aturan urusan mesyuarat - parlimen.gov.my · malaysia dewan rakyat aturan urusan mesyuarat naskhah...

15
,. MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.goY.my HARIISNIN, 8 SEPTEMBER 2003 PUKUL 10.00 PAGI Bil. 32 1 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB lISAN (PM #34157 v1) 1. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang boleh dan akan diambil kepada parti-parti poJitik pembangkang yang menggelarkan diri mereka "Barisan Alternatif-BA" atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedangkan mereka ini diketahui masih belum berdaftar secara sah dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS). (PM #34371 v1) 2. Tuan Mohd. Yusoff bin Mohd. Nor [Machang] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah kutipan kompaun yang telah diperolehi oleh polis daripada saman ekor dalam tahun 2001, 2002 dan sehingga bulan Jun 2003. (PM #34576 v1) 3. Dato' Shaziman bin Abu Mansor [Tampin] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh manakah kejayaan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris menepati objektif meningkatkan penguasaan pelajar-pelajar dalam Bahasa Inggeris setelah hampir setahun berlalu. (PM # 34894 v1) 4. Datuk Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman [Sungai Benut] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kesan penerbitan pinjaman Skim Kredit Mikro dalam usaha menjana ekonomi negara. Berapakah nilai keseluruhan pinjaman yang telah dikeluarkan dan adakah terdapat kes penipuan yang berjaya dikesan.

Upload: vomien

Post on 06-Jul-2018

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

.~

,. MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.goY.my

HARIISNIN, 8 SEPTEMBER 2003 PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 32 1

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB lISAN

(PM #34157 v1) 1. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading] minta MENTERI

DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang boleh dan akan diambil kepada parti-parti poJitik pembangkang yang menggelarkan diri mereka "Barisan Alternatif-BA" atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedangkan mereka ini diketahui masih belum berdaftar secara sah dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

(PM #34371 v1) 2. Tuan Mohd. Yusoff bin Mohd. Nor [Machang] minta MENTERI

DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah kutipan kompaun yang telah diperolehi oleh polis daripada saman ekor dalam tahun 2001, 2002 dan sehingga bulan Jun 2003.

(PM #34576 v1) 3. Dato' Shaziman bin Abu Mansor [Tampin] minta MENTERI

PENDIDIKAN menyatakan sejauh manakah kejayaan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris menepati objektif meningkatkan penguasaan pelajar-pelajar dalam Bahasa Inggeris setelah hampir setahun berlalu.

(PM # 34894 v1) 4. Datuk Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman [Sungai Benut] minta

MENTERI KEWANGAN menyatakan kesan penerbitan pinjaman Skim Kredit Mikro dalam usaha menjana ekonomi negara. Berapakah nilai keseluruhan pinjaman yang telah dikeluarkan dan adakah terdapat kes penipuan yang berjaya dikesan.

• 2 AUM DR 08/09/2003 (PM #35228 v1)

(PM #34059 v1) 5. Dato' Mohd. Zain bin Haji Omar [Balik Pulau] minta MENTERI

KESIHATAN menyatakan kedudukan cadangan Kementerian tentang pembinaan Pusat Kajian Herba dan Ubatan Tradisional yang dicadangkan di Taman Negara Pantai Acheh, Pulau Pinang.

(PM #34768 v1) 6. Tuan Wilfred Madius Tangau [Tuaran] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan negeri manakah yang mempunyai prestasi pencapaian purata tertinggi dan terendah dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM dan khusus untuk negeri Sabah apakah langkah-Iangkah yang sedang dan akan diambil untuk mempertingkatkan pencapaian kecemerlangan dalam peperiksaan-peperiksaan tersebut.

(PM #34611 v1) 7. Dato' Kamarudin bin Jaafar [Tumpat] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan peratus pegangan ekuiti saham oleh Bumiputera dalam syarikat-syarikat awam BSKL sekarang ini.

