aturan urusan mesyuarat - parlimen.gov.my · malaysia dewan rakyat aturan urusan mesyuarat hari...

18
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT HARI SELASA, 4HB. MET , 1993 PUKUL 2.30 PETANG Bi1.6 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB MULUT *I. Tuan Mohamed Kbaled bin Nordin minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan:- (a) berapa peratuskah pertumbuhan Produktiviti Negara sejak dilancarkan Rancangan Malaysia ke Enam; dan (b) apakah usaha dan langkah Kerajaan untuk meningkatkan Pertumbuhan Produktiviti Negara khususnya melalui penggunaan teknologi maklumat. *2. Tuan Chor Chee Heung minta Menteri Kesihatan menyatakan:- (a) apakah tindakan yang telah atau akan diambil mengenai cadangan kenaikan bayaran perkhidmatan doktor-doktor swasta yang mana pihak Kementerian tidak menyokong keputusan pengumuman kenaikan oleh Persatuan Perubatan Malaysia; (b) adakah pihak Kerajaan bercadang untuk mengadakan suatu peraturan supaya semua klinik terpaksa mempamerkan suatu jadual bayaran perkhidmatan dengan tidak mengambil kira harga kos ubat; (c) apakah pendapat pihak Kementerian terhadap cadangan dimana doktor-doktor swasta hanya akan memeriksa pesakit dan berperanan sebagai perunding pesakit sementara butiran ubat dilakukan oleh Farmasi seperti dipraktikan di negara-negara maju; dan (d) adakah pihak Kementerian sedar bahawa terdapat ramai Farmasi yang bertauliah kerap butiran (prescribed) ubat batok (cough mixture) yang mengandungi 'coedine' dengan sewenang-wenangnya dengan tidak mengambil kira kesan negatif seperti perasan 'Euphoric' selepas mengambilnya.

Upload: trannguyet

Post on 15-Aug-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT HARI SELASA, 4HB. MET, 1993 PUKUL 2.30 PETANG Bi1.6 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB MULUT

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

HARI SELASA, 4HB. MET , 1993 PUKUL 2.30 PETANG

Bi1.6

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB MULUT

*I. Tuan Mohamed Kbaled bin Nordin minta Menteri PerdaganganAntarabangsa dan Industri menyatakan:-

(a) berapa peratuskah pertumbuhan ProduktivitiNegara sejak dilancarkan Rancangan Malaysia keEnam; dan

(b) apakah usaha dan langkah Kerajaan untukmeningkatkan Pertumbuhan Produktiviti Negarakhususnya melalui penggunaan teknologi maklumat.

*2. Tuan Chor Chee Heung minta Menteri Kesihatan menyatakan:-

(a) apakah tindakan yang telah atau akan diambilmengenai cadangan kenaikan bayaran perkhidmatandoktor-doktor swasta yang mana pihakKementerian tidak menyokong keputusanpengumuman kenaikan oleh Persatuan PerubatanMalaysia;

(b) adakah pihak Kerajaan bercadang untukmengadakan suatu peraturan supaya semua klinikterpaksa mempamerkan suatu jadual bayaranperkhidmatan dengan tidak mengambil kira hargakos ubat;

(c) apakah pendapat pihak Kementerian terhadapcadangan dimana doktor-doktor swasta hanya akanmemeriksa pesakit dan berperanan sebagaiperunding pesakit sementara butiran ubat dilakukanoleh Farmasi seperti dipraktikan di negara-negaramaju; dan

(d) adakah pihak Kementerian sedar bahawa terdapatramai Farmasi yang bertauliah kerap butiran(prescribed) ubat batok (cough mixture) yangmengandungi 'coedine' dengan sewenang-wenangnyadengan tidak mengambil kira kesan negatif sepertiperasan 'Euphoric' selepas mengambilnya.

Page 2: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT HARI SELASA, 4HB. MET, 1993 PUKUL 2.30 PETANG Bi1.6 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB MULUT

2

*3. - Tuan Haii Ibrahim bin Jendol minta Perdana Menterimenyatakan:

(a) apakah sebabnya pihak Petronas setakat ini tidakmenawarkan ekuiti kepada anak-anak SyarikatKerajaan Negeri dalam sebarang projek usahasamayang dijalankan oleh Petronas di negeri-negeriberkenaan; dan

(b) adakah pihak Petronas bercadang untuk membuatpenawaran seperti yang dilakukan oleh pihakTenaga Nasional.

*4. Dr. Sanusi Daeng Mariok minta Menteri Kewangaq menyatakan:

(a) apakah yang dikatakan kaunter-kaunter Islam dibank-bank itu bebas sepenuhnya dari.riba;

(b) apakah kaunter Islam itu dapat membebaskan umatIslam dari penindasan dan membantu menyelesai-kan masalah ekonomi umat Islam;

(c) sejauhmanakah sambutannya berbanding dengankaunter-kaunter riba;

(d) adakah is memberi kesan kepada. Bank IslamMalaysia Berhad, kalau ada, mengapa berlakudemikian;

(e) benarkah kaunter-kaunter Bank Islam dikatakantidak begitu aktif seperti bank-bank perdaganganyang lain. Jika benar, mengapa terjadi begitu;

(f) apa usaha Kerajaan membantu mengembangkanBank Islam setanding dengan bank-bank yang lain;

(g) tidak berhasratkah Kerajaan mengislamkan seluruhsistem banking di negara ini. Kalau berhasrat,apa langkah yang telah dibuat dan bagaimanaprestasinya; dan

(h) apakah sektor-sektor kewangan negara yang akandiislamkan.

