audit negara... · web viewsaya dan warga jabatan audit negara menganggap dato’/tuan/puan...

8
UCAPAN KETUA AUDIT NEGARA DI PERJUMPAAN TAHUNAN BERSAMA FIRMA AUDIT SWASTA PADA 10 NOVEMBER 2006 BERTEMPAT DI HOTEL GRAND BLUEWAVE, SHAH ALAM, SELANGOR Bismillahirrahmanirrahim Saudara Pengacara Majlis, Y.Bhg Dato’ Azizah Bt Hj Arshad, Timbalan Ketua Audit Negara (Persekutuan), Tuan Haji Anwari Bin Suri, Timbalan Ketua Audit Negara (Negeri), Dato’-Dato’, Tuan-Tuan, Puan-Puan dan hadirin yang saya hormati. Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera Terlebih dahulu saya ingin melafazkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan izinNya Perjumpaan Tahunan Bersama Firma Audit Swasta (FAS) untuk kali ke-6 dapat diadakan di Shah Alam pada pagi ini. Sesungguhnya kehadiran dato-dato, tuan-tuan dan puan-puan terutama Senior Partners ke Perjumpaan ini begitu bermakna bagi membincang dan berkongsi pandangan untuk menambahbaik pengauditan yang dilaksanakan. Perjumpaan Ini merupakan yang pertama bagi saya sejak dilantik menjadi Ketua Audit Negara pada bulan Februari 2006. Saya berpendapat perjumpaan ini merupakan kesinambungan kepada perjumpaan yang lepas yang mana kita telah membincangkan pelbagai isu yang boleh meningkatkan kerjasama dan persefahaman antara FAS dan Jabatan seperti perlantikan FAS, yuran audit, pelaksanaan pengauditan, prestasi serta keupayaan FAS. Saya dan warga Jabatan Audit Negara menganggap Dato’/Tuan/Puan sekalian adalah rakan penting dalam menjalankan tugas pengauditan di sektor awam dan sebagai wakil saya mengikut Akta Audit 1957. Saya berpendapat sesuai dengan semangat Malaysia Inc. penglibatan FAS dalam bidang pengauditan sektor awam adalah penting dan releven. Pengalaman tuan-tuan menjalankan pengauditan di

Upload: donhan

Post on 18-Mar-2018

231 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Audit Negara... · Web viewSaya dan warga Jabatan Audit Negara menganggap Dato’/Tuan/Puan sekalian adalah rakan penting dalam menjalankan tugas pengauditan di sektor awam dan sebagai

UCAPAN KETUA AUDIT NEGARA

DI PERJUMPAAN TAHUNAN BERSAMA FIRMA AUDIT SWASTAPADA 10 NOVEMBER 2006 BERTEMPAT DI HOTEL GRAND BLUEWAVE, SHAH

ALAM, SELANGOR

Bismillahirrahmanirrahim

Saudara Pengacara Majlis, Y.Bhg Dato’ Azizah Bt Hj Arshad,

Timbalan Ketua Audit Negara (Persekutuan), Tuan Haji Anwari Bin Suri,

Timbalan Ketua Audit Negara (Negeri), Dato’-Dato’, Tuan-Tuan, Puan-Puan dan hadirin yang saya hormati.

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera

Terlebih dahulu saya ingin melafazkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan izinNya  Perjumpaan Tahunan Bersama Firma Audit Swasta (FAS) untuk kali ke-6 dapat diadakan di Shah Alam pada pagi ini.  Sesungguhnya kehadiran dato-dato, tuan-tuan dan puan-puan terutama Senior Partners ke Perjumpaan ini begitu bermakna bagi membincang dan berkongsi pandangan untuk menambahbaik  pengauditan yang dilaksanakan.

Perjumpaan Ini merupakan yang pertama bagi saya sejak dilantik menjadi Ketua Audit Negara pada bulan Februari 2006. Saya berpendapat perjumpaan ini merupakan kesinambungan kepada perjumpaan yang lepas yang mana kita telah membincangkan pelbagai isu yang boleh meningkatkan kerjasama dan persefahaman antara FAS dan Jabatan seperti perlantikan FAS, yuran audit, pelaksanaan pengauditan, prestasi serta keupayaan FAS.  Saya dan warga Jabatan Audit Negara menganggap Dato’/Tuan/Puan sekalian adalah rakan penting dalam menjalankan tugas pengauditan di sektor awam dan sebagai wakil saya mengikut Akta Audit 1957. 

