - bertanggungjawab terus kepada Kementerian Tanah Jajahan di Paris.- Leftenan Gabenor mengetuai pemerintah - Semua rang undang-undang di Indochina diluluskan oleh Parlimen Perancis.- tidak campur tangan pentadbiran tempatan - perlu membayar cukai - perlu sediakan kerahan tenaga.

(b) Jelaskan perubahan pentadbiran yang dilakukan oleh penjajah British di Tanah Melayu.

- Penaklukan Portugis terhadap Melaka meruntuhkan pemerintahan beraja- Belanda menghapuskan terus institusi raja.

Page 9: Bab 1 T5 SMK Sanglang

- Inggeris menggabungkan Melaka,Pulau Pinang dan Singapura ( Negeri Selat)- Gabenor merupakan pemerintah tertinggi NNS - dibantu oleh residen kaunselor bagi ketiga-tiga negeri tersebut.- Penghulu dikekalkan di peringkat kampung- Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Perak/Selangor/Pahang/Negeri Sembilan,British - memperkenalkan Sistem Residen.- Di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kedah/Kelantan/Terengganu/Perlis/Johor) - British memperkenalkan Sistem Penasihat- Residen dan penasihat British ini diletakkan di bawah Gabenor Negeri-Negeri Selat.- Tugas utama residen dan penasihat British adalah untuk menasihati Sultan- nasihat dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu.- British telah memperkenalkan sistem kehakiman Barat.- Melaksana sistem pengutipan cukai tanah dan hasil hutan- Pentadbiran negeri dibahagikan kepada beberapa daerah.- Penubuhan balai polis untuk mengawal keselamatan.Peranan raja dan pembesar Melayu - terjejas

6. (a) Huraikan kesan pengenalan sistem birokrasi Barat terhadap sistem pentadbiran tradisional di Asia Tenggara

- Sistem pemerintahan beraja terhapus (Indonesia/Burma) - Di Tanah Melayu sistem pemerintahan beraja dikekalkan - peranan raja hanya berkuasa dalam bidang agama dan adat istiadat.- Daerah dan wilayah disatukan - diwujudkan pentadbiran pusat - diketuai oleh Gabenor Jeneral atau Pesuruhjaya Tinggi.- Peranan pembesar daerah digantikan dengan pegawai Barat.- jawatan Penghulu dan pembesar tempatan dikekalkan - tugas mereka diawasi oleh pegawai Barat.- Tugas pembesar di peringkat pusat digantikan pegawai Barat- Pembentukan biro atau jabatan yang diketuai oleh pegawai Barat.- Sistem perundangan tradisional terhapus dan digantikan dengan - sistem perundangan Barat diperkenalkan - mewujudkan Badan Kehakiman dan Mahkamah.- Tugas pembesar mengutip cukai diambil alih oleh pihak Barat - memperkenalkan pelbagai jenis cukai- Memperkenalkan peraturan tanah yang ketat.- balai polis ditubuhkan untuk mengawal keselamatan.- Menghapuskan sistem orang suruhan yang dimiliki oleh raja dan pembesar tradisional.- Birokrasi Barat mencetuskan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.

Page 10: Bab 1 T5 SMK Sanglang

(b) Berikan pengenalan sistem birokrasi barat di Thailand.

- Mongkut dan Chulalongkorn memperkenalkan sistem Birokrasi Barat - Mongkut melantik 80 orang penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai jabatan - Melantik pegawai-pegawai tempatan.- Melantik penasihat kewangan dan pelabuhan serta polis dari Britain- Melantik penasihat kastam dari Amerika Syarikat- Melantik penasihat ketenteraan dari Perancis.- Raja Chulalongkorn memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah,

Majlis Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri.- Juruaudit dari Britain telah dilantik untuk berkhidmat dalam perbendaharaan negara.- Pada tahun 1932,sistem raja berperlembagaan telah diperkenalkan bagi menggantikan - sistem raja berkuasa mutlak.- Bertindak sendiri memperkenalkan birokrasi barat dalam sistem pemerintahan- Mengupah penasihat-penasihat barat- Mana-mana jawapan yang munasabah

Page 11: Bab 1 T5 SMK Sanglang

NASIONALISME DI ASIA TENGGARABerikan maksudkan nasionalisme

- Perasaan cinta akan bangsa dan negara - membawa kepada gerakan membebaskan tanah air daripada dijajah.- pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan budaya asing.

1. Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme

(a) Jelaskan bagaimana agama membangkitkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara.

- Pengaruh agama berjaya menyatukan rakyat tempatan- Bersatu menghadapi penindasan/pengaruh kebudayaan Barat/ agama Kristian.- Gerakan Islah di Indonesia dan Tanah Melayu

/penubuhan Persatuan Belia Buddha Burma.- Gerakan Islah yang memperjuangkan Pan-Islamisme

/penyatuan dunia Islam menentang penjajahan Barat.- penganut Kristian tempatan di Filipina tempatan dianggap kelas dua.

(b) Apakah peranan kesusasteraan dalam mencetuskan kebangkitan nasionalisme di AsiaTenggara?

- menyampaikan mesej kesengsaraan /kekecewaan terhadap penindasan penjajah - membangkitkan kesedaran bangsa dan kecintaan terhadap tanah air.- novel Noli Me Tangere karya Jose Rizal di Filipina

telah mencetuskan gerakan nasionalisme/menjadi inspirasi terhadap gerakan nasionalisme - cerpen Kerikil-Kerikil Tajam Ke Makam Bonda karya Chairil Anuar di Indonesia sangat

berpengaruh.- Di Tanah Melayu novel Puteri Gunung Tahan karya Pak Sako berjaya membangkit

semangat nasionalisme.-

(c) Jelaskan bagaimana pengaruh luar menggerakkan kebangkitan nasionalisme di Asia Tenggara?

- Keupayaan negara kecil mengalahkan negara besar membuka mata masionalis Asia Tenggara

Page 12: Bab 1 T5 SMK Sanglang

- Kejayaan Jepun mengalahkan China pada tahun 1895.- Kejayaan Jepun Mengalahkan Rusia pada tahun 1905.- Intelektual lepasan barat dan Asia Barat didedahkan dengan idea falsafah barat dan

Islam.- Sedar penjajah tidak memerintah negara dijajah seperti negara mereka sendiri- Penentangan Mahatma Gandhi menentang penjajah British memberi inspirasi kepada

nasionalis tempatan

(d). Dasar Penjajahan Barat

- Dasar penjajahan barat menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat - Sistem birokrasi Barat tidak memberikan peluang kepada rakyat tempatan.- Rakyat tempatan terus kekal dalam ekonomi tradisional/serba kekurangan.- Dasar penindasan penduduk peribumi dalam ekonomi penjajah - Sistem Tanaman Paksa di Indonesia/ Sistem Polo di Filipina.- Penjajah mewujudkan jurang sosial - Bergaul dengan golongan elit tempatan/golongan bangsawan sahaja - Dasar keterbukaan penjajah terhadap kemasukan imigran - imigran menguasai ekonomi tempatan

(e). Sistem Pendidikan

Sikap pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan- mengutamakan sekolah menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar.- Penjajah hanya memberikan pendidikan pada peringkat rendah kepada rakyat - pendidikan Barat terhad kepada golongan elit dan penduduk bandar.- Di Indonesia,anak golongan priyayi diberikan pendidikan yang tersendiri

/diasingkan daripada anak orang kebanyakan - bertujuan untuk memecahkan perpaduan rakyat tempatan.- pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh yang diperkenalkan di Burma- menjadi ancaman terhadap sekolah Buddha.- Di Tanah Melayu pula, lepasan sekolah vernakular sukar mendapat kerja- Kemunculan golongan intelektual yang melanjutkan pelajaran di Barat dan di Asia Barat - didedahkan dengan idea falsafah Barat dan Islam - memimpin gerakan nasionalisme setelah kembali ke tanah air.

Page 13: Bab 1 T5 SMK Sanglang

2. .Pergerakan nasionalisme tahap pertama dan tahap kedua di Asia Tenggara.

Tahap pertama

- Penentangan terbuka ,bersifat setempat.Mengutamakan pendidikan bangsa.- Tidak meminta kemerdekaan ,Penentangan lebih bersifat individu atau kumpulan.- Menggunakan isu-isu kebudayaan,agama dan hak peribumi - Gerakan dipimpin oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat dan Asia Barat.- kesedaran politik.- Menuntut hak-hak mereka dikembalikan dan taraf hidup mereka dibaiki.