*5. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar minta Menteri Pendidikanmenyatakan:-

(a) adakah Kementerian membuat kajian atas sebabkemunduran pelajaran murid-murid sekolah diluarbandar terutama sekali di Sarawak. Kalau adaapakah punca kemerosotan prestasi SMK Sebuyaudi dalam perperiksaan SPM' dalam tahun 1991 dan1992 berturut-turut. Apakah langkah agar prestasibaik boleh dipertingkatkan;

Page 3: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT HARI SELASA, 4HB. MET, 1993 PUKUL 2.30 PETANG Bi1.6 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB MULUT

(b) sebagai keseluruhannya sekolah luar bandar diSarawak mempunyai prestasi yang rendah, dari ituapakah ' peratusan kelulusan keseluruhan danperatusan pangkat-pangkat kelulusan di peringkatSRP dan SPM pada tahun 1989 , 1990, 1991 dan1992; dan

(c) adakah Menteri Pendidikan dan Timbalannyamenerima ini sebagai satu cabaran agar murid-murid dari luar bandar terutama sekali di Sarawakboleh menjenguk dan mengkaji di UniversitiMalaysia Sarawak dalam rangka peratusan murid-murid luarbandar yang seimbang dengan murid-murid di Bandar.

. *6. Tuan Tan Kok Wai minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) sama ada beliau bersetuju bahawa Pelan IndukKuala Lumpur sudah lapuk , kerana banyak kelema-han dan tidak boleh menampung keperluan ataupermintaan untuk menjadi sebuah bandaraya contohyang maju dirantau ini dan dengan sebab itu satukajian menyeluruh keatas pelan sangat diperlukandengan segera; dan

(b) kawasan-kawasan yang kurang mendapat perhatiandan sasaran matlamat Pelan Induk Kuala Lumpurberkaitan:.

(i) perumahan awam bagi penduduk tidakmempunyai rumah dan orang miskin;

(ii) penempatan semula setinggan dan kilangharam;

(iii) sistem pengangkutan awam yang cekap;

(iv) penebatan banjir;

(v) pembaikan mutu alam sekitar;

(vi) sistem penyelerakan lalu lintas yangberkesan.

*7. Tuan Harrison Ngau .Laing minta Menteri Pendidikanmenyatakan:-

(a) berapakah peruntukan untuk membina danmemperbaiki bangunan di sekolah-sekolah rendahdan menengah .di kawasan P-179 Baram pada tahun1991, 1992, 1993 dan 1994; dan

Page 4: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT HARI SELASA, 4HB. MET, 1993 PUKUL 2.30 PETANG Bi1.6 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB MULUT

4

(b) apakah tindakan yang telah, sedang dan akandiambil oleh Kementerian atau Jabatan Pendidikanatas bangunan sekolah di SRK. Long Bedian, SRK.Long Kesseh, SRK. Long Pilah, SRK. Uma Bawangdan SRK. Peking di kawasan Baram yang sudahusang dan tidak selamat untuk digunakanseterusnya. .

*8. Tuan Hi Abd . Hamid bin HI. Abd . Rahman minta MenteriPembangunan Luar Bandar menyatakan:

(a) jumlah pemilik dan keluasan Tanah MilikSementara (TOL) yang memohon untuk mendapat-kan Bantuan Tanam Semula dari pihak RISDA; dan

(b) adakah kajian dan cadangan dibuat oleh. pihak-RISDA untuk membantu pemilik Tanah Sementara(TOL) ini bagi melayakkan mereka mendapatbantuan tanam semula.

*9. Tuan' Robert Lau Hoi Chew minta Menteri Pertanianmenyatakan:

(a) apakah penalti-penalti seperti denda dan penahananperahu-perahu ikan yang datang dari SemenanjungMalaysia yang telah ditangkap kerana menangkapakan secara haram di zon perikanan Sarawak; dan

(b) adakah benar bahawa perahu-perahu ikan tersebuttelah dilepaskan dengan penalti yang ringan jikadibandingkan dengan perahu-perahu ikan Sarawak.

*10. Than Wong Sing Nang minta Menteri Kerja Raya menyatakan:

(a) bilakah Lebuhraya Pan-Borneo akan slap dibina,laitu ditutupi tar dengah keseluruhan;

(b) berapa kilometer lagi yang belum slap dibina; dan

(c) apakah sebab bagi penangguhannya.

*11. Tuan Maidom P. Pansai minta Menteri Kesihatan menyatakanbahawa menurut laporan akhbar tempatan pada baru-baru ini, "TyphoidOutbreak" 'telah berlaku lagi di Sabah. Kalau itu benar, apakah tindakanyang telah diambil oleh Kerajaan untuk membasmi atau sekurang-kurangnya mengawal penyakit itu.

* 12. Dr. T. Marimuthu minta Menteri Perdagangan Antarabangsa danIndustri sejauh manakah Kerajaan telah berjaya meningkatkan kerjasamadan hubungan perdagangan dan ekonomi dengan negara-negara selatanseperti di benua kecil India, Amerika Latin dan Afrika telah mulamengamalkan dagar ekonomi yeng telah terbuka. Nyatakan jumlah nilaiperdagangan Malaysia dengan negara-negara tersebut.,

Page 5: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT HARI SELASA, 4HB. MET, 1993 PUKUL 2.30 PETANG Bi1.6 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB MULUT

5

*13. Tuan Haii Mahbud bin Haii Hashim minta MenteriPengangkutan menyatakan apakah hasil penylasatan terhadap peristiwapesawat Skyvan yang dilaporkan hilang semasa penerbangannya ke.BandarAceh pada awal bulan Februari, lalu.

*14. Tuan Ishak bin Arshad minta Menteri Pertahanan menyatakan:-

(a) cadangan Kerajaan terhadap pembelian kapalterbang dan lain-lain untuk tentera kita sama adadari negara Eropah, Amerika dan Russia baru-baruin!. Sehingga setakat manakah cadangan-cadanganpembelian tersebut dilaksanakan;

(b) tawaran-tawaran yang dibuat oleh negara-negarapembekal dari segi aspek latihan khidmatsokongan, peralatan serta keistimewaan lain yangdijanjikan; dan

(c) jumlah kewangan yang terlibat jika sekiranyapembelian tersebut dilaksanakan.

*15. Dato' Oamaruz Zaman bin Haii Ismail minta MenteriPendidikan menyatakan punca-punca yang menyebabkan berlakunyakeruntuhan moral dan budaya kuning yang sedang menular di' institusi-institusi pengajian tinggi sekarang terutamanya dalam soalbersekedudukan dan menjadi pelacur kelas atasan. Apakah inisiatif yangdiambil bagi membenteras masalah ini yang melahirkan budi pekerti yangcemerlang di kalangan intelektual.

*16. Puan Haiah Rakibah binti Hail Abdul Manan minta MenteriPerpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyatakanmemandangkan bertambahnya bilangan pengemis-pengemis asingterutamanya semasa Bulan Puasa yang lalu, apakah usaha-usahaKementerian beliau untuk menangkap mereka ini untuk menjaga imejnegara ini oleh kerana bilangan pengemis tempatan telah berkurangandengan tindakan yang' diambil oleh Kementerian beliau.

*17. . Tuan Lim Hock Sens minta Menteri Pengangkutan menyatakanhasil siasatan atau laporan resmi kebakaran kedua di Lapangan TerbangAntarabangsa Subang.

*18. Dato' Haii Mohd . Abu Bakar bin Rautin Ibrahim minta MenteriKesihatan menyatakan:

(a) adakah Kerajaan sedar bahawa bagi mendapatkanrawatan pakar oleh orang awam di HospitalKerajaan terpaksa menunggu giliran dan mengambilmasa yang lama disebabkan oleh pesakit yangterlalu ramal dan jugs kekurangan pakar,sementara di hospital swasta perkhidmatan pakarini dapat diberi dengan serta merta tetapi dengankos yang tinggi; dan

Page 6: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT HARI SELASA, 4HB. MET, 1993 PUKUL 2.30 PETANG Bi1.6 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB MULUT

6

(b) adakah Kerajaan bercadang untuk mengwujudkanSkim Insuran Kesihatan Kebangsaan bagimembolehkan rakyat mendapat rawatan yang lebihsempurria• tanpa menanggung kos yang tinggi.

*19. Tuan Fong Kul Lun minta Menteri Perdagangan Dalam Negeridan Hal Ehwal Pengguna menyatakan tentang operasi penguatkuasaanperdagangan yang dijalankan sepanjang tahun in!, dengan menyebut:

jumlah pemeriksaan;

nilai barang yang disita; dan

jenis kesalahan yang disabitkan.

*20. Tuan ' Nurnikman bin Abdullah minta Menteri •Pendidikanmenyatakan apakah di antara sebab-sebab kemerosotan keputusanpeperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di Sabah tahun lalu. Sudahkahkajian yang menyeluruh dimulakan untuk mempastikan kelemahan-kelemahan yang terdapat dan apakah tindakan selanjutnya diambil olehKerajaan untuk mengatasi masalah ini.

*21. Tuan Wan Omar Wan Majid minta Menteri Kebudayaan,Kesenian dan Pelancongan menjelaskan:-

(a) apakah nama syarikat yang terlibat denganpenswastaan pelancongan di Pulau Layang-Layang;dan

(b) apakah hubungan anak Perdana Menteri denganSyarikat ini.

*22. Tuan Robert Lau Hoi Chew minta Menteri Pengangkutanmenyatakan:

(a) cadangan tarikh terakhir untuk Lapangan Terbang,Sibu disiapkan dan jika terdapat sebarangkelewatan dan jika ya, 'apakah langkah-langkahyang diambil untuk mengatasinya; dan

(b) adakah Lapangan Terbang Baru Sibu akan dihubungterus ke Kuala Lumpur, Singapura dan lain-lain ibunegara yang berdekatan demi untuk menggalakpelancongan dan menyediakan perkhidmatan kargoudara bagi industri ringan yang dicadangkan dibahagian tengah Negeri Sarawak.

*23. Puan Rohani Abdul Karim minta Menteri Dalam Negerimenyatakan tentang apakah peranan yang dimainkan oleh Persatuan-persatuan Persahabatan yang ditubuhkan khas untuk mengeratkanhubungan negara kita dengan negara-negara lain, seperti "Malaysian-Saudi Arabian Friendship Society, 'Taiwan-Malaysian Friendship Society'dan sebaginya. Setakat kini, apakah kesan yang telah dimainkan olehPersatuan-persatuan ini dan sama ada pihak Kementerian mendapat

Page 7: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT HARI SELASA, 4HB. MET, 1993 PUKUL 2.30 PETANG Bi1.6 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB MULUT

7

maklumbalas mengenai perancangan aktiviti atau projek usahasama yangdikelolakan. Senaraikan nama-nama persatuan yang didaftarkan atastujuan persahabatan di negara ini.

