tafsir ayat ahkam & faraid - kump saiful
TRANSCRIPT
-
7/30/2019 Tafsir Ayat Ahkam & Faraid - Kump Saiful
1/32
TAFSIR AYAT AHKAM
Ahli Kumpulan:
Roslan bin Hamid
Sabidin bin Basari
Saiful Kamal bin Abdul Jalil
Sabah binti Morshidi
-
7/30/2019 Tafsir Ayat Ahkam & Faraid - Kump Saiful
2/32
-
7/30/2019 Tafsir Ayat Ahkam & Faraid - Kump Saiful
3/32
221. dan janganlah kamu berkahwin Dengan perempuan-perempuan
kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam); dan
Sesungguhnya seorang hamba perempuan Yang beriman itu lebih
baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannyamenarik hati kamu. dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-
perempuan Islam) Dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka
beriman (memeluk ugama Islam) dan Sesungguhnya seorang hamba
lelaki Yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik,
sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (yang demikian ialah
kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah
mengajak ke syurga dan memberi keampunan Dengan izinNya. dan
Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya)
kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran(daripadanya).
-
7/30/2019 Tafsir Ayat Ahkam & Faraid - Kump Saiful
4/32
-
7/30/2019 Tafsir Ayat Ahkam & Faraid - Kump Saiful
5/32
228. dan isteri-isteri Yang diceraikan itu hendaklah menunggu
Dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci(dari haid). dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak
memberitahu tentang) anak Yang dijadikan oleh Allah Dalam
kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah
dan hari akhirat. dan suami-suami mereka berhak mengambil
kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu Dalam masa idah mereka jika
suami-suami bertujuan hendak berdamai. dan isteri-isteri itu
mempunyai hak Yang sama seperti kewajipan Yang ditanggung oleh
mereka (terhadap suami) Dengan cara Yang sepatutnya (dan tidak
dilarang oleh syarak); Dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang
perempuan (isterinya). dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana.
-
7/30/2019 Tafsir Ayat Ahkam & Faraid - Kump Saiful
6/32
-
7/30/2019 Tafsir Ayat Ahkam & Faraid - Kump Saiful
7/32
229. talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. sesudah
itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) Dengan
cara Yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) Dengancara Yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu
dari apa Yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri Yang
diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat
menegakkan aturan-aturan hukum Allah. oleh itu kalau kamu khuatir
Bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturanhukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran
(tebus talak) Yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan
mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). itulah aturan-
aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dansesiapa Yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka
itulah orang-orang Yang zalim.
-
7/30/2019 Tafsir Ayat Ahkam & Faraid - Kump Saiful
8/32
-
7/30/2019 Tafsir Ayat Ahkam & Faraid - Kump Saiful
9/32
230. sesudah (diceraikan dua kali), itu jika diceraikan pula
(bagi kali Yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi
baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin Dengan suamiYang lain. setelah itu kalau ia diceraikan (oleh suami
baharu itu dan habis idahnya), maka mereka berdua
(suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk
kembali (maskahwin semula), jika mereka kuat menyangkaakan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan
itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkanNya kepada
kaum Yang (mahu) mengetahui dan memahaminya.
-
7/30/2019 Tafsir Ayat Ahkam & Faraid - Kump Saiful
10/32
-
7/30/2019 Tafsir Ayat Ahkam & Faraid - Kump Saiful
11/32
Maksudnya: Ayat 11: Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta
pusaka untuk) anak-anak kamu, Iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai
bahagian dua orang anak perempuan tetapi jika anak-anak perempuan itu lebihdaripada dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga daripada harta yang
ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka
bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. dan bagi ibu bapa (si mati),
tiap-tiap seorang daripada keduanya: satu perenam daripada harta yang
ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak tetapi jika si mati
tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya,maka bahagian ibunya ialah satu pertiga kalau pula si mati itu mempunyai
beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu
perenam. (pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah
diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. Ibu bapa kamu
dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebihdekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (pembahagian harta pusaka dan
penentuan bahagian masing-masing seperti Yang diterangkan itu ialah)
ketetapan dari Allah; Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha
Bijaksana.
-
7/30/2019 Tafsir Ayat Ahkam & Faraid - Kump Saiful
12/32
-
7/30/2019 Tafsir Ayat Ahkam & Faraid - Kump Saiful
13/32
Ayat 12: Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteriisteri
kamu jika mereka tidak mempunyai anak tetapi jika mereka mempunyai
anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan,
sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan
hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat daripada harta
yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak tetapi kalau kamu
mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan
daripada harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu
wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang diwarisiitu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada
meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu)
maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam kalau pula
mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih daripada seorang, maka mereka
bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki denganperempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan
sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak
mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu)
ialahketetapan dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Penyabar
-
7/30/2019 Tafsir Ayat Ahkam & Faraid - Kump Saiful
14/32
Asbab Nuzul
Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa dia sedang bersamaRasulullah s.a.w. apabila seorang perempuan Ansar datang
bersama dua orang anak perempuannya. Perempuan itu
berkata Ya Rasulullah, ini adalah anak Thabit bin Qais yang
telah mati syahid dalam perang Uhud. Bapa saudara mereka
telah mengambil semua harta pusaka mereka dan tiada apa
yang tinggal lagi untuk mereka. Maka turunlah ayat yang
menentukan bahagian-bahagian yang berhak diterima olehahli waris daripada harta pusaka.
-
7/30/2019 Tafsir Ayat Ahkam & Faraid - Kump Saiful
15/32
Faraid adalah keadilan
Untuk mengelak ketidakadilan yang berlaku
dalam masyarakat.
Imam Ibn Kathir, terdapat tiga ayat utama al-
Quran yang menerangkan tentang
pembahagian harta pusaka, iaitu di dalamsurah an-Nisa ayat 11, 12 dan 176
-
7/30/2019 Tafsir Ayat Ahkam & Faraid - Kump Saiful
16/32
-
7/30/2019 Tafsir Ayat Ahkam & Faraid - Kump Saiful
17/32
Maksudnya: Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa
kepadamu (Wahai Muhammad mengenai masalah Kalaalah).
Katakanlah:"Allah memberi fatwa kepada kamu di dalam perkara
Kalaalah itu, Iaitujika seseorang mati yang tidak mempunyai anakdan ia mempunyaiseorang saudara perempuan, maka bagi saudara
perempuan itu satuperdua daripada harta yang ditinggalkan oleh si
mati; dan ia pula (saudaralelaki itu) mewarisi (semua harta) saudara
perempuannya, jika saudaraperempuannya tidak mempunyai anak.
Kalau pula saudara perempuannya itu dua orang, maka keduanya
mendapat dua pertiga daripada harta yangditinggalkan oleh si mati
dan sekiranya mereka (saudara-saudaranya itu) ramai, lelaki dan
perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamaibahagian dua
orang perempuan". Allah menerangkan (hukum ini) kepada kamusupaya kamu tidak sesat. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui
akan tiap-tiap sesuatu.
-
7/30/2019 Tafsir Ayat Ahkam & Faraid - Kump Saiful
18/32
Perkara diselesai sebelum
pembahagian harta
(i) Zat harta itu sendiri
(ii) Perbelanjaan bagi mengurus jenazah
(iii) Hutang piutang simati
(iv) Wasiat tidak lebih dpd satu pertiga
daripada keseluruhan hartanya
(v) Baki kepada harta itu bolehlah dijadikanfaraid
-
7/30/2019 Tafsir Ayat Ahkam & Faraid - Kump Saiful
19/32
RUKUN-RUKUN WARIS:
1. Simati
2. Orang yang mewarisi
3. Harta yang diwarisi
-
7/30/2019 Tafsir Ayat Ahkam & Faraid - Kump Saiful
20/32
SYARAT-SYARAT WARIS:
1. Simati disahkan sudah mati 2. Pewarisnya disahkan masih hidup
3. Mengetahui perhubungan / pertalian
antara simati dengan pewarisnya
secara keluarga, nikah atau hamba
4. Mengetahui jenis pihak waris samadadari pihak waris lelaki atau waris
perempuan.
-
7/30/2019 Tafsir Ayat Ahkam & Faraid - Kump Saiful
21/32
SEBAB-SEBAB MENDAPAT WARIS:
1. Dengan sebab nikah
2. Dengan sebab nasab (keluarga) 3. Dengan sebab menjadi hamba
4. Baitulmal
-
7/30/2019 Tafsir Ayat Ahkam & Faraid - Kump Saiful
22/32
Ahli Waris Yang Layak Menerima Pusaka
15 waris daripada pihak lelaki :1. Anak lelaki
2. Cucu lelaki dari anak lelaki
3. Bapa
4. Datuk
5. Saudara lelaki seibu sebapa
6. Saudara lelaki sebapa
7. Saudara lelaki seibu
8. Anak saudara lelaki dari seibu sebapa
9. Anak saudara lelaki dari seibu atau sebapa
-
7/30/2019 Tafsir Ayat Ahkam & Faraid - Kump Saiful
23/32
10. Bapa saudara seibu sebapa
11. Bapa saudara sebapa
12. Sepupu dari bapa saudara seibu sebapa
13. Sepupu dari bapa saudara sebapa
14. Suami15. Hamba sahaya
-
7/30/2019 Tafsir Ayat Ahkam & Faraid - Kump Saiful
24/32
Ahli Waris Yang Layak Menerima Pusaka
10 waris daripada pihak perempuan:1. Anak perempuan
2. Cucu perempuan dari anak lelaki
3. Ibu
4. Nenek sebelah ibu5. Nenek sebelah bapa
6. Saudara perempuan seibu sebapa
7. Saudara perempuan seibu
8. Saudara perempuan sebapa
9. Isteri
10. Hamba sahaya
-
7/30/2019 Tafsir Ayat Ahkam & Faraid - Kump Saiful
25/32
-
7/30/2019 Tafsir Ayat Ahkam & Faraid - Kump Saiful
26/32
2. Waris ganti:
-
7/30/2019 Tafsir Ayat Ahkam & Faraid - Kump Saiful
27/32
3. Waris kedua :
-
7/30/2019 Tafsir Ayat Ahkam & Faraid - Kump Saiful
28/32
Bahagian Diperolehi Suami kepada Si Mati
1/2Tidak mempunyai anak ATAU Tidak mempunyai cucu dari anak
lelaki
1/4 Mempunyai anak ATAU Mempunyai cucu dari anak lelaki
Bahagian Diperolehi Isteri kepada Si Mati
1/4 Tiada anak ATAU Tiada cucu dari anak lelaki
1/8 Mempunyai anak ATAU Mempunyai cucu dari anak lelaki
-
7/30/2019 Tafsir Ayat Ahkam & Faraid - Kump Saiful
29/32
-
7/30/2019 Tafsir Ayat Ahkam & Faraid - Kump Saiful
30/32
Bahagian Diperolehi Bapa Si Mati
1/6 Mempunyai anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki
1/6 dan Asabah Mempunyai anak perempuan ATAU cucu perempuan dari anak lelaki
ASABAH Tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki
Bahagian Diperolehi Ibu kepada Si Mati
1/6Mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU mempunyai dua
saudara kandung ATAU saudara sebapa
1/3Tidak mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU tiada dua
saudara kandung ATAU saudara sebapa
1/3 dari baki Mempunyai bapa serta suami ATAU isteri
-
7/30/2019 Tafsir Ayat Ahkam & Faraid - Kump Saiful
31/32
Bahagian Diperolehi Datuk kepada Si mati
Sama seperti bapa Hanya mendapat bahagian sekiranya tiada bapa
Bahagian Diperolehi Saudara Perempuan Seibu Sebapa kepada Si Mati
1/2Tiada anak, cucu, bapa DAN tiada waris yang menjadikannya
Asabah
2/3
Dua orang atau lebih, tiada anak, cucu, bapa DAN ahli yang
menjadikannya Asabah
ASABAH Mempunyai saudara lelaki kandung ATAU datuk
Terhalang olehdisebabkan adanya bapa, ATAU anak lelaki ATAU cucu lelaki
dari anak lelaki
-
7/30/2019 Tafsir Ayat Ahkam & Faraid - Kump Saiful
32/32
Bahagian Diperolehi Saudara Perempuan Sebapa
1/2Hanya seorang, tiada anak, cucu,saudara kandung, bapa DAN tiada
ahli yang menjadikannya Asabah
2/3 Dua orang atau lebih dengan syarat tiada cucu lelaki, saudarakandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikannya Asabah
1/6 Seorang atau lebih mempunyai saudara perempuan seibu sebapa
Asabah Disebabkan oleh saudara lelaki sebapa ATAU datuk
Terhalang oleh
1. Bapa2. Dua orang atau lebih saudara perempuan kandung
3. Seorg saudara perempuan kandung dan mempunyai anak
perempuan dan cucu perempuan
4. Saudara lelaki kandung
Bahagian Diperolehi Saudara Seibu (Lelaki/Perempuan)
1/6Hanya seorang, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari
anak lelaki
1/3Dua atau lebih, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari
anak lelaki
Terhalang oleh Disebabkan adanya bapa datuk anak dan cucu dari anak lelaki