bab 06

18
  137 BAB 6 PENYERTAAN AWAM DALAM PEMBUATAN KEPUTUSAN OBJEKTIF BAB Selepas mempelajari bab ini anda seharusnya boleh: 1. Mendefinisikan  penyertaan awam. 2. Mengenal pasti elemen penting yang wujud dalam penyertaan awam. 3. Membandingkan  konsep-konsep penting dalam penyertaan awam. 4. Menghuraikan proses dan keadaan penyertaan awam dalam proses pembuatan keputusan. 6.1 PENGENALAN Penyertaan awam merupakan komponen terpenting dalam memastikan perancangan dan pembangunan dapat dijalankan dengan baik. Rakyat perlu diberi maklumat yang secukupnya tentang sebarang isu dan projek yang berkaitan dengan mereka secara peribadi mahupun yang melibatkan komuniti secara keseluruhan. Rakyat yang merupakan penduduk di sesebuah negara merupakan syarat utama bagi mendirikan sesuatu pemerintahan di negara. Rakyat juga merupakan intipati penting dalam sesebuah negara yang melambangkan perpaduan, keharmonian dan penyatuan dari pelbagai aspek. Pandangan dan idea rakyat penting dalam mencorakkan sesebuah negara. Sekiranya tiada penyertaan rakyat, maka setiap kritikan dan kutukan yang dilemparkan kepada pihak pemerintah pasti akan mendatangkan implikasi negatif dan jika tidak ditunjangi dengan baik, maka akan membawa kepada syak wasangka dan akhirnya akan meruntuhkan dan merosakkan sesebuah negara. Oleh yang demikian, penglibatan dan penyertaan rakyat penting dan perlu apatah lagi bagi mencapai sesebuah negara maj u. Dalam aspek ini Borton dan Warner (1971) mengatakan, prinsip asas dalam sesuatu komunikasi dan pembuatan keputusan ialah penyertaan. Ia merangkumi keseluruhan komponen dan elemen kerana melalui penglibatan dan penyertaan maka banyak perkara boleh dibincang secara bersama dan keputusan yang diperoleh ialah keputusan kolektif. Apa yang diperlukan ialah membangunkan institusi itu sendiri bagi memastikan penyertaan turut serta dan peranan boleh dimainkan oleh rakyat secara keseluruhan daripada sekecil-kecil keputusan sehinggalah melibatkan keputusan-keputusan

Upload: amaluzzaman-abu-hassan

Post on 02-Nov-2015

106 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 137

    BAB 6

    PENYERTAAN AWAM DALAM PEMBUATAN KEPUTUSAN

    OBJEKTIF BAB

    Selepas mempelajari bab ini anda seharusnya boleh: 1. Mendefinisikan penyertaan awam. 2. Mengenal pasti elemen penting yang wujud dalam penyertaan

    awam. 3. Membandingkan konsep-konsep penting dalam penyertaan

    awam. 4. Menghuraikan proses dan keadaan penyertaan awam dalam

    proses pembuatan keputusan.

    6.1 PENGENALAN Penyertaan awam merupakan komponen terpenting dalam memastikan perancangan dan pembangunan dapat dijalankan dengan baik. Rakyat perlu diberi maklumat yang secukupnya tentang sebarang isu dan projek yang berkaitan dengan mereka secara peribadi mahupun yang melibatkan komuniti secara keseluruhan. Rakyat yang merupakan penduduk di sesebuah negara merupakan syarat utama bagi mendirikan sesuatu pemerintahan di negara. Rakyat juga merupakan intipati penting dalam sesebuah negara yang melambangkan perpaduan, keharmonian dan penyatuan dari pelbagai aspek. Pandangan dan idea rakyat penting dalam mencorakkan sesebuah negara. Sekiranya tiada penyertaan rakyat, maka setiap kritikan dan kutukan yang dilemparkan kepada pihak pemerintah pasti akan mendatangkan implikasi negatif dan jika tidak ditunjangi dengan baik, maka akan membawa kepada syak wasangka dan akhirnya akan meruntuhkan dan merosakkan sesebuah negara. Oleh yang demikian, penglibatan dan penyertaan rakyat penting dan perlu apatah lagi bagi mencapai sesebuah negara maju. Dalam aspek ini Borton dan Warner (1971) mengatakan, prinsip asas dalam sesuatu komunikasi dan pembuatan keputusan ialah penyertaan. Ia merangkumi keseluruhan komponen dan elemen kerana melalui penglibatan dan penyertaan maka banyak perkara boleh dibincang secara bersama dan keputusan yang diperoleh ialah keputusan kolektif. Apa yang diperlukan ialah membangunkan institusi itu sendiri bagi memastikan penyertaan turut serta dan peranan boleh dimainkan oleh rakyat secara keseluruhan daripada sekecil-kecil keputusan sehinggalah melibatkan keputusan-keputusan

  • 138

    penting seperti polisi dan dasar negara. Walau bagaimanapun, penyertaan ini bukanlah bermakna seluruh rakyat turut serta kerana ia tidak akan mendatangkan impak yang efektif dan kurang relevan terutamanya bagi membentuk satu dasar yang besar. Penglibatan ini perlulah dirangkumi dan dianggotai serta ada perhubungan antara pihak profesional, eksekutif, teknikal dan relevant public (David, E.L., 1972: 2). Sesuatu yang mustahil untuk melibatkan keseluruhan rakyat dalam proses pembuatan keputusan untuk semua isu tetapi apa yang paling penting ialah bagaimana memastikan bahawa setiap lapisan rakyat akur dan faham terhadap tindakan dan keputusan yang akan diambil oleh pihak kerajaan terutamanya yang melibatkan isu-isu penting negara. Dalam pendekatan yang lain pula tidak semua rakyat mahu terlibat dalam semua isu apatah lagi jika isu tersebut tidak melibatkan mereka. Sebagai contoh, masalah banjir dan pampasan yang diputuskan oleh pihak kerajaan. Dalam situasi ini kemungkinan hanya pihak yang terlibat dengan banjir sahaja yang akan bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan hak mereka manakala individu yang tidak terlibat akan hanya mengambil pendekatan tunggu dan lihat sahaja. Justeru, jika dilihat dalam negara kita elemen pembuatan keputusan tetap melibatkan penyertaan awam yang boleh dilihat dari pelbagai definisi dan sudut serta melibatkan kumpulan-kumpulan tertentu yang telah dipilih rakyat dalam konteks demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