8. (PM #35023 v1 ) Puan Teresa PERDAGANGAN

Kok Suh Sim [Seputeh] minta MENTERI DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

menyatakan tindakan terbaru Kementerian untuk memperkemaskinikan Akta Pelindungan Pengguna 1999 dan sebab pemberhentian peruntukan bagi persatuan pengguna sejak tahun 2002.

(PM #34191 v1) 9. Tuan Henry Sum Agong [Bukit Mas] minta MENTERI

PENGANGKUTAN menyatakan mengapa Pesawat Air Asia tidak menggunakan 'aerobridge' di Lapangan Terbang Miri Sarawak.

(PM #34161 v1) 10. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad [Parit Sulong] minta MENTERI

PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan syarikat manakah yang telah diberi tanggungjawab menjalankan ujian-ujian teknikal ke atas produk-produk yang akan dipatenkan di negara ini.

(PM #34510 v1) 11. Tuan Ramli bin Ibrahim [Kota Bahru] minta MENTERI LUAR NEGERI

menyatakan sokongan dan komitmen Malaysia menyokong dan membantu Iraq membangun semula negaranya selepas diceroboh oleh Amerika dan sekutunya. Dan berapakah jumlah hasil kutipan derma rakyat Malaysia yang telah dihantar ke Iraq.

3 AUM DR 08/09/2003 (PM #35228 v1)

(PM #34641 v1) 12. Dato' Napsiah binti Omar [Kuala Pilah] minta MENTERI DALAM

NEGERI menyatakan adakah negara Malaysia akan mengambil tindakan yang 'drastik' seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Thailand bagi membanteras pengedaran dadah.

(PM #34715 v1) 13. Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob [Sipitang] minta MENTERI BEllA

DAN SUKAN menyatakan jenis-jenis program yang melibatkan belia-belia dan pencapaian serta penerimaan belia-belia negara ini. Apakah program yang dirancang seperti program Rakan Muda telah menunjukkan bukti atau tanda-tanda mengurangkan gejala sosial di kalangan belia-belia.

(PM #34828 v1) 14. Tuan Alexander Nanta Linggi [Kapit] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan bagaimana Kementerian memastikan pulangan kewangan optimum yang setimpal dengan nilai tawaran kontrak yang ditawarkan kepada para kontraktor melalui dasar perundingan langsung, beri butir­butir mengenai bilangan kontrak, jumlah nilainya serta Kementerian­kementerian yang terbabit dalam pelaksanaan projek-projek pada tempoh Rancangan Malaysia ke-7 dan ke-8.

(PM #34666 v1) 15. Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang [Marang] minta MENTERI

LUAR NEGERI menyatakan:-

(a) sarna ada jambatan kedua ke Singapura boleh dibina tanpa persetujuan Kerajaan Singapura; dan

(b) adakah Malaysia mempunyai hak untuk membuat sebarang pembinaan dalam kawasan Singapura.

(PM #34903 v1) 16. Dr. Yee Moh Chai [Tanjung Aru] minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan mengenai penyakit berjangkit di Sabah, terutamanya malaria, TB dan HIV. Apakah langkah-Iangkah yang telah diambil untuk mengawal penyakit-penyakit tersebut.

(PM #35187 v1) 17. Datuk Juslie bin Ajirol [Libaran] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan tentang keberkesanan mata pelajaran Agama Islam dalam melahirkan pelajar yang mempunyai nilai-nilai terpuji dan lidak terpengaruh dengan gejala-gejala sosial.

• 4 AUM DR 08/09/2003 (PM #35228 v1)

(PM #34969 v1) 18. Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed [Shah Alam] minta MENTERI TANAH

DAN PEMBANGUNAN KOPERASI menyatakan kedudukan semasa tanah simpanan Melayu dan peluang untuk dimajukan.

(PM #34980 v1) 19. Tuan Shim Paw Fatt [Tawau] minta MENTERI PENGANGKUTAN

menyatakan sebab-sebab pembatalan penerbangan di antara Tawau dan Tarakan.