Saya berpendapat sesuai dengan semangat Malaysia Inc. penglibatan FAS dalam bidang pengauditan sektor awam adalah penting dan releven.  Pengalaman tuan-tuan menjalankan pengauditan di syarikat swasta adalah aset tambah nilai semasa mengaudit sektor awam. FAS hendaklah memasarkan khidmat tambahan nilai yang boleh memantapkan pengurusan kewangan sesuatu agensi Kerajaan. 

Di samping itu, pengalaman dan kepakaran tuan-tuan dan puan-puan ini boleh disebarkan melalui pelbagai bentuk latihan. Pihak Audit memang mengalu-alukan program kerjasama dengan FAS dalam bidang latihan dan pembangunan juruaudit.  Aspek knowledge sharing ini memberi manafaat kepada Jabatan dan FAS. Sebaliknya, pihak Jabatan  pula boleh memberi latihan mengenai dasar dan perakaunan Kerajaan kepada FAS.  Dalam lain perkataan ini merupakan win-win situation  bagi kedua-dua pihak.

Dato’-Dato’, Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Hadirin Sekalian,

Page 2: Audit Negara... · Web viewSaya dan warga Jabatan Audit Negara menganggap Dato’/Tuan/Puan sekalian adalah rakan penting dalam menjalankan tugas pengauditan di sektor awam dan sebagai

Kerajaan telah melancarkan Aplikasi Kerajaan Elektronik dalam usahanya untuk meningkatkan produktiviti Perkhidmatan Awam.Selaras dengan itu, beberapa sistem dibangunkan untuk meningkatkan prestasi pengurusan kewangan Kerajaan seperti Sistem Perakaunan Berkomputer Yang Standard di Badan–Badan Berkanun Persekutuan (SAGA) dan Sistem Perancangan dan Kawalan Belanjawan Elektronik (eSPKB) di mana semua dokumen kewangan disediakan secara elektronik.  Terkini, Sistem Perakaunan Standard Kerajaan (SPEKS) diperkenalkan sebagai satu sistem perakaunan yang digunapakai oleh semua kerajaan Negeri kecuali Sabah dan Sarawak bagi menyedia penyata kewangan yang berkualiti dan tepat pada masanya.

Perkembangan ini mempengaruhi teknik dan metodologi juruaudit dalam melaksanakan pengauditan dan penilaian sistem. Juruaudit perlu menggunakan kemudahan Computer Assisted Audit Techniques and Tools (CAATTs) dalam melaksanakan pengauditan.  Pengauditan ICT merangkumi auditing around the computer, auditing through the computer and auditing with the computer.  Memang saya tahu ada sesetengah FAS telah berjaya menggunakan kemudahan ICT sebagai platform penyediaan kertas kerja pengauditan. Adalah diharapkan penggunaan komputer dipertingkatkan oleh FAS yang lain dalam menjalankan pengauditan. 

Bidang perakaunan juga telah berkembang seiring dengan perkembangan ICT.  Seperti yang Dato,/Tuan/Puan sedia maklum, sejajar dengan perkembangan penggunaan Standard Pelaporan Kewangan Antarabangsa (IFRS), Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) telah menamakan semula Standard MASB kepada FRS (Financial Reporting Standard) dan pelaksanaan pemakaiannya adalah pada 1 Januari 2006. Dengan menerima pakai FRS, banyak perubahan dan penyesuaian perlu dibuat kepada penyata kewangan. Antaranya, persembahan penyata kewangan dan pendedahan yang signifikan mengenai polisi perakaunan, andaian yang digunakan dan polisi pengurusan risiko yang jelas serta telus hendaklah dibuat dalam nota kepada penyata kewangan. Konsep perakaunan berasaskan nilai saksama (fair value) kini digunakan untuk memberi gambaran mengenai nilai sebenar agensi.

