mencegah dan merawat penyakit ikan

40
Mencegah dan merawat penyakit ikan Sekiranya ikan hiasan yang dipelihara mempunyai simpton- simpton penyakit seperti yang telah dinyatakan, langkah pencegahan awal perlu dilakukan. Antaranya ialah : asingkan ikan yang berpenyakit ke tempat lain. rawat ikan yang berpenyakit Contoh penyakit ikan hiasan & cara pencegahan

Upload: mat-noi

Post on 25-Nov-2015

111 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ikan hiasan

TRANSCRIPT

Mencegah dan merawat penyakit ikanSekiranya ikan hiasan yang dipelihara mempunyai simpton-simpton penyakit seperti yang telah dinyatakan, langkah pencegahan awal perlu dilakukan.

Antaranya ialah : asingkan ikan yang berpenyakit ke tempat lain. rawat ikan yang berpenyakit

Contoh penyakit ikan hiasan & cara pencegahan

Contoh lain adalah seperti dalam jadual di bawah

PenyakitSimptonPuncaRawatan

Bintik Putih(white spot)Bintik seperti gula pada badan dan siripParasit ProtozoaUbat parasit

ColumnarisKapas putih bercambah dari sirip atau badanBakteria-FlexobacterUbat fungus

Sirip Busuk(Fin rot)Sirip rosk atau kembangFungusSaprolegniaUbat fungus

Flavo BacteriaIkan berenang tanpa tujuan dan menggeluparBakteria dalamanUbat parasit

Posted byAmirul Naimat7:19 PMNo comments:Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to PinterestLinks to this postPenyakit Ikan Hiasan

Ikan hiasan yang dipelihara mudah mendapat penyakit Antara penyakit yang boleh menjangkiti ikan hiasan ialah penyakit bintik putih, kulat dan bakteria. Ikan hiasan mudah dijangkiti apabila :1. Suhu air di dalam akuarium terlalu rendah atau tinggi.2. Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak dibersihkan dalam jangka masa yang lama.3. Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.

Penyakit Ikan Hiasan

Jangkitan bakteria

ikan dijangkiti bakteria disebabkanmutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan yang stres.

Penyakit Bintik Putih

penyakit ini disebabkan olehparasityang melekat pada sisiknya. ia berlaku apabila suhu air terlalu sejuk.

Jangkitan Kulat

kulat akan tumbuhpada luka di badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan awal. sirip, mulut dan badanialah bahagian pada ikan yang sering dijangkiti kulat.

Simpton-simpton jangkitan penyakit padaikan hiasan

1. Bintik putih seperti gula pada badan dan sirip ikan.2. Tumbuh kulat pada bahagian kulit ikan yang luka.3. Kulit berubah warna menjadi pudar.4. sisik atau ekor mengembang.5. Perut ikan buncit.

Posted byAmirul Naimat6:51 PMNo comments:Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to PinterestLinks to this postPembersihan AkuariumKerja pembersihan akuarium perlu dilakukan supaya ikan hiasan dan tumbuhan akuatik sentiasa berada pad tahap yang baik.

Bagi melihat langkah-langkah pembersihan akuarium, sila lihat video dibawah

Posted byAmirul Naimat6:01 PMNo comments:Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to PinterestLinks to this postPengurusan

Mengenal dan memilih jenis makanan hiasan terdapat pelbagai jenis makanan yang boleh diberikan kepada ikan hiasan yang dipelihara. antara makanan tersebut ialah makanan hidup, makanan kering, makanan basah dan makanan rumusan. makanan yang diberi bergantung kepada ikan yang dipelihara.

Contoh makanan hidup

Ulat Roti

Plankton

Cengkerik

Lipas

Cacing darah

Contoh makanan kering

Cacing darah (Bloodworm) yang diawet kering

Udang geragau kering

Contoh makanan basah

Moina, daging atau hati yang dibekukan

Kerang segar

Contoh makanan rumusan

Emping

PelletPosted byAmirul Naimat5:12 PMNo comments:Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to PinterestLinks to this postPenyediaan akuarium/bekasMenyediakan dan menghias akuariumBagi menyediakan dan menghias akuarium, sila lihat video dibawah

Video Penyediaan akuarium

Video memasukkan ikan ke dalam akuariumPosted byAmirul Naimat4:42 PMNo comments:Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to PinterestLinks to this postPemilihan akuarium/bekas dan aksesori

Pemilihan akuarium atau bekas hendaklahsesuai dengan saiz ikanyang ingin dipelihara. akuarium yang dipilih boleh dilengkapi dengan pelbagai aksesori supaya kelihatanlebih menarik. Antara kelengkepan dan aksesori yang digunakan adalah seperti gambar berlabel di bawah. Akuarium

Model/Ornamen

Kayu Buruk

Pasir Sungai

Batu Hiasan

Tumbuhan Akuatik

Penapis Air

Pam AirPosted byAmirul Naimat4:06 PMNo comments:Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to PinterestLinks to this postSaturday, August 25, 2012Penyediaan Bekas/akuarium

Penyediaan Bekas untuk pemeliharaan ikan hiasan amat penting dan perlu dititikberatkan oleh penggemar ikan hiasan. pilih bekas yang sesuai dengan jenis ikan hiasan bekas biasanya dipilih mengikut kehendak pemelihara ikan hiasan.

Pelbagai jenis bekas/akuarium ikan hiasan

Memilih Ikan HiasanIkan yang hendak dipelihara mestilah mempunyai ciri-ciri yang berikut :1. mudah dipelihara2. boleh bercampur dengan ikan lain (kecuali spesies ikan spt ikan pelaga)3. tahap terhadap serangan penyakit4. tahan terhadap perubahan suhu dan mutu air

Pemilihan tumbuhan akuatik atau tumbuhan tiruan Tumbuhan akuatikialah tumbuhan air yang boleh diletakkan di dalam akuarium ikan hiasan. Tujuannyaadalah untuk mencantikkan akuarium dan membekalkan oksigen kepada ikan hiasan. Ia juga dijadikan sumber makanan sampingan kepada ikan hiasan Tumbuhan tiruanberfungsi hanya sebagai hiasan sahaja.

Contoh tumbuhan akuatik terapung

Pokok Teratai

Pokok Kiambang

Pokok Keladi Bunting

Contoh tumbuhan akuatik tenggelam

Cabomba

Java Fern

Red Telanthera

Tumbuhan akuatik Tiruan Posted byAmirul Naimat11:59 PMNo comments:Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to PinterestLinks to this postSpesies Ikan Hiasan Tropika

Terdapat berbagai spesies ikan hiasan tropika yang boleh dipelihara. Ikan Hiasan boleh hidup di dalam air tawar atau air masin. kebiasaannya dipelihara di dalam akuarium atau kolam hiasanTujuan pemeliharaanikan hiasan :

a )menceriakankawasan sudut rumah, pejabat atau kelas

b) Memberiketenangankepada pemiliknya.

c)menghayatikehidupan alam akuatik

Mari kenali beberapa spesies ikan hiasan dan ciri-ciri istimewanya :D

Anglefish

Warna: Putih keperakan, kebiruan dan berbelanghitam Asal: Amerika Selatan Makanan: Makanan rumusan, tumbuhan akuatik,hidupanair kecil. Pembiakan: Bertelur Saiz maksimum: 15 cm panjang

Ikan Kelisa

Warna: keemasan, keperakan Asal : Amerika Selatan Makanan : Semua haiwan kecil Pembiakan : Bertelur Saiz maksimum: 100 cm panjang

Ikan Emas

Warna: keemasan, keputihan, kemerahan Asal: China Makanan: Semua haiwan makananikan Pembiakan : Bertelur Saiz maksimum: 12 cm panjang

Ikan Guppy

Warna: Kemerahan, putih keperakan dan keemasan Asal: Trindad Makanan: semua jenis makanan ikan Pembiakan: Bertelur Saiz maksimum: 3 cm panjang

Ikan Pelaga

Warna: Biru kehitaman dan Kemerahan Asal: Thailand Makanan: semua jenis makanan ikan Pembiakan: Bertelur Saiz maksimum: 6 cm panjang

Ikan Koi

Warna: Putih bertompok merah, bertompok hitam Asal: Jepun Makanan: semua jenis makanan ikan Pembiakan: Bertelur Saiz maksimum: 25 cm panjangPosted byAmirul Naimat10:45 PMNo comments:Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to PinterestLinks to this postMengenal Bahagian Luar Ikan dan fungsinya

Ikan Hiasan mempunyaibeberapa bahagian luaryang mempunyaifungsitertentu. Antaranya ialah mulut, mata, sisik, sirip, ekor dan penutup insang. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lihat pada gambar berlabel di bawah.

Fungsi Bahagian Luar ikan

BIL.NAMA BAHAGIAN BADAN IKANFUNGSI

1Mulut

untuk makan

2SisikMelindungi badan ikan dari penyakit dan kecederaan

3Sirip DorsalMengawal arah pergerakan ikan ke atas dan ke bawah

4Sirip AnalMengawal arah pergerakan ikan ke atas dan ke bawah

5MataMelihat

6Penutup InsangMelindungi insang yang menyedut oksigen

7Sirip PektoralMengimbangi badan ikan, berundur berpusing dan mengapung badan ikan.

8Sirip PelvikMengimbangi badan ikan, berundur berpusing dan mengapung badan ikan.

9DuburMengeluarkan najis

10Sirip kaudalMengawal pergerakan ikan ke hadapan