bab 1 pengenalan dengan ini kami telah mengeluarkan satu idea dimana sebuah plat besi segiempat ......

34
BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Sepertimana yang kita semua sedia maklum proses atau cara bleeding brake kebanyakkannya menggunakan dua orang tenaga pekerja. Hal ini menyebabkan kerugian masa dan tenaga kerja boleh mendatangkan pelbagai masalah. Oleh yang demikian satu kajian telah dijalankan bertujuan untuk merekabentuk sebuah alat bleeding brake dimana ianya akan memudahkan lagi proses penyelenggaraan brek dan akan menjadi lebih cepat, bersih dan teratur. Faktor yang telah diberi perhatian di dalam aspek merekabentuk adalah rupa, saiz dan bahan untuk membuang angin didalam saluran paip brek tersebut. Dengan ini kami telah mengeluarkan satu idea dimana sebuah plat besi segiempat diubahsuai menjadi penutup tabung minyak brek (reservoir cap). Alat kami dinamakan Brake Bleeder yang menggunakan besi padu dan disembur cat dimana ianya bukan sahaja tahan lasak bahkan ianya akan memanjangkan hayat bahan tersebut. Tambahan lagi kami menggunakan regulator yang akan digunakan untuk mengawal tekanan angin daripada compressor. Kami menggunakan besi padu agar ianya lebih stabil dan kukuh. Brake Bleeder juga dilengkapi dengan nat pengunci untuk memastikan alat tersebut tidak bergerak dan tercabut ketika melakukan kerja menjujus.

Upload: lamthuan

Post on 13-Mar-2019

250 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 1 PENGENALAN Dengan ini kami telah mengeluarkan satu idea dimana sebuah plat besi segiempat ... ataupun Industri Kecil Sederhana ... Menghantar laporan dan membuat persediaan

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Sepertimana yang kita semua sedia maklum proses atau cara bleeding brake

kebanyakkannya menggunakan dua orang tenaga pekerja. Hal ini menyebabkan

kerugian masa dan tenaga kerja boleh mendatangkan pelbagai masalah.

Oleh yang demikian satu kajian telah dijalankan bertujuan untuk

merekabentuk sebuah alat bleeding brake dimana ianya akan memudahkan lagi proses

penyelenggaraan brek dan akan menjadi lebih cepat, bersih dan teratur. Faktor yang

telah diberi perhatian di dalam aspek merekabentuk adalah rupa, saiz dan bahan untuk

membuang angin didalam saluran paip brek tersebut.

Dengan ini kami telah mengeluarkan satu idea dimana sebuah plat besi

segiempat diubahsuai menjadi penutup tabung minyak brek (reservoir cap). Alat kami

dinamakan Brake Bleeder yang menggunakan besi padu dan disembur cat dimana

ianya bukan sahaja tahan lasak bahkan ianya akan memanjangkan hayat bahan

tersebut.

Tambahan lagi kami menggunakan regulator yang akan digunakan untuk

mengawal tekanan angin daripada compressor. Kami menggunakan besi padu agar

ianya lebih stabil dan kukuh. Brake Bleeder juga dilengkapi dengan nat pengunci

untuk memastikan alat tersebut tidak bergerak dan tercabut ketika melakukan kerja

menjujus.

Page 2: BAB 1 PENGENALAN Dengan ini kami telah mengeluarkan satu idea dimana sebuah plat besi segiempat ... ataupun Industri Kecil Sederhana ... Menghantar laporan dan membuat persediaan

2

Terdapat juga pelbagai rekabentuk alat menjujus yang berada dipasaran tetapi

ianya memerlukan kos yang tinggi bagi usahawan yang baru memulakan perniagaan.

Fokus utama projek kami ialah untuk menyasarkan kepada para usahawan bengkel

ataupun Industri Kecil Sederhana (IKS) yang baru memulakan perniagaan. Hal ini

adalah kerana kami ingin membantu mereka meningkatkan lagi hasil pendapatan dan

secara tidak langsung ianya akan membantu dalam meningkatkan ekonomi Negara.

1.2 PENYATAAN MASALAH

Kerja untuk melakukan bleeding brake (membuang angin disaluran brek atau

caliper pam), anda perlu melakukan kerja ini bersama seorang pembantu di mana

seorang akan melakukan bleeding dan seorang lagi menekan atau mengepam brek.

Hal ini mungkin tidak menjadi masalah untuk sesebuah pusat servis yang mempunyai

ramai pekerja (mekanik). Tetapi perkara ini akan mengganggu untuk sesebuah

bengkel yang kekurangan mekanik. Antara masalah yang dihadapi ialah:

i. Memerlukan sekurang-kurangnya dua orang mekanik untuk melakukan kerja.

ii. Mengganggu mekanik lain semasa hendak melakukan proses menjujus brek

(bleeding brake).

iii. Boleh menyebabkan kerosakan pada piston brek semasa pedal brek ditekan

untuk menjujus brek.

Page 3: BAB 1 PENGENALAN Dengan ini kami telah mengeluarkan satu idea dimana sebuah plat besi segiempat ... ataupun Industri Kecil Sederhana ... Menghantar laporan dan membuat persediaan

3

1.3 OBJEKTIF

Objektif projek ini adalah untuk:

i. Menghasilkan produk yang memudahkan mekanik untuk bleeding brake

secara berseorangan.

ii. Mengurangkan tenaga kerja yang digunakan untuk proses bleeding brake.

iii. Menghasilkan produk yang kos rendah.

Page 4: BAB 1 PENGENALAN Dengan ini kami telah mengeluarkan satu idea dimana sebuah plat besi segiempat ... ataupun Industri Kecil Sederhana ... Menghantar laporan dan membuat persediaan

4

1.4 SKOP

Oleh sebab proses bleeding brake sesebuah kenderaan memerlukan 2 orang

tenaga pekerja, kami ingin menghasilkan alat untuk memudahkan mekanik melakukan

bleeding secara berseorangan. Produk yang dihasilkan oleh kami merangkumi aspek-

aspek seperti berikut:

i. Alat ini hanya menggunakan konsep tekanan angin.

ii. Lebih sesuai untuk bengkel yang tidak ramai pekerja.

iii. Boleh digunakan oleh pekerja separa mahir.

iv. Digunakan untuk kereta yang mempunyai resevoir tank seperti Myvi.

Page 5: BAB 1 PENGENALAN Dengan ini kami telah mengeluarkan satu idea dimana sebuah plat besi segiempat ... ataupun Industri Kecil Sederhana ... Menghantar laporan dan membuat persediaan

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENDAHULUAN

Kajian literatur atau kajian ilmiah, boleh didefinisikan sebagai satu proses

kajian terdahulu bagi membantu di dalam proses merekabentuk terhadap sesuatu

projek yang akan dihasilkan. Di dalam membuat sesuatu produk atau rekabentuk

baru, kajian literatur diperlukan bagi membantu dalam menghasilkan produk. Tanpa

membuat kajian ini maka sesuatu produk yag ingin dihasilkan tidak mengikut

keperluan serta penggunaan pada masa kini. Oleh itu, kajian ini amat penting bagi

menentukan produk yang dihasilkan dapat menembusi pasaran terkini. Melalui

kajian ini, kelemahan yang terdapat pada produk yang sedia ada boleh dikenal pasti.

Oleh itu, produk yang direka ini merupakan ciptaan yang terbaru untuk memenuhi

keperluan semasa tanpa menimbulkan sebarang masalah penggunaan.

Page 6: BAB 1 PENGENALAN Dengan ini kami telah mengeluarkan satu idea dimana sebuah plat besi segiempat ... ataupun Industri Kecil Sederhana ... Menghantar laporan dan membuat persediaan

6

2.2 KAJIAN YANG DIJALANKAN

2.2.1 Minyak Brek ( DOT 3 & DOT 4)

Rajah 2.1: Jenis-jenis Minyak Brek

i. Minyak Brek DOT 3 mungkin mengandungi sebanyak 2% air setelah setahun

diservis. Setelah 18 bulan, minyah brek yang dicemari air meningkat kepada

3%. Dan setelah beberapa tahun, tidak hairanlah terdapat minyak brek yang

dicemari sebanyak 7 hingga 8% air. Ini kerana terdapat ramai pengguna yang

enam, tujuh atau lapan tahun tidak pernah menukar minyak brek.

ii. Untuk membuang minyak brek yang telah dicemari air, ianya perlu diganti

secara berkala kerana minyak brek DOT 3 & 4 adalah berasaskan Glycol dan

menyerap kelembapan dari masa ke masa. Hal ini boleh terjadi samada pada

kenderaan yang bergerak 30,000 batu (lebih kurang 50,000 km) atau hanya

disimpan di garaj kerana pencemaran ke atas minyak brek lebih dipengaruhi

oleh faktor masa dan kelembapan selain jarak pemanduan atau Mileage.

Kelembapan memasuki sistem melalui Seal2 dan celahan ruang bersaiz

mikroskopik di semua Hos dan saluran minyak Brek. Hal ini juga berlaku

setiap kali Penutup Tangki minyak brek dibuka

Page 7: BAB 1 PENGENALAN Dengan ini kami telah mengeluarkan satu idea dimana sebuah plat besi segiempat ... ataupun Industri Kecil Sederhana ... Menghantar laporan dan membuat persediaan

7

Rajah 2.2: Contoh Minyak Brek Di Pasaran

2.2.2 Ciri-Ciri Bendalir Brek

i. Tidak Boleh Dimampatkan.

ii. Tidak Berbuih.

iii. Tidak Terpeluwap Apabila Suhu Tinggi

iv. Tidak Menghakis Bahagian Logam

v. Bertindak Sebagai Bahan Pelincir

vi. Tidak Mengaratkan Komponen Brek

Page 8: BAB 1 PENGENALAN Dengan ini kami telah mengeluarkan satu idea dimana sebuah plat besi segiempat ... ataupun Industri Kecil Sederhana ... Menghantar laporan dan membuat persediaan

8

2.3 TEORI

2.3.1 Definisi Tekanan

Tekanan (simbol: P) ialah sukatan daya yang bertindak ke atas luas

permukaan sentuh, atau daya per unit luas dalam arah yang berserenjang dengan

permukaan berkenaan. Semakin kuat daya yang bertindak ke atas permukaan yang

diberikan, semakin tinggi tekanan. Begitu juga semakin kecil luas permukaan yang

disentuh oleh daya berkenaan, maka lebin tinggi tekanan. Sementara tekanan boleh

diukur dalam mana-mana unit tekanan dibahagi kepada mana-mana unit luas, unit SI

bagi tekanan (newton per meter padu) tetap dipanggil pascal (Pa).

Page 9: BAB 1 PENGENALAN Dengan ini kami telah mengeluarkan satu idea dimana sebuah plat besi segiempat ... ataupun Industri Kecil Sederhana ... Menghantar laporan dan membuat persediaan

9

2.3.2 Unit

Jadual 2.1: Unit

Pascal bar N/mm2 kp/m

2

kp/cm2 (=1

at) atm torr

1 Pa (N/m2)= 1 10

-5 10

-6 0.102 0.102×10

-4

0.987×10-

5

0.0075

1 bar (daN/cm2)

= 10

5 1 0.1 10,200 1.02 0.987 750

1 N/mm2 = 10

6 10 1 1.02×10

5 10.2 9.87 7,501

1 kp/m2 = 9.81

9.81×10-

5

9.81×10-

6

1 10-4

0.968×10

-

4

0.0736

1 kp/cm2 (1 at) = 98,100 0.981 0.0981 10,000 1 0.968 736

1 atm (760torr) = 101,325 1.013 0.1013 10,330 1.033 1 760

1 torr (mmHg) = 133 0.00133 1.33×10

-

4

13.6 0.00132 0.00132 1

Page 10: BAB 1 PENGENALAN Dengan ini kami telah mengeluarkan satu idea dimana sebuah plat besi segiempat ... ataupun Industri Kecil Sederhana ... Menghantar laporan dan membuat persediaan

