aturan urusan mesyuarat - · pdf filemempengaruhi iklim pelaburan menerusi 'stock...

18
MALAYSIA \V/V^- DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 14 MAC 2002 PUKUL 10.00 PAGI Bil. 4 1 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LlSAN (PM #20981 v1) 1. Tuan Hoo Seong Chang [Kluang] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:- (a) apakah nisbah doktor dengan penduduk di Malaysia jika dibanding dengan keadaan yang sebenar; dan (b) jumlah doktor asing yang berkhidmat secara kontrak di tanahair kita mengikut negara. (PM #21894 v1) 2. Datin Paduka Hajah Seripah Noli binti Syed Hussin [Sepang] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sejauh manakah seriusnya gejala ceti haram (loan sharks) beroperasi dalam masyarakat kita dan adakah pihak Kementerian bercadang menubuhkan sebuah badan yang berupaya melindungi pengguna atau menyediakan kemudahan kewangan berskala kecil kepada pengguna daripada berhutang kepada ceti haram. (PM #21437 v1) 3. Tuan Lim Hock Seng [Bagan] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan dalam perjanjian Butterworth Outer Ring Road antara syarikat konsesi dengan Kerajaan, sarna ada Kerajaan ada memberi subsidi seperti tanah dan kewangan kepada syarikat konsesi, bagaimana pula dengan pampasan dan saguhati diberi kepada penghuni-penghuni dan tuan tanah yang terlibat. ( PM #21095 v1) 4. Drs. Haji Abu Bakar bin Othman [Jerlun] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sarna ada Kerajaan bercadang meminta Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) mewujudkan Mahkamah Islam Antarabangsa (IICJ) bagi mengadili dan mengatasi pelbagai permasalahan yang dihadapi oleh negara-negara umat Islam.

Upload: vandung

Post on 17-Mar-2018

252 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF filemempengaruhi iklim pelaburan menerusi 'stock market'. (PM #21308 v1) ... Putrajaya serta jenis-jenis dan kos projek. (PM ... jumlah anggaran kos

MALAYSIA \V/V^-

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI KHAMIS, 14 MAC 2002 PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 4 1

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LlSAN

(PM #20981 v1) 1. Tuan Hoo Seong Chang [Kluang] minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan:-

• (a) apakah nisbah doktor dengan penduduk di Malaysia jika

dibanding dengan keadaan yang sebenar; dan

(b) jumlah doktor asing yang berkhidmat secara kontrak di tanahair kita mengikut negara.

(PM #21894 v1) 2. Datin Paduka Hajah Seripah Noli binti Syed Hussin [Sepang] minta

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sejauh manakah seriusnya gejala ceti haram (loan sharks) beroperasi dalam masyarakat kita dan adakah pihak Kementerian bercadang menubuhkan sebuah badan yang berupaya melindungi pengguna atau menyediakan kemudahan kewangan berskala kecil kepada pengguna daripada berhutang kepada ceti haram.

(PM #21437 v1) 3. Tuan Lim Hock Seng [Bagan] minta MENTERI KERJA RAYA

menyatakan dalam perjanjian Butterworth Outer Ring Road antara syarikat konsesi dengan Kerajaan , sarna ada Kerajaan ada memberi subsidi seperti tanah dan kewangan kepada syarikat konsesi, bagaimana pula dengan pampasan dan saguhati diberi kepada penghuni-penghuni dan tuan tanah yang terlibat.

(PM #21095 v1) 4. Drs. Haji Abu Bakar bin Othman [Jerlun] minta MENTERI LUAR

NEGERI menyatakan sarna ada Kerajaan bercadang meminta Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) mewujudkan Mahkamah Islam Antarabangsa (IICJ) bagi mengadili dan mengatasi pelbagai permasalahan yang dihadapi oleh negara-negara umat Islam.

Page 2: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF filemempengaruhi iklim pelaburan menerusi 'stock market'. (PM #21308 v1) ... Putrajaya serta jenis-jenis dan kos projek. (PM ... jumlah anggaran kos

2 AUM DR 14/03/2002 (PM #22073 v1 )

(PM #21034 v1) 5. Datuk Lau Ngan Siew [Sandakan] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan berapakah jumlah peruntukan yang akan dibelanjakan untuk meningkatkan infrastruktur-infrastruktur di Sabah pada tahun ini dan apakah langkah-Iangkah yang akan diambil oleh Kerajaan Pusat bagi membantu merangsang ekonomi Sabah yang kian lembap.

(PM #21961 v1) 6. Puan Chew Mei Fun [Petaling Jaya Utara] minta MENTERI KERJA

RAY A menyatakan adakah Kerajaan sudah mempunyai cara penyelesaian untuk mengatasi masalah penutupan Pusingan U Sementara Kelana Jaya setelah perjanjian bagi penggunaan tanah tersebut tamat pada 3 Februari 2002. Siapakah di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau Majlis Perbandaran yang akan melaksanakannya.

(PM # 21178 v1) 7. Dato' Ir. Mohd. Zin Bin Mohamed [Shah Alam] minta MENTERI TANAH

DAN PEMBANGUNAN KOPERASI menyatakan jumlah tanah peneroka FELDA yang bertukar milik apabila peneroka menyerahkannya kepada pihak ketiga ataa pihak luar untuk dibangunkan dan apakah Kerajaan bercadang mewujudkan satu akta atau mengambil tindakan bagi mengelakkan tanah peneroka dimajukan secara tidak terkawal selepas menerima hak milik .

