aturan-aturan bagi kumpulan wang...
TRANSCRIPT
1
ATURAN-ATURAN BAGI KUMPULAN WANG KEBAJIKAN AM
KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD
1.0 Tajuk dan mula berkuatkuasa
1.1 Aturan-aturan ini dinamakan Aturan-aturan Kumpulan Wang
Kebajikan Am - Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Melayu Pahang Timur
Berhad.
1.2 Aturan ini diwujudkan di bawah Undang-undang Kecil Koperasi 9(3) dan
dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Koperasi ini dan
Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
2.0 Tujuan
Tujuan Kumpulan Wang Kebajikan Am diwujudkan ialah untuk :-
2.1 Memberi sumbangan kewangan jika berlaku kematian atau sakit kronik
yang berpanjangan kepada anggota dan tanggungannya bagi meringankan
beban yang dipikul oleh anggota atau warisnya;
2.2 Memberi sumbangan kewangan kepada anggota yang telah ditimpa kemalangan diri dan
kemusnahan rumah kediaman;
2.3 Memberi sumbangan kewangan kepada anggota yang menunaikan fardhu
haji;
2.4 Memberi sumbangan kewangan kepada anggota yang menunaikan umrah; 2.5 Memberi
sumbangan kewangan kepada badan-badan lain yang difikirkan munasabah.
2.6 Memberi anugerah kepada anggota setia.
3.0 Sumber Kewangan
Punca kewangan bagi Kumpulan Wang Kebajikan Am adalah diperolehi daripada
:-
3.1 Caruman bulanan anggota seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat Agung;
3.2 Sumbangan sebanyak tidak lebih 10% daripada untung bersih teraudit Koperasi
setiap tahun sebagaimana Undang-undang Kecil 65(2)(d);
3.3 Derma-derma atau sumbangan-sumbangan daripada pihak-pihak lain.
4.0 Keanggotaan
4.1 Semua anggota Koperasi ini dengan sendirinya menjadi ahli Kumpulan
Wang ini;
2
4.2 Seseorang anggota yang berhenti dari Koperasi ini dengan sendirinya terhenti
daripada menjadi anggota Kumpulan Wang ini dan tidak berhak mendapat
apa-apa pulangan dan kemudahan;
5.0 Pentadbiran Kumpulan Wang
5.1 Kumpulan Wang Kebajikan ini hendaklah ditadbirkan oleh sebuah Jawatankuasa
Kecil yang dilantik oleh Lembaga di bawah Undang-undang Kecil 44(2)(w);
5.2 Jumlah anggota Jawatankuasa Kecil ini hendaklah seramai tidak kurang daripada
empat orang;
5.3 Jawatankuasa Kecil ini hendaklah menyerahkan pada tiap-tiap tahun penyata
mengenai Kumpulan Wang Kebajikan kepada Lembaga bersamasama
dengan penyata akaun yang telah diaudit untuk makluman anggotaanggota
Koperasi.
6.0 Tahun Kewangan
Tahun kewangan bagi Kumpulan Wang Kebajikan ini hendaklah bermula pada 1 Januari dan
berakhir pada 31 Disember setiap tahun.
7.0 Pelaburan
7.1 Lembaga dari masa ke semasa dan apabila difikirkan sesuai boleh melaburkan
semua atau sebahagian daripada wang yang asal di dalam Kumpulan Wang
ini kepada badan atau pertubuhan atau apa-apa bentuk yang berjamin
mengikut syarat-syarat di dalam Akta Koperasi;
7.2 Faedah-faedah atau hasil-hasil yang diperolehi daripada pelaburan tersebut
hendaklah dikreditkan ke Kumpulan Wang ini.
8.0 Kelayakan Anggota Untuk Memohon
Anggota yang telah memenuhi syarat mengikut Undang-undang Kecil 10 adalah
layak mengemukakan permohonan untuk mendapat bantuan.
9.0 Jenis-jenis Bantuan
9.1 Sumbangan Kematian
Pemberian maksimun bantuan kewangan kepada yang terlibat :-
9.1.1 Anggota-anggota yang telah menjadi ahli :-
(a) melebihi 20 tahun - RM3,000.00
(b) 10 hingga 20 tahun - RM2,500.00
3
9.5.1 Kelayakan diberi kepada anggota yang telah menjadi anggota selama
20 tahun tanpa putus dengan had umur minima anggota 45 tahun
semasa membuat permohonan (layak sekali sahaja).
(c) bawah 10 tahun - RM2,000.00
9.1.2 Suami/Isteri - RM1,000.00
9.1.3 Anak Tanggungan/Anak Angkat yang berdaftar
(di bawah 21 tahun) - RM750.00
9.1.4 Ibu/Bapa - RM500.00
9.1.5 Permohonan ini hendaklah disertakan sijil kematian yang disahkan
dan dikemukakan ke pejabat koperasi dalam tempoh satu tahun dari
tarikh kematian.
