aturan urusan mesyuarat · tengahmalam di jalan tuanku abdul rahman, kuala lumpur. apakah langkah...

17
MALAYSIA DEWAN RAKYAT Bi1. 25 ATURAN URUSAN MESYUARAT HARI KHAMIS, 29HB. JULAI. 1993. PUKUL 2.30 PETANG PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB MULUT *1. Che' Ibrahim bin Mustafa minta Menteri Penerangan menyatakan:- (a) apakah dasar-dasar RTM tentang adegan-adegan porno yang sering tersiar dalam televisyen; (b) mengapakah adegan-adegan sebegini boleh terlepas dari tapisan Lembaga Penapis Filem; dan (c) apakah kriteria pemilihan anggota-anggota LPF dan adakah Kerajaan berhasrat untuk membuat rombakan anggota-anggota Lembaga Penapis Filem ini. *2. Tuan Robert Lau Hoi Chew minta Menteri Pendidikan menyatakan samada dia sedar bahawa hanya terdapat 3 orang pensyarah bagi 3 buah kelas latihan guru SRB Cina di Maktab Latihan Perguruan Tanjung Lobang di Miri. Menurut tindak balas yang saya terima, pengetua bagi Maktab tersebut mungkin terpaksa membatal 2 kelas kerana kekurangan pensyarah. Jika ini berlaku, masalah kekurangan guru SRB Cina di Sarawak akan bertambah serius. *3. Tuan Haii Ibrahim bin Mahmood minta Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan:- (a) mengapakah Kerajaan tidak mengambil tindakan tegas lagi berkesan bagi membenteras kegiatan pelacuran yang berleluasa di bandaraya Kuala Lumpur; (b) jika tindakan telah diambil, mengapa kegiatan peiacuran masih dijalankan secara terbuka di kawasan Chow Kit, Brickfields, Bukit Bintang dan lain-lain lagi; dan (c) sejauh manakah tindakan tegas telah diambil terhadap golongan lelaki menyamar perempuan yang melacur secara terbuka pada waktu lepas tengahmalam di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Apakah langkah yang telah, sedang dan akan diambil terhadap mereka.

Upload: others

Post on 02-Sep-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ATURAN URUSAN MESYUARAT · tengahmalam di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Apakah langkah yang telah, sedang dan akan diambil terhadap mereka. 2 *4. Than Tan Kok Wal minta

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

Bi1. 25

ATURAN URUSAN MESYUARAT

HARI KHAMIS, 29HB. JULAI. 1993. PUKUL 2.30 PETANG

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB MULUT

*1. Che' Ibrahim bin Mustafa minta Menteri Peneranganmenyatakan:-

(a) apakah dasar-dasar RTM tentang adegan-adeganporno yang sering tersiar dalam televisyen;

(b) mengapakah adegan-adegan sebegini boleh terlepasdari tapisan Lembaga Penapis Filem; dan

(c) apakah kriteria pemilihan anggota-anggota LPFdan adakah Kerajaan berhasrat untuk membuatrombakan anggota-anggota Lembaga Penapis Filemini.

*2. Tuan Robert Lau Hoi Chew minta Menteri Pendidikanmenyatakan samada dia sedar bahawa hanya terdapat 3 orang pensyarahbagi 3 buah kelas latihan guru SRB Cina di Maktab Latihan PerguruanTanjung Lobang di Miri. Menurut tindak balas yang saya terima,pengetua bagi Maktab tersebut mungkin terpaksa membatal 2 kelaskerana kekurangan pensyarah. Jika ini berlaku, masalah kekurangan guruSRB Cina di Sarawak akan bertambah serius.

*3. Tuan Haii Ibrahim bin Mahmood minta Menteri PerpaduanNegara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan:-

(a) mengapakah Kerajaan tidak mengambil tindakantegas lagi berkesan bagi membenteras kegiatanpelacuran yang berleluasa di bandaraya KualaLumpur;

(b) jika tindakan telah diambil, mengapa kegiatanpeiacuran masih dijalankan secara terbuka dikawasan Chow Kit, Brickfields, Bukit Bintang danlain-lain lagi; dan

(c) sejauh manakah tindakan tegas telah diambilterhadap golongan lelaki menyamar perempuanyang melacur secara terbuka pada waktu lepastengahmalam di Jalan Tuanku Abdul Rahman,Kuala Lumpur. Apakah langkah yang telah,sedang dan akan diambil terhadap mereka.

Page 2: ATURAN URUSAN MESYUARAT · tengahmalam di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Apakah langkah yang telah, sedang dan akan diambil terhadap mereka. 2 *4. Than Tan Kok Wal minta

2

*4. Than Tan Kok Wal minta Perdana Menteri menyatakan:-

(a) kemajuan yang dicapai setakat ini dalamrancangan 4 perkara yang berikut dalammenyelesaikan masalah kesesakan lalulintas dalamKuala Lumpur yang mana beliau sendiri umumkanpada Januari tahun ini;

i) sistem landasan berkembar keretapi;ii) transit laju ringan;iii) monorel;iv) penggabungan semua syarikat bas;

(b) sama ada racangan kongsi kenderaan ( car pool)akan dilaksanakan dalam Kuala Lumpur danbagaimanakah rancangan ini dijalankan;

(c) sebab-sebab mengapa keretapi bawah tanah tidak.sesuai bagi Kuala Lumpur dan anggaran kos danhalangan teknikal yang dihadapi jika keretapibawah tanah diperkenalkan di Kuala Lumpur; dan

(d) apakah kesan ke atas lalulintas Kuala Lumpurdengan siapnya beberapa projek raksasa sepertiKuala Lumpur City Centre, Plaza Rakyat, MenaraBudaya, Dataran Merdeka dan Menara KualaLumpur.

