aturan urusan mesyuarat - parlimen.gov.my · pengeluaran bahan dioksin yang akan mencemar sumber...

15
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 18 SEPTEMBER 2003 PUKUL 10.00 PAGI Bil. 40 1 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LlSAN (PM #34865 v1 ) 1. Datuk Peter Tinggom ak. Kamarau [Saratok] minta MENTERI KERJA RA YA menyatakan sebab-sebab kelambatan menyiapkan jalan raya utama Sarawak di antara Simpang Spaoh dan Bukit Kayu Malam. Pakej ini adalah dinamakan pakej B,C,D. Kebanyakan pakej-pakej ini sudah sedia untuk diturap tetapi setelah bermula sedikit, mengapakah ia dihentik,m hingga sekarang. (PM #34972 v1) 2. Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed [Shah Alam] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengenai syarikat-syarikat insurans di seluruh negara ini mencapai aset RM 51 bilion. Apakah sumbangan mereka kepada ekonomi negara dan rakyat seluruhnya. (PM #35152 v1) 3. Tuan Muhamad bin Mustafa [Peringat] minta PERDANA MENTERI menyatakan:- (a) sudah berapa peratus matlamat wawasan 2020 telah dapat dicapai seta kat ini dan sejauh mana keseimbangan di antara material dan spritual, dunia dan akhirat serta kepentingan rakyat berbilang agama dan kaum dapat dipenuhi; dan (b) apakah falsafah sebenar yang menjadi landasan kepada tamadun yang hendak dilahirkan oleh wawasan 2020, bukan sekadar mencapai status negara maju.

Upload: vunhi

Post on 10-Aug-2019

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · pengeluaran bahan dioksin yang akan mencemar sumber bekalan air di Sungai Semenyih yang berdekatan. Teknologi 'gasification' ternyata

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI KHAMIS, 18 SEPTEMBER 2003 PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 40 1

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LlSAN

(PM #34865 v1 ) 1. Datuk Peter Tinggom ak. Kamarau [Saratok] minta MENTERI KERJA

RA YA menyatakan sebab-sebab kelambatan menyiapkan jalan raya utama Sarawak di antara Simpang Spaoh dan Bukit Kayu Malam. Pakej ini adalah dinamakan pakej B,C,D. Kebanyakan pakej-pakej ini sudah sedia untuk diturap tetapi setelah bermula sedikit, mengapakah ia dihentik,m hingga sekarang.

(PM #34972 v1) 2. Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed [Shah Alam] minta MENTERI

KEWANGAN menyatakan mengenai syarikat-syarikat insurans di seluruh negara ini mencapai aset RM 51 bilion. Apakah sumbangan mereka kepada ekonomi negara dan rakyat seluruhnya.

(PM #35152 v1) 3. Tuan Muhamad bin Mustafa [Peringat] minta PERDANA MENTERI

menyatakan:-

(a) sudah berapa peratus matlamat wawasan 2020 telah dapat dicapai seta kat ini dan sejauh mana keseimbangan di antara material dan spritual, dunia dan akhirat serta kepentingan rakyat berbilang agama dan kaum dapat dipenuhi; dan

(b) apakah falsafah sebenar yang menjadi landasan kepada tamadun yang hendak dilahirkan oleh wawasan 2020, bukan sekadar mencapai status negara maju.

Page 2: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · pengeluaran bahan dioksin yang akan mencemar sumber bekalan air di Sungai Semenyih yang berdekatan. Teknologi 'gasification' ternyata

2 AUM DR 18/09/2003 (PM #35249 v1)

(PM #34626 v1 ) 4. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta MENTERI PEMBANGUNAN

USAHAWAN menyatakan kedudukan jumlah teksi bandar yang beroperasi di Kuala Lumpur, nama syarikat dan jumlah permit yang diluluskan setiap syarikat serta jumlah permit tidak diperbaharui dan sebab-sebabnya.

(PM #35027 v1) 5. Tuan Abd. Rahman bin Yusof [Kemaman] minta PERDANA MENTERI

menyatakan aspek-aspek yang melayakkan Malaysia ditakrif sebagai negara Islam Contoh. Apakah aspek-aspek lain yang masih perlu dilaksanakan atau dihindarkan bagi memastikan Malaysia benar-benar menjadi model Negara Islam yang boleh dijadikan contoh kepada negara Islam lain.