Tahap Kedua

- lebih radikal , melakukan penentangan secara revolusi.- Mempunyai organisasi ,dianggotai oleh rakyat.- Dipimpin oleh golongan yang berpendidikan Barat

/ berpengetahuan luas dalam bidang kebudayaan Barat- menuntut kemerdekaan, Membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat.

Page 14: Bab 1 T5 SMK Sanglang

FILIPINA

1.(a)Tuntutan gerakan dakyah di Filipina?

- Menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah Sepanyol.- Menuntut bangsa Filipina diberi hak yang sama seperti bangsa Sepanyol.- Mendesak bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara.

(b) Matlamat penubuhan Liga Filipina.- tujuan mendesak kerajaan Sepanyol melakukan pembaharuan politik ,ekonomi dan sosial.

(c) Apakah tindakan Sepanyol terhadap Jose Rizal?- Jose Rizal ditangkap dan dibuang negeri ke Dapitan di Mindanao.- dituduh terlibat dalam gerakan pemberontakan- dikenakan hukuman bunuh

(d) Perjuangan pertubuhan Katipunan pada tahap kedua perjuangan di Filipina.

- menyatukan bangsa Filipina , matlamat mencapai kemerdekaan melalui revolusi.- Perjuangan radikal,Menggunakan akhbar /’Kalayan’- Menyebarkan ide revolusi, Melancarkan revolusi bersenjata- Gagal menggulingkan pemerintahan Sepanyol- Pemimpin Katipunan/Bonifacio dihukum mati oleh pihak Sepanyol

(e) Faktor kejayaan Amerika menguasai Filipina?

- Amerika mendapat kerjasama anak tempatan/Aguinaldo- Aguinaldo menyangka Amerika akan memberi kemerdekaan kepada Filipna- Amerika tidak mengesahkan perisytiharan kemerdekaan Filipina pada 1899

Page 15: Bab 1 T5 SMK Sanglang

INDONESIA

Nasianalisme Tahap Pertama di Indonesia

1. (a) Apakah isu yang menjadi tumpuan di Indonesia pada perjuangan tahap pertama?

- Pendidikan yang akan mengubah nasib rakyat.

(b) Nyatakan perjuangan Raden Adjeng Kartini di Indonesia? - Pendidikan untuk wanita- Kemunduran rakyat- Penindasan Belanda

(c) Namakan dua buah buku hasil tulisan beliau?- Habis Gelap Terbitlah Terang- Penulisan seorang Puteri Jawa

(d) Nyatakan perjuangan Pertubuhan Muhammadiyah?- Menyebarkan Islam- Menghindari ancaman sekularisme- Menghindari ancaman agama Kristian- Membina sekolah /klinik/masjid

(e) Pada pendapat anda mengapakan Raden Adjeng Kartini berjaya memberi inspirasi kepada pejuang selepasnya?

- Kegigihannya walaupun beliau adalah seorang wanita- Isu kemunduran rakyat menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap Belanda- Penindasan Belanda yang dibengkitkan juga menimbulkan penentangan- Terima mana-mana jawapan yang munasabah

Page 16: Bab 1 T5 SMK Sanglang

Nasionalisme Tahap kedua di Indonesia

3. (a) Matlamat perjuangan? - Mencapai kemerdekaan

(b) Namakan parti politik .

- Parti Komunis Indonesia- Sarekat Islam- Parti Nasional Indonesia

(c) Kejayaan Soekarno? - Menubuhkan Parti Nasional Indonesia- Popular/berjaya mempengaruhi rakyat Indonesia- Mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia- Menjadi Presiden Indonesia

(d) Apakah tindakan Belanda terhadap perjuangan nasionalisme di Indonesia?- Menangkap pemimpin radikal- Mengharamkan PNI

Page 17: Bab 1 T5 SMK Sanglang

INDOCHINA

4. (a) Perkembangan gerakan nasionalisme Tahap Pertama di Indochina.

- Dipelopori oleh golongan bangsawan dan Mandarin - memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja.- Golongan menengah berpendidikan Barat memperjuangkan pendidikan Barat - Phan Boi Chau memimpin satu gerakan revolusi tetapi gagal.- Menubuhkan Viet Nam Quang Phu Hoi(VNQPH) - melancarkan beberapa pemberontakan di Tongkin - melancarkan gerakan dakyah di Vietnam.- Phan Boi Chau dipenjarakan - VNQPH diharamkan oleh Perancis.