*5. Tuan Maidom P.Pansai mints Menteri Dalam Negeri menyata-kan sama ada permohonan masyarakat Kg. Kuala Abai Sebarang dan dipersekitarannya untuk pengujudan Pangkalan Polls Marin yang tetapdapat diluluskan demi untuk bukan raja menjaminkan keselamatan bahkanmemberi keyakinan diri kepada masyarakat berkenaan yang hidup dalamketakutan akibat kejadian serangan lanun yang kerap kali melakukanrompakan dan pembunuhan di Kampung tersebut. Kalau tidak, mengapa.

*6. Tuan Haii Hamzah b . Hail Mohd. Zain minta MenteriPerusahaan Awam menyatakan:-

(a) berapa banyak permit Bas Perjalanan Terus(Ekspres) telah dikeluarkan kepada berapa banyaksyarikat dan untuk berapa banyak laluan sehinggatahun 1993; dan

(b) sama ada pihaknya sedar bahawa sebahagianbesar permit tersebut telah dikumpulkan olehbeberapa pengusaha tertentu di bawah kendaliansyarikat pengurusan perkhidmatan ekspres tertentu.Adakah Kerajaan bersedia untuk menubuhkanataupun menggalakkan penubuhan syarikat-syarikatinduk pengurusan ekspres bagi mengendalikanpermit -permit tersebut supaya mempastikanmat1amat asal permit dikeluarkan tercapai.

Page 3: ATURAN URUSAN MESYUARAT · tengahmalam di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Apakah langkah yang telah, sedang dan akan diambil terhadap mereka. 2 *4. Than Tan Kok Wal minta

3

*7. Puan Halah Rakibah binti Hall Abdul Manao minta MenteriPengangkutan menyatakan adakah apa-apa cara lain yang berkesan untukmenghindar pesalah-pesalah lalulintas mengulangi kesalahan mereka selaindaripada menambah lagi jumlah denda kerana terdapat pada masa iniorang-orang berduit seperti peniaga, usahawan dan taukeh yang kerapkali, melakukan kesalahan lalulintas seperti meletak kereta di tempatyang dilarang meletak kereta, walaupun mereka kena denda keranakesalahan tetapi mampu membayar denda kerana pada mereka urusanmereka adalah lebih penting daripada mematuhi undang-undang lalulintas.

*8. Tuan Joseph Voon Shin Choi minta Menteri Pertahananmenyatakan kenapakah pengkalan-pengkalan tentera di Sabah kesemuanyaterletak di Pantai Barat Sabah dan bukan di Pantai Timur, Lahad Datudan Sandakan. Apakah Kerajaan tidak prihatin tentang ancamanpenceroboh Negara yang datangnya dari arah Selatan dan dari arahUtara dan arah Timur Sabah. Apakah langkah-langkah yang telahdiambil oleh Kerajaan untuk menggalakkan rakyat dari Sabah untukmenganggotai angkatan tentera.

*9. Tuan Ahmad Nor minta Menteri Perdagangan Antarabangsa danIndustri menyatakan sejauh manakah Malaysia dapat mempertahankahkemudahan Sistem Keutamaan Am (GSP) yang diberi oleh AmerikaSyarikat, dan apakah syarat-syarat yang ditetapkan dalam GSP yangboleh mengancam perdagangan Malaysia dan adakah tanpa GSP (AmerikaSyarikat) Malaysia tiada alternatif yang lain.

*10. Dato' Hail Abdul Manan Othman minta Menteri Kewanganmenyatakan apakah benar setelah kontrak ke hadapan (forward contract)urusniaga matawang asing yang dikendalikan oleh Bank Negara matang,jumlah kerugian Bank Negara meningkat kepada RM15 bilion. Sekiranyatidak benar, berapakah kerugian sebenar yang ditanggug oleh BankNegara, akibat permainan spekulasi matawang asing.

*11. Tuan Shahidan Kassim minta Perdana Menteri menyatakanjumlah pendapatan-pendapatan maksima sesebuah keluarga sebelumdikategorikan keluarga miskin. Berapakah peratusan keluarga yangtinggal di bawah kategori in!. Apakah langkah-langkah Kerajaan untukmengurangkan bilangan ini.

*12. Hail Abdul Hadi bin Hall Awane minta Menteri Kewanganmenyatakan:-

(a) adakah Kerajaan Persekutuan bersedia menimbangkembali kenaikan royalti hasil petroleum bagiNegeri Terengganu memandangkan ianya masihketinggalan dari segi pembangunan dan di antaranegeri yang mempunyai kadar tertinggi jumlahrakyat termiskin; dan

(b) berapakah jumlah royalti tersebut yang telahdibayar kepada Kerajaan Negeri Terengganusehingga tahun 1992 mengikut pecahan tahun.

Page 4: ATURAN URUSAN MESYUARAT · tengahmalam di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Apakah langkah yang telah, sedang dan akan diambil terhadap mereka. 2 *4. Than Tan Kok Wal minta

4

*13. Tuan Liew Ah Kim minta Menteri Pembangunan Luar Bandarmenyatakan sama ada langkah menjadikan skim Felda kepada tanah lotindustri adakah bagi mengatasi kegagalan skim Felda yang asal.Nyatakan juga:

(a) sama ada hakmilik yang' dijanjikan kepadapeneroka dimansuhkan; dan

(b) peneroka-peneroka mendapat saham majoriti dalamperindustrian apabila skim Felda ditukar menjaditanah lot industri.

*14. Dato' Dr Jamaludin bin Dato' Mohd . Iariis minta MenteriPerdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan:-

(a) apakah kesan dari penarikan balik insentif untukindustri telekomunikasi terhadap keupayaanbersaing syarikat tempatan berbanding dengansyarikat luar negara;

(b) apakah Kementerian berpendapat syarikat Malaysiayang terlibat dalam industri ini telah terlalu kukuhdari segi keupayaan R&D mereka sehinggakantidak perlu pertolongan dalam bentuk insentif;dan

(c) jika syarikat-syarikat berkenaan dirasakan masihperlukan insentif untuk kegiatan R&D apakahlangkah Kementerian untuk mengatasi masalah ini.

*15. Puan Lim Lay Hoon minta Menteri Pendidikan menyatakanlangkah-langkah yang akan diambil untuk meningkatkan prestasi pelajar-pelajar T.4 dan T. 5 pada tahun 1994 memandangkan sistem PeperiksaanPenilaian Menengah Rendah (PMR) yang membenarkan pelajar-pelajarlemah naik ke T.4 secara automatik akan menggantikan Peperiksaan SijilPelajaran (SRP) pads tahan 1993 in!.

*16. Tuan Nurnikman Abdullah minta Menteri Dalam Negerimenyatakan sehingga kini berapa ramaikah pendatang tanpa izin yangtelah dihantar pulang ke negara asal mereka. Apakah masalah yangdihadapi oleh Jawatankuasa Petugas dalam melaksanakan tindakan keatas pendatang tanpa izin ini.

*17. Tuan Wonx Wing On- minta Menteri Perdagangan Dalam Negeridan Hal Ehwal Pengguna menyatakan jumlah nilai barang dagangan yangdirampas dan nilai denda yang dikenakan akibat daripada peniaga-peniagatidak mempamirkan lebel harga atau tidak mempamirkannya dengan carayang ditetapkan oleh pihak berkuasa, dalam tempoh Jan 1993 hinggaJulai 1993.

*18. Tuan Abdul Hamid bin Hail Abdul Rahman minta MenteriKebudayaan, Kesenian dan Perlancongan menyatakan adakah pihakKementerian menganggap kebanjiran penyanyi dan pelakon asing tanpasekatan merupakan satu perkembangan yang sihat. Jika ya, apakah nilaipositifnya dan jika tidak apakah tindakan Kerajaan bagi membendungmasalah ini kerana is mungkin menggugat artis-artis tempatan.

Page 5: ATURAN URUSAN MESYUARAT · tengahmalam di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Apakah langkah yang telah, sedang dan akan diambil terhadap mereka. 2 *4. Than Tan Kok Wal minta

*19. . Tuan Foo Flew kok minta Menteri Pengangkutan menyatakanbilangan lesen - lesen memandu tanpa menjalani ujian memandu yangberjaya dikesan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan. Adakah para pegawaiJabatan Pengangkutan Jalan terlibat dalam sindiket ini dan jika ya,apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan untuk memastikanperkara sebegini tidak berulang lagi.

*20. Tuan Wong Sing Nang minta Menteri Pengangkutan menyatakanjumlah kematian akibat kemalangan jalan raya bagi tahun 1990, 1991dan 1992 dan apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan itu.

*21. Tuan Chian Heng Kai minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) nama negeri yang menggunakan peruntukan jalandi aspels lain pada tahun 1982 hingga 1992memandangkan dalam jawapan bertulis kepada AhliParlimen Bukit Mertajam pada masa yang lepas,nama negeri yang berkenaan langsung tidak diberi-tahu;

(b) adakah maklumat tersebut dianggap sebagai rahsiadan tidak boleh diumumkan. Jika tidak, mengapabeliau berbuat demikian dalam Mesyuarat DewanRakyat yang lepas; dan

(c) berapa banyakkah peruntukan jalan digunakan diaspek lain pada 1982 hingga 1992 mengikutpecahan negeri.

*22. Tuan Mohamed Khaled bin Nordin minta Menteri Tenaga,Telekom dan Pos menyatakan:

(a) berapa peratuskah penggunaan gas, minyak danhidro elektrik sebagai sumber tenaga negara; dan

(b) sejauhmanakah Kerajaan sedang menimbang untukmenggunakan tenaga nuklear sebagai sumbertenaga negara.

*23. Tuan Lau Dak Kee minta Menteri Penerangan menyatakanapakah perkembangan , perbincangan mengenai usahasama untuk terbitanfilets, penukaran program penyiaran TV dan Radio dan pelbagai aktivitipenerangan antara Malaysia dengan Republik China.

*24. Dato' Hi. Mohd Abu Bakar bin Rautin Ibrahim minta MenteriPengangkutan menyatakan:-

(a) sehingga pertengahan tahun 1993 berapa banyakkemalangan jalan raya yang berlaku dan berapajiwa yang terkorban. Adakah jumlah inibertambah jika dibandingkan dalam masa yangsama pada tahun sudah; dan

(b) apakah langkah Kerajaan untuk membendungberlakunya kemalangan di jalan raya.

Page 6: ATURAN URUSAN MESYUARAT · tengahmalam di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Apakah langkah yang telah, sedang dan akan diambil terhadap mereka. 2 *4. Than Tan Kok Wal minta

6

*25. Tuan Wong Sing Nang minta Menteri Pengangkutan menyatakankeuntungan dan kerugian oleh MAS pada tahun 1991 dan 1992 denganangka-angka bagi penerbangan tempatan (domestik) serta penerbanganantarabangsa dan apakah langkah-langkah yang diambil untukmeningkatkan mutu Perkhidmatan MAS.

*26. Tuan Ahmad Nor minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) jumlah kutipan Cukai Cess ke atas getah yangdiekspot setiap tahun sejak 1985 hingga 1992;

(b) apakah langkah yang akan diambil untuk membantumenambah pembiayaan ke atas kerja -kerja penye-lidikan getah dan tanam semula pokok getah,terutamanya bantuan untuk peneroka dan pekebunkecil; dan

(c) adakah Kerajaan bercadang untuk mengkaji semulakutipan cukai cess dan kalau ada bagaimana.

*27. Tuan Wee Choo Keong minta Perdana Menteri menyatakansama ada DBKL mempunyai rancangan besar ("Master Plan") untukWilayah Persekutuan terutamanya Kuala Lumpur untuk perkembangannyapada masa yang akan datang . Jika ya , sila berikan butir-butir penuh.Jika tidak, sila berikan sebab-sebab kenapa tidak.

*28. Tuan Joseph Voon Shin Choi minta Menteri Kesihatanmenyatakan sama ada Kerajaan sedar tentang kemungkinan kadarkematian di Queen Elizabeth Kota Kinabalu kerana rawatan-rawatanadalah dilakukan oleh para Pegawai perubatan yang kurang kemahiranatau kepakaran. Apakah tindakan-tindakan Kerajaan untuk mempastikanPegawai-pegawai Perubatan ini terutama sekali Pakar Perubatanmempunyai kepakaran dan pengalaman yang diperlukan untuk memegangjawatan berkenaan terutama sekali di hospital Queen Elizabeth, KotaKinabalu.

*29. Tuan Hail Wan Mohd ]anvil bin Wan' Mahmood minta MenteriPengangkutan menyatakan:-

(a) adakah Kerajaan bercadang untuk memperketatkanundang-undang. untuk menghukum pemandu-pemanduyang mabuk dengan hukuman yang lebih keras; dan

(b) berapakah kes kemalangan akibat pemandu mabukdalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, danapakah bentuk hukuman terhadap mereka.

*30. Tuan G. Palanivel minta Menteri Kesihatan menyatakan apakahrancangan-rancangan Kementeriannya untuk memperkemaskan kemudahanyang didapati di Hospital Daerah, Kuala Kubu Bharu di bawahRancangan Malaysia Ke 6.

*31. Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad minta Menteri Sains, Teknologidan Alam Sekitar menyatakan adakah tahap pencemaran sungai di negaraini terjamin kerana kebanyakan kes taun yang melanda negara berpuncadari pencemaran sungai.

Page 7: ATURAN URUSAN MESYUARAT · tengahmalam di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Apakah langkah yang telah, sedang dan akan diambil terhadap mereka. 2 *4. Than Tan Kok Wal minta

7

*32. Than Chor Chee Heung minta Menteri Perdagangan Antara-bangsa dan Industri menyatakan:

(a) berapa lokasi telah dikenalpasti untukmewujudkan "HI-TECH PARK" dalam SemenanjungMalaysia;

(b) apakah perkembangan yang terbaru mengenai "HI-TECH PARK" di Kulim, Negeri Kedah Darulamandari segi Infrastruktur dan lain-lain kemudahanmemandangkan tapak bagi maksud tersebut telahpun lama diumumkan; dan

(c) adakah rancangan Kementerian supaya di"HI-TECH PARK" semua Industri-industri Kecil &Sederhana (IKS) dapat ditumpukan serentak denganindustri besar yang canggih supaya mewujudkan"Inter-linkages" di antara 'Multinational Industries'dan IKS yang masih kurang pada waktu ini.

*33. Than Haii Harnzah b. Haji Mohd Zain minta Menteri Perdagan-gan Antarabangsa dan Industri menyatakan pencapaian usaha bagi melak-sanakan Perjanjian Perdagangan Bebas Asean (AFTA). Adakah benarMalaysia secara unilateral akan memulakan pengurangan tariff mulaitahun 1995 padahal negara Asean lain akan memulakan lima tahunkemudian. Jika benar, apakah langkah-langkah bagi menjamin pengusahaMalaysia khususnya, dan ekonomi negara amnya, tidak terjejas..

*34. Tuan Karpal Singh minta Menteri Sains, Teknologi dan AlamSekitar menyatakan keputusan Kerajaan berkenaan dengan pemprosesanbahan buangan industri dan kemudahan pembuangan di negara ini.

*35. Tuan Liew Ah Kim minta Menteri Perumahan dan KerajaanTempatan menyatakan sama ada pembinaan bangunan-bangunan tinggi diKuala Lumpur dan lain-lain bandar besar mempunyai ciri-cirikeselamatan terutama daripada ancaman bencana kebakaran. Silanyatakan:

(a) sama ada perkhidmatan bomba akan dilengkapkandengan 'snorkel', yang lebih canggih bagimenghadapi bencana kebakaran kepada bangunan-bangunan tinggi; dan

(b) sama ada ciri-ciri keselamatan di bangunan-bangunan tinggi sekarang sudah mencukupi.

*36. Tuan Hall Nik Abdullah bin Nik Arshad minta MenteriKesihatan menyatakan sehingga sekarang:

(a) jumlah kes AIDS;

(b) jumlah kematian akibatnya;

(c) perbandingan jumlah kes dan kematian sejaksepuluh tahun kebelakangan ini; dan

Page 8: ATURAN URUSAN MESYUARAT · tengahmalam di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Apakah langkah yang telah, sedang dan akan diambil terhadap mereka. 2 *4. Than Tan Kok Wal minta

8

(d) langkah-langkah terbaru untuk mengawal danmencegahnya dart merebak.

*37. Tuan Haii Mahbud bin Haii Hashim minta MenteriPengangkutan menyatakan apakah pihak Kementerian bercadang untukmelancarkan kempen "don't drink dan drive" untuk mengurangkan kadarkemalangan yang membabitkan minuman keras di Malaysia.

