ayam asam

3
SUNDAY, JULY 13, 2014 Resepi Ayam Asam Pedas Johor Mak Mertua, Gerenti Sedap Sampai Jilat Siku! Amboiii..kemain tajuk..hahaha Asam pedas ni banyak cara dan banyak resepi kalu kita google kan. Bagi saya resepi yang sedap kena dengan citarasa selera anak tekak kita. Resepi asam pedas ni saya belajar daripada mak mertua yang berasal orang jati Johor. Salah satu lauk wajib masak dalam seminggu. Kalau tak, ada je yang duk bagitaw rindunya nak makan asam pedas :P Stail mak mertua lada kisar akan dicampur sekali dengan bawang merah, bawang putih dan kunyit terus simpan buat stok lada kisar. Tapi sampai sekarang saya fail buat asam pedas bila lada kisar saya campur dengan bawang. Saya try guna stail saya asingkan bawang, hasilnya suami cakap thumb up! Resepi ni saya share sebab ramai bertanya. Alang2 tulis terus kat blog senang adik beradik anak cucu boleh refer sekali..wakakaka RESEPI ASAM PEDAS AYAM

Upload: faiedz-amrull

Post on 10-Nov-2015

227 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

recipe ayam

TRANSCRIPT

SUNDAY, JULY 13, 2014Resepi Ayam Asam Pedas Johor Mak Mertua, Gerenti Sedap Sampai Jilat Siku!Amboiii..kemain tajuk..hahaha

Asam pedas ni banyak cara dan banyak resepi kalu kita google kan. Bagi saya resepi yang sedap kena dengan citarasa selera anak tekak kita. Resepi asam pedas ni saya belajar daripada mak mertua yang berasal orang jati Johor. Salah satu lauk wajib masak dalam seminggu. Kalau tak, ada je yang duk bagitaw rindunya nak makan asam pedas :P

Stail mak mertua lada kisar akan dicampur sekali dengan bawang merah, bawang putih dan kunyit terus simpan buat stok lada kisar. Tapi sampai sekarang saya fail buat asam pedas bila lada kisar saya campur dengan bawang. Saya try guna stail saya asingkan bawang, hasilnya suami cakap thumb up!

Resepi ni saya share sebab ramai bertanya. Alang2 tulis terus kat blog senang adik beradik anak cucu boleh refer sekali..wakakaka

RESEPI ASAM PEDAS AYAM

Ayam ( Separuh ayam kecil)2 ulas bawang besar*2 ulas bawang putih*1/2 inci kunyit hidup*2 keping asam keping10 sudu besar lada kisar ( depend kalau suka pedas letak banyak sikit)Daun kesumSedikit belacanAirGaram1/2 sudu teh gulaMinyak untuk menumisBendi

1. Kisar bahan yang bertanda *. Tumis sehingga naik bau2. Masukkan lada kisar dan belacan. Tumis biar masak lada.3. Masukkan air dan terus masuk ayam yang di potong tadi. Biasa saya gunakan ayam saiz kecil. Ayam bahagian isi kompem tak ada siapa nak makan. (Tambah air jangan bagi kuah terlalu pekat@ terlalu cair)4. Terus masukkan asam keping, garam, dan daun kesum. Selepas dah gelegak, masukkan gula dan perasakan.5. Masukkan bendi dan didihkan kejap, terus tutup api6. Siap sedia untuk dihidang! yeah!* Jangan lupa letak kunyit supaya kuah kita nampak cun. Tips dari mak mertua!* Sebaiknya guna lada kisar sendiri, Rasa dia lebih umpph dan warna dia nampak lawa.