(PM #34570 v1) 20. Tuan Liew Teck Chan [Gaya] minta MENTERI PERTAHANAN

menyatakan adakah Kementerian ini telah merancangkan satu kawasan khas penempatan semula untuk nelayan perahu kecil dari kampung Sabang ke kampung Numbak yang terbabit dalam INDEF.

(PM #34909 v1) 21. Tuan Haji Siam bin Haji Kasrin [Batu Pahat] minta MENTERI DALAM

NEGERI menyatakan apakah langkah yang telah diambil oleh Kementerian melalui Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) mengenai cadangan dari Persatuan Perubatan Malaysia(MMA) yang menyarankan supaya menggunakan methadone sebagai alternatif merawat penagih dadah.

(PM #34724 v1) 22. Tuan Alwi bin Jusoh [Pasir Puteh] minta PERDANA MENTERI

menyatakan apakah pandangan JAKIM mengenai penayangan filem 'Bruce Almighty' kepada masyarakat yang pengharamannya telah ditarik balik baru-baru ini dan dibenarkan kepada semua orang yang berumur 18 tahun ke atas.

(PM #35001 v1) 23. Tuan Mohd. Amar bin Haji Nik Abdullah [Pengkalan Chepa] minta

MENTERI KESIHATAN menyatakan statistik orang dijangkiti HIV akibat daripada aktiviti pelacuran di setiap negeri mulai tahun 1995 hingga kini. Apakah langkah-Iangkah yang telah diperkenalkan dan sejauh mana langkah tersebut dapat mengatasi masalah HIV ini.

(PM #34888 v1) 24. Datuk Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman [Sungai Benut] minta

MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kerajaan telah membuat sebarang ketetapan mengenai penubuhan Institut Pemikiran Dr. Mahathir bagi menjana ilmu berasaskan pemikiran kreatif Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

5 AUM DR 08/09/2003 (PM #35228 v1)

(PM #35215 v1) 25. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan [Tebrauj minta MENTERI LUAR

NEGERI menyatakan:-

(a) sejauh manakah hubungan antara Malaysia dan Singapura; dan

(b) adakah ia bertambah baik atau sebaliknya, kerana kebelakangan ini banyak peristiwa yang merugikan Malaysia seperti masalah bekalan air termasuk ucapan dan siaran umum memburukkan Malaysia yang dibuat oleh Kerajaan Singapura.

6 AUM DR 08l09l2003 (~M #35228 v1)

ATURAN URUSAN MES'fUAftAt pAN USUL:USUL

1. (DR 37/2003) Rang Undang-undang Tambaharl (2t:i03) 2003·

Perbekalan Bacaan Kali Yang Kedua

DAN

Menterl Kewangan akan mencad8ng1<an:-

"Bahawa pewan ini. mengikut subseksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966. membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak figa . ~ ringgit ~3.ooQ.OOO,OOO) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangurtan ba8i t8ht,tni<&wangan 2003, bagi Maksud­maksud dan butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2003 yang dibentang1<an sebagai Kartas Perintah 21 Tahun2003 dan yang dlsenaraikan di sebelah MalCsud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-proJek) dalam lUang kesebelas dan keduabelas penyata tersebut. hendaklah disahkan." .

2. (DR 29/2003) Rang Undang-undang.[)emutualisasi (Bursa Saham Kuala

3.

4.

Lumpur) 2003 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah "Bahawa Rang Undang-undang Ini dibacakan kall yang kedua sekarang". [4 September 2003]

(DR 33/2003) Rang Undang-undang Sekuriti (Pindaan) 2003

(DR 31/2003) Rang Undang-undang Sekuriti (Pindaan) 2003

Perindustrian

Suruhanjaya

Bacaan Kali Yang Kedua

. "

5. (DR 3012003) Rang Undang-undang Perlndustrian " Sekuriti (Depositori Pusat) (Pindaan) 2003

6. (DR 3212003) Rang Undang-undangPerindustrian Niaga " Hadapan· (Pindaan) 2003

7 AUM DR 0810912003 (PM #35228 v1 )

7. (DR 28/2003) Rang Undang-undang Perlindungan Bacaan Kali Varietl Barn Tumbuhan 2003 Yang Kedua