*38. Tuan Hall Bunyamin Yaakob minta Menteri Pendidikanmenyatakan kenapakah pada tahun 1993 ini Kerajaan Pusat telahmemberhentikan bantuan kewangan berbentuk perkapita kepada Sekolah-sekolah Arab di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK).

*39. Tuan Karpal Singh minta Menteri Dalam Negeri menyatakanjumlah bilangan orang tahanan dalam negara di bawah Akta KeselamatanDalam Negeri, Ordinan Darurat 1969 (Public Order and Prevention ofCrime) Ordinance 1969 dan Akta Dadah Berbahaya 1985 (Langkah-langkah Pencegahan Khas) sehingga 30.6.1993.

*40. Tuan Haii Nik Abdullah bin Nik Arshad minta MenteriPerpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyatakankeberkesanan dan sambutan terhadap:-

(a) talian teledera;

(b) Majlis Perlindungan Kanak-Kanak;

(c) kempen elak gadis lari dart rumah; dan

(d) kempen cegah jenayah pelacuran gadis bawahumur.

*41. Puan Haiiah Ilani Dato' Isahak minta Menteri Kewanganmenyatakan apakah benar terdapat amalan urusniaga dalaman (insidertrading) dalam urusniaga saham di Bursa Saham Kuala Lumpur.Kenapakah Suruhanjaya Sekuriti terlalu lambat bertindak terhadap sese-tengah kes seperti Union Paper Bhd. Berapa banyakkah keuntunganyang dibuat oleh KUB dalam kes ini.

*42. Tuan Hi. Mohamad b. Sabu minta Menteri Kewanganmenyatakan berikutan dengan penswastaan HICOM:

(a) berapakah jumlah saham akan dikeluarkan'mengikut kategori syarikat, perbadanan dan orangramai: dan

(b) nyatakan kriteria pemberian saham tersebut yangdiperuntukkan oleh Kerajaan kepada pihak-pihaktertentu.

Page 9: ATURAN URUSAN MESYUARAT · tengahmalam di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Apakah langkah yang telah, sedang dan akan diambil terhadap mereka. 2 *4. Than Tan Kok Wal minta

9

*43. Tuan Lim Kit Slang minta Menteri Sains, Teknologi dan AlamSekitar menyatakan bagaimanakah Kerajaan bercadang menjalani satuprogram 'reverse brain -drain' untuk menarik kembali profesionalMalaysia, khususnya saintis, yang telah berhijrah ke luar negeri untukkembali ke Malaysia bagi berkhidmat dalam program pembangunanNegara , dengan menyatakan jumlah kewangan , matlamat bilangantahunan dan jumlah keseluruhan profesional yang ditetapkan untuk dibawah kembali dan objektif program ini.

*44. Tuan Mohamed Kamal Hussain minta Perdana Menterimenyatakan:-

(a) adakah Kerajaan berpuas hati di atas prestasi danproduktiviti Perkhidmatan Awam Kerajaansekarang ini;

(b) adakah kempen-kempen Kerajaan selama ini telahdapat menyemai dan membentuk kakitanganKerajaan yang bermotivasi tinggi; dan

(c) apakah proses orientasi semula kakitanganKerajaan di agensi-agensi yang diswastakan sepertiSTM, TNB, Pos Malaysia dan KTMB telah dapatmembentuk manusia-manusia yang berorientasikankorporat dan keuntungan.

*45. Dato' Hail Mohd . Zihin Hail Mohd. Hassan minta MenteriPerdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan siasatanberhubung dengan maklumat-maklumat terkini mengenai bebola ikan yangmana terdapat daging-daging babi (khinzir) digunakan dalam pemerosesanbebola ikan itu dan apakah tindakan-tindakan yang sedang dan akandiambil.

*46. Tuan Lim Hock Seng minta Menteri Pertahanan menyatakansama ada Kerajaan masih hendak kekalkan base TUDM di Mata Kuching,Seberang Prai. Berapa jumlah perbelanjaan untuk base ini setiap tahun.

*47. Tuan Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar minta Menteri DalamNegeri menyatakan:-

(a) apakah jaminan agar warganegara asing tidakdidaftar sebagai warganegara Malaysia di dalamperlaksanaan pendaftaran lewat beranak;

(b) memandangkan kemungkinan ini boleh berlakuterutama sekali di Sarawak dan Sabah adakah'Task Force' yang khusus untuk melicin danmerapikan lagi pemohon agar tidak berlakutersalah daftar di samping mengelak kelambatan;dan

Page 10: ATURAN URUSAN MESYUARAT · tengahmalam di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Apakah langkah yang telah, sedang dan akan diambil terhadap mereka. 2 *4. Than Tan Kok Wal minta

(c) berapa banyakkah pemegang kad pengenalan'merah' yang masih ada di negara ini dan apakahrancangan dan tindakan susulan agar pemegang kadpengenalan 'merah' ini boleh diberi tarafkewarnegaraaan Malaysia. Apakah galakan danrancangan agar mereka yang memohon dapat lulustemuduga kenegaraan.

*48. Cik Siti Zainab bt. Dato' Sheikh Abu Bakar minta MenteriPengangkutan menyatakan keberkesanan sistem baru untuk memperolehilesen memandu memandangkan keselamatan jalanraya di negara ini masihlagi diperingkat yang mencemaskan.

*49. Dr. Sanusi Daeng Mariok minta Perdana Menteri menyatakan:-

(a) rasionalnya perlantikan seorang Menteri Penuhkhusus mengenai hal ehwal Negeri Sabah; dan

(b) adakah Kerajaan bercadang melantik seorangmenteri penuh bagi hal ehwal setiap negeri yangdiperintah oleh - pembangkang.