10

2.3.3 Formula

dengan,

P = adalah tekanan

F = ialah daya yang bertindak

A = ialah luas permukaan sentuh

Tekanan Dalam Cecair

P=hpg

h = ketinggian turus cecair

p = ketumpatan bendalir

g = pecutan graviti ( 10ms-2

)

Page 11: BAB 1 PENGENALAN Dengan ini kami telah mengeluarkan satu idea dimana sebuah plat besi segiempat ... ataupun Industri Kecil Sederhana ... Menghantar laporan dan membuat persediaan

11

2.4 KAJIAN PRODUK DI PASARAN

Rajah 2.3: Vacuum Pump Brake Bleeding

Kelebihan Produk:

Memudahkan mekanik untuk menjujus brek (bleeding brake).

Menjimatkan masa dan tenaga pekerja.

Tidak mengganggu pekerja lain semasa menjujus brek.

Kelemahan Produk:

‘ Vaccum bleeding pump’ ini tidak dapat untuk digunakan pada semua

kenderaan yang menggunakan valve pada ‘reservoir valve’.

Terlalu banyak komponen kecil dan rumit.

Harga produk yang agak mahal.

Page 12: BAB 1 PENGENALAN Dengan ini kami telah mengeluarkan satu idea dimana sebuah plat besi segiempat ... ataupun Industri Kecil Sederhana ... Menghantar laporan dan membuat persediaan

12

2.5 KAJIAN KOMPONEN

2.5.1 Pemilihan Bahan

Jadual 2.2: Pemilihan Bahan

Jenis Bahan Penerangan

Rajah 2.4: Besi Plat

i. Lebih tahan dan tidak mudah

bengkok.

ii. Lebih berat dan kukuh semasa diikat

pada ‘master cylinder’.

Rajah 2.5: Besi Hollow

i. Kurang tahan dan boleh

membengkok.

ii. Agak nipis dan kurang sesuai.

Rajah 2.6: Plastik Plat

i. Tidak tahan dan mudah patah.

ii. Ringan dan tidak kukuh untuk

mengikat.

Page 13: BAB 1 PENGENALAN Dengan ini kami telah mengeluarkan satu idea dimana sebuah plat besi segiempat ... ataupun Industri Kecil Sederhana ... Menghantar laporan dan membuat persediaan

13

2.5.2 Antara Komponen Digunakan

1) Besi Plat

Rajah 2.7: Besi Plat Yang Digunakan

Menggunakan plat besi yang tebal untuk memastikan plat tersebut tahan dan

tidak bengkok semasa diketatkan.

Plat besi yang telah diubahsuai untuk digunakan semasa proses penjujusan

brek.

Dilapitkan dengan getah gasket untuk mengelakkan kebocoran minyak

semasa angin dari ‘air compressor’ dimasukkan ke dalam ‘master cylinder’.

Harga yang murah dan mudah didapati di pasaran.

Page 14: BAB 1 PENGENALAN Dengan ini kami telah mengeluarkan satu idea dimana sebuah plat besi segiempat ... ataupun Industri Kecil Sederhana ... Menghantar laporan dan membuat persediaan

14

2) Threaded Rod

Rajah 2.8: Threaded Rod

Digunakan untuk mengunci dan mengetatkan plat besi yang telah diubahsuai

menjadi penutup ‘master cylinder’.

Boleh dilaraskan mengikut kesesuaian saiz tabung minyak brek (reservoir

tank).

Terdapat pelbagai saiz dan ketebalan yang boleh didapati di pasaran.

Dilengkapkan dengan nut dan washer.

Page 15: BAB 1 PENGENALAN Dengan ini kami telah mengeluarkan satu idea dimana sebuah plat besi segiempat ... ataupun Industri Kecil Sederhana ... Menghantar laporan dan membuat persediaan

15

3) Regulator

Rajah 2.9: Regulator

Digunakan untuk mengawal kemasukan angin dari ‘air compressor’ bagi

mengelakkan tekanan yang berlebihan di dalam ‘reservoir tank’.

Tekanan yang digunakan untuk proses ‘bleeding brake’ ialah tidak lebih dari

20psi.

Page 16: BAB 1 PENGENALAN Dengan ini kami telah mengeluarkan satu idea dimana sebuah plat besi segiempat ... ataupun Industri Kecil Sederhana ... Menghantar laporan dan membuat persediaan

16

2.6 KESIMPULAN

Di dalam melaksanakan projek ini, pemilihan bahan atau komponen sangat

memainkan peranan penting bagi memastikan projek ini dapat dilaksanakan. Kami

menggunakan besi plat sebagai bahan utama di dalam projek ini. Besi plat yang

digunakan hendaklah mempunyai kualiti dari segi ketahanan serta boleh dibentuk

mengikut kesesuaian kenderaan.

Seterusnya, faktor kesalahan memilih bahan atau komponen akan

menyebabkan kesusahan semasa pemasangan projek. Justeru, ia akan menyebabkan

projek tidak dapat dilaksanakan.

Page 17: BAB 1 PENGENALAN Dengan ini kami telah mengeluarkan satu idea dimana sebuah plat besi segiempat ... ataupun Industri Kecil Sederhana ... Menghantar laporan dan membuat persediaan

BAB 3

METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Metodologi adalah satu kaedah yang digunapakai dalam menghasilkan

sesebuah projek. Metodologi yang digunakan adalah bagi membantu dalam

menginovasikan sesuatu ciptaan dalam menghasilkan satu produk yang kreatif dan

inovatif untuk mencapai objektif projek ini. Projek brake bleeder ini adalah dicipta

sendiri hasil dari berbincangan berkumpulan serta nasihat dari penyelia projek

berdasarkan alatan membaiki kereta yang sedia ada untuk kami inovasikan.

Rekabentuk yang kami hasilkan tidak terlalu merumitkan seperti alat yang sedia ada

dipasaran. Apa yang ditekankan dalam projek kami ialah rekabentuk bagi alat ini

yang telah kami ubahsuai ke yang lebih baik tanpa mengubah cara kerja.

Page 18: BAB 1 PENGENALAN Dengan ini kami telah mengeluarkan satu idea dimana sebuah plat besi segiempat ... ataupun Industri Kecil Sederhana ... Menghantar laporan dan membuat persediaan

18

3.2 CARTA ALIR

Untuk memastikan projek ini berjaya dan berjalan lancar beberapa langkah-

langkah perlu diikuti. Antara langkah-langkahnya adalah:

Ya

Tidak

Ya

Rajah 3.1: Carta Alir

Mula

Problem statement

Research

Invention

Modification

Evaluation

Tamat

Page 19: BAB 1 PENGENALAN Dengan ini kami telah mengeluarkan satu idea dimana sebuah plat besi segiempat ... ataupun Industri Kecil Sederhana ... Menghantar laporan dan membuat persediaan

19

3.2.1 Penerangan Carta Alir

i. Mula :

Perbincangan mengenai pemilihan bahan dan sebagainya

ii. Problem statement (Permasalahan/isu) :

Mengetahui mengapa dan bagaimana projek ini diplih.

iii. Research (Penyelidikan) :

Mengurus penyelidikan saintifik untuk menyelesai masalah

iv. Invention (Ciptaan/pembuatan) :

Berkaitan dengan pelbagai amalan pembuatan serta penyelidikan dan

pembangunan sistem, proses, mesin, alat, dan perlengkapannya.

v. Modification (Pengubahsuaian) :

Berkaitan pengubahsuaian produk untuk menjadi lebih baik

vi. Evaluation (Penilaian) :

Melakukan penilaian untuk mendapatkan data yang terhasil.

vii. Tamat :

Menghantar laporan dan membuat persediaan untuk perbentangan projek.

