program peringkat diploma lanjutan , … pendaftara… · pegawai kehakiman dan ... semua pelajar...

13
PROGRAM PERINGKAT DIPLOMA LANJUTAN , DIPLOMA DAN SIJIL KEMAHIRAN KHAS Disediakan oleh : Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan, KM 10, Jalan Kong Kong, 81700 Pasir Gudang, Johor. Tel : 07 – 261 2488 Fax : 07 – 261 2963 http://www.pis.edu.my PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

Upload: vanhanh

Post on 09-Feb-2018

268 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROGRAM PERINGKAT DIPLOMA LANJUTAN , … pendaftara… · Pegawai Kehakiman dan ... Semua pelajar Jabatan Pengajian Politeknik Malaysia tertakluk kepada ... dan mendedahkan mana-mana

PROGRAM PERINGKAT

DIPLOMA LANJUTAN , DIPLOMA DAN SIJIL

KEMAHIRAN KHAS

Disediakan oleh :

Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan, KM 10, Jalan Kong Kong, 81700 Pasir Gudang, Johor. Tel : 07 – 261 2488 Fax : 07 – 261 2963 http://www.pis.edu.my

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

Page 2: PROGRAM PERINGKAT DIPLOMA LANJUTAN , … pendaftara… · Pegawai Kehakiman dan ... Semua pelajar Jabatan Pengajian Politeknik Malaysia tertakluk kepada ... dan mendedahkan mana-mana

PANDUAN UNTUK KE POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN (PIS)

Kampus PIS terletak 30 km dari Pusat Bandaraya Johor Bahru. Sekiranya anda daripada susur keluar Skudai

Lebuhraya Utara-Selatan teruskan perjalanan dan ambil simpang kiri ke Pasir Gudang. Jarak perjalanan daripada

susur keluar Skudai ke PIS lebih kurang 35 km.

Anda juga boleh menggunakan jalan alternatif daripada susur keluar Senai Lebuhraya Utara-Selatan (E22 Lebuhraya

Senai-Desaru). Selepas tol Senai, ambil jalan simpang kiri Ulu Tiram / Pasir Gudang teruskan perjalanan sehingga

Exit 2205A – Persimpangan Cahaya Baru. Selepas tol Cahaya Baru ambil susur kiri Masai/Kong Kong dan teruskan

perjalanan menghala ke Masai.

1. KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL / TAWARAN KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR

Kolej Kediaman Pelajar adalah DISEDIAKAN untuk semua pelajar baharu yang akan mendaftar. Adalah menjadi

tanggungjawab pelajar untuk menjaga kemudahan yang diberikan dengan baik dan mengikuti semua peraturan

dan rupadiri yang ditetapkan untuk pelajar tetap menduduki Kolej Kediaman Pelajar sehingga habis semester 1.

Pelajar yang ditawarkan kolej kediaman pelajar boleh menggunakan kemudahan Kafetaria yang terletak di

kawasan kolej untuk membeli makanan yang dijual. Kos sara hidup ditanggung oleh pelajar sendiri.

BAHAGIAN A : MAKLUMAT AM

Page 3: PROGRAM PERINGKAT DIPLOMA LANJUTAN , … pendaftara… · Pegawai Kehakiman dan ... Semua pelajar Jabatan Pengajian Politeknik Malaysia tertakluk kepada ... dan mendedahkan mana-mana

2. BANTUAN KEWANGAN

Bagi memudahkan urusan yang berkaitan dengan biasiswa / pinjaman pendidikan, pelajar diminta menyediakan

keperluan-keperluan berikut:-

2.1 PELAJAR PERINGKAT DIPLOMA ATAU DIPLOMA LANJUTAN – PINJAMAN PTPTN

i) Membuka Akaun Bank Islam

ii) Menyediakan 2 SALINAN DOKUMEN BERSAIZ A4 seperti berikut:

Kad pengenalan pelajar

Slip/Sijil keputusan peperiksaan SPM

Surat tawaran kemasukan ke politeknik

Sijil politeknik/kolej komuniti/mana-mana kolej berkaitan atau transkrip keputusan peperiksaan bagi

pelajar lulusan sijil

Penyata pendapatan @ slip gaji ibu/bapa/penjaga terkini

Sijil kematian ibu/bapa atau surat sumpah (jika ibu/bapa tidak dapat dikesan) sekiranya berkaitan

sahaja.