    Pada pandangan anda, bagaimana tentang penyertaan dan tahap kematangan rakyat Malaysia dalam pembuatan sesuatu dasar atau polisi di Malaysia.

    6.2 JALINAN HUBUNGAN DENGAN RAKYAT Penyertaan awam ini telah bermula di Amerika Syarikat pada tahun 1960-an dan 1970-an iaitu masyarakat awam menjadi lebih peka terhadap persekitaran mereka yang merangkumi aspek pembuatan keputusan oleh pihak kerajaan. Pelbagai tekanan diberikan kepada kerajaan dalam usaha untuk mendapat ruang dan tempat dalam konteks pembuatan keputusan kerajaan di pelbagai peringkat baik di Pusat, Negeri mahupun Kerajaan Tempatan. Kerajaan pada ketika ini memberi ruang dan pendedahan kepada masyarakat dari tahap penglibatan dan proses yang berkaitan agar dapat memberikan input kepada masyarakat awam terhadap sebarang tindakan dan keputusan kerajaan. Pada masa yang sama, tindakan kerajaan ini telah banyak menimbulkan kesedaran dan keyakinan tinggi masyarakat awam terhadap proses pembuatan keputusan oleh kerajaan (Burgess, H. dan Malek, C., 2005: 1). Satu lagi contoh penyertaan awam boleh dilihat menerusi diskriminasi kaum yang berlaku di Amerika Syarikat. Isu tentang blacks and whites bukan lagi merupakan isu sampingan tetapi telah menjadi satu isu antarabangsa.

  • 139

    Diskriminasi berlaku dalam konteks bangsa, kekayaan dan pemilikan harta. Kesannya, individu blacks (kulit hitam) telah bangkit dan menentang birokrasi whites (kulit putih) dengan menghantar bantahan kepada kerajaan. Kes ini jelas menunjukkan bahawa dengan adanya bantahan dan tentangan dengan fakta yang betul maka tindakan kerajaan boleh diarahkan kepada satu tindakan yang beretika. Di United Kingdom pula penyertaan awam dalam proses pembuatan keputusan telah bermula sekitar tahun 1967 lagi kesan daripada kejayaan yang telah dicapai oleh Amerika Syarikat. Hasil daripada penyertaan tersebut telah membawa kepada wujudnya The Future Development Plan: Town and Country Planning Act 1968. Sehingga tahun 1990-an kebanyakan negara-negara di dunia telah menerima pakai konsep dan penyertaan awam dalam pembuatan keputusan di negara masing-masing. Antara yang terpakai ialah Deklarasi Rio 1992 di Rio De Janerio Brazil iaitu AGENDA 21. Platfom ini memberi ruang kepada orang ramai untuk terlibat dalam proses pembuatan keputusan terutamanya dalam hal yang berkaitan dengan pembangunan dan alam sekitar. Walau bagaimanapun, dengan penglibatan daripada pelbagai lapisan masyarakat, adakala melambatkan proses pembuatan keputusan apabila timbul pertelagahan dan ketidaksefahaman antara kumpulan individu yang pelbagai.

    Apakah yang anda faham dengan penyertaan awam dan bagaimana penyertaan awam ini boleh berlaku khususnya dalam aspek organisasi atau kawasan kediaman anda.

    6.3 PENYERTAAN AWAM Penyertaan awam yang lebih efisien dari segi praktiknya boleh dilihat kepada negara Amerika Syarikat. Ini bukanlah bermakna Amerika merupakan sebuah negara yang paling hebat dari segi pemerintahannya sehingga boleh dijadikan contoh. Namun, aspek sebagai sebuah negara yang konsepnya mengamalkan kebebasan bersuara serta pengamalan konsep pengasingan kuasa yang hampir bebas antara badan eksekutif, legislatif dan judiciari, maka pelaksanaan penyertaan awamnya wajar dijadikan satu garis panduan. Terdapat beberapa bentuk penyertaan awam yang diamalkan di Amerika Syarikat. 6.3.1 Public Hearing Dalam konteks Amerika Syarikat, penyertaan awam yang biasa dilakukan ialah public hearing. Dalam situasi ini, perwakilan yang mewakili kerajaan akan mengemukakan hujah dan pembentangan terhadap sesuatu keputusan yang akan dibuat, kemudian masyarakat akan diberi ruang untuk mengemukakan pandangan dan pendapat mereka terhadap cadangan yang diajukan oleh