(b) Perkembangan nasionalisme tahap kedua di Indochina

- memperlihatkan perjuangan secara radikal - Viet Nam Quoc Dang Dang(VNQDD) dan Parti Komunis Vietnam(PKV).- Perancis menangkap pemimpin-pemimpin VNQDD - meghukum bunuh Nguyen Thai Hoc - Ho Chi Minh pemimpin PKV terpaksa melarikan diri ke Hong Kong.- gerakan nasionalisme kembali bercorak sederhana- Maharaja Bao Dai dilarang melibatkan diri dalam gerakan nasionalisme.- Selepas pendudukan Jepun Ho Chi Minh mengisytiharkan kemerdekaan Vietnam - HCMinh menjadi Presiden Vietnam Utara yang pertama.

(c) Golongan menengah di Indochinamemperjuaangkaan pendidikan barat?

- Untuk meningkatkan taraf hidup rakyat- Penjajah lebih mengutamakan lepasan pendidikan barat- Lepasan pendidikan berpeluang melanjutkan pelajarn ke peringkat tinggi- Meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat- Terima mana-mana jawapan yang munasabah

Page 18: Bab 1 T5 SMK Sanglang

BURMA

5. (a) Apakah isu yang membangkitkan perjuangan nasionalisme tahap pertama di Burma?- Isu kasut

(b) Matlamat perjuangan Persatuan Belia Buddha Burma pada tahap pertama nasionalisme?

- Buddha bertujuan untuk mengekalkan tradisi Buddha- memajukan pendidikan di kalangan rakyat Burma.

(c) Perkara yang menjadi isu perjuangan pada tahap kedua.

- Menentang laporan mengatakan Burma belum bersedia memerintah sendiri.- Revolusi Pelajar menuntut penubuhan sebuah universiti- Liga Antipemisahan menganggap pemisahan dengan India akan melewatkan

kemerdekaan.- Golongan Thakin menuntut kemerdekaan

(d) Kemukakan usaha-usaha ke arah mencapai kemerdekaan.- Pengenalan Perlembagaan Burma 1935- Golongan Thakin /siswazah universiti menubuhkan parti Dobama Asiayone untuk

menuntut kemerdekaan- Dr Ba Maw memenangi pilihanraya pada tahun 1937- Dr Ba Maw dilantik menjadi Perdana Menteri Pertama- Aung San mengetuai robongan kemerdekaan ke Britain- Penubuhan kerajaan baru yang merdeka pada tahun 1948

Page 19: Bab 1 T5 SMK Sanglang

THAILAND

Nasionalisme di Thailand

1. (a)Jelaskan gerakan nasionalisme tahap pertama di Thailand.

- merupakan kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja- penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.- golongan intelek Thailand berpendidikan Barat yang terdedah dengan fahaman liberal,- Memahaami sistem demokrasi dan sistem raja berperlembagaan.- Menentang kelemahan sistem pentadbiran Vajiravudh- Menentang sikap boros Raja Vajiravudh.- Penubuhan Parti Rakyat pimpinan Nai Pridi Panomyong dan Field Marshall Phibul

Songram.- Parti Rakyat melancarkan Revolusi Thai pada tahun 1932 - menamatkan sistem raja berkuasa mutlak.

(b) Jelaskan gerakan nasionalisme tahap kedua di Thailand

- rakyat tidak puas hati terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat- penguasaan ekonomi oleh orang Cina.- menyekat kebebasan orang Cina- Menyekat penguasaan ekonomi oleh orang Cina- sekolah dan akhbar Cina dibubarkan.- Penduduk peribumi digalakkan terlibat dalam aktiviti ekonomi.- Jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut agama buddha.- menukar nama negara Siam kepada Thailand (Tanah Bebas)- berjaya mendapatkan semula wilayah-wilayah di Indochina dan di Tanah Melayu

hasil kerjasama dengan Jepun

TAMAT

Page 20: Bab 1 T5 SMK Sanglang

DISEDIAKAN OLEH PANITIA SEJARAH SMKS 2011