Perubahan ini memberi cabaran kepada kita semua kerana ia akan melibatkan perubahan peraturan dan polisi  agensi  yang diaudit. Sehubungan itu, kursus-kursus berkaitan dengan FRS hendaklah dipertingkatkan. Juruaudit perlu memantapkan diri mengenai FRS supaya pengauditan dilaksanakan secara profesional.

Dato’-dato’,Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

Persekitaran yang berubah-ubah kesan daripada globalisasi, perkembangan dalam bidang ICT dan persekitaran auditi yang bertambah kompleks dan canggih serta ekspektasi orang awam yang kian meningkat terhadap aspek akauntabiliti dan urus tadbir yang baik menghendaki juruaudit mengamalkan konsep reengineering yang berterusan terhadap tugas pengauditan. Creative thinking dan thinking out-of-the box perlu menjadi standard tools dan amalan harian juruaudit. Never settle for less than your best harus menjadi prinsip kita jika ingin menghasilkan output pengauditan yang berkualiti tinggi. Imej juruaudit hanya boleh dipertingkatkan dengan mempunyai kompetensi dan kemahiran dalam pelbagai bidang. Ini adalah untuk memastikan juruaudit sentiasa releven di dalam apa jua persekitaran. Dengan ini kita dapat menyumbang kepada sistem penyampaian Kerajaan yang lebih efektif. 

Page 3: Audit Negara... · Web viewSaya dan warga Jabatan Audit Negara menganggap Dato’/Tuan/Puan sekalian adalah rakan penting dalam menjalankan tugas pengauditan di sektor awam dan sebagai

Dato-Dato,Tuan-Tuan dan Puan-Puan hadirin sekalian,

Sepertimana yang telah diputuskan pada mesyuarat perjumpaan kali ke-5 tahun 2005, pemantauan prestasi kerja FAS akan dipantau dan dikawal selia oleh Jabatan Audit Negara. Tanggungjawab ini telah diberikan kepada Bahagian Penyelidikan. Dua pasukan pemantau yang melibatkan empat pegawai telah mengadakan lawatan di 17 pejabat agensi di mana 15 FAS melaksanakan kerja pengauditan.  Antara perkara yang diperhatikan ialah kurang kompetensi personel FAS yang melaksanakan pengauditan pada awal tahun 2006, Computer/audit tools tidak digunakan dalam pengauditan, kertas kerja audit tidak dikemaskini, kurang penyeliaan daripada rakan kongsi dan kurang komunikasi antara agensi dengan FAS.  Laporan lanjut akan dibentangkan sebentar lagi.

Dalam kesempatan ini, saya ingin mengambil peluang untuk mengingatkan bahawa pihak FAS hendaklah sentiasa mematuhi segala terma dalam perjanjian yang ditandatangani antara pihak FAS dan Jabatan Audit. Antaranya adalah seperti mengenai Penyediaan Memorandum Rancangan Audit.

Memorandum Rancangan Audit (MRA) mestilah disediakan bagi semua pengauditan yang akan dijalankan dan perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Audit. Ini adalah bagi memastikan semua perkara termasuk perkara yang patut dibuat susulan diambil kira dalam pelaksanaan pengauditan agar kualiti pengauditan tidak terjejas. MRA mesti disediakan dan diluluskan sebelum sesuatu pengauditan dimulakan.

Kompetensi personel juruaudit perlulah sentiasa dipertingkatkan.  Sebagai juruaudit yang mengaudit syarikat dan agensi kerajaan, adalah perlu bagi juruaudit memahami peranan, undang-undang dan peraturan, serta latar belakang agensi yang diaudit di samping memahami dasar dan program kerajaan serta persekitaran dan isu-isu semasa dalam sektor awam. Ini adalah untuk memastikan perkhidmatan pengauditan yang diberi adalah cekap dan berkesan.  Dengan itu, FAS hendaklah memberi perhatian agar menghantar pegawai yang berkelayakan dan berpengalaman untuk melaksanakan pengauditan selain daripada penyeliaan pihak atasan secara berterusan. 

Kertas kerja audit merupakan bukti kerja audit yang telah dijalankan.  Oleh itu, saya tidak akan bertolak ansur mengenai standard dan kualiti kertas kerja audit.  Begitu juga dengan keselamatan dokumen agensi yang diaudit.  FAS perlu memastikan dokumen terperingkat agensi sama ada dokumen manual mahupun elektronik dijaga dengan selamat. 

Keduanya Kerja Pengauditan mestilah disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.  Pada tahun 2006, Jabatan Audit Negara telah berjaya mengemukakan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2005  kepada Seri Yang DiPertuan Agong pada 30 Jun 2006 bagi penyata kewangan tahun 2005 untuk Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun Persekutuan.  Laporan ini telah pun dibentangkan di Parlimen pada 1 September 2006.  Ini adalah suatu kejayaan yang mencerminkan kesungguhan kita semua.  Dengan pembentangan ini, secara keseluruhannya pengesahan dapat dibuat bahawa jentera Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan, Negeri dan Badan Berkanun telah berjaya menjalankan tugasnya.   Adalah menjadi hasrat saya agar kejayaan ini dapat dikekalkan pada tahun hadapan.

Page 4: Audit Negara... · Web viewSaya dan warga Jabatan Audit Negara menganggap Dato’/Tuan/Puan sekalian adalah rakan penting dalam menjalankan tugas pengauditan di sektor awam dan sebagai

Bagaimana pun dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi Agensi atau Badan Berkanun, kedudukan penyerahan dan pengauditan yang dilaporkan adalah bagi tahun 2004. Jabatan Audit Negara memohon kerjasama Dato-dato’, tuan-tuan dan puan-puan agar menyiapkan pengauditan dengan lebih awal. Ini adalah untuk membolehkan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2006 melaporkan kedudukan penyerahan dan pengauditan yang terkini supaya ia masih terus relevan

Perkara ini penting bagi mencapai Piagam Pelanggan Jabatan iaitu mengeluarkan sijil Audit dalam tempoh 4 bulan selepas penyata kewangan tahunan diterima daripada Agensi. Tambahan pula Jabatan Audit Negara telah pun mendapat pengiktirafan pensijilan ISO di bawah MS ISO 9001:2000. Sekiranya berlaku kelewatan, tentulah ianya akan menjejaskan imej Jabatan.

Semua tugas pengauditan yang dijalankan hendaklah sentiasa mencapai tahap yang terbaik dengan mematuhi Standard Pengauditan.  Pihak Jabatan Audit Negara akan sentiasa memberi bantuan serta memantau pihak FAS bagi memastikan pihak FAS dapat menjalankan tugas dengan sempurna serta pengauditan yang dijalankan adalah berkualiti.  Hanya kerja yang berkualiti sahaja  dapat menjamin  integriti sesuatu pemerhatian audit. 

Dato’/dato’, Tuan/tuan, Puan-puan  Hadirin Sekalian,

Ketiganya adalah mengenai Bayaran Audit.  Bayaran yuran pengauditan dan out-of pockets sering dibangkitkan oleh FAS.  Saya ingin menjelaskan bahawa kos sesuatu pengauditan berdasarkan kepada saiz akaun dan personel yang terlibat di mana kadar personel adalah mengikut pengalaman dan kelayakan mereka.  Yuran yang dikenakan berdasarkan jumlah sebenar jam bekerja dan kadar kategori juruaudit yang menjalankan pengauditan tersebut. Kos penginapan dan elaun makan pegawai juga telah dimasukkan dalam bayaran audit.  Bayaran perbelanjaan out-of-pocket yang meliputi  bayaran percetakan, peralatan alat tulis, panggilan telefo/faks dan elaun perbatuan berdasarkan jarak. Namun begitu, sekiranya wujud atau berlaku tambahan skop kerja pengauditan, Jabatan saya sedia untuk menimbangkan permohonan bayaran audit atau out-of-pockets.

Keempatnya dalah mengenai Kerahsiaan/secrecy.  Juruaudit perlu mematuhi Akta Rahsia Rasmi Kerajaan 1972. Tugas kita adalah untuk menjamin akauntabiliti awam dilaksanakan dalam ruang  peraturan dan undang-undang yang ditetapkan. Ini tidaklah  bermakna kita tidak boleh mendedahkan penyelewengan dan salah laku dalam pengurusan Agensi. Bagaimanapun ianya mestilah dibuat mengikut saluran yang betul.  Sehubungan itu, pihak FAS perlu berbincang dengan pegawai saya atau saya sendiri terlebih dahulu sekiranya ada sesuatu perkara dalam menjalankan pengauditan yang dianggap sensitif atau yang boleh mengundang kontroversi atau pun ketidakpastian.