8. (DR 24/2003) Rang -Undang-undang Bank Islam (Pindaan) 2003

9. (DR 36/2003) Rang Undang-undang Ahli Farmasi (Pindaan) 2003

10. (DR 35/2003) Rang Undang-undang Insurans Luar Pesisir (Pindaan) 2003

11. (DR 3412003) Rang Undang-undang Fi (Taman Laut Malaysia) (Pengesahan) 2003

12. (DR 26/2003) Rang Undang-undang Ibu Kota Persekutuan (Pindaan) 2003

(PM #34742 v1)

"

"

"

"

"

13. Oato' Seri HaJi Abdul Hadl bin HaJi Awang [Marang] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini menyelar keputusan Kerajaan untuk menernskan projek membina loji insinerator di Broga. Berdasarkan berbagai"bagai fakta yang dikumpul, temyata teknologi pelupusan yang dicadangkan telah mendatangkan kesan sampingan yang berbahaya seperti pengefuaran bahan dioksin. yang akan mencemar sumber bekalan air di Sungai Semenyih yang berdekatan.

Teknologi 'gasification' ternyata telah gagal di Jepun dan memerlukan kos yang tinggi untuk diubah sesuai. Persoalannya kenapa syarikat yang ternyata gagal di Jepun iaitu Ebara Corporation, dijemput untuk mengemukakan cadangannya di negara ini. Adakah Kerajaan telah mengenal pasti kemampuan dan 'track record' syarikat ini. Jika OECF dari Jepun pun telah menarik diri dari membiayai cadangan pelaksanaan teknologi yang belum terbukti be~aya ini dan enggan memberi pinjaman mudah, bagaimanakah Malaysia akan membiayainya dan apakah implikasi kewangan kepada negara ini.

'.

• 8 AUM DR 0810912003 (PM #35228 v1 )

Maka Dewan Inl mengambil ketetapan untuk memlnta Kerajaan membatalkan hasrat meJaksanakan projek ini.

(PM #34214 v1) 14. Dato' Dr. Hasan bin Mohamed All [Parit Buntar] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan Inl perlu membahaskan kontroversl dan skandal pemblnaan makmal komputer sekolah-sekolah dl seluruh negara. Projek Inl berkalt rapat dengan rancangan memberi pendldlkan komputer kepada pelajar-pelajar sekolah yang memungklnkan mereka menjadi warganegara yang sentiasa relevan dengan tuntutan dunla sains dan teknologi terutamanya teknologl maklumat.

Kegagalan syarikat-syarikat yang dilantik menyiapkan makmal-makmal tersebut mengikut spesifikasi amat memalukan. Terdapat dakwaan bahawa syarikat-syarikat tersebut bukan syarikat pembinaan yang berdaftar dengan Pusat Khldmat Kontraktor (PKK) dan pemilihan mereka dlbuat tidak secara tender terbuka. Selaln daripada Itu telah tlmbul satu lagi keanehan dalam mana JKR tidak dilantlk sebagai PMC kepada projek tersebut. Banyak lagi perkara-perkara yang perlu dljelaskan oleh Kementerian pendidlkan mengenai projek ini. Aklbat gejala ketidaktelusari sepertl yang tergambar dalam projek Ini menyebabkan keyaklnan rakyat kepada Kerajaan semakln terhakls.

Bahawa Dewan Ini amat kesal dengan apa yang berlaku dan penjelasan yang penuh dengan ketelusan amat dlperlukan."

(PM #34216 v1) 15. Dato' Dr. Hasan bin Mohamed Ali [Parlt Buntar] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan inl pertu membahaskan isu mengenal kegagalan pihak pengurusan KWSP mengawal kos pentadblrannya di samping menentukan dlvlden yang munasabah dlberi kepada para pencarum KWSP. Kos operasl tahunan KWSP dldapatl menlngkat sebanyak 80% dari RM194 juta pada tahun 1998 kepada RM350 juta pada tahun 2001. Sebaliknya divlden kepada pencarum menjunam meleblhl 26% iaitu dari 6.8% kepada 5% untuk tempoh yang sama dan klnl menjadl leblh rendah laltu 4.25% bagl tahun 2002.

