aturan urusanmesyuarat - parlimen.gov.my filependedahan rtm ke atas kegagalan dan kelemahan...

16
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSANMESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 30 OKTOBER, 2003 PUKUL 10.00 PAGI Bil.64 1 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB L1SAN (PM #34966 v1) 1. Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed [Shah Alam] minta MENTERI TENAGA, KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan kejayaan Koridor Raya Multimedia (MSC) sejauh ini, khususnya dalam menarik pelabur berteknologi tinggi. (PM #34905 v1 ) 2. Tuan Haji Siam bin Haji Kasrin [Batu Pahat] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah langkah-Iangkah yang perlu diambil kepada majikan yang mensyaratkan pekerjanya menjalankan tugas sambil berdiri di mana banyak memberi kesan kurang baik kepada pekerja seperti bengkak kaki. Amalan ini banyak dipraktikkan oleh Syarikat- syarikat Jepun kira-kira 2 tahun lalu. (PM #34952 v1) 3. Dato' Haji Zulhasnan bin Rafique [Wangsa Maju] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah kesan yang dijangka akan berlaku kepada ekonomi Asia Timur jika adanya cadangan penubuhan sebuah "ASEAN Bond Market". (PM #35198 v1) 4. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pesanan beliau untuk menjaminkan demokrasi berparlimen bagi selama-Iamanya di ·dalam negara ini sebelum beliau berpisah dari Dewan ini. Apakah yang dianggap paling penting untuk mengekalkan perpaduan negara dan mengelakkan daripada berlakunya terrorisme dan serangan pengganas.

Upload: vuongkhanh

Post on 10-Aug-2019

265 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ATURAN URUSANMESYUARAT - parlimen.gov.my filependedahan RTM ke atas kegagalan dan kelemahan pemerintahan Kerajaan PAS di Terengganu dan Kelantan. (PM #34130 v1) 13. Datuk Railey bin

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSANMESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI KHAMIS, 30 OKTOBER, 2003 PUKUL 10.00 PAGI

Bil.64 1

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB L1SAN

(PM #34966 v1) 1. Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed [Shah Alam] minta MENTERI

TENAGA, KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan kejayaan Koridor Raya Multimedia (MSC) sejauh ini, khususnya dalam menarik pelabur berteknologi tinggi.

(PM #34905 v1 ) 2. Tuan Haji Siam bin Haji Kasrin [Batu Pahat] minta MENTERI SUMBER

MANUSIA menyatakan apakah langkah-Iangkah yang perlu diambil kepada majikan yang mensyaratkan pekerjanya menjalankan tugas sambil berdiri di mana banyak memberi kesan kurang baik kepada pekerja seperti bengkak kaki. Amalan ini banyak dipraktikkan oleh Syarikat­syarikat Jepun kira-kira 2 tahun lalu.

(PM #34952 v1) 3. Dato' Haji Zulhasnan bin Rafique [Wangsa Maju] minta MENTERI

KEWANGAN menyatakan apakah kesan yang dijangka akan berlaku kepada ekonomi Asia Timur jika adanya cadangan penubuhan sebuah "ASEAN Bond Market".

(PM #35198 v1) 4. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] minta PERDANA MENTERI menyatakan

apakah pesanan beliau untuk menjaminkan demokrasi berparlimen bagi selama-Iamanya di ·dalam negara ini sebelum beliau berpisah dari Dewan ini. Apakah yang dianggap paling penting untuk mengekalkan perpaduan negara dan mengelakkan daripada berlakunya terrorisme dan serangan pengganas.

Page 2: ATURAN URUSANMESYUARAT - parlimen.gov.my filependedahan RTM ke atas kegagalan dan kelemahan pemerintahan Kerajaan PAS di Terengganu dan Kelantan. (PM #34130 v1) 13. Datuk Railey bin

: . 2 AUM DR 30/10/2003 (PM #35264 v1)

(PM #34877 v1) 5. Datuk Goh Siow Huat [Rasa h) minta MENTERI PERU MAHAN DAN

KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kementerian sedar didapati pemaju-pemaju peru mahan sering menghadapi masalah membuang bahan-bahan sampah binaan seperti "concrete waste", "plastic waste", papan kayu dan sebagainya kerana bahan-bahan sampah yang begitu banyak tidak dibenarkan dibuang di kawasan sampah sarap Kerajaan. Bagaimana Kerajaan mengatasi masalah bahan-bahan sampah binaan yang hendak dibuang oleh pihak pemaju dan kontraktornya.

(PM #34265 v1) 6. Dr. James Dawos Mamit [Mambong] minta MENTERI PERUSAHAAN

UT AMA menyatakan langkah-Iangkah yang diambil oleh Kementerian bagi menghadapi saingan ke atas minyak kelapa sawit di pasaran dunia dan adakah Kementerian sedar bahawa World Wildlife Fund (WWF) Malaysia bercadang untuk mewujudkan skim persijilan (certification scheme) bagi industri minyak kelapa sawit negara kita.

(PM # 34326 v1) 7. Data' Jacob Dungau Sagan [Baram] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan berapakah bilangan Sekolah Bestari di negara ini dan khasnya di kawasan Baram, serta adakah Kementerian bercadang untuk menubuhkan Sekolah Sentral (Centralised School) di kawasan pedalaman yang tertentu, memandangkan banyak sekolah-sekolah di luar bandar yang mempunyai kekurangan murid.

(PM #35016 v1) 8. Tuan Tiong Thai King [Lan an g) minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan berdasarkan pendapatan pertukaran asing negara kita, jumlah mata wang asing seperti Dolar Amerika, Euro, Yen dan sebagainya yang diurusniagakan mengikut nisbah masing-masing. Berikutan ketidakstabilan mata wang asing, bagaimana kita mengelak dari mengalami kerugian dalam kadar tukaran asing.

(PM #34057 v1) 9. Data' Mohd. Zain bin Haji Omar [Balik Pulau] minta MENTERI DALAM

NEGERI menyatakan jumlah naskhah AI-Quran digital yang dikemukakan pad a tahun 2002/03 untuk kelulusan percetakan. Jumlah yang diluluskan untuk dicetak dan jumlah yang ditolak untuk dicetak dan alasan utama penolakan.

10. (PM #34817 v1) Data' Joseph Salang ak. Gandum [Julau] minta MENTERI PERPADUAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT menyatakan sama ada Kementerian mempunyai suatu program komprehensif yang menyemai seman gat patriotik, kewarganegaraan dan "civic mindedness" di kalangan warga kita. Bagaimanakah dari segi media komunikasi, program tersebut akan dilaksanakan dengan jayanya.

Page 3: ATURAN URUSANMESYUARAT - parlimen.gov.my filependedahan RTM ke atas kegagalan dan kelemahan pemerintahan Kerajaan PAS di Terengganu dan Kelantan. (PM #34130 v1) 13. Datuk Railey bin

3 AUM DR 30/10/2003 (PM #35264 v1)

(PM #34372 v1) 11. Tuan Mohd. Yusoff bin Mohd. Nor [Machang] minta MENTERI

PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan sama ada Kerajaan memantau syarat-syarat bagi syarikat-syarikat yang mengendalikan Bas Ekspres di dalam pengambilan pemandu.

(PM #34152 v1) 12. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading] minta MENTERI

PENERANGAN menyatakan sejauh mana penerimaan rakyat terhadap pendedahan RTM ke atas kegagalan dan kelemahan pemerintahan Kerajaan PAS di Terengganu dan Kelantan.

(PM #34130 v1) 13. Datuk Railey bin Hajl Jeffrey [Silam] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan setelah berapa siri operasi Ops Nyah yang diadakan di Sabah, sejauh manakah tindakan ini berkesan sebagai satu 'deteren' untuk menghalang Pendatang Tanpa Izin (PTI) kembali ke Sabah, dan jika tidak berkesan apakah tindakan dan cara lain yang telah di rancang.

(PM #35006 v1) 14. Tuan Abd. Rahman bin Yusof [Kemaman] minta MENTERI

KESIHATAN menyatakan apakah Kerajaan akan mengharamkan penjualan minuman "Coca-Cola" dan "Pepsi" sekiranya didapati benar dakwaan kajian yang dibuat di India mendapati minuman tersebut mengandungi sisa racun serangga berbahaya. Apa langkah Kerajaan bagi menyedarkan rakyat mengenai dakwaan ini.

(PM #35134 v1) 15. Tuan Muhyidin bin Abdul Rashid [Hulu Terengganu] minta MENTERI

PENDIDIKAN menyatakan:-

(a) bilangan Institut Pendidikan Swasta (IPS) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di seluruh negara mengikut negeri; dan

(b) . bilangan pelajar IPS dan IPTS di seluruh negara mengikut pecahan kaum.

(PM #34957 v1) 16. Dato' Haji Zulhasnan bin Rafique [Wangsa Maju] minta MENTERI

SAINS, TEKNOLOGI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah Kerajaan akan menggunakan pelancaran satelit Tiungsat-2 negara untuk membangunkan sebuah sistem satelit "constellation" dengan menggunakan teknologi yang diperolehi menerusi projek Tiungsat-1 dan Tiungsat-2 untuk meningkatkan keupayaan kita di dalam menentukan halatuju kita sendiri atau dengan izin "our own destiny" menerusi teknologi angkasa lepas.

Page 4: ATURAN URUSANMESYUARAT - parlimen.gov.my filependedahan RTM ke atas kegagalan dan kelemahan pemerintahan Kerajaan PAS di Terengganu dan Kelantan. (PM #34130 v1) 13. Datuk Railey bin

4 AUM DR 30/10/2003 (PM #35264 v1)

(PM #34926 v1) 17. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu] minta

MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan kaedah penempatan semula pelajar-pelajar MRSM-YT Dungun dan Besut yang diarah tutup oleh pihak MARA pada akhir tahun lepas dan senaraikan jumlah pelajar-pelajar dari Terengganu yang diberikan tempat memasuki MRSM seluruh Malaysia sejak tahun 1998.

(PM #34286 v1 ) 18. Tuan Haji Mohamed Sayuti bin Said [Kuala Selangor] minta MENTERI

PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan langkah serta tindakan di atas pengumuman Program Pembangunan Desa diperhebatkan bagi mengimbangi jurang pendapatan dan sosio ekonomi dengan masyarakat di kawasan bandar.

(PM #34117 v1) 19. Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh bin Tun Said [Kota Belud] minta

MENTERI PERT ANIAN menyatakan prestasi pembangunan sektor pengeluaran makanan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan. Bagaimanakah tahap penyertaan sektor swasta dalam pengeluaran makanan, terutamanya di Sabah dan Sarawak.

(PM #34495 v1) 20. Datin Paduka Hajah Seripah Noli binti Syed Hussin [Sepang] minta

MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan kursus-kursus yang kebanyakannya gagal ditawarkan oleh 76 Pusat Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (ML VK) yang bertauliah serta nyatakan punca-punca yang menyebabkan berlakunya kegagalan tersebut sedangkan pihak Kementerian telah memberi tauliah kepada Pusat-pusat ini untuk menyediakan program-program berkenaan.

(PM # 34889 v1) 21. Datuk Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman [Sungai Benut] minta

MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah cadangan Kerajaan terhadap operasi syarikat air yang ditubuhkan oleh negeri selepas Kerajaan Pusat mengambil alih pengurusan bekalan air. Apakah mekanisme pentadbiran bekalan air yang akan digunakan apabila Kerajaan Pusat menguruskan bekalan air di seluruh negara.

(PM #34856 v1 ) 22. Dato' Haji Abdul Kadir bin Annuar [Pulai] minta MENTERI KERJA

RA YA menyatakan bilakah anggaran kelajuan jalan raya yang ada sekarang ini akan dinaikkan dari kelajuan 110 km/jam kepada 120 km/jam.

Page 5: ATURAN URUSANMESYUARAT - parlimen.gov.my filependedahan RTM ke atas kegagalan dan kelemahan pemerintahan Kerajaan PAS di Terengganu dan Kelantan. (PM #34130 v1) 13. Datuk Railey bin

5 AUM DR 30/10/2003 (PM #35264 v1)

(PM # 34568 v1) 23. Tuan Liew Teck Chan [Gaya] minta MENTERI PENGANGKUTAN

menyatakan adakah Kementerian ini bercadang untuk menaik tarafkan Lapangan Terbang Kudat. Jika ada bilakah Kerajaan dapat melaksanakan.

(PM #34693 v1) 24. Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta PERDANA MENTERI menyatakan

bagaimanakah Kerajaan mempromosikan formula pembinaan bangsa ciptaan YTM Tunku Abdul Rahman dan Rukun Negara sedangkan dalam masa yang sama beliau mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam yang didapati mencabuli formula Tunku dan Rukun Negara serta bertentangan dengan seman gat Perlembagaan Persekutuan.

(PM #35160 v1) 25. Tuan Muhamad bin Mustafa [Peringat] minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan:-

(a) sejauh mana keprihatinan Kementerian terhadap isu halal dan haram dalam ubat-ubatan dari dalam dan luar negara; dan

(b) sejauh mana keberkesanan pelaksanaan Akta Perihal Dagangan 1972 dan perintah perihal dagangan (penggunaan perlabelan halal) 1975 dalam mengawal halal dan haram di sektor perubatan.

(PM # 35005 v1) 26. Tuan Mohd. Amar bin Haji Nik Abdullah [Pengkalan Chepa] minta

MENTERI KEWANGAN menyatakan Kerajaan Negeri yang memohon dan yang mendapat kelulusan pendahuluan kewangan untuk membayar gaji kakitangan dan sila nyatakan jumlah yang terlibat dari tahun 2000 hingga kini.

(PM #35144 v1) 27. Tuan Mohd. Nasir bin Che Daud [Kuala Krai] minta PERDANA

MENTERI menyatakan tentang perancangan dan pelaksanaan dalam tempoh terdekat langkah-Iangkah reformasi amalan dan perjalanan Parlimen supaya lebih terkini sesuai dengan langkah membaik pulih dan menaik taraf secara fizikal ke atas bangunan, persekitaran dan kemudahan-kemudahan Bangunan Parlimen.

(PM # 35046 v1) 28. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan sama ada Kerajaan akan mengurangkan cukai jalan lori, cukai import barangan ganti lori dan cukai import lori, supaya industri perkhidmatan pengangkutan lebih berdaya saing.

Page 6: ATURAN URUSANMESYUARAT - parlimen.gov.my filependedahan RTM ke atas kegagalan dan kelemahan pemerintahan Kerajaan PAS di Terengganu dan Kelantan. (PM #34130 v1) 13. Datuk Railey bin

6 AUM DR 30/10/2003 (PM #35264 v1)

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Perdana Menteri akan mencadangkan:-

Bahawa mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 27 (3)

Dewan ini mengambil ketetapan-ketetapan berikut:-

"Bahawa Dewan ini,

menyedari akan pertumbuhan ekonomi yang membanggakan dan

pencapaian matlamat sosioekonomi yang baik meskipun terjejas

akibat keadaan ekonomi global yang bergolak dalam tempoh tiga

tahun pertama Rancangan Malaysia Kelapan;

mengambil maklum dan menyokong usaha berterusan Kerajaan

bagi mencapai pertumbuhan seimbang dan mapan dalam tempoh

2004-2005;

melulus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelapan

yang bertujuan melaksanakan strategi dan program serta

menyediakan peruntukan bagi mencapai matlamat dan iltizam

Dasar Wawasan Negara seperti yang dibentangkan dalam Kertas

Perintah Bil. 30 Tahun 2003;

Bahawa dalam meluluskan Kajian Separuh Penggal, Dewan yang

mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya berusaha

dengan keazaman yang teguh dan terus menyokong Kerajaan

untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara yang bersatu

padu, adil, berdaya tahan dan berdaya saing".

Page 7: ATURAN URUSANMESYUARAT - parlimen.gov.my filependedahan RTM ke atas kegagalan dan kelemahan pemerintahan Kerajaan PAS di Terengganu dan Kelantan. (PM #34130 v1) 13. Datuk Railey bin

.. •

·7 AUM DR 3011012003 (fM #35264 v1)

2. (DR 4012003) Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2003 • -..l1yambung ..... u.. Perbahasan ata8 masalah, "Bahawa . Ranta·· Und.n~ng 11'11 . dlbacakan kall yang kedua eekar8ng" rlli· Oktober, 2003]

3. (DR 4112003) Rang Undang-undang Pengubahan Wang Sacaan Kali Haram (Pirtdaan) 2003 Yang Kedua

4.

5.

6.

(DR 3912003) Rang Undang-undang Mahkamah Kehakiman(Plndaatl) 2003

(DR 3812003) Rang Undang-undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2003

(DR 3612003) Rang Undang-undang Ahli Farmasi (Pindaan) 2003

7. (DR 4712003) Rang Undang-undang Kewangan 2003

8. (DR 2812003) Rang Undang-undang Perlindungan Varleti Baru Tumbuhan 2003

9. (DR 3512003) Rang Undang-undang Insurans Luar Pesisir (Pindaan) 2003 .

10. (DR 3412003) Rang Undang-undang Fl (Taman Laut Malaysia) (Pengesahan) 2003

11. (DR 4212003) Rang Undang-undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2003

12. (DR 48/2003) Rang Undang-undang Keselamatan Sosiat Pekerja (Pindaan) 2003

"

Page 8: ATURAN URUSANMESYUARAT - parlimen.gov.my filependedahan RTM ke atas kegagalan dan kelemahan pemerintahan Kerajaan PAS di Terengganu dan Kelantan. (PM #34130 v1) 13. Datuk Railey bin

13.

14.

15.

8 AUM DR 30/1012003 (PM #35264 v1)

(DR43/2oo3) Rang Undang-undang Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2003

(DR 50/2003) Rang Undang-undang Akademi Undang­undang Malaysia 2003.

(DR 51/2003) Rang Undang-undang Pemagang Amanah (Pemerbadanan) (Pindaan) 2003.

Bacaan Kali Yang Kedua

16. (DR 26/2003) Rang Undang-undang Ibu Kota • Persekutuan (Pindaan) 2003

(PM #34742 v1) 17. Dato' Serl HaJi Abdul Hadl bin HaJI Awang [Marang] akan

mencadangkan:-

Bahawa Dewan in; menyelar keputusan Kerajaan untuk meneruskan projek membina loji insinerator di Broga. Berdasarkan berbagai-bagai fakta yang dikumpul, temyata teknologi pelupusan yang dicadangkan telah mendatangkan kesan sampingan yang berbahaya seperti pengeluaran bahan dioksin yang akan mencemar sumber bekalan air di Sungai Semenyih yang berdekatan.

Teknologi 'gasification' temyata telah gagal di Jepun dan memer1ukan kos yang tinggi untuk diu bah sesuai. Persoalannya kenapa syarikat yang temyata gaga I di Jepun iaitu Ebara Corporation, dijemput untuk mengemukakan cadangannya di negara ini. Adakah Kerajaan telah mengenal pasti kemampuan dan 'track record' syarikat ini. Jika OECF dari Jepun pun telah menarik diri dan membiayai cadangan pelaksanaan teknologi yang belum terbukti berjaya ini dan enggan memberi pinjaman mudah, bagaimanakah Malaysia akan membiayainya dan apakah implikasi kewangan kepada nagara ini.

Maka Dewan ini mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan membatalkan hasrat melaksanakan projek ini.

Page 9: ATURAN URUSANMESYUARAT - parlimen.gov.my filependedahan RTM ke atas kegagalan dan kelemahan pemerintahan Kerajaan PAS di Terengganu dan Kelantan. (PM #34130 v1) 13. Datuk Railey bin

9 AUM DR 30/10/2003 (PM #35264 v1)

(PM #34214 v1) 18. Dato'Dr. Hasan bin Mohamed All [parlt Buntar] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini pellu membahaskan kontroversi dan skandal pembinaan makmal komputer sekolah-sekolah di seluruh negara. Projek Ini berkait rapat dengan rancangan membari pendidikan komputer kepada pelajar-pelajar sekolah yang memungkinkan mereka menjadi warganegara yang sentiasa relevan dengan tuntutan dunia sains dan teknologi terutamanya teknologi maklumat.

Kegagalan syarikat-syarikat yang dilantik menyiapkan makmal-makmal tersebut mengikut spesifikasi amat memalukan. Terdapat dakwaan bahawa syarikat"syarikat tersebut bukan syarikat pembinaan yang bardaftar dangan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan pemilihan mereka dibuat tidak secara tender terbuka. Setain daripada itu telah timbul satu lagi keanehan dalam mana JKR tidak dilantik sebagai PMC kepada projek tersebut. Banyak lagl perkara-perkara yang pellu dijelaskan oleh Kementerian Pendidikan mengenai projek ini. Akibat gejala ketidaktelusan seperti yang tergambar dalam projek ini menyebabkan keyakinan rakyat kepada Kerajaan semakin terhakis.

Bahawa Dewan inl amat kesal dengan apa yang bellaku dan penjelasan yang penuh dengan ketelusan amat diperlukan .•

(PM #34216 v1) 19. Dato' Dr. Hasan bin Mohamed All (Parlt Buntar] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini pellu membahaskan isu mengenai kegagalan pihak pengurusan KWSP rnengawal kos . pentadbirannya di samping menentukan dividen yang munasabah diberi kepada para pencarum KWSP. Kos operasi tahunan KWSP didapati meningkat sebanyak 80% dari RM194 jute pada tahun 1998 kepada RM350 jute pada taMn 2001. Sebaliknya dividen kepada pencarum manjunam melebihi 26% iaitu dari 6.8% kepada 5% untuk tempoh yang sarna dan kini menjadi lebih rendah iaitu 4.25% bagi tahun 2002.

Rakyat diberitahu KWSP terpaksa menolak RM5 billion sebagal "kerugian atas kertas· dalam ekuiti dan pinjaman yang mencurigakan dalam tempoh lima tahun dari 1998ke tahun 2002. KWSP masih menghadapi "kerugian atas kertas· sebanyak RM10-RM14 billion dalam ekuiti yang memaksanya memberi kadar dividen yang lebih rendah kepada pencarum bagi tahun­tahun yang akan datang.

Dewan yang mulia ini perlu diberi penjelasan mengenai perkara yang sangat panting ini. Pencarum-pencarum KWSP selama ini meletakkan seluruh kepercayaan kepada pengurusan KWSP dan menolak sarna sekali sebarang tindakan yang merugikan mereka.

Page 10: ATURAN URUSANMESYUARAT - parlimen.gov.my filependedahan RTM ke atas kegagalan dan kelemahan pemerintahan Kerajaan PAS di Terengganu dan Kelantan. (PM #34130 v1) 13. Datuk Railey bin

10 AUM DR 3OI1012003(~ #35264 v1)

(PM #34217 v1) 20. Dato' Dr. HMan bin MohatIIed AII{ParltBuntar] akan mencadangkan:-

"aahawa Dewan ini perIu membahaakan isu mengenai saham-saham amanah tajaan Kerajaan-kerajaannegeri. Rakyat mengetahul jumlah keRJglan yang begitu besaryangditanggung oIeh pelabur-pelabur kedlan khasnya rakya! jeIata berikutan. dengan susutan harga saham katlka Inl jlka dibandingkan dengan harga tawaran asa/.

Pelabur-pefabur kecilan Inl menggunakan wang tabungan dan plnjaman daripada syarikat.syarikat Uwlingan untuk turut sarna meiabur. Mereka terpedaya dengan janji mania khusu8nya pimpInan tertinggi negeri-negeri yang teriibat sewaktu melancafkan arnanah-amanah saham tersebut. Kinl pelabur-pelabur keeil tersebut terpaksa menghadapl kehidupan penuh gawat aklbat pelaburan yang merugikan Itu.

Sehlngga In.1 Kerajaan belum mengumumkan tindakan yang akan dlambil bagi membalkl keadaan dan seterusnya membela peiabur-pelabur mamaen ini.

Bahawa Dewan Inl perfu dlberi maklum mengenal kedudukan sebenar petkara inl di samplngmengurang dan menghapuskan kegsllsahan dl kalangan mereka yang terIibal

(PM #34307 v1 ) 21. Tuan Che Ghani bin Che Ambak (SetIu)akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan Inl akan membincangkan dan membahas. berhubung dengan pertubuhan Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM).

Maka Dewan Ini mengambil katetapsn agar satu Kertas Putih dlkeluarkan untuk dlperbehaskan dl Dewan yang mulla Inl. .

(PM #34308 v1) . 22. Tuan Che Ghani bin Che Ambak [Setiu) akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengutuk sekaras-kerasnya tindakan UMNO Terengganu mendesak Kerajaan sehingga Menteri Pembangunan Usahawan mengaku. dl Dewan yang Mulia Inl beliau berlanggungjawab menutup dua buah MRSM dl Terengganu.

Bahawa Dewan Inl menyedali perfunya peluang pendidlkan yang leblh fuas disedlakan bagi menampung pefajar-pelajar yang cemerfang hasii dali permuafakatan &emua pihak sahingga Terengganu muncul antara keputusan UPSR terbaik di Malaysia.

Page 11: ATURAN URUSANMESYUARAT - parlimen.gov.my filependedahan RTM ke atas kegagalan dan kelemahan pemerintahan Kerajaan PAS di Terengganu dan Kelantan. (PM #34130 v1) 13. Datuk Railey bin

11 AUM DR 3011012003 (PM #35264 v1)

Bahawa, Dewan ini merasa amat kessl dengan janji poIitik Kerajaan untuk membuka semula dua Pusat Pendidikan MRSM di Terengganu sekiranya Barisan Nasional menang di dalam pilihan raya akan datang.

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan tidak menjadikan isu pendidikan sebagai alat politik UMNO dan Barisan Nasional.

(PM #34782 v1) 23. Tuan Mahfuz bin Omar [pokok Sena] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini hendaklah membantah sekeras-kerasnya sikap Kerajaan yang cuba beriepes tangan dalam isu pemberian kontrak pembinaan makmal komputer. Pemberian kontrak pembinaan komputer yang dUakukan oleh Kementerian Kewangan tidak dilakukan secara telus sebaliknya diberikan atas merit politik dan kroni.

Dewan ini hendaklah mengutuk tindakan Menteri Kewangan yang memberikan kontrak tersebut kepada syarikat pembekal komputer tidak kepada kontraktor binaan yang menjadi punca utama dalam isu penyelewengan pembinaan makmal komputer. Syarikat tersebut seperti Pintar Teknologi Bumi Asia Sdn. Bhd. (Zoo Utara). Perkhidmatan Rundingan Industri Malaysia Berhad (Zon Tengah). CS TECH Vanture Sdn. Bhd. (Zon Selatan). Bellgrand Sdn. Bhd. (Zon Tlmur). Timecomm Holding Berhad (Zon Sabah) dan Telekom Smart School. Bhd (Zon Sarawak).

Dewan ini menuntut supaya suatu penylasatan dilakukan ke atas Menteri Kewangan di atas penyelewengan In! yang telah mengakibatkan bebanan kewangan ditanggung oIeh rakyat serta keselamatan peJajar dan guru diancam maut aklbat perbuatan Menteri Kewangan yang tidak bertanggungjawab.

(PM #34783 v1 ) 24. Tuan Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewanini hendaklah membincangkan kegagalan' Kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO untuk menempatkan 24,470 orang pelajar Bumiputera lepasan STPM dan matrikulasl ke IPTA untuk kemasukan 2003.

Dewan ini sangat kecewa dengan kegagalan Ini kerana 24,470 pelajar ini telah mencapai syarat kelayakan untuk ditempatkan dl IPTA. Kegagalan Ini berpunca dari perubahan dasar kemasukan ke IPTA berdasarkan emosl kerana pelajar Bumiputera dlkatakan tidak mendukung aspirasi Barisan Naslonal.

Page 12: ATURAN URUSANMESYUARAT - parlimen.gov.my filependedahan RTM ke atas kegagalan dan kelemahan pemerintahan Kerajaan PAS di Terengganu dan Kelantan. (PM #34130 v1) 13. Datuk Railey bin

12 AUMDR 3011012003 (PM #35264 vi)

pew!!n juga sangat kessl dengan. kegagalan inl kerana . ia akan menyebabkan hasrat untuk· menIi1gkatkan jUmIah rakyatyangbelajar dl IPT A khususnya dlkal8ngan Bul'nlputera tfdal< ten::apaL· Dewan juga kecewa dengankegagalan Ker8jaal'l Barisan Nasional . khususnya Kementerian Pendidlkanuntuk membuat unjuran jumlah kursus yang dltawarkan oIeh IPTAbetbanding jumJah peIajar yang mengambll STPM dan matrikulasl yang menyeb8bkan negara telah keruglan jUtaan ringgit apabila 24,470 pelajar gegal ditempatkan dl IPTA.

Dewan Inj mendessk Kementerian Pandidikan memastikan dangan apa cara seka/I pun supaya 24,470 orang pEilajar bumlputera tersebut dapat dl tempatkan dl IPTA.

(PM #34935 v1) 25. Dr. Syed. Azman bin Syed Ahmad Nawawl (Kuala Terengganu) akan

mencadangkan:-

"BahawaDewan inl mengutuk iek8l1ls-kerasnya tjndakan terburu-buru Kerajaan menutup dua bush MRSM dlri8geri Tenmgganu baru-baru Inl."

Bahawa Dewan Inj manyedari bahawa tindakan inl dilakukan kerana amalan politik 'semplt serta balas dendam' UMNO yang t1dak dapat menerlma hakikat penolakan rakyat Terengganu terhadapmereka dl dalam pilihan raya yang 1aIu. . Maka Dewan inl mengambiI. ketetapan agar mempertahankan maruah rakyat Terengganu yang sedang tercabar dan cuba dihancurkan oleh tindakan poUtIk kotor beberapa kalangan pemlmpin UMNO yang tidak rasiona/, beremosi· serta mengkhianati mass depan orang-orang Melayu khususnya rakyat di negeri Terengganu.

(PM #34936 vi) . 26. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawl [Kuala Terengganu) akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan Ini mengutuk sekeras-kerasnya kekajaman berbantuk terroris rejlm Zionis Israel terhadap rakyat Pa/estin yang mengakibatkan ribuan nyaws yang tidak berdosa terkorban serta beribu-ribu lagl mengalaml kecederaan".

Bahawa Dewan inl merasa amat kessl dengan slkap· 'double standard' kuasa-kuasa besar Barat khususnya Amerlka Syarikat yang mellndungl serta mfm1bisu terhadap kekejaman rejim Zionls In! terutamanya dl bawah plmplnan Ariel Sharon yang merupakan seorang 'terroris' dan 'penjenayah perang' yang telah terlibat membunuh beribu-ribu umat Islam Palestln secara zallm.

Page 13: ATURAN URUSANMESYUARAT - parlimen.gov.my filependedahan RTM ke atas kegagalan dan kelemahan pemerintahan Kerajaan PAS di Terengganu dan Kelantan. (PM #34130 v1) 13. Datuk Railey bin

• 13 AUM DR 30110/2003 (PM #35264 vi)

Malahan tindakan Zionis Israel menceroboh serta membunuh ratusan umat Islam di kem pelarian yang di bawah jagaan PBB adalah amat dikesali. Rejim ini juga tidak pemah menghonnati sebarang resolusi yang dlbuat oleh PBB terus berselindung di sebalik 'sokongan kuat Amerika Syarikat' bagi mengetepikan segala bantahan antarabangsa terhadap tindakan kejam mereka.

Dewanini juga menyedari bahawa isu ini bukan persoalan umat Islam semata-mata, tetapi. juga berkaitan dengan persoalan kemanusiaan sejagat yang melewati batasan agama, kaum dan sempadan.

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar mempertahankan kota Baitulmuqaddis di mana tertetaknya Masjid AI-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam serta maruah umat Islam yang sedang tercabar ini.

(PM #34937 vi) 27. Dr. Syed Azrnan bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu] akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melantik pembantu tadbir sambilan dari kalangan ahli-ahli Pergerakan Puteri UMNO yang jelas melanggar prinsip 'ketelusan serta kebebasan' pihak SPR sendiri".

Bahawa Dewan ini merasa amat kesal dengan sikap serta tindakan tidak beretika SPR ini yang menjejaskan reputasi SPR sebagai sebuah badan bebas bagi mengendalikan perjalanan pilihan raya di negara ini.

Maka dewan ini mengambil ketetapan agar mempertahankan serta mengembalikan keadilan dan ketelusan SPR dari terus dinodai oleh etika kerja tidak bennaruah UMNO/BN.

(PM #34938 vi) 28. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu] akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan Ini melahirkan rasa kesal terhadap tindakan pihak Kementerian Dalam' Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tidak membenarkan anggota polis wanita berunifonn beragama Islam menutup aurat semasa menjalankan tugas harian sama ada di pejabat atau di luar pejabat".

Bahawa Dewan ini merasa amat kesal dengan larangan sedemikian yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam serta etika kerja yang sebenamya.

Page 14: ATURAN URUSANMESYUARAT - parlimen.gov.my filependedahan RTM ke atas kegagalan dan kelemahan pemerintahan Kerajaan PAS di Terengganu dan Kelantan. (PM #34130 v1) 13. Datuk Railey bin

14 AUM DR 3011012003 (PM #35264 v1)

Maka Dewan ini mengambiI ketetapan agar ~. Kementerian serta PDRM mengkaji kemball·larangen menu~ .,m 1m agar prinslp Islam dapat ditegakkan OJ kalangan anggota PDRM di dalam menjalankan tugas rnereka.

(PM #35103 v1) 29. Puen FongPo Kuan(Batu GaJah) akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan Ini harus membincangkan keperluan -penangguhan penguatkuasaan AIda Latihan Khidmat Negara 2003 di mana programnya dUaporkan akan dljalankan pada Februan tahun memandangkan banyak perkara di dalamnya . masih belumdiputuskan oIeh Kementerian Pertahanan ketika is diltlluskan dl Parlimen.

Jika objektifnya yang begitu penting aekali iaItu untuk memupuk semangat patriotism perpaduan serta pembentukan pelWatakan positif generasi muda, rang Undang-undang 1m harus ditangguhkan penguatkuasaannya agar pendangan orang ramai yang lebihsempurna sarta komprehensif diambil. Dengan demiklan, ia bukan setakat dapat memastikan keJayaannya objektif pentlng Program berkenaan tetapi tidak berlaku pembaziran wang rakyat yang beIatus.juta ringgit.

Rang Undang.undang Inlturut teIah dilulu8kan daI8m keadaan tergesa­gesa tanpa pernberlan makJumat yang mencukupi untuk orang ramal· memberi maklum balas berkenaannya. Ini terbukti apabila organisasi-organisasi sarta orang ramai telah meluahkan kerlsauan terhadap program ekoran ketiadaan maklumat berkenaan kandungan Program dan Rang Undang-undang tersebut sehingga ada di antaral1ya terpaksa mengadakan temu janji dengan Menten.

Negara Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berparlimen, seharusnya mellbatkan pandangan orang ramai yang lebjh menyeluruh pada mulanya proses penggubalan Rang Undang-undang tersebut dan adalah tidak mencukupi jika. pihak Kerajaan satakat menyuarakan kerelaan berunding dan menerlma pandangan selepas sesuatu Rang Undang-undang diluluskan di pari/men.

OIeh itu, jlka AIda Latihan Khidmat Negara inj berterusan dj kuatkuasakan, adalah dikhuatiri bukan sahaja objektifnya tidal< akan tercapai, pembaziran wang rakyat akan beriaku tetapi juga kesan-kesan negatif ke atas remajakita yang dipaksa menghadiri program tersebut jika mereka terpilih.

Page 15: ATURAN URUSANMESYUARAT - parlimen.gov.my filependedahan RTM ke atas kegagalan dan kelemahan pemerintahan Kerajaan PAS di Terengganu dan Kelantan. (PM #34130 v1) 13. Datuk Railey bin

"

15 AUM DR 3011012003 (J:»M #35264 vi) ;

(PM #35105 vi) 30. Puan Foilg Po Kuan [Batu Gajah) akan mencadangkan:-

31.

Dewan ini harus mengutuk sikap Kementerian Pendldikan yang menghendakl tujuh orang pelajar (ISA 7) yang terdlri darlpada Rafzan Ramli, Helma Sanudin, Khalrul Arnsl Mahmood, Ahmad Kamal Abdul Hamid, Wan Sanusi Wan Mohd Noor, Nik Noorhafizl Nlk IsmaH dan Zulkifli 'dris dari Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Teknologi .Mara meminta maaf kepada Kementerian sebagai syarat penempatan mereka semula di universiti bagi menyambung pendidlkan masing-maslng oleh Kemanterian Pendidikan.

Tujuh orang pelajar Ini hanya menyuarakan pandangan mereka terhadap undang-undang kejam AIda Keselamatsn Dalam Negeri (ISA) di mana ia adalah satu kebebasan bersuara dan bertwmpul yang merupakan satu bentuk hak asasi manusia. Tindakan Kementerian menyokong penggantul1$Jan mareka daripada meneruskan pendidikap di universiti sebelummahkamah memulakan pelblncangan kes dan menjatuhkan hukuman salah ke atas mereka adalah bercanggah dangan prinsip bahawa "one is innocent until proven guilty". Tindakan tersebut turut mencabul hak kepada pendidlkan pelajar-pelajar ini.

Bahawa Dewan in; harus menyuarakan bantahan terhadap tindakan Kamenterian sedemiklan dan pelajar-pelajar Ini harus dibenarkah menyambungkan pendidikan mereka dl universiti dengan serta-merta. Akta Universiti dam KoIej Universiti juga harus dimansuhkan agar negara kite dapat melahirkan graduan muda yang berdaya kreativiti, dan berfikiran analytical serta berani bersuara untuk keadUan daml kebaikan negara dan masyarakat.

(PM #35202 vi) Dr. Tan Seng GIaw [KepongJ akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan Inl membahaskan cara-cara yang ber1cesan untuk menjamin keselamatsri negara daripada serangan pengganas seperti yang beriaku di Bali dan Jakarta, Indonesia. Dewan membincangkan faktof-faktor yang menyebabkan wujudnya Federal Special Forces of Malaysia (FSFM), Pasukan Khas Persekutuan Malaysia). Dewan ini juga akan mendebatkan' bagaimana Pasukan polis Diraja Malaysia dapat menambah lebih 21,000 anggota yang teriatih untuk melegakan kekurangan anggotanya bagi menghadapi cabaran-cabarannya.

Page 16: ATURAN URUSANMESYUARAT - parlimen.gov.my filependedahan RTM ke atas kegagalan dan kelemahan pemerintahan Kerajaan PAS di Terengganu dan Kelantan. (PM #34130 v1) 13. Datuk Railey bin

TAHUN 2003

ST. 168

ST.169

ST.171

ST.180

ST.181

16 AUM DR 30/10/2003 (PM #35264 v1)

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM DEWAN

RISALAT/DOKUMEN TARIKH DIBENTANGKAN

Laporan Tahunan Balai Seni Lukis Negara 30 Oktober 2003 tahun 2000.

Laporan Tahunan Balai Seni Lukis Negara 30 Oktober 2003 tahun 2001.

Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 30 Oktober 2003 Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) tahun 2002 (Telah Diaudit).

Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 30 Oktober 2003 Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) tahun 2001.

Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 30 Oktober 2003 Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) tahun 2002