bab 1 al quran menjana kecemerlangan hidup
DESCRIPTION
Pendidikan Islam T1TRANSCRIPT
tilawah
ALQURAN MENJANA KECEMERLANGAN HIDUP
Objektif pelajaran ini:• Menyatakan maksud ayat dengan ringkas• Menerangkan maksud taqwa• Menyatakan ciri-ciri orang bertaqwa
berdasarkan ayat• Menjelaskan usaha-usaha untuk menjadi
orang yang bertaqwa• Menerangkan pengajaran ayat• Menghafaz ayat ini.
Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) solat serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muham-mad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itu-lah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
Al-Quran merupakan pertunjuk dan hidayah kepada orang yang bertaqwa
• Orang bertaqwa menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup merangkumi hubungan dengan Allah dan hubungan manusia
dengan manusia
• Orang bertaqwa tidak melakukan apa yang bertentangan dengan al-Quran
• Orang bertaqwa sentiasa taat melaksanakan segala perintah Allah
• Orang bertaqwa sentiasa takut akan azab Allah
• Orang bertaqwa menjadi as-Sunnah sebagai panduan selain al-Quran
Konsep taqwa kepada Allah• Memelihara diri daripada sesuatu yang membawa kepada kemurkaan dan seksaan Allah, iaitu dengan meninggalkan segala larangan dan melakukan segala suruhan
Allah
Ciri-ciri mukmin bertaqwa berdasarkan ayat
• Beriman dan beramal dengan ajaran al-Quran• Beriman kepada hari akhirat
• Beriman kepada perkara ghaib• Mendirikan solat lima waktu
• Beriman kepada kitab-kitab asal yang diturunkan rasul-rasul terdahulu yang tidak diubah
• Mengeluarkan sebahagian daripada hartanya ke jalan Allah
Kelebihan orang yang bertaqwa• Dikasihi dan diredai Allah
• Berjaya di dunia dan di akhirat• Menjadi orang yang berilmu dan beramal
• Menjadi pemimpin yang berjaya• Sentiasa reda serta tabah menghadapi ujian
hidup• Tidak mudah trepengaruh dengan anasir
negatif
Usaha-usaha untuk menjadi orang yang bertaqwa
• Rajin mengulangkaji pelajaran• Sentiasa menunaikan solat pada waktunya
• Membaca dan memahami al-Quran• Berakhlak mulia
• Meninggalkan perbuatan yang boleh mendorong kita melakukan maksiat dan
perbuatan keji• Bersifat jati diri dan berdaya saing
Pengajaran ayat• Setiap orang Islam wajib percaya kepada al-Quran
serta mengamalkan segala ajarannya• Kita hendaklah menghayati sifat-sifat orang
bertaqwa dalam kehidupan seharian• Kita hendaklah istiqamah dan ikhlas dalam
melakukan ibadah• Umat Islam hendaklah bersedia menginfakkan
sebahagian hartanya ke jalan Allah• Orang yang bertaqwa dijanjikan Allah sebahagian
hidup di dunia dan juga di akhirat
SEKIAN TERIMA KASIH