(PM #21525 v1) 8. Datuk Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz [Hulu Langat] minta

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kesan akibat kebakaran khususnya melibatkan belukar dan hutan yang berlaku sejak awal Februari 2002 dan apakah langkah-Iangkah untuk membanteras kejadian tersebut.

(PM #20955 v1 ) 9. Tuan Che Ghani bin Che Ambak [Setiu] minta PERDANA MENTERI

menyatakan berapakah jumlah pendeposit Tabung Haji dan jumlah simpanan hingga 31 Disember 2001 . Apakah langkah-Iangkah yang telah diambil untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pelaburan Tabung HajL

(PM #20922 v1 ) 10. Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta MENTERI PERU MAHAN

DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah projek-projek peru mahan yang tergendala sepanjang lima tahun kebelakangan ini dan sama ada Akta Pemaju Perumahan yang akan dikuatkuasakan akan membolehkan Kerajaan mengambil tindakan terhadap pemaju-pemaju peru mahan yang sengaja melambatkan kerja menyiapkan rumah terutama rumah kos rendah.

Page 3: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF filemempengaruhi iklim pelaburan menerusi 'stock market'. (PM #21308 v1) ... Putrajaya serta jenis-jenis dan kos projek. (PM ... jumlah anggaran kos

3 AUM DR 14/03/2002 (PM #22073 v1)

(PM #20967 v1) 11 . Tuan Wan Nik bin Wan Yusoff [Bachok] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan mengenai KWSP, nama-nama bagi sepuluh syarikat yang tersenarai di BSKL yang KWSP membuat pelaburan terbesar, apakah benar penglibatan KWSP dalam pelaburan di BSKL telah sedikit sebanyak mempengaruhi iklim pelaburan menerusi 'stock market'.

(PM #21308 v1) 12. Tuan Jacob Dungau Sagan [Baram] minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan apakah rancangan-rancangan kesihatan, bangunan klinik, hospital dan lain-lain yang dirancangkan oleh Kementerian di bawah Rancangan Malaysia Kelapan bagi kawasan Baram dan berapakah projek-projek dan peruntukan yang telah dilaksanakan ketika ini.

(PM #21245 v1) 13. Tuan Mohd. Yusoff bin Mohd. Nor [Machang] minta MENTERI

KEWANGAN menyatakan apakah langkah-Iangkah yang akan diambil oleh Kerajaan Malaysia supaya pengurangan cukai import selepas terlaksananya AFTA dan kenaikan gaji kakitangan tidak akan menjejaskan keupayaan Malay.sia dalam membayar balik hutang negara.

(PM #21109 v1) 14. Tuan Mat Basir bin Rahmat [Parit] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan apakah pihak Kerajaan bercadang untuk menarik balik larangan ceramah umum dan memberikan permit terhadap perhimpunan aman dan ceramah-ceramah parti pembangkang di seluruh negara, kerana hak ini disebut dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.

(PM #21022 v1) 15. Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop [Alor Gajah] minta MENTERI

PENDIDIKAN menyatakan berapakah jumlah pelajar yang telah memohon pembiayaan pendidikan daripada tabung PTPTN dari ianya mula dilancarkan hingga 31 Disember 2001 dan di antara permohonan ini berapa yang telah diluluskan dan juga jumlah amaun yang telah diluluskan.

(PM #21062 v1) 16. Tuan Goh Kheng Huat [Nibong Tebal] minta MENTERI DALAM

NEGERI menyatakan sama ada sedar kemasukan pekerja asing yang ketara sehinggakan berlaku perkara yang tidak diingini dan jumlah pendatang asing dalam tempoh 5 tahun sejak tahun 1997 mengikut pecahan negara. Berapakah di antara mereka yang diberi taraf penduduk sementara dan penduduk tetap.

(PM #21185 v1) 17. Tuan Alwi Bin Jusoh [Pasir Puteh] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan sejauh manakah hubungan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) sayap kedua dengan Kumpulan AI-Qaeda seperti yang didakwa Utusan Malaysia, 25 Januari 2002 (Jumaat) pada muka depan.

Page 4: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF filemempengaruhi iklim pelaburan menerusi 'stock market'. (PM #21308 v1) ... Putrajaya serta jenis-jenis dan kos projek. (PM ... jumlah anggaran kos

4 AUM DR 14/03/2002 (PM #22073 v1)

(PM #21259 v1) 18. Tuan M. Shukrimun bin Shamsuddin [Kuala Nerus] minta MENTERI

PENERANGAN menyatakan adakah pihak Kerajaan bercadang untuk menyemak semula dasar Penyiaran Negara agar ianya benar-benar dapat mencerminkan sebuah Kerajaan yang mendakwa melaksanakan sistem pemerintahan Islam.

(PM #21267 v1) 19. Tuan Haji Husam bin Haji Musa [Kubang Kerian] minta PERDANA

MENTERI menyatakan kumpulan atau orang perseorangan yang ada kaitan dengan kumpulan anti-had is diberikan sebarang projek di Putrajaya serta jenis-jenis dan kos projek.

(PM #21387 v1) 20. Tuan Haji Mohamad bin Sabu [Kuala Kedah] minta MENTERI DALAM

NEGERI menyatakan:-

(a) apakah yang dimaksudkan dengan 'Bancian Polis' yang dijalankan di daerah Kota Setar; dan

(b) adakah mana-mana pihak lain mempunyai kuasa untuk menjalankan bancian selain Jabatan Statistik.

(PM #21395 v1) 21 . Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan [Keningau] minta MENTERI

PENDIDIKAN menyatakan bilakah bilik darjah dan asrama di SMK Sapulut akan siap memandangkan murid-murid terpaksa menumpang bilik sekolah SK Sapulut dan tidak ada tempat tinggal yang tetap.

(PM #21415 v1) 22. Tuan Hassan bin Mohamed [Besut] minta PERDANA MENTERI

menyatakan adakah benar JAKIM diperuntukkan projek penterjemahan AI-Quran. berapakah kosnya dan apakah benar projek ini dianugerahkan kepada Persatuan AI-Quran pimpinan Kassim Ahmad.

(PM #21505 v1) 23. Tuan Liow Tiong Lai [Bentong] minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan tahap kesihatan rakyat sama ada memuaskan dan apakah langkah-Iangkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk mengurangkan penyakit seperti darah tinggi. sakit jantung. sakit buah pinggang dan kencing manis.

(PM#21518v1) 24. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu] minta

MENTERI PENDIDIKAN menyatakan kes penangkapan 4 orang pelajar UiTM Dungun yang terlibat dengan kes pengedaran dadah di kampus baru-baru ini dan berapakah jumlah kes dadah yang telah dikesan di UiTM seluruh Malaysia sejak lima tahun yang lalu.

Page 5: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF filemempengaruhi iklim pelaburan menerusi 'stock market'. (PM #21308 v1) ... Putrajaya serta jenis-jenis dan kos projek. (PM ... jumlah anggaran kos

5 AUM DR 14/03/2002 (PM #22073 v1)

(PM #21567 v1) 25. Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut] minta

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah tindakan yang telah dan akan diambil terhadap individu-individu yang diarahkan oleh syarikat kewangan untuk menjalankan operasi menarik-balik kenderaan-kenderaan daripada orang ramai (car repossessor) yang menggunakan taktik kotor seperti ugutan dan kekerasan memandangkan banyak aduan diterima mengenai masalah ini.

(PM #21594 v1) 26. Tuan Jawah ak Gerang [Lubok Antu] minta MENTERI SUMBER

MANUSIA menyatakan:-

(a) bilangan tenaga mahir dalam ICT yang diperlukan oleh negara kita menjelang tahun 2003-2005 dan langkah­langkah yang dijalankan oleh Kerajaan supaya keperluan negara dalam pekerja terlatih boleh dicapai; dan

(b) sambutan · ke atas Skim Latihan Pekerja yang diwujudkan oleh Kerajaan.

(PM #21622 v1) 27. Tuan Nasharudin bin Mat. Isa [Van] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan apakah faedah yang telah dinikmati dari sudut taraf hidup penduduk Langkawi lanjutan dari mengisytiharkannya sebagai pusat bebas cukai dan adakah model yang sama digunakan dalam membuat keputusan menjadikan Pulau Tioman sebagai pusat bebas cukai.

(PM #21678 v1) 28. Tuan Kerk Kim Hock [Kota Melaka] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan apakah sebabnya pihak UTM di Skudai telah melarang aktiviti pameran sempena Tahun Baru Cina 2002 diadakan di Dewan universiti itu dan apakah tindakan yang akan diambil untuk memastikan pihak universiti dapat menghormati keinginan pelajar-pelajar untuk mengadakan aktiviti kebudayaan.

(PM #21708 v1) 29. Tuan Shaziman bin Abu Mansor [Tampin] minta MENTERI LUAR

NEGERI menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dan akan diambil untuk menerangkan kepada masyarakat antarabangsa agar negara ini tidak dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti pengganas di peringkat antarabangsa.

Page 6: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF filemempengaruhi iklim pelaburan menerusi 'stock market'. (PM #21308 v1) ... Putrajaya serta jenis-jenis dan kos projek. (PM ... jumlah anggaran kos

6 AUM DR 14/03/2002 (PM #22073 v1)

(PM #21763 v1) 30. Tuan Mohd. Nasir bin Che Daud [Kuala Krai] minta PERDANA

MENTERI menyatakan apakah pend irian JAKIM dan IKIM berhubung dengan isu beberapa orang penulis yang didakwa PUM sebagai menghina akidah umat Islam dan institusi ulama dan apakah peranan kedua-dua agensi tersebut dalam mencari jalan penyelesaian isu tersebut.

(PM #21780 v1) 31 . Datuk Yong Teck Lee [Gaya] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan bilakah Balai Polis di Inanam yang akan dibina. Berapakah jumlah anggaran kos dan saiz tapak tanah yang diperlukan.

(PM #21680 v1) 32. Tuan Kerk Kim Hock [Kota Melaka] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan:-

(a) jumlah Sekolah Wawasan yang sedang dan akan dibina dengan memberikan lokasi spesifik tiap-tiap projek; dan

(b) bagaimana Kerajaan ingin menghapuskan kebimbangan masyarakat Cina yang menganggap projek ini boleh mengancam identiti SJK (C)

(PM #21856 v1) 33. Puan Mastika Junaidah binti Hussin [Arau] minta MENTERI

PENDIDIKAN menyatakan apakah peraturan untuk orang perseorangan, badan perniagaan atau NGO yang berhasrat untuk menubuhkan Nurseri dan Pra Sekolah. Adakah pihak Kementerian mempunyai bahagian khas untuk memantau kegiatan ini.

(PM #21885 v1) 34. Tuan Mohd. Amar bin Haji Nik Abdullah [Pengkalan Chepa] minta

MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilangan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di negeri Kelantan, dan jumlah pelajar bagi setiap sekolah tersebut.

(PM #21919 v1) 35. Tuan Chang See Ten [Gelang Patah] minta MENTERI TANAH DAN

PEMBANGUNAN KOPERASI menyatakan sejauh manakah keberkesanan dari segi penguatkuasaan undang-undang dan pengurusan berkaitan dengan isu hakmilik strata dan penubuhan Badan Pengurusan akibat dari 2 kali pindaan terhadap Akta Hakmilik Strata.

(PM #21930 v1) 36. Dato' Suhaili bin Abdul Rahman [Labuan] minta MENTERI

PENGANGKUT AN menyatakan penambahan penerbangan terutama pada musim cuti sekolah dan hari perayaan.

Page 7: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF filemempengaruhi iklim pelaburan menerusi 'stock market'. (PM #21308 v1) ... Putrajaya serta jenis-jenis dan kos projek. (PM ... jumlah anggaran kos

7 AUM DR 14/03/2002 (PM #22073 v1)

(PM #21935 v1) 37. Tuan Jimmy Donald [Sri Aman] minta MENTERI PENDlDIKAN

menyatakan jumlah murid bukan keturunan Cina memohon belajar dan yang ditolak ke darjah satu di semua Sekolah Rendah Chung Hwa (aliran Bahasa Cina) di Sarawak, khususnya di Bahagian Sri Aman pada tahun 2002 dan menyatakan sebab penolakkannya bilakah Kementerian memberi kelulusan mengurangkan bilangan kelas-kelas di sekolah rendah tersebut.

(PM #21937 v1) 38. Tuan Richard Riot ak Jaem [Serian] minta MENTERI PERUSAHAAN

UT AMA menyatakan memandangkan harga komoditi lada telah jatuh ke paras yang amat rendah dan para pekebun lada tidak dapat lagi bergantung kepada mengusahakan kebun lada untuk menyara hidup, apakah rancangan jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan untuk membantu golongan ini.

(PM # 21980 v1) 39. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan bilangan sekolah wawasan yang akan dibina di seluruh negeri dalam tempoh 2002-2004 dan sila nyatakan tempat yang akan dibina dan muatan pelajar di sekolah-sekolah tersebut.

(PM #22022 v1 ) 40. Tuan Muhamad bin Mustafa [Peringat] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan tidakkah ada undang-undang menjamin keadilan kedua pihak (penjual dan pembeli) di mana kereta yang ditarik dari pembeli yang gagal membayar ansuran bulanan diambil kira jumlah bayaran yang telah dibuat oleh pembeli dan kerugian yang ditanggung oleh pihak penjual tanpa menafikan hak masing-masing.

(PM #22047 v1) 41 . Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis [Rompin] minta

MENTERI PENDIDIKAN menyatakan perkembangan terkini usaha Kementerian memberikan pendidikan IT khususnya kepada pelajar miskin di luar bandar.

(PM #22004 v1) 42. Tuan Saupi bin Daud [Tanah Merah] minta MENTERI PENERANGAN

menyatakan apakah motif sebenar selain daripada fitnah terhadap tayangan 'video klip' Pemerintah Islam yang ekstrim di luar negara (khususnya pemerintah taliban) dan Peristiwa Memali.

(PM # 22055 v1 ) 43. Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Harun [Rantau Panjang] minta

MENTERI KEWANGAN menyatakan statistik rakyat termiskin (terbaru) di seluruh negara mengikut negeri-negeri yang dibuat oleh Amanah Ikhtiar Malaysia. Apakah kriteria yang dibuat bagi melayakkan seseorang miskin mendapat bantuan tersebut.

Page 8: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF filemempengaruhi iklim pelaburan menerusi 'stock market'. (PM #21308 v1) ... Putrajaya serta jenis-jenis dan kos projek. (PM ... jumlah anggaran kos

8 AUM DR 14/03/2002 (PM #22073 v1)

(PM #21431 v1) 44. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling] minta MENTERI

PENGANGKUT AN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menghentikan jualan arak di dalam semua penerbangan MAS setelah ternyata ianya tidak membawa keberkatan sehinggakan MAS rugi RM 1 .127 billion.

(PM #21206 v1) 45. Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas] minta MENTERI

PEMBANGUNAN LUAR BAN DAR menyatakan berapakah jumlah bantuan PPRT mengikut tahun 1999 hingga 2001 yang diberikan kepada rakyat termiskin di kawasan Pasir Mas dan nyatakan berapakah jumlah mereka yang masih belum mendapat bantuan tersebut.

(PM #21500 v1) 46. Puan Lim Bee Kau [Padang Serai] minta MENTERI TANAH DAN

PEMBANGUNAN KOPERASI menyatakan langkah-Iangkah yang diambil untuk menggalakkan penubuhan koperasi wanita.

(PM #21129 v1) 47. Puan Hajah Sukinam Domo [Batang Sadong] minta MENTERI

PENDIDIKAN menyatakan perkembangan mutakhir projek pengkomputeran sekolah dan sekolah bistari dari segi fizikalnya seperti bangunan, set komputer dan dari segi pelaksanaan kurikulumnya.

(PM #21362 v1) 48. Tuan Shim Paw Fatt [Tawau] minta MENTERI PERUSAHAAN UTAMA

menyatakan apakah perkembangan seterusnya cadangan kilang kertas di Kalabakan, Tawau setelah ada berita akhbar yang menyatakan ada kumpulaf) pelabur telah menarik diri dari projek tersebut. Jika benar, adakah Kerajaan mengambil pelabur-pelabur yang lain untuk melaksanakan projek ini.

(PM #21161 v1) 49. Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta PERDANA MENTERI menyatakan

apakah tindakan yang telah diambil oleh Badan Pencegah Rasuah selepas menerima maklumat daripada Menteri di JPM mengenai amalan rasuah yang membawa kepada kebanjiran kemasukan pendatang asing secara haram dalam negara serta pembinaan rumah dalam koloni perkampungan pendatang di setiap tempat.

(PM #21331 v1) 50. Tuan Mah Siew Keong [Telok Intan] minta MENTERI KEBUDAYAAN,

KESENIAN DAN PELANCONGAN menyatakan adakah Kementerian bercadang menggunakan lebih Bahasa Arab, India, Gina di papan tanda di destinasi pelancongan dan KLiA untuk menarik lebih pelancong ke negara kita.

Page 9: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF filemempengaruhi iklim pelaburan menerusi 'stock market'. (PM #21308 v1) ... Putrajaya serta jenis-jenis dan kos projek. (PM ... jumlah anggaran kos

9 AUM DR 14/03/2002 (PM #22073 v1)

(PM #21256 v1) 51 . Tuan Zawawi bin Haji Ahmad [Padang Terap] minta MENTERI

PENDIDIKAN menyatakan apakah rancangan yang lebih berkesan yang diatur oleh Kerajaan kini, untuk membendung masyarakat Islam di negara ini membuka sekolah-sekolah agama rakyat.

(PM #21341 v1) 52. Dato' Yap Pian Hon [Serdang] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan:-

(a) apakah sebab kelewatan pembinaan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Chee Wan, Subang Jaya yang telah dikommited; dan

(b) jumlah peruntukan bagi pembinaan sekolah ini dan jumlah bilik darjah mengikut fasa.

(PM #21468 v1) 53. Tuan Ronald Kiandee [Beluran] minta PERDANA MENTERI

menyatakan apakah rasional Kerajaan menubuhkan unit rayuan perundangan yang diumumkan baru-baru ini dan adakah unit ini akan mengatasi dari segi fungsi dan kuasa ke atas Biro Pengaduan Awam yang telah ditubuhkan sekian lama .

Page 10: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF filemempengaruhi iklim pelaburan menerusi 'stock market'. (PM #21308 v1) ... Putrajaya serta jenis-jenis dan kos projek. (PM ... jumlah anggaran kos

10 AUM DR 14/03/2002 (PM #22073 v1)

PAD A PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN

UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1 . Menteri Keria Raya

• Rang Undang-undang Pendaftaran Jurutera (Pindaan) 2002

2. Menteri Keria Raya

• Rang Undang-undang Juruukur Bahan (Pindaan) 2002

• Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan dibawa pada semua peringkat di mesyuarat ini.

Page 11: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF filemempengaruhi iklim pelaburan menerusi 'stock market'. (PM #21308 v1) ... Putrajaya serta jenis-jenis dan kos projek. (PM ... jumlah anggaran kos

11 AUM DR 14/03/2002 (PM #22073 v1)

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Usul dibuat oleh Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi [Bagan Datok] dan Masalah dicadangkan:-

2.

3.

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:

"Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat di dalam Persidangan Parlimen memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak­banyak syukur dan terima kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kesepuluh".

[Menyambung semula Perbahasan atas masalah (13 Mac 2002)]

(D.R. 42/2001) Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2001

(D.R. 47/2001) Rang Undang-undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2001

Bacaan Kali Yang Kedua

"

4. (D.R. 41/2001) Rang Undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2001

"

5. (D.R. 45/2001) Rang Undang-undang Majlis "

Peperiksaan Malaysia (Pindaan) 2001

6. (D.R. 49/2001) Rang Undang-undang Pendidikan " (Pindaan) 2001

7. (D.R. 1/2002) Rang Undang-undang Industri " Pelancongan (Pindaan) 2002

Page 12: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF filemempengaruhi iklim pelaburan menerusi 'stock market'. (PM #21308 v1) ... Putrajaya serta jenis-jenis dan kos projek. (PM ... jumlah anggaran kos

12 AUM DR 14/03/2002 (PM #22073 v1)

(PM #20935 v1) 8. Tuan Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini akan membincangkan pelbagai masalah para pendatang asing dengan izin dan tanpa izin yang timbul dalam tempoh lebih dua dekad. Dewan akan membangkitkan kekurangan minat dan penyelewengan dalam penguatkuasaan undang-undang terhadap para pendatang. Dewan juga akan mengesyorkan penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat permasalahan yang sangat rumit ini serta implikasi dan konsekuensinya.

(PM #20965 v1) 9. Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak [Setiu] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengutuk dengan sekeras-kerasnya tindakan Kementerian Penerangan menyiarkan klip rakaman pembunuhan wan ita Afghanistan dan peristiwa berdarah Memali sebagai bahan fitnah dan propaganda murah UMNO untuk menakutkan rakyat mendekati PAS dan Barisan Alternatif.

Dewan ini turut merasa kesal dengan Kerajaan yang didalangi UMNO dan BN menggunakan peristiwa ini untuk menyerang PAS dan mengesahkan penahanan zalim tanpa bukti mangsa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Maka dengan ini Dewan mengambil ketetapan supaya media massa milik Kerajaan haruslah bersifat·adil dan bertanggungjawab serta membebaskan semua tahanan politik di bawah ISA yang ternyata tidak mempunyai bukti kukuh dan melenyapkan akta yang lapuk itu.

(PM #21542 v1) 10. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad [Kuala Terengganu] akan

mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Naib Canselor UUM Datuk Dr. Fauzi Basri dan Naib Canselor UiTM Datuk Dr. Ibrahim Abu Shah yang telah menyalahgunakan kedudukan mereka sebagai penjawat jawatan universiti untuk menindas pensyarah-pensyarah serta pelajar­pelajar yang dianggap tidak sealiran untuk kepentingan politik sempit mereka.

Bahawa Dewan ini menyedari akan kedudukan pendidikan negara yang tidak boleh dipolitikkan secara sempit oleh mana-mana pihak demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Page 13: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF filemempengaruhi iklim pelaburan menerusi 'stock market'. (PM #21308 v1) ... Putrajaya serta jenis-jenis dan kos projek. (PM ... jumlah anggaran kos

13 AUM DR 14/03/2002 (PM #22073 v1)

Bahawa Dewan ini merasa amat kesal dengan tindak tanduk kedua-dua Canselor ini yang telah terbukti merupakan aktivis UMNO dan menggunakan kedudukan mereka untuk kepentingan politik mereka serta membenarkan UMNO dan sayapnya seperti Pemuda dan Puteri UMNO menjalankan aktiviti secara berleluasa dikedua-dua universiti tersebut.

Dewan ini juga menyedari bahawa polisi Kementerian agar IPTA perlu bebas dari politik kepartian adalah tidak relevan apabila berlakunya sikap 'double standard' dan 'pilih bulu' dalam melaksanakan polisi ini.

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar mempertahankan polisi pendidikan negara yang sedang tercabar dan cuba dipermainkan oleh tindakan politik kedua-dua Naib Canselor universiti berkenaan yang merupakan aktivis UMNO.

(PM #21543 v1) 11. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad [Kuala Terengganu] akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman berbentuk terroris dan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin yang mengakibatkan ribuan nyawa yang tidak berdosa terkorban serta beribu-beribu lagi mengalami kecederaan.

Bahawa Dewan In! menyedari akan kedudukan strategik kota Baitulmuqaddis yang mana terletaknya Masjid AI-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam. Tindakan provokatif pemimpin Zionis Israel yang mencemar kesucian tempat ibadah umat Islam serta rancangan mereka untuk merobohkan Masjid AI-Aqsa adalah amat dikesali. Malahan rejim Zionis ini terus menerus mengenepikan segala banta han antarabangsa terhadap tindakan kejam mereka serta tidak pernah menghormati sebarang resolusi yang dibuat oleh PBB yang mendesak mereka berundur dari wilayah yang dirampas sejak sekian lama.

Bahawa Dewan ini merasa amat kesal dengan sikap dingin Kuasa-kuasa Besar Barat khususnya Amerika Syarikat yang membisu terhadap kekejaman rejim Zionis ini terutamanya di bawah pimpinan Ariel Sharon yang merupakan seorang 'terroris' dan 'penjenayah perang' yang telah terlibat membunuh beribu-ribu umat Islam Palestin secara zalim.

Dewan ini juga menyedari isu ini bukan persoalan umat Islam semata-mata, tetapi juga berkaitan dengan persoalan kemanusiaan sejagat yang melewati batasan agama, kaum dan sempadan.

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar mempertahankan maruah umat Islam yang sedang tercabar ini.

Page 14: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF filemempengaruhi iklim pelaburan menerusi 'stock market'. (PM #21308 v1) ... Putrajaya serta jenis-jenis dan kos projek. (PM ... jumlah anggaran kos

14 AUM DR 14/03/2002 (PM #22073 v1)

(PM #21558 v1) 12. Tuan Ramli bin Ibrahim [Kota Bharu] akan mencadangkan:-

Memandangkan kebebasan bercakap, mengeluarkan fikiran, berhimpun secara aman dan tidak bersenjata serta menubuhkan persatuan-persatuan adalah merupakan semangat dan roh asasi Pertembagaan Negara, seperti termaktub dalam bahagian 2 (10) (1) dan;

Memandangkan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) 1999, mengikut Akta (597) dalam laporannya, mengenai kebebasan berhimpun telah memperakukan supaya polis bertindak atas semangat Akta Polis 1967 seksyen 21 , hendaklah mengeluarkan permit, mengadakan garis panduan kepada penganjur, mengelakkan pertelingkahan antara polis dan penganjur. Memandangkan tercetusnya huru-hara adalah berpunca dari layanan keras polis dan tidak ada garis panduan mengenai perhimpunan-perhimpunan yang diadakan serta,

Memandangkan imej Malaysia yang dilihat sebagai tidak demokratik oleh negara-negara luar, maka saya mencadangkan supaya semua sekatan dan larangan untuk mengadakan ceramah dibahas di dewan ini supaya dapat ditarik balik dengan seberapa segera.

(PM #21559 v1) 13. Tuan Ramli bin Ibrahim [Kota Bharu] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengutuk dengan sekerasnya kehadiran tentera Amerika di Selatan Filipina yang bercanggah dan bertentangan dengan hasrat cita-cita serta aspirasi pembentukan ASEAN yang ingin menjadikan kawasan ini bebas, aman dan berkecuali.

(PM #21563 v1) 14. Tuan Ramli bin Ibrahim [Kota Bharu] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengambil pend irian yang lebih tegas dan konsisten mengenai sokongannya kepada pembentukan negara Afghanistan yang merdeka dan bebas menentukan masa depannya sebagai sebuah negara Islam. Serta mengutuk dengan keras, sebarang campur tangan kuasa besar dunia, sehingga menjadikan negara itu sebagai medan percaturan politik dan ideologi bentuk baru di negara yang rakyatnya beragama Islam.

Page 15: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF filemempengaruhi iklim pelaburan menerusi 'stock market'. (PM #21308 v1) ... Putrajaya serta jenis-jenis dan kos projek. (PM ... jumlah anggaran kos

15 AUM DR 14/03/2002 (PM #22073 v1)

(PM #21999 v1) 15. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan supaya memulihkan Pilihanraya Kerajaan Tempatan dan memulangkan hak penduduk Kuala Lumpur untuk memilih Datuk Bandar dengan tujuan meningkatkan keberkesanan Kerajaan Tempatan untuk memberi perkhidmatan yang lebih cekap kepada penduduk di kawasan berkenaan.

(PM #22001 v1) 16. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan untuk menghormati hasrat penduduk Kampong Damansara untuk membuka semula bangunan asal SJKC Damansara di samping menubuhkan cawangan tersebut demi kepentingan di kawasan Petaling Jaya yang lain dengan alasan (i) kawasan Petaling Jaya tidak mempunyai Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang cukup untuk menampung kehendak penduduk di kawasan tersebut, (ii) bangunan SJKC Damansara masih berada dalam keadaan yang baik, (iii) Laporan EIA yang diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bunyi bising dan pencemaran udara di bangunan asal SJKC sebenarnya telah jatuh berbanding dengan tempoh sebelum lebuhraya SPRINT dibina, (iv) SJKC Damansara merupakan Sekolah Rendah Cina yang tunggal dalam Seksyen 11,12,13,14,16,17 di Petalilng Jaya, (v) penduduk di Kampung Baru Damansara mempunyai keinginan yang kuat untuk mengekalkan Sekolah Rendah tersebul."

(PM #22002 v1) 17. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan untuk memansuhkan perintah untuk memaksa para ahli akademik dan pelajar untuk menandatangani Surat Aku Janji di sampillg meminda Akta Kolej dan Kolej Universiti supaya memberi lebih ruang dan kebebasan kepada ahli akademik dan pelajar untuk meluahkan pandangan mereka di samping menganjurkan aktiviti kampus.

(PM #22003 v1) 18. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan untuk mengenepikan keputusan menggantungkan tugas dari jawatan dan elaun terhadap Yang Berhormat Kawasan Batu Gajah dan memulihkan tugasnya sebagai Ahli Parlimen sebagaimana yang dimandatkan oleh pengundi di kawasan Batu Gajah.

Page 16: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF filemempengaruhi iklim pelaburan menerusi 'stock market'. (PM #21308 v1) ... Putrajaya serta jenis-jenis dan kos projek. (PM ... jumlah anggaran kos

16 AUM DR 14/03/2002 (PM #22073 v1)

(PM #22032 v1 ) 19. Tuan Muhamad bin Mustafa [Peringat] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini menggesa Kerajaan mengkaji semula semua elaun, kemudahan pinjaman dan kemudahan-kemudahan yang lain yang diberikan kepada Ahli Dewan Rakyat agar ianya bertaraf antarabangsa dan sesuai dengan kemajuan negara dan beban tugas wakil rakyat yang sentiasa bertambah berlipat ganda. Kadar kemudahan pinjaman kereta untuk ahli Dewan Rakyat yang ditetapkan sebelum ini sudah tidak sesuai lagi dengan perkembangan harga kereta sekarang ini.