Buku Akaun atau penyata akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

Surat Akuan / Pengesahan ibubapa penerima bantuan Baitulmal atau Jabatan Kebajikan Masyarakat

DUA (2) keping Setem Hasil bernilai RM10.00 setiap satu.

iii) Maklumat mengenai pinjaman PTPTN sila rujuk laman web http://www.ptptn.gov.my

2.2 PELAJAR PERINGKAT SIJIL KEMAHIRAN KHAS

i) Menyediakan 2 SALINAN DOKUMEN BERSAIZ A4 seperti berikut:

Kad pengenalan pelajar

Kad pengenalan ibu dan bapa

Kesemua Salinan dokumen yang dinyatakan di atas hendaklah disahkan.

Pegawai Yang Layak Mengesahkan Salinan Sijil Atau Dokumen

1. Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Kumpulan A.

2. Pegawai Kehakiman dan Perundangan, Hakim, Peguam , Majistret / Jaksa Pendamai dan semua Doktor

yang bertugas di Pusat Kesihatan Kerajaan Sahaja.

3. Pengetua Sekolah / Guru Besar.

4. Pegawai Polis berpangkat ASP dan ke atas.

5. Pegawai Tentera berpangkat Kapten dan ke atas.

6. Penguasa Penjara, Penguasa Bomba dan Penguasa Kastam.

7. Wakil Rakyat / Senator.

8. Pengurus Felda atau Pengurus Felcra.

9. Penghulu / Penggawa / Pemanca / Ketua Kaum / Ketua Kampung.

Page 4: PROGRAM PERINGKAT DIPLOMA LANJUTAN , … pendaftara… · Pegawai Kehakiman dan ... Semua pelajar Jabatan Pengajian Politeknik Malaysia tertakluk kepada ... dan mendedahkan mana-mana

Senarai Biasiswa Dan Tajaaan Yang Lain.

1. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

2. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

3. Biasiswa Sukan KPM

4. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli

5. Lembaga Zakat Negeri

6. Kuok Foundation Berhad

7. Lembaga Biasiswa Negeri Kedah

8. Yayasan Kelantan Darulnaim

9. Kerajaan Negeri Selangor

10. Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor

11. Dermasiswa Pendidikan Negeri Perak

12. Kerajaan Negeri Perak

13. Yayasan Negeri Sembilan

14. Kerajaan Negeri Pulau Pinang

15. Yayasan Terengganu

16. Yayasan Pahang

17. Yayasan Pelajaran Johor

18. Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Johor

19. Yayasan Felcra

20. Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan

21. FELDA

22. MARA

23. Yayasan Negeri Melaka

24. Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS)

25. Yayasan Negeri Sarawak

26. Baitulmal Negeri

27. Dermasiswa KPM (OKU / PPK)

Nota : Sebarang maklumat lanjut boleh merujuk kepada Bahagian Biasiswa dan Tajaan, Jabatan Hal Ehwal

Pelajar PIS

Page 5: PROGRAM PERINGKAT DIPLOMA LANJUTAN , … pendaftara… · Pegawai Kehakiman dan ... Semua pelajar Jabatan Pengajian Politeknik Malaysia tertakluk kepada ... dan mendedahkan mana-mana

3. RUPADIRI PELAJAR

Semua pelajar Jabatan Pengajian Politeknik Malaysia tertakluk kepada Akta Institusi-Institusi Pelajaran

(Tatatertib) 1976, Pindaan 1997 (Akta 174) dan semua peraturan bertulis di Politeknik. Secara umumnya pelajar-

pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, menutup aurat (bagi pelajar Islam) dan sopan. Semua

jenis pakaian yang “menjolok mata” dan tidak menepati peraturan Politeknik adalah dilarang sama sekali. Sila

rujuk Buku Peraturan Jabatan Pengajian Politeknik Malaysia yang akan diedarkan semasa pendaftaran.

3.1 PAKAIAN DAN RUPADIRI PELAJAR LELAKI

a. Baju

Baju kemeja berlengan panjang atau pendek.

Baju T berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian yang negatif.

Baju perlu sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in) dan semua butang dikenakan dengan

sempurna.

Pemakaian baju Melayu (Baju Kebangsaan) dibenarkan tetapi hendaklah lengkap sepasang dengan

samping dan songkok hitam.

Bertali leher.

b. Seluar

Seluar ‘slack’ panjang.

Seluar ‘jeans’ tidak dibenarkan.

c. Kasut

Pelajar hendaklah memakai kasut yang yang sesuai semasa menghadiri kuliah, berurusan di pejabat

dan memakai sarung kaki dengan sempurna. Pemakaian kasut khas untuk kerja-kerja bengkel akan

dimaklumkan oleh pihak jabatan akademik masing-masing.

Kasut sukan dibenarkan untuk keperluan sukan atau riadah.

Pemakaian selipar, sandal, terompah, capal dan seumpamanya dilarang semasa pelajar berada

dalam kampus PIS (kecuali di Kolej Kediaman Pelajar).

d. Rambut

Rambut sentiasa pendek, tidak berwarna dan kemas. Rambut berfesyen seperti ‘afro’, ‘punk’,

berekor dan diwarnakan adalah dilarang.

e. Perhiasan

Pelajar dilarang memakai sebarang bentuk perhiasan atau aksesori tambahan kecuali bagi

keperluan agama.

Page 6: PROGRAM PERINGKAT DIPLOMA LANJUTAN , … pendaftara… · Pegawai Kehakiman dan ... Semua pelajar Jabatan Pengajian Politeknik Malaysia tertakluk kepada ... dan mendedahkan mana-mana

3.2 PAKAIAN DAN RUPADIRI PELAJAR PEREMPUAN

a. Baju

Pakaian yang menutup aurat, bersih, kemas dan sopan bagi semua pelajar Islam.

Pakaian yang menjolok mata dilarang (contoh pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis

dan mendedahkan mana-mana bahagian badan seperti dada, bahu dan belakang).

Pakaian hendaklah berlengan panjang sampai kepergelangan tangan.

Labuh baju sekurang-kurangnya menutupi paras punggung.

Pelajar bukan Islam dilarang memakai ‘skirt’ yang pendek dari paras lutut.

Baju-T berkolar bulat dilarang.

b. Sarung / Maxi

Pakaian berbentuk sarung/maxi mestilah labuh bawah paras lutut, longgar dan tidak jarang,

c. Seluar

Pelajar perempuan boleh memakai seluar ‘slack’ panjang yang tidak ketat serta tidak menjolok mata.

Seluar ‘jeans’ adalah dilarang.

d. Kasut

Pelajar hendaklah memakai kasut bertutup penuh yang sesuai semasa menghadiri kuliah, berurusan

di pejabat dan memakai sarung kaki dengan sempurna. Pemakaian kasut khas untuk kerja-kerja

bengkel akan dimaklumkan oleh pihak jabatan akademik masing-masing.

Kasut sukan dibenarkan untuk keperluan sukan atau riadah.

Pemakaian selipar, sandal, terompah, capal , kasut bertumit tinggi dan seumpamanya dilarang

semasa pelajar berada dalam kampus PIS (kecuali di Kolej Kediaman Pelajar).

e. Rambut

Pelajar Islam WAJIB berpakaian yang menutup aurat (contoh bertudung) seperti yang disyariatkan

Islam.

Rambut hendaklah kemas dan beridentitikan seorang pelajar perempuan.

Rambut fesyen seperti ‘afro’, ‘punk’, berekor, diwarnakan atau seumpamanya adalah dilarang.

f. Perhiasan

TIDAK digalakkan memakai barang kemas dan solekan yang berlebihan.

4. HAL-HAL LAIN

Semua pelajar dinasihatkan membawa pakaian sukan atau lain yang sesuai dan memenuhi rupadiri pelajar.

Pelajar Islam dikehendaki membawa senaskah Al-Quran dan pakaian bersolat yang lengkap.

Sekiranya memiliki mesin kira (calculator) saintifik, ia hendaklah dari jenis yang tidak boleh diprogramkan.

Jika ibu/bapa atau penjaga berkerja dalam sektor awam atau swasta, sila bawa salinan Borang J (Cukai

Pendapatan – jika ada) untuk tujuan biasiswa/pinjaman pelajaran yang berkaitan.

Page 7: PROGRAM PERINGKAT DIPLOMA LANJUTAN , … pendaftara… · Pegawai Kehakiman dan ... Semua pelajar Jabatan Pengajian Politeknik Malaysia tertakluk kepada ... dan mendedahkan mana-mana

1. PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN

i) Melayari laman web www.pis.edu.my untuk mendapatkan maklumat pendaftaran di lampiran PANDUAN

PENDAFTARAN SESI JUN 2016.

ii) Membuat bayaran yuran pendaftaran, yuran asrama dan bayaran pendaftaran dengan merujuk lampiran

JADUAL BAYARAN SESI JUN 2016.

Segala urusan pembayaran yuran perlu diselesaikan DUA(2) hari sebelum tarikh pendaftaran.

Proses pengaktifan calon pelajar mengambil masa 24 jam sebaik sahaja data bayaran telah diterima

daripada pihak Bank Islam Malaysia Berhad.

iii) Log masuk ke portal SPMP di http://spmp.pis.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp untuk membuat

pendaftaran dalam talian SELEPAS 24 jam membuat pembayaran. Pelajar perlu mencetak slip

pendaftaran online bagi mendapatkan no pendaftaran dan no bilik pelajar,

iv) Memuat turun (download) fail “dokumen_pendaftaran.pdf” dan mencetak borang-borang yang perlu diisi.

v) Melengkapkan semua Borang HEP di lampiran BHEP 1 - 6.

vi) Menjalani pemeriksaan doktor termasuk pemeriksaan X-ray dengan mengemukakan borang HEP 2 (Filem

X-ray tidak perlu dibawa semasa pendaftaran).

1.1 DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA PADA HARI PENDAFTARAN

i) 3 salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan

ii) 3 salinan slip pendaftaran atas talian (i-HELP dalam SPMP).

iii) 3 salinan Resit / Slip bayaran Bank Islam (simpanan pelajar).

iv) Borang HEP1 – HEP 6 yang telah lengkap diisi.

v) Surat asal tajaan yuran pengajian dan bayaran pendaftaran (jika berkaitan) seperti Majlis Agama Islam

Negeri, Angkatan Tentera Malaysia, Yayasan Negeri, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan lain-lain.

vi) Gambar berukuran passport sebanyak 10 keping (Pelajar lelaki - bertali leher dan berambut pendek

ketika bergambar. Pelajar perempuan berpakaian sopan dan bertudung (pelajar Islam).

2. SEMASA HARI PENDAFTARAN DAN SEPANJANG PROGRAM HALUAN SISWA (PHS)

Tarikh & Maklumat Pendaftaran Kolej Kediaman Bagi Pelajar Adalah Seperti Berikut:

Pelajar Perempuan:

Tarikh : 11 Jun 2016 (Sabtu)

Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengahari

Tempat : Dewan Tunku Abdul Jalil, Politeknik Ibrahim Sultan

Pelajar Lelaki:

Tarikh : 12 Jun 2016 (Ahad)

Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengahari

Tempat : Dewan Tunku Abdul Jalil, Politeknik Ibrahim Sultan

BAHAGIAN B : PANDUAN PENDAFTARAN

Page 8: PROGRAM PERINGKAT DIPLOMA LANJUTAN , … pendaftara… · Pegawai Kehakiman dan ... Semua pelajar Jabatan Pengajian Politeknik Malaysia tertakluk kepada ... dan mendedahkan mana-mana

Semakan Dokumen Pendaftaran pula akan dilakukan pada 13 Jun 2016 (Isnin) di Dewan Tunku Abdul Jalil,

PIS. Perkara yang perlu dilakukan semasa Semakan Dokumen Pendaftaran ( Pelajar Lulusan Lepasan SPM /

Khas / Diploma atau Sijil Politeknik Malaysia / Sijil Kolej Komuniti / Sijil ILKA / Sijil IKM ):

i) Pelajar menyerahkan Borang Jawapan Tawaran (BJT) beserta dokumen yang disenaraikan di dalam BJT

(salinan surat tawaran, salinan kad pengenalan pelajar, salinan SPM, salinan sijil ko kurikulum dan salinan

sijil berhenti sekolah)

ii) Pelajar menyerahkan Borang HEP 1 - 6

iii) Menerima Fail Peribadi Pelajar (FPP), Buku PHS dan Buku Peraturan Pelajar.

iv) Menyerahkan 1 salinan slip pendaftaran online (SPMP).

2.1 Rupadiri semasa hari pendaftaran

Lelaki

Kemeja Putih , bertali leher gelap , seluar “slack” hitam, berambut pendek dan tidak berwarna. Sebarang

aksesori seperti rantai, gelang, anting-anting dan lain-lain tidak dibenarkan.

Perempuan

Muslim : Berbaju kurung, berkain warna gelap & bertudung

Bukan Muslim : Berpakaian sopan, skirt labuh berwarna gelap, rambut tidak berwarna & kemas.

3. SENARAI DAN KOD PROGRAM MENGIKUT JABATAN

Calon pelajar dinasihatkan untuk menyemak kod-kod program dan jabatan bagi memudahkan proses

pendaftaran.

PROGRAM KOD PROGRAM JABATAN (KOD)

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) DJK

JABATAN KEJURUTERAAN

ELEKTRIK (JKE) Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik DEE

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) DEP

Sijil Kemahiran Khas Hotel Dan Katering KHK

JABATAN PELANCONGAN

DAN HOSPITALITI (JPH)

Diploma Pengurusan Hotel DHM

Diploma Pengurusan Pelancongan DUP

Diploma Pengurusan Acara DEV

Diploma Kejuruteraan Mekanikal DKM

JABATAN KEJURUTERAAN

MEKANIKAL (JKM)

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) DTP

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Bahan) DMB

Diploma Kejuruteraan Mekatronik DEM

Page 9: PROGRAM PERINGKAT DIPLOMA LANJUTAN , … pendaftara… · Pegawai Kehakiman dan ... Semua pelajar Jabatan Pengajian Politeknik Malaysia tertakluk kepada ... dan mendedahkan mana-mana

Sijil Kemahiran Khas Reka Bentuk Fesyen Dan

Pakaian KFP

JABATAN REKABENTUK

KOMUNIKASI DAN VISUAL

(JRKV)

Sijil Kemahiran Khas Reka Bentuk Grafik KRG

Diploma Reka Bentuk Fesyen Dan Pakaian DFP

Diploma Reka Bentuk Grafik DRG

Diploma Reka Bentuk Industri DRI

4. PENYEDIAAN KEPERLUAN DIRI DAN PERALATAN PEMBELAJARAN

Adalah dinasihatkan semua calon pelajar menyediakan keperluan diri untuk dibawa sebagai bekalan sepanjang

pengajian. Keperluan diri yang dicadangkan adalah seperti berikut:

i) Pakaian Kuliah / Kelas (Formal)

ii) Pakaian harian / sukan / riadah

iii) Baju Melayu Johor (leher teluk Belanga berasaskan warna biru)

iv) Baju Batik (untuk majlis-majlis rasmi)

v) Kasut Hitam / kasut Sukan

vi) Bekalan ubat-ubatan peribadi

vii) Keperluan peribadi/kebersihan diri

Keperluan di Kolej Kediaman Pelajar yang PERLU dibawa semasa pendaftaran Kolej Kediaman Pelajar:

i) Bantal berukuran ‘standard’ dalam keadaan bersih 1 unit.

ii) Lampu Belajar berkuasa 20 watt.

iii) Sehelai sejadah, senaskhah Al-Quran dan Surah Yassin bagi pelajar Islam

iv) Pakaian sukan / riadah.

v) Sarung Bantal, Cadar dan Langsir / PIS Hostel Kit Wajib dibeli daripada Koperasi Politeknik Ibrahim Sultan.

** Semua keperluan tersebut samada keperluan peribadi dan keperluan harian boleh dibeli di kedai

koperasi Politeknik Ibrahim Sultan.

Keperluan Semasa Hari Pendaftaran Dan Minggu Program Haluan Siswa (PHS)

i) Baju Kemeja berlengan panjang berasaskan warna cerah sebarang corak dan bertali leher.

ii) Seluar hitam / kain berwarna hitam ( skirt labuh bawah paras lutut bagi wanita bukan muslim)

iii) Track bottom dan kasut sukan.

iv) T-shirt berkolar warna putih tanpa corak (lelaki lengan pendek / wanita lengan panjang).

Page 10: PROGRAM PERINGKAT DIPLOMA LANJUTAN , … pendaftara… · Pegawai Kehakiman dan ... Semua pelajar Jabatan Pengajian Politeknik Malaysia tertakluk kepada ... dan mendedahkan mana-mana

5. LAIN-LAIN BAYARAN JABATAN

Pembelian peralatan pembelajaran berikut juga dicadangkan untuk disediakan sebelum calon pelajar menjalani

pengajian di Politeknik Ibrahim Sultan. ( Boleh dibeli melalui Koperasi atau diuruskan oleh jabatan masing-

masing ) - Sila sediakan wang tunai secukupnya.

Contoh : Jabatan JKE

BIL ITEM JENAMA BILANGAN

1 ANALOGUE MULTIMETER SANWA 1

2 TEST PEN 240 V/AC PHILLIPS 1

3 SCIENTIFIX CALCULATOR fx-570ms

(atau yang setaraf dengannya)

CASIO 1

i) JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK (JKE)

(Anggaran Bayaran Peralatan & Keperluan Jabatan : RM 150.00 seperti Kalkulator, Multimeter, dll )

ii) JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL (JKM)

(Anggaran Bayaran Peralatan & Keperluan Jabatan : RM 150.00 seperti Peralatan Lukisan, Peralatan

Keselamatan Diri (PPE), dll )

iii) JABATAN PELANCONGAN & HOSPITALITI (JPH)

(Anggaran Bayaran Peralatan & Keperluan Jabatan : RM 300.00 seperti Baju Chef, Blazer, dll)

iv) JABATAN REKABENTUK & KOMUNIKASI VISUAL (JRKV)

(Anggaran Bayaran Peralatan & Keperluan Jabatan : RM 250.00 seperti Peralatan Melukis, Alatan

Jahitan,dll)

Page 11: PROGRAM PERINGKAT DIPLOMA LANJUTAN , … pendaftara… · Pegawai Kehakiman dan ... Semua pelajar Jabatan Pengajian Politeknik Malaysia tertakluk kepada ... dan mendedahkan mana-mana

1. Menjaga kebersihan bilik sepanjang masa dan ketika. Sentiasa bebas dari sampah sarap.

2. Tidak menconteng dinding, bantal, tilam dan dinding tilam

3. Tiada tampalan-tampalan yang merosakkan dinding bilik.

4. Menjaga kebersihan kipas angin, tingkap, laci, meja tulis dan kaki lima.

5. Tidak menyimpan, memiliki dan menghisap rokok di dalam bangunan Kolej Kediaman Pelajar. Tindakan buang Kolej

Kediaman Pelajar serta merta akan dikenakan terhadap pelajar yang didapati bersalah.

6. Tidak membenarkan orang asing/pelawat menginap di dalam bilik Kolej Kediaman Pelajar pada setiap masa dan

pesalah boleh diambil tindakan buang Kolej Kediaman Pelajar jika melakukan kesalahan tersebut.

7. Tidak membawa peralatan elektrik (kecuali komputer dan lampu study) dan tidak masak di dalam bilik.

8. Mesti menghormati waktu senyap Kolej Kediaman Pelajar iaitu mulai 8.30 malam hingga 8.00 pagi.

9. Dilarang mengubah atau mengalih sebarang peralatan di dalam bilik. Contoh seperti katil, tilam, bantal, meja tulis dan

kerusi, jangan dikeluarkan dari bilik anda.

10. Semua penghuni Kolej Kediaman Pelajar dikehendaki masuk ke kampus sebelum jam 7.00 malam dan tidak

dibenarkan keluar kampus pada waktu tersebut.

11. Semua pelajar mesti berada di blok Kolej Kediaman Pelajar masing-masing pada jam 11.00 malam.

12. Memadamkan lampu bilik selepas jam 12.00 tengah malam dan gunakan lampu ‘study’ selepas waktu itu atau

belajar di Bilik Rekreasi blok masing-masing.

13. Tilam hendaklah sentiasa kelihatan kemas dan bersarungkan cadar yang bersih.

14. Bantal sentiasa bersarung dan bersih serta tidak mengambilnya di akhir semester.

15. Lampu bilik tidak bersalut kertas warna.

16. Tidak menyidai sebarang pakaian di ‘railing’, di tingkap bilik, di kipas angin siling pada setiap masa dan ketika.

Pakaian hendaklah sentiasa digantung dalam almari dengan kemas.

17. Sentiasa bersedia dan memberikan kerjasama untuk didatangi oleh staf atau warden bagi tujuan ‘spot check’ dari masa

ke semasa.

18. Kunci hendaklah dijaga dengan baik dan dikembalikan pada penghujung semester dalam keadaan baik dan bertag.

19. Semua warga Kolej Kediaman Pelajar dilarang menyimpan bahan-bahan lucah seperti gambar, buku, majalah, CD dsb.

20. Pemakaian seluar pendek adalah tidak dibenarkan sama sekali pada bila-bila masa bagi pelajar lelaki dan perempuan.

21. Pemakaian ‘jeans’ dan pakaian yang menjolok mata adalah dilarang sama sekali bukan sahaja di Kolej Kediaman

Pelajar tetapi di seluruh kawasan kampus PIS.

22. Pertemuan antara dua jantina yang berlainan (berdua-duaan) adalah dilarang pada setiap masa.

23. Tidak dibenarkan membawa atau meletakkan kenderaan bermotor di Kolej Kediaman Pelajar dan persekitarannya.

24. Dilarang meninggalkan Kolej Kediaman Pelajar atau bermalam di luar Kolej Kediaman Pelajar tanpa kebenaran.

BAHAGIAN C : PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR

Page 12: PROGRAM PERINGKAT DIPLOMA LANJUTAN , … pendaftara… · Pegawai Kehakiman dan ... Semua pelajar Jabatan Pengajian Politeknik Malaysia tertakluk kepada ... dan mendedahkan mana-mana

25. Dilarang sepenuhnya meninggalkan Kolej Kediaman Pelajar ketika ‘grounded’.

26. Dilarang mengambil barang yang bukan hak dan merosakkan apa jua kemudahan yang diberikan.

27. Dilarang melanggar peraturan Kolej Kediaman Pelajar pada setiap masa dan tindakan akan diambil bagi pelajar yang

didapati bersalah, termasuk tindakan buang Kolej Kediaman Pelajar.

Antara beberapa peralatan tambahan yang perlu dibawa semasa mendaftar, iaitu :-

a. Lampu ‘study’ berkuasa 20 watt (boleh dibeli di kedai/gerai koperasi PIS)

b. Cadar bujang berwarna biru yang bersih 1 helai (boleh dibeli di kedai/gerai koperasi PIS)

c. Sarung bantal berukuran standard yang bersih 1 helai.

d. Sehelai sejadah, senaskah Al-Quran dan Surah Yassin bagi pelajar Islam.

e. Satu set pakaian Melayu lengkap bersamping dan songkok hitam bagi pelajar Islam.

f. Pakaian sukan/riadah.

g. Langsir untuk tingkap berukuran 2 panel.

h. Dan lain-lain peralatan yang difikirkan sesuai.

Jika peraturan di atas tidak sesuai dengan kehendak dan jiwa anda, anda tidak layak menghuni Kolej Kediaman Pelajar PIS ini.

Segala peraturan ini bertujuan untuk memastikan pelajar Politeknik yang menghuni Kolej Kediaman Pelajar bukan sahaja

berdisiplin, tetapi juga sentiasa kelihatan berdisiplin.

Notis ini hendaklah sentiasa berada dalam keadaan baik serta kekal sepanjang masa, dan hendaklah ditampalkan di belakang

pintu bilik anda. Kegagalan anda menjaga notis ini dan mengikutnya akan menyebabkan anda disingkirkan dari kediaman Kolej

Kediaman Pelajar PIS dengan serta merta. Pihak Pengurusan Arama tidak akan berkrompomi dalam hal ini.

PENGETUA

KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN.

Page 13: PROGRAM PERINGKAT DIPLOMA LANJUTAN , … pendaftara… · Pegawai Kehakiman dan ... Semua pelajar Jabatan Pengajian Politeknik Malaysia tertakluk kepada ... dan mendedahkan mana-mana

Semak dan tandakan (√) pada petak yang berkenaan sekiranya perkara-perkara berikut telah disediakan oleh anda

sebelum hadir mendaftar di Politeknik Ibrahim Sultan pada tarikh yang telah ditetapan.

1. Kad Pengenalan

2. Resit Bank Islam – YURAN PENGAJIAN

3. Resit Bank Islam – YURAN KOLEJ KEDIAMAN (ASRAMA)

4. Slip Bank Islam – BAYARAN PENDAFTARAN

5. Slip Pendaftaran Online (SPMP) (3 salinan)

6. Borang-borang Pendaftaran (BHEP 1 hingga BHEP 6), BORANG KOPERASI)

yang telah LENGKAP diisi dan semua dikepilkan (staple) sekali mengikut tertib/aturan.

7. Borang Pendaftaran Kolej Kediaman Pelajar PIS

8. Borang Keahlian KOPERASI

9. Dokumen-dokumen ASAL(ORIGINAL) / Sijil-sijil Persekolahan (yang berkaitan

–terutamanya yang mewakili Negara dan Negeri)

10. Dokumen-dokumen Pinjaman PTPTN

11. Surat Tawaran Asal yang telah disahkan

SENARAI SEMAK SEBELUM HADIR PADA HARI PENDAFTARAN