bentuk bentuk ayat

26
Bentuk Ayat Bentuk ayat bahasa Melayu terbahagi kepada dua seperti berikut; 1. Ayat tunggal; ayat tunggal ialah ayat ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Contoh ayat tunggal. a. Ali tampan. Dalam ayat ini Ali ialah subjek manakala tampan ialah predikat. 2. Bentuk yang kedua ialah ayat majmuk. Ayat majmuk terbahagi kepada 3 iaitu; 2.1 Ayat majmuk gabungan 2.2 Ayat majmuk pancangan. 2.3 Ayat majmuk campuran. 2.1.1 Ayat majmuk gabungan ialah ayat terdiri daripada 2 ayat atau lebihkemudian digabungkan menjadi ayat majmuk gabungan dengan menggunakan kata hubung gabungan. Contoh kata hubung gabungan ialah dan, atau, tetapi, serta, sambil, lalu, lagi, serta dan sebagainya. 2 1.2 Namun begitu, penggunaan kata hubung yang berbeza menghasilkan dua jenis gabungan iaitu; a. Ayat majmuk gabungan yang susunan faktanya berurutan. Ayat majmuk gabungan jenis ini menggunakan kata hubung dan, lalu, lagi, serta, sambil, dan malahan. Contohnya seperti berikut; i. Dia mengambil buku itu lalu masuk ke bilik tidur. Ayat ini terdiri daripada dua ayat iaitu, ayat pertama dia mengambil buku itu ayat kedua, dia masuk ke bilik tidur. b. Ayat majmuk gabungan yang susunan faktanya bertentangan. Ayat majmuk ini memberikan pertentangan fakta. Antara kata hubung yang digunakan ialah atau, tetapi, sebaliknya, melainkan, dan padahal. Contoh i. Musim hujan dingin, sebaliknya musim kemarau panas. ii. Kain yang dibelinya itu mahal, padahal ada yang lebih murah. 2.2 Ayat majmuk pancangan. Ayat majmuk pancangan ialah terdiri daripada ayat yang terdiri daripada satu ayat induk atau utama dan satu atau beberapa ayat kecil yang dipancangkan dalam ayat induk. Ayat induk boleh berdiri sendiri tetapi

Upload: ires-1967

Post on 02-Jun-2015

13.965 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bentuk bentuk ayat

Bentuk AyatBentuk ayat bahasa Melayu terbahagi kepada dua seperti berikut;

1. Ayat tunggal; ayat tunggal ialah ayat ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.     Contoh ayat tunggal.a. Ali tampan. 

Dalam ayat ini Ali ialah subjek manakala tampan ialah predikat.   

2. Bentuk yang kedua ialah ayat majmuk.

Ayat majmuk terbahagi kepada 3 iaitu;2.1 Ayat majmuk gabungan2.2 Ayat majmuk pancangan.2.3 Ayat majmuk campuran.

2.1.1  Ayat majmuk gabungan ialah ayat terdiri daripada 2 ayat atau lebihkemudian digabungkan menjadi ayat  majmuk gabungan dengan menggunakan kata hubung gabungan. Contoh kata hubung gabungan ialah dan, atau, tetapi, serta, sambil, lalu, lagi, serta dan sebagainya.

2 1.2 Namun begitu, penggunaan kata hubung yang berbeza menghasilkan dua jenis gabungan iaitu;a. Ayat majmuk gabungan yang susunan faktanya berurutan. Ayat majmuk gabungan jenis ini menggunakan kata hubung dan, lalu, lagi, serta, sambil, dan malahan.

Contohnya seperti berikut;i. Dia mengambil buku itu lalu masuk ke bilik tidur. 

Ayat ini terdiri daripada dua ayat iaitu, ayat pertama  dia mengambil buku itu ayat kedua, dia masuk ke bilik tidur. 

b. Ayat majmuk gabungan yang susunan faktanya bertentangan. Ayat majmuk ini memberikan pertentangan fakta. Antara kata hubung yang digunakan ialah atau, tetapi, sebaliknya, melainkan, dan padahal.

 Contohi. Musim hujan dingin, sebaliknya musim kemarau panas.ii. Kain yang dibelinya itu mahal, padahal ada yang lebih murah.

2.2 Ayat majmuk pancangan.Ayat majmuk pancangan ialah terdiri daripada ayat yang terdiri daripada satu ayat induk atau utama dan satu atau beberapa ayat kecil yang dipancangkan dalam ayat induk. Ayat induk boleh berdiri sendiri tetapi ayat kecil tidak.

2.2.1 Ayat majmuk pancangan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu;2.2.1.1 Ayat majmuk Pancangan relatif2.2.1.2 Ayat majmuk pancangan komplemen2.2.1.3 Ayat majmuk pancangan keterangan.

2.2.1.1 Ayat Majmuk Pancangan relatif. Ayat majmuk pancangan relaatif ialah ayat majmuk yang menggunakan kata

Page 2: Bentuk bentuk ayat

hubung pancangan yang menggunakan kaata hubung yang untuk memencangkan klausa kecil ke dalam klausa induk. 

Contohnya seperti berikut, Saya membaca buku yang ditulis oleh Othman Puteh.Klausa induk: Saya membaca bukuKlausa kecil: Buku ditulis oleh Othman Puteh.

Saya membaca buku + buku ditulis oleh Othman Puteh.

Saya membaca buku yang ditulis oleh Othman Puteh.

Demikianlah bagaimana ayat majmuk pancangan relatif  dihasilkan. Pada masa akan datang saya akan bincangkan pula ayat majmuk pancangan komplemen dan ayat majmuk pancangan keterangan.

Ayat Majmuk :- i. Ayat Majmuk Gabungan

ii. Ayat Majmuk Pancangan

1. Majmuk Pancangan Relatif

2. Majmuk Pancangan Komplemen

3. Majmuk Pancangan Keterangan

4. Majmuk Campuran

Pengenalan  

Ayat sebagai unit bahasa yang tertinggi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ayat

tunggal dan ayat majmuk.

Penjenisan ini dibuat berasaskan bilangan klausa dalam ayat berkenaan.

Jika dipandang ayatnya dari segi ragamnya, kita dapati pula ayat aktif dan ayat pasif.

Jika kita amati pula tujuan ayat, maka kita dapati pula ayat penyata, ayat tanya, ayat

perintah dan ayat seru.

Sebelum ini kita telah melihat binaan ayat dan kita temui ayat dasar dan ayat terbitan.

Di samping itu kita juga juga mengkaji pola ayat dasar.  