Kadar elaun lama perlu dikaji semula dan dipertingkatkan serta ditambah dengan beberapa jenis elaun baru yang perlu difikirkan agar jurang perbezaan di antara Ahli Dewan Rakyat yang memegang jawatan dalam Kerajaan dengan Ahli Dewan Rakyat yang tidak memegang apa-apa jawatan tidak begitu jauh bezanya.

(PM #22033 v1) 20. Tuan Muhamad bin Mustafa [Peringat] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini menggesa Kerajaan mengadakan sesuatu institusi khas yang berperanan merancang program untuk melahirkan masyarakat pengasih dan penyayang yang sebenar dengan kerjasama Kerajaan dan pihak swasta. Kampung-kampung, desa atau komuniti yang mundur dan miskin di seluruh negara hendaklah didaftarkan dan dijadikan kampung angkat atau sebagainya kepada badan-badan tersebut di mana didikan, bimbingan serta bantuan-bantuan yang tertentu dapat disalurkan segera dan adil tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik demi kesejahteraan semua rakyat.

Dewan ini menggesa agar Kerajaan memainkan peranan yang bersungguh-sungguh dan berterusan agar kekayaan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat dengan saksa rna.

(PM #22034 v1) 21 . Tuan Muhamad bin Mustafa [Peringat] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini menggesa Kerajaan mengadakan rancangan dan langkah-Iangkah tambahan yang lebih serius dan menyeluruh untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan tindakan pencegahan najis dadah.

Kerajaan perlu memikirkan satu pasukan pencegahan yang lebih berkesan bagi membanteras gejala rasuah disemua peringkat, penguatkuasaan perlu ditingkatkan sehingga ke akar umbi melalui pendekatan undang-undang, pendidikan agama dan pemantauan yang berkesan dan berterusan dengan kerjasama erat di antara rakyat dan semua pihak yang bertanggungjawab untuk membanteras najis dadah.

Page 17: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF filemempengaruhi iklim pelaburan menerusi 'stock market'. (PM #21308 v1) ... Putrajaya serta jenis-jenis dan kos projek. (PM ... jumlah anggaran kos

17 AUM DR 14/03/2002 (PM #22073 v1)

(PM #22035 v1 ) 22. Tuan Muhamad bin Mustafa [Peringat] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan menggesa Kerajaan agar berusaha bersungguh-sungguh untuk memulih kepercayaan dan penghormatan rakyat dan para pelabur asing terhadap institusi kehakiman negara, supaya institusi kehakiman negara kelihatan mulia, bersih dan bebas dari gejala rasuah serta bertakwa kepada Allah, serta bertanggungjawab terhadap rakyat dan negara.

Kerajaan mesti mengenalpasti rakyat yang menderita dan dinafikan hak undang-undang mereka di atas nama undang-undang dan kehakiman, di mana banyak kes-kes mereka tertunggak dan tertangguh bertahun-tahun lamanya disebabkan oleh karenah-karenah mahkamah dan pihak-pihak tertentu .

(PM #22036 v1) 23. Tuan Muhamad bin Mustafa [Peringat] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan menggesa Kerajaan supaya menjelaskan dengan rasmi di Dewan ini tentang falsafah, konsep, dasar, rujukan utama undang-undang dan tujuan Negara Islam Malaysia yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, agar Ahli Dewan ini dapat menilai dan menyatakan pandangan dan harapan rakyat serta mengemukakan persoalan-persoalan yang berbangkit hasil dari pengisytiharan itu.

Dewan ini juga menggesa agar Perdana Menteri menjelaskan kenapa beliau mengisytiharkan sendiri Negara Islam Malaysia sedangkan persoalan "Negara Islam" adalah dalam bidangkuasa Ketua Agama iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Bagindalah orang yang sepatutnya melakukan pllngisytiharan ini bukannya Perdana Menteri. Adakah perkara ini sudah diangkat ke Majlis Raja-raja serta mendapat restu dari Majlis tersebut dengan rasminya. Kenapa PM bertindak mendahului Majlis Raja-raja dalam isu agama yang besar ini.

Page 18: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF filemempengaruhi iklim pelaburan menerusi 'stock market'. (PM #21308 v1) ... Putrajaya serta jenis-jenis dan kos projek. (PM ... jumlah anggaran kos

I 18 AUM DR 14/03/2002 (PM #22073 v1)

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA MASUK KE DALAM MESYUARAT

TAHUN RISALAT/DOKUMEN TARIKH 2001 DlBENT ANGKAN

ST. 8 Laporan Tahunan dan Penyata 13 Mac, 2002 Kewangan Majlis Pembangunan Sumber Manusia tahun 2000.

ST. 9 Laporan Tahunan dan Penyata 13 Mac, 2002 Kewangan Pertubuhan Keselamatan Sosial tahun 2000.

ST. 10 Laporan Tahunan dan Penyata 13 Mac, 2002 Kewangan Lembaga Minyak Sawit Malaysia tahun 2000.

ST. 19 Laporan Tahunan dan Penyata 13 Mac, 2002 Kewangan Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri tahun 1997 hingga 1999.

ST. 13 Laporan Tahunan Pihak Berkuasa 14 Mac, 2002 Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) tahun 2000 .