*50. Tuan Chian Heng Kai minta Menteri Perumahan dan KerajaanTempatan menyatakan:

(a) sama ada beliau sedar bahawa antara masalahpokok yang sedang dihadapi oleh penduduk-penduduk kampong baru ialah kekotoran, keku-rangan lampu jalan dan jalan tar, klinik tidak adaatau kurang lengkap. Jika ya, sama ada Kementerian beliau mempunyai sebarang pelan indukmengatasi masalah ini. Jika ya, sebutkan butir-butirnya. Jika tidak, mengapa; dan

(b) sama ada beliau sedar bahawa perkhidmatan klinikdi perkampongan Machang Bubuk, Bukit Mertajamkini telah tinggal perkhidmatan bidan sahaja sejakdua tiga tahun dahulu. Jika ya, apakah tindakantelah diambil oleh Kementerian beliau supayaklinik tersebut akan dipulih perkhidmatan sepenuhsebagai sebuah klinik yang lengkap.

*51. Tuan Michael Asang minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) jumlah peruntukan yang telah diluluskan dan dibe-lanjakan untuk tujuan membina, membina semuladan memperbaiki bangunan-bangunan sekolah sertarumah guru di Negeri Sabah mulai Januari, 1993

• hingga Jun, 1993;

(b) tindakan yang diambil oleh Kementerian berhubungdengan kenyataan Menteri Kewangan Malaysiayang baru-baru ini telah datang membuat lawatanke Pulau Banggi, Kudat berhubung dengan keadaanbangunan sekolah menengah di pulau tersebut; dan

Page 11: ATURAN URUSAN MESYUARAT · tengahmalam di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Apakah langkah yang telah, sedang dan akan diambil terhadap mereka. 2 *4. Than Tan Kok Wal minta

(c) samada Kementerian bercadang untuk membinablok tambahan Asrama Puteri di dua sekolahmenengah di Bahagian Sandakan iaitu;

i) SMK Telupid;

ii) SMK Beluran;

memandangkan bilangan pelajar luar bandar yangsangat memerlukan asrama adalah ramaibilangannya dan bangunan asrama yang adasekarang ini telah tidak dapat menampung lebihramai pelajar dari luar bandar.

*52. Tuan Joseph Voon Shin Choi minta Menteri Peneranganmenyatakan kenapakah lagu-lagu Pesta Kaamatan tidak disiarkansepanjang perayaan Pesta Kaamatan yakni mulai dari 1hb. Mei hingga31hb. Mei, 1993. Lagu-lagu Pesta Keaamatan hanya dimainkan pada29hb. hingga 31hb. Mei, 1993 tetapi hanya dalam Bahasa Kadazan Dusuntetapi tidak dalam Bahasa Murut. Dan kenapakah pihak RTM Sabahtidak membenarkan kumpulan-kumpulan Pertubuhan Kebudayaan untukmembuat kunjungan kehormat terhadap Pengarah Penyiaran Sabah. Danadakah pihak Kerajaan cedar ada wakil Pertubuhan Kebudayaan yangingin. membuat kunjungan kehormat kepada Pengarah Penyiaran sejakbulan Mei tetapi sehingga pada hari ini mereka belum lagi diberilayanan.

*53. Dr . Kua Kia Soong minta Menteri Pertanian menyatakansamada satu kajian telah dibuat untuk mengawasi kesan-kesan spesifikEmpangan Pergau ke atas pengaliran air untuk petani-petani di negeri-negeri bahagian utara Semenanjung, sekiranya tiada, mengapa tidak;sekiranya ya, apakah kesannya.

*54. Tuan Haji Abdul Hadi bin Hall Awang minta Menteri Kesihatanmenyatakan:-

(a) jumlah kes-kes doktor yang terbabit dengankegiatan menjual bayi dan menggugurkankandungan secara haram yang dapat dikesansetakat ini; dan

(b) apakah tindakan-tindakan yang telah diambil dankesan-kesannya.

*55. Dr. Sanusi Daeng Mariok minta Menteri Luar Negerimenyatakan:-

(a) sejauhmanakah kejayaan misi lawatan PerdanaMenteri ke luar negeri bagi menarik pelaburan;dan

(b) apakah Kerajaan Pusat ada rancangan menyertakansama pihak Kerajaan Negeri Kelantan dalam misilawatan itu.

Page 12: ATURAN URUSAN MESYUARAT · tengahmalam di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Apakah langkah yang telah, sedang dan akan diambil terhadap mereka. 2 *4. Than Tan Kok Wal minta

*56. Tuan Mohamed Kamal Hussain minta Menteri Sumber Manusiamenyatakan berapakah kes-kes yang berlaku di mana majikan-majikanmemberhentikan pekerja-pekerja tempatan semata-mata untuk digantikandengan buruh asing. Apakah tindakan-tindakan yang telah diambilterhadap majikan-majikan yang bersikap sedemikian.

*57. Dr. V. David minta Menteri Pertahanan menyatakan:

(a) betul atau tidak bahawa Kerajaan akan membelibeberapa unit kapalterbang tentera jenis "JetFighters" daripada negara asing;

(b) berapa jumlah kos pembelian kapalterbang tenteraini; dan

(c) bolehkah beliau memberitahu Dewan ini tentangmustahaknya Kerajaan membelanjakan wang yangbegitu banyak bagi pembelian kapalterbang-kapalterbang tentera tersebut, memandangkanancaman komunis atau pengganasan luar negerisudah tiada lagi di Rantau Asia Tenggara.

*58. Puan Rohani Abdul Karim minta Menteri Pertanian menyatakantentang apakah perancangan Kementerian sejajar dengan Dasar PertanianNegara, iaitu supaya aktiviti di sektor pertanian di komersilkan. Setakatini apakah aktiviti pertanian yang 'viable' untuk diusahakan secarakomersil mengikut sektor dan negeri.