*24. Tuan Haii Nik Abdullah bin Nik Arshad minta Menteri Tanahdan Pembangunan Koperasi menyatakan:

(a) berapa luaskah tanah rizab Melayu yang diambiloleh Kerajaan untuk apa jua kegunaan selepastarikh kemerdekaan mengikut negeri;

(b) adakah tanah yang diambil itu diganti semuanya.Jika ada yang belum diganti, seluas mana dan dimana;

(c) nyatakan sebab-sebab is tidak digantikan; dan

(d) mengikut Akta tanah yang baru, Kerajaan bolehmengambil mana-mana tanah demi pembangunan.Adakah ini melibatkan tanah rezab Melayu danadakah pengambilan ini akan diganti dengan yanglain.

*25. Tuan Gooi Hock Seng minta Menteri Pengangkutan menyatakansejauh mana kerosakan dan kerugian terhadap fail-fail dan dokumen-dokumen, yang dialami oleh pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan RayaPulau Pinang di Batu Uban akibat kebakaran tidak 'lama dahulu dansejauh manakah kerosakan dan kerugian yang dialami telah dipulihkan.

*26. Tuan Foo Piew Kok minta Menteri Kewangan menyatakanapakah kesannya cadangan Kerajaan meningkatkan taraf Jabatan HasilDalam Negeri ke taraf Lembaga dari segi hasil kutipan dan jugapretasinya.

*27. Tuan Lim Guan Eng minta Menteri Kewangan menyatakanmengapa pada tahun 1990 Bank Negara Malaysia memberikan kelulusankepada MBF Finance Bhd. untuk membeli sebidang tanah di Jalan YapKwan Seng, Kuala Lumpur) dengan harga lebih kurang $27 juta untukmembina sebuah bangunan pejabat menara tinggi yang berharga lebihkurang $180 juta semasa MBF Finance Bhd. hanya mempunyai modalberbayar kurang daripada $200 juta.

*28. Tuan Kerk Kim Hock minta Menteri Pengangkutan menyatakanbersabit dengan tindakan 'takut pandu' yang dijalankan oleh pemandu-pemandu lori balak pada Ogos 1992:

(a) sejak Ogos 1992, berapakah lori balak telahdikenakan hukuman oleh kerana telah membawalebih muatan; dan

(b) apakah sebabnya wakil-wakil pemandu tidakmengikut formula penyelesaian yang dikemukakanoleh Kementerian Pengangkutan.

Page 8: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT HARI SELASA, 4HB. MET, 1993 PUKUL 2.30 PETANG Bi1.6 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB MULUT

8

*29. Tuan Hall Nasruddin bin Haii Alang Saidin minta MenteriKesihatan menyatakan:

(a) apakah langkah-langkah pihak Kementerian' bagimengatasi kecuaian kakitangan Hospital ' Kerajaandan juga Hospital Swasta yang semakin seriuskebelakangan in!; dan

(b) berapa kes yang telah dilapurkan sehingga Mac,1993 bagi Hospital Kerajaan dan Hospital Swastadan apakah tindakan yang telah diambil.

*30. Tuan G. Palanivel minta Menteri Perumahan dan KerajaanTempatan menyatakan sama ada Kerajaan telah menimbang untukmenubuhkan sebuah Lembaga Pembangunan Perumahan Kebangsaan(National Housing Development Board) yang bertangggungjawab ke atasperuntukan rumah-rumah murah.

*31. Tuan Geoffrey Yee Lung Fook minta Menteri Kesihatan menya-takan memandangkan bahawa baru-baru in! Timbalan Menteri DalamNegeri menyatakan bahawa ada sijil-sijil kelahiran yang telah dikeluarkanatau diberi kepada orang-orang asing yang bukan lahir di Malaysia.Adalah difahamkan semua sijil lahir mestilah disahkan benar oleh doktorsebelum Jabatan Pendaftaran Negara mengeluarkan sijil lahir. Olehyang demikian, sila nyatakan:-

(a) sama ada hospital di Tawau, Lahad Datu, Sempor-,.na dan Sandakan pernah terjumpa atau .mendapatipermohonan sijil-sijil yang palsu;

(b) adakah semua permohonan sijil-sijil lahir telahdisemak dengan teliti dan terperinci keadaan yangkedudukan ibubapa sama ada rakyat Malaysia atau.bukan; dan

(c) adakah pihak hospital diberi kuasa lebih terperinciuntuk menentukan sama ada pemohon-pemohontersebut rakyat Malaysia ataupun orang asing.

*32. Dato' Dr Jamaludin bin Dato' Mohd Jariis minta PerdanaMenteri menyatakan:-

(a) langkah Kerajaan untuk mengurangkan saiz (downsizing) dan memberi peranan yang lebih kepadasektor swasta dalam pembangunan ekonomi negara.Apakah langkah ini memberi kesan negatifterhadap pembangunan ekonomi Bumiputera;

(b) akibat dari langkah in!, adakah agensi-agensiKerajaan beroperasi di bawah keupayaan danmenjejaskan keupayaan Kerajaan membela nasibmasyarakat di luar bandar; dan

(c) khususnya kesan "down sizing" kepada. LembagaWilayah seperti DARA.

Page 9: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT HARI SELASA, 4HB. MET, 1993 PUKUL 2.30 PETANG Bi1.6 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB MULUT

9

*33. Dato' Dr Affifudin b. Hi Omar minta Menteri Pertahananmenyatakan bilakah akan dibuat keputusan mengenai pembelian kapal-terbang iaitu di antara MiG29 dan Russia dan F-18 dari USA. Adakahpihak USA bersedia mengambil bahagian di dalam rancangan pembayarandi dalam bentuk minyak kelapa sawit seperti yang dipersetujui olehRussia.

*34. Tuan Awang bin Jabar minta Menteri Pengangkutan menyatakanapakah langkah-langkah tegas yang akan diambil bagi mempertingkatkankawalan dan keselamatan di LTAB, Subang.

*35. Dr. Kua Kia Soong minta Menteri Sains, Teknologi dan AlamSekitar menyatakan:-

(a) sama ada Redang Island Resort, satu cawanganKumpulan Berjaya , telah didakwa kerana telahmenebangi seluas 10 ekar hutan paya bakau asli diatas pulau berkenaan secara haram , terang-terangmelanggari arahan Kerajaan;

(b) sebab mengapa tindakan penebangan haram initidak dikesan untuk masa yang begitu panjang olehagensi-agensi Kerajaan yang sepatutnya mengawasiprojek tersebut;

(c) sama ada Jabatan Persekitaran harus menolak EIAperingkat kedua projek Pulau Redang inimemandangkan rekod pengusahanya - yangmemauukan in!, yang mana secara terang -terangmelanggari syarat-syarat khas JabatanPersekitaran; dan

(d) siapa yang akan membayar bagi projek pembekalanair di pulau tersebut , sama ada pengusaha ataupunKerajaan Negeri dan sama ada EIA telahdilaksanakan terhadap projek pembekalan air ini.

1.

*36. Tuan Liew Ah Kim minta Perdana Menteri menyatakan samaada beliau sedar rungutan penduduk -penduduk di Batu 3 1/2 Jalan SungaiBesi mengenai tempat pelupusan sampah DBKL yang menampung lebih700 muatan lori setiap hari, memberi kesan buruk kepada alam sekitarakan memindahkan tempat pelupusan sampah in! , jika ya bila , dan jikatidak dalam tempoh berapa lama lagi tempat pelupusan sampah itu terusberoperasi.

*37. Tuan Sim Kwang Yang minta Menteri Tenaga , Telekom dan Posmenyatakan adakah pihak Kerajaan telah memutuskan untuk mengeluar-kan lesen kepada beribu-ribu orang yang telah memasang parabolicantennae (TVRO ) di negeri Sarawak sebelum kelulusan pindaan AktaTelekomunikasi pads tahun 1992 dan apakah kemajuan telah dicapaiuntuk membolehkan parabolic antennae itu hotel-hotel.

Page 10: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT HARI SELASA, 4HB. MET, 1993 PUKUL 2.30 PETANG Bi1.6 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB MULUT

- 10 -

*38. Tuan Ibrahim Mustafa minta Menteri Kebudayaan, Kesenian danPelancongan menyatakan:-

(a) bilangan syarikat/agensi pelancongan yang ber-daftar di negara ini;

(b) bilangan syarikat yang dapat dikesan dalamsindiket mengimport wanita-wanita luar untuktujuan pelacuran; dan

(c) sejauh manakah Kementerian dapat bertindakuntuk menangani masalah in!.

*39. Tuan Ahmad Nor minta Menteri Kerja Raya menyatakanlangkah yang diambil bagi menggalakkan kenderaan bermotor lebihmenggunakan Jambatan Pulau Pinang dari perkhidmatan feri SPPP, danbolehkan kadar bayaran tol Jambatan Pulau Pinang sekarang diturunkankepada kadar yang lebih munasabah.

*40. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar minta Perdana Menterimenyatakan:-

(a) adakah benar yang Kerajaan mempunyai perasaan'pilih kasih' atas layanan diantara anggota Pollsdan Tentera. Umpamanya Hari Pahlawan adalahmirip kepada kepentingan dan perjuangan Tenteradan Polls dianggap sebagi 'window dressing' danlayanan adalah melepas batuk ditangga. YangAmat Berhormat Perdana Menteri sendiri yangmemberi perhatian kepada Kebajikan bekas-bekasTentera (PBRM) tetapi bekas-bekas Polis takpernahpun masuk agenda penting mana-manaMenteri. Gaji dan skim perkhidmatan AnggotaPolis dahulu setaraf dengan Tentera dan tinggidaripada Pegawai Kastam. Sekarang telahmenurun ke bawah;

(b) adakah tabung Hari Pahlawan Khas untuk Tenterasahaja atau pun termasuk Bekas Polls. Jikalautidak mengapakah begini dan adakah rancanganuntuk memberi pengiktirafan yang sama kepadaPolls; dan

-(c) adakah kurang keperhatian Kerajaan itumencerminkan kurang perhatian pucuk pimpinanJabatan Polls itu sendiri atas kebajikan dan masahadapan anggota-anggotanya. Adakah pucukpimpinan ini sedar segala pujian dan pengiktirafandiberi kepada mereka adalah berlandaskanpengorbanan, titik peluh dan darah anggotabawahan.