Page 20: BAB 1 PENGENALAN Dengan ini kami telah mengeluarkan satu idea dimana sebuah plat besi segiempat ... ataupun Industri Kecil Sederhana ... Menghantar laporan dan membuat persediaan

20

3.3 KONSEP KERJA PRIME

3.3.1 Problem Statement (P)

i. Penyataan Masalah

Untuk mengenalpasti masalah yang timbul semasa projek dalam proses

pemasangan ialah melalui beberapa cara seperti pemerhatian dari penyelia projek,

hasil perbincangan antara ahli kumpulan dan mengetengah masalah yang ada untuk

diselesaikan. Pengumpulan maklumat dan data berkaitan dengan spesifikasi

terperinci tentang projek yang dirancang juga perlu dibuat supaya projek yang dibuat

berjalan lancar tanpa mempunyai sebarang masalah.

Kajian dan rujukan yang diperolehi daripada penyelia projek, ahli-ahli

kumpulan dan laman sesawang yang berkaitan dengan projek ini juga banyak

membantu dalam mengatasi dan mengenalpasti masalah yang timbul apabila

menghasilkan projek ini.

Page 21: BAB 1 PENGENALAN Dengan ini kami telah mengeluarkan satu idea dimana sebuah plat besi segiempat ... ataupun Industri Kecil Sederhana ... Menghantar laporan dan membuat persediaan

21

3.3.2 Research (R)

i. Pembentukan Prototaip

Proses utama dalam menghasilkan sesebuah projek ialah membuat lakaran

untuk tujuan memudahkan proses membina dan menterjemahkan dengan lebih jelas

setiap sambungan dan kedudukan bagi setiap bahagian yang ingin disambungan

mengikut ukuran yang telah ditetapkan hasil dari perbincangan dalam proses

pencetusan idea. Dengan menghasilkan lakaran ini, perbincangan dapat dilakukan

bagi proses penambahbaikan dari segi dimensi projek serta rekabentuk.

Rajah 3.2: Lakaran Awal Projek

Page 22: BAB 1 PENGENALAN Dengan ini kami telah mengeluarkan satu idea dimana sebuah plat besi segiempat ... ataupun Industri Kecil Sederhana ... Menghantar laporan dan membuat persediaan

22

ii. Pembuatan

a. Membuat ukuran dan melakukan pemotongan

Sebelum menjalankan proses pemotongan, bahan yang hendak di potong itu

hendaklah melalui proses pengukuran untuk mendapatkan saiz yang ditetapkan.

Rajah 3.3: Mendapatkan Ukuran Untuk Kerja Pemotongan

b. Pastikan alatan yang hendak digunakan dalam keadaan selamat

Sebelum menggunakan mesin grinder pastikan mata yang digunakan tidak

rosak atau pecah.

Rajah 3.4: Mesin Grinder

Page 23: BAB 1 PENGENALAN Dengan ini kami telah mengeluarkan satu idea dimana sebuah plat besi segiempat ... ataupun Industri Kecil Sederhana ... Menghantar laporan dan membuat persediaan

23

c. Memotong besi plat

Besi plat yang telah siap dipotong mengikut saiz ukuran yang ditetapkan.

Rajah 3.5: Besi Plat Yang Siap Dipotong

d. Besi Threaded Rod 6 Kaki dipotong

Threaded rod yang dipotong pendek mengikut kesesuaian saiz master

cylinder.

Rajah 3.6: Threaded Rod

Page 24: BAB 1 PENGENALAN Dengan ini kami telah mengeluarkan satu idea dimana sebuah plat besi segiempat ... ataupun Industri Kecil Sederhana ... Menghantar laporan dan membuat persediaan

24

e. Regulator dipasang dengan hose.

Setelah siap proses pemotongan, regulator dipasang dengan hose dan diikat

dengan kemas.

Rajah 3.7: Regulator & Hose

f. Produk yang telah siap dipasang

Besi plat yang telah diubahsuai menjadi penutup master cylinder kemudian

dipasang pada servo brake.

Rajah 3.8: Produk Yang Telah Siap

Page 25: BAB 1 PENGENALAN Dengan ini kami telah mengeluarkan satu idea dimana sebuah plat besi segiempat ... ataupun Industri Kecil Sederhana ... Menghantar laporan dan membuat persediaan

25

3.3.3 Invention (I)

i. Percambahan Idea

Projek yang kami lakukan tidaklah sesuatu perkara yang baru tetapi kami

sedikit sebanyak telah memperbaharuai alat yang sedia ada dengan alat yang lebih

baik tanpa mengubah proses kerja. Pencetusan idea ini sebenarnya berdasarkan

masalah yang berlaku apabila terdapat masalah ataupun kesulitan untuk kita

melakukan sesuatu pekerjaan.

Selain itu, cara lain yang boleh dijalankan bagi mencetus idea merekacipta

antaranya ialah melalui soal selidik, penyelidikan dan kajian. Oleh itu, cara

penyelesaian yang terbaik akan dibuat sekiranya masalah yang timbul telah

dikenalpasti.

a. Analisis Konsep Rekabentuk

Topik ini membincangkan tentang pemilihan rekabentuk untuk projek ini.

Daripada idea yang kami pilih, idea ini adalah idea yang kedua. Idea ini

dibincangkan dengan penyelia kami dan beliau memilih idea ini daripada konsep

power bleeder yang menggunakan tekanan angin. Kami membuat perbincangan dan

memulakan projek ini dengan menukarkan konsep penutup master cylinder kepada

sebuah besi plat yang boleh diguna pakai untuk sesetengah kenderaan semasa proses

bleeding brake.

Page 26: BAB 1 PENGENALAN Dengan ini kami telah mengeluarkan satu idea dimana sebuah plat besi segiempat ... ataupun Industri Kecil Sederhana ... Menghantar laporan dan membuat persediaan

26

b. Konsep Rekabentuk dan Kriteria

Terdapat tiga konsep reka bentuk yang dicadangkan dalam peringkat awal

proses reka bentuk. Antaranya ialah:

Konsep 1: Menggunakan Konsep Vacuum

Rajah 3.9: Hand-Operated Vacuum Pump

Kelebihan:

i. Dapat memudahkan kerja menjujus brek.

ii. Boleh dilakukan seorang diri.

iii. Peralatan yang serba lengkap.

Kelemahan:

i. Menggunakan terlalu banyak komponen-komponen kecil.

ii. Kos yang agak tinggi.

iii. Perlu mengepam secara manual dengan menggunakan tangan.

Page 27: BAB 1 PENGENALAN Dengan ini kami telah mengeluarkan satu idea dimana sebuah plat besi segiempat ... ataupun Industri Kecil Sederhana ... Menghantar laporan dan membuat persediaan

27

Konsep 2: Menggunakan Konsep Tekanan Angin

Rajah 3.10: Brake Bleeder Kit

Kelebihan:

i. Kerja lebih mudah dan pantas.

ii. Kerja lebih efisien semasa proses ‘bleeding brake’.

Kelemahan:

i. Perlu mengepam bagi memastikan tekanan sentiasa cukup.

ii. Pelbagai jenis dan saiz penutup yang perlu digunakan.

Page 28: BAB 1 PENGENALAN Dengan ini kami telah mengeluarkan satu idea dimana sebuah plat besi segiempat ... ataupun Industri Kecil Sederhana ... Menghantar laporan dan membuat persediaan

28

Konsep 3: Menggunakan Konsep Mekanikal

Rajah 3.11: Pedal Bleeding

Kelebihan:

i. Tidak perlu membeli alatan menjujus brek (bleeding brake).

Kelemahan:

i. Boleh menyebabkan kerosakan pada piston seal.

ii. Proses bleeding brake agak lambat.

iii. Memerlukan dua orang tenaga kerja.