Rakyat dlberitahu KWSP terpaksa menolak RM5 billion sebagal "kerugian atas kertas· dalam ekuitl dan pinjaman yang mencurigakan dalam tempoh lima tahun dari 1998 ke tahun 2002. KWSP masih menghadapi "keruglan atas kertas· sebanyak RM10-RM14 billion dalam ekulti yang memaksanya memberi kadar dlviden yang leblh rendah kepada pencarum bagl tahun­tahun yang akan datang.

J AUM DR 0810912003 (PM #35228 v1 )

Dewan yang mulia iniper\u diberi penjelasan mengenal perkara yang sangatpenfingini. . Penc8rU~. KWSP setama inl meletakkan seluruh kepercayaan' kepada pengUrusari XWSP dan menotak sama , sekali sebarang tindakan yang merugikan mereka. .

(PM #34217 v1) 16. Dato' Dr. Hasan bIn Mohamed All [parlt Buntar) akan mencadangkan:-

1',.'

18.

"Bahawa DeWanini perIu membahaskan isu . mengenai sahaffi-saham amanahWjItln Ketajaan-ker8ja8n negeri. Rakyat mengetahui jumlah keruglanyang 6egitu besar yang dit8nggung oleh pelabur-pelabur keeilan khasnya ·~telata berlkutan· dengan'susutan hal9a saham ketika ini jika dibandlngkan dengan hargau.w.rtnasal. .

Pelabur~r 'kecilan ini menggunakanwang tabungan dan pinjaman daripada'~-syarikat kewangan uriluk turut sarna melabur. Mereka terpedaW~j·~jI menis khususnya p/mpinan tertingg/ negeri-negeri yang terfib8t' __ mefaricarkan amanah-amanah saham tersebut. Kini pelabur~rlteclFteliebut terpaksa menghadapi kehidupan penuh gawat aklbatpSfabUral'i'yang meruglkan itu ..

Sehingga ini Kerajaaff bellI'YIt'I1er1QUfI'kImkart tlndwn yang akan diambil bagi membaiki keadaan d~m seten.isnya membela pelabuf-pelabur mamaen ini.

Bahawa Dewan ini periu diberi maklum mengenai kedudukan sebenar perkara ini dl samping mengurang dan menghapuskan kegelisahan di kalangan meteka yang tertibat.

(PM #34307''''') Tuan Che Ghani bin Che Ambak [Satlu) akan mencadangkan:-

Bahawa oewen Inlakanmembincangkan dan membahas berhubong dengaf\pElrtubuttan Pasukan·Khas Perse1<utuan Malaysia (PKPM) ..

Maka Dewan ini mengambll ketetapan agar satuKertas Putih dike/uarkan untllk diperbahaskan diDewan yang mulia Ini.

(PM #34308 v1) TuanChe Gftanlbli,Che Ambak [SetIu) akanmencadangkan:-

BahawaDewan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan UMNO Terenggal'lU mendesak Kerajaan sehingga Menteri Pembangunan Usahawan mengaku di Dewan yang Mulia inl beliau bertanggungjawab menutup dua buah MRSM di Terengganu.

·,

, 10 AUM DR 0810912003 (PM #35228 v1)

Bahawa Dewan lni menyedari perlunya .peluang pendidikan yang lebih Juss dJsediSkan bagi menampung pelajar-pelajar yang cem~ng hasil dari pennuafakatan ~ pihak sehingga Terengganu. muncul antara keputusan UPSR terbaik dl Malaysia.

Bahawa.Dewan ini merasa amat kesal dengan janji politik Kerajaan untuk membuka semula dua Pusat Pendidikan MRSM di Terengganu sekiranya Barisan Nasional rnenang dl dalam pilihan raya akan datang.

Maka Dew;m ini mengambil ketetapan agar Kerajaan tidak menjadikan isu pendidikan sebagai a.Jat politik UMNO dan Barisan Nasional.