Page 11: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT HARI SELASA, 4HB. MET, 1993 PUKUL 2.30 PETANG Bi1.6 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB MULUT

- 11 -

*41. Dr. Othman Minudin minta Perdana Menteri menyatakan apakahrancangan-rancangan terperinci dan konkrit YAB untuk • meningkatkanmutu pendidikan Negeri Sabah seperti yang telah, dinyatakan di dalammedia massa baru-baru ini dan bilakah langkah-langkah konkrit ini akandimulakan perlaksanaannya.

*42. Tuan Tan Kok Wai minta Menteri Penerangan menyatakansejauh mana penyalahgunaan berlaku -dalam industri pengiklanan bagimenggalakkan jualan barang-barang pengguna tanpa menurut nilal moraldan budaya masyarakat Malaysia. - Adakah Kementeriannya mengadakanperaturan pengiklanan dalam media cetak dan elektronik bagimelindungi kepentingan para pengguna. Jika tidak, mengapa.

*43. Dato' Mohd. Zihin Hi. Mohd. Hassan minta ' MenteriPembangunan Luar Bandar menyatakan adakah Kementerian bercadangsupaya tiap-tiap negeri mendirikan ladang-ladang supaya diberi kepadarakyat termiskin.

*44. Dr. Nawawi Mat Awin minta Menteri Luar Negeri menyatakanapakah perkembangan dalam usaha mendapatkan. kerjasama negara -negaralain supaya kejadian-kejadian nahas perkapalan dikurangkan di perairanSelat Melaka, terutamanya yang kemungkinan besar membawa akibatburuk kepada rakyat kerana tumpahan minyak dan sebagainya dan lebih-lebih lagi bahaya kebocoran bahan radio-aktif.

*45. Dr. Tan Seng Giaw minta Menteri Kewangan, menyatakanbilakah laporan konsortium Anglo-Japanese boleh diumumkan dan apaRahisi kandungannya. Apakah Kerajaan bercadang untuk mengadakan- sebuahbadan korporat untuk mengendalikan rancangan Lapangan Terbang KualaLumpur, Sepang. Jika ya, apakah bentuk badan tersebut. Bilakahrancangan tersebut mula dilaksanakan dan bilakah akan selesai.Bagaimanakah Kerajaan dapat memastikan projek tersebut dilaksanakandengan bersih, cekap dan amanah.

*46. Tuan Wong Wing On minta Menteri Pengangkutan menyatakansebab-sebab atau punca-punca sering berlakunya kemalangan yangdashyat di sepanjang Lebuhraya Karak, dan sama ada Kementerian telahmembincangkan perkara ini dengan Kementerian Kerja Raya demimengambil langkah-langkah bersama untuk mengatasi masalah ini;nyatakan langkah-langkah yang telah, sedang dan akan diambil.

*47. Tuan Shahidan Kassim minta Menteri Pengangkutan menyatakanadakah Kerajaan bercadang untuk mengadakan sistem tol untukmengawal kapal-kapal yang. lalu di Selat Melaka; dan sekiranya tidakdijalankan, apakah terdapat alternatif lain bagi mengawalnya.

*48. Tuan Ruhanie Hail Ahmad minta Menteri Dalam Negerimenyatakan adakah pihak-pihak yang terus-menerus mempersoal danmempertikaikan kesahihan pindaan Perlembagaan Persekutuan mengenaiRaja-Raja Melayu akan diambil tindakan di bawah Akta KeselamatanDalam Negeri (ISA). Adakah Kementeriannya telah mengenai past!pihak-pihak tersebut., Harap senaraikan nama kumpulan-kumpulan ini.

-3.

Page 12: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT HARI SELASA, 4HB. MET, 1993 PUKUL 2.30 PETANG Bi1.6 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB MULUT

- 12

*49. , Tuan Hail Mohamad bin Sabu minta Menteri Tenaga, Telekomdan. Pos menjelaskan kesan pelaburan terhadap Malaysia berikutan krisistenaga yang melanda negara ini dan apakah langkah-langkah yangdiambil untuk mengatasinya.

*50. Tuan Wee Choo Keong minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) sebelum Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)menyewakan hartanah terbaik (prime land) di BukitKiara • seluas 360 ekar dengan harga murahsebanyak RM59,725 seekar selama 96 tahun kepadasebuah syarikat asing, Kuala Lumpur Golf &Country Club Sdn Bhd. (KLGCC), adakah DBKLmeminta Jabatan Penilaian Kerajaan untuk menilaihartanah tersebut. Jikalau ya, sila berikan butir-butir penuh lapuran penilaian dan lebih penting,harga setiap ekar. Jikalau tidak, sila berikansebab-sebab penuh kenapa DBKL tidakmendapatkan penilaian sebelum hartanah tersebutdisewa kepada syarikat asing dengan harga "giveaway" sebanyak RM59,725 seekar;

(b) mengikut salah satu syarat Perjanjian PenyewaanTambahan (Supplemental Lease Agreement) selama96 tahun untuk hartanah seluas 36 ekar di BukitKiara di antara DBKL dan KLGCC, "KLGCC shall,prior to issuing an invitation to members of thepublic to become members of KLGCC, extend aninvitation to Kelab Di Raja Tasik Perdana andKelab Di Raja Selangor giving prior rights tobecome members". Pada semua masa yangmatang, KLGCC tidak memperlawa ahli-ahlidaripada kedua-dua kelab tersebut untuk menjadiahli-ahlinya sebelum menjualkan keahlian-keahliannya kepada orang awam. Oleh yangdemikian, KLGCC telah melanggar PerjanjianPenyewaan tersebut dan DBKL atau Kerajaanmempunyai hak di bawah undang-undang untukmenamatkan Perjanjian Penyewaan selama 96tahun tersebut dengan KLGCC. Sila berikanbUtir-butir penuh kenapakah DBKL atau Kerajaantidak menamatkan Perjanjian Penyewaan tersebutdan mengambil balik milikan hartanah terbaiknegara untuk memelihara kepentingan negara kita.

