aturan urusan mesyuarat - parlimen.gov.my · kebenaran kepada puteri umno menjalankan kegiatan di...

22
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 20 MAC 2003 PUKUL 10.00 PAGI Bil. 8 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB L1SAN 1 (PM #29648 v1 ) 1. Dr. James Dawos Mamit [Mambong] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan langkah-Iangkah yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan bagi memastikan agar sistem sekolah kebangsaan dapat menarik pelajar- pelajar dari semua bangsa di negara kita. (PM #30151 v1) 2. Tuan Richard Riot ak. Jaem [Serian] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah kementerian bercadang untuk menubuhkan Pasukan Askar Wataniah di setiap Kawasan Parlimen. Kalau ya, apakah cara-cara penubuhannya. (PM #30267 v1 ) 3. Tuan Muhyidin bin Abdul Rashid [Hulu Terengganu] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA menyatakan usaha-usaha yang telah dibuat bagi memajukan Pusat Pembangunan Wanita dan Keluarga (PPWK) di setiap daerah. (PM #30300 v1 ) 4. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam] minta MENTERI KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN PELANCONGAN menyatakan jumlah perbelanjaan bagi setiap rumah terbuka yang dianjurkan oleh Kementerian bagi tahun 2002 dan 2003 dengan memberi pecahan kepala besar.

Upload: others

Post on 02-Sep-2019

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · kebenaran kepada Puteri UMNO menjalankan kegiatan di sekolah sekolah Kebangsaan secara langsung atau tidak langsung. (PM #29538 v1 ) 19

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI KHAMIS, 20 MAC 2003 PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 8

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB L1SAN

1

(PM #29648 v1 )1. Dr. James Dawos Mamit [Mambong] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan langkah-Iangkah yang telah dan akan diambil oleh Kerajaanbagi memastikan agar sistem sekolah kebangsaan dapat menarik pelajar­pelajar dari semua bangsa di negara kita.

(PM #30151 v1)2. Tuan Richard Riot ak. Jaem [Serian] minta MENTERI PERTAHANAN

menyatakan adakah kementerian bercadang untuk menubuhkan PasukanAskar Wataniah di setiap Kawasan Parlimen. Kalau ya, apakah cara-carapenubuhannya.

(PM #30267 v1 )3. Tuan Muhyidin bin Abdul Rashid [Hulu Terengganu] minta MENTERI

PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA menyatakan usaha-usahayang telah dibuat bagi memajukan Pusat Pembangunan Wanita danKeluarga (PPWK) di setiap daerah.

(PM #30300 v1 )4. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam] minta MENTERI KEBUDAYAAN,

KESENIAN DAN PELANCONGAN menyatakan jumlah perbelanjaan bagisetiap rumah terbuka yang dianjurkan oleh Kementerian bagi tahun 2002dan 2003 dengan memberi pecahan kepala besar.

Page 2: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · kebenaran kepada Puteri UMNO menjalankan kegiatan di sekolah sekolah Kebangsaan secara langsung atau tidak langsung. (PM #29538 v1 ) 19

2 AUM DR 20103/2003 (PM #30499 V1 )

(PM #29269 v1 )5. Tuan Chang See Ten [Gelang Patah] minta MENTERI PERUMAHAN

DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sejauh manakahkeberkesanan kempen "Tandas Bersih" yang pernah dilaksanakan padatahun 1998 di negara kita.

(PM #29440 v1 )6. Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Harun [Rantau Panjang] minta

MENTERI PERTANIAN menyatakan apakah langkah-Iangkah drastikKerajaan bagi mengatasi masalah kandungan antibiotik dan logam beratyang terdapat di dalam sampel ternakan sekarang dan sejauh manakahpemantauan kesihatan ikan supaya produk akuakultur selamat dimakan.

(PM #30188 v17. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad [Lipis] minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan jumlah penduduk Malaysia yang menghidap autisme danapakah mereka mendapat kemudahan rawatan yang mencukupi.Menyedari mereka mempunyai kelebihan intelek yang luas apakah yangtelah dilakukan untuk mengeksploitasikan ciri-ciri ini.

(PM #29833 v1 )8. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah] minta MENTERI KERJA RAYA

menyatakan memandangkan kemalangan seringkali berlaku di tal plazaJelapang, bilakah kerja-kerja pemindahan tal plaza ini akan bermula danjumlah kos yang terlibat.

(PM #30403 v1 )9. Tuan Alexander Nanta Linggi [Kapit] minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan apakah jenis penyakit yang disebut melioidosis. Apakahbenar penyakit tersebut sedang merebak di beberapa daerah di Sarawak.Jika benar, sila berikan nama-nama daerah yang terlibat, jumlah kes yangtelah dilaporkan setakat sekarang ini, dan bilangan kematian akibatpenyakit tersebut dalam jangka masa 5 tahun kebelakangan ini diSarawak.

(PM #30438 v1 )10. Tuan Joseph Mauh ak. Ikeh [Selangau] minta MENTERI PERTANIAN

menyatakan berapa batang sungai di Sarawak yang disahkan sebagaisungai mati pada tahun 2002/2003 dan apakah usaha yang berkesanuntuk memulihkan ekosistem sungai mati tersebut.

(PM #30328 v1 )11. Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta MENTERI PENGANGKUTAN

menyatakan apakah sebab cukai jalan motokar Toyota Unser 1.8 (1781s.p) keluaran 1998, 1999, 2000 sebanyak RM485.50, manakala keluaran2001 dan 2002, cukainya sebanyak RM398.00. Apakah Kementerian akanmemulangkan lebihan cukai jalan dan berapa bilangan motokar jenistersebut yang terlibat. Jika tidak mengapa dan apakah sebab terjadiperbezaan caj.

Page 3: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · kebenaran kepada Puteri UMNO menjalankan kegiatan di sekolah sekolah Kebangsaan secara langsung atau tidak langsung. (PM #29538 v1 ) 19

3 AUM DR 20103/2003 (PM #30499 V1 )

(PM #29985 v1 )12. Tuan M. Shukrimun bin Shamsuddin [Kuala Nerus] minta MENTERI

KERJA RAYA menyatakan sama ada pihak Kerajaan telah mewujudkanarahan menggunakan struktur logam bagi menggantikan kayu bagipembinaan rumah-rumah skim perumahan.

(PM #30229 v1 )13. Tuan Mohd. Nasir bin Che Daud [Kuala Krai] minta MENTERI

PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNAmenyatakan mengenai kesan kepada kedudukan kewangan dankeseluruhan laporan kewangan sesebuah syarikat denganpenguatkuasaan format dan 'standard' baru laporan kewangan syarikat.