(PM #34782 v1) 19. Tuan Mahfuz bin Ornar [Pokok Sene] akan rnencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini hendaklah membantah sekeras-kerasnya sikap Kerajaan yang cuba berlepas tangan dalam isu· pemberian kontrak pembinaan makmal komputer. Pemberian kontrak pembinaan komputer yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan tidak dilakukan secara telus sebaliknya diberikan atas merit poIitik dan kroni.

Dewan ini hendaklah mengutuk tindakan Menteri Kewangan yang memberikan kontrak tersebut kepada syarikat pembekal komputer tidak kepada kontraktor binaan yang menjadi punca utama dalam isu penyelewengan pembinaan makmal komputer. Syarikat tersebut seperti Pintar Teknologi Bumi· Asia Sdn. Bhd. (Zon Utara). Perkhidmatan Rundingan Industri Malaysia Berhad (Zon Tengah). CS TECH Vanture Sdn. Bhd. (Zon Salatan). Bellgrand Sdn .. Bhd. (Zon Timur). Timecomm Holding Berhad (Zon Sabah) dan Telekom Smart School. Bhc:j (Zon Sarawak).

Dewan Ini menuntut supaya suatu penyiasatan dilakukan ke atas Menteri Kewangan di atas penyelewengan ini yang telah mengakibatkan bebanan kewangan ditanggung oleh rakyat sertakesalamatan peJajar dan guru diancam. maut skibat perbuatan Menteri Kewangan yang tidak bertanggungJawab.

(PM #34783 v1) 20. Tuan Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini hendaklah· membincangkan kegagalan Kerajaan Barisan Naslonal yang diterajui oleh UMNO untuk menempatkan 24,470 orang pelajar Bumiputera lepasan STPM dan matrikulasi ke IPTA untuk kemasukan 2003.

11 AUM DR 08109/2003 (PM #35228 v1)

Dewan ini sangat kecewa dengan kegagalan ini kerana 24,470 pelajar ini telah mencapai syarat kelayakan untuk ditempatkan di IPTA. Kegagalan ini berpunca dari perubahan dasar kemasukan ke IPT A berdasarkan emosi kerana pelajar Bumiputera dikatakan tidak mendukung aspirasi Barisan Nasional.

Dewan juga sangat kesal dengan kegagalan ini kerana ia akan menyebabkan hasrat untuk meningkatkan jumlah rakyat yang belajar di IPTA khususnya di kalangan Bumiputera tidak tercapai. Dewan juga kecewa dengan kegagalan Kerajaan Barisan Nasional khususnya Kementerian Pendidikan untuk membuat unjuran jumlah kursus yang ditawarkan oleh IPTA berbanding jumlah pelajar yang mengambil STPM dan matrikulasi yang menyebabkan negara telah kerugian jutaan ringgit apabila 24,470 pelajar gagal ditempatkan di IPTA.

Dewan ini mendesak Kementerian Pendidikan memastikan dengan apa cara sekali pun supaya 24,470 orang pelajar bumiputera tersebut dapat di tempatkan di IPTA.

(PM #34935 v1) 21. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu] akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan terburu-buru Kerajaan menutup dua buah MRSM di negeri Terengganu baru-baru ini."

Bahawa Dewan ini menyedari bahawa tindakan ini dilakukan keran;:! amalan palitik 'sempit serta balas dendam' UMNO yang tidak dapat menerima hakikat penolakan rakyat Terengganu terhadap mereJ<a di dalam pilihan raya yang lalu.

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar mempertahankan maruah rakyat Terengganu yang sedang tercabar dan cuba dihancurkan oleh tindakan politik kotor beberapa kalangan pemimpin UMNO yang tidak rasional, beremosi serta mengkhianati masa depan orang-orang Melayu khususnya rakyat di negeri Terengganu.

(PM #34936 v1 ) 22. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawl [Kuala Terengganu] akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman berbentuk terroris rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin yang mengakibatkan ribuan nyawa yang tidak berdosa terkorban serta beribu-ribu lagi mengalami kecederaan".

