ayat hadis ahkam
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
SURAH LUQMAN AYAT 16 - 19
SURAH LUQMAN AYAT 16 - 19
Pengertian Ayat Surah Luqman
Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara seberat biji sawi sekalipun serta ia tersembunyi didalam batu besar atau dilangit mahupun dibumi, sudah tetap ia akan dibawa oleh Allah kerana sesungguhnya Allah maha halus pengetahuannya lagi maha meliputi segala yang tersembunyi.
Pengertian Ayat Surah Luqman
Wahai anakku ! Dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) dalam perkara kebaikan dan cegahlah kemungkaran (mengikut kadar kemampuan yang ada padamu). Dan bersabarlah dengan apa yang mengenaimu (ketika melaksanakan amar makruf nahi mungkar) Sesungguhnya yang demikian itu adalah perkara yang amat perlu dilaksanakan oleh manusia
Pengertian Ayat Surah Luqman
Dan janganlah engkau memalingkan (kerana menghina dan menunjukkan kesombongan) daripada manusia, dan janganlah engkau berjalan dimuka bumi dengan berlagak takbur (dalam keadaan hairan dan taajub kepada diri sendiri serta merendahkan diri orang lain) Sesungguhnya Allah Taala tidak kasih kepada orang yang sombong dan takbur.
Pengertian Ayat Surah Luqman
Dan bersederhanalah kamu dalam berjalan (tidak terlalu gopoh atau terlalu perlahan) serta rendahkanlah suaramu apabila berbicara, kerana bahawasanya seburuk-buruk suara ialah suara kaldai.
Keterangan Perkataan
Timbangan seberat biji sawi terlalu ringan timbangannya
Didalam batu hitam lagi besar
Allah maha halus pengetahuannya lagi maha mengetahui segala kesalahan yang tersembunyi
Perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh manusia
Berlagak takbur , hairan dan taajub kepada diri sendiri serta merendahkan diri orang lain.
Sombong dan takbur, sifat ini hanya ada pada Allah Taala sahaja
Rendahkan suara , tidak lantang dan kuat
Suara kaldai yang terlalu buruk suaranya dikalangan haiwan
Kaitan dengan ayat sebelumnya
Ayat 12-15 menceritakan pesanan Luqman kepada anaknya tentang perkara yang bersangkutan dengan aqidah , berbakti kepada kedua ibubapa dan kewajipan menurut perintahnya (kecuali maksiat).
Kaitan dengan ayat selepasnya
Ayat 20 menceritakan tentang nikmat yang terlalu banyak dibumi dan dilangit dan golongan yang membangkang membuta tuli tanpa alasan dan ilmu (jahil)
Huraian Umum Ayat 16-19
Kesalahan dan kezaliman walaupun kecil akan diadili dan didedahkan oleh Allah di hari Akhirat
Manusia akan diadili setimpal dengan perbuatan mereka
Pesanan mendirikan solat , solat adalah syariat kepada nabi dan rasul
Pesanan supaya melakukan amar makruf dan nahi mungkar
Huraian Umum Ayat 16-19
Bersabar dengan ujian dalam usaha menyuruh yang makruf dan nahi mungkar
Tidak berlagak sombong sesama manusia Berjalan dengan keadaan sederhana Merendahkan suara apabila berkata-kata
Huraian Terperinci
1. Konsep bersepadu dalam pendidikan Islam
2. Aspek penting dalam pendidikan
Konsep bersepadu dalam pendidikan Islam
Satu gagasan konsep yang saling berkaitan dalam satu carta cara pemikiran berdasarkan beberapa prinsip/nilai yang dibawa Islam.
Ia mengandungi aqidah, syariah dan akhlak.
Aspek penting dalam pendidikan
1. Membentuk akhlak mulia dikalangan manusia
2. Menjaga kepentingan agama dan kehidupan
3. Memberi pendidikan rohani dan jasmani
4. Keperihatinan ibubapa dalam mendidik anak
Aspek penting dalam pendidikan
5. Mendidik menjadi hamba yang patuh
6. Mendidik semangat daya juang dalam mengharungi hidup
7. Mendidik peribadi yang baik dalam masyarakat
5. Mendidik menjadi hamba yang patuh
1. Anak-anak hendaklah diajar membaca Al-Quran ketika berumur 6-13 tahun
2. Mengajar anak mendirikan solat3. Berikan didikan agama yang asas (fardhu
Ain)
Pengajaran Ayat
Segala amalan manusia akan ditimbang walaupun sebesar biji sawi di akhirat dan diberikan balasan yang setimpal dengan amalannya.
Ibubapa wajib berpesan kepada anak-anak supaya melakukan solat kerana ia adalah tiang agama dan syariat kepada semua rasul.
Pengajaran Ayat
Orang yang menjalankan amar makruf dan nahi mungkar banyak menghadapi ujian dan hendaklah banyak bersabar untuk mencapai kejayaan.
Bersederhana dalam semua tindak tanduk adalah suruhan agama dan jangan berlagak sombong dan takbur.