(PM #34226 v1 ) 6. Dato' Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah [Tambun] minta MENTERI

KEWANGAN menyatakan sejauh mana beliau berpuas hati di atas prestasi sektor swasta dalam menjana pertumbuhan ekonomi di dalam rangka perancangan ke arah belanjawan dan struktur ekonomi tahun 2005 berteraskan 'Private-Sector Driven'. Apakah rasional tersebut.

(PM #34540 v1 ) 7. Tuan Kong Cho Ha [Lumut] minta MENTERI KERJA RA YA

menyatakan adakah Kementerian sedar projek Jambatan Baru Sungai Tiram, Lekir yang telah lama diluluskan masih lagi belum dibina dan ap8kah tindakan yang diambil oleh Kementerian berkenaan dengan projek ):.:.1.

(PM #34912 v1) 8. Tuan Haji Siam bin Haji Kasrin [Batu Pahat] minta MENTERI

KEBUDAY AAN, KESENIAN DAN PELANCONGAN menyatakan apakah peranan yang dapat dimainkan oleh Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) dalam usaha turut sama membangunkan sektor pelancongan di negaraini.

(PM #35085 v1 ) 9. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah] minta MENTERI PERPADUAN

NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKA T menyatakan berdasarkan apakah bukti kajian yang sedia ada oleh Kementerian ketika Menteri membuat kenyataan bahawa ramai lelaki bersikap lembut disebabkan terlalu ramai pelajar wanita di universiti serta nyatakan statistiknya yang berpunca oleh terlalu ramai pelajar wanita di universiti.

Page 3: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · pengeluaran bahan dioksin yang akan mencemar sumber bekalan air di Sungai Semenyih yang berdekatan. Teknologi 'gasification' ternyata

3 AUM DR 18/09/2003 (PM #35249 v1)

(PM #35212 v1) 10. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] minta MENTERI lUAR

NEGERI menyatakan tentang sejauh manakah "Konsep Memakmurkan Jiran" mampu untuk membantu kesejahteraan negara khususnya dalam bidang ekonomi. Bagaimanakah konsep ini masih relevan dalam konteks hubungan dua hala di antara Malaysia dan Singapura.

(PM #34726 v1 ) 11. Tuan Alwi bin Jusoh [Pasir Puteh] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan jumlah peruntukan yang diperlukan untuk kerja baik pulih bangunan makmal komputer sekolah di Pantai Timur yang dikatakan tidak selamat digunakan.

(PM #34082 v1) 12. Dato' Othman bin Abdul [Pendang] minta MENTERI PENGANGKUTAN

menyatakan cara yang mudah untuk menukar alamat pada kad pendafiaran kenderaan bermotor kerana setakat ini pihak JPJ tidak menerima cara bersurat.

(PM #34515 v1) 13. Tuan Ramli bin Ibrahim [Kota Bahru] minta MENTERI PERU MAHAN

DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah masih terdapat syarikat-syarikat peru mahan yang masih tidak, dapat menyiapkan pembinaan rumah dalam jangka masa yang dijanjikan. Dan apakah tindakan yang diambil Kerajaan bagi melindungi kepentingan pembelian rumah.

(PM #34071 v1) 14. Puan Kamala Devi alp M. Peru mal [Kapar] minta MENTERI

PEMBANGUNAN lUAR BANDAR menyatakan sama ada program Gerakan Daya Wawasan (GDW) yang dilancarkan baru-baru ini akan dilaksanakan oleh semua daerah di Malaysia ataupun hanya di daerah­daerah yang dipilih, termasuk Daerah Klang dan bagaimana pilihan tersebut dibuat.

(PM #34616 v1) 15. Tan Sri Dato' Dr. K.S. Nijhar [Subang] minta MENTERI PERU MAHAN

DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah pemaju peru mahan berhak mengenakan kos pengubahsuaian terhadap pembeli rumah kos rendah atas rumah yang dibeli oleh mereka walaupun pembeli-pembeli rumah ini dipilih oleh Kerajaan.

(PM #34719 v1) 16. Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob [Sipitang] minta MENTERI

PERTAHANAN menyatakan kedudukan terkini dan masalah pembinaan pangkalan tentera laut di Teluk Sepangar, Sabah. Bilakah pangkalan ini boleh digunakan dan apakah kedudukan pangkalan TLDM di Wilayah Persekutuan Labuan selepas ini.

Page 4: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · pengeluaran bahan dioksin yang akan mencemar sumber bekalan air di Sungai Semenyih yang berdekatan. Teknologi 'gasification' ternyata

4 AUM DR 18/09/2003 (PM #35249 v1 )

(PM #34850 v1 ) 17. Data' Haji Abdul Kadir bin Annuar [Pulai] minta MENTERI

PERTAHANAN menyatakan berapa ramaikah tentera-tentera yang terlibat dengan gerakan PKPM dan apakah tindakan ke atasnya.

(PM #34544 v1 ) 18. Tuan Saupi bin Daud [Tanah Merah] minta MENTERI PEMBANGUNAN

WANITA DAN KELUARGA menyatakan sejauh manakah unit kaunseling Jabatan Pembangunan Wan ita dan Keluarga telah dapat menyelesaikan kes-kes keluarga dan masalah rumah tangga termasuklah kes penceraian melalui SMS.

(PM #34184 v1) 19. Puan Lim Bee Kau [Padang Serai] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan berapakah jumlah pencaruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang masih belum menamakan waris dan apakah langkah yang diambil untuk menggalakkan mereka berbuat demikian.

(PM #34351 v1) 20. Tuan Lim Hock Seng [Bagan] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan apakah syarat-syarat sebuah pertubuhan penganut agama ' dapat didaftarkan sebagai sebuah rumah berhala/kuil. Apa beza statusnya antara rumah berhala dengan persatuan atau pertubuhan penganut-penganut.

(PM #34482 v1 ) 21, Tuan Liow Tiang Lai [Bentong] minta MENTER' SUMBER MANUSIA

menyatakan apc.1kal1 usaha yang telah diambil oleh Kerajaan Lintuk meningkatkan kemasukan pelajar-pelajar bukan bumiputera ke Institusi Latihan Perindustrian dan sejauh mana tahap kekurangan tenaga mahir dalam negara kita.

(PM #34040 v1) 22. Tuan Chang See Ten [Gelang Patah] minta MENTERI DALAM

NEGERI menyatakan kemudahan pembelajaran dan kaunseling yang diberikan kepada kanak-kanak yang ditahan di penjara selama yang diperkenankan oleh Yang Di-Pertuan Agong atau Yang Di-Pertua Negeri kerana disabitkan atas satu kesalahan yang boleh membawa hukuman mati.

Page 5: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · pengeluaran bahan dioksin yang akan mencemar sumber bekalan air di Sungai Semenyih yang berdekatan. Teknologi 'gasification' ternyata

5 AUM DR 18/09/2003 (PM #35249 v1 )

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (DR 44/2003) Rang Undang-undang Perbekalan 2004 - Menyambung

2.

3.

4.

semula Perbahasan atas masalah "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang" [17 September 2003]

DAN

Usul dibuat oleh Y.A.B Menteri Kewangan dan masalah dicadangkari:-

"Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih tiga puluh satu bilion sembilan ratus en am puluh juta ringgit (RM31,960,OOO,OOO) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2004, bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud, Pembangunan atau ("P") dalam senarai Belanjawan Persekutuan, 2004 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 24 Tahun 2003 ,adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut, hendaklah disahkan."

Menyambung semula Perbahasan atas masalah ['17 September 20031

(DR 45/2003) Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2003

(DR 46(2003) Rang Undang-undang Pilihan Raya (Pindaan) 2003

(DR 43/2003) Rang Undang-undang Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2003

Bacaan Kali Yang Kedua

"

"

Page 6: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · pengeluaran bahan dioksin yang akan mencemar sumber bekalan air di Sungai Semenyih yang berdekatan. Teknologi 'gasification' ternyata

6 AUM DR 18/09/2003 (PM #35249 v1 )

5.

6.

7.

8.

9.