Ayat Tunggal

Ayat tunggal ialah ayat terbentuk daripada satu klausa, iaitu ayat yang terdiri daripada satu subjek dan

satu predikat.

Ayat dasar juga adalah ayat tunggal, tetapi bukan semua ayat tunggal dapat dianggap sebagai ayat

dasar.

Ayat dasar merupakan ayat tunggal jenis ayat penyata dalam ragam ayat aktif.

Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.

Contoh : Lelaki itu /sedang menembak burung.

            Subjek    =  Lelaki itu

            Predikat  =  sedang menembak burung .

Ayat-ayat berikut ialah contoh ayat-ayat tunggal

(subjek ditebalkan. Selainnya ialah predikat).

 

Ibu negara Malaysia Kuala Lumpur.

Gunung Kinabalu gunung tertinggi di Asia

Tenggara.

Di dalam almari tali leher ayah.(pasif)

Nama encik siapa?

Berapakah keuntungan kita hari ini?

 

Page 3: Bentuk bentuk ayat

Telah dinyatakan bahawa ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.

Subjek ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.

Begitu juga dengan predikat ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif,

dan frasa sendi nama.

 

AYAT MAJMUK

1. Terdiri daripada lebih daripada satu klausa

2. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh

perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.

Ayat Majmuk Gabungan

Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang dibina oleh dua atau lebih klausa bebas dengan

menggunakan kata hubung sepertidan, atau,tetapi, serta, lalu dan sebagainya.

Koma mungkin digunakan jika gabungan terdiri daripada tiga atau lebih klausa .

Cuba teliti contoh di bawah.

(1) Aminah pandai menyanyi dan

menari.

(2) Aminah pandai menyanyi

(3) Aminah pandai menari

Ayat yang (1) berasal daripada ayat (2) dan (3).

Kedua-dua ayat (2) dan (3) dihubungkan dengan menggunakan kata hubung dan.

Klausa (2) dan (3) sama tarafnya iaitu klausa utama.

Lihat contoh berikut:

(1) Pengetahuan pemidato itu sempit, hujah-hujahnya cetek serta contoh-contoh yang dinyatakan tidak 

menarik.

(2) Pengetahuan beliau sempit

(3) Hujah-hujahnya cetek

(4) Contoh-contoh yang dinyatakan tidak menarik.

Ayat (1) berasal daripada daripada ayat-ayat (2), (3) dan (4).

Ketiga-tiga ayat digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan koma dan kata hubung “serta”.

Semua klausa sama tarafnya, iaitu klausa utama.

Ayat majmuk gabungan boleh jadi ayat yang mengandungi fakta yang sejajar atau fakta yang

bertentangan .

Untuk fakta yang bertentangan, kata hubung seperti dan, serta, tambahan, pula, sambil dan

sebagainya digunakan.

Untuk fakta yang bertentangan, kata hubungan seperti tetapi, sebaliknya, padahal dan sebagainya

digunakan .

  

Ayat Majmuk Pancangan

Ayat majmuk pancagan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara.

Ini bermakan dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau

lebih klausa tak bebas atauayat  kecil.

Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang,

bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya.

Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif,

ayat komplemen, dan ayat keterangan.

 

Jenis-Jenis Ayat Majmuk Pancangan

Ayat Majmuk Pancangan

Page 4: Bentuk bentuk ayat

Ayat RelatifAyat Komplemen Ayat Keterangan

Ayat relatif terdiri daripada satu

klausa bebas atau ayat utama dan

satu atau lebih klausa terikat atau

ayat kecil.

Ayat kecil dipancangkan ke dalam

subjek ayat utama atau predikat

ayat utama dengan menggunaka

kata hubung .

Perhatikan contoh berikut:1) Kanak-kanak yang cedera itu rupa-rupanya anak Leman.(2) Kanak-kanak itu rupa-rupanya anak Pak Leman(3) Kanak-kanak itu cedera

Ayat (3) telah dipancangkan

kepada subjek ayat utama dan

dijadikan ayat kecil dengan

menggugurkan “kanak-kanak itu''

dan menggunakan kata

hubung yang.

Ayat majmuk komplemen

ialah ayat utama yang

dipancangkan dengan ayat

kecil yang seterusnya

menjadi komplemen kepada

ayat utama.

Perhatikan contoh berikut:Dia memberitahu sesuatu

Jika sesuatu itu diterangkan

sebagai ``giginya sakit'' atau

``membeli baju baru'' atau

``akan bertolak ke Kuala

Lumpur esok'' maka ayat

komplemen dapat dibentuk

dengan menggunakan kata

hubung bahawa atau yang.Dia memberitahu giginya sakitDia memberitahu membeli baju baruDia memberitahu akan bertolak ke Kuala Lumpur esok.

Ayat kecil yang ditaip tebal

dalam contoh di atas

merupakan objek kata kerja

transitif.

Selain itu, subjek juga boleh

diterangkan sebagai ayat

kecil dan menjadi komplemen

ayat utama.

Ayat majmuk keterangan ialah ayat

majmuk yang terdiri daripada satu

ayat utama dan satu atau lebih ayat

kecil yang bertugas sebagai

keterangan kepada predikat.

Contoh:

Pemain hoki negara gagal kerana

tidak bersedia.

Oleh sebab dia memandu terlalu laju,

Atan menerima empat saman.

Ayat kecil dalam ayat majmuk

keterangan menerangkan kata kerja

dalam ayat utama, iaitu

Pemain hoki negara gagal dan Atan

menerima empat saman.

Ayat majmuk keterangan dibina

untuk pelbagai tujuan dengan

menggunakan kata hubung yang

tertentu

Contoh-contoh kata hubung

dalam ayat keterangan :kerana, oleh, sebab, lantaran, hingga sehingga, jika, kalau, sekiranya, andainya, setelah, tatkala, sementara, ketika, sambil, agar, supaya, kalau-kalau, untuk, bagi, demi, dengan, sungguhpun, walaupun, meskipun, sekalipun, seperti, bagai, macam, bak, umpama.

(1). Atan yang cepat naik angin menampar budak yang suka mengintai orang kampung itu.Ayat (3) dipancangkan kepada subjek ayat utama dalam ayat (1) dan ayat (4) dipancangkan kepada objek ayat utama.Kesimpulanya, ayat (1) terdiri daripada satu ayat utama dan dua ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat utama.

(2) Atan menampar budak itu.(3) Atan cepat naik angin(4)  Budak itu suka mengintai orang kampung.