*59. Tuan Fong Kui Lun minta Menteri Pertanian menyatakanmemandangkan Dasar Pertanian Negara yang baru sudah diperkenalkan,apakah langkah-langkah yang sudah Kerajaan. programkan untukmerealisasikan matlamat-matlamat dasar itu bagi tempoh akan datangkearah melahirkan peladang/petani moden di negara ini di sampingmengurangkan penggantungan kita pada barangan makanan impot.

*60. Tuan Hi . Sukri bin Hi. Mohamad minta Menteri Tenaga,Telekom dan Pos menyatakan memandangkan perkhidmatan telefon dantenaga adalatt perkhidmatan perlu dan mengambil kira keuntungan besaryang diperolehi oleh Tenaga Nasional dan Syarikat Telekom Malaysiaadakah Kerajaan berhasrat untuk mengurangkan kadar bayaran bagikedua-dua perkhidmatan tersebut.

*61. Tuan HI . Sukri bin Hi. Mohamad minta Menteri Dalam Negerimenyatakan:-

(a) berapakah jumlah penagih najis dadah yangberdaftar dan berapakah jumlah mereka yangterlibat dengan dadah mengikut anggaranKementerian ini; dan

(b) adakah Kerajaan menganggap masalah penyalah-gunaan dadah adalah genting dan jika ya, apakahlangkah-langkah baru yang diambil untukmenangani masalah tersebut.

Page 13: ATURAN URUSAN MESYUARAT · tengahmalam di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Apakah langkah yang telah, sedang dan akan diambil terhadap mereka. 2 *4. Than Tan Kok Wal minta

*62. • Tuan Hi. Ibrahim bin Patih Mohamad minta Menteri DalamNegerl menyatakan kenapakah pihak polis mengambil masa yang begitulama untuk menjalankan penyiasatannya terhadap kes pembunuhanMustakizah berbanding dengan kes Bentong Kali yang dapat diselesaikandengan cepat.

*63. Tuan Hail Mahbud bin Hail Hashim minta Menteri Kesihatanmenyatakan:-

(a) apakah hasil siasatan mengenai kes pengguguranbayi secara haram; dan

(b) tidakkah pihak Kementerian bercadang untukmempaparkan senarai klinik yang dikenalpasti telahmelakukan pengguguran secara haram ini.

*64. Tuan Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman minta Menteri LuarNegeri menyatakan tempat-tempat yang menjadi markas atau kubuAshaari Mohammad, Ketua Kumpulan Aurad Mohammadiah di luar negaradan nyatakan sama ada pihak Kedutaan-kedutaan Malaysia di luar negaramemerhati dan membuat laporan tentang kegiatan-kegiatan yangdilakukan oleh kumpulan Al-Argam yang dianggap akidahnya menyele-weng daripada akidah Ahli Sunnah Wal Jemaah oleh Pusat Islam JabatanPerdana Menteri.

*65. Tuan Abdol Mulok bin Awang Damit minta Menteri Pertanianmenyatakan program dan bantuan bagi menggalakkan pertumbuhanindustri kecil dan sederhana yang berasaskan pertanian.

*66. Dr. Tan Sena Giaw minta Menteri Pendidikan menyatakanbilangan pensyarah dan profesor yang terdapat di Hospital UniversitiKuala Lumpur dan bilangan doktor asing. Di bidang apakah doktor-doktor asing ini bekerja. 'Mengapa ijazah perubatan Universiti Malayamasih tidak dapat diikhtiraf semula oleh Majlis Perubatan Am, UnitedKingdom. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untukmemperbaiki keadaannya.

*67. Dr. Kua Kia Soong minta Menteri Perumahan dan KerajaanTempatan menyatakan:-

(a) apakah yang dilakukan oleh Kerajaan tentangkompensasi untuk mangsa-mangsa banjir kilat yangdisebabkan oleh pembangunan berleluasa yang tidakmengambil tindakan memastikan sistem pengaliranair dilakukan dengan sempurna;

(b) berapakah nisbah pemaju yang gagal membayar'cukai saliran' kepada pihak-pihak berkuasaKerajaan tempatan; dan

(c) berapakah nisbah dari cukai ini yang telah diguna-kan sepenuhnya oleh pihak-pihak berkuasa tempa-tan untuk khasnya membekalkan saliran yangsecukupnya.

Page 14: ATURAN URUSAN MESYUARAT · tengahmalam di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Apakah langkah yang telah, sedang dan akan diambil terhadap mereka. 2 *4. Than Tan Kok Wal minta

- 14 -

*68. Tuan Lau Dak Kee minta Menteri Perumahan dan KerajaanTempatan menyatakan apakah masalah dan kelemahan yang penting yangdihadapi oleh Kerajaan Tempatan yang telah diarah untuk dibaik-puliholeh Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan (MKKT) dan apakah syaratyang jarang dapat di penuhi oleh mereka untuk mendapatkan pemberiangeran keseimbangan tahunan.

*69. Than Abdul bin Haii Hamid Abdul Rahman mints MenteriPertanian menyatakan:

(a) berapa jenis dan bentuk subsidi yang telahdiberikan kepada petani-petani;

(b) apakah pihak Kerajaan akan meneruskan pemberiansubsidi kepada petani-pentani;

(c) apakah pihak Kerajaan mengkaji bantuan dansubsidi yang diberikan kepada petani selama inidigunakan hingga ke paras maksima; dan

(d) apakah subsidi benar-benar menolong meningkatkantaraf hidup petani.

*70. Than Fong Kui Lun minta Menteri Sains, Teknologi dan AlamSekitar menyatakan kedudukan rancangan mendirikan logi memprosesbahan toksid di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan dan apakah cadanganbalas Kerajaan di atas bantahan para penduduk di kawasan itu.

*71. Tuan Chor Chee Heung minta Menteri Luar Negerimenyatakan:

(a) semenjak ASEAN ditubuhkan pada tahun.1967adakah ianya memainkan peranannya di antara lainkerjasama serantau boleh dikatakan membangga-kan;

(b) apakah benar dakwaan oleh setengah pihak bahawawalaupun perisytiharan Deklarasi Bangkok dan jugaBali Summit pada tahun 1967, hingga sekarangkerjasama dari segi ekonomi adalah begitu lembabsentiasa "plagued with bureaucratic arthritis" dantidak menggalakkan langsung; dan

(c) bagaimanakah pihak Kerajaan dapat memastikanbahawa dengan penubuhan Asean Free Trade Area(AFTA) pada tahun ini is akan bergerak denganlebih lancar di terima baik oleh semua anggotanegara AFTA khususnya dari segi "tariffreduction".

*72. Dr. Tan Seng Giaw minta Menteri Pengangkutan menyatakanapakah peruntukan untuk Terminal Tiga di Lapangan Terbang Subang danbilakah terminal itu akan siap. Apakah sistem keselamatan baru.Siapakah yang bertanggungjawab. Apakah keberkesanan sistem tersebut.Apakah bilangan kakitangan keselamatan dan apakah jenis senjata yangdigunakan.

IS.

Page 15: ATURAN URUSAN MESYUARAT · tengahmalam di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Apakah langkah yang telah, sedang dan akan diambil terhadap mereka. 2 *4. Than Tan Kok Wal minta

- 15 -

ATURAN URUSAN MFSYUARAT DAN USUL-USUL

1. Menyambung semula Pertimbangan ke atas Rang Undang -undangPerbekalan Tambahan ( 1993 ) 1993 (DR. 8/93) dan Usul AnggaranPerbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 1993 yang berbunyi:-

Bahawa Dewan ini, mengikut sub-seksyen 4(3) AktaKumpulan Wang Pembangunan 1966 , membuat ketetapanbahawa wang tambahan sebanyak Ringgit Malaysia saturates tiga puluh enam juta , satu ratus tiga ribu , lima ratuslapan puluh (RM136 , 103,580) diperuntukkan daripadaKumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 1993,untuk menampung Ringgit Malaysia satu ratus tiga puluhenam juta , satu ratus tiga ribu, lima ratus lapan puluh(RM136 , 103,580 ) bags Maksud -maksud dan Butiran-butiran(Projek -projek ) seperti yang dinyatakan dalam ruangpertama dan kedua penyata Anggaran PerbelanjaanPembangunan Tambahan Kedua 1993 yang dibentangkansebagai Kertas Perintah 22 Tahun 1993 dan yangdisenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran(Projek-projek ) dalam ruang kesebelas dan keduabelaspenyata tersebut.

dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.

2. (DR. 10/93) Rang Undang-undang KerajaanTempatan (Pindaan) 1993

Bacaan KaliYang Kedua

n3. (DR. 11/93) Rang Undang-undang PerancanganBandar dan Desa (Pindaan) 1993

4. (DR. 12/93) Rang Undang-undang Jalan, Paritdan Bangunan (Pindaan) 1993

5. (DR. 13/93) Rang Undang-undang WilayahPersekutuan Labuan (Pindaan OrdinanKesihatan Awam) 1993 n

6. (DR. 14/93) Rang Undang-undang WilayahPersekutuan Labuan (Pindaan OrdinanKerajaan Tempatan) 1993 n

7. (DR. 16/93) Rang Undang-undang PenggalakanPelaburan (Pindaan) 1993 n

Page 16: ATURAN URUSAN MESYUARAT · tengahmalam di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Apakah langkah yang telah, sedang dan akan diambil terhadap mereka. 2 *4. Than Tan Kok Wal minta

- 16 -

8. (DR. 17/93) Rang Undang-undang Paten(Pindaan ) 1993

Bacaan KaliYang Kedua

9. (DR. 19/93) Rang Undang-undang PerhutananNegara (Pindaan) 1993

10. (DR. 18/93) Rang Undang-undang Pertubuhan(Pindaan) 1993 m

11. Tuan Lim Guan Eng akan mencadangkan:

Bahawa Dewan yang mulia ini mengambil ketetapanmenyatakan kesal terhadap pengharaman minuman dan penjualanarak di kalangan rakyat bukan Islam di Negeri Kelantan mulailhb. Julai, 1993 oleh Kerajaan Negeri yang merupakan bukansahaja satu pencabulan hak asasi rakyat bukan Islam tetapi jugapencerobohan kuasa Kerajaan Pusat . Maka Kerajaan NegeriKelantan diarahkan menarik balik pengharaman ini dengan serta-merta.

/fh.

Page 17: ATURAN URUSAN MESYUARAT · tengahmalam di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Apakah langkah yang telah, sedang dan akan diambil terhadap mereka. 2 *4. Than Tan Kok Wal minta

UCAPAN Pffi K JAAN

TarikhUcapanDibuat

Tajuk UcapanAhli YangBerucap

Menteri YangBertanggung-

jawab

29.7.93 1) Membesar dan YB . Tuan YB. Menterimelebarkan Fong Kui Kerja Raya.Expressway Lun.Shapadu.

2) Pampasan kepada YB . Dr. YB. Menterimangsa-mangsa Kua Kia Perumahan danbanjir kilat Soong. Kerajaanakibat pem- Tempatan.bangunan yangsewenang-wenangnya.

/fh.