Page 29: BAB 1 PENGENALAN Dengan ini kami telah mengeluarkan satu idea dimana sebuah plat besi segiempat ... ataupun Industri Kecil Sederhana ... Menghantar laporan dan membuat persediaan

29

ii. Pemilihan Idea

Dalam membuat pemilihan projek, aspek dan faktor tertentu amat dititik

beratkan diantaranya dari segi pemilihan bahan, kos, fungsi dan keselamatan. Bahan

yang digunakan haruslah bersesuaian dengan produk yang dihasilkan bagi hasil

produk yang berkualiti dari segi ketahanan bahan bagi menjamin keselamatan pada

pengguna.

a. Jadual Penilaian Bermatrik

Penilaian dan pemilihan dianalisis dengan membandingkan konsep 1, konsep

2 dan konsep 3. Ini dilakukan dengan memberikan mata kepada nilai setiap konsep

untuk menentukan konsep terbaik. Oleh itu, mana-mana kelemahan ditentukan dalam

konsep reka bentuk yang dipilih boleh diperbaiki.

Page 30: BAB 1 PENGENALAN Dengan ini kami telah mengeluarkan satu idea dimana sebuah plat besi segiempat ... ataupun Industri Kecil Sederhana ... Menghantar laporan dan membuat persediaan

30

Jadual 3.1: Jadual Matriks

No. Criteria

Interest Concept

1

Concept

2

Concept

3

Concept

Criteria References

1 Efficiency 5 - + - D

2 Commercial

Design 4 + S + A

3 Cost 4 + + + T

4 Probability 3 S - - U

5 Mobility 5 - S - M

6 Total + 3 3 2 0

7 Total - 2 2 3 0

8 Total Overall 1 1 -1 0

9 Total Actual 1 7 -5 0

Page 31: BAB 1 PENGENALAN Dengan ini kami telah mengeluarkan satu idea dimana sebuah plat besi segiempat ... ataupun Industri Kecil Sederhana ... Menghantar laporan dan membuat persediaan

31

b. Lukisan Berbantu Komputer

Rajah 3.12: Lukisan Berbantu Komputer

Pandangan 3D

Page 32: BAB 1 PENGENALAN Dengan ini kami telah mengeluarkan satu idea dimana sebuah plat besi segiempat ... ataupun Industri Kecil Sederhana ... Menghantar laporan dan membuat persediaan

32

iii. Pemilihan Bahan

Jadual 3.2: Anggaran Kos

Barang Kuantiti Harga (RM)

Pressure Regulator 1 90.00

Air Hose 2 Feet 5.00

10mm Threaded Rod 2 2.00

Air Hose Connector 6 36.00

Rubber Tube 1 1.00

Nut 10mm 4 1.60

Rubber Bush 1 1.00

Copper Nut 1 5.00

Pressure Sprayer 1 30.00

Jumlah (RM) 169.30

Page 33: BAB 1 PENGENALAN Dengan ini kami telah mengeluarkan satu idea dimana sebuah plat besi segiempat ... ataupun Industri Kecil Sederhana ... Menghantar laporan dan membuat persediaan

33

3.3.4 Modification (M)

i. Pengujian

Projek ini diuji ketahanannya dari segi struktur bahan dan keselamatan

supaya tidak mencederakan pengguna semasa menggunakan projek ini.

ii. Pengubahsuaian

Projek ini diubahsuai struktur bahan tambahannya daripada getah tiub motor

kepada gasket getah yang tebal. Reka bentuknya juga diubah menjadi lebih selamat

kepada pengguna.

Page 34: BAB 1 PENGENALAN Dengan ini kami telah mengeluarkan satu idea dimana sebuah plat besi segiempat ... ataupun Industri Kecil Sederhana ... Menghantar laporan dan membuat persediaan

34

3.3.5 Evaluation (E)

i. Pengujian

Projek ini diuji dari segi tenaga kerja yang digunakan semasa proses menjujus

brek (bleeding brake) antara ‘Brake Bleeder’ dan ‘Pedal Bleeding’.

ii. Pengrekodan

Masa yang diambil telah direkodkan didalam jadual dibawah:

Jadual 3.3: Perbandingan Jenis Produk Terhadap Tenaga Kerja

JENIS PRODUK BIL. PEKERJA TENAGA KERJA

Brake Bleeder

Pedal Bleeding