  • 140

    perwakilan kerajaan tadi. Kebiasaannya cara ini kurang efektif kerana akan timbul pelbagai kecaman dan kritikan yang tidak setuju terhadap cadangan yang dikemukakan. Walaupun pihak kerajaan amnya boleh menerima sebarang teguran dan kritikan daripada masyarakat terhadap apa yang mereka rasai, namun jarang daripada penyertaan begini yang akan memberikan satu keputusan baik secara efektif apatah lagi untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu dengan baik (Burgess, H. dan Malek, C., 2005: 1). Ini jelas kepada kita walaupun ruang yang besar diberikan oleh pihak kerajaan terhadap penyertaan awam, namun ia bukanlah satu penunjuk yang boleh diguna pakai bagi mencapai satu keputusan yang baik. Di Malaysia peluang ini jarang dan tidak dipraktikkan di sini. Ini mungkin boleh dijadikan contoh sebagaimana amalan negara maju ini juga tidak memungkinkan satu keputusan yang baik jika penyertaan awam diambil kira bahkan ia akan merumitkan lagi keadaan malah memerlukan satu jangka masa yang panjang apabila sesuatu keputusan ingin dicapai. 6.3.2 Jawatankuasa Penasihat Bentuk kedua penyertaan awam di Amerika yang boleh memberikan maklumat berguna ialah penubuhan Jawatankuasa Penasihat. Walau bagaimanapun, cara ini lebih lambat dan mahal dari segi kosnya. Melalui jawatankuasa ini warganegara lebih mudah untuk menilai dan menyumbangkan idea mereka walaupun ia memerlukan komitmen yang tinggi. Namun, amat sedikit yang betul-betul boleh memberikan komitmen yang tinggi terhadap jawatankuasa tersebut. Di samping itu juga, nilai dan pendapat yang berbeza antara mayarakat umum serta jawatankuasa pakar yang menganggotai jawatankuasa tersebut menjadikan jawatankuasa tersebut kurang efektif. 6.3.3 Pakatan dalam Penyertaan Awam Bentuk penyertaan yang ketiga ialah antara yang begitu dominan dan popular di hati masyarakat iaitu cadangan Ballot dalam membentuk satu pakatan dalam penyertaan awam. Ballot mencadangkan pindaan undang-undang dan perlembagaan bagi menukarkan bentuk undian dan pilihan daripada badan legislatif dan diserahkan sepenuhnya kepada rakyat. Rakyat dengan dibekalkan kuasa legislatif untuk menentukan sesuatu dasar, undang-undang dan keputusan, menarik lebih banyak sokongan dan dokongan. Dengan kuasa tersebut terdapat ramai penyertaan daripada rakyat untuk membuat sesuatu keputusan walaupun mereka tidak begitu arif dan mahir tentang sesuatu perkara tersebut. Namun, dalam konteks ini Ballot mencadangkan bukanlah semua keputusan itu dibuat oleh masyarakat umum tetapi hanya atas beberapa isu, perkara dan melihat kepada keutamaan tertentu. Legislatif pula masih berkuasa dalam mencari dana atau tabungan bagi pendidikan, kesihatan, kuat kuasa undang-undang serta beberapa keutamaan lain (Burgess, H. dan Malek, C., 2005: 1-2).

  • 141

    SOALAN DALAM TEKS

    1. Apakah yang dimaksudkan dengan penyertaan

    awam? 2. Nyatakan tiga bentuk penyertaan awam sebagaimana

    yang diamalkan di Amerika Syarikat.

    Semak jawapan anda di akhir bab ini.

    6.4 ELEMEN PENTING DALAM PROSES PENYERTAAN

    AWAM Penyertaan awam merupakan salah satu landasan bagi merealisasikan masyarakat sivil dan demokrasi. Namun, penyertaan ini akan mewujudkan banyak ruang bagi kebaikan dan keburukan. Sesetengah public meeting langsung tidak berperanan dengan harapan selepas berbincang seseorang akan membawa isu yang telah dibincangkan kepada pihak yang lebih berkuasa dan kebiasaannya akan berakhir di situ. Namun, ada sesetengah pandangan dan pendapat yang disalurkan bermanfaat selepas melalui pelbagai peringkat forum. Walau bagaimanapun, pandangaan tersebut tidak dipedulikan malah ia terbiar begitu sahaja meskipun idea tersebut bernas (Atlee, T., 2002: 1). Dua kumpulan telah mencadangkan garis panduan yang baik serta berkesan dalam penyertaan awam iaitu The International Association for Public Participation dan The Community Development Society. Namun, berbeza pada pandangan Atlee (2002). Masih terdapat begitu banyak ruang yang perlu diperbaiki agar penyertaan awam ini benar-benar terlaksana dan bukan sekadar konsep semata-mata. The International Association for Public Participation telah mengariskan tujuh elemen penting dalam penyertaan awam. Elemen-elemen tersebut ialah (i) The public should have a say in decisions about actions that affect their lives. (ii) Public participation includes the promise that the publics contribution will

    influence the decision. (iii) The process comunicates the interests and meets the process needs of all

    participants. (iv) The process seeks out and facilitates the involvement of people potentially affected

    by the proposed decision. (v) The process involves participants in defining how they will participate thus how

    the process will be structured. (vi) The public participation process provides participants with the information they

    need to participate in a meaningful way.

  • 142

    (vii) The public participation process communicates to participants how their input affected the decisions.

    (IAP2, http://iap2.org/displaycommon.cfm?an=4).

    SOALAN DALAM TEKS

    3. Apakah yang dimaksudkan dengan public meeting ? 4. Gariskan tujuh elemen penting dalam penyertaan

    awam menurut The International Association for Public Participation.

    Semak jawapan anda di akhir bab ini.

    Manakala The Community Development Societys telah mengklasifikasikan pernyataan awam kepada lima elemen penting iaitu (i) Promote active and representative participationtowards enabling all community

    members to meaningfully influence the decisions that affect their lives. (ii) Engage community members in learning about and understanding community

    issues and the economic, social, environmental, political and others with alternative courses of action.

    (iii) Incorporate the diverse interests and cultures of the community in the community development process.

    (iv) Work actively to enhance the leadership capacity of community members, leaders and groups within the community.

    (v) Be open to using the full range of action strategies.