• 12 AUM DR 08/0912003 (~#35228 v1)

Bahawa Dewan inl merasa amal Rasal dengan sikap 'double standard' kuasa·kuasa besar Sarat khususnya Amerika Syarikat yang melindungi serta membisuterhac;lap!(ekeJaman rejim Zlonisinlten.atamanya di bawah pimpinan Ariel Sharon .yang merupakanseorang .'terroris· dan 'penjenayah perang' yang telah terlibat membunuh beribu-nbu u!llat Islam Palestin secara zalim.

Malahan tindakanZionis Israel mencerobQh serta membunuh ratusan umat Islam di kern palarian yang di bawah jagaan PBB adalah amat dikesali. Rejim ini juga tidak pemah menghormati sebarang. resolusi yang dibuat oleh PBB ten.as berselindung di sebalik 'sokongan kuat Amerika Syarikat' bagi mengetepikan sagala bantahan antarabangsa terhadap tindakan kejam mereka.

Dewan Ini juga menyedari bahawa isu ini bukan persoalan umat Islam semata·mata, tetapi juga, bericaitan· dengan persoalan kemanusiaan sej8gat yarig melewati batasan agama,kaum dan sempadan.

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar mempertahankan kota Baltulmuqaddis dl mana tertetaknyaMasjid AI·Aqsa yang men.apakan kiblat pertama umat Islam serta man.aah umat Islam yang sedang tercabar ~. .

(PM #34937 v1 ) 23. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Hawawl [Kuala Terengganu] akan

mencadangkan:·

"Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melantik pembantu tadbir sambilan dari kalanganahll·ahli Pergerakan Puleri UMNO yang jelas melanggar prinsip 'ketelusan serta kebebasan' pihak SPR sendiri".

Bahawa Dewan ini merasa amat kesal. dangan sikap serta tindakan tidak beretikaSPR ini yang menjejaskan reputasi. SPR sebagaisebuah badan babe bag!. mengendalikan peljalanan pilihan raya di nagara inl. Maka dewan. ini • rnenoambll ketetapan agar mempartahankan serta mengembalikan keadilan dan ketelusan SPR dari terus dinodai oleh etika kerja tidak bermaruah UMNO/BN.

(PM #34938 v1) 24. . Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Hawawl [Kuala Terengganu] akan

mencadangkan:·

"Bahawa Dewan ini melahirkan rasa kesal terhadap tindakan pihak Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tidak

13 AUM DR 0810912003 (PM #35228 v1 )

membenarkan anggota polis wanita berunifonn beragama Islam menutup aurat semasa menjalankan tugas harian sama ada di pejabat atau di luar pejabat".

Bahawa Dewan inl merasa amat kesal dengan larangan sedemlklan yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam serta etika kerja yang sebenamya.

Maka Dewan Inl mengambil ketetapan agar plhak Kementerlan serta PDRM mengkajl kembali larangan menutup aurat Inl agar prlnslp Islam dapat dltegakkan dl kalangan anggota PDRM dl dalam menjalankan tugas mereka.

(PM #35103 v1) 25. Puan Fong Po Kuan [Batu GaJah] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan Inl harus memblncangkan keperluan penangguhan penguatkuasaan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 eli mana programnya dilaporkan akan dljalankan pada Februari tahun memandangkan banyak perkara dl dalamnya maslhbelum dlputuskan oleh Kementerlan Pertahanan ketlka la diluluskan di Parllmen.

Jlka objektifnya yang begltu pentlng sekali laltu untuk memupuk semangat patriotism perpaduan serta pembentukan perwatakan positif generasi muda, rang Undang-undang ini harus dltangguhkan penguatkuasaannya agar pandangan orang ramai yang lebih sempurna serta komprehensif dlambit. Dengan demikian, ia bukan setakat dapat memastikan kejayaannya objektif penting Program berkenaan tetapi tidak berlaku pembaziran wang rakyat yang beratus juta ringgit.