(DR 40/2003) Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2003

(DR 41/2003) Rang Undang-undang Pengubahan Wang Haram (Pindaan) 2003

(DR 39/2003) Rang Undang-undang Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 2003

(DR 38/2003) Rang Undang-undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2003

(DR 28/2003) Rang Undang-undang Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2003

10. (DR 36/2003) Rang Undang-undang Ahli Farmasi (Pindaan) 2003

11. (DR 35/2003) Rang Undang-undang Insurans Luar Pesisir (Pindaan) 2003

12. (DR 34/2003) Rang Undang-undang Fi (Taman Laut Malaysia) (Pengesahan) 2003

13. (DR 42/2003) Rang Undang-undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2003

14. (DR 47/2003) Rang Undang-undang Kewangan 2003

15. (DR 26/2003) Rang Undang-undang Ibu Kota Persekutuan (Pindaan) 2003

Bacaan Kali Yang Kedua

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

Page 7: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · pengeluaran bahan dioksin yang akan mencemar sumber bekalan air di Sungai Semenyih yang berdekatan. Teknologi 'gasification' ternyata

7 AUM DR 18/09/2003 (PM #35249 v1 )

(PM #34742 v1) 16. Dato' Seri Haji Abdul Hadi bil'l Hajl Awang [Marang] akan

mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini menyelar keputusan Kerajaan untuk meneruskan projek membina loji insinerator di Broga. Berdasarkan berbagai-bagai fakta yang dikumpul, ternyata teknologi pelupusan yang dicadangkan telah mendatangkan kesan sampingan yang berbahaya seperti pengeluaran bahan dioksin yang akan mencemar sumber bekalan air di Sungai Semenyih yang berdekatan.

Teknologi 'gasification' ternyata telah gagal di Jepun dan memerlukan kos yang tinggi untuk diubah sesuai. Persoalannya kenapa syarikat yang ternyata gagal di Jepun iaitu Ebara Corporation, dijemput untuk mengemukakan cadangannya di negara ini. Adakah Kerajaan telah mengenal pasti kemampuan dan 'track record' syarikat ini. Jika OECF dari Jepun pun telah menarik diri dari membiayai cadangan pelaksanaan teknologi yang belum terbukti berjaya ini dan enggan memberi pinjaman mudah, bagaimanakah Malaysia akan membiayainya dan apakah implikasi kewangan kepada negara ini.

Maka Dewan ini mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan membatalkan hasrat melaksanakan projek ini.

(PM #34214 v1) 17. D,ato' Dr. Hasan bin Mohamed Ali [Parit Buntar] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini perlu membahaskan kontroversi dan skandal pembinaan makmal komputer sekolah-sekolah di seluruh negara. Projek ini berkait rapat dengan rancangan memberi pendidikan komputer kepada pelajar-pelajar sekolah yang memungkinkan mereka . menjadi warganegara yang sentiasa relevan dengan tuntutan dunia· sains dan teknologi terutamanya teknologi maklumat.

Kegaga1an syarikat-syarikat yang dilantik menyiapkan makmal-makmal tersebut mengikut spesifikasi amat memalukan. Terdapat dakwaan bahawa syarikat-syarikat tersebut bukan syarikat pembinaan yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan pemilihan mereka dibuat tidak secara tender terbuka. Selain daripada itu telah timbul satu lagi keanehan dalam mana JKR tidak dilantik sebagai PMC kepada projek tersebut. Banyak lagi perkara-perkara yang perlu dijelaskan oleh Kementerian Pendidikan mengenai projek ini. Akibat gejala ketidaktelusan seperti yang tergambar dalam projek ini menyebabkan keyakinan rakyat kepada Kerajaan semakin terhakis.

Bahawa Dewan ini amat kesal dengan apa yang berlaku dan penjelasan yang penuh dengan ketelusan amat diperlukan."

Page 8: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · pengeluaran bahan dioksin yang akan mencemar sumber bekalan air di Sungai Semenyih yang berdekatan. Teknologi 'gasification' ternyata

8 AUM DR 18/09/2003 (PM #35249 v1 )

(PM #34216 v1) 18. Dato' Dr. Hasan bin Mohamed Ali [Parit Buntar] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini perlu membahaskan isu mengenai kegagalan pihak pengurusan KWSP mengawal kos pentadbirannya di samping menentukan dividen yang munasabah diberi kepada para penearum KWSP. Kos operasi tahunan KWSP didapati meningkat sebanyak 80% dari RM194 juta pada tahun 1998 kepada RM350 juta pad a tahun 2001. Sebaliknya dividen kepada pencarum menjunam melebihi 26% iaitu dari 6.8% kepada 5% untuk tempoh yang sama dan kini menjadi lebih rendah iaitu 4.25% bagi tahun 2002.

Rakyat diberitahu KWSP terpaksa menolak RM5 billion sebagai "kerugian atas kertas" dalam ekuiti dan pinjaman yang meneurigakan dalam tempoh lima tahun dari 1998 ke tahun 2002. KWSP masih menghadapi "kerugian atas kertas" sebanyak RM10-RM1.4 billion dalam ekuiti yang memaksanya memberi kadar dividen yang lebih rendah kepada penearum bagi tahun­tahun yang akan datang.

Dewan yang mulia ini perlu diberi penjelasan mengenai perkara yang sangat penting ini. Pencarum-pencarum KWSP selama ini meletakkan. seluruh kepereayaan kepada pengurusan KWSP dan menolak sama sekali sebarang tindakan yang merugikan mereka.

(PM #34217 v1) 19. Dato' Dr. Hasan bin Mohamed Ali [Parit Buntar] akan meneadangkan:-

"Bahawa Dewan ini perlu membahaskan isu mengenai saham-saham amanah tajaan Kerajaan-kerajaan negeri. Rakyat mengetahui jumlah kerugian yang begitu besar yang ditanggung oleh pelabur-pelabur keeilan khasnya rakyat jelata berikutan dengan susutan harga saham ketika ini jika dibandingkan dengan harga tawaran asal.

Pelabur.-pelabur keeilan ini menggunakan wang tabungan dan ~njaman daripada syarikat-syarikat kewangan untuk turut sarna melabur. Mereka terpedaya dengan janjj manis khususnya pimpinan tertinggi negeri-negeri yang terlibat sewaktu melanearkan amanah-amanah saham tersebut. Kini pelabur-pelabur keeil tersebut terpaksa menghadapi kehidupan penuh gawat akibat pelaburan yang merugikan itu.

Sehingga ini Kerajaan belum mengumumkan tindakan yang akan diambil bagi membaiki keadaan dan seterusnya membela pelabur-pelabur marhaen ini.

Bahawa Dewan ini perlu diberi maklum mengenai kedudukan sebenar perkara ini di samping mengurang dan menghapuskan kegelisahan di kalangan mereka yang terlibat.

Page 9: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · pengeluaran bahan dioksin yang akan mencemar sumber bekalan air di Sungai Semenyih yang berdekatan. Teknologi 'gasification' ternyata

9 AUM DR 18/09/2003 (PM #35249 v1 )

(PM #34307 v1 ) 20. Tuan Che Ghani bin Che Ambak [Setiu] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini akan membincangkan dan membahas berhubung dengan pertubuhan Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM).

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar satu Kertas Putih dikeluarkan untuk diperbahaskan di Dewan yang mulia ini.

(PM #34308 v1 ) 21. Tuan Che Ghani bin Che Ambak [Setiu] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan UMNO Terengganu mendesak Kerajaan sehingga Menteri Pembangunan Usahawan mengaku di Dewan yang Mulia ini beliau bertanggungjawab menutup dua buah MRSM di Terengganu.

Bahawa Dewan ini menyedari perlunya peluang pendidikan yang lebih luas disediakan bagi menampung pelajar-pelajar yang cemerlang hasil dari permuafakatan semua pihak sehingga Terengganu muncul antara keputusan UPSR terbaik di Malaysia.

Bahawa Dewan ini merasa amat kesal dengan janji politik Kerajaan untuk membuka semula dua Pusat Pendidikan MRSM di Terengganu sekiranya Barisan Nasional menang di dalam pilihan raya akan datang.

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan tidak menjadikan isu pendidikan seba(Jai alat politik UMNO dan Barisan Nasional.

(PM #34782 v1) 22. Tuan Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini hendaklah membantah sekeras-kerasnya sikap Kerajaan yang cuba berlepas tangan dalam isu pemberian kontrak pembinaan makmal komputer. Pemberian kontrak pembinaan komputer yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan tidak dilakukan secara telus sebaliknya diberikan atas merit politik dan kroni.

Dewan ini hendaklah mengutuk tindakan Menteri Kewangan yang memberikan kontrak tersebut kepada syarikat pembekal komputer tidak kepada kontraktor binaan yang menjadi punca utama dalam isu penyelewengan pembinaan makmal komputer. Syarikat tersebut seperti Pintar Teknologi Bumi Asia Sdn. Bhd. (Zon Utara). Perkhidmatan Rundingan Industri Malaysia Berhad (Zon Tengah). CS TECH Vanture Sdn. Bhd. (Zon Selatan). Bellgrand Sdn. Bhd. (Zon Timur). Timecomm Holding Berhad (Zon Sabah) dan Telekom Smart School. Bhd (Zon Sarawak).

Page 10: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · pengeluaran bahan dioksin yang akan mencemar sumber bekalan air di Sungai Semenyih yang berdekatan. Teknologi 'gasification' ternyata

10 AUM DR 18/09/2003 (PM #35249 v1)

Dewan ini menuntut supaya suatu penyiasatan dilakukan ke atas Menteri Kewangan di atas penyelewengan ini yang telah mengakibatkan bebanan kewangan ditanggung oleh rakyat serta keselamatan pelajar dan guru diancam maut akibat perbuatan Menteri Kewangan yang tidak bertanggungjawab.

(PM #34783 v1) 23. Tuan Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini hendaklah membincangkan kegagalan Kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO untuk menempatkan 24,470 orang pelajar Bumiputera lepasan STPM dan matrikulasi ke IPTA untuk kemasukan 2003.

Dewan ini sangat kecewa dengan kegagalan ini kerana 24,470 pelajar ini telah mencapai syarat kelayakan untuk ditempatkan di IPTA. Kegagalan ini berpunca dari perubahan dasar kemasukan ke IPTA berdasarkan emosi kerana pelajar Bumiputera dikatakan tidak mendukung aspirasi Barisan Nasional.

Dewan juga sangat kesal dengan kegagalan ini kerana ia akan menyebabkan hasrat untuk meningkatkan jumlah rakyat yang belajar di IPTA khususnya di kalangan Bumiputera tidak tercapai. Dewan juga kecewa dengan kegagalan Kerajaan Barisan Nasional khususnya Kementerian Pendidikan untuk membuat unjuran jumlah kursus yang ditawarkan oleh IPTA berbanding jumlah pelajar yang mengambil STPM dan matrikulasi yang menyebabkan negara talah kerugian ju+aan rir,ggit apabila 24,470 pelajar gagal ditempatkan di IPTA.

Dewan ini mendesak Kementerian Pendidikan memastikan dengan apa cara sekali pun supaya 24,470 orang pelajar bumiputera tersebut dapat di tempatkan di IPT A.

(PM #34935 v1) 24. Dr. Syed Azman bin ,Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu] akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan terburu-buru Kerajaan menutup dua buah MRSM di negeri Terengganu baru-baru ini."

Bahawa Dewan ini menyedari bahawa tindakan ini dilakukan kerana amalan politik 'sempit serta baras dendam' UMNO yang tidak dapat menerima hakikat penolakan rakyat Terengganu terhadap mereka di dalam pilihan raya yang lalu.

Page 11: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · pengeluaran bahan dioksin yang akan mencemar sumber bekalan air di Sungai Semenyih yang berdekatan. Teknologi 'gasification' ternyata

11 AUM DR 18/09/2003 (PM #35249 v1)

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar mempertahankan maruah rakyat Terengganu yang sedang tercabar dan cuba dihancurkan oleh tindakan politik kotor beberapa kalangan pemimpin UMNO yang tidak rasional, beremosi serta mengkhianati masa depan orang-orang Melayu khususnya rakyat di negeri Terengganu.

(PM #34936 v1 ) 25. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu] akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman berbentuk terroris rejim Zion is Israel terhadap rakyat Palestin yang mengakibatkan ribuan nyawa yang tidak berdosa terkorban serta beribu-ribu lagi mengalami kecederaan".

Bahawa Dewan ini merasa amat kesal dengan sikap 'double standard' kuasa-kuasa besar Barat khususnya Amerika Syarikat yang melindungi serta membisu terhadap kekejaman rejim Zionis ini terutamanya di bawah pimpinan Ariel Sharon yang merupakan seorang 'terroris' dan 'penjenayah perang' yang telah terlibat membunuh beribu-ribu umat Islam Palestin secara zalim.

Malahan tindakan Zion is Israel menceroboh serta membunuh ratusan umat Islam di kern pelarian yang di bawah jagaan PBB adalah amat dikesali. Rejim ini juga tidak pernah menghormati sebarang resolusi yang dibuat oleh PBS terus berselindung di sebalik 'sokongan kuat Amerika Sfarit<at' bagi mengetepikc.m segala bantahan antarabangsa terhadap tindakan kejam mereka.

Dewan ini juga menyedari bahawa isu ini bukan persoalan umat Islam semata-mata, tetapi juga berkaitan dengan persoalan kemanusiaan sejagat yang melewati batasan agama, kaum dan sempadan.

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar mempertahankan kota Baitulmllqaddis di mana terletaknya Masjid AI-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam serta maruah umat Islam yang sedang tercabar ini.

(PM #34937 v1 ) 26. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu] akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melantik pembantu tadbir sambilan dari kalangan ahli-ahli Pergerakan Puteri UMNO yang jelas melanggar prinsip 'ketelusan serta kebebasan' pihak SPR sendiri".

Page 12: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · pengeluaran bahan dioksin yang akan mencemar sumber bekalan air di Sungai Semenyih yang berdekatan. Teknologi 'gasification' ternyata

12 AUM DR 18/09/2003 (PM #35249 v1 )

Bahawa Dewan ini merasa amat kesal dengan sikap serta tindakan tidak beretika SPR ini yang menjejaskan reputasi SPR sebagai sebuah badan bebas bagi mengendalikan perjalanan pilihan raya di negara ini.

Maka dewan ini mengambil ketetapan agar mempertahankan serta mengembalikan keadilan dan ketelusan SPR dari terus dinodai oleh etika kerja tidak bermaruah UMNO/BN.

(PM #34938 v1 ) 27. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu] akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini melahirkan rasa kesal terhadap tindakan pihak Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tidak membenarkan anggota poliS wanita beruniform beragama Islam menutup aurat serna sa menjalankan tugas harian sarna ada di pejabat atau di luar pejabatn.

Bahawa Dewan ini merasa amat kesal dengan larangan sedemikian yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam serta etika kerja yang. sebenarnya.

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar pihak Kementerian serta PDRM mengkaji kembali larangan menutup aurat ini agar prinsip Islam dapat ditegakkan di kalangan anggota PDRM di dalam menjalankan tugas mereka.

(PM #35103 v1) 28. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini harus membincangkan keperluan penangguhan penguatkuasaan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 di mana programnya dilaporkpn akan dijalankan pad a Februari tahun memandangkanbanyak perkara di dalamnya masih belum diputuskan oleh Kementerian Pertahanan ketika ia diluluskan di Parlimen.

Jika objektifnya yang begitu penting sekali iaitu untuk memupuk semangat patriotism perpaduan serta pembentukan perwatakan positif generasi muda, rang Undang-undang ini harus ditangguhkan penguatkuasaannya agar pandangan orang ramai yang lebih sempurna serta komprehensif diambil. Dengan demikian, ia bukan seta kat dapat memastikan kejayaannya objektif penting Program berkenaan tetapi tidak berlaku pembaziran wang rakyat yang beratus juta ringgit.

Page 13: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · pengeluaran bahan dioksin yang akan mencemar sumber bekalan air di Sungai Semenyih yang berdekatan. Teknologi 'gasification' ternyata

13 AUM DR 18/09/2003 (PM #35249 v1)

Rang Undang-undang ini turut telah diluluskan dalam keadaan tergesa­gesa tanpa pemberian maklumat yang mencukupi untuk orang ramai memberi maklum balas berkenaannya.

Ini terbukti apabila organisasi-organisasi serta orang ramai telah meluahkan kerisauan terhadap program ekoran ketiadaan maklumat berkenaan kandungan Program dan Rang Undang-undang tersebut sehingga ada di antaranya terpaksa mengadakan temu janji dengan Menteri.

Negara Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berparlimen, seharusnya melibatkan pandangan orang ramai yang lebih menyeluruh pada mulanya proses penggubalan Rang Undang-undang tersebut dan adalah tidak mencukupi jika pihak Kerajaan seta kat menyuarakan kerelaan berunding dan menerima pandangan selepas sesuatu Rang Undang-undang diluluskan di parlimen.

Oleh itu, jika Akta Latihan Khidmat Negara ini berterusan di kuatkuasakan, adalah dikhuatiri bukan sahaja objektifnya tidak akan tercapai, pembaziran wang rakyat akan berlaku tetapi juga kesan-kesan negatif ke atas remaja kita yang dipaksa menghadiri program tersebut jika mereka terpilih.

(PM #35105 v1) 29. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah] akan mencadangkan:-

Dewan ini hams mer'gutuk sikap Kementerian Pendidikan yang menghendaki tujuh orang pelajar (ISA 7) yang terdiri daripada Rafzan Ramli, Helma Sanudin, Khairul Amal Mahmood, Ahmad Kamal Abdul Hamid, Wan Sanusi Wan Mohd Noor, Nik Noorhafizi Nik Ismail dan Zulkifli Idris dari Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Teknologi Mara meminta maaf kepada Kementerian sebagai syarat penempatan mereka semula di universiti bagi menyambung pendidikan masing-masing oleh Kementerian Pendidikan.

Tujuh orang pelajar ini hanya menyuarakan pandangan mereka terhadap undang-undang kejam' Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di mana ia adalah satu kebebasan bersuara dan berkumpul yang merupakan satu bentuk hak asasi manusia. Tindakan Kementerian menyokong penggantungan mereka daripada meneruskan pendidikan di universiti sebelum mahkamah memulakan perbincangan kes dan menjatuhkan hukuman salah ke atas mereka adalah bercanggah dengan prinsip bahawa "one is innocent until proven guilty". Tindakan tersebut turut mencabul hak kepCida pendidikan pelajar-pelajar ini.

Page 14: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · pengeluaran bahan dioksin yang akan mencemar sumber bekalan air di Sungai Semenyih yang berdekatan. Teknologi 'gasification' ternyata

14 AUM DR 18/09/2003 (PM #35249 v1)

Bahawa Dewan ini harus menyuarakan bantahan terhadap tindakan Kementerian sedemikian dan pelajar-pelajar ini harus dibenarkan menyambungkan pendidikan mereka di universiti dengan serta-merta. Akta Universiti dam Kolej Universiti juga harus dimansuhkan agar negara kita dapat melahirkan graduan muda yang berdaya kreativiti, dan berfikiran analytical serta berani bersuara untuk keadilan demi kebaikan negara dan masyarakat.

(PM #35202 v1) 30. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membahaskan cara-cara yang berkesan untuk menjamin keselamatan negara daripada serangan pengganas seperti yang berlaku di Bali dan Jakarta, Indonesia. Dewan membincangkan faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya Federal Special Forces of Malaysia (FSFM) , Pasukan Khas Persekutuan Malaysia). Dewan ini juga akan mendebatkan bagaimana Pasukan polis Diraja Malaysia dapat menambah lebih 21,000 anggota yang terlatih untuk melegakan kekurangan anggotanya bagi menghadapi cabaran-cabarannya.

Page 15: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · pengeluaran bahan dioksin yang akan mencemar sumber bekalan air di Sungai Semenyih yang berdekatan. Teknologi 'gasification' ternyata

15 AUM DR 18/09/2003 (PM #35249 v1 )

RISALAT·RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM DEWAN

TAHUN RISALAT/DOKUMEN TARIKH 2003 DIBENTANGKAN

ST. 151 Perintah Jalan Persekutuan (Malaysia Sarat) 18 September 2003 (Pindaan) (No.4) 2003.

ST. 152 Perintah Jalan Persekutuan (Malaysia Sarat) 18 September 2003 (Pindaan) (No.5) 2003.

ST. 153 Perintah Jalan Persekutuan (Malaysia Sarat) 18 September 2003 (Pindaan) (No.6) 2003.