dewan negara - · pdf filewujudnya diskrepans dari i seg i pemarkahan . (pm #36839 v1) 17....

7
MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT http://www.parlimen.qov.mv HARIISNIN 10 NOVEMBER 2003, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 22 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN (PM #36650 v1) 1. Tuan Osman bin Bungsu minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA menyatakan apakah peranan dan tindakan yang telah diambil oleh Kementerian berkenaan dalam membantu Kerajaan menangani isu 'delikuensi' pelajar. Apakah program dan strategi yang boleh dijalankan melalui kaum wanita khususnya golongan ibu. (PM #36563 v1) 2. Tuan Krishnan a/I Maniam minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah sebab kelewatan dalam menjelaskan pembayaran kepada kontraktor-kontraktor Alam Flora dan apakah usaha-usaha Kementerian untuk mempercepatkan pembayaran tersebut mengikut bulanan demi mengekalkan kualiti kerja. (PM #36548 v1) 3. Dato' Lim Sing @ Lam Kam Sang minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan nisbah bilangan komputer yang disediakan untuk kerja-kerja harian terhadap bilangan guru dalam semua sekolah rendah dan menengah, tidak termasuk unit-unit komputer dalam makmal. (PM #36692 v1) 4. Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg. Haji Ahmad Raffae minta MENTERI TENAGA, KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan sama ada Sabah layak mendapat lesen penyiaran televisyen swasta bagi memberi peluang kepada program-program televisyen yang boleh dibuat di Sabah dan jika boleh apakah kriteria yang diperlukan untuk mendapat sesuatu lesen penyiaran TV swasta bagi Sabah. (PM #36793 v1) 5. Puan Ooi Siew Kim minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Dasar Ekonomi Baru yang menekankan kepada penyertaan Kaum Bumiputera dalam sektor perkhidmatan awam menyebabkan fenomena kekurangan kaum bukan bumiputera dalam sektor perkhidmatan awam.

Upload: phamphuc

Post on 05-Mar-2018

231 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: DEWAN NEGARA -  · PDF filewujudnya diskrepans dari i seg i pemarkahan . (PM #36839 v1) 17. ... dalam memastika supayn wakta u tayangan drama ataupun filem disiarkan

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

ATURAN URUSAN MESYUARAT

http://www.parlimen.qov.mv

HARIISNIN 10 NOVEMBER 2003, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 22

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

(PM #36650 v1) 1. Tuan Osman bin Bungsu minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA

DAN KELUARGA menyatakan apakah peranan dan tindakan yang telah diambil oleh Kementerian berkenaan dalam membantu Kerajaan menangani isu 'delikuensi' pelajar. Apakah program dan strategi yang boleh dijalankan melalui kaum wanita khususnya golongan ibu.

(PM #36563 v1) 2. Tuan Krishnan a/I Maniam minta MENTERI PERUMAHAN DAN

KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah sebab kelewatan dalam menjelaskan pembayaran kepada kontraktor-kontraktor Alam Flora dan apakah usaha-usaha Kementerian untuk mempercepatkan pembayaran tersebut mengikut bulanan demi mengekalkan kualiti kerja.

(PM #36548 v1) 3. Dato' Lim Sing @ Lam Kam Sang minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan nisbah bilangan komputer yang disediakan untuk kerja-kerja harian terhadap bilangan guru dalam semua sekolah rendah dan menengah, tidak termasuk unit-unit komputer dalam makmal.

(PM #36692 v1) 4. Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg. Haji Ahmad Raffae minta

MENTERI TENAGA, KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan sama ada Sabah layak mendapat lesen penyiaran televisyen swasta bagi memberi peluang kepada program-program televisyen yang boleh dibuat di Sabah dan jika boleh apakah kriteria yang diperlukan untuk mendapat sesuatu lesen penyiaran TV swasta bagi Sabah.

(PM #36793 v1) 5. Puan Ooi Siew Kim minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah

Dasar Ekonomi Baru yang menekankan kepada penyertaan Kaum Bumiputera dalam sektor perkhidmatan awam menyebabkan fenomena kekurangan kaum bukan bumiputera dalam sektor perkhidmatan awam.

Page 2: DEWAN NEGARA -  · PDF filewujudnya diskrepans dari i seg i pemarkahan . (PM #36839 v1) 17. ... dalam memastika supayn wakta u tayangan drama ataupun filem disiarkan

2 AUM DN 10/11/2003 (PM #36983 v1)

(PM #36693 v1) 6. Tuan Wee Kok Tiong minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan

sejak akhir-akhir ini banyak kes-kes jenayah seperti merompak, menipu, membunuh dan sebagainya di negeri Sarawak, apakah langkah untuk membanteras perkara tersebut daripada terus berlaku.

(PM #36841 v1) 7. Datuk Dr. Hj. Haris Bin Hj. Salleh minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan sama ada Kementerian sudah membuat kajian dan keputusan mengenai pendidikan seks dan reproduktif di sekolah-sekolah memandangkan pergaulan yang lebih terbuka di kalangan remaja boleh membawa risiko tinggi kepada pelbagai jenis penyakit dan masalah sosial lain.

(PM #36470 v1) 8. Dato' Hj. Arzmi bin Hj. Abdul Hamid minta MENTERI BELIA DAN

SUKAN menyatakan berapakah jumlah belia yang mengikuti latihan Kemahiran Belia di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara di seluruh negara dan berapakah lagi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara yang akan dibina untuk menampung keperluan latihan belia di seluruh negara mengikut negeri-negeri.

(PM #36554 v1) 9. Datin Hajah Puizah @ Faezah binti Haji Abu Kassim minta PERDANA

MENTERI menyatakan tentang perkembangan terkini pergerakan al-Mansor dari sudut bilangan sekolah tahfiz, aset dan sumbangan mereka kepada masyarakat.

(PM #36684 v1) 10. Datuk Hajah Hazizah binti Mohd. Sultan minta MENTERI DALAM

NEGERI menyatakan:-

(a) adakah pihaknya bercadang untuk mendirikan kuarters baru bagi menggantikan kuarters-kuarters lama di pusat pemulihan Sekolah Henry Gurney yang kebanyakkan didirikan semasa zaman penjajah; dan

(b) adakah pihaknya bercadang untuk membuat semakan gaji pegawai-pegawai dan kakitangan warden agar selaras dengan tangga gaji Polis, Bomba dan Tentera.

(PM #36532 v1) 11. Tuan Sinniah a/I Raju minta MENTERI PERTANIAN menyatakan

berapakah nilai import makanan utama khususnya beras, gula dan daging daripada luar negara pada tahun 2002. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian untuk mengurangkan kadar import barangan tersebut.

Page 3: DEWAN NEGARA -  · PDF filewujudnya diskrepans dari i seg i pemarkahan . (PM #36839 v1) 17. ... dalam memastika supayn wakta u tayangan drama ataupun filem disiarkan

3 AUM DN 10/11/2003 (PM #36983 v1)

(PM #36736 v1) 12. Puan Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun minta

MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan konsep dan strategi untuk menjayakan program Gerakan Daya Wawasan.

(PM #36443 v1) 13. Dato' Dr S. Vijayaratnam minta MENTERI PENGANGKUTAN

menyatakan langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Malaysia Airports Berhad untuk mengatasi masalah kecurian barang-barang dari bangasi penumpang di KLIA yang masih berlaku sehingga ke hari ini.

(PM #36952 v1) 14 Che Puan Sri Kelana DiRaja Datin (Dr) Hajah Nik Azizah binti Haji Nik

Yahya minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA menyatakan jumlah ibu-ibu tunggal yang berdaftar dengan Kementerian di seluruh negara dan apakah strategi dan pelaksanaan aktiviti yang digunapakai oleh Kementerian untuk menerapkan ciri-ciri pejuang di kalangan mereka dan mengelakkan pergantungan berterusan kepada bantuan Kerajaan, swasta dan orang ramai semata-mata.

(PM #36415 v1) 15. Tuan K.R.A. Naidu minta PERDANA MENTERI menyatakan

keberkesanan Piagam Pelanggan yang diperkenalkan di semua Jabatan dan Agensi Kerajaan selama 10 tahun supaya kakitangan awam dapat meningkatkan mutu perkhidmatan mereka kepada rakyat.

(PM #36576 v1) 16. Puan Jaya Partiban minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan

bilangan pelajar matrikulasi yang berjaya memasuki universiti tahun ini dan apakah Kementeriannya bercadang untuk mengkaji kemungkinan memperkenalkan sistem kemasukkan ke universiti melalui hanya "satu tiket tertentu" dan bukannya melalui beberapa saluran lain di mana wujudnya diskrepansi dari segi pemarkahan.

(PM #36839 v1) 17. Datuk Agnes Shim Tshin Nyuk minta MENTERI SUMBER MANUSIA

menyatakan jumlah siswazah mengganggur berbanding dengan jumlah bilangan kerja kosong di dalam sektor utama iaitu pembinaan, perkhidmatan dan perkilangan dan mengapakah masih terdapat jurang antara kedua-duanya.

(PM #36867 v1) 18. Puan Wan Ubaidah binti Omar minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan sejauhmanakah hasil siasatan yang dibuat ke atas Pertubuhan Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM) dan adakah Kerajaan berhasrat untuk mengeluarkan satu Kertas Putih berhubung dengan kegiatan pertubuhan tersebut yang sangat jelas mengancam keselamatan negara.

Page 4: DEWAN NEGARA -  · PDF filewujudnya diskrepans dari i seg i pemarkahan . (PM #36839 v1) 17. ... dalam memastika supayn wakta u tayangan drama ataupun filem disiarkan

4 AUM DN 10/11/2003 (PM #36983 v1)

(PM #36939 v1) 19. Dato' Haji Muhammad bin Haji Abdul Ghani minta MENTERI

PERTAHANAN menyatakan setakat manakah rancangan "satu tentera satu rumah" telah dilaksanakan oleh kumpulan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan juga Koperasi ATM dan apakah rancangan lain yang telah dilaksanakan untuk mencapai matlamat itu.

(PM #36815 v1) 20. Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan seperti yang dihasratkan dan yang pernah disuarakan oleh Menteri sendiri pada suatu ketika dahulu, sama ada kajian dan pertimbangan yang menyeluruh ke atas Skim Perkhidmatan Polis dan sistem kenaikan pangkat serta kebajikan para anggota, terutamanya bagi anggota-anggota yang berpangkat rendah, telah siap dilakukan sepenuhnya dan apakah hasilnya setakat ini.

(PM #36769 v1) 21. Puan Siw Chun a/p Earn minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan

adakah Kementerian membuat kajian berapa ramai pelajar-pelajar lepasan Universiti - IPTA dan IPTS yang masih menganggur sehingga tahun 2003 dan apakah langkah Kementerian bagi menangani masalah ini.

(PM #36755 v1) 22. Tuan Ratnam a/I Muthiah minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan sama ada langkah-langkah sedang diambil utnuk meningkatkan penyertaan kaum Cina dan India dalam Polis Diraja Malaysia. Adakah juga cadangan-cadangan lain untuk meningkatkan penyertaan bukan bumiputera dalam semua jabatan Kerajaan.

(PM #36377 v1) 23. Tuan Ismail bin Kassim minta MENTERI PENERANGAN menyatakan

apakah tindakan yang telah dan akan diambil oleh pihak Kementerian dalam memastikan supaya waktu tayangan drama ataupun filem disiarkan bukan pada waktu puncak umpamanya waktu solat di mana perkara tersebut boleh melekakan para penonton tersebut.

(PM #36451 v1) 24. Dato' Hj. Arzmi bin Hj. Abdul Hamid minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan sejauhmanakah kejayaan penggabungan Bank-bank Tempatan (Bank Merger) sejak ianya dilaksanakan dan berapakah bank-bank yang terlibat.

(PM #36478 v1) 25. Dato' Haji Mohamad Taha Ariffin minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan adakah analisa mendalam sudah dibuat untuk mencari punca yang menyebabkan masalah pengangguran di kalangan siswazah melayu dan apakah langkah-langkah efektif yang akan dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini.

Page 5: DEWAN NEGARA -  · PDF filewujudnya diskrepans dari i seg i pemarkahan . (PM #36839 v1) 17. ... dalam memastika supayn wakta u tayangan drama ataupun filem disiarkan

5 AUM DN 10/11/2003 (PM #36983 v1)

(PM #36618 v1) 26. Dato1 Omar bin Faudzar minta MENTERI PERTANIAN menyatakan

apakah bentuk insentif yang akan diberikan kepada para nelayan tempatan untuk menggalakkan pertumbuhan sub-sektor industri Perikanan Laut Dalam di negara kita.

(PM #36907 v1) 27. Tuan Wan Nordin bin Che Murat minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan mengenai isu kenaikan gaji pokok terhadap pasukan polis. Mampukah semangat patriotisme di kalangan belia-belia negara dalam mempertahankan kedaulatan negara hanya dengan kenaikkan gaji pokok. Mengapakah Kementerian tidak mewujudkan mata pelajaran teras di peringkat IPTA dan IPTS kerana ia dengan secara tidak langsung akan menggalakkan para belia akan menceburkan diri dalam bidang tersebut.

(PM #36619 v1) 28. Dato1 Omar bin Faudzar minta MENTERI PERUMAHAN DAN

KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah tindakan yang telah dan akan diambil oleh pihak Kementerian bagi menyelesaikan masalah kutipan tertunggak penyelenggaraan projek perumahan kos rendah memandangkan masalah ini masih berlarutan sehingga ke hari ini di seluruh negara.

(PM #36597 v1) 29. Tuan Haji Hassan bin Shukri minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan jumlah pekerja asing mengikut kategori negara yang bekerja di negara ini dan berapakah kadar pengangguran semasa rakyat Malaysia.

Page 6: DEWAN NEGARA -  · PDF filewujudnya diskrepans dari i seg i pemarkahan . (PM #36839 v1) 17. ... dalam memastika supayn wakta u tayangan drama ataupun filem disiarkan

6 AUM DN 10/11/2003 (PM #36983 v1)

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

(DR 44/2003) Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Bacaan Kali Yang Kedua

(DR 45/2003) Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2003 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang" [6 November 2003]

(DR 46/2003) Rang Undang-undang Pilihan Raya (Pindaan) 2003

Bacaan Kali Yang Kedua

Page 7: DEWAN NEGARA -  · PDF filewujudnya diskrepans dari i seg i pemarkahan . (PM #36839 v1) 17. ... dalam memastika supayn wakta u tayangan drama ataupun filem disiarkan

7 AUM DN 10/11/2003 (PM #36983 v1)

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM DEWAN

TAHUN RISALAT/DOKUMEN TARIKH 2003 DIBENTANGKAN

ST. 139 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 10 November 2003 Institut Penyelidikan dan Kemajuan Malaysia (MARDI) tahun 2000.

ST. 143 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 10 November 2003 Lembaga Akreditasi Negara tahun 2001.

ST. 160 Kenyataan Mengenai Pembentangan 10 November 2003 Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa Yang Diterima Di Persidangan Buruh Antarabangsa Sesi Ke-91 ke Parlimen.

ST. 166 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 10 November 2003 Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) tahun 2001.

ST. 175 Laporan Tahunan Perbadanan Produktiviti 10 November 2003 Negara (NPC) tahun 2002.

ST. 176 Laporan Tahunan Lembaga Pelesenan 10 November 2003 Kenderaan Perdagangan (LPKP) Semenanjung tahun 2002.

ST. 177 Laporan Tahunan Lembaga Pelesenan 10 November 2003 Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah tahun 2002.

ST. 178 Laporan Tahunan Lembaga Pelesenan 10 November 2003 Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak tahun 2002.