9.2 Sakit Kronik Yang Kekal
Pemberian maksimum bantuan kewangan kepada yang terlibat sekali sahaja
:-
9.2.1 Anggota - RM1,000.00
9.2.2 Suami/Isteri - RM750.00
9.2.3 Anak Tanggungan/Anak Angkat yang berdaftar
(di bawah 21 tahun) - RM500.00
9.2.4 Permohonan hendaklah disertakan dengan surat doktor pakar
kerajaan/swasta.
9.3 Bantuan Kerana Kemusnahan Rumah Kediaman
Pemberian maksimum bantuan kewangan kerana rumah kediaman anggota
terlibat dengan kemusnahan seperti di bawah :-
9.3.1 Kemusnahan penuh - RM3,000.00
9.3.2 Permohonan hendaklah disertakan salinan laporan polis *.
* Tertakluk kepada hasil siasatan.
9.4 Sumbangan Kerana Menunaikan Fardhu Haji
9.4.1 Sumbangan bagi anggota yang menunaikan Fardhu Haji sebanyak
RM750.00 (layak sekali sahaja).
9.4.2 Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan surat tawaran dan
jadual penerbangan semasa musim haji.
9.5 Sumbangan Kerana Menunaikan Umrah
4
Jumlah modal yuran dan modal syer mestilah minima RM3,000.00 pada
tarikh permohonan dibuat.
9.5.2 Sumbangan @RM2,000.00 seorang diperuntukan kepada 15 orang
anggota setiap tahun berjumlah sebanyak RM30,000.00 (tertakluk
kepada kedudukan kewangan semasa).
9.5.3 6 orang dipilih berdasarkan senioriti keanggotaan dan 9 orang
berdasarkan permohonan terawal.
9.5.4 Anggota yang telah mendapat tawaran tetapi memohon untuk
menangguhkan Umrah, akan diberi keutamaan pada tahun berikutnya
sahaja. Tawaran akan terbatal jika gagal berbuat demikian.
9.5.5 Permohonan adalah sah bagi tempoh 2 tahun sahaja. Jika tidak
menerima tawaran, hendaklah memohon semula.
9.5.6 Tarikh tutup permohonan pada 31 Disember setiap tahun.
9.5.7 Permohonan yang terpilih akan dimaklumkan pada bulan Februari
setiap tahun.
9.5.8 Pemohon yang terpilih hendaklah mengurus sendiri pemergiannya ke
Tanah Suci.
9.5.9 Keputusan Lembaga adalah muktamad.
9.6 Sumbangan Kerana Masuk Wad
Pemberian ini tidak termasuk kes bersalin dan kes-kes yang berkaitan
dengannya.
9.6.1 Sumbangan bagi anggota yang terlibat ialah sebanyak RM200.00.
(Bayaran sekali sahaja dalam setahun).
9.6.2 Permohonan hendaklah disertakan dengan ”Discharge Note” atau
pengesahan dari majikan.
9.7 Lain-lain Bantuan
9.7.1 Sumbangan aktiviti agama Islam.
Sumbangan sebanyak RM50.00 (minimum), selebihnya
dipertimbangkan oleh Lembaga Koperasi.
9.7.2 Sebarang bantuan difikirkan sesuai diputuskan oleh Lembaga.
5
10. Anugerah Kepada Anggota Setia (A.A.S)
10.1 Telah menjadi anggota koperasi untuk tempoh tidak kurang 35 tahun.
10.2 Tidak putus keanggotaan dalam tempoh tersebut.
10.3 Mempunyai modal syer dan modal yuran tidak kurang RM5,000.00.
10.4 Tiada hutang tertunggak sepanjang menjadi anggota yang berlaku
dengan sengaja.
10.5 Imbuhan penghargaan ini hanya layak diterima sekali sahaja.
10.6 Bentuk anugerah akan diputuskan oleh Lembaga dari masa ke semasa bergantung
kepada keupayaan kewangan.
11. Borang Permohonan
11.1 Permohonan untuk mendapat bantuan Kumpulan Wang ini hendaklah dibuat
dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Koperasi.
11.2 Borang permohonan yang tidak lengkap atau tiada dokumen sokongan akan ditolak.
11.3 Borang permohonan yang diterima akan didaftar dan dikategorikan mengikut jenisnya.
11.4 Permohonan hendaklah berdasarkan kes semasa.
12. Pelbagai
12.1 Jika kedudukan Kumpulan Wang ini mengalami kesukaran dari segi kewangan, maka
Lembaga yang bertanggungjawab hendaklah menggantung akan aktivitinya
sehingga kewangan itu dapat dipulihkan semula;
12.2 Akaun Kumpulan Wang ini hendaklah diaudit bersama dengan lain-lain akaun
Koperasi.
12.3 Lembaga hendaklah membentangkan di dalam Mesyuarat Agung, laporan mengenai
aktiviti-aktiviti Kumpulan Wang ini serta cadangan-cadangan memajukannya;
12.4 Jika berbangkit sebarang perselisihan faham di atas aturan ini atