aural & nyanyian

6

Click here to load reader

Upload: shin-yei

Post on 02-Oct-2015

282 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Aural & Nyanyian

TRANSCRIPT

1.0 PengenalanSolfaMenyanyi merupakan aktiviti teras dalam konteks kurikulum Pendidikan Muzik KSSR, pada peringkat awal persekolahan. Proses mempelajari sebuah lagu melibatkan pengetahuan dan kemahiran. Antara kemahiran yang patut dipratikkan sebelum mempelajari nyanyian ialah kaedah solfa. Kaedah ini merupakan gabungan pengajaran secara hafalan not dan bacaan notasi menggunakan syllable ( d r m f s l t d) digunakan sebagai sebutan pic.Rajah 1.0 Susunan solfa secara menaik. Kaedah ini digunakan untuk sistem do bergerak (movable do) yang mana pic do bergantung kepada nada lagu. Misalnya dalam nada C major/minor, pic do ialah not C. Manakala bagi nada D major/minor, pic do ialah not D. Tonik Solfa menekankan perhubungan pic dan fungsinya dalam sesuatu sitem tonal. Apabila kanak-kanak dapat menguasai tonik solfa dengan selesa melalui nyanyian, membaca dan menulis skor mereka boleh diperkenalkan dengan not nama abjad. Contohnya, do-re-mi-fa-sol-la-ti-do ------ ( C,D,E,F,G,A,B,C)Antara contoh latihan solfa adalah seperti berikut,1. DO RE MI 2. MI RE DO 3. DO DO DO RE MI 4. MI MI MI RE DO2.0 Solfa MajorRajah 2.0Dalam rajah 2.0, skel tersebut menunjukkan solfa major yang selalu digunakan dalam nyanyian. Skel major tersebut dalam nada C major, jadi nombor 1 ialah not C dan seterusnya ialah seperti berikut.1 2 3 4 5 6 7 8Do Re Mi Fa Sol La Ti DoDalam Nada major, solfa bagi C major ialah seperti berikut,

Gambar Rajah 2.1Dengan menggunakan Movable Do , bermaksud juga akan dinyanyikan Do dalam solfa. seperti berikut,

Gambar Rajah 2.2

3.0 Solfa Minor

Rajah 3.0 Skel minor natural Rajah 3.1 Skel minor harmonic Rajah 3.2 Skel minor melodikDalam rajah 3.0, skel tersebut menunjukkan solfa minor yang selalu digunakan dalam nyanyian. Solfa minor tersebut dalam nada A minor, jadi nombor 1 ialah not A.Untuk A minor harmonik, solfa akan dinyanyikan seperti berikut,

Gambar Rajah 3.3Untuk A minor melodik, solfa akan dinyanyikan seperti berikut,Gambar Rajah 3.44.0 Solfa PentatonikSolfa pentatonik boleh dibina daripada skel major dengan menggunakan formula yang mudah. Major pentatonic dibentuk dengan memilih 1,2,3,5, 6 dan 8 daripada skel major C. Jadi skel pentatonik dalam nada C ialah C,D,E,G,A, C .

Do Re Mi So La DoSolfa pentatonik minorSolfa pentatonik minor adalah agak sama dengan major pentatonik. Minor pentatonik dibentuk dengan memilih 1,3,4,5,7,1 daripada skel minor Cm. Jadi solfa pentatonic dalam nada Cm ialah C, Eb, F, G, Bb, C .

5.0 Perbandingan Solfa Major, Minor, Pentatonik Major & Pentatonik Minor.PersamaanSemua solfa tidak kira sama ada solfa major atau solfa pentatonik adalah dibina daripada skel major& minor dan skel pentatonik. Selain itu, semua solfa adalah sebagai asas kemahiran nyanyian. Pelajar adalah lebih mudah untuk menguasai melodi sebuah lagu jika individu tersebut mempelajari solfa terlebih dahulu. Solfa major & minor dan solfa pentatonik dapat dimainkan dalam sebuah nada. Contohnya solfa major dalam C/Am, solfa minor dalam Cm/Am, solfa pentatonik major dalam C/A dan solfa pentatonik minor dalam Cm/Am. Kedua-dua solfa minor dan solfa pentatonik minor dapat dibina melalui relatif majornya.PerbezaanSolfa major & minor dimainkan dala 8 not, iaitu dari C ke C. Akan tetapi solfa pentatonik major & minor hanya dimainkan dalam 5 not, iaitu major- C,D,E,G,A,C (tidak mengandungi F dan B). Selain itu, jeda untuk semua solfa adalah berbeza-beza. Di samping itu, solfa major dan solfa pentatonik major tidak mengandungi sebarang tanda kromat jika berbanding dengan solfa minor dan solfa pentatonik minor. Tambahan pula, solfa major & minor lebih kerap digunakan dalam nyanyian, tetapi solfa pentatonik lebih kerap digunakan dalam permainan alat muzik.