aturan urusan mesyuarat - parlimen.gov.my · ... jumlah keanggotaan majlis fatwa kebangsaan ......

10
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT HARI R.ABU 26 OKTOBER 1994, PUKUL 2.30 PETANG Bil. 37 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB MULUT * 1. Cik Ski Zainab binti Abu Bakar minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan punca utama yang menyebabkan rasuah dalam bolasepak. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian melaluli persatuan-persatuan dan kelab-kelab sukan Malaysia untuk meninggikan taraf hidup mereka. *2, Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mengelakkan kejadian perlanggaran kapal yang menyebabkan tumpahan minyak yang sering berlaku di Selat Melaka. Apakah reaksi Kementerian terhadap pendapat seorang pengkaji tempatan bahawa tidak lama lagi Selat Melaka akan menjadi "Laut Mati" yang tidak boleh dihuni oleh sebarang kehidupan Mann jika masalah tumpahan minyak di selat berkenaan tidak dicegah serta ditangani secara berkesan. *3. Dato ' Hail Mohd . Abu Bakar bin Rautin Ibrahim minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menggantikan peperiksaan Si jil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan satu sistem bare dan daripada model Negara-negara manakah pihak Kementerian membuat panduan dan adakah rasional dasar tersebut. *4. Dr. Sanusi Daeng Mariok minta Menteri Luar Negeri menyatakan adakah Kerajaan Malaysia akan mengekalkan tenteranya di Bosnia apabila PBB menarik keluar semua tentera pengamannya di sana. *5. Tuan Foo Piew Kok minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah kes-kes di mana para majikan tidak membuat caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja serta nyatakan: ( a ) jumlah wang yang terlibat mengikut pecahan tahun-tahun 1991, 1992 dan 1993; (b) jumlah majikan yang telahpun dibawa ke mahkamah dan didakwa di bawah Akta Kumpulan . Wang Simpanan Pekerja 1991; (c) langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk memastikan caruman dibuat oleh majikan; dan

Upload: lamdien

Post on 07-Mar-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · ... Jumlah keanggotaan Majlis Fatwa Kebangsaan ... Apakah masalah dan cars-cara yang berkesan untuk mengatasinya. ... dan (b) setakat

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

HARI R.ABU 26 OKTOBER 1994, PUKUL 2.30 PETANG

Bil. 37

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB MULUT

* 1. Cik Ski Zainab binti Abu Bakar minta Menteri Belia dan Sukanmenyatakan punca utama yang menyebabkan rasuah dalam bolasepak.Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian melalulipersatuan-persatuan dan kelab-kelab sukan Malaysia untuk meninggikantaraf hidup mereka.

*2, Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad minta Menteri Pengangkutanmenyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil untukmengelakkan kejadian perlanggaran kapal yang menyebabkan tumpahanminyak yang sering berlaku di Selat Melaka. Apakah reaksiKementerian terhadap pendapat seorang pengkaji tempatan bahawa tidaklama lagi Selat Melaka akan menjadi "Laut Mati" yang tidak bolehdihuni oleh sebarang kehidupan Mann jika masalah tumpahan minyak diselat berkenaan tidak dicegah serta ditangani secara berkesan.

*3. Dato' Hail Mohd . Abu Bakar bin Rautin Ibrahim minta MenteriPendidikan menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menggantikanpeperiksaan Si jil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan satusistem bare dan daripada model Negara-negara manakah pihakKementerian membuat panduan dan adakah rasional dasar tersebut.

*4. Dr. Sanusi Daeng Mariok minta Menteri Luar Negerimenyatakan adakah Kerajaan Malaysia akan mengekalkan tenteranya diBosnia apabila PBB menarik keluar semua tentera pengamannya di sana.