    Jelaskan perbezaan penting penyertaan awam yang boleh dilihat antara The International Association for Public Participation dan The Community Development Societys.

    Daripada idea kedua-dua kumpulan tersebut maka Atlee (2002), melalui Institute Co-Intelligence telah menambah beberapa garis panduan bagi penyertaan awam yang lebih berkesan seperti (i) Involve all relevant parties. (ii) Empower the people engagement - get them involved. (iii) Utilize multiple forms of knowing. (iv) Ensure high quality dialogue. (v) Establish and on-going participatory process. (vi) Move from positions to interests, needs and mutual solutions. (vii) Help people feel fully heard.

  • 143

    Elemen-elemen ini menurut Atlee (2002) telah diabaikan oleh kedua-dua kumpulan tersebut sehingga membawa kepada kegagalan untuk menjayakan penyertaan awam. Menurutnya lagi, melalui tujuh elemen yang telah digariskan oleh beliau akan membawa kepada penyertaan awam yang lebih efisien. Kesemua elemen dan pinsip ini jika dipraktikkan secara khusus maka akan memberikan ruang yang positif ke arah penyertaan awam dalam pembuatan keputusan yang efektif.

    SOALAN DALAM TEKS

    5. Bincangkan idea Atlee melalui Institute Co-Intelligence

    tentang penyertaan awam.

    Semak jawapan anda di akhir bab ini.

    6.5 BENTUK BARU PENYERTAAN AWAM Konsep penyertaan awam ini merealisasikan idea demokrasi perwakilan iaitu kuasa diberikan kepada wakil yang mewakili kawasan mereka untuk menyuarakan pandangan dan suara rakyat di kawasan tempat mereka dipilih. Penyertaan ini juga pada asasnya bermaksud pembahagian semula kuasa menerusi prinsip-prinsip asas penyesuaian yang wujud dalam bentuk-bentuk berlainan seperti ideologi, etnik dan fahaman politik. 6.5.1 Masyarakat Sivil Bagi mewujudkan satu keadaan masyarakat yang benar-benar terlibat dalam pembuatan keputusan memerlukan satu bentuk masyarakat yang bertanggungjawab, beretika dan berkredibiliti. Masyarakat yang berkualiti ini dinamakan sebagai masyarakat sivil yang boleh dipertanggungjawabkan dengan penyertaan yang efektif. Masyarakat sivil ialah masyarakat yang hidup dalam sistem dan budaya politik moden serta mahukan kepada keterbukaan, transparen serta demokrasi yang telus daripada pemerintah. Inilah peranan yang telah dan perlu dimainkan oleh masyarakat sivil. Sebagaimana menurut Gellner (1995:6) masyarakat sivil ialah masyarakat yang terdiri daripada agensi dan institusi bukan kerajaan yang kuat dan masyarakat ini dapat mengelakkan daripada didominasi oleh pihak pemerintah. Walau bagaimanapun, masyarakat sivil ini tidak akan mengganggu peranan dan bidang tugas yang dijalankan oleh kerajaan. Chandra Muzaffar (1998: 29) turut berpendapat bahawa kumpulan ini terdiri daripada institusi, agensi serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang

  • 144

    berfungsi tanpa ada kekangan dan arahan daripada pihak kerajaan dan juga pemerintah. Dalam erti kata lain peranan masyarakat sivil ini bukanlah bertujuan untuk berkuasa ataupun untuk mengambil alih kuasa tetapi ia berperanan agar demokrasi dan hak rakyat akan diberi keutamaan dan terjamin. Secara keseluruhannya masyarakat sivil ini bolehlah ditakrifkan sebagaimana menurut Gellner (1995a: 32);

    Masyarakat sivil adalah satu set masyarakat yang bukan kerajaan tetapi berperanan untuk mengimbangkan kuasa yang ada pada kerajaan di samping itu ia juga berperanan dengan nilai kemanusiaan serta keamanan dan apa yang penting ialah ia mengelakkan daripada berlakunya dominasi kerajaan terhadap masyarakat majoriti.

    Cuba anda fikir dan halusi sama ada wujud atau tidak masyarakat sivil di Malaysia ini. Jika wujud, apakah persepsi anda tentang masyarakat sivil ini?

    Jelas kepada kita bahawa kewujudan masyarakat sivil merupakan satu aset penting bagi mewujudkan sebuah negara yang bebas, demokrasi dan berwibawa. Bagi mewujudkan satu suasana yang kondusif dalam penyertaan awam ini, maka aspek penyertaan itu sendiri boleh dilihat dari dua aspek iaitu 1. Penyertaan sebahagian (Without binding effect) Penyertaan sebegini adalah sebahagian sahaja daripada rakyat namun keputusan muktamad dan mutlak terletak sepenuhnya kepada pihak berkuasa atau kerajaan selaku pembuat dasar. 2. Penyertaan penuh (Binding effect) Dalam konteks ini pula rakyat mempunyai hak mutlak dan kuasa untuk menentukan sebarang keputusan yang bakal diambil. Mengapa perlu rakyat terlibat dalam pembuatan keputusan? Dalam konteks ini banyak ruang dan faedah jika rakyat diberikan peluang yang sama rata bagi membuat sesuatu keputusan penting sama ada oleh kerajaan mahupun institusi-institusi penting lain dalam negara. Amalan negara kita lebih kepada prinsip demokrasi berparlimen raja berperlembagaan. Ini bermakna dengan kuasa dan pilihan yang telah dibuat oleh rakyat, maka wakil mereka akan menentukan serta menyuarakan ketidakpuasan hati dan luahan hati rakyat di kawasan yang mereka wakili. Namun, persoalan yang timbul ialah sejauh manakah wakil rakyat ini benar-benar mewakili mereka? Apakah yang diperbahaskan di Parlimen benar-benar menyuarakan rasa hati mereka ataupun rasa hati wakil yang telah dipilih oleh mereka?

