wanita dalam koleksi muzium & galeri tuanku fauziah usm

56

Upload: mgtf-usm

Post on 23-Mar-2016

283 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Wanita Dalam Koleksi MGTF

TRANSCRIPT

Page 1: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM
Page 2: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM
Page 3: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM
Page 4: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku FauziahUniversiti Sains Malaysia

Pengarah Projek / Project Director Hasnul Jamal Saidon

Penyumbang Esei / Essay ContributorsHasnul Jamal SaidonNur Hanim Mohamed Khairuddin

Penyunting / EditorSafinawati Samsudin

Pembantu Penerbitan / Publication AssistantNor Laila Abd. Rozak@Razak

Konsep Rekabentuk / Design ConceptMohd Shafiq Haris

Online Exhibitionhttp://mgtf.usm.my/exhibit.php

Hasnul Jamal Saidon, 1965- Wanita dalam koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia / Hasnul Jamal Saidon, Nur Hanim Mohamed Khairuddin, ISBN 978-967-0226-01-9 1. Women in art--Exhibitions. 2. Feminism and the arts--Exhibitions. 3. Arts, Modern--20th century--Exhibitions. 4. Arts, Modern--21st century-- Exhibitions. I. Nur Hanim Mohamed Khairuddin. II. Judul. 704.042

©2010 Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia.Semua hak cipta adalah terpelihara. Sebarang bahagian di dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semulakecuali untuk tujuan kajian dan kritikan dalam bentuk atau dengan sebarang cara tanpa izin penulis atau penerbit.

Tel: 04 6533888 ext 3261/2137/4789/4788/4786/3294Fax: 04 6563531/6535060

Email: [email protected]: www.mgtf.usm.my

www.mgtfusmpenang.blogspot.comwww.tagged.com/mgtfusm

www.facebook.com/mgtfusmwww.twitter.com/mgtf

www.youtube.com/mgtfusm

Page 5: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

KANDUNGAN / CONTENTS

TENUNG, RENUNG & MENUNG WANITA 6 Nur Hanim Mohamed Khairuddin

READING WOMEN: USM FINE ART COLLECTION AT 9 KANITA (WOMEN DEVELOPMENT RESEARCH CENTER) Hasnul Jamal Saidon

Wanita Dalam Koleksi Seni Halus Muzium & Galeri Tuanku Fauziah Universiti Sains Malaysia 10

Hiasan Wanita Dari Koleksi Seni Tradisional Muzium & Galeri Tuanku Fauziah Universiti Sains Malaysia 44

Page 6: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

6

TENUNG, RENUNG & MENUNG WANITA

Bila disorot dari kacamata feminisme, aneka pameran dan penceritaan sejarah di institusi-institusi seperti muzium kerap mengisari hal-hal yang seperti mahu mempertonjol keperkasaan kaum lelaki sahaja. Seperti sains, sejarah dalam apa-apa bidang pun seolah dititip oleh tangan-tangan mereka. Demi sepenuh hati memeri rangka kuasa kejantanan, pengkisahan kaum hawa sering tersisih dan perupaan mereka dipinggir oleh citra-citra kaum adam. Bahkan adakala wanita umpama melukut di tepi gantang: terperosok, tersembunyi, terhijab dan acapkali dipadam dari sejarah perdana: legenda Wan Empok-Wan Malini di Bukit Seguntang ditenggelami mitos Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun.

