bab 1 pendahuluan 1 pendahuluan ... belajar sains dan matematik di tingkatan 1 pada tahun 2003 dalam...

8
BAB 1 PENDAHULUAN Pelaksanaan bahasa Inggeris dalam pengajaran matematik dan sains merupakan satu dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Guru yang merupakan pelaksana kepada dasar ini perlu melaksanakan walaupun tidak bersetuju dengan dasar yang telah ditetapkan. Pelaksanaan bahasa Inggeris ini memberi satu tekanan yang begitu berat kepada guru untuk meneruskan dasar ini. Terdapat pelbagai masalah yang telah kita lihat secara langsung atau tidak rata-rata mengatakan pelaksanaan dasar ini bakal mengundang kesan negatif mahupun kepada pelajar atau institusi persekolahan tersebut. Di sini, peranan guru amat penting bagi memastikan tiada masalah yang akan timbul dan pelaksanaan ini dapat berjalan dengan lancar. Selain guru yang telah lama berkhidmat, bakal-bakal guru yang akan meneruskan perjuangan dalam bidang ini juga tidak terkecuali dalam memastikan pelaksanaan dasar ini dapat diteruskan dengan jayanya. Di sini, kajian akan dilakukan bagi mengenalpasti faktor yang mempengaruhi persediaan bakal guru untuk mengajar matematik dalam bahasa Inggeris. Faktor yang ingin dikenalpasti adalah dari segi minat terhadap bahasa Inggeris, penguasaan bahasa Inggeris dan keyakinan untuk mengajar dalam bahasa Inggeris. Kajian yang akan dijalankan ini diharapkan dapat membantu semua pihak yang terlibat terutamanya bakal-bakal guru yang akan menghadapi buat kali pertama mengajar dalam bahasa Inggeris. Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat menjadi rujukan bagi menangani masalah yang berkaitan dengan pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris.

Upload: doandieu

Post on 17-Mar-2018

224 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

BAB 1

PENDAHULUAN

Pelaksanaan bahasa Inggeris dalam pengajaran matematik dan sains

merupakan satu dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Guru yang merupakan

pelaksana kepada dasar ini perlu melaksanakan walaupun tidak bersetuju dengan

dasar yang telah ditetapkan. Pelaksanaan bahasa Inggeris ini memberi satu tekanan

yang begitu berat kepada guru untuk meneruskan dasar ini. Terdapat pelbagai

masalah yang telah kita lihat secara langsung atau tidak rata-rata mengatakan

pelaksanaan dasar ini bakal mengundang kesan negatif mahupun kepada pelajar atau

institusi persekolahan tersebut. Di sini, peranan guru amat penting bagi memastikan

tiada masalah yang akan timbul dan pelaksanaan ini dapat berjalan dengan lancar.

Selain guru yang telah lama berkhidmat, bakal-bakal guru yang akan meneruskan

perjuangan dalam bidang ini juga tidak terkecuali dalam memastikan pelaksanaan

dasar ini dapat diteruskan dengan jayanya. Di sini, kajian akan dilakukan bagi

mengenalpasti faktor yang mempengaruhi persediaan bakal guru untuk mengajar

matematik dalam bahasa Inggeris. Faktor yang ingin dikenalpasti adalah dari segi

minat terhadap bahasa Inggeris, penguasaan bahasa Inggeris dan keyakinan untuk

mengajar dalam bahasa Inggeris. Kajian yang akan dijalankan ini diharapkan dapat

membantu semua pihak yang terlibat terutamanya bakal-bakal guru yang akan

menghadapi buat kali pertama mengajar dalam bahasa Inggeris. Selain itu, kajian ini

juga diharapkan dapat menjadi rujukan bagi menangani masalah yang berkaitan

dengan pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris.

2

1.1 PENGENALAN

Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang digunakan oleh semua

lapisan masyarakat di seluruh dunia. Bahasa ini menjadi satu bahasa perantaraan bagi

sesetengah negara yang majoritinya penduduknya yang bukan beragama Islam. Di

sini menunjukkan betapa luasnya penggunaan bahasa Inggeris di kalangan

masyarakat yang mempunyai daya saing yang tinggi dalam mengejar era globalisasi

ini. Oleh itu, menjadi satu keperluan kepada setiap orang untuk mempelajari dan

menguasai bahasa tersebut bagi melangkah ke arah yang lebih maju dan seiring

dengan perjalanan globalisasi masa kini. Di negara kita contohnya telah mengambil

inisiatif dengan pelaksanaan bahasa Inggeris digunakan dalam mengajar matematik

dan sains. Pelaksanaan ini telah dilakukan pada tahun 2003 untuk Tahun Satu,

Tingkatan Satu dan Tingkatan Enam. Oleh itu, tanggungjawab guru amat berat untuk

menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan agar pelajar dapat memahami

dengan mudah.

Bahasa sangat penting dalam penyampaian dan pembinaan ilmu kepada

seseorang. Bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa digunakan secara meluas

terutama dalam bidang sains dan teknologi. Menurut Kesatuan Guru dan Pertubuhan

bukan kerajaan ( NGO ), bahasa Inggeris bukan sahaja dapat membantu golongan

pelajar menguasai bahasa berkenaan dengan lebih baik malah juga mampu bersaing

dengan pelajar-pelajar asing terutama dalam era globalisasi sekarang ini. Di samping

itu juga, Yang Dipertua Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah, Alimudin Md

Dom pula mencadangkan agar Kementerian Pendidikan menyediakan kursus dan

kemudahan yang sewajarnya kepada guru yang terbabit.

Selaras dengan pelaksanaan dasar pengajaran dalam bahasa Inggeris ini,

setiap warga Malaysia telah diseru untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris

dalam kehidupan. Latihan yang berterusan memberikan keputusan yang positif. Di

sinilah, usaha yang tinggi diperlukan dalam menjadikan bahasa ini sebati dalam diri

dan kehidupan kita di samping tidak memperendahkan bahasa kebangsaan yang tetap

3

menjadi bahasa kebangsaan negara kita. Mantan Perdana Menteri kita juga telah

menekankan bahawa setiap warganegara Malaysia yang berpendidikan haruslah

mempunyai kecekapan dalam bahasa Inggeris. Penguasaan dalam bahasa Inggeris

boleh menjadi tiket untuk maju ke hadapan dan menjadi seorang yang disegani oleh

semua orang. Kemahiran dalam bahasa Inggeris juga adalah salah satu syarat untuk

membangunkan negara Malaysia untuk menjadi sebuah negara perindustrian yang

maju. ( Asmah, 1989 ).

Permintaan terhadap pekerjaan lebih-lebih lagi dalam sektor awam semakin

meningkat selaras dengan kemajuan dunia masa kini dan antaranya Malaysia

merupakan sebuah negara yang maju dalam apa jua bidang seperti perindustrian,

pertanian dan sebagainya. Sesebuah syarikat yang mengambil pekerja melihat dalam

pelbagai aspek termasuk akademik, kemahiran yang dimiliki dan sebagainya. Jika

pada zaman dahulu, ia hanya melihat kepada akademik tetapi pada masa kini, bukan

hanya akademik tetapi kemahiran yang ada pada seseorang. Antaranya kemahiran

berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Di sini, kita dapat lihat betapa pentingnya

penggunaan bahasa Inggeris dalam kehidupan pada masa kini. Data yang diperolehi

dari pasaran kerja menyokong pendapat mengenai kekurangan sumber manusia atau

kekosongan di dalam pekerjaan memerlukan kelayakan sains dan disokong dengan

kemahiran berkomunikasi dalam berbahasa Inggeris.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Hishamuddin Tun Hussein

berharap agar pihak kerajaan dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

Matematik dalam bahasa Inggeris dengan teliti, bijak dan tersusun bagi mengelakkan

pelajar menjadi mangsa kegagalan. Satu jawatankuasa perancangan dan pelaksanaan

digesa agar ditubuhkan untuk memperhaluskan lagi sistem yang bakal dilaksanakan

nanti bagi merealisasikan dan memberikan dorongan kepada guru. Satu mesyuarat

khas kabinet yang dipengerusikan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir

Mohamad di Putrajaya juga bersetuju memberi galakan kepada guru-guru agar

menguasai bahasa Inggeris dengan baik (Berita Harian, 2003).

Menurut bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Musa Mohamed, pelaksanaan

pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sebagai satu kepentingan

4

utama negara dan mengarahkan Kementerian Pendidikan memberi perhatian

sepenuhnya bagi menjayakan dasar ini. Bagi memantapkan dan membolehkan

pengajaran ini dapat dibuat dengan lebih berkesan, pihak kementerian menyediakan

sejumlah peruntukan untuk membekalkan infrastruktur teknologi komunikasi

maklumat (ICT) seperti komputer bimbit, projektor LCD, skrin dan bahan interaktif

kepada sekolah. Bekalan elektrik juga akan dibekalkan secepat mungkin kepada

sekolah-sekolah yang masih tidak mempunyai kemudahan berkenaan, selain

dibekalkan dengan bahan rujukan bercorak sains. Selain itu juga, beliau juga

berpendapat bahawa penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya bagi mengajar

Matematik dan Sains di Sekolah Kebangsaan dan SJKT merupakan kelebihan,

bukannya satu kekurangan (Berita Harian, 2007).

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Abdul Rafie Mahat menegaskan apa

yang dilakukan oleh Malaysia dalam memperkenalkan pelbagai dasar baru dalam

pendidikan tidak salah, sebaliknya ia adalah mengikut perkembangan dan tuntutan

semasa. Katanya, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains dan

Matematik dalam bahasa Inggeris (SMI) adalah antara contoh pembaharuan yang

dilakukan untuk membolehkan rakyat negara ini mencipta pelbagai kejayaan dalam

bidang sains dan teknologi. ``Jika Korea Selatan mewujudkan sekolah khas untuk

pelajar bijak, maka Malaysia juga mempunyai sekolah yang sama iaitu Sekolah

Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains Mara,'' katanya kepada Utusan Malaysia

di Seoul, Korea Selatan.

1.2 LATAR BELAKANG MASALAH

Pelaksanaan pengajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris telah

membuka mata banyak pihak terutamanya bakal guru yang akan mengajar. Bakal

guru ini seharusnya membuat banyak persediaan dari segi mental, fizikal dan rohani.

Persediaan yang rapi memerlukan pengorbanan yang tinggi. Pengorbanan ini

5

memerlukan seseorang bakal guru memenuhi ilmu pengetahuan yang secukupnya

dalam bidang yang akan diajar di samping mengukuhkan penguasaan bahasa

Inggeris. Dasar yang telah ditetapkan telah memaksa bakal guru untuk mencari

alternatif untuk menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik lagi.

Penguasaan bahasa Inggeris di kalangan bakal guru tidak lagi mencapai tahap

yang diperlukan untuk menjadi seorang penyampai yang baik. Pihak yang sangat

penting dalam pelaksanaan dasar tersebut, iaitu guru sendiri menghadapi masalah

yang amat besar. Daripada sejumlah 181,340 orang guru di sekolah rendah pada

tahun 2004, dianggarkan kira-kira 80,000 orang terlibat dalam pengajaran sains dan

matematik dan semuanya terlatih dalam bahasa Melayu yang dijadikan bahasa

penghantar utama dalam sistem pendidikan negara sejak tahun 1970. Dengan

pelaksanaan dasar tersebut secara mendadak, dapat dipastikan berlakunya masalah

pengajaran yang dihadapi oleh guru-guru. Kajian yang dijalankan oleh Dewan

Bahasa dan Pustaka Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2004 di 242 buah

sekolah menengah di seluruh negara menunjukkan bahawa guru tidak mempunyai

kesediaan untuk mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Hanya 54.7%

guru sains dan 62.2% guru matematik yang mampu menerangkan konsep sains dan

matematik dalam bahasa Inggeris. Satu kajian lain yang dijalankan pada tahun 2004

dengan jelas menunjukkan bahawa 81% guru mahu sains dan matematik diajarkan

dalam bahasa Melayu, 72% mengatakan bahawa pencapaian pelajar dalam sains dan

matematik akan lebih cemerlang jika diajarkan dalam bahasa Melayu, dan 79%

berpendapat bahawa pelajar lebih dapat menumpukan perhatian jika kedua-dua mata

pelajaran itu diajarkan dalam bahasa Melayu. Daripada kajian-kajian di atas, dapat

dibuat satu kesimpulan bahawa seorang guru yang sudah lama berkhidmat dalam

profession ini mempunyai masalah dalam persediaan mengajar dalam bahasa

Inggeris inikan pula bakal guru yang baru dalam profession ini.

Didapati bahawa hanya kurang daripada 10% rakyat Malaysia yang boleh

berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Kadar ini juga telah menunjukkan bahawa

amalan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris kurang diterapkan di kalangan bakal

guru terutamanya. Mereka tidak mempunyai keyakinan diri untuk bertutur dalam

6

bahasa Inggeris. Sikap ini memberi kesan yang negatif kepada diri sendiri dan pelajar

yang akan diajar. Masalah akan timbul apabila bakal guru ini ingin menyampaikan

isi pengajaran kepada pelajar dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, di sini dapat kita lihat

bahawa amalan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dapat memberi bonus untuk

mengukuhkan lagi kemampuan dalam bahasa Inggeris.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Universiti

Kebangsaan Malaysia (2004), ia menunjukkan penurunan prestasi yang cukup

mencemaskan di kalangan pelajar yang terlibat dalam mata pelajaran sains dan

matematik, bahasa Inggeris dan bahkan bahasa Melayu. Dalam Peperiksaan

Pertengahan Tahun Tingkatan 2 pada tahun pengajian 2004 (pelajar yang mula

belajar sains dan matematik di tingkatan 1 pada tahun 2003 dalam bahasa Inggeris),

peratus pelajar yang mendapat gred cemerlang (gred A) bagi mata pelajaran sains

hanya 11.9% dan bagi mata pelajaran matematik hanya 16.9%. ini. Ini telah

membuktikan bahawa bakal guru terutamanya haruslah meningkatkan usaha untuk

memastikan pengajaran yang berkesan seterusnya melahirkan pelajar yang berjaya.

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Dasar pelaksanaan pengajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris

menuntut bakal guru untuk membuat banyak persediaan bagi memastikan

pelaksanaannya berjalan dengan baik dan lancar. Dalam memastikan pelaksanaan

dasar ini mencapai kejayaan, beberapa faktor harus dipertimbangkan. Antaranya

faktor minat terhadap bahasa Inggeris, penguasaan dalam bahasa Inggeris dan

keyakinan diri.

Persediaan bakal guru dipengaruhi oleh faktor minat terhadap bahasa

Inggeris, penguasaan dalam bahasa Inggeris dan keyakinan diri. Minat adalah suatu

7

aspek yang penting dalam melakukan sesuatu dengan berjaya. Sebagai contoh,

seseorang mampu menjadi seorang doktor yang berjaya kerana dia mempunyai minat

yang mendalam terhadap dunia perubatan, yang telah menjadikan dia seorang doktor

yang mampu merawat semua orang yang memerlukan perkhidmatannya. Begitu juga

dengan minat terhadap bahasa Inggeris. Seseorang bakal guru seharusnya menanam

minat yang mendalam terhadap bahasa Inggeris. Ini bagi memastikan seseorang

bakal guru dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang guru yang

berdedikasi.

Selain itu, penguasaan terhadap bahasa Inggeris juga memainkan peranan

yang penting dalam persediaan bakal guru untuk mengajar. Apabila seseorang tidak

menguasai sesuatu ilmu yang akan diajar kepada orang lain, proses pengajaran dan

pembelajaran tidak akan berlaku. Ini bermakna tujuan kita sebagai seorang guru

tidak akan berjaya. Oleh itu, bakal guru seharusnya menguasai bahasa Inggeris

dengan baik. Penguasaan bahasa Inggeris di kalangan guru amat penting bagi

memastikan pelaksanaan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan ini berjalan dengan

lancar dan berjaya.

Keyakinan diri juga berkait rapat dengan persediaan bakal guru untuk

mengajar dalam bahasa Inggeris. Seseorang bakal guru mestilah mempunyai

keyakinan yang tinggi dalam diri kerana dengan adanya semangat ini, dapat

menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan. Oleh itu, seseorang bakal guru

harus mempersiapkan diri dengan tahap keyakinan yang tinggi dalam diri masing-

masing.

Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi melihat adakah faktor-faktor seperti minat

yang mendalam terhadap bahasa Inggeris, penguasaan terhadap bahasa Inggeris dan

keyakinan diri mempengaruhi persediaan bakal guru untuk mengajar matematik

dalam bahasa Inggeris.

8

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh terhadap persediaan bakal

guru dalam pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dari perspektif:

i. minat

ii. keyakinan diri

iii. penguasaan terhadap bahasa Inggeris