(c) sila jelaskan sama ada Perdana Menteri, TimbalanPerdana Menteri, Menteri-Menteri dan Pegawai-Pegawai Kerajaan yang lain adalah ahli-ahliKLGCC. Jika ya, sila berikan nama-nama danbayaran yang telah dibuat untuk keahlian-keahlianKLGCC.

Page 13: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT HARI SELASA, 4HB. MET, 1993 PUKUL 2.30 PETANG Bi1.6 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB MULUT

- 13 -

*51. Tuan Saidin 0 Yusof bin Adam minta Menteri Pendidikanmenyatakan berapa ramaikah anak-anak negara acing yang bersekolah disekolah-sekolah. Kerajaan pads tiap-tiap negeri di Malaysia dan darinegara manakah asal -penjaga mereka: Adakah mereka dikenakansebarang bayaran tambahan selain dari biasa oleh pelajar-pelajarwarganegara.

*52. Tuan Karnal Singh minta P,erdana Menteri menyatakan samaada Kerajaan sedia membayar balik bayaran denda yang dibayar olehpemandu-pemandu motor di Johor atas perintah Sultan Johor. Apakahtindakari yang diambil terhadap pegawai-pegawai polis yang telahbersubahat dengan Sultan Johor dalam mengenakan denda yang menyalahiundang-undang.

*53. Dato' Muhamad bin• Abdullah minta Menteri Perumahan danKerajaan Tempatah menyatakan:

(a) berapa banyakkah projek rumah murah yangterbengkalai di seluruh negara sehingga sekarang.Apakah langkah-langkah baru yang akandilaksahakan oleh Kerajaan bagi menyelesaikanprojek-projek yang terbengkalai tersebut; dan

(b) adakah langkah-langkah yang akan . dilaksanakan itutelah mendapat persetujuan daripada Kerajaan-kera jaan Negeri.

*54. . Than Lau Dak Kee minta. Menteri Dalam Negeri menyatakanbahawa Kad Pengenalan, Sijil Beranak dan Passport Aritarabangsa dipal-sukan dan dijual kepada orang using melalu sindiket tertentu, mintaMenteri Dalam Negeri menyatakan;

(a) jumlah passport antarabangsa, sijil beranak dankad pengenalan telah dipalsukan setakat hari ini;

(b) sebutkan identiti dan bilangan orang-orang asingyang memegang kad pengenalan, sijil beranak danpassport antarabangsa yang palsu;

(c) sebutkan langkah-langkah untuk mengawal kadpengenalan yang baru/lama dan sijil beranak dijualkepada sindiket tersebut; dan

(d) apakah tindakan sedang dan akan diambil untukmencegah penjualan dan pemalsuan passportantarabangsa, kad pengenalan dan sijil beranak.

*55. Dato' Basri Baiuri minta Menteri Pembangunan Luar Bandarmenyatakan:-

(a) bilakah Tanah Rancangan Felcra Batu 8,Sijangkang, Tanjung Rabuk dan Bukit Gagah KualaLangat akan diserahkan kepada Kerajaan Negeriuntuk diberikan kepada pemohon-pemohon;

Page 14: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT HARI SELASA, 4HB. MET, 1993 PUKUL 2.30 PETANG Bi1.6 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB MULUT

- 14 -

(b) bilakah kerja-kerja ukur-mengukur tanah berkenaanselesai dijalankan; dan

(c) setakat ini berapakah nilai hasil. bulanan dan hasilterkumpul bagi setiap projek tersebut.

*56. Dr . V David. minta Menteri Tenaga, Telekom dan Posmenyatakan:

(a) betul atau tidak bahawa kita mengambil elektrikdari Singapura dan Negeri Thai;

(b) jika ya,. bolehkah beliau memberitahu Dewanberapa banyaknya kuasa elektrik yang kita sedangmembeli dari negara-negara ini; dan .

(c) adakah kemungkinan kita akan mencapai tarafpenjanaan kuasa elektrik yang mencukupi • bagipenggunaan negara, dan jika !a , bila ini akanmenjadi keputusan.

*57. Tuan Fong Kui Lun minta Menteri Sumber Manusiamenyatakan:-

(a) berapa banyak ladang yang dibangunkan untukdijadikan tapak industri dan perumahan dan padanggolf dan berapa ramai,pekerja ladang hilangpekerjaan di seluruh negara dan sebutkan mana-mana ladang dan bilangan pekerja terlibat; dan

(b) adakah rancangan tertentu untuk membantupekerja-pekerja yang terlibat dalam penutupanladang- ladang.

*58. Tuan Hail Abdul Hadi bin Hail Awang minta MenteriPenerangan menyatakan:

(a) apakah garis panduan pihak Kementeriam terhadapsiaran yang ditayangkan di pet! televisyensepanjang bulan puasa baru-baru ini;

(b) adakah pihak Kementerian merujuk kepada badan-badan Islam tertentu seperti Bahagian Hal EhwalIslam di Jabatari Perdana Menteri atau PusatIslam dan lain - lain untuk memastikan bahawaprogram-program tersebut tidak bercanggah denganajaran Islam;

(c) sekiranya tidak, apakah sebab-sebabnya; dan

(d) adakah pihak kementerian bercadang untukmerujuk terlebih dahulu kepada badan-badantersebut di masa-masa akan datang untukmemastikan kecuaian sesuatu program itu.

.14

Page 15: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT HARI SELASA, 4HB. MET, 1993 PUKUL 2.30 PETANG Bi1.6 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB MULUT

- 15 -

*59. Tuan Ahmad Nor minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) apakah rasional bagi Kerajaan melantik wakilrakyat dart Barisan Nasional, khususnya dariUMNO untuk menjadi pengerusi-pengerusi dan ahli-ahli Lembaga Pengarah dalam agensi-agensiKerajaan; dan

(b) bukankah perlantikan-perlantikan ini menggalakanpengaruh politik yang tidak sihat dan konflikkepentingan yang boleh menjejaskan pentadbirandan perjaaanan agensi-agensi berkenaan.

*60. Dr. Tan Seng Giaw minta Menteri Perdagangan Antarabangsadan Industri menyatakan apakah jumlah pelaburan Malaysia atau rakyatMalaysia di negara China dan sebaliknya apakah jumlah pelaburan Chinadi Malaysia. Apakah jenis-jenis pelaburannya. Selain lawatan PerdanaMenteri dan Menteri, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untukmempertingkatkan pelaburan dan perdagangan dua hala. Apakahmasalahnya. Apakah cara.penyelesaiannya.

*61. Tuan Wong Wing On minta Menteri Pendidikan menyatakansama ada Kerajaan akan mengkaji semula keputusannya untuk melarangwarganegara Malaysia untuk melanjutkan pendidikan tinggi mereka diinstitut-institut pengajian tinggi Republik Rakyat China (RRC),memandangkan:

(a) perang dingin antarabangsa sudah tamat dan idea-idea , komuiisme sudah ditolak oleh rakyatMalaysia;

(b) Parti Komunis Malaya telahpun meletak senjatadan menamatkan perjuangan mereka pada tahun1989; dan

(c) RRC -telah berjaya menjalan reformasi ekonomiserta mengamalkan sistem pasaran.

*62. Tuan Lau Dak Kee minta Menteri Pendidikan menyatakan:-

(a) jumlah bilangan kekurangan guru/pengajar di setiapjenis sekolah, kolej, dan universiti dan pecahkanmengikut negeri masing-masing;

(b) mengapa kekurangan tersebut sukar diatasi olehusaha Kerajaan; dan

(c) sejauhmanakah kekurangan tersebut akanmenjejaskan matlamat Kerajaan.

Page 16: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT HARI SELASA, 4HB. MET, 1993 PUKUL 2.30 PETANG Bi1.6 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB MULUT

- 16 -

*63. Tuan Joseph Voon Shin Choi minta Menteri Dalam Negerimenyatakan, berapakah jumlah Kad Pengenalan baru yang telahdikeluarkan di seluruh negara sejak kad pengenalan baru itudiperkenalkan. Dan berapakah bilangan permohonan penukaran kadpengenalan lama kepada baru setakat 31hb. Mac 1993 yang telahdikeluarkan di Sabah. Daripada jumlah itu berapakah pula jumlah kadpengenalan baru yang telah dikeluarkan bagi Sabah.

hm

Page 17: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT HARI SELASA, 4HB. MET, 1993 PUKUL 2.30 PETANG Bi1.6 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB MULUT

- 17 -

_L _,- - - dfbuat oleh T=n "!Malik biome 4a V iah aI

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinyadipersembahkan Kebawah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:

Ampun Tuanku,

Patik , Yang di-Pertua dan Ahll-ahllDewan Rakyat di dalam Persidangan Parlimen,memohon ampun mempersembahkan suatuucapan yang zalil daripada Ma jlls DewanRakyat mengucapkan berbanyak -banyak syukurdan menjunjung kasih Seri Paduka Bagindakerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda padsmasa membuka Penggal Ketiga Parlimen YangKelapan.

Menyambung semula Perbadanan atas Messiah (abb. Mel, 1993).

2. (DR. 38/92) Rang Undang-undang PengambilanTanah (Pindaan ) 1992

Bacaan KaliYang Kedua

n3. (DR. 34/92) Rang Undang-undang Tanah (KawasanPenempatan Berkelompok) (Pindaan)1992

4. (DR. 33/92) Rang Undang-undang Perikanan(Pindaan) 1992

m

5. (DR. 23/92) Rang Undang-undang Pusat Jagaan m

1992

6. (DR. 27/92) Rang Undang-undang Institut Piawalandan Penyelidikan PerindustrianMalaysia (Perbadanan) (Pindaan) 1992

m

7.

ks.

(DR. 2/93) Rang Undang-undang SuruhanjayaPelabuhan Pulau Pinang (Pindaan) 1993

IL

MOHD
Text Box
Page 18: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT HARI SELASA, 4HB. MET, 1993 PUKUL 2.30 PETANG Bi1.6 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB MULUT

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA

KE DALAN MESYUARAT

Tahun 1993 Tarikh dibentangkan

CMD. 20 Memorandum Jabatan Perdana MenteriMengenai Laporan Ketua Audit Negara'Mengenai Akaun Kerajaan PersekutuanTahun 1990 3 Mei 1993

ST. 30 Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 4 Mei 1993