  • 145

    SOALAN DALAM TEKS

    6. Nyatakan dua bentuk dalam penyertaan awam.

    Semak jawapan anda di akhir bab ini.

    Justeru, ada ketikanya keputusan sama ada dasar, ketetapan malah apa jua yang diputuskan sama ada di peringkat Jemaah Menteri mahupun perbahasan Parlimen tidak semestinya menggambarkan luahan dan aspirasi rakyat di kawasan yang mereka wakili tetapi ianya lebih kepada cita rasa dan idea yang dipelopori oleh wakil rakyat berkenaan berasaskan kepada kepentingan dan isu terkini. Situasi sebegini akan wujud keadaan di mana pihak yang berkepentingan akan cuba sedaya upaya mereka untuk mendapatkan sesuatu sama ada melalui orang tertentu ataupun terus kepada ahli Parlimen atau Menteri yang berkenaan. Inilah yang dikatakan sebagai satu usaha untuk melobi iaitu satu tindakan terarah untuk memenangi hati pihak tertentu dan dalam masa yang sama hajat mereka akan tercapai (www.rec.org). Penglibatan masyarakat awam dalam pembuatan keputusan dapat membawa kepada beberapa keadaan seperti (i) Ruang untuk menyatakan pendirian sama ada berbentuk sokongan

    atau bangkangan dan mencadangkan sesuatu yang mungkin lebih relevan dan praktikal.

    (ii) Cabaran dalam pembangunan ekonomi, sosial dan politikal yang matang memerlukan kepada komitmen dan penyertaan awam yang aktif.

    (iii) Penyertaan awam dalam pembuatan keputusan memungkinkan asas kepada keputusan yang lebih praktikal dan berwibawa.

    (iv) Masyarakat awam akan lebih matang dan faham tentang peranan dan proses dalam struktur politik dan pentadbiran kerajaan.

    (v) Apabila cadangan dan keputusan datang daripada penyertaan awam maka rakyat seluruhnya akan bersama-sama menjadikan keputusan tersebut direalisasikan.

    Dalam menjadikan usaha ini sebagai suatu yang praktikal dan tercapai maka proses penyertaan awam ini perlu dipenuhi agar mencapai matlamat yang dihajati kesan daripada penyertaan awam tersebut. Terdapat empat langkah keterlibatan awam dalam proses pembuatan keputusan iaitu (i) Perancangan. (ii) Pelaksanaan.

  • 146

    (iii) Perkongsian faedah dan perkongsian bersama. (iv) Penilaian. Keempat-empat komponen ini jika diberikan ruang untuk bersama maka pasti akan menghasilkan suatu keputusan yang akan disokong oleh rakyat kebanyakan. Rakyat boleh dilihat sebagai satu aset penting dalam pembentukan dan pembangunan sesebuah negara bangsa. Rakyat yang akan menentukan jatuh bangun sesebuah negara.

    SOALAN DALAM TEKS

    7. Nyatakan dua bentuk dalam penyertaan awam. 8. Bincangkan kesan-kesan daripada penyertaan awam. 9. Gariskan empat langkah keterlibatan awam dalam

    proses pembuatan keputusan.

    Semak jawapan anda di akhir bab ini.

    Produktif atau tidak sesebuah negara turut disumbangkan oleh rakyat. Justeru, amat besar peranan yang perlu dimainkan oleh rakyat. Penyertaan awam yang aktif memerlukan kepada rakyat yang memiliki ciri-ciri berikut. Antaranya ialah (i) Rakyat sebagai pembuat keputusan. (ii) Rakyat sebagai konsultan. (iii) Rakyat sebagai responden. (iv) Rakyat sebagai perwakilan perlembagaan. (v) Rakyat sebagai pengundi.

    (www.rec.org.) Kelima-lima ciri berikut menunjukkan kepada kita betapa pentingnya rakyat yang hidup di dalam sebuah negara yang merdeka. Komponen ini cukup memberi ruang agar pembangunan dan keputusan boleh dikongsi secara bersama bagi melahirkan sebuah negara yang gemilang.

  • 147

    SOALAN DALAM TEKS

    10. Nyatakan ciri-ciri penting yang perlu dimiliki oleh

    rakyat dalam penyertaan awam.

    Semak jawapan anda di akhir bab ini.

    6.5.2 FAKTOR-FAKTOR PENYERTAAN AWAM Walau bagaimanapun, darjah penyertaan awam dalam sesebuah negara bergantung kepada faktor-faktor berikut: 1. Darjah demokrasi sesebuah negara Darjah demokrasi ini penting kerana hanya kerajaan yang benar-benar telus dan demokrasi sahaja sanggup untuk memberikan ruang yang secukupnya kepada rakyat untuk menentukan keputusan dan seterusnya bertindak. 2. Struktur kerajaan dan pemerintahan Struktur kerajaan dan pemerintahan juga penting. Walaupun darjah demokrasi mungkin tinggi namun jika kerajaan yang ada ialah sebuah kerajaan yang tidak berwibawa dan tiada sokongan kukuh turut akan mengundang kepada kejatuhan pemerintahan tersebut. Selain itu juga, jika kerajaan yang ada ialah dari parti yang pelbagai dan tidak ada parti yang dominan maka ini akan turut menyumbang kepada permasalahan dari aspek perpaduan dan persefahaman. 3. Tahap pendidikan dan kesedaran awam Tahap pendidikan, celik huruf dan pintar merupakan elemen penting dalam usaha untuk menjadi sebuah negara maju. Rakyat yang berpendidikan dan berkredibiliti mampu untuk membuat satu keputusan yang baik selain daripada menjana pembangunan yang lebih mapan. Dalam konteks negara, antara contoh-contoh penyertaan awam yang boleh dijadikan panduan dan rujukan bagaimana amalan dan pelaksanaan penyertaan awam di Malaysia ialah melalui program seperti AGENDA 21 dan Kerajaan Elektronik.