Dato-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

Jabatan Audit Negara sentiasa peka dan responsif terhadap perubahan dalam persekitaran dalaman dan global bagi menetapkan rentak dan merintis arah serta strategi baru Jabatan. Oleh itu, Jabatan sentiasa mengambil langkah proaktif untuk memantapkan institusi Jabatan dan kakitangannya.

Page 5: Audit Negara... · Web viewSaya dan warga Jabatan Audit Negara menganggap Dato’/Tuan/Puan sekalian adalah rakan penting dalam menjalankan tugas pengauditan di sektor awam dan sebagai

Seperti yang tuan/puan mungkin sedia maklum, Jabatan Audit Negara telah pun mempunyai sebuah pusat latihan sendiri iaitu Akademi Audit Negara di Labu, Negeri Sembilan. Pelbagai kursus berhubung pengurusan, pengauditan, perakaunan dan ICT sedang giat dijalankan. Akademi ini lengkap dengan auditorium, bilik kuliah, makmal komputer, makmal bahasa, asrama, dewan makan dan pelbagai kemudahan. Pada satu-satu ketika, asrama di Akademi boleh menampung seramai 100 peserta.

Dengan adanya kemudahan sedemikian, Jabatan Audit sedang mengorak langkah untuk menjadikan Akademi sebagai sebuah centre of excellence. Sebagai permulaan, Jabatan ini telah mengemukakan permohonan kepada pihak Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri untuk Akademi ini menjadi course provider di bawah program Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP).  InsyaAllah mudah-mudahan permohonan kami diluluskan oleh kerajaan dalam masa yang terdekat.  Apabila diluluskan kelak, kita akan menganjurkan kursus Pengauditan Prestasi dan Pengauditan ICT di mana peserta-pesertanya terdiri dari luar dan juga dalam negara.

Sehubungan perkara ini, sukacita juga saya memaklumkan, di arena antarabangsa misalnya, baru-baru ini dalam Kongres Pertubuhan Institusi Audit Asia atau ASOSAI, Jabatan Audit Negara telah dipilih sebagai ahli Lembaga Pentadbir (Governing Board) ASOSAI. Asian Organisation of Supreme Audit Institutions (ASOSAI) dianggotai oleh 43 buah negara di Asia. Semasa Kongres tersebut juga, beberapa Ketua Audit Negara telah berjumpa saya memohon bantuan untuk memberi latihan kepada pegawai mereka. Pemilihan ini secara langsung memberi pengiktirafan kepada Malaysia sebagai sebuah negara maju dalam bidang pengauditan sektor awam. 

Selain itu, Jabatan ini juga merasa bangga kerana pihak Institut Akauntan Malaysia (MIA) telah mempelawa Jabatan Audit Negara untuk mengadakan Perjanjian Persefahaman dalam bidang latihan di mana pihak MIA bercadang untuk memberikan mata kredit Continuing Professional Education (CPE) kepada ahli MIA yang mengikuti kursus atau seminar anjuran Jabatan Audit Negara. Ini merupakan satu pengiktirafan kepada Jabatan.  Perkara ini akan memberi faedah kepada pegawai Jabatan  terutama dalam bidang Pembangunan Profesional Berterusan dan kebaikan kepada Jabatan, amnya.

Begitulah tadi serba sedikit up-dates dan juga harapan saya  untuk dikongsi dan direnong bersama. Semoga perjumpaan kita pada pagi ini memberi manfaat kepada kita semua.

Akhirnya saya lagi sekali  mengucapkan terima kasih kepada Dato-Dato,Tuan-Tuan dan Puan-Puan hadirin sekalian kerana telah sudi melapangkan masa untuk hadir di Perjumpaan hari ini.  Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin dan Happy DeepavaliSekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum W.B.T

 

 

Page 6: Audit Negara... · Web viewSaya dan warga Jabatan Audit Negara menganggap Dato’/Tuan/Puan sekalian adalah rakan penting dalam menjalankan tugas pengauditan di sektor awam dan sebagai