(PM #29297 v1 )14. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading] minta MENTERI

PENDIDIKAN menyatakan apakah ikhtiar Kementerian untukmenggalakkan anak-anak bukan Bumiputra/Melayu untuk belajar diSekolah Kebangsaan di mana dengan cara inilah satu cara mewujudkanperpaduan kaum di Negara ini.

(PM #29305 v1 )15. Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut] minta

MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang telah danakan diambil bagi memastikan pemeriksaan kesihatan terhadap parapekerja asing sama ada yang secara sah dan tanpa izin dapatdilaksanakan secepat mungkin untuk memastikan mereka tidak membawasebarang virus penyakit berjangkit ke negara ini.

(PM #29340 v1 )16. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad [Parit Sulong] minta MENTERI KERJA

RAYA menyatakan apakah perkembangan terkini untuk memasukkanprojek pembinaan jambatan Kampung Parit Mantan-Kampung ParitSeparap di Sungai Simpang Kiri Batu Pahat ke dalam projek KajianSeparuh Penggal RMK-8.

(PM #29344 v1 )17. Dato' Shaziman bin Abu Mansor [Tampin] minta MENTERI

PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan:-

(a) setakat 31 hb Disember 2002 sejauh manakah kejayaankempen kitar semula yang telah dilancarkan oleh Kerajaan;dan

(b) berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan untukmelaksanakan kempen kesedaran ini.

Page 4: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · kebenaran kepada Puteri UMNO menjalankan kegiatan di sekolah sekolah Kebangsaan secara langsung atau tidak langsung. (PM #29538 v1 ) 19

4 AUM DR 20103/2003 (PM #30499 V1)

(PM #29415 v1 )18. Tuan Mat Basir bin Rahmat [Parit] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan adakah pihak Kementerian Pendidikan memberikankebenaran kepada Puteri UMNO menjalankan kegiatan di sekolah­sekolah Kebangsaan secara langsung atau tidak langsung.

(PM #29538 v1 )19. Dato' Dr. Hasan bin Mohamed Ali [Parit Buntar] minta MENTERI

PENDIDIKAN menyatakan:-

(a) jumlah laporan polis yang dibuat terhadap premis sekolah,kolej dan universiti serta kawasannya yang digunakan untukprogram politik UMNO/BN; dan

(b) apakah dasar Kerajaan yang sebenarnya tentangpenggunaan premis pengajian di atas untuk tujuanmengadakan program-program politik.

(PM #29553 v1 )20. Tuan Haji Siam bin Haji Kasrin [Batu Pahat] minta MENTERI

PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan apakah langkah-Iangkahsecara pro-aktif yang diambil bagi melahirkan lebih ramai golonganusahawan menengah Bumiputera yang berkualiti, berdaya saing danberdaya tahan terutama yang melibatkan siswazah yang masihmenganggur.

(PM #29659 v1 )21. Dato' Mohd. Sarit bin Haji Yusoh [Temerloh] minta MENTERI DALAM

NEGERI menyatakan:-

(a) sejauh manakah peranan Lembaga Penapisan Filem (LPF)dan kawalan terhadap kemasukan filem tahyul keranakebelakangan ini banyak filem-filem bercorak tahyulditayangkan di negara ini; dan

(b) klasifikasi filem yang digunakan hanya sekadar tandaklasifikasi sedangkan banyak filem luar berunsurkan tahyuldan tidak masuk aka!.

(PM #29691 v1)22. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta MENTERI LUAR NEGERI

menyatakan apakah persiapan Malaysia untuk menghadapi kesan burukjika Iraq diserang oleh Amerika Syarikat.

(PM #29774 v1 )23. Tuan Jimmy Donald [Sri Aman] minta MENTERI PEMBANGUNAN

LUAR BANDAR menyatakan pertolongan istimewa yang akan diberikepada rakyat-rakyat termiskin di luar bandar pada tahun 2003.

Page 5: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · kebenaran kepada Puteri UMNO menjalankan kegiatan di sekolah sekolah Kebangsaan secara langsung atau tidak langsung. (PM #29538 v1 ) 19

5 AUM DR 20103/2003 (PM #30499 V1 )

(PM #29806 v1 )24. Puan Lim Bee Kau [Padang Serai] minta MENTERI PERDAGANGAN

ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah insentif-insentifdan rancangan dari Kementerian untuk memberi galakan kepada pelabur­pelabur domestik supaya mereka boleh membantu untukmemberangsangkan ekonomi kita.

(PM #29830 v1 )25. Tuan Jacob Dungau Sagan [Baram] minta MENTERI

PENGANGKUTAN menyatakan berapakah peruntukan yang telahdisediakan oleh Kementerian dalam Rancangan Malaysia Kelapan untukkerja "dredging" bagi mendalamkan kuala sungai-sungai yang diguna olehkapal komersial di seluruh Malaysia. Senaraikan kuala sungai-sungai diseluruh negara serta perbelanjaan di mana kerja "dredging" ini telahdijalankan semenjak tahun 2001.

(PM #29866 v1)26. Dato' Othman bin Abdul [Pendang] minta MENTERI KERJA RAYA

menyatakan apakah alasan-alasan munasabah untuk meneruskanrancangan bayaran tol secara elektronik tanpa menimbangkan kesulitanpengguna-pengguna luar bandar yang hanya sekali sekala menggunakanlebuh raya.

(PM #30141 v1)27. Puan Komala Devi alp M. Perumal [Kapar] minta MENTERI KERJA

RAYA menyatakan status pelaksanaan pembinaan jalan Missing LinkKlang-Kapar, Laluan Persekutuan 5, Pakej 3. Akibat dari masalah jalanraya yang sempit, sering berlaku kemalangan dan kesesakan lalu Iintas diwaktu puncak, yang menimbulkan kesulitan kepada pengguna kenderaanserta penumpang kenderaan awam yang mahu pergi dan pulang daripadatempat kerja.

(PM #29911 v1)28. Dato' Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah [Tambun] minta MENTERI

KEWANGAN menyatakan apakah langkah Kerajaan untuk mempastikanpenggunaan sumber secara maksimum dalam sektor perbankan dankewangan yang menghadapi tahap kecairan amat tinggi dan kadar faedahrendah.

(PM #29935 v1 )29. Datuk Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz [Hulu Langat] minta

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWALPENGGUNA menyatakan kenapakah masih banyak peniaga yangenggan meletakkan tanda harga jualan masing-masing sedangkanKementerian telah lama menguatkuasakan peraturan tersebut dan berapabanyakkan tindakan yang telah diambil sepanjang tahun lalu.

Page 6: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · kebenaran kepada Puteri UMNO menjalankan kegiatan di sekolah sekolah Kebangsaan secara langsung atau tidak langsung. (PM #29538 v1 ) 19

6 AUM DR 20103/2003 (PM #30499 V1)

(PM #29958 v1)30. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan sebab-musabab penubuhan Jawatankuasa Kaji SemulaPendidikan Kebangsaan dan setakat mana ianya dapat mengkaji semuaaspek pendidikan. Selepas lebih tiga bulan, apakah masalah yangdihadapinya.

(PM #30060 v1)31. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu] minta

PERDANA MENTERI menyatakan apakah fungsi sebenar SuruhanjayaPilihanraya (SPR) bagi menjamin ketelusan perjalanan pilihanraya dinegara ini dan nyatakan kaedah yang akan digunakan oleh SPR bagimelaksanakan "akujanji" terhadap mana-mana calon yang bertandingdalam pilihanraya.

(PM #30083 v1)32. Tuan Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] minta MENTERI BEllA DAN

SUKAN menyatakan apakah program pembangunan kepimpinan beliayang dijalankan oleh Kementerian untuk pertubuhan belia di negara ini.

(PM #30093 v1 )33. Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong] minta MENTERI PERDAGANGAN

ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah langkah-Iangkahyang akan diambil untuk mengurangkan kos untuk menjadikan negaralebih berdaya saing dalam menarik pelaburan asing.

(PM #30107 v1 )34. Dato' Kamarudin bin Jaafar [Tumpat] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan sama ada Kementerian telah baru-baru ini meluluskantambahan kepada aktiviti perjudian kepada Syarikat Genting Berhaddaripada 400 meja perjudian kepada 600 meja perjudian.

(PM #30222 v1 )35. Tuan Kerk Kim Hock [Kota Melaka] minta MENTERI PERUMAHAN

DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan memandangkan tiap-tiapnegeri mempunyai polisi kuota perumahan yang berbeza dan terutamasekali polisi Kerajaan Negeri Melaka adalah begitu tidak adil sama adaKerajaan Persekutuan bercadang mengadakan satu polisi yang samauntuk semua negeri.

(PM #29607 v1 )36. Dato' Mohd. Zain bin Omar [Balik Pulau] minta MENTERI

PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah tapakpelupusan sampah yang sedia pakai, purata pembuangan sampah setiaphari dan Pelaksanaan Pembinaan Insinerator dalam rancangan pelupusansampah di Malaysia oleh pihak Kementerian.

Page 7: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · kebenaran kepada Puteri UMNO menjalankan kegiatan di sekolah sekolah Kebangsaan secara langsung atau tidak langsung. (PM #29538 v1 ) 19

7 AUM DR 20103/2003 (PM #30499 V1 )

(PM #30170 v1)37. Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob [Sipitang] minta MENTERI

PENDIDIKAN menyatakan rancangan Kerajaan untuk menyeragamkansistem persekolahan satu sessi. Apakah jenis aktiviti yang akan mengisimasa pelajar di sebelah petang. Apakah pihak ibu bapa bersedia untukmenghantar anak mereka ke sekolah sehari suntuk apabila sistem inidilaksanakan.

(PM #30220 v1 )38. Tuan Kerk Kim Hock [Kota Melaka] minta PERDANA MENTERI

menyatakan menjelang pilihanraya yang akan datang, apakah cadanganyang telah dibuat oleh Suruhanjaya Pilihanraya untuk memastikanpilihanraya boleh dijalankan dengan adil, bebas dan aman dan apakahpendirian Kerajaan atas cadangan-cadangan ini.

(PM #30350 v1 )39. Tuan Abd. Rahman bin Yusof [Kemaman] minta MENTERI LUAR

NEGERI menyatakan justifikasi Kerajaan memberi bantuan kepadaKerajaan Zimbabwe yang melibatkan dua agensi Kerajaan termasuk BankNegara. Berapa jumlah yang terlibat dan bagaimana ia disalurkan.

(PM #30292 v1 )40. Tuan Saupi bin Daud [Tanah Merah] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan apakah syarat-syarat seragam yang dikeluarkan olehKementerian untuk meluluskan pemberian bantuan RM120 kepadapelajar-pelajar dari kalangan keluarga miskin.

(PM #30314 v1)41. Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatang Pauh] minta

MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan Kerajaan ke atascadangan SUHAKAM supaya Kerajaan mematuhi keputusan mahkamahbahawa penahanan ke atas lima orang tahanan di bawah ISA iaituLokman Adam, Hishamudin Rais, Shaari Sungip, Dr. Badrulamin, TienChua adalah berniat jahat, tidak bersebab dan patut dibebaskan. Apakahasas Kerajaan untuk terus menahan mereka di bawah peruntukan AktaISA.

(PM #30348 v1 )42. Tuan Abd. Rahman bin Yusof [Kemaman] minta MENTERI DALAM

NEGERI menyatakan sekiranya seseorang dikenakan hukuman penjaraselama 6 tahun bermula pada 14hb. April 1999 bilakah tarikh beliau akandibebaskan. Sekiranya Kerajaan tidak membebaskan beliau pada tarikhtersebut apa tindakan yang boleh diambil terhadap Kerajaan.

Page 8: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · kebenaran kepada Puteri UMNO menjalankan kegiatan di sekolah sekolah Kebangsaan secara langsung atau tidak langsung. (PM #29538 v1 ) 19

8 AUM DR 20103/2003 (PM #30499 V1 )

(PM #30371 v1)43. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta MENTERI LUAR NEGERI

menyatakan kenapakah Kerajaan menggunakan kereta BMW danbukannya kereta buatan Proton untuk membawa tetamu khas negaraasing dalam mesyuarat NAM. Apakah jumlah kos penyewaan ataupunpembelian kereta khas untuk peserta NAM tersebut dan juga jumlah kospengajuran sidang NAM.

(PM #29765 v1 )44. Puan Chew Mei Fun [Petaling Jaya Utara] minta MENTERI

PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA menyatakan adakahKementerian sedar kelab golf seperti Subang Golf Club dan RoyalSelangor Golf Club (RSGC) tidak membenarkan wanita berkahwinmenjadi ahli. Sesetengah tempat hiburan di kelab-kelab golf ini sepertiMENS BAR tidak membenarkan wanita memasukinya. Bukankah inisebagai satu diskriminasi terhadap kaum wanita. Apakah tindakan yangakan diambil oleh Kerajaan untuk memperbetulkan keadaan ini.

(PM #30387 v1 )45. Tuan Billy Abit Joo [Hulu Rajang] minta MENTERI PERUMAHAN DAN

KERAJAAN TEMPATAN menyatakan:-

(a) sama ada beliau sedar tentang kebakaran tiga buah rumahpanjang di kawasan penempatan semula Asap yangmenyebabkan kerugian berjuta ringgit dan tindakanKerajaan untuk mengelak kejadian tersebut berulang; dan

(b) adakah Kerajaan akan membina Balai Bomba dipenempatan semula Sg.Asap.

(PM #30398 v1 )46. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [Keningau] minta

MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bahawa memandangkanmasalah keselamatan di Daerah Tambunan memerlukan pemerhatian dantindakan yang lebih cepat dan tepat bila-bila masa bolehkah kawasanpentadbiran polis di Daerah Tambunan dinaik taraf kepada taraf jagaanPegawai Inspektor di mana sekarang taraf pentadbiran hanyalah diperingkat jagaan seorang sarjan.

(PM #30421 v1)47. Tuan Haji Mohamed Sayuti bin Said [Kuala Selangor] minta MENTERI

PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNAmenyatakan langkah bentuk kawalan ke atas penjualan barangan alatganti kenderaan terpakai yang banyak terdapat di pasaran yang diimportdan ianya mendapat permintaan yang tinggi oleh pihak penggunaberbanding alat ganti kenderaan yang tulen.

Page 9: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · kebenaran kepada Puteri UMNO menjalankan kegiatan di sekolah sekolah Kebangsaan secara langsung atau tidak langsung. (PM #29538 v1 ) 19

9 AUM DR 20103/2003 (PM #30499 V1 )

(PM #30447 v1)48. Tuan Muhamad bin Mustafa [Peringat] minta PERDANA MENTERI

menyatakan:-

(a) kenapa Kerajaan terus menerus mendakwa kes-kes jenayahsyariah yang melibatkan orang Islam di Mahkamah Sivil danmenjatuhkan hukuman yang jelas bereanggah denganajaran agama Islam; dan

(b) kenapa Kerajaan terus menghalang penguatkuasaansepenuhya undang-undang Allah di Mahkamah Syariahuntuk orang-orang Islam sahaja.

(PM #30475 v1)49. Dato' Yap Pian Hon [Serdang] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI

DAN ALAM SEKITAR menyatakan:-

(a) jumlah Pejabat Kaji Cuaea Wilayah yang telah diwujudkan; dan

(b) berapakah jumlah kekurangan jawatan yang akan diisi.

Page 10: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · kebenaran kepada Puteri UMNO menjalankan kegiatan di sekolah sekolah Kebangsaan secara langsung atau tidak langsung. (PM #29538 v1 ) 19

10 AUM DR 20/03/2003 (PM #30499 V1 )

ATURAN URUSAN M~SYUARAT DAN USUL-USUL

1. Usul dibuat oIeh YB. Data' Ir. Mohd. lin bin Mohamed [Shah Alam]dan masalah dicadangkan:-

Bahawa suatu ucapan yang 'tidak sepertinya dipersembahkan kepada SeriPaduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:

"Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat di dalam PersidanganParlimen memohon ampunmempersembahkan suatu ucapan yang ikhlasdaripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukurdan terimakasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka PenggalKelima ParUmen Yang Kesepuluh".

[Menyambung semula Perbahasan atas masalah (19 Mac 2003)]

2. (D.R. 1/2003) Rang Undang-undang BantuanGuaman (Pindaan) 2003

Bacaan KaliYang Kedua

3. (D.R. 2/2003) Rang Undang Kanun Tanah Negara "(Pengesahan) 2003

4. (D.R. 3/2003) Rang Undang-undang Penjara "(Pindaan) 2003

5. (D.R. 4/2003) Rang Undang-undang Hiburan(Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)(Pindaan),2003.

6. (D.R. 5/2003) Rang Undang-u,tldang KumpulanWang Simpanan Pekerja (Pindaan)2003

7. (D.R. 6/2003) Rang Undapg~undang Perindustrian II

Sekuriti Luar Pesisir Labuan(Pindaan) 2003

Page 11: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · kebenaran kepada Puteri UMNO menjalankan kegiatan di sekolah sekolah Kebangsaan secara langsung atau tidak langsung. (PM #29538 v1 ) 19

11 AUM DR 20103/2003 (PM #30499 V1 )

8. MenteriKeYiangan akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10 (4) (a)Akta Prosedur Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapanbersetuju,supaya Jadua1 Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambahkepadanya butiran baharu seperti berikut:-

"Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin"o

(PM #29406 v1 )9. Tuan Che Ghani bin Che Ambak [Setiu] akan mencadangkan:-

i Bahawa Dewan ini akan membincangkan.dan membahasbagi mendesakPertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam Sedunia (OIC)menyatakan dengan jelas dan tegas berhubung deng1 an isu pengganasdan sebarang bentuk pencerobohan kuasa asing terhadap mana-manaNegara anggota ole.

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar seluruh Negara-negara OICberdiri sebagai satu suara mempertahankan hak dan maruah umat Islamyang tercabar dan dipermainkan oleh kuasa besar Dunia.

(PM #29407 v1 )10. Tuan Che Ghani bin Che Ambak(Setiu] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan UMNOTerangganu mendesak Kerajaan sehinQga tertutupnya dua buah MRSMdiTerengganu. - 0

Bahawa Dewan ini menyedari perlunya peluang pendidikan yang lebihluas disediakan bagi menampungpelajar-pelajar yang cemerlang hasildari permuafakatan semua pihak sehingga Terengganu muncul UPSRterbaik di Malaysia.

Bahawa Dewan ini merasa amat kesal. dengan tindakan penutupan PusatPendidikan MRSM yang terbukti cemerlang dan menyeru agarkepentingan pendidikan dan·prernis I'nstitusi pendidikan tidak dijadikanbahan percaturan politik sempit UMNO/BN.

Maka Dewan ini mengambilketetapan agar Kerajaan mengkaji semulauntuk membuka kembali M8,SM.tersebut supaya tidak terbantutperkembangan pendidikan dan prestasikecemerlangan akademik negaradapat dipertingkatkan.

Page 12: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · kebenaran kepada Puteri UMNO menjalankan kegiatan di sekolah sekolah Kebangsaan secara langsung atau tidak langsung. (PM #29538 v1 ) 19

12 AUM DR 20103/2003 (PM #30499 V1 )

(PM #29498 v1 )11. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini memperbahaskan keadaan wabak denggi di Malaysiakerana rakyat hendak mengetahui bilangan kes denggi dan kematianyang disahkan serta langkah-Iangkah berkesan untuk mencegahnya.Bagaimanakah Kementerian Kesihatan menyambut amaran PertubuhanKesihatan Sedunia mengenai kemungkinan berlakuny~ pandemic padaJulai 2002. Dewan ini juga hendak memperdebatkan ketelusan danakauntabiliti Kementerian untuk menggunakan peruntukan RM7.556 biliontermasuk RM207.6 juta bagi kawalan penyakit.

(PM #29723 v1 )12. Drs. Haji Abu Bakar bin Othman [Jerlun] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya kegagalanpihak Kerajaan yang sehingga hari ini masih gagal untuk mengambiltindakan berkesan terhadap skandal Perwaja yang diambangkebankrapan, mengalami kerugian melebihi RM10 billion dan Tan SriChia yang menjadi punca skandal berkenaan masih dibiarkan bebastanpa sebarang tindakan undang~undang terhadapnya.

Dewan ini juga kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya kegagalanKerajaan mendedahkan kepada umum skandal pemberian kontrak luarbiasa bemilai RM975 juta kepada syarikat berkaitan dengan Datuk KohMah Shoondan Ng Kim Lim dan juga pembayaran RM76.4 juta kepadaNKK Corporation sebuah syarikat yang sebenarnya tidak wujud.

(PM #29724 v1 )13. Drs. Hajl Abu Bakar bin Othman [Jerlun) akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini kesal dan membantah sekeras-sekerasnya tindakanpihak Kerajaan menyalahgunakan kuasa .dan dana awam iaitu tindakanmenubuhkan Valuecap dan menyuntik wang sebanyak RM10 billion untukmenyelamatkan .syarikat-syarikat kroni yang mengalami nazak dandiambang keruntuhan perniagaan. . .

Tindakan Kerajaan itu bukansaja sudah pasti menambahkan bebanhutang kepada rakyat malahan menggalakkan syarikat-syarikat kroni terustidak bertanggungjawab keraOBsegala tindakan mereka yang cuai, tidaktelus dan pelbagai kelemahan dalam urusan perniagaan akhirnya pastidiselamatkan oleh Kerajaan.

Page 13: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · kebenaran kepada Puteri UMNO menjalankan kegiatan di sekolah sekolah Kebangsaan secara langsung atau tidak langsung. (PM #29538 v1 ) 19

13 AUM DR 20103/2003 '(PM #30499 V1 )

(PM #29726 v1 )14. D.... HaJi Abu Bakar bin Othman [Jerlun] akan mencadangkan:-

.Bahawa Dewan ini merasa kesal dan mengutuk sekeras-sekerasnyatin<;iakan.qiskriminasi, pengkhianatan dan penganiayaan Kerajaant~rhadap kepentingan Sekolah Agama Rakyat (SAR), walaupun pihakpifnpjnan Kerajaan terus berdolak dalik dan menafikan tujuannya untukmeru.Jtup SAR melalui sekatan bantuan yang diperuntukkan dalamperlel1'lbagaan negara.

MakaDewan ini menyeru Kerajaan mengembalikan semula bayaran yangmenjadi hak pelajar SAR di samping menarik balit< dakwaan palsu yangbermotif songsang sehingga sanggup menuduh SAR tidak mengajaragama tetapi hanya mengajar palitik dan membenci Kerajaan.

(PM #29727 v1)15. Drs. Haji Abu Bakar bin Othman [Jerlun] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini merasa kesal dan mengutuk sekeras-kerasnyatindakan yang mempunyai motif tertentu pihak pimpinan Kerajaan iaitu disuatuketikCl Kerajaan mengutuk tindgkan 'pre-emptive' dan 'forwarddefence' pihak kuasa-kuasa besar, manakaladidalam negeri Kerajaanpula yang lTIenjadi dalang utama melakukan tindakan sedemikian rupasehingga menzalimi dan melanggar hak asasi rakyat melalui penahanandi bawahlSA terhadap mereka yang dikatakan terlibat dengan kegiatankeganasan. .

Bahawa Dewan ini menyeru pihakKerajaan membebaskan segera semuamereka yang ditahan berkaitan tudl:lhan berkenaan tanpadiberi peluanguntuk membela dirisecara adildi hadapan mahkamah.

(PM #29728 v1)16. Tuan Fong Kui Lun [Bukit BinUms] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mengenai keperluan rombakanke atas kurikulum sekolah rendah h~ndaklah mencerminkankepelbagaianaliran yang menjadi kehendak r~kyatyang rnenitikberatkan ke.bebasanibubapa untuk memilih aliran pendidikan untuk anak-anak mereka tanpamengorbankan kepentingan kaumyal'lg sedia ada.

(PM #29729 v1 )17. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Binta"glakan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membuat ketetapan supaya pusat rekreasi dan dewanorang ramai yang dibina dalamWilayah Persekutuan Kuala Lumpurdiserahkan kepada penduduk-penduduk sendiri menguruskannya danbukan menjadi pejabat-pejabat parti poUtik.

..

Page 14: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · kebenaran kepada Puteri UMNO menjalankan kegiatan di sekolah sekolah Kebangsaan secara langsung atau tidak langsung. (PM #29538 v1 ) 19

14 AUM DR 20103/2003 (PM #30499 V1)

(PM #29730 v1 )18. TuanFong Kui Lun [Bukit Bintang] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewanini membuat ketetapan Kerajaan hendaklah mengambilinisiatif untuk menyegerakan Skim Insurans Kesihatan dan PerubatanRakyat memandangkan kini skim tersebut lebih berorientasi keuntunganyang dikendalikan oleh syarikat-syarikat insurans dan menjadi bebanankepada rakyat miskin yang dinafikan hak mendapat rawa~an terbaik.

(PM #29731 v1)19. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewanini membuat ketetapan Kerajaan hendaklah menyemaksemuta Sistem perctJkaian ke atas rakyat terutama yang tinggal dalamkawasanbandar kerana mereka terpaksa memikul bebanan berat sepertimembayar cukai pintu, caj pembetungan, lesen perniagaan, cukai tanah,cukai pendapatan, caj meletak kenderaan dan sebagainya supayamengurangkan bebanan kewangan yang dihadapi.

(PM #29863 v1 )20. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membantah tindakan polis menyerbu Malaysiakinibaru-baru ini yang bukan sahaja satu lagi bentuk perlanggaran kepadahak asasi manusia, kebebasan media dan kebebasan bersuara tetapiturut tatah bertindak melanggar "Multimedia Super Corridor Bill ofGuarantee" I jaminan kebebasan aliran maklumat tanpa tapisan' olehKerajaan.

(PM #29864 v1 )21. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membahaskan kegagalan Kementerian Kesihatan danKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjalankantanggungjawab masing-masing dengan mengambil tindakan awalmengawal wabak denggi walaupun arnaran keseriusan serangan wabakini telah diberi oleh Pertubuhan KeSihatan Sedunia (WHO) sejak bulanJulai tahun lalu. Kegagalan Kementerian ini telah mengakibatkanmelebihi 30,000 kes demam denggj di seluruh negara bagi tahun lalu,satu rekod kes demam denggi yang tertinggi berbanding dengan tahun­tahun sebelum ini.

Page 15: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · kebenaran kepada Puteri UMNO menjalankan kegiatan di sekolah sekolah Kebangsaan secara langsung atau tidak langsung. (PM #29538 v1 ) 19

15 AUM DR 20/03/2003 (PM #30499 V1 )

. Tambahan, Kementerian Kesihatan yang inenafikan maklumat keseriusanwabak denggi kepada orang ramai dan laporan di akhbar ini turutmelanggar hak asasi manusia, iaitu hak kepada maklumat (right toinformation) dankebebasan akhbar. Dewan ini harus memandang seriusperkaraini keranakes-kes demam denggi termasuk kes kamatian inidapat dielakkan jika pihak Kementerian telah mengambil langkahpencegahan dan melancarkan pelbagai kempen kesedaran wabak ini.

(PM #30066 v1 )22. Dr.Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu] akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya kekejamanberbentukterroris rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin yang mengakibatkanribuan nyawa yang tidak berdosa terkorban serta beribu-ribu lagimengalami kecederaan.

Bahawa Dewan ini rnerasa. amat kesal denga sikap "double standard"kuasa-kuasa besar barat khususnya Amerika Syarikat yang melindungiserta membisu terhadap kekejaman rejim Zionis ini terutamanya di bawahpimpinan Ariel Sharon yang merupakan seorang "terroris" dan"penjenayah perang" yang telah terlibat membunuh beribu-ribu umat IslamPalestin secara zalim.

MalahaR tindakan Zionis Israel menceroboh serta membuiluh ratusanumat Islam di kern pelarian yang di bawah jagaan PBB adalah amatdikesali. Rejim ini juga tidak pernah menghormati sebarang resolusi yangdibuat oleh PBB terus berselindung di sebalik "sokongan kuat AmerikaSyarikat" bagi mengetepikan segala bantahan antarabangsa terhadaptindakan kejam mereka.

Dewan ini juga menyedari bahawa isu ini bukan persoalan umat Islamsemata-mata, tetapi juga berkaitan dengan persoalan kemanusiaansejagat yang melewati batasan agama, kaum dan sempadan.

_Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar mempertahankan kotaBaitulmuqaddis di mana terletaknya Masjid AI-Aqsa yang merupakankiblat pertama urnat Islam serta maruah umat Islam yang sedang tercabarini.

g

Page 16: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · kebenaran kepada Puteri UMNO menjalankan kegiatan di sekolah sekolah Kebangsaan secara langsung atau tidak langsung. (PM #29538 v1 ) 19

16 AUM DR 20103/2003 (PM #30499 V1 )

(PM #30067'v1)23. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu] akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Kerajaan Pusatyang terus-menerus mendiskriminasi Kerajaan negeri Terengganu denganpelbagai tindakan yang tidak demokratik dan tidak bermaruah. Malahanperuntukan kewangan dan pembangunan telah dijadikan senjata politikbagi memporak-perandakan keamanan yang sedia - ada di negeriTerengganu.

Bahawa Dewan ini perlu diingatkan bahawa UMNO yang telahme~rintah Terengganu sejak 40 tahun dan taraf kemiskinan rakyatadalah negeri kedua termiskin di Malaysia walaupun ia mendapat lebihRM7 billion hasil minyak sejak 22 tahunlalu. Kemiskinan sertapenderitaan rakyat Terengganu ini adalah hasil dari penyalahgunaankuasa, penyelewengan serta manipulasi yang telah dilakukan olehKerajaan UMNO yang tidak bertanggungjawab.

Dewanini juga merakamkan kekesalan dengan tindakan yang tidakdemokratik dan.tidak bermaruah yang mengakibatkan rakyat Terengganuyang majoritinya berbangsa Melayu terus menjadi mangsa politik kotordan balas dendam UMNO yang tidak dapat.menerima kenyataan bahawamereka telah ditolak oleh 'kuasa rakyat' dalam pilihanraya lepas.

Dewan ini juga menyesali bahawa sehingga kini tindak-tanduk pemimpin­pemimpin UMNO adalah amat biadab. Mereka terus 'memanipulasikemiskinan rakyat' dengan s090kan dan ugutan dan pada masa yangsama terus-menerus tamak membina kekayaan diri mereka sendirimelalui projek-projek Persekutuan yang dicurahkan ke negeriTerengganu.

(PM #30068 v1 )24. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu] akan

mencadangkan:"

"Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sertaperancangan 'anti-Islam' yang sedang dilakukan oleh pemimpinUMNO/BN yang seolah-olah mengikut telunjuk Kuasa-kuasa Besar Baratyang kini melancarkan 'perang salib kedua' ke atas Islam dan umatnya.

Bahawa Dewan ini merasa amat kesal dengan sikap pemimpin negarayang begitu mudah memberi label seperti golongan 'ekstrimis Islam',terroris Islam serta sedang melaksanakan pelbagai agenda kuasa-kuasabesar barat bagi menyekat serta menghapus kebangkitan Islam yangsebenarnya. .

Page 17: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · kebenaran kepada Puteri UMNO menjalankan kegiatan di sekolah sekolah Kebangsaan secara langsung atau tidak langsung. (PM #29538 v1 ) 19

17 AUM DR 20103/2003 (PM #30499 V1 )

o.wan ini juga menyedari bahawa 'Islam ala Amerika' yang sedangdiamelkanserta dianuti oleh pemimpin-pemimpin UMNO kini adalah amat;batlayadan terpesong dari ajaran Islam yang sebenamya.

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar mempertahankan kesuciansertakemuliaan Islam yangsedang dicabar oleh pemimpin-pemimpinUMNO yang menjadi alat kepada kuasa-kuasa besar Barat.

(PM #30069 v1 )25. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu] akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan terburu-buruKerajaan memberhentikan bantuan kepada Sekolah-sekolah AgamaRakyat (SAR) di seluruh Malaysia".

Bahawa Dewan ini menyedari bahawa tindakan ini dilakukan kerana untukmenutup .kelemahan serta kegagalan Kerajaan menyediakan prasaranayang mencukupi bagi meningkatkan pendidikan Islam di negara ini.Dewan juga menyedari akan kedudukan pendidikan negara yang tidakboleh dipolitikkan secara sempit oleh mana-mana pihak tanpa membuatkajian terperinci mengenai kesan yang akan ditanggung oleh pelajar, gurudan masyarakat.

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar mempertahankan SAR yangsedang tercabar dan cuba dihancurkan oleh tindakan politik kotorbeberapa kalangan pemimpin UMNO.

(PM #30105 v1)26. Tuan Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini membantah keputusan Kerajaan menghentikanbantuan per kapita kepada Sekolah Agama Rakyat dalam usaha menutupsekolah tersebut. Pemberhentian bantuan tersebut menjelaskan niat sertarancangan jahat UMNO dan BN terhadap Institusi tersebut.Pemberhentian bantuan tersebut adalah berbau politik kerana SAR danwarganya tidak rrienyokong Kerajaan BN seperti dakwaan PerdanaMenteri dalam taklimat kepada pemimpin UMNO di PWTC pada 13 Feb2003.

Bahawa Dewan ini menyesali keputusan Kerajaan menghentikan bantuantersebut yang bersifat menghina Raja-raja Malayu yangbertanggungjawab sebagai ketua agama Islam di mana SAR berada dibawah bidang kuasa Majlis Raja-Raja Melayu. -

Bahawa Dewan ini menuntutKerajaan memberi semula dan meningkatbantuan per kapita kepada Sekolah Agama Rakyat.

Page 18: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · kebenaran kepada Puteri UMNO menjalankan kegiatan di sekolah sekolah Kebangsaan secara langsung atau tidak langsung. (PM #29538 v1 ) 19

18 AUM DR 20103/2003 (PM #30499 V1 )

(PM #30106 v1)27. Tuan MahftlZbin Omar [PokokSena] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengutuk cadangan dan ancaman serangan AmerikaSyarikat dan sekutunya ke atas Iraq. Perbuatan ini menggambarkan Bushdan Blair tergolong dalam golongan orang tidak siuman.

Bahawa Dewan ini menggesa negara OIC mewujudkan pakatanketenteraan untuk menghadapi ancaman Amerika Syarikat di seluruhdunia khususnya untuk melindungi Iraq.

Bahawa Dewan ini menuntut negara OIC diketuai oleh Malaysiamelancarkan gerakan memutuskan hubungan diplomatik dengan AmerikaSyarikatdan sekutunya jika Iraq diserang.

.(PM #30381 v1)28. Pual1 Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan supaya memulihkan PilihanrayaKerajaan Tempatan dan memulihkan hak penduduk Kuala Lumpur untukmemilih Datuk Bandar dengan tujuan meningkatkan keberkesananKerajaan Tempatan untuk memberi perkhidmatan yang lebih cekapkepada penduduk di kawasan berkenaan."

(PM #30382 v1)29. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan untuk menghormati hasratpenduduk Kumpung Damansara untuk membuka semula bangunan asalSJKC Damansara di samping menubuhkan cawangansekolah tersebutdemi penduduk di kawasan Petaling Jaya yang lain dengan alasan (i)kawasan Petaling Jaya tidak mempunyai sekolah jenis kebangsaan Cinayang cukup untuk menampung kehendak penduduk di kawasan tersebut,(ii) bangunan SJKC Damansara masih berada dalam keadaan yang baik,(iii) Laporan EIA yang diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar menunjukkanbunyi bising dan pencemaran udara di· bangunan asal SJKC sebenarnyatelah jatuh berbanding dengan tempoh sebelum lebuhraya SPRINTdibina, (iv) SJKC Damansara 'merupakan sekolah rendah Cina yangtunggal dalam Seksyen 11, 12, 13, 14, 16, 17 di Petaling Jaya, (v)penduduk di Kampung Baru Damansara mempunyai keinginan yang kuatuntuk mengekalkan sekolah rendah tersebut".

Page 19: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · kebenaran kepada Puteri UMNO menjalankan kegiatan di sekolah sekolah Kebangsaan secara langsung atau tidak langsung. (PM #29538 v1 ) 19

19 AUM DR 20/03/2003 (PM #30499 V1 )

(PM #30383 v1 )30. PuatrTetresaKok Suh Sim [Seputeh)akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambit ketetapan untuk memansuhkan perintahuntuk memaksa paraahti akademik dan pelajar untuk menandatanganiSural Akujanji di samping meminda Akta Kolej dan Universiti demimenjamin kebebasan akademik di kampus."

(PM #30384 v1 )31. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh} akan mencadangkan:-

"B.ahawa Dewan ini mengambil ketetapan bahawa Kerajaan harusmengadakan hubungan diplomatik dengan Vatican sebagai usaha untukmemupuk persefahaman di antara agama dan kedamaian dunia.HUbungan diplomatik ini bukan sahaja dapat menonjolkan Malaysiasebagai negara majmuk yang mempunyai komitmen bersama dengansemua agama di duniaini untuk memupuk kedamaian, keadilan, kejujurandan solidariti kepada golongan yang miskin pada tahap kebangsaan danantarabangsa ia juga membolehkan Malaysia untuk memainkan perananpenting dalam proses dialog di antara agama Islam dan Kristian dan jugaperdamaian dunia.

(PM #30385 v1 )32. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] akan mencadangkan:-

"Bahawa dewan ini mengambil ketetapan bahawa untuk menubuhkanJawatankuasa Antara Agama Khas "Inter-religious Council" untukmemupuk persefahaman di antara agama yang berlainan disampingmenangani masalah yang dihadapi oleh pertubuhanagama 'yangberlainan di negara kita".

(PM #30386 v1 )33. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputehlakan rnencadangkan::-

"Bahawa Dewan 1m mengambil ketapan untuk menubuhkanJawatankuasa Reformasi Patlimen untuk membetulkan kelemahan yangwujud dalam sistem operasi Parlimen pada masa kini, supaya ParlimenMalaysia boleh melucutkan label "rubber stamp" Kerajaan BN dan menjadiinstitusi penggubalan undang.undang yang bebas dan hormati olehkesemua Parlimen di rantau ASEAN."

Page 20: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · kebenaran kepada Puteri UMNO menjalankan kegiatan di sekolah sekolah Kebangsaan secara langsung atau tidak langsung. (PM #29538 v1 ) 19

20 AUM DR 20103/2003 (PM #30499 V1 )

(PM #30463 v1 )34. Tuan Muh'amad bin Mustafa (Peringat]akan mencadangkan:-

Bahawa'Dewan ini menggesa agar Kerajaan menubuhkan dengan segerasatu badan yangberwibawa danberautoriti untuk membuat penyelidikanbagi meneroka idea-idea baru serta membangun dasar dan undang­undang Islam negara di berbagai bidang kehidupan khususnya di sektor­sektor yang baru dan juga meneliti dan menyemak dasar dan undang­undang yang lama agar pembangunan negara berjalan dengan lancarsejajar dengan pimpinan wahyu lIat'li tanpa bertentangan, mencerobohatau mencabul dasar dan undang-undang Allah yang Mpha Besar Kuasademi keamanan, keselamatan rakyat dan negara, dunia dan akhirat.

(PM #30464 v1 )35. !Tuan Mullamad bin Mustafa (Peringat] akan mencadangkan:- '

'Bahawa Dewan ini menggesa Kerajaan menimbang semula dan menarikbatik segera dasar menghentikan bantuan kepada Sekolah-sekolahAgama Rakyat memandangkan institusi ini sangat berjasa kepada rakyat,masyarakat dan negara, dan sangat banyak sumbangannya kepadabangsa dan agama di sepanjang sejarah. Kerajaan tidak sepatutnyamenghukum semua SAR dengan tuduhan yang tidak ada fakta dan bukti

. yang jelas. Kerajaan tidak sepatutnya menghukum orang denganberdasarkan kenyataan yang selalu digunakan "Kita mempunyai buktiyang CUkUp", tetapi gaga1 dan takut untuk tampil dan hadir untukmembuktikansendiri bila dipanggil untuk berbuat demikian.

(PM #30465 v1 )36. Tuan MUhamad bin Mustafa (Peringat] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan agar bersikap prihatin dan segerabertindak mengkaji serta menyemak semula tanggungjawab, peranan dankeberkesanan semua agensi Kerajaan yang diberi amanah untukmenyampaikan segala jenis bantuan dan melaksanakan projekpembangunan untuk rakyat, khususnya r,akyat bawahan di luar bandarsupaya ianya benar-benar berlaku adil dan sampai kepada sasaran yangsebenar di mana yang berhak memperoleh haknya dan yang tidak berhakdiberi hak orang lain kepadanya tal1pa mengira bangsa dan kefahamanpolitik. Tabiat keji dan budaya burukyang tidak mesra rakyat dan tidakpandai berterima kasih kepada rakyat hendaklah dihapuskan segera disemua lapisan pemimpin dan kakitangan Kerajaan. Rakyat tidak dibeza­bezakan, ditanya atau disiasat pendirian politik mereka,' diminta merekamemberi berbagai sumbanga"fk~8daKerajaan (seperti cukai, bayarandan khidmat dan sebagainyal,~~apisebaliknya mereka didiskriminasi,dinafikan haknya, ditanya danCfl$~siasat oleh pihak-pihak yang tertentusemasa pihak Kerajaan memberi'$urtlbangan atau khidmat kepada rakyatmelalui agensi-agensi yangtet1et)t,u.

Page 21: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · kebenaran kepada Puteri UMNO menjalankan kegiatan di sekolah sekolah Kebangsaan secara langsung atau tidak langsung. (PM #29538 v1 ) 19

21 AUM DR 20/03/2003 (PM #30499 V1)

(PM #30466 v1)37. Tu-.nMubamadbin Mustaf.(Pe'ringat]akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk menggesa Kerajaan agarbersikepproaktif, bertanggungjawab dan prihatin yang tinggi danb~rusan terhadap kualiti hidup beragama di kalangan rakyat negara inidi sampingmemperhebat, memperluas dan mempertingkatkan lagipendidikan agama di semua peringkat serta menghapuskan apa sahajabentuk tahaman dan amalan yang memperkecilkan peranan agama sertamemisah-misahkannya di dalam sektor kehidupan politik, ekonomi,undang-undang, pentadbiran dan lain-lain.

Bekalan ilmu agama dan latihan pembangunan insan dan kerohanianbenar-benar ketara kekurangannya sekarang tidak cukup untuk membinajati diri dan ketahanan masyarakat dan negara serta jelaskelihatan tidakseimbang' dengan kehebatan pembangunan material. Kerajaan tidakmampu mengawaJ, mendisiplin dan membangun kualiti kehidupan rakyatdelam erti kata yang sebenar tanpa pendidikan dan penghayatan ajaranagama yang sebenar. Kehancuran kehidupan beragama di kalangan~kyat akan menghancUrkan negara dan menempah bala bencana dariAllah, Tuhan seluruhalam int GoJongan agama perlu diberipenghormatan dan kebebasan yang sewajarnya dan perlu diberi peluangyang luas dan memuaskanuntuklurut serta dalam.sektorkepimpinan danpembangunan negara.

(PM #30467 v1 )38. Tuan Muhamad bin Mustafa (Perlngat] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mendesak dan menggesa Kerajaan agar segeramenggubal satu dasar perpaduan negara yang konkrit, realistik danberprinsip berteraskan ajaran dan_ dasar agama rasmi negara, sertakebudayaan rakyat yang berbilang kaum untuk mengatasi segala 'jenisperpecahan dan permu$uhan yang berlaku diantarakaum dan di dalamsesuatu kaum itu sendiri demi kepentingan agama, bangsa dan negara,dunia dan akhirat.

(PM #30468 v1)39. Tuan Muhamad bin Mustafa [Perlngat] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini menggesa dan mendesak Kerajaan agar membuatkajian yang menyeluruh terhadap para pengamal perubatan tradisionaldan· perbomohan kampung sertakebaikan dan keberkesanannya dalammengubati segala jenis penyakitti~kal, mental.dan spiritual serta memberipengiktiratan yangsewajarnya danseterusnya menubuhkan satu jabatankhususnya di bawah Kementeri.~t;1Kesihatan untuk memelihara danmelindungi warisan i1mu dan kepaksran perubatan ini di bidang masing­masing agar dapat sama-samsf;f,1ernberikhidmat dan sumbangan kepadarakyat dan negara di sampingperubatliln moden.

Page 22: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · kebenaran kepada Puteri UMNO menjalankan kegiatan di sekolah sekolah Kebangsaan secara langsung atau tidak langsung. (PM #29538 v1 ) 19

22 AUM DR 20103/2003 (PM #30499 V1 )

(PM #30469v1 )40. Tuan Muhamad bin Mustafa [Peringat] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini menggesa dan mendesak Kerajaan agar mengadakansatu peraturan yang khusus untuk membolehkan wakil rakyatmenyampaikan hasrat rakyat secara lisan dan tulisan melalui melalui caradan peluang yang luas dan kesempatan yang lebih selesa serta mendapatrespons dan jawapan segera dari Kerajaan termasuk usul-usul yangdikemukan dan tidak dibahas.

41. Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong] akan mencadangkan:-

Menyedari hakikat bahawa Malaysia sebuah negara yang mempunyaikemajmukan bahasa, agama, adat-resam dan budaya dikalangan rakyatyang berbilangkaum yang memperkayakan negara kita;

Menyedari keperluannya untuk mengambil usaha berterusan demimelindung, memelihara dan mengembang identiti kepelbagaian bahasadan budaya di negara ini;

Maka Dewan yang mulia ini membuat ketetapan:

Menyeru Kerajaan Malaysia mengiktirafkan dan mengisytiharkan 21Februari sebagai Hari Bahasa Ibunda Sedunia (Internasional MotherLanguage Day) demi memajukan kepelbagaian bahasa dan sistempendidikan pelbagai aliran bahasa dan juga untuk menyemaikankesedaran penuh terhadap tradisi bahasa dan budaya yang wujud diMalaysia atas semangat persefahaman, toleransi dan perubahan fikiran.