*5. Tuan Foo Piew Kok minta Menteri Kewangan menyatakanjumlah kes-kes di mana para majikan tidak membuat caruman kepadaKumpulan Wang Simpanan Pekerja serta nyatakan:

(a ) jumlah wang yang terlibat mengikut pecahantahun-tahun 1991, 1992 dan 1993;

(b) jumlah majikan yang telahpun dibawa kemahkamah dan didakwa di bawah Akta Kumpulan

. Wang Simpanan Pekerja 1991;

(c) langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untukmemastikan caruman dibuat oleh majikan; dan

Page 2: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · ... Jumlah keanggotaan Majlis Fatwa Kebangsaan ... Apakah masalah dan cars-cara yang berkesan untuk mengatasinya. ... dan (b) setakat

2

(d) sama ada Kerajaan bercadang untukmemperuntukkan sate deposit yang perlu dibuatoleh majikan bagi setiap pekerja, di manasekiranya majikan tersebut tidak membuatcaruman, deposit itu akan dilucutkan.

*6. Tuan Haji Hamzah bin, Mohd . Zain mints Menteri PerusahaanAwam menyatakan langkah-langkah peningkatan kualiti PerkhidmatanPengangkutan Awam di seluruh negara.

*7. Tuan Haji Abdul Hadi bin Awang minta Perdana Menterimenyatakan:-

(a) Jumlah keanggotaan Majlis Fatwa Kebangsaanserta latar belakang mereka yang terlibat;

(b) bilakah keperluan ianya bersidang; dan

(c) bentuk penguatkuasaan sesuatu fatwa yang telahdiputuskan.

*8. Dr. Tan Seng Giaw minta Menteri Kesihatan menyatakanapakah bilangan dan jenis kes penyakit endemik dan wabak di negara inisetiap tahun dari 1990. Apakah masalah dan cars-cara yang berkesanuntuk mengatasinya. Apakah langkah yang diambil untuk mencegahwabak hawar.

*9. Datuk Nurnikman Abdullah minta Menteri Luar Negerimenyatakan bilakah EAEC akan dilancar sebagai satu badan yang rasmidan berfungsi memandangkan sudah ramai negara-negara mula menerimaEAEC.

X10. Tuan Wahab bin Suhaili minta Menteri Perdagangan DalamNegeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan:-

(a) apakah pihak Kementerian benar-benar menyedaribahawa masih banyak berlaku penipuan dalampenggunaan alat timbang terutamanya di kalanganpeniaga-peniaga sayuran dan ikan di pasar diseluruh negara;

(b) apakah tindakan yang telah diambil ke ataspeniaga-peniaga yang telah mengubahsuai slattimbang ini yang dapat dikesan sejak tahun 1990hingga sekarang; dan

(c) apakah cara pihak Kementerian untuk melibatkansama ada secara langsung atau tidak langsung ParaPengguna bagi membantu Kerajaan menanganimasalah mi.

X11. Tuan Joseph Mauh anak Ikeh minta Menteri Pendidikanmenyatakan berapa buah sekolah di kawasan Luar Bandar di Sarawakyang ada menyatakan/mengajar Pendidikan Pra-sekolah:

Page 3: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · ... Jumlah keanggotaan Majlis Fatwa Kebangsaan ... Apakah masalah dan cars-cara yang berkesan untuk mengatasinya. ... dan (b) setakat

i 3

(a) adakah bilangan tempat pra-sekolah itu mencukupidi seluruh negara; dan

(b) setakat ini apakah masalah yang dihadapi olehguru untuk mengajar Luar Bandar di Sarawak, danapakah tindakan oleh pihak Kerajaan bagimengatasi masalah tersebut.

X12. Tu_ a Fong Kui Lun minta Menteri Perumahan dan KerajaanTempatan menyatakan jumlah sijil kelayakan menduduki yang masihbelum diselesaikan di seluruh negara setakat 30.9.1994, punca kelewatanpengeluaran dan daripada jumlah itu, berapa yang tidak bolehdikeluarkan langsung dan sebabnya.

*13 . Than Mohamed Kamal bin Hussain minta Menteri Luar Negerimenyatakan bagaimanakah kedudukan mutakhir di alas tuntutan-tuntutanMalaysia ke atas Pulau-pulau Batu Putih, Ligitan dan Sipadan sertakepulauan Spartlys. Apakah peluang-peluang Malaysia memiliki pulau-pulau berkenaan jika dibawa ke International Court of Justice (ICJ)berdasarkan dokumen-dokumen sejarah atau perundingan dengan negara-negara yang berkenaan.

X14. Tuan Robert Lau Hoi Chew minta Menteri Kewanganmenyatakan sama ada Kerajaan dapat memberi kemudahan pengurangancukai bagi penderma-penderma yang menderma untuk sekolah-sekolah,tempat-tempat pemujaan serta badan-badan kebajikan dan sukan secaraotomatik kerana Lembaga-Lembaga Pengurusan bagi badan-badan inimendapati amat sukar serta banyak masa yang diperlukan untukmemohon dan mendapat kepulauan bagi memperolehi kemudahanpengurangan cukai.

*15 . Tuan Ahmad Nor minta Menteri Tanah dan PembanguananKoperasi menyatakan pendirian Kerajaan terhadap pengambilan tanahsecara sewenang-wenangnya oleh kerajaan-kerajaan negeri atas namapembangunan tanpa menghirau masalah dan kebajikan rakyat yangterlibat.

*16 . Tuan Lim Guan Eng minta Menteri Pengangkutan menyatakansama ada beliau sedar kenaikan Bayaran Permit Kemasukan Kenderaan(VEP) oleh Kera jaan Singapura di antara 50 % hingga 37% mulai 1.10.94ke atas kenderaan Malaysia telah menyusahkan rakyat Malaysia yangbekerja di Singapura dan:

(a) mnengapakah MCA Johor _dan beliau menyokongkenaikan ini sebagai satu perkara "baik" daneeggan membuat bantahan kepada KerajaanSingapura;

(b) apakah menaf aat yang diperolehi oleh rakyatMalaysia, khususnya pekerja Malaysia di Singapuraekoran kenaikan ini; dan

(c) sejauh manakah kenaikan ini akan menjejaskanrakyat Malaysia dan nyatakan bayaran tambahanyang perlu dibuat setahun oleh pekerja-pekerjaMalaysia kepada Singapura.

Page 4: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · ... Jumlah keanggotaan Majlis Fatwa Kebangsaan ... Apakah masalah dan cars-cara yang berkesan untuk mengatasinya. ... dan (b) setakat

X17. Tuan Ishak bin Arshad minta Menteri Belia dan Sukanmenjelaskan tentang keributan yang berlaku dalam BAM akhir-akhir mi.Adakah ini punca kepada prestasi yang hambar selepas Piala Thomasyang lalu di kalangan pemain-pemain kita. Sejauh manakah tindakan-tindakan telah dibuat kepada pegawai yang terlibat jika benar tuduhanyang dilemparkan kepada badan ini dan apakah cadangan Kementerianuntuk memperbetulkan perjalanan badan yang amat berpengaruh mi.

X18. Tu_ an Richard Riot anak ^Jaem minta Menteri PembangunanLuar Bandar menyatakan:-

(a) jumlah peruntukan bagi Program Bekalan ElektrikLuar Bandar untuk seluruh negeri Sarawak bagitahun 1994. dan 1995, mengikut daerah;

(b) senarai kampong-kampong di kawasan ParlimenSerian yang akan mendapat menf aat di bawahProgram tersebut pada tahun 1994 dan 1995; dan

(c) mengapakah peruntukan bagi tahun 1994 ini belumlagi diterima oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

X19. Tuan Joseph Vun Shin Choi minta Menteri Dalam Negerimenyatakan:-

(a) apakah tindakan yang diambil untuk membanteraskegiatan lanun di perairan Sabah yang sexingmengancam nelayan tempatan; dan

(b) apakah Menteri sedar bahawa lanun-lanun ini jugamelakukan pengeboman ikan yang bolehmerosakkan hidupan laut dan coral reef yangsemakin hari semakin pupus khasnya di persisiranpantai di sekitar Pulau Gaya. Apakah tindakanyang telah atau akan diambil untuk menyekatkegiatan mengebom ikan mi.

X20. Dr. Othman Minudin minta Menteri Tenaga, Telekom dan Posmenyatakan jenis-jenis pampasan kepada masyarakat yang terlibat dalamprojek Hydro Miruru di Ranau. Kalau ada Cara, penilaian danpemberiannya.

X21. Tuan . Wong Wing On minta Menteri Perdagangan Dalam Negeridan Hal-Ehwal Pengguna menyatakan bilangan institusi pendidikan swastayang telah didakwa di bawah Trade Description Act, 1972 keranamengiklankan infomasi-infomasi yang tidak benar. Juga nyatakan nama-nama mereka.

X22. Datuk Maidom P . Pansai minta Menteri Kerja Rayamenyatakan tentang perkembangan terakhir mengenai permohonanKerajaan Negeri Sabah bagi pembinaan "Berungis/Tuaran/Kota Belud By-Pass" (coastal way) yang telah dikemukakan sejak tahun 70-an lagi.

Page 5: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · ... Jumlah keanggotaan Majlis Fatwa Kebangsaan ... Apakah masalah dan cars-cara yang berkesan untuk mengatasinya. ... dan (b) setakat

5

X23. Tuan Lau Dak Kee minta Menteri Perdagangan Antarabangsadan Industri menyatakan berapa banyak pengimpotan CFC setiap tahunsejak tahun 1989 hingga 1994 dan:

(a) berapa banyaknya akan diimpot setiap tahun daritahun ini hingga tahun 1996;

(b) jumlah peruntukan bantuan yang diperolehi dariKerajaan Malaysia dan Bank Dunia untukmenyempurnakan Perjanjian Montreal bagimenghapuskan penggunaan CFC secara total;

(c) mengapa hanya 10% daripada 2,000 kilang danbengkel enggan menggunakan mesin untuk re-cycleCFC;

(d) berapa jenis bahan cecair boleh menggantikan CFCsetakat ini, setakat manakah bahan gantian itudapat digunakan di Malaysia, apakah kesulitanyang dihadapi sekarang; dan

(e) apakah langkah telah, sedang dan akan diambiluntuk menggalak penggunaan HCF 134A.

X24. Than Haji Wan Omar bin Wan Maiid minta Menteri LuarNegeri menyatakan apakah hubungan Pengerusi Eksekutif Ekran Bhd.,Dato' Ting Pek Khing dengan Perdana Menteri. Benarkah beliau ditahanoleh pihak berkuasa Perancis di Lapanganterbang Paris ketika bersama-sama rombongan Perdana Menteri ke negara itu. Benarkah beliauditahan kerana membuat kesalahan undang-undang pertukaran wang asingnegara tersebut. Berapa banyakkah wang yang terlibat dan darimanakah beliau mendapat wang tersebut. Tidakkah perbuatan itumemalukan negara kerana beliau salah seorang daripada anggota missirombongan Perdana Menteri.

X25. Tuan Kerk Kim Hock mints Perdana Menteri menyatakan samaida Kerajaan bercadang memperkenalkan undang-undang mewajibkansemua Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Ketua Menteri,Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengistiharkanharta mereka supaya membuktikan sistem ketelusan Kerajaan.

X26. Tuan Shahidan Kassim minta Perdana Menteri menyatakan:-

(a) apakah perkembangan terakhir dalam usahamenyelesaikan kes penyelewengan pengajarankumpulan Al-Argam di bawah pimpinan AshaariMuhamad;

(b) apakah usaha -usaha Kementerian bagi memulihkembali ideologi dan pemikiran pengikut-pengikutAl-Argam yang terdiri dari berbagai peringkatumur kepada Islam yang betul; dan

(c) apakah tindakan selanjutnya yang akan diambil keatas tadika - tadika yang dijalankan oleh kumpulanAl-Argam yang telah ditutup di seluruh negeri.

Page 6: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · ... Jumlah keanggotaan Majlis Fatwa Kebangsaan ... Apakah masalah dan cars-cara yang berkesan untuk mengatasinya. ... dan (b) setakat

6

X27. Tuan Harrison Ngau Laing minta Menteri Penangkutanmenyatakan:-

(a) sama ada siasatan dan laporan terhadap nahasUdara (Skyvan) diLong Seridan, Sg. Tutoh pada3.9.1991 dan di Long Loyang, Sg. Tinjar, Barampada 22.7.1993 telah siap dijalankan/disediakan.Apakah punca yang telah dikenalpasti terhadapkedua dua nahas Udara ini; dan

(b) adakah kedua dua laporan tersebut akandiumumkan kepada awam. Bilakah is akan dibuat,jika tidak, mengapa.

X28. Puan Lim Lay Hoon minta Menteri Pengangkutan menyatakanlangkah-langkah yang akan diambil oleh Kementeriannya terhadappegawai-pegawai JPJ yang telah diberikan kuasa agar mereka tidakmelakukan penyelewengan kuasa semasa menjalankan ujian asap ke ataskenderaan-kenderaan.

X29. Dr. Kua Kia Soong minta Menteri Perumahan dan KerajaanTempatan menyatakan:-

(a) apakah tindakbalas kerajaan terhadap aduan danmemorandum oleh kumpulan berkepentingan yangmembantah kadar pembetungan yang berlebihanyang dikenakan oleh Indah Water Consortium;

(b) kenapakah sebelum pengguna-pengguna membantahkadar pembetungan, Menteri berkata bahawa kadarpembetungan ini adalah sangat berpatutan;

(c) adakah Kerajaan bertujuan untuk mencadangkanKerajaan Tempatan membayar bayaran inimemandangkan pembayar cukai telah membayarperkhidmatan pembetungan semasa merekamembayar kadar taksiran (assessment rates); dan

(d) memandangkan Kerajaan berkata mengenaipemeliharaan hak pengguna, bukankah Indah WaterConsortium harus diminta untuk meningkatkanperkhidmatan pembetungan SEBELUM dan

_bukannya selepas rnengumpul kadar perkhidmatanbaru daripada pengguna.

X30. Tuan Ahmad Nor minta Menteri Dalam Negeri menyatakanjustifikasi Kerajaan menahan anggota-anggota Al-Argam di bawah AktaKeselamatan Dalam Negeri (ISA) dan mengapa mereka tidak dibawauntuk dibicarakan mengikut undang-undang Syariah atau lain-lain undang-undang biasa jika mereka disyaki menyalahi undang-undang. AdakahKera jaan tidak ada bukti-bukti yang cukup untuk mendakwa mereka yangditahan di bawah ISA.

Page 7: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · ... Jumlah keanggotaan Majlis Fatwa Kebangsaan ... Apakah masalah dan cars-cara yang berkesan untuk mengatasinya. ... dan (b) setakat

7

X31. Tuan Chian Hens Kai minta Menteri Pendidikan menyatakan:-

(a) adakah benar bahawa janjian Timbalan PerdanaMenteri bahawa Kerajaan akan memperuntukkanperuntukan RM2 juta kepada Sekolah Menengah J itSin Bukit Mertajam pada 1990 tidak akandikotakan dengan sempurna menjelang PilihanrayaUmum yang akan datang, memandangkan jawapandaripada Menteri Pendidikan kepada saya bahawa"Kementerian Pendidikan berpendapat peruntukanyang telah diberi sudahpun memadai." J ik tidak,sebutkan bilakah baki wang peruntukan RM 1 jutaitu akan dibahagi; dan

(b) berapa banyakkah peruntukan antara RM 30 jutayang dijanji kepada sekolah-sekolah menengahswasta Cina di Sabah oleh Y.A.B. TimbalanPerdana Menteri dalam kempen Pilihanraya UmumNegeri Sabah pada awal tahun ini telah dibahagidan sebutkan angka-angka mengikut pecahan setiapsekolah tersebut itu.

X32. Tuan Lim Kit Siang minta Perdana Menteri menyatakan samaada beliau telah menerima memorandum sepanjang 16 mukasurat yangbertarikh 15-9-94, yang dialamatkan kepada semua Menteri, TimbalanMenteri, Menteri Besar, Ketua Menteri dan Para Ahli Parlimen oleh V.Subramaniam, AMN, Pengerusi Komiti Hubungan Awam Ibu Pejabat MIC,menyenarikan dengan terperinci tentang bagaimana Presiden MICmerangkap Menteri Tenaga, Telekom dan Pos telah memusnahkan buktidan memalsukan akaun-akaun untuk menghalang penyiasatan BadanPencegah Rasuah ke atas skandal perampasan saham Telekom MAIKA,sama ada Badan Pencegah Rasuah telah menyiasat mengenai semuatuduhan yang dinyatakan di dalam memorandum 16 mukasurat berkenaan;dan basil pembuka semula siasatan BPR ke dalam skandal perampasansaham Telekom Maika pada akhir tahun lepas.

X33. Tuan Jawah anak Gerang minta Menteri Pendidikan menyatakanbilakah Kerajaan akan memulakan sistem sekolah satu sessi sahaja diseluruh negara.

X34. Tuan Wee Choo Keong minta Menteri Perdagangan DalamNegeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan:-

(a) sama ada Menteri menyedari bahawa Parlimentelah meluluskan pindaan kepada Akta CapPerdagangan, 1976 (Trade Mark Act, 1976) untukmenguatkuasakan "Article 4 of the ParisConvention for the Protection of IndustrialProperty" tetapi sehingga hari ini Article tersebutmasih belum dikuatkuasakan oleh Pendaf tar CapPerdagangan dan/atau Kementerian. Sila berikanalasan mengapakah pindaan tersebut tidakdikuatkuasakan oleh Kementerian dan alasankelewatannya; dan

Page 8: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · ... Jumlah keanggotaan Majlis Fatwa Kebangsaan ... Apakah masalah dan cars-cara yang berkesan untuk mengatasinya. ... dan (b) setakat

8

(b) bilakah Pendaf tar Cap Perdagangan danKementerian akan menguatkuasakan "Article 4 ofthe Paris Convention for the Protection ofIndustrial Property". Sila berikan tarikh Article 4ini akan dikuatkuasakan oleh Pendaf tar CapPerdagangan dan/atau Kementerian.

X35. Dr. Tan Sent Giaw minta Menteri Pendidikan menyatakanapakah undang-undang pendidikan yang akan dikemukakan di Dewan inidalam tempoh sate tahun mi. Apakah yang akan terjadi dengan AktaPendidikan, Akta Universiti dan Kolej Universiti, dan cadangan untukmengadakan satu sesi di semua sekolah. Apakah langkah-langkah yangtelah, sedang akan digunakan untuk menjadikan negara ini sebagai pusatpendidikan rantau mi.

X36. Datuk Michael Asan^ minta Menteri Perpaduan Negara danPembangunan Masyarakat menyatakan langkah-langkah yang akan dansedang diambil oleh Kementerian untuk membanteras kegiatan BOHSIAyang kian menular di kalangan belia-beliawanis di negara mi.

X37. Tuan Ibrahim bin Mustafa minta Menteri Belia dan Sukanmenyatakan:-

(a) bilangan kes-kes rasuah yang dapat dikesansepanjang pertandingan bolasepak Liga Perdanayang lepas;

(b) langkah-langkah pencegahan yang diambil untukmembenteras gejala rasuah yang kian berleluasadalam pertandingan bolasepak Liga Perdana; dan

(c) peranan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) danpersatuan bolasepak negeri-negeri dalam menanganiisu mi.

*38 Tuan Liew Ah Kim minta Menteri Sains, Teknologi dan AlamSekitar nyatakan sama ada beliau sedar kenyataan YB Menteri Kesihatanbaru-baru ini meminta orang ramai supaya tidak keluar rumah bagimengelakkan jerebu yang boleh mendatangkan sesak nafas, menunjukkankeadaan jerebu ini terlalu serius sepanjang September 1994. Jika sedarapakah langkah-langkah yang telah, sedang dan akan diambil bagimenjamin kesihatan orang ramai untuk keluar rumah, dalam menghadapiancaman jerebu di Kuala Lumpur.

If h.

Page 9: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · ... Jumlah keanggotaan Majlis Fatwa Kebangsaan ... Apakah masalah dan cars-cara yang berkesan untuk mengatasinya. ... dan (b) setakat

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Menyambung semula Pertimbangan ke atas Rang Undang-undangPerbekalan Tambahan (1994) (No. 2) 1994 (DR. 32/94) dan UsulAnggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Ketiga 1994 yangberbunyi:-

Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta KumpulanWang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa wang tambahansebanyak Ringgit Malaysia dua ratus lapan puluh juta, tujuh ratusenam puluh enam ribu, tiga ratus lima puluh (RM280,766,350)diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahunkewangan 1994, untuk menambung sejumlah Ringgit Malaysia duaratus lapan puluh juta, tujuh ratus enam puluh enam ribu, tiga rateslima puluh (RM280,766,350) bagi Maksud-maksud dan Butiran-butiran(Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruangan pertama dankedua • penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Ketiga1994 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 21 Tahun 1994 danyang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran(Projek-projek) dalam ruangan kesebelas dan keduabelas penyatatersebut.

dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.

2. (DR. 38/94) Rang Undang-undang Lembaga Hasil Bacaan KaliDalam Negeri Malaysia 1994 Yang Kedua

3. Dr. Tan Seng Giaw akan mencadangkan:

Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan supaya mengadakan pilihanrayaumum yang benar-benar bebas, adil dan saksama termasuk SuruhanjayaPilihanraya yang benar-benar bebas, pembatalan pengharaman rapat-rapat umum dan pendaftaran pemilih sepanjang tahun.

4. Tuan Fong Kui Lun akan mencadangkan:

Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan mengadakan semula pilihanrayaKerajaan tempatan_ seluruh negara bagi . memulihkan proses demokrasidiamal sepenuhnya selaras dengan dasar liberalisasi Kerajaan yanglebih luas.

5. Tuan Fong Kum akan mencadangkan:

Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan mengadakan undang-undangmenghadkan kuasa Menteri Besar dan Kerua Menteri dari memegangpelbagai jawatan dipelbagai agensi supaya tugas itu diserahkan kepadacalun lain seperti jawatan pengerusi perbadanan negeri, yang dipertuamajlis daerah/perbandaran dan sebagainya bagi mengelakpenyelewengan dan salahguna kuasa.

if h.

Page 10: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · ... Jumlah keanggotaan Majlis Fatwa Kebangsaan ... Apakah masalah dan cars-cara yang berkesan untuk mengatasinya. ... dan (b) setakat

RISALAT-RISALT YANG DIBAWAKE DAI.M! MF,SYUARAT

Tahun 1994 Risalat/Dokumen Tarikh Pembentancan

ST. 159 Laporan Tahunan Dan PenyataKira-kira Perbadanan StadiumMerdeka Bagi Tahun 1992 25 Oktober 1994

CMD. 42 Laporan Tahunan Suruhanjaya. Pasukan Polis Bagi Tahun 1993 26 Oktober 1994

CMD. 43 Laporan Tahunan SuruhanjayaPerkhidmatan Pendidikan BagiTahun 1993 26 Oktober 1994