Semenjak dulu, sejak tercipta lipurlara lisan, nyanyian rakyat, hikayat purba dan naratif istana (hasil titipan perawi lelaki), wanita merupakan subjek picisan. Watak dan wajah mereka tidak berapa diserlahkan; kelibat dan susuk mereka kurang diperikan. Di sebalik unsur kejelitaan dan seksualiti mereka yang disanjung dalam pantun dan syair, wanita tetap dianggap makhluk daif yang selama-lama berharap pada belas-ihsan lelaki. Sama ada di rumah, istana atau kayangan, mereka wajib tunduk patuh pada telunjuk suami, ayah, abang, sultan, kadi, hulubalang, menteri, dewa. Meski pensejarahan bangsa tidak berniat menafikan peranan mereka dalam pelbagai bidang, wanita selalu diwar-war sekadar sebagai dayang istana dan inang pengasuh, bonda pahlawan dan nenek kebayan, isteri pingitan dan puteri idaman: yang berahi, yang pertiwi, yang sensual, yang ‘spectacle’. Fungsi mereka hanya demi menghibur, mencantik, mengandam, mengarang dan mempesona susurgalur riwayat. Cerita-cerita yang menyelitkan watak-watak wanita pula tidak banyak yang mengangkat mereka sebagai penyelamat dan serikandi (kecuali sekali-sekala muncul heroin-heroin seperti Siti Zubaidah, Tun Fatimah, Puteri Gunung Ledang, Puteri Saadong). Mereka cuma bayang-

bayang di balik tabir sejarah dan mitos. Mereka cuma saksi-saksi bisu yang sering ditempelak oleh khalayak hanya kerana mereka wanita: seperti Dang Anum yang payah hendak menceritakan pembunuhan sebenar Jebat oleh Patih Kerma Wijaya bukan Tuah. Cerita hawa adalah cerita dapur, gelanggang joget, kamar tidur dan taman larangan; riwayat nestapa, derita, sengsara dan air mata; kisah gundik, tawanan, rebutan dan pelaris.

Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (MGTF), Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini menganjurkan sebuah pameran seni yang memperaga subjek wanita. Dikutip dari koleksi MGTF sendiri, karya-karya catan, cetakan, fotografi dan lain-lain bahan membawa tema kewanitaan. Ia hasil sorotan pelukis-pelukis negara sejak tahun 1950an hingga sekarang. Pameran tersebut menyajikan pelbagai gaya, bentuk dan isi yang menceritakan kedudukan wanita dalam masyarakat kita: wanita sebagai mewakili elemen penting dalam kehidupan.

Sukar dinilai reaksi khalayak ke atas kesan penyelitan elemen seni dalam sains dan imej hawa dalam adam. Objek-objek seni yang disusun dalam ruang muzium kelihatan menyongsangi ehwal-ehwal sains dan teknologi yang menguasai wacana ruang tersebut. Pada hemat kebanyakan anggota masyarakat, bidang seni tidak setaraf ilmu sains: kesenian adalah unsur sosial yang remeh berbanding sains. Manakala karya-karya yang berbau kewanitaan diletak di sudut yang amat kuat nuansa kejantanannya. Entah berapa ramai yang benar-benar teruja menonton potret wanita yang disaji dalam lingkungan keperkasaan lelaki, yang ingin melihat potret-potret tersebut dari sudut perwakilan kewanitaan mereka dan bukan semata-mata gambaran susuk wanita? Sedangkan objek-objek dan replika-replika sejarah yang membawa lambang kemajuan manusia (tentunya hasil perahan akal dan kerahan otot lelaki) memenuhi segenap sudut sehingga menghimpit lukisan-lukisan ke penjuru kecil muzium.

Page 7: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

7

Melalui sebahagian karya-karya yang terpilih, tertonjol juga nilai ‘keperkasaan’ wanita. Wanita sebagai ibu yang menggoncangkan buaian, wanita sebagai isteri yang menyediakan hidangan, wanita sebagai pendidik yang tegas berwawasan, wanita sebagai objek penghilang kesah yang tak keruan!

Wanita sebagai isteri, ibu, kakak, yang tidak pernah luntur kasih sayang kepada anak-anak mahupun adik-beradiknya dipaparkan di dalam sebilangan karya. Ia merupakan indikator penting tentang peranan sebenar wanita sebagai bekas untuk kelahiran serta sebagai makhluk yang penuh nilai keibuan menjaga, mendidik dan membelai darah daging supaya hidup terpelihara. Begitu banyak simbol ‘mother and child’ muncul di dalam peradaban manusia. Dari pahatan arca serta ikon keagamaan kaum Kristian merayakan kewujudan Mary dan Jesus kepada siri ibu dan anak Pablo Picasso yang cuba mencari wanita ideal sebagai ibu mahupun isteri, melarat hingga ke rantau ini, seni tampak banyak merakam adegan yang membawa pengertian besar tentang wanita walaupun terbingkai dalam dunia partriarki.

Di dalam pameran ini, ciri-ciri sebegitu hadir antaranya melalui karya “Berehat Di tepi Jalan Johor Bharu” (1960) oleh Cheong Soo Pieng, “Menjual Tembaga di Benares” (1963) oleh Patrick Ng Kah Onn, “Tanpa Tajuk” (1972) oleh Chuah Thean Teng, “Tidak Mengapa Nak”(1964) oleh Seah Kim Joo dan “Kakak dan Adik” (1959) oleh Hoessein Enas. Ianya berkait pula dengan kehidupan anak-anak itu sendiri seperti melalui karya-karya Dzulkifli Buyong “Bermain Gelang Getah” (1963) dan “Kebahagiaan Hidup” (1964). Memastikan agar anak-anak sempurna melalui alam persekolahan dan menerima pendidikan sewajarnya menjadi tugas utama yang digalang kaum ibu. “Murid Sekolah” (1962) oleh Dzulkifli mengimbau nostalgia silam sewaktu ibu memakaikan pakaian seragam sekolah, menyisir rambut dengan minyak zaitun dan menempel wajah dengan bedak wangi. Beralih ke landskap persekolahan pula kita saksikan tenungan seorang guru wanita

dengan rotan tergenggam di tangan, begitu tegas bersiapsiaga untuk memberi ajar kepada anak-anak di bawah tanggungjawabnya. Adegan ini dilakar secara humor oleh kartunis Lat, yang sering menyelitkan karikatur gurunya ‘Mrs. Liew’ di dalam komik-komiknya sebelum ini.

Setinggi manapun pencapaian wanita dalam karier dan dunia profesionalisme, secara adatnya wanita tidak terlepas dari dikaitkan dengan tugas-tugas domestik seperti mencuci, mengemas dan lebih-lebih lagi menyediakan makanan untuk keluarganya. Apatah lagi dalam konteks negara Timur, tugas-tugas sebegitu dianggap faktor yang menyempurnakan lagi diri seseorang wanita. Ianya berlaku secara automatik dan timbul dari naluri kewanitaan itu sendiri. Oleh sebab itu, selain karya-karya seni moden, pameran ini turut menampilkan koleksi perkakas lama mainan wanita. Gebok laksa, kukur kelapa, kendi dan cepu (tepak nasi nelayan) yang pada suatu masa dahulu sememangnya menjadi perkakas dapur yang cukup penting bagi kaum wanita, digandingkan bersama karya-karya seni moden yang ada. Sebuah karya Zulkifli Dahalan yang agak jarang dilihat sebelum ini bertajuk “Ruang Dapur” (1978) seolah-olah mengutarakan isu dunia kewanitaan yang sememangnya sinonim dengan persekitaran dapur. Dalam karya ini kelihatan kuasa di hujung pisau pemotong daging dipegang oleh wanita yang sedang menghayun tenaga memotong semacam ayam atau burung, sedangkan tiga ekor ‘burung’ muncul di ruang masuk rumah hanya untuk mengenyangkan perut.

Sama ada ianya menjadi lumrah mahupun dibina sebegitu rupa, wanita juga sering dikaitkan dengan unsur-unsur kecantikan. Di dalam hikayat-hikayat sastera Melayu lama, keindahan seseorang tuan puteri sering digambarkan dengan saratnya emas dan intan permata yang menyaluti tubuh selain sifat ayu fizikalnya sendiri. Hikayat Merung Mahawangsa ada menggambarkan keadaan Tuan Puteri Seribulan yang memakai barang-barang perhiasan emas dan intan

Page 8: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

“begemerlapan seperti bintang di langit rupanya”. Emas dan permata dianggap suatu saham atau harta kepada si pemakai selain menyerlahkan kejelitaan seseorang wanita. Di dalam pameran ini alat-alat perhiasan tradisional seperti pending, kerongsang intan dan gelang kaki emas dipersembahkan bagi mewakili satu aspek sifat kewanitaan yang gemar akan perhiasan.

Konsep keindahan yang dibina oleh dunia seni Barat dimana sensualisme tubuh wanita diperaga sebagai satu bentuk kecantikan dan kesempurnaan yang harus dirayakan turut mempengaruhi penghasilan karya oleh para pelukis di rantau ini. “Gadis Sedang Duduk” (1978) oleh Chia Yu Chuan, “Menyisir Rambut” (1962) oleh Dzulkifli Buyong, “Gadis Memegang Sejambak Bunga” (1967) dan “Gadis Berpakaian Putih” (1970) oleh Khoo Sui Hoe, terang-terangan menonjolkan aspek femininiti dan romantis wanita. Sementara secara lebih abstrak, karya seni fotografi Alexander Syudikus dan catan Joseph Tan bertajuk “To The Asian Women” (1970) mengintai secara eksplisit keghairahan dan dunia gelap wanita.

Tenungan ke atas karya-karya yang dipamerkan tidak patut berhenti sekadar di penjuru mata. Menenung kosong akan susuk-susuk wanita yang dipaparkan perlu melangkaui rasa sedap pada deria penglihatan; sebab wanita tidak lagi wajar dipandang sebagai semata-mata makhluk berahi yang mendatangkan syahwat, atau insan lemah yang menagih kasihan dan simpati. Menenung secara retinal menghalang pengalaman estetik yang lebih bermakna, iaitu pengalaman yang membawa khalayak memahami tanda dan lambang visual. Kini perlu direnung dan diselami kesan signifikasi serta alegori potret-potret mereka menerusi rangka wacana yang lebih kritikal, yang mencakup berbagai perspektif dan naratif. Terdapat dalam masyarakat secebis mitos yang kononnya kaum wanita kerap termenung mengenangkan nasib dan takdir hidup yang dilingkari oleh kekuasaan dan keperkasaan lelaki. Barangkali tanggapan begitu ada

benarnya; maklumlah dalam keadaan tubuh-jasad mereka diperlaku dan diakui sebagai bahan solekan, barang dagangan dan objek untuk diberahikan, kebanyakan wanita menjadi tidak keruan. Hidup mereka sering dibayangi oleh rasa takut dicop sebagai derhaka, jalang, sundal, murahan, bunga dedap dan sebagainya. Justeru menjejak asal-usul dan sebab-akibat ketermenungan wanita adalah langkah awal memahami hakikat penciptaan mereka dari selangka kiri adam. Tenung, renung dan menungkanlah kelibat wanita melangkaui rangka sedia ada.

Nur Hanim Mohamed KhairuddinIpoh, 2007

8

Page 9: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

READING WOMEN: USM FINE ART COLLECTION AT KANITA (WOMEN DEVELOPMENT RESEARCH CENTER)

Much can be learnt from women, which in most cases, are framed, conditioned and signified by religious, cultural, social and political views. In the case of early modern art history of Malaysia, women were predominantly interpreted and portrayed according to their ‘by default’ marginal and passive positions in relation to a rather ‘male-centric’ reading. Some may propose that the reading had prompted a representation of women as the ‘exotic others’. It reflects romantic longing to rediscover and celebrate a sense of feminine identity from a colonial and modernist position, disembodied from their cultural rooting. Are Western modernist (or even post-modernist) discourses neutral or value-free?

The placement of ‘women’ from the USM Fine Art Collection at Kanita intends to question such by-default adherence to a singular centrality in regards to reading women as cultural and social texts. Women can be read through women’s view point, as much as from other vantage points. The placement may induce multi-dimensional readings, multi-centrality, connectivity, flexibility, and fluidity in reading, constructing and representing narratives and meanings about women. Thus, it may destabilise the notion of ‘being on the margin’ or ‘otherness’, and defuse easy dichotomies in reading and responding to women through art.

Male centricity and easy dichotomies may not have a strong hold in the contemporary art practice today. In many forms of Eastern traditions for examples, all things are said to spring from the bowels of the mother earth, live on earth and eventually return to it.