Perhatikan pula contoh yang

berikut:

Lihat contoh berikut:

Sesuatu telah menyebabkan kebakaran itu.

Jika sesuatu itu diterangkan

sebagai “Mancis api” atau

“pembuangan putung rokok

merata-rata'', maka ayat

komplemen dapat dibina

dengan menggunakan ayat

kecil pada subjek ayat utama.

Bahawa mancis api telah menyebabkan kebakaran itu.Bahawa pembuangan putung rokok merata-rata telah menyebabkan

( 1) Jefri membeli novel Samad Said yang baru dipasarkan(2) Jefri membeli novel Samad Said(3) Novel Samad Said baru dipasarkan.

Prehatikan lagi contoh berikut:

Ayat (3) telah dipancangkan

dalam objek ayat utamaayat

Page 5: Bentuk bentuk ayat

kecil dengan menggugurkan Novel

Samad Said dan penggunaan

kata yang. dan dijadikan kebakaran.

Lihat contoh berikut:Sesuatu telah menyebabkan kebakaran itu.

Jika sesuatu itu diterangkan

sebagai ”Mancis api'' atau

“pembuangan putung rokok

merata-rata'' , maka ayat

komplemen dapat dibina  

Ayat Relatif

Ayat relatif terdiri daripada satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa terikat atau

ayat kecil.

Ayat kecil dipancangkan ke dalam subjek ayat utama atau predikat ayat utama dengan menggunaka

kata hubung.

Perhatikan contoh berikut:1) Kanak-kanak yang cedera itu rupa-rupanya anak Pak Samad.(2) Kanak-kanak itu rupa-rupanya anak Pak Samad.(3) Kanak-kanak itu cedera.

Ayat (3) telah dipancangkan kepada subjek ayat utama dan dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan

``kanak-kanak itu'' dan menggunakan kata hubung yang.

(1). Atan yang cepat naik angin menampar budak yang suka mengintai orang kampung itu.Ayat (3) dipancangkan kepada subjek ayat utama dalam ayat (1) dan ayat (4) dipancangkan kepada objek ayat utama.Kesimpulannya, ayat (1) terdiri daripada satu ayat utama dan dua ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat utama.

(2) Atan menampar budak itu.(3) Atan cepat naik angin(4)  Budak itu suka mengganggu orang kampung.

( 1) Jefri membeli novel Samad Said yang baru dipasarkan(2) Jefri membeli novel Samad Said(3) Novel Samad Said baru dipasarkan .

Prehatikan lagi contoh berikut:

Ayat (3) telah dipancangkan dalam objek ayat utama dan dijadikan ayat kecil dengan

menggugurkan Novel Samad Said dan penggunaan kata yang.

  

Ayat Pancangan Komplemen

Ayat majmuk komplemen ialah ayat utama yang dipancangkan dengan

Page 6: Bentuk bentuk ayat

ayat kecil yang seterusnya menjadi komplemen kepada ayat utama.

Perhatikan contoh berikut:Dia memberitahu sesuatu

Jika sesuatu itu diterangkan sebagai “giginya sakit'' atau “membeli baju baru'' atau “akan bertolak ke

Kuala Lumpur esok'' maka ayat komplemen dapat dibentuk dengan menggunakan kata

hubung bahawa atau yang.

Dia memberitahu giginya sakitDia memberitahu membeli baju baruDia memberitahu akan bertolak ke Kuala Lumpur esok.

Ayat kecil yang ditaip tebal dalam contoh di atas merupakan objek kata kerja transitif.

Selain itu, subjek juga boleh diterangkan sebagai ayat kecil dan menjadi komplemen ayat utama.

Sesuatu telah menyebabkan kebakaran itu.

Jika sesuatu itu diterangkan sebagai “Mancis api'' atau “pembuangan putung rokok merata-rata”, maka

ayat komplemen dapat dibina dengan menggunakan ayat kecil pada subjek ayat utama .Bahawa mancis api telah menyebabkan kebakaran

itu.Bahawa pembuangan putung rokok merata-rata telah

menyebabkan kebakaran.

Lihat contoh berikut:Sesuatu telah menyebabkan kebakaran itu.

Jika sesuatu itu diterangkan sebagai “Mancis api'' atau “pembuangan putung rokok merata-rata'' , maka

ayat komplemen dapat dibina dengan menggunakan ayat kecil pada subjek ayat utama.

Bahawa mancis api telah menyebabkan kebakaran itu.Bahawa pembuangan putung rokok merata-rata telah menyebabkan kebakaran.

 

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat utama dan satu atau lebih

ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan kepada predikat.

Contoh:

Pemain hoki negara gagal kerana tidak bersedia.

Oleh sebab dia memandu terlalu laju, Atan menerima empat saman.

Ayat kecil dalam ayat majmuk keterangan menerangkan kata kerja dalam ayat utama, iaitu

Pemain hoki negara gagal dan Atan menerima empat saman.

Ayat majmuk keterangan dibina untuk pelbagai tujuan dengan menggunakan kata hubung yang terte

Ayat majmuk keterangan dibina untuk pelbagai tujuan dengan menggunakan kata hubung yang

tertentu.

Contoh-contoh kata hubung dalam ayat keterangan :

kerana, oleh, sebab, lantaran, hingga sehingga, jika, kalau, sekiranya, andainya, setelah, tatkala,

sementara, ketika, sambil, agar, supaya, kalau-kalau, untuk, bagi, demi, dengan, sungguhpun,

walaupun, meskipun, sekalipun, seperti, bagai, macam, bak, umpama.

 

Ayat Majmuk Campuran

Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat.

Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk

pancangan.

Page 7: Bentuk bentuk ayat

Biasanya, ayat jenis ini panjang.

Panjang pendek bukanlah kriteria ayat majmuk campuran tetapi bilangan subjek dan predikatnya atau

bilangan klausanya.

Perhatikan contoh-contoh di bawah.

Klausa utama ditandakan `U' dan bilangannya dinomborkan, ayat kecil ditandakan 'K' dan

bilangannya dinomborkan.

contoh 1 : 

Negara mengalami masalah ekonomi (U1) tetapi keadaannya bertambah baik (U2) apabila pertumbuhan

eknomi mula berkembang semula (K1).

(Ayat campuran ini terdiri daripada ayat gabungan dan ayat keterangan waktu, atau dua ayat utama dan

satu ayat kecil.

contoh 2: 

Apabila kami tiba di Langkawi (K1) kami disambut oleh jawatankuasa (U1) dan kami diperkenalkan

kepada Pegawai Daerah (U2) serta ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung (U3).