  • 148

    SOALAN DALAM TEKS

    11. Apakah faktor-faktor penting yang perlu ada dalam

    penyertaan awam?

    Semak jawapan anda di akhir bab ini.

    6.5.3 AGENDA 21 Salah satu contoh nyata dan keputusan yang lahir di Brazil tentang penyertaan awam ialah AGENDA 21. Ia merupakan satu titik tolak bagi merealisasikan hasrat tersebut. Pada bulan Jun 1992, seramai 178 Ketua Negara (termasuk Malaysia) menghadiri Persidangan Kemuncak Bumi Bangsa-Bangsa Bersatu di Rio De Janerio, Brazil untuk menyediakan satu pelan tindakan dunia bagi pembangunan mapan. Pelan ini dikenali sebagai Agenda 21- satu agenda untuk mencapai pembangunan mapan pada abad 21. Agenda 21 mengandungi 40 Bab dalam 4 Seksyen berikut: (i) Dimensi Sosial dan Ekonomi. (ii) Pemeliharaan dan Pengurusan Sumber untuk pembangunan. (iii) Memperkukuhkan peranan kumpulan utama (seperti wanita, kanak-

    kanak, Pertubuhan Bukan Kerajaan - NGO dan Pihak Berkuasa Tempatan - PBT).

    (iv) Kaedah Pelaksanaan. Di bawah Bab 28 dengan tajuk Inisiatif PBT dalam menyokong Agenda 21 menyatakan bahawa disebabkan banyak masalah dan penyelesaian disyorkan dalam Agenda 21 yang berakar umbi daripada aktiviti tempatan, penyertaan dan kerjasama PBT. Ini merupakan faktor penentu dalam memenuhi objektif AGENDA 21 ini. Bab 28 merujuk khas kepada PBT dan meminta PBT mengambil satu pendekatan positif dalam melaksanakan Agenda 21 ke arah pembangunan mapan di peringkat tempatan. Di bawah Seksyen 3 Agenda 21, kumpulan utama lain seperti wanita, kanak-kanak, NGO, remaja, pekerja, sektor niaga dan industri serta orang asli juga memainkan peranan penting dalam melaksanakan Agenda 21 ke arah pembangunan mapan di peringkat tempatan. Seiring itu, ia dikenali sebagai Local Agenda 21 - Pelan tindakan tempatan ke arah pembangunan mapan pada abad 21.

  • 149

    Local Agenda 21 menekan dan mempromosikan (i) Perkongsian antara PBT (MPPJ), Badan Bukan Kerajaan, Rukun

    Tetangga, Persatuan Penduduk, Agensi Kerajaan, Sektor Swasta dan lain-lain.

    (ii) Penyertaan awam dalam mengenal pasti isu, merangka pelan tindakan, pelaksanaan, pengawasan, penilaian dan maklum balas.

    Kesemua ini bertujuan untuk pembangunan mapan yang mengintegrasikan aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar (www.mppj.gov.my/la21/Bmelayu /a21main.html). Walau bagaimanapun, penyertaan awam secara formal dalam proses pembuatan keputusan di Malaysia masih lagi dalam peringkat percubaan. Gesaan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kepada negara-negara dunia ketiga telah mendorong kerajaan bertindak menerusi LOCAL AGENDA 21 pada tahun 2002 dengan menjadikan empat kerajaan tempatan sebagai projek perintis iaitu Majlis Daerah Kerian, Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Kuantan dan Dewan Bandaraya Kuching. Ini ialah antara usaha bagi menggalakkan penyertaan awam melalui projek perintis tersebut.

    Pada pandangan anda, adakah penyertaan awam benar-benar dapat direalisasikan melalui Local Agenda 21.

    6.5.4 KERAJAAN ELEKTRONIK Salah satu elemen penting yang boleh dikaitkan dengan penyertaan awam ialah usaha kerajaan untuk menggalakkan penyertaan awam melalui Kerajaan Elektronik. Namun, persoalan yang timbul ialah sejauh manakah penglibatan orang awam di dalamnya? Kefahaman mengenai Kerajaan Elektronik yang diterangkan hanya sekadar kecanggihan teknologinya yang disediakan di jabatan-jabatan kerajaan dan capaiannya sehingga ke rumah untuk kemudahan orang awam berserta dengan peralatan seperti electronic purse dan kad pintar serta pasport pintar. Maksud penglibatan masyarakat di sini ialah hak dan tanggungjawab yang bukan sahaja melibatkan persoalan-persoalan teknikal tetapi penglibatan dalam proses membuat keputusan dan suatu dasar awam yang membentuk masa depan masyarakat dalam penubuhan Kerajaan Elektronik.

    Apa pandangan anda tentang Kerajaan Elektronik di Malaysia?

  • 150

    Pada peringkat awal, jenis maklumat yang perlu dikumpul dan diketahui masyarakat sebagai asas kefahaman untuk membuka peluang kepada penglibatan proaktif mereka dalam Kerajaan Elektronik dan MSC ialah 1. Tahap penembusan atau penyerapan

    Memeriksa atau mengakur kehadiran teknologi maklumat di rumah, di tempat kerja, tempat awam seperti bangunan kerajaan, sekolah atau mana-mana lokasi budaya termasuk perpustakaan. Apakah peratusan capaian terhadap tempat-tempat ini kepada lebuh raya maklumat? Bagaimana keadaan tersebut mempengaruhi golongan berpendapatan rendah dan perbezaannya dengan mereka yang berada, penduduk bandar dengan penduduk luar bandar?

    2. Tahap memiliki peralatan

    Siapa yang memiliki jenis peralatan? Jika mereka tidak memilikinya, adakah mereka masih mempunyai capaian kepada perpustakaan awam sekolah, tempat kerja atau pusat komuniti atau tempat-tempat awam seperti balai raya umpamanya?

    3. Tahap latihan dan tahap kemahiran

    Siapa yang mempunyai kepakaran dan mengetahui apa yang perlu dilakukan? Bagaimana mereka diajar menggunakan peralatannya? Adakah mereka belajar sendiri, belajar di sekolah, daripada rakan atau belajar semasa di tempat kerja atau dengan cara yang lain?

    4. Tahap penggunaan

    Siapa yang menggunakannya? Apakah kegunaan utama lebuh raya maklumat: komunikasi persendirian, berhubung dengan kerja, penglibatan masyarakat, kegiatan keagamaan, hiburan, seni kreatif, membeli-belah, peningkatan diri, tindakan politik atau sesuatu yang lain? Bagaimana kegunaan memanfaatkan orang ramai yang tidak menggunakan bahasa Inggeris?

    5. Nilai segera Bagaimana pengguna menilai sistem tersebut? Apakah aspek yang menjadikannya mudah digunakan atau sukar digunakan? Adakah pengguna mampu menggunakannya dengan cepat untuk pencapaian matlamat segera?

    6. Kesan menyeluruh

    Melalui lebuh raya maklumat ini bagaimana Kerajaan Elektronik dapat meningkatkan kualiti hidup masyarakat? Adakah ia mengemukakan sebarang kesan kepada kehidupan individu,

  • 151

    komuniti, penglibatan dalam kehidupan sosial dan politik dan kesedaran budaya dan sebagainya lagi? (Ismail Hashim, 1998: 12).

    SOALAN DALAM TEKS

    12. Apakah penekanan Local Agenda 21? 13. Bincangkan enam perspektif penting dalam aplikasi

    Kerajaan Elektronik dan MSC.

    Semak jawapan anda di akhir bab ini.

    Dalam kesemua aspek ini kita boleh melihat antara elemen penting yang perlu ada dalam aspek pelaksanaan Kerajaan Elektronik. Terdapat tujuh pegangan asas (milestones) bagi melahirkan kerajaan yang benar-benar melaksanakan aplikasi Kerajaan Elektronik.

    (i) Integrasi dan penggabungan. (ii) Pembangunan ekonomi. (iii) E-demokrasi. (iv) E-masyarakat. (v) Perhubungan antara agensi-agensi kerajaan. (vi) Dasar persekitaran. (vii) Penggunaan internet yang meluas. Sehubungan itu, setiap asas adalah saling bergantungan sama ada di peringkat kerajaan dan swasta. Rakyat pula memainkan peranan dalam usaha merealisasikan agenda kerajaan tersebut. Selain daripada menggalakkan penglibatan rakyat, ruang siber juga diunjurkan sebagai panakea atau penyelesaian kepada kebanyakan masalah politik yang dialami kini. Tidak dapat dipastikan adakah perkara yang sama akan berlaku di negara ini. Perkara ini begitu diyakini di Amerika. Apabila majoriti rakyat mempunyai komputer dan capaian kepada internet serta mula mengundi dalam semua isu, kita diberitahu kesemua masalah perwakilan dalam sistem demokrasi akan dapat diatasi. Ia boleh menggalakkan penglibatan rakyat dalam sistem politik kita dan mengekalkan kedaulatan kerajaan. Penglibatan awam merupakan perkongsian antara diri kita sebagai rakyat dengan kerajaan. Ia merupakan penerimaan cabaran untuk bertanggungjawab dan penglibatan yang mengatasi kepentingan diri serta memungkinkan perubahan tingkah laku, kebiasaan dan sikap dalam membina prasarana sosial baru.

  • 152

    Selain itu, terdapat beberapa komponen dalam pentadbiran kerajaan yang menjurus ke arah penyertaan awam dalam pembuatan keputusan seperti Good Governance, Virtuous Administration serta Kod Etika sama ada melibatkan rakyat mahupun wakil rakyat.

    SOALAN DALAM TEKS

    14. Bincangkan tujuh pegangan asas (milestones) bagi

    melahirkan kerajaan yang benar-benar melaksanakan aplikasi Kerajaan Elektronik.

    Semak jawapan anda di akhir bab ini.

    6.6 KOD ETIKA BAGI AHLI PARLIMEN KERAJAAN Kesungguhan kerajaan dilihat ketara apabila wujud usaha dan tindakan yang terarah bagi memastikan tidak berlaku banyak masalah di kalangan wakil rakyat yang dipilih dan dalam masa yang sama berperanan untuk menyatakan pandangan rakyat keseluruhannya. Mandat dan sokongan yang diberikan kepada kerajaan Barisan Nasional pada pilihan raya 2004 jelas menunjukkan sokongan padu yang diberikan kepada kerajaan yang memerintah. Jika sokongan ini tidak dihargai, maka kemungkinan sokongan yang akan diterima pada pilihan raya seterusnya boleh dijadikan tandatangan. Justeru, kepimpinan kerajaan melalui Perdana Menteri YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi telah menggariskan kod etika yang perlu dipatuhi oleh ahli Parlimen kerajaan agar usaha mereka akan menjadi kayu pengukur terhadap keberkesanan dan sejauh manakah penglibatan rakyat dalam menentukan hala tuju negara. Bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, adalah penting bagi Parlimen menjadi sebuah institusi yang secara kolektif bersifat amanah, telus, bertanggungjawab serta ahli-ahlinya benar-benar berkhidmat demi kepentingan rakyat dan negara. Justeru, ada keperluan bagi Ahli Parlimen Kerajaan mengguna pakai suatu kod etika yang akan menjamin kewibawaan dan seterusnya membantu mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka oleh rakyat. Kod Etika bagi Ahli Parlimen Kerajaan akan membantu Ahli Parlimen Kerajaan melaksanakan sumpah yang telah dilafazkan dan membolehkan mereka melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab terhadap Parlimen, penduduk bahagian yang diwakili dan rakyat Malaysia secara keseluruhan. Kod etika ini adalah penting kerana akhlak dan sebarang tindakan Ahli Parlimen Kerajaan secara rasmi atau peribadi akan mencerminkan