Nevertheless, despite post-colonial and contemporary awareness, such otherness may still prevail. Many forms of academic discourses and representation (or ‘mis’representation) of women today are embedded with multiple forms of binary oppositions such as modernity vs religion and tradition, or local values vs globalisation.

What if ‘women’ as the ‘objects’ of gaze became the subjects who were doing the reading? What if women were taken as the center, and the rest of the world (with its male-centric, Western notion and cliché representation) as their margin?

This exposition reflects a convergence of academic or analytical methodology (from MGFT as the guardian of the Collection) with intuitive or reflective approach (from the ‘stakeholders’ of Kanita as the ‘readers’). It will hopefully remind us of how women as cultural and social texts can be read in many ways to unveil how certain political, economic, social and cultural ideologies as well as religious rituals are passed down, practiced, reinforced, stabilised, naturalised, deified, empowered, romanticised and represented. It may also reiterate the notion that one’s instrument (and method) of observation, analysis and discourse may not always be ‘neutral’; that it is integral in determining the outcome of meanings surrounding representation of women through modern and contemporary art.

Hasnul Jamal SaidonDirectorMuzium & Galeri Tuanku FauziahSeptember 2010

9

Page 10: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Wanita Dalam Koleksi Seni Halus Muzium & Galeri Tuanku FauziahUniversiti Sains Malaysia

10

Page 11: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Murid Sekolah (1962)Dzulkifli Buyong

Kapor 64cm x 51cm

Bermain Gelang Getah (1963)Dzulkifli BuyongKapor58cm x 66cm

11

Page 12: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Kebahagian Hidup (1964)Dzulkifli BuyongKapor 94cm x 74cm

Menyisir Rambut (1962)Dzulkifli Buyong

Kapor94cm x 74cm

12

Page 13: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Membuat Bunga Kalong (1963)Yong Cheng Wah

Kapor58cm x 86cm

Menjual Tembaga di Benares (1963)Patrick Ng Kah OnnDakwat64cm x 74cm

13

Page 14: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Potret Toh Puan Norashikin (1968)Mohd Hoessein EnasCat Minyak74cm x 99cm

14

Page 15: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Kakak dan Adik (1959)Mohd Hoessein EnasKapor64cm x 79cm

15

Page 16: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Gadis Memegang Sejambak Bunga (1967)Khoo Sui HoeCat Minyak97cm x 97cm

16

Page 17: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Dua Beradik (1964)Chong Nai TongCat Minyak86cm x 66cm

17

Page 18: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Gizing of the Bird (Spring) (1998)Woo Seng NonCat Minyak55cm x 70cm

18

Page 19: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Berehat Di Tepi Jalan Johor (1960)Cheong Soo PiengCat Minyak42cm x 90cm

Di Tepi Sungai (1963) Patrick Ng Kah Onn

Cat Minyak121cm x 121cm

Gizing of the Bird (Spring) (1998)Woo Seng NonCat Minyak55cm x 70cm

19

Page 20: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Tidak Mengapa Nak (1964)Seah Kim JooCetakan Kayu58cm x 28cm

20

Page 21: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Kucing Hitam (1964)Seah Kim JooCetakan Kayu30cm x 58cm

Menjual Burung (1962)Seah Kim Joo

Cat Minyak91cm x 58cm

21

Page 22: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Women. Series Jawa (1972)Robert CrockSeni Foto20cm x 36cm

22

Page 23: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Three With Baling Hill (1966)Khoo Sui HoeCat Minyak104cm x 102cm

Gadis Berpakaian Putih(1970)Khoo Sui Hoe

Cat Minyak89cm x 76cm

23

Page 24: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Gadis Sedang Duduk (1978)Chia Yu Chuan

Cat Minyak74cm x 53cm

Tanpa Tajuk (1976)Osman MansorBatik84cm x 71cm

24

Page 25: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Burung Dalam SangkarChuah Thean TengBatik42cm x 37cm

25

Page 26: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Tanpa Tajuk (1976)Mohd Azlan

Seni Foto25cm x 30cm

Potret Anak Desa (2001)Mohamad Sani MustafaSeni Foto39cm x 50cm

26

Page 27: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Mother Love (2005)Chuah Siew TengCat Minyak62cm x 45cm

27

Page 28: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Seated Lady (2001)Ng Hon LoongAkrilik19cm x 28cm

Menumbuk Padi (1966)Hse Te Hsein

Batik62cm x 90cm

28

Page 29: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Welcome Home (2008)Liew Ting ChuangMedia Campuran

213cm x 122cm x 61cm

29

Page 30: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Menjemur Sotong (2008)Woo Seng NonCat Minyak69cm x 55cm

30

Page 31: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Kumari (2007)Joan Marie KellyCat Minyak69cm x 55cm

31

Page 32: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Magic Marker (1988)Ismail ZainCetakan Komputer28cm x 20cm

Al Kesah (1988)Ismail Zain

Cetakan Komputer20cm x 28cm

32

Page 33: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Dari Masa ke Masa (1967)Cheah Kong HengCat Air55cm x 75cm

33

Page 34: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Lakaran Karikatur Mrs Liew (2005)Mohd Nor Khalid (LAT)Pen atas Kertas51cm x 61cm

Lakaran Karikatur Liyana (2010)Mohd Nor Khalid (LAT)

Pen atas Kertas58cm x 41cm

34

Page 35: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Wanita (1963)Yong Cheng WahCat Air70cm x 51cm

35

Page 36: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Ke Pasar (1983)Zakaria AliCat Minyak53cm x 37cm

36

Page 37: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Tanpa Tajuk (1976)Osman Mansor

Batik74cm x 46cm

The Women (1937)Lee Cheng YongCat Minyak42cm x 55cm

37

Page 38: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Hendak Mandi (1958)Ismail MustamCat Minyak53cm x 74cm

38

Page 39: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Black Moon Drawing 1 (1997)Eng Hwee ChuPensil atas Kertas34cm x 50cm

Suasana I (1982)Siti Zainon IsmailMedia Campuran

62cm x 53cm

39

Page 40: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

b.o.m equipment (2005)Nur Hanim Mohamed KhairuddinSutera Saring atas Cetakan Baju137cm x 150cm

40

Page 41: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Murut Maiden in the Moonlight (1999)Christianne GoontingAkrilik42cm x 50cm

Tanpa Tajuk (1972)Chuah Thean Teng

Batik74cm x 56cm

41

Page 42: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Ruang Dapur (1978)Zulkifli Mohd DahlanAkrilik102cm x 65cm

42

Page 43: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

To The Asian Women (1970)Joseph TanStruktur Kayu & Cat Emulsi180cm x 180cm

43

Page 44: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Hiasan Wanita Dari Koleksi Seni Tradisional Muzium & Galeri Tuanku Fauziah

Universiti Sains Malaysia

44

Page 45: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Tepak Sireh Dengan 5 CelepaTembaga25cm x 25cm x 20cm

45

Page 46: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Pending Perak Bersalut EmasPerak Bersalut Emas13cm x 9cm

46

Page 47: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Kain Limar (1940an)Kapas126cm x 95cm

47

Page 48: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Kain Limar (1940an)Kapas

108cm x 98cm

48

Page 49: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Gelang Kaki (2 Pasang)TembagaUkur Lilit: 36cm

Gelang Tangan Permata (2 Pasang)Tembaga

Ukur Lilit: 24cm

49

Page 50: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Anting-anting (2 Pasang)TembagaUkur Lilit: 4cm

Gelang Tangan (2 Pasang)Tembaga

Ukur Lilit: 30cm

50

Page 51: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Pengikat KepalaTembagaUkur Lilit: 60cm

51

Page 52: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Beg Anting-antingTembaga

Panjang: 9cmLebar: 8cm

Tali Pinggang BesiTembagaPanjang: 85cmLebar: 3cm

52

Page 53: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM

Cucuk SanggulTembaga3cm x 6cm

Kerongsang (3 pasang)Tembaga3cm x 8cm

53

Page 54: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM
Page 55: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM
Page 56: Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM