aturan urusan mesyuarat - parlimen.gov.my file3 aum dr 24/09/2003 (pm #35222 v1) (pm #35109 v1) 10....

14
t ,/ " IJ MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI RABU, 24 SEPTEMBER 2003 PUKUL 10.00 PAGI BiI.43 1 PERTANYAAN .. PERTANYAAN BAGI JAWAB LlSAN (PM #34066 v1 ) 1. Dato' Mohd. Zain bin Haji Omar [Balik Pulau] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kaedahyang diguna pakai oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) meluluskan tayangan filem "Bruce Almighty" yang bertentangan dengan agama dan sensitiviti masyarakat Malaysia. (PM #34200 v1) 2. Dato' Dr. Hasan bin Mohamed Ali [Parit Buntar] minta MENTERI PERUSAHAAN UTAMA menyatakan:- (a) perangkaan terkini jualan rokok dan keuntungan yang diperolehi oleh syarikat rokok sejak tahun 2000; dan (b) adakah Kerajaan berhasrat untuk meminda undang-undang ,yang sedia ada berhubung dengan industri rokok berikutan tentangan masyarakat dan juga tekanan undang-undang di beberapa negara termasuk Amerika. (PM #35012 v1) 3. Tuan Tiong Thai King [Lanang] minta MENTERI PERDAGANGAN ANT ARABAN GSA DAN INDUSTRI menyatakan:- (a) bilangan pelabur asing yang melabur di sektor pembuatan dan mendirikan kilang di Negeri Sarawak pada tahun 2001 dan 2002; dan (b) apakah usaha yang diambil oleh Kementerian untuk menarik pelabur asing melabur di Negeri Sarawak.

Upload: donhi

Post on 11-Apr-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my file3 AUM DR 24/09/2003 (PM #35222 v1) (PM #35109 v1) 10. Tuan Husam bin Haji Musa [Kubang Kerian] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan

t

,/ " IJ

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI RABU, 24 SEPTEMBER 2003 PUKUL 10.00 PAGI

BiI.43 1

PERTANYAAN .. PERTANYAAN BAGI JAWAB LlSAN

(PM #34066 v1 ) 1. Dato' Mohd. Zain bin Haji Omar [Balik Pulau] minta MENTERI DALAM

NEGERI menyatakan kaedahyang diguna pakai oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) meluluskan tayangan filem "Bruce Almighty" yang bertentangan dengan agama dan sensitiviti masyarakat Malaysia.

(PM #34200 v1) 2. Dato' Dr. Hasan bin Mohamed Ali [Parit Buntar] minta MENTERI

PERUSAHAAN UT AMA menyatakan:-

(a) perangkaan terkini jualan rokok dan keuntungan yang diperolehi oleh syarikat rokok sejak tahun 2000; dan

(b) adakah Kerajaan berhasrat untuk meminda undang-undang ,yang sedia ada berhubung dengan industri rokok berikutan tentangan masyarakat dan juga tekanan undang-undang di beberapa negara termasuk Amerika.

(PM #35012 v1) 3. Tuan Tiong Thai King [Lanang] minta MENTERI PERDAGANGAN

ANT ARABAN GSA DAN INDUSTRI menyatakan:-

(a) bilangan pelabur asing yang melabur di sektor pembuatan dan mendirikan kilang di Negeri Sarawak pada tahun 2001 dan 2002; dan

(b) apakah usaha yang diambil oleh Kementerian untuk menarik pelabur asing melabur di Negeri Sarawak.

Page 2: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my file3 AUM DR 24/09/2003 (PM #35222 v1) (PM #35109 v1) 10. Tuan Husam bin Haji Musa [Kubang Kerian] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan

4.

5.

6.

7.

8.

9.

2 AUM DR 24/09/2003 (PM #35222 v1 )

(PM #34493 v1) Datin Paduka Hajah Seripah Noli binti Syed Hussin [Sepang] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah Kerajaan perlu mengadakan sistem pemeriksaan bagi setiap kenderaan yang keJuar masuk serta pelanggan yang menggunakan perkhidmatan premis hotel dan tempat awam bagi mengelakkan kejadian letupan bom di pusat hiburan seperti di Bali dan di Hotel JW Marriot Jakarta tidak berlaku di negara kita.

(PM #34084 v1) Dato' Othman bin Abdul [Pendang] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa ramai Ahli Parlimen yang membuat tuntutan perjalanan melebihi RM10,000.00 sebulan. Berikan nama-nama kawasan Ahli berkenaan dan jumlah tuntutan setiap bulan bagi tahun 2002 dan Jun 2003.

(PM #35079 v1 ) Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan seta kat ini berapakah permohonan kewarganegaraan yang telah diserahkan oleh orang ramai di bawah Perkara 30 Perlembagaan Persekutuan yang sedang diproses serta sebab-sebab kelewatan.

(PM # 34813 v1) Tuan Joseph Mauh Ak. Ikeh [Selangau] minta MENTERI TENAGA, KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan kemunculan saluran TV baru seperti channel 8 dan 9 akan mewujudkan persaingan sengit dunia penyiaran di Malaysia seperti di USA yang banyak stesen ABC, NBC, CBS dan apakah impak kemunculan dua buah stesen TV baru ini.

(PM # 34249 v1 ) Tuan Mah Siew Keong [Telok Intan] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan angka murid mengikut kaum yang tidak meneruskan pelajaran hingga ke tingkatan 5 dan apakah langkah yang telah diambil untuk menggalakkan murid-murid untuk meneruskan pelajaran mereka sejauh yang boleh.

(PM #34111 v1) Tuan Hoo Seong Chang [Kluang] minta MENTERI TENAGA, KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan:-

(a) sejak Program Internet Desa (PI D) diperkenalkan pada Mac 2000, berapa buah Pusat Internet Desa telah ditubuhkan sehingga bulan Jun 2003; dan

(b) bagaimanakah sambutan orang ramai terhadap Program Internet Desa ini.

Page 3: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my file3 AUM DR 24/09/2003 (PM #35222 v1) (PM #35109 v1) 10. Tuan Husam bin Haji Musa [Kubang Kerian] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan

3 AUM DR 24/09/2003 (PM #35222 v1)

(PM #35109 v1) 10. Tuan Husam bin Haji Musa [Kubang Kerian] minta MENTERI DALAM

NEGERI menyatakan tindakan yang telah diambil terhadap laporan polis ke atas Menteri Besar Pahang sebagai menghina mahkamah.

(PM #34484 v1 ) 11. Tuan Liow Tiong Lai [Bentong] minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan langkah-Iangkah yang telah diambil untuk meningkatkan bilangan pegawai-pegawai perubatan dan doktor pakar dan adakah Kerajaan akan membuka lebih banyak Fakulti Perubatan untuk melahirkan lebih ramai pegawai perubatan tempatan.

(PM #34517 v1) 12. Tuan Ramli bin Ibrahim [Kota Bahru] minta MENTERI PERT ANIAN

menyatakan:-

(a) apakah langkah-Iangkah drastik yang telah diambil Kerajaan bagi meninggikan lagi pendapatan petani dan nelayan di luar bandar; dan

(b) apakah bentuk koordinasi Kementerian Inl dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar supaya bantuan dan khidmat nasihat Kerajaan dapat sampai ke sasaran dengan betul dan berkesan.

(PM #34745 v1) 13. Tuan Ng Lip Yong [Batu] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan

langkah diambil oleh Kementerian untuk menghadapi kemungkinan SARS akan kembali dan kejadian penyakit berjangkit baru.

(PM #34756 v1 ) 14. Tuan Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] minta MENTERI DALAM

NEGERI menyatakan apakah langkah-Iangkah yang diambil untuk menyiapkan projek pembinaan kuarters polis pang kat rendah di Batu Pahat.yang berjumlah 242 unit rumah kediaman kelas G.

(PM #34971 v1) 15. Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed [Shah Alam] minta PERDANA

MENTERI menyatakan sejauh manakah Petronas membanggakan Malaysia dari segi R&D dan cari gaJi selain menjamin simpanan minyak dan gas Malaysia berada di tahap selamat.

(PM #34816 v1) 16. Dato' Joseph Salang ak. Gandum [Julau] minta MENTERI

PENDIDIKAN menyatakan sama ada Kementerian ada rancangan untuk membekalkan alat-alat pemadam api di sekolah-sekolah rendah dan menengah, khasnya bagi sekolah berasrama di kawasan luar bandar, Sarawak.

Page 4: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my file3 AUM DR 24/09/2003 (PM #35222 v1) (PM #35109 v1) 10. Tuan Husam bin Haji Musa [Kubang Kerian] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan

4 AUM DR 24/09/2003 (PM #35222 v1 )

(PM #34842 v1 ) 17. Tuan Philip Benedict Lasimbang [Penampang] minta MENTERI

PERT ANIAN menyatakan apakah ada rancangan untuk mengaktifkan Lembaga Nanas Negara dan dikembangkan ke Sabah dan Sarawak kerana potensi pengeluaran di negeri-negeri ini.

(PM #34591 v1) 18. Tuan Nasharudin bin Mat. Isa [Van] minta PERDANA MENTERI

menyatakan berapakah jumlah zakat yang telah dibayar oleh PETRONAS kepada mana-mana Majlis Agama Islam.

(PM #34986 v1 ) 19. Tuan Shim Paw Fatt [Tawau] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan:-

(a) sarna ada Kerajaan merancang untuk menambahkan anggota polis di Sabah memandangkan kadar insiden jenayah telah meningkat; dan

(b) berapakah bilangan anggota polis di Sabah yang mahir dalam penyiasatan perjudian haram melalui komputer.

(PM #34138 v1) 20. Datuk Lau Ngan Siew [Sandakan] minta PERDANA MENTERI

menyatakan statistik jumlah pengangguran di Sabah khasnya bagi graduan-graduan yang masih belum mendapatkan pekerjaan sejak tahun 2001 hingga sekarang. Apakah langkah-Iangkah yang diambil oleh Kerajaan bagi mengurangkan masalah pengangguran di Sabah.

(PM #35114 v1) 21. Tuan Hassan bin Mohamed [Besut] minta MENTERI PERUMAHAN

DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sebab-sebab kegagalan program kitar semula.

(PM #35133 v1) 22. Tuan Muhyidin bin Abdul Rashid [Hulu Terengganu] minta MENTERI

PENDIDIKAN menyatakan:-

(a) bilangan Makmal Komputer yang dibina di seluruh negara oleh Syarikat Bel/grand mengikut pecahan negeri; dan

(b) berapakah bilangan subkontraktor yang terlibat di seluruh negara pengikut pecahan negeri.

Page 5: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my file3 AUM DR 24/09/2003 (PM #35222 v1) (PM #35109 v1) 10. Tuan Husam bin Haji Musa [Kubang Kerian] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan

5 AUM DR 24/09/2003 (PM #35222 v1)

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (DR 44/2003) Rang Undang-undang Perbekalan 2004 - Menyambung

2.

semula Perbahasan atas masalah "Bahawa Rang Undang-undang inl dlbacakan kali yang kedua sekarang" [23 September 2003]

DAN

Usul dibuat oleh Y.A.B Menteri Kewangan dan masalah dlcadangkan:-

"Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih tiga putuh satu bilion sembilan ratus enam puluh juta ringgit (RM31 ,960,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2004, bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (liP") dalam senarai Belanjawan Persekutuan, 2004' yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 24 Tahun 2003 adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut, hendaklah disahkan."

Menyambung semula Perbahasan atas masalah [23 September 2003]

(DR 45/2003) Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2003

Bacaan Kali Yang Kedua

3. (DR 46/2003) Rang Undang-undang Pilihan Raya .. (Pindaan) 2003

4. (DR 43/2003) Rang . Undang-undang Agensi " Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2003

Page 6: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my file3 AUM DR 24/09/2003 (PM #35222 v1) (PM #35109 v1) 10. Tuan Husam bin Haji Musa [Kubang Kerian] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan

6 AUM DR 24/09/2003 (PM #35222 v1 )

5.

6.

7.

8.

9.

(DR 40/2003) Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2003

(DR 41/2003) Rang Undang-undang Pengubahan Wang Haram (Pindaan) 2003

(DR 39/2003) Rang Undang-undang Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 2003

(DR 38/2003) Rang Undang-undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2003

(DR 36/2003) Rang Undang-undang Ahli Farmasi (Pindaan) 2003

10. (DR 28/2003) Rang Undang-undang Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2003

11. (DR 35/2003) Rang Undang-undang Insurans Luar Pesisir (Pindaan) 2003

12. (DR 34/2003) Rang Undang-undang Fi (Taman Laut Malaysia) (Pengesahan) 2003

13. (DR 42/2003) Rang, Undang-undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2003

14. (DR 47/2003) Rang Undang-undang Kewangan 2003

15. (DR 26/2003) Rang Undang-undang Ibu Kota Persekutuan (Pindaan) 2003

Bacaan Kali Yang Kedua

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

Page 7: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my file3 AUM DR 24/09/2003 (PM #35222 v1) (PM #35109 v1) 10. Tuan Husam bin Haji Musa [Kubang Kerian] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan

7 AUM DR 24/09/2003 (PM #35222 v1)

(PM #34742 v1) 16. Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang [Marang] akan

mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini menyelar keputusan Kerajaan untuk meneruskan projek membina loji insinerator di Braga. Berdasarkan berbagai-bagai fakta yang dikumpul, temyata teknologi pelupusan yang dicadangkan telah mendatangkan· kesan sampingan yang berbahaya seperti pengeluaran bahan dioksin yang akan mencemar sumber bekalan air di Sungai Semenyih yang berdekatan.

T eknologi 'gasification' temyata telah gagal di Jepun dan memerlukan kos yang tinggi untuk diu bah sesuai. Persoalannya kenapa syarikat yang temyata gagal di Jepun iaitu Ebara Corporation, dijemput untuk mengemukakan cadangannya di negara ini. Adakah Kerajaan telah mengenal pasti kemampuan dan 'track record" syarikat ini. Jika OECF dari Jepun pun telah menarik diri dari membiayai cadangan pelaksanaan teknologi yang belum terbukti berjaya ini dan enggan memberi pinjaman mudah, bagaimanakah Malaysia akan membiayainya dan apakah implikasi kewangan kepada negara ini.

Maka Dewan ini mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan· membatalkan hasrat melaksanakan projek ini.

(PM #34214 v1) . 17. Dato' Dr. Hasan bin Mohamed Ali [Parit Buntar] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini perlu membahaskan kontroversi dan skandal pembinaan makmal komputer sekolah-sekolah di seluruh negara. Projek ini berkait rapat dengan rancangan memberi pendidikan komputer kepada pelajar-pelajar sekolah yang memungkinkan mereka menjadi warganegara yang sentiasa relevan dengan tuntutan dunia sains dan teknologi terutamanya teknologi maklumat. .

Kegagalan syarikat-syarikat yang dilantik menyiapkan makmal-makmal tersebut mengikut spesifikasi amat memalukan. Terdapat dakwaan bahawa syarikat-syarikat tersebut bukan syarikat pembinaan yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan pemilihan mereka dibuat tidak secara tender terbuka. Selain daripada itu telah timbul satu lagi keanehan dalam mana JKR tidak dilantik sebagai PMC kepada projek tersebut. Banyak lagi perkara-perkara yang perlu dijelaskan oleh Kementerian Pendidikan mengenai projek ini. Akibat gejala ketidaktelusan seperti yang tergambar dalam projek ini menyebabkan keyakinan rakyat kepada Kerajaan semakin terhakis.

Bahawa Dewan ini amat kesal dengan apa yang berlaku dan penjelasan yang penuh dengan ketelusan amat diperlukan."

Page 8: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my file3 AUM DR 24/09/2003 (PM #35222 v1) (PM #35109 v1) 10. Tuan Husam bin Haji Musa [Kubang Kerian] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan

8 AUM DR 24/09/2003 (PM #35222 vi)

(PM #34216 vi) . 18. Dato' Dr. Hasan bin Mohamed Ali [Parit Buntar] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini perlu membahaskan isu mengenai kegagalan pihak pengurusan KWSP mengawal kos pentadbirannya di samping menentukan dividen yang munasabah diberi kepada para penearum KWSP. Kos operasi tahunan KWSP .didapati meningkat sebanyak 80% dari RM194 juta pada tahun 1998 kepada RM350 juta pada tahun 2001. Sebaliknya dividen kepada pencarum menjunam melebihi 26% iaitu dari 6.8% kepada 5% untuk tempoh yang sama dan kini menjadi lebih rendah iaitu 4.25% bagi tahun 2002.

Rakyat diberitahu KWSP terpaksa menolak RM5 billion sebagai "kerugian atas kertas" dalam ekuiti dan pinjaman yang meneurigakan dalam tempoh lima tahun dari 1998 ke tahun 2002. KWSP masih menghadapi "kerugian atas kertas" sebanyak RM10-RM14 billion dalam ekuiti yang memaksanya memberi kadar dividen yang lebih rendah kepada pencarum bagi tahun­tahun yang akan datang.

Dewan yang mulia ini perlu diberi penjelasan mengenai perkara yang sangat penting ini. Pencarum-pencarum KWSP selama ini meletakkan' seluruh kepereayaan kepada pengurusan KWSP dan menolak sama sekali sebarang tindakan yang merugikan mereka.

(PM #34217 vi) 19. Dato' Dr. Hasan bin Mohamed Ali [Parit Buntar] akan meneadangkan:-

"Bahawa Dewan ini perlu membahaskan isu mengenai saham-saham amanah tajaan Kerajaan-kerajaan negeri. Rakyat mengetahui jumlah kerugian yang begitu besar yang ditanggung oleh pelabur-pelabur keeilan khasnya rakyat jelata berikutan dengan susutan harga saham ketika ini jika dibandingkan dengan harga tawaran asal.

Pelablir-pelabur keeilan ini menggunakan wang tabungan dan pinjaman daripada syarikat-syarikat kewangan untuk turut sama melabur. Mereka terpedaya dengan jaliji manis khususnya pimpinan tertinggi negeri-negeri yang terlibat sewaktu melancarkan amanah-amanah saham tersebut. Kini pelabur-pelabur keeil tersebut terpaksa menghadapi kehidupan penuh gawat akibat pelaburan yang merugikan itu.

\

Sehingga ini Kerajaan belum mengumumkan tindakan yang akan diambil bagi membaiki keadaan dan seterusnya membela pelabur-pelabur marhaen ini.

..

Page 9: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my file3 AUM DR 24/09/2003 (PM #35222 v1) (PM #35109 v1) 10. Tuan Husam bin Haji Musa [Kubang Kerian] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan

9 AUM DR 24/09/2003 (PM #35222 v1 )

1

Bahawa Dewan ini perlu diberi maklum mengenai kedudukan sebenar perkara ini di samping mengurang dan menghapuskan kegelisahan di kalangan mereka yang terlibat.

(PM #34307 v1 ) 20. Tuan Che Ghani bin Che Ambak [Setiu] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini akan membincangkan dan membahas berhubung dengan pertubuhan Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM).

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar satu Kertas Putih dikeluarkan untuk diperbahaskan di Dewan yang mulia ini.

(PM #34308 v1 ) 21. Tuan Che Ghani bin Che Ambak [Setiu] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan UMNO Terengganu mendesak Kerajaan sehingga Menteri Pembangunan Usahawan mengaku di Dewan yang Mulia ini beliau bertanggungjawab menutup dua buah MRSM di Terengganu.

Bahawa Dewan ini menyedari perlunya peluang pendidikan yang lebih luas disediakan bagi menampung pelajar-pelajar yang cemerlang hasil dari permuafakatan semua pihak sehingga Terengganu muncul antara keputusan UPSR terbaik di Malaysia.

Bahawa Dewan ini merasa amat kesal dengan janji politik Kerajaan untuk membuka semula dua Pusat Pendidikan MRSM di Terengganu sekiranya Barisan Nasional menang di dalam pilihan raya akan datang.

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan tidak menjadikan isu pendidikan sebagai alat politik UMNO dan Barisan Nasional.

(PM #34782 v1 ) 22. Tuan Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini hendaklah membantah sekeras-kerasnya sikap Kerajaan yang cuba berlepas tangan dalam isu pemberian kontrak pembinaan makmal komputer. Pemberian kontrak pembinaan komputer yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan tidak dilakukan secara telus sebaliknya diberikan atas merit politik dan kroni.

Page 10: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my file3 AUM DR 24/09/2003 (PM #35222 v1) (PM #35109 v1) 10. Tuan Husam bin Haji Musa [Kubang Kerian] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan

10 AUM DR 24/09/2003 (PM #35222 v1) 0

Dewan ini hendaklah mengutuk ~indakan Menteri Kewangan yang memberikan kontrak tersebut kepada syarikat pembekal komputer tidak kepada kontraktor binaan yang menjadi punca utama dalam isu penyeJewengan pembinaan makmal komputer. Syarikat tersebut seperti Pintar Teknologi Bumi Asia Sdn. Bhd. (Zon Utara), Perkhidmatan Rundingan Industri Malaysia Berhad (Zon Tengah), CS TECH Vanture Sdn. Bhd. (Zon Selatan), Bellgrand Sdn. Bhd. (Zon Timur), Timecomm Holding Berhad (Zon Sabah) dan Telekom Smart School. Bhd (Zon Sarawak).

Dewan ini menuntut supaya suatu penyiasatan dilakukan ke atas Menteri Kewangan di atas penyelewengan ini yang telah mengakibatkan bebanan kewangan ditanggung oleh rakyat serta keselamatan pelajar dan guru diancam maut akibat perbuatan Menteri Kewangan yang tidak bertanggungjawab.

(PM #34783 v1 ) 23. Tuan Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini hendaklah membincangkan kegagalan Kerajaan' Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO untuk menempatkan 24,470 orang pelajar Bumiputera lepasan STPM dan matrikulasi ke IPTA untuk kemasukan 2003.

Dewan ini sangat kecewa dengan kegagalan ini kerana 24,470 pelajar ini telah mencapai syarat kelayakan untuk ditempatkan di I PTA. Kegagalan ini berpunca dari perubahan dasar kemasukan ke IPTA berdasarkari emosi kerana pelajar Bumiputera dikatakan tidak mendukung aspirasi Barisan Nasional.

Dewan juga sangat kesal dengan kegagalan ini kerana ia akan menyebabkan hasrat untuk meningkatkan jumlah rakyat yang belajar di IPTA khususnya di kalangan Bumiputera tidak tercapai. Dewan juga kecewa dengan kegagalan Kerajaan Barisan Nasional khususnya Kementerian Pendidikan untuk membuat unjuran jumlah kursus yang ditawarkan oleh IPTA berbanding jumlah pelajar yang mengambil STPM dan matrikulasi yang menyebabkan negara telah kerugian jutaan ringgit apabila 24,470 pelajar gagal ditempatkan di IPT A.

Dewan ini mendesak Kementerian Pendidikanmemastikan dengan apa cara sekali pun supaya 24,470 orang pelajar bumiputera tersebut dapat di tempatkan di IPTA.

Page 11: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my file3 AUM DR 24/09/2003 (PM #35222 v1) (PM #35109 v1) 10. Tuan Husam bin Haji Musa [Kubang Kerian] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan

'" 11 AUM DR 24/09/2003 (PM #35222 v1 )

(PM #34935 v1 ) 24. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu] akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan terburu-buru Kerajaan menutup dua buah MRSM di negeri T erengganu baru-baru ini."

Bahawa Dewan ini menyedari bahawa tindakan ini dilakukan kerana amalan politik 'sempit serta balas dendam' UMNO yang tidak dapat menerima hakikat penolakan rakyat Terengganu terhadap mereka di dalam pilihan raya yang lalu.

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar mempertahankan maruah rakyat T erengganu yang sedang tercabar dan cuba dihancurkan oleh tindakan politik kotor beberapa kalangan pemimpin UMNO yang tidak rasional, beremosi serta mengkhianati masa depan orang-orang Melayu khususnya rakyat di negeri Terengganu.

(PM #34936 v1 ) 25. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu] akan.

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman berbentuk terroris rejim Zion is Israel terhadap rakyat Palestin yang mengakibatkan ribuan nyawa yang tidak berdosa terkorban serta beribu-ribu lagi mengalami kecederaan".

Bahawa Dewan ini merasa amat kesal dengan sikap 'double standard' kuasa-kuasa besar Barat khususnya Amerika Syarikat yang melindungi serta membisu terhadap kekejaman rejim Zionis ini terutamanya di bawah pimpinan Ariel Sharon yang merupakan seorang 'terrods' dan 'penjenayah perang' yang telah terlibat membunuh beribu-ribu umat Islam Palestin secara zalim.

Malahan tindakan Zionis Israel menceroboh serta membunuh ratusan umat Islam di kern pelarian yang di bawah jagaan PBB adalah amat dikesaJi. Rejim ini juga tidak pernah menghormati sebarang resolusi yang dibuat oleh PBB terus berselindung di sebalik 'sokongan kuat Amerika Syarikat' bagi mengetepikan segala bantahan antarabangsa terhadap tindakan kejam mereka.

Dewan ini juga menyedari bahawa isu ini bukan persoalan umat Islam semata-mata, tetapi juga berkaitan dengan persoalan kemanusiaan sejagat yang melewati batasan agama, kaum dan sempadan.

Page 12: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my file3 AUM DR 24/09/2003 (PM #35222 v1) (PM #35109 v1) 10. Tuan Husam bin Haji Musa [Kubang Kerian] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan

12 AUM DR 24/09/2003 (PM #35222 v1)

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar mempertahankan kota Baitulmuqaddis di mana terletakny~ Masjid AI-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam serta maruah umat Islam yang sedang tercabar ini.

(PM #34937 v1 ) 26. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu] akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melantik pembantu tadbir sambilan dari kalangan ahli-ahli Pergerakan Puteri UMNO yang jelas melanggar prinsip 'ketelusan serta kebebasan' pihak SPR sendiri".

Bahawa Dewan ini merasa amat kesal dengan sikap serta tindakan tidak beretika SPR ini yang menjejaskan reputasi SPR sebagai sebuah badan bebas bagi mengendalikan perjalanan pili han raya di negara ini.

Maka dewan ini mengambil ketetapan agar mempertahankan serta mengembalikan keadilan dan ketelusan SPR dari terus dinodai oleh etika kerja tidak bermaruah UMNO/BN.

(PM #34938 v1) 27. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu] akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini melahirkan rasa kesal terhadap tindakan pihak Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tidak membenarkan anggota polis wanita beruniform beragama Islam menutup aurat semasa menjalankan tugas harian sarna ada di pejabat atau di luar pejabat".

Bahawa Dewan ini merasa amat kesal dengan larangan sedemikian yang jelas -bertentangan dengan ajaran Islam serta etika kerja yang sebenarnya.

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar pihak Kementerian serta PDRM mengkaji kembali larangan menutup aurat ini agar prinsip Islam dapat ditegakkan di kalangan anggota PDRM di dalam menjalankan tugas mereka.

I

~

Page 13: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my file3 AUM DR 24/09/2003 (PM #35222 v1) (PM #35109 v1) 10. Tuan Husam bin Haji Musa [Kubang Kerian] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan

I

28.

13 AUM DR 24/09/2003 (PM #35222 v1 )

(PM #35103 v1) Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini harus rriembincangkan keperluan penangguhan penguatkuasaan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 di mana programnya dilaporkan akan dijalankan pada Februari tahun memandangkan banyak perkara di dalamnya masih belum diputuskan oleh Kementerian Pertahanan ketika ia diluluskan di Parlimen.

Jika objektifnya yang begitu penting sekali iaitu untuk memupuk semangat patriotism perpaduan serta pembentukan perwatakan positif generasi muda, rang Undang-undang ini harus ditangguhkan penguatkuasaannya agar pandangan orang ramai yang lebih sempurna serta komprehensif diambil. Dengan demikian, ia bukan setakat dapat memastikan kejayaannya objektif penting Program berkenaan tetapi tidak berlaku pembaziran wang rakyat yang beratus juta ringgit.

Rang Undang-undang ini turut telah diluluskan dalam keadaan tergesa­gesa tanpa pemberian maklumat yang mencukupi untuk orang ramai memberi maklum balas berkenaannya.

Ini terbukti apabila organisasi-organisasi serta orang ramai telah meluahkan kerisauan terhadap program ekoran ketiadaan maklumat berkenaan kandungan Program dan Rang Undang-undang tersebut sehingga ada di antaranya terpaksa mengadakan temu janji dengan Menteri.

Negara Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berparlimen, seharusnya melibatkan pandangan orang ramai yang lebih menyeluruh pad a mulanya proses penggubalan Rang Undang-undang tersebut dan adalah tidak mencukupi jika pihak Kerajaan seta kat menyuarakan kerelaan berunding dan menerima pandangan selepas sesuatu Rang Undang-undang diluluskan di parlimen.

Oleh itu, jika Aida Latihan Khidmat Negara ini berterusan di kuatkuasakan, adalah dikhuatiri bukan sahaja objektifnya tidak akan tercapai, pembaziran wang rakyat akan berlaku tetapi juga kesan-kesan negatif ke atas remaja kita yang dipaksa menghadiri program tersebut jika mereka terpilih.

Page 14: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my file3 AUM DR 24/09/2003 (PM #35222 v1) (PM #35109 v1) 10. Tuan Husam bin Haji Musa [Kubang Kerian] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan

14 AUM DR 24/09/2003 (PM #35222 vi)

(PM #35105 vi) 29. Puan Fong Po Kuan [Batu GaJah] akan mencadangkan:-

Dewan ini harus mengutuk sikap Kementerian Pendidikan yang menghendaki tujuh orang pelajar (ISA 7) yang terdiri daripada Rafzan Ramli, Helma Sanudin, Khairul Amal Mahmood, Ahmad Kamal Abdul Hamid, Wan Sanusi Wan Mohd Noor, Nik Noorhafizi Nik Ismail dan Zulkifli Idris dari Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Teknologi Mara meminta maaf kepada Kementerian sebagai syarat penempatan mereka semula di universiti bagi menyambung pendidikanmasing-masing oleh Kementerian Pendidikan.

Tujuh orang pelajar ini hanya menyuarakan pandangan mereka terhadap undang-undang kejam Aida Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di mana ia adalah satu kebebasan bersuara dan berkumpul yang merupakan satu bentuk hak asasi manusia. Tindakan Kementerian menyokong penggantungan mereka daripada meneruskan pendidikan di universiti sebelum mahkamah memulakan perbincangan kes dan menjatuhkan hukuman salah ke atas mereka adalah bercanggah dengan prinsip bahawa "one is innocent until proven guiltY'. Tindakan tersebut turut mencabul hak kepada pendidikan pelajar-pelajar ini.

Bahawa Dewan ini harus menyuarakan bantahan terhadap tindakan Kementerian sedemikian dan pelajar-pelajar ini harus dibenarkan menyambungkan pendidikan mereka di universiti dengan serta-merta. Akta Universiti dam Kolej Universiti juga harus dimansuhkan agar negara kita dapat melahirkan graduan muda yang berdaya kreativiti, dan berfikiran analytical serta berani bersuara untuk keadilan demi kebaikan negara dan masyarakat.

(PM #35202 vi) 30. Dr. Tan Sang Glaw [Kapong] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membahaskan cara-cara yang berkesan untuk menjamin keselamatan negara daripada serangan pengganas seperti yang berlaku di Bali dan Jakarta, Indonesia. Dewan membincangkan faktor-faktor yang m:enyebabkan wujudnya Federal Special Forces of Malaysia (FSFM) , Pasukan Khas Persekutuan Malaysia). Dewan ini juga akan mendebatkan bagaimana Pasukan polis Diraja Malaysia dapat menambah lebih 21,000 anggota yang terlatih untuk melegakan kekurangan anggotanya bagi menghadapi cabaran-cabarannya.