Rang Undang-undang inl turut telah diluluskan dalam keadaan ter.gesa­gesa tanpa pemberian maklumat yang mencukupi untuk orang ramai memberl maklum balas berkenaannya.

Inl terbukti apabila organisasl-organlsasi serta orang ramai telah meluatlkan kerisauan terhadap program ekoran ketiadaan maklumat berkenaan kandungan Program dan Rang Undang-undang tersebut sehingga ada di antaranya terpaksa mengadakan temu janji dengan Menteri.

Negara Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berparlimen, seharusnya melibatkan pandangan orang ramal yang leblh menyeluruh pada mulanya proses penggubalan Rang Undang-undang tersebut dan adalah tldak mencukupi jika pihak Kerajaan setakat menyuarakan kerelaan berunding dan menerima pandangan selepas sesuatu Rang Undang-undang diluluskan di parlimen.

,

14 AUM DR 0810912003 (PM #35228 v1 )

Oleh itu, jika Akta latihan Khidmat Negara ini berterusan di kuatkuasakan, adalah dikhuatiri bukan sahaja objektifnya tidak akan tercapai, pembaziran wang rakyat akan berlaku tetapi juga kesan-kesan negatif ke atas remaja kita yang dipaksa menghadiri program tersebut jika mereka terpilih.

(PM #35105 v1) 26. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah] akan mencadangkan:-

Dewan ini harus mengutuk sikap Kementerian Pendidikan yang menghendaki tujuh orang pelajar (ISA 7) yang terdiri daripada Rafzan Ramli, Helma Sanudin, Khairul Amal Mahmood, Ahmad Kamal Abdul

. Hamid, Wan Sanusi Wan Mohd Noor, Nik Noorhafizi Nik Ismail dan Zulkifli Idris dari Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Teknologi Mara meminta maaf kepada Kementerian sebagai syarat penempatan mereka semula di universiti bagi menyambung pendidikan masing-masing oleh Kementerian Pendidikan.

Tujuh orang pelajar ini hanya rnenyuarakan pandangan mereka terhadap undang-undang kejam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di mana ia adalah satu kebebasan bersuara dan berkumpul yang merupakan satu bentuk hak asasi manusia. Tindakan Kementerian menyokong . penggantungan mereka daripada meneruskan pendidikan di universiti sebelum mahkamah memulakan perbincangan kes dan menjatuhkan hukuman salah ke atas mereka adalah bercanggah dengan prinsip bahawa uone is innocent until proven guilty". Tindakan tersebut turut mencabul hak kepada pendidikan pelajar-pelajar ini.

Bahawa Dewan ini harus menyuarakan bantahan terhadap tindakan Kementerian sedemikian dan pelajar-pelajar inl harus dibenarkan menyambungkan pendidikan mereka di universiti dengan serta-marta. Akta Universiti dam Kolej Universiti juga harus dimansuhkan agar negara kita dapat melahirkan graduan muda yang berdaya kreativiti, dan berfikiran analytical serta berani bersuara untuk keadilan demi kebaikan negara dan masyarakat.

(PM #35202 v1) 27. Dr. Tan Seng Glaw [Kepong] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membahaskan cara-cara yang berkesan untuk menjamin keselamatan negara daripada serangan pengganas seperti yang berlaku di Bali dan Jakarta, Indonesia. Dewan membincangkan faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya Federal Special Forces of Malaysia (FSFM), Pasukan Khas Persekutuan Malaysia). Dewan ini juga akan mendebatkan bagaimana Pasukan poliS Diraja Malaysia dapat menambah lebih 21,000 anggota yang terlatih untuk melegakan kekurangan anggotanya bagi menghadapi cabaran-cabarannya.

15 AUM DR 08/09/2003 (PM #35228 v1)

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT

TAHUN 2003

ST. 142

ST. 143

RISALAT/DOKUMEN

Peraturan-peraturan Pilihan (Pengundian Pas) 2003.

TARIKH DIBENT ANGKAN

Raya 8 September 2003

Laparan Tahunan dan Penyata Kewangan 8 September 2003 Lembaga Akreditasi Negara bagi tahun 2001.