  • 153

    kewibawaan kerajaan serta mempunyai implikasi terhadap masyarakat dan negara.

    Adakah kod etika bagi ahli parlimen kerajaan benar-benar berperanan?

    Penting bagi Ahli Parlimen yang telah dipilih memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat, menjaga nama baik kerajaan dan negara serta tidak terbabit dalam sebarang unsur-unsur rasuah serta salah guna kuasa. Dalam hubungan ini, kejujuran dan integriti menjadi tonggak penting Kod Etika bagi Ahli Parlimen Kerajaan yang menerapkan prinsip penting dan sejagat yang ada dalam Rukun Negara, Pelan Integriti Nasional, Manifesto Barisan Nasional serta Tonggak Dua Belas Penerapan Nilai, Norma dan Draf Etika Perkhidmatan, Perkhidmatan Awam. Perkara yang ada dalam kod etika ini merangkumi nilai yang diharapkan oleh rakyat mengenai peranan Ahli Parlimen sebagai wakil mereka dalam kerajaan yang memerintah. Terdapat empat elemen penting yang digariskan dalam kod etika ini iaitu (i) Kewajipan terhadap Parlimen. (ii) Tata laku atas sifat rasmi. (iii) Tata laku secara am. (iv) Pengisytiharan harta.

    (http://www.pmo.gov.my). Kod perkhidmatan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) antara lain bertujuan memastikan wakil rakyat tidak terlibat dalam penyalahgunaan kuasa, rasuah, serta tidak melanggar undang-undang dan tidak terlibat dalam kegiatan jenayah. Dalam masa yang sama, wakil rakyat BN juga dikehendaki mengisi satu sistem kad laporan kemajuan untuk menilai prestasi perkhidmatan pada setiap tiga bulan. Kad laporan kemajuan itu akan diperiksa dan mereka akan bertanggungjawab bagi tindakan masing-masing ataupun kurangnya tindakan pada pihak mereka.

    SOALAN DALAM TEKS

    15. Apakah yang dimaksudkan dengan kod etika wakil

    rakyat? 16. Nyatakan empat elemen penting yang terkandung

    dalam kod etika wakil rakyat.

    Semak jawapan anda di akhir bab ini.

  • 154

    6.7 KESIMPULAN Aspek penyertaan awam dalam pembuatan keputusan bukan merupakan isu sampingan yang boleh dinafikan ataupun dibiarkan begitu sahaja. Elemen penyertaan awam ini merupakan satu perkara pokok yang perlu diberikan perhatian khusus bagi memaksimumkan penyertaannya. Ruang ini jika boleh diperbaiki akan dapat membawa masuk banyak idea-idea baru untuk tujuan pembangunan dan kemantapan. Ruang yang diberikan oleh pihak yang berkepentingan dapat digunakan dengan sebaiknya oleh masyarakat untuk sama-sama terlibat dan bertanggungjawab atas dasar dan tindakan yang dibuat. Rakyat dan masyarakat awam tidak akan mempunyai ruang yang terlalu banyak untuk mengkritik sekiranya sesuatu tindakan itu gagal kerana mereka turut terlibat dalam pembuatan keputusan tersebut. Penyertaan awam akan dapat membawa banyak faedah sama ada kepada rakyat, parti, kerajaan dan organisasi. Walau bagaimanapun, elemen penyertaan itu perlu spesifik dan jelas sebagaimana yang telah dibincangkan. Ini bertujuan agar individu yang terlibat benar-benar faham dan tahu akan komitmen yang dijalankan dengan ilmu dan pengetahuan yang terperinci agar keputusan yang dibuat benar-benar mencerminkan hasrat rakyat kebanyakan dan bukannya untuk golongan tertentu sahaja. Justeru, jelas kepada kita bahawa pihak kerajaan perlu memberikan sedikit ruang kepada rakyat namun ada kekangan dan garis panduan tertentu diperuntukkan agar penyertaan rakyat tidak menjadi sia-sia malah dapat membawa kemakmuran dan pembangunan kepada agama, bangsa dan negara.

    SOALAN PENILAIAN KENDIRI

    1. Apakah yang dimaksudkan dengan penyertaan awam dan bagaimana

    keterlibatan rakyat dalam hal ini? 2. Bincangkan bentuk-bentuk penyertaan awam di Amerika Syarikat. 3. Huraikan elemen-elemen penting dalam merealisasikan penyertaan

    awam yang benar-benar kompeten dan telus. 4. Bincangkan peranan masyarakat sivil dalam aspek penyertaan dan

    pembuatan keputusan. 5. Bincangkan kesan-kesan yang wujud daripada penyertaan awam. 6. Gariskan empat langkah keterlibatan awam dalam proses pembuatan

    keputusan. 7. Perincikan isu-isu penting yang menggambaarkan keterlibatan rakyat

    dalam proses pembuatan keputusan.

    Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.