(Ayat campuran terdiri daripada tiga ayat utama dan satu ayat kecil)

contoh 3:

Ketika pihak bomba sampai (K1) kebakaran itu mula merebak (U1) walaupun penduduk di situ cuba

mengawal api (K2).

(Ayat campuran yang mengandungi satu klausa utama dan dua ayat kecil; atau ayat tunggal dengan

ayat keterangan waktu dan keterangan pertentangan).

contoh 4:

Projek-projek besar kerajaan diharap menjana pertumbuhan ekonomi negara (U1) dengan meluaskan

pekerjaan (K1) serta menggerakkan pelbagai sektor ekonomi pembinaan (K2) selain menyediakan

infrastruktur negara (U2).

(Ayat campuran yang terdiri daripada ayat gabungan ayat keterangan cara).

 

Bibliografi

Goay Teck Chong,Choo Say Tee dan Zainuddin Ahman. 2008. Teks Pra-U STPM Bahasa Melayu Kertas

1. Petaling Jaya. Pearson Longman.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj, Musa, dan Abdul Hamid Mahmud. 1993. Tatabahasa

Dewan. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustka.

Siti Hajar Abdul Aziz. 2008. Bahasa Melayu 1.Siri Pendidikan Guru. Kuala Lumpur. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

http://bmmaya.blogspot.com/2009/05/ayat-majmuk-pancagan.html

http://tatabahasabm.tripod.com/tata/amajmuk.htm

www.tutor.com.my. Portal Pendidikan Utusan

Page 8: Bentuk bentuk ayat

Bentuk Ayat

1.   Ayat Tunggal2.   Ayat Majmuk    AM Gabungan    AM Pancangan     Relatif (yang)     Komplemen (bahawa/untuk)     Keterangan (9 jenis)

          (c) AM Campuran (lebih drp 1 jenis ayat               majmuk)

Ayat Majmuk1.   Ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih.

Contoh :1.   Ali sedang membaca buku dan Fatimah sedang membuat latihan Bahasa

Melayu.    Ali sedang membaca buku.    Fatimah sedang membuat latihan Bahasa Melayu.

2.   Abu rajin tetapi adiknya malas.    Abu rajin.    Adiknya malas.

3.   Dia membeli buku yang tebal.

Page 9: Bentuk bentuk ayat

    Dia membeli buku.    Buku itu tebal.

4.   Ayah mendapat berita bahawa abang telah tamat latihan.(a) Ayah mendapat berita.(b) Abang telah tamat latihan5. Anak itu menangis kerana ia lapar.(a) Anak itu menangis.(b) Anak itu lapar.AM Gabungan

1.   Kedudukan antara ayat sama taraf.

1. Ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan  cara menggabungkan / mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi dsb.

Contoh :1.   Murid-murid berlari dan bernyanyi.2.   Ahmad kurus tetapi adiknya gemuk.3.   Encik hendak ke sekolah atau hendak ke pejabat.4.   Ali berdiri tegak, memerhatikan gerak-geri mereka.5.   Penari-penari itu sungguh santun, melenggok ke kiri, melenggok ke

kanan.Jika ayat yg digabung itu daripada jenis yang sama dan mempunyai unsur yg sama dan diulang, maka bahagian yg sama boleh digugurkan.

Contoh :Ali /pandai bermain bola.Ali /pandai bermain hoki.Ali pandai bermain bola dan hoki.Ayat tidak gramatis

1.   Ahmad rajin belajar dan tidur.2.   Pergilah masuk ke bilik dan sungai itu cetek.3.   Bolehkah anda datang esok tetapi adiknya malas

Jenis Gabungan1.   Faktanya berurutan.    Beliau memandang saya sambil tersenyum.    Pendapat beliau amat cetek, tambahan pula disampaikan dengan cara

yang tidak menarik.    Wanita itu baik orangnya, malahan jarang-jarang sekali ia menyakiti hati

saya2.   bermaksud pertentangan

1.Ayahnya rajin berniaga tetapi anaknya tidak berminat sama sekali.2. Musim hujan dingin, sebaliknya musim kemarau panas.3. Ali belajar bersungguh-sungguh tetapi dia masih tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaannya.

3.   KH berpasangan1.   Daripada makan gaji, lebih baik bekerja sendiri.

Page 10: Bentuk bentuk ayat

2.   Adakah berita itu benar atau khabar angin sahaja.3.   Sama ada berita itu benar atau tidak belum pasti.

Penentuan ayat tunggal atau ayat majmuk bergantung kepada bilangan

klausa dalam sesuatu ayat. Ayat majmuk boleh dipecahkan menjadi

sekurang-kurangnya 2 ayat tunggal yang lain.

SUSUNAN AYAT SONGSANG

Susunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialah subjek + predikat. Ayat songsang pula terbentuk

daripada proses transformasi ayat biasa. (subjek + predikat) . Penyongsangan dapat dilakukan

melalui proses pendepanan bertujuan memberikan penegasan kepada predikat.

Pendepanan seluruh predikat.

Cikgu Hanif / berfikiran kreatif. (susunan biasa)

Berfikiran kreatif / Cikgu Hanif. (susunan songsang)

Proses pendepanan berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas. (-lah, -tah, dan –kah)

Ibu saya / dia. (susunan biasa – ibu saya sebagai subjek)

Dialah / ibu saya. (susunan songsang)

Dia / ibu saya. (X = dari segi susunan ayat songsang. Ayat ini gramatis dalam ayat susunan biasa

tetapi subjeknya ‘Dia’)

Pendepanan sebahagian daripada predikat.

(a) Pendepanan Frasa Kerjai. Pendepanan kata kerja:

Ramli bekerja setiap hari. (susunan biasa)Bekerja setiap hari Ramli. (susunan songsang)

ii. Pendepanan frasa kerja dengan objek.Zaleha membaca buku. (susunan biasa)Membaca buku Zaleha. (susunan songsang)

iii. Pendepanan kata kerja dengan kata bantu.Murid-murid itu masih makan. (susunan biasa)Masih makan murid-murid itu. (susunan songsang)

b) Pendepanan Frasa Adjektif

i. Pendepanan kata adjektif sahaja.

Ramli rajin. (susunan biasa)

Rajin Ramli. (susunan songsang)

Page 11: Bentuk bentuk ayat

ii. Pendepanan kata adjektif dengan kata bantu.

Rumah Kak Zue masih teguh. (susunan biasa)

Masih teguh rumah Kak Zue. (susunan songsang)

iii. Pendepanan kata adjektif dengan kata penguat.

Encik Zaidi sangat segak. (susunan biasa)

Sangat segak Encik Zaidi. (susunan songsang)

iv. Pendepanan kata adjektif, kata bantu dengan kata penguat

Haji Nasser masih segak amat. (susunan biasa)

Masih segak amat haji Nasser. (susunan songsang)

c) Pendepanan Frasa Sendi Nama

i. Frasa sendi nama sebagai predikat.

Rantai emas itu untuk ibu. (susunan biasa)

Untuk ibu rantai emas itu. (susunan songsang)

ii. Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.

Penonton-penonton merempuh masuk ke dalam dewan. (susunan biasa)

Ke dalam dewan penonton-penonton merempuh masuk. (susunan songsang)

FORMULA AYAT SONGSANG.

Ayat biasa:

Dia / membeli buku di kedai itu.

Cara Songsangan Ayat:

Nomborkan penggalan ayat.

1 2 3

Dia membeli buku di kedai itu.

KGND - Ketiga Frasa Kerja Transitif Objek Frasa Keterangan

Subjek Predikat

FORMULA:

Ayat Biasa : 1+2+3

Page 12: Bentuk bentuk ayat

Ayat songsang:

i. 2+3+1

ii. 2+1+3

iii. 3+1+2

iv. 3+2+1

Ayat Biasa:

1 2 3

Dia membeli buku di kedai itu.

Contoh ayat songsang (i)

2 3 1

Membeli buku di kedai itu dia

Contoh ayat songsang (ii)

2 1 3

Membeli buku dia di kedai itu

Contoh ayat songsang (iii)

3 1 2

Di kedai itu dia membeli buku

Contoh ayat songsang (iv)

3 2 1

Di kedai itu membeli buku dia

TATABAHASA : LATIHAN MENUKAR AYAT SONGSANGTeliti ayat-ayat di bawah dan susun semula menjadi AYAT SUSUNAN SONGSANG.

1. Mi  kari  dimasak oleh ibu.Dimasak oleh ibu ,mi kari. 

<          2. Sampah sarap yang banyak itu saya buang .Saya buang sampah sarap yang banyak itu.

<          3. Aminah dan Amnah akan menyertai pertandingan melukis.Akan menyertai pertandingan melukis Aminah dan Amnah.

<!         2.            Buku itu dibaca oleh Ali kerana peperiksaan sudah hampir tiba.

Page 13: Bentuk bentuk ayat

  i.            Kerana peperiksaan sudah hampir tiba, buku itu dibaca oleh Aliii.            Dibaca oleh Ali buku itu kerana peperiksaan sudah hampir tiba.

<!--[     3.           Jalil berasa gembira apabila dapat pulang ke rumah pada penghujung bulan ini.  i.            Berasa gembira Jalil apabila dapat pulang ke rumah pada penghujung bulan ini.

ii.           Pada penghujung bulan ini, apabila dapat pulang ke rumah, Jalil berasa gembira.iii.          Apabila dapat pulang ke rumah pada penghujung bulan ini, Jalil berasa gemiraiv.          Apabila dapat pulang ke rumah pada penghujung bulan ini, berasa gembira Jalil.

4.          4.           Aqlima diisytiharkan oleh penganjur  seminar itu sebagai peserta paling berwibawa.i.            Diisytiharkan oleh penganjur seminar itu sebagai peserta paling berwibawa, Aqlima.ii  Sebagai peserta paling berwibawa, Aqlima diisytiharkan oleh penganjur seminar itu.

PEDOMAN BAHASA Bersama Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim

Ayat Songsang dalam Bahasa Melayu

PEDOMAN EJAAN JAWI

Bersama Wan Mohd Saophy

Amizul Wan Mansor

BH PILIH L4 21 emel

Perlambangan Vokal E-Taling

Salah satu aspek yang sering ditanya dalam ceramah bahasa ialah ayat songsang.

Banyak orang kurang jelas tentang binaan ayat songsang dan penggunaannya dalam ayat.

Dari segi binaannya, ayat songsang ialah ayat yang susunannya bertentangan dengan susunan ayat

biasa. Susunan biasa ialah subjek mendahului predikat, seperti contoh, “Anak bongsu Ali / nakal

sungguh”. Ayat ini dapat disongsangkan dengan menukar kedudukan subjek-predikatnya, “Nakal

sungguh / anak bongsu Ali”.

Sebab utama ayat disongsangkan adalah kerana hendak memberikan penekanan yang berbeza.

Dalam ayat bersusunan biasa, yang dipentingkan ialah subjek. Dalam ayat, “Anak bongsu Ali nakal

sungguh”, yang dipentingkan ialah anak bongsu Ali. Tetapi jikalau aspek kenakalan anak itu yang

hendak diberi tekanan, maka predikatnya dikedepankan, menjadi “Nakal sungguh anak bongsu

Ali”.Perlu diingatkan bahawa ayat pasif merupakan satu jenis ayat songsang. Ayat pasif berasal

daripada ayat aktif transitif, yang terhasil melalui perubahan kedudukan subjek dalam objek asal.

Sebagai contoh daripada ayat aktif, “Anita belum membaca buku itu”, lahir ayat pasif, “Buku itu

belum dibaca oleh Anita”. Dalam ayat aktif ini, yang dipentingkan ialah Anita, iaitu subjek ayat.

Apabila dipasifkan, objek asal (buku itu) menjadi subjek ayat pasif, yang kini mendapat tekanan.

Contoh di atas merupakan ayat pasif dengan orang ketiga.

Page 14: Bentuk bentuk ayat

Contoh ayat pasif dengan orang pertama ialah, “Karangan itu / telah saya siapkan”, yang berasal

daripada ayat aktif transitif “Saya / telah menyiapkan karangan itu”. Contoh ayat pasif dengan

orang kedua pula ialah, “Perkara tersebut / belum awak putuskan sehingga kini”, yang berasal

daripada “Awak / belum memutuskan perkara tersebut sehingga kini”.

Satu perkara yang perlu disedari sewaktu menyongsangkan ayat ialah seluruh predikat boleh

dibawa ke hadapan, atau sebahagiannya sahaja. Dalam ayat “Nakal sungguh / anak bongsu Ali”,

seluruh predikat telah dibawa ke hadapan ayat. Dalam ayat “Semalam mereka tiba di sini”, yang

berasal daripada ayat, “Mereka tiba di sini semalam”, bahagian yang dibawa ke hadapan hanya

unsur keterangan waktu, iaitu semalam; bahagian lain predikat, iaitu tiba di sini

kekal di bahagian belakang ayat.Lazimnya ayat-ayat pendek atau sederhana panjang disongsangkan

kerana lebih berkesan. Ayat yang terlalu panjang jarang disongsangkan, kecuali ayat majmuk

pancangan keterangan dan ayat majmuk komplemen frasa nama subjek.

Contoh ayat majmuk pancangan keterangan ialah “Walaupun badannya kurang sihat, Encik Ismail

masih pergi ke pejabat”, yang berasal daripada ayat bersusunan biasa iaitu, “Encik Ismail masih

pergi ke pejabat walaupun badannya kurang sihat”.

Contoh ayat majmuk komplemen frasa nama subjek ialah “Bahawa rancangan itu gagal / tidak

benar”,

yang apabila disongsangkan menjadi, “Tidak benar / bahawa rancangan itu gagal”.

Ayat yang berbentuk aktif transitif, jika pendek, boleh disongsangkan. Contohnya, “Ibu

membeli ikan tenggiri di pasar”. Ayat songsangannya ialah, “Membeli ikan tenggiri di pasar / ibu”

(seluruh predikat dikedepankan) atau

“Membeli ikan tenggiri, ibu, di pasar (sebahagian sahaja predikat dikedepankan).

Walau bagaimanapun, bagi ayat berbentuk ayat aktif transitif agak panjang, lebih sesuai dipasifkan.

Sebagai contoh, “Rombongan pelancong dari negara Jepun itu mendaki gunung yang tinggi di utara

Kedah”. Kurang sedap jika ayat ini di songsangkan menjadi, “Mendaki gunung yang tinggi di utara

Kedah rombongan pelancong dari negara Jepun itu”. Lebih sedap jika dipasifkan menjadi “Gunung

yang tinggi di utara Kedah didaki oleh rombongan pelancong dari negera Jepun”.

Demikian juga bagi ayat majmuk komplemen frasa nama objek, seperti “Ibu bapa memaklumkan

bahawa cadangan sekolah itu amat baik”. Betul jika dipasifkan menjadi “Bahawa cadangan sekolah

itu amat baik dimaklumkan oleh ibu bapa. Ayat tersebut tidak tepat jika disongsangkan menjadi,

“Bahawa cadangan sekolah itu amat baik ibu bapa memaklumkan”Demikianlah huraian ringkas

tentang binaan ayat songsang dalam bahasa Melayu.

Tujuan menggunakan ayat songsang adalah untuk memberikan penegasan kepada bahagian-

bahagian ayat yang hendak ditegaskan. Jikalau binaan ayat songsang hendak dijadikan soalan di

Page 15: Bentuk bentuk ayat

dalam ujian atau peperiksaan, sila tentukan ayat yang diberikan itu dapat disongsangkan dengan

baik oleh calon dan jangan menggunakan ayat yang terlalu panjang

Ayat Majmuk Campuran

    Ayat majmuk yang paling lengkap ialah ayat majmuk campuran yang mana ayat ini

mengandungi lebih daripada satu tema ayat,yakni ia terdiri daripada campuran antara ayat

tunggal dengan ayat majmuk atau terdiri daripada pelbagai ayat majmuk.Kebiasaanya,ayat

majmuk campuran terdiri daripada ayat tunggal dengan ayat majmuk pancangan.Antara cara

mudah untuk mengenali ayat ini ialah ia merupakan ayat yang panjang dan bercampur

dengan pelbagai kata hubung.Antara contoh Ayat majmuk campuran ialah:

a ) Ali amat gembira kerana adiknya yang telah hilang dari kelmarin telah ditemui.

b ) Ismail berazam untuk menjadi wakil rakyat yang mampu menolong rakyat yang hidup

susah.

c ) Ahmad dan Ali yang baru tamat pengajian dalam bidang perniagaan di Universiti Malaya

ingin membuka perusahaan sendiri.

d ) Petugas Kerajaan Negeri Kelantan telah berjaya mendaftarkan warga emas yang berumur

60 tahun ke atas yang mana mereka ini berhak mendapat bantuan khairat kematian.

e )           Ali masih gagah bekerja tetapi kawannya yang keletihan telah lama berehat.   

     Dalam ayat a) tersebut terdapat dua jenis ayat iaitu ayat tunggal dan juga ayat majmuk

pancangan. Ali amat gembira  merupakan ayat tunggal manakala yang telah hilang dari

kelmarin merupakan ayat majmuk pancangan dengan adanya yang.

    Manakala dalam ayat b) pula terdapat juga dua jenis ayat iaitu ayat  ayat majmuk

pancangan relative dan ayat majmuk pancangan. Ismail berazam untuk menjadi wakil rakyat

merupakan ayat majmuk pancanganmanakala ayat berikutnya merupakan ayat majmuk

pancangan relative iaiturakyat yang mampu menolong rakyat.

    Dalam ayat c) pula kita dapat melihat terdapat dua ayat yang berbeza iaitu ayat majmuk

gabungan dan juga ayat majmuk pancangan relatif. Ahmad danAli yang baru tamat

pengajian merupakan ayat majmuk gabungan dengan adanya perkataan dan manakala ayat

kedua iaitu yang baru tamat pengajian dalam bidang perniagaan di Universiti

Malaya merupakan ayat pancangan relatif dengan adanya perkataan yang.

    Pada contoh d) pula,terdapat juga dua jenis ayat yang sama iaitu ayat majmuk pancangan

relatif dengan adanya perkataan yang.Cuba perhatikan.Yang berumur 60 tahun ke atas dan

ayat kedua ialah yang mana mereka ini berhak mendapat bantuan khairat kematian.

Page 16: Bentuk bentuk ayat

    Pada contoh e) pula,terdapat dua jenis ayat yang digunakan iaitu ayat majmuk gabungan

dan ayat majmuk pancangan relatif.Ayat majmuk gabungan dapat dikenali dengan

penggunaan kata hubung tetapi dalam ayat terbabit.Ayat pertama iaitu Ali masih gagah

bekerja tetapi kawannya telah keletihan manakala ayat kedua pula terdapat

perkataan yang sekaligus mejadikannya ayat majmuk pancangan relatif.Ayat tersebut

adalah yangkeletihan telah lama berehat.    Di sini jelaslah bahawa dalam bahasa Melayu terdapat pelbagai jenis tatabahasa sekaligus menjadikannya sebagai bahasa yang amat bernilai

Ayat Majmuk Pasif

    Sebagaimana ayat aktif dan ayat pasif,begitulah juga terdirinya ayat majmuk aktif dan ayat

majmuk pasif.Ayat majmuk dapat dipasifkan jika ayat majmuk aktif tersebut mempunyai kata

kerja transitif.Ia dipasifkan sebagaimana mempasifkan ayat biasa.

a ) Ali dan Aminah akan melangsungkan perkahwinan pada 12 September depan.

b ) Ali bekerja sebagai Polis tetapi Abu pula bekerja sebagai penoreh getah sedangkan

mereka adik beradik.

c ) Ali suka baju yang bewarna biru kegelapan itu.

d ) Kerajaan menerangkan bahawa ekonomi Malaysia akan berkembang pada tahun hadapan.

    Dalam contoh a ) merupakan ayat majmuk gabungan dengan adanya perkataan dan.Contoh

ayat tersebut ialah Ali dan Aminah akan melangsungkan perkahwinan pada 12 September

depan.Ia merupakan ayat majmuk aktif dan jika ia dipasifkan akan menjadi 12 September

depan akan berlangsungnya perkahwinan Ali dan Aminah.

    Dalam contoh b) pula adalah contoh ayat majmuk gabungan sebagaimana dengan contoh

a).Ia dapat dikenali dengan adanya kata hubung tetapi. Ali bekerja sebagai polis tetapi Abu

pula bekerja sebagai penoreh getah sedangkan mereka adik beradik.Jika ayat majmuk

tersebut dipasifkan maka ia akan menjadi Walaupun sebagai adik beradik Ali bekerja sebagai

polis manakala Abu sebagai penoreh getah.

     Dalam contoh c) pula,kami membawakan ayat majmuk aktif relatif yang dikenali dengan

adanya perkataan yang.Ayat tersebut ialah Ali suka baju yang bewarna biru

kegelapan itu.Manakala jika dipasifkan ayat ini akan menjadi Baju yang bewarna biru

kegelapan di sukai oleh Ali.

    Dalam contoh d) pula kami membawakan contoh ayat majmuk aktif komplemen yang

ditandai dengan perkataan bahawa.Contoh ayat tersebut ialah Kerajaan

Page 17: Bentuk bentuk ayat

menerangkan bahawa ekonomi Malaysia akan berkembang pada tahun hadapan.Jika

dipasifkan ia akan menjadiEkonomi Malaysia akan berkembang pada tahun hadapan

sebagaimana diterangkan oleh Kerajaan Malaysia.

yat majmuk gabunganDua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan sebagainya. Contoh:Kakitangan syarikat kami rajin dan berdisipiln.Encik hendak ke mesyuarat atau menghadiri seminar?Gabungan yang susunan faktanya berurutan, yakni satu demi satu.Contoh:Beliau memandang saya sambil tersenyum.Pendapat beliau amat cetek, tambahan pula disampaikan dengan cara yang tidak menarik.

Ayat majmuk pancangan

Gabungan yang susunannya memberikan maksud pertentangan fakta. Contoh:Ayahnya rajin berniaga tetapi anaknya tidak berminat langsung.Televisyen yang dibelinya mahal, padahal ada yang lebih murah.

Ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan dalam ayat induk. Tiga jenis seperti yang berikut:

<strong>Ayat relatif

Ayat yang menggunakan kata yang..Contoh:Lelaki yang memakai kemeja biru itu ketua baru saya.

Ayat komplemenAyat Komplemen frasa namaAyat Komplemen frasa kerjaAyat Komplemen frasa adjektif

Ayat KomplemenUntuk dia lulus ujian itu amatlah senang.(a) Perkara itu amat senang.(b) Dia lulus ujian.Kata komplemen:untuk.

Ayat Komplemen Frasa NamaFrasa nama boleh menduduki empat tempat, iaitu sebagai subjek, predikat, objek tepat, dan objek sipi. Dalam konteks ini frasa nama objek tepat dan frasa nama subjek.

Ayat Komplemen Frasa Nama SubjekBahawa setiap peserta akan menerima hadiah adalah muktamad.

Page 18: Bentuk bentuk ayat

Tentulah tidak wajar untuk mereka mendirikan rumah di kawasan tanah haram.

Ayat Komplemen Frasa Nama Objek TepatPemuda itu mengakui bahawa dialah yang telah mengemukakan projek baru itu.Orang-orang kampung mengharapkan bahawa rancangan itu akan membawa faedah.

Ayat Komplemen Frasa KerjaKerajaan bersetuju bahawa projek itu wajar diteruskan.Dia berasa bahawa nasihat pengurusnya itu benar.

Ayat Komplemen Frasa AdjektifMereka sangat insaf bahawa mereka itu daif.Saya yakin bahawa dia akan berjaya.

Ayat KeteranganAyat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Contoh:Wang itu bukan dengan dia sewaktu polis membuat pemeriksaan.Anak itu menangis kerana dia lapar.

Ayat Majmuk CampuranAyat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Contoh:Richard sedang membaca buku, tetapi kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur.

Ayat Majmuk PasifAyat Majmuk GabunganSaya menaip surat dan Amira menulis laporan. (Aktif)Surat saya taip dan laporan ditulis oleh Amira. (Pasif)

Ayat Majmuk PasifAyat majmuk relatifMereka menonton wayang yang seram.(Aktif)Wayang yang seram itu ditonton oleh mereka. (Pasif)Penyalahgunaan padaKata Hubung GabunganPEDOMAN EJAAN JAWI Bersama Wan Mohd SaophyAmizul Wan MansorBH PILIH L4 16 emelHuruf Alif dengan Awalan'se-', 'ke-' dan 'di-'Kata hubung gabungan ialah jenis kata hubung yang mencantumkan dua klausa atau ayat yang sama tara sifatnya. Contoh kata hubung gabungan ialah dan, atau, tetapi, sambil, serta, dan malahan. Selain kata hubung gabungan, terdapat juga kata hubung pancangan, iaitu

Page 19: Bentuk bentuk ayat

walaupun, sewaktu, andai katadan semoga. Banyak orang membuat kesalahan tatkala menggunakan kata hubung gabungan. Kata hubung gabungan mesti digunakan dalam satu ayat majmuk gabungan. Kesalahan berlaku apabila ayat yang sepatutnya dihubungkan dengan kata hubung tersebut dipecah dua, mewujudkan dua ayat tunggal dengan ayat kedua dimulakan dengan kata hubung. Contoh kesalahan seperti dalam ayat berikut: untuk sarapan saya suka makan nasi lemak. Tetapi adik saya suka makan nasi goreng (sepatutnya Untuk sarapan saya suka makan nasi lemak tetapi adik saya suka makan nasi goreng).Dalam ayat di atas, ayat kedua dimulakan dengan kata hubung tetapi. Ini menyalahi hukum penggunaan kata hubung yang hadir sebagai unsur yang menghubungkan ayat pertama dengan ayat kedua, dan tidak sebagai permulaan ayat kedua.Ramai yang membuat kesalahan dalam penggunaan kata hubung malahan dan manakala. Perkataan malahan juga boleh disebut sebagai malah sahaja dan boleh bertukar ganti. Satu makna malahan ialah bahkan, kian bertambah atau makin bertambah. Contoh penggunaan: Aku bukan sahaja percaya akan cerita engkau itu, malahan aku sanggup berbuat apa sahaja untuk menolong engkau. Tidak tepat jika ayat ini diubah menjadi: Aku tidak percaya akan cerita engkau itu. Malahan aku sanggup berbuat apa sahaja untuk menolong engkau. Ayat ini salah kerana kata hubung gabungan mesti menggabungkan ayat, dan tidak memulakan ayat.Satu lagi makna malahan/malah ialah padahal, sedangkan. Contoh penggunaan: Dia nampaknya tidak mahu pergi, malah bergerak dari tempat duduk pun tidak. Salah jika diubah menjadi: Dia nampaknya tidak mahu pergi,. Malah bergerak dari tempat duduk pun tidak.Kesimpulannya, malah/malahan tidak boleh digunakan sebagai unsur yang memulakan ayat disebabkan perkataan ini berfungsi sebagai kata hubung gabungan dan hadir sebagai unsur penghubung antara ayat-ayat yang dicantumkan menjadi ayat majmuk gabungan.Tentang kata hubung gabungan

Page 20: Bentuk bentuk ayat

manakala, terdapat sedikit perbezaan. Manakala dapat bertugas sebagai kata hubung gabungan dan juga kata hubung pancangan keterangan. Sebagai kata hubung gabungan, manakala membawa maksud tetapi dan sedangkan.Perhatikan ayat berikut: Wanita tua itu menunggu anaknya pulang di bilik tamu, manakala suaminya menunggu di halaman rumah. Dalam ayat ini, manakala membawa erti tetapi. Salah jika di ubah ayat ini menjadi: Manakala suaminya menunggu di halaman rumah, wanita tua itu menunggu anaknya pulang di bilik tamu. Dalam ayat ini manakala seolah-olah berfungsi sebagai kata hubung keterangan. Ayat ini menjadi lebih salah jika dijadikan ayat yang memulakan perenggan. Berikut pula ialah ayat yang menggunakan kata hubung gabungan manakala yang bererti sedangkan. Contoh dalam ayat: Beberapa orang daripada peserta kursus masuk ikut pintu depan, manakala yang lain menggunakan pintu belakang. (bukan: Beberapa daripada peserta kursus masuk ikut pintu depan. Manakala yang lain menggunakan pintu belakang).Perkataan manakala boleh juga berfungsi sebagai kata hubung pancangan keterangan yang membawa maksud apabila. Kamus Dewan menggunakan contoh ayat berikut: Ia tersenyum manakala melihat anaknya sudah terlena. Seperti dalam mana-mana ayat majmuk keterangan, susunan ayat sedemikian boleh disongsangkan, menjadi ayat ini: "Manakala melihat anaknya sudah terlena, ia tersenyum". Tetapi ingat, manakala dalam ayat ini bukan lagi kata hubung gabungan tetapi, sebaliknya, kata hubung keterangan.Paling penting, anda hendaklah tahu membezakan kata hubung gabungan daripada kata hubung keterangan. Dalam ayat majmuk keterangan, ayat kecil keterangan yang mengandungi kata hubung keterangan boleh disongsangkan, menjadi ayat (songsang) itu mempunyai kata hubung di hadapan ayat. Tidak demikian halnya dengan ayat majmuk gabungan. Maka kata

Page 21: Bentuk bentuk ayat

hubung gabungan tidak akan hadir sebagai permulaan ayat.

YAT PASIFE-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Ayat pasif ialah ayat yang menekankan/mengutamakan objek dan perbuatannya. Ayat ini

mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata kerja yang berawalan di- beserta kata

sendi oleh.

Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini.1     Kerja sekolah itu telah saya siapkan.2     Perhatian mesti kami tumpukan apabila guru3     Menulis Jawi perlu kamu ajar Siti.mengajar.4     Kayu api itu dibelah oleh ayah.5     Tikar sedang dianyam oleh mereka

Jenis-jenis Ayat Pasifa)   Ayat Pasif Diri PertamaAyat pasif diri pertama ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri pertama seperti aku, beta, saya, kami, kita, dan sebagainya.Ayat contoh:

1.    Rumah itu saya bina.2.    Kereta itu kami beli.3.    Jambatan itu aku robohkan.4.     

b)   Ayat Pasif Diri KeduaAyat pasif diri kedua ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri kedua seperti awak, kamu, anda, dan sebagainya.Ayat contoh:            1.   Jam tangan itu kamu beli?            2.   Kasut kulit itu awak gilap?            3.   Buku novel itu anda baca?

c)   Ayat Pasif Diri KetigaAyat pasif diri ketiga ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri ketiga seperti dia, beliau, mereka, dan sebagainya.Ayat contoh:            1.   Dahan rambutan itu dicantas oleh mereka.            2.   Pintu bilik itu dibaiki oleh Maniam.            3.   Lori panjang itu dipandu olehnya/dia.

Ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua adalah sama bentuknya tetapi ayat pasif diri ketiga bentuknya berbeza dengan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua. Untuk itu elakkan daripada membina/membentuk ayat pasif diri ketiga sama seperti pembentukan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua dan sebaliknya.

Contoh:

Page 22: Bentuk bentuk ayat

            1.a)   Bilik tidur itu mereka kemaskan. (X)               b)   Bilik tidur itu dikemaskan oleh mereka. (√)            2.a)   Permaidani itu Ali hamparkan di ruang tamu. (X)               b)   Permaidani itu dihamparkan oleh Ali di ruang tamu. (√)            3.a)   Nasi itu telah ditanak oleh saya. (X)               b)   Nasi itu telah saya tanak. (√)            4.a)   Pasu bunga itu telah dipecahkan oleh awak? (X)               b)   Pasu bunga itu telah awak pecahkan? (√)  Nota: Ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua adalah sama bentuknya tetapi ayat pasif diri ketiga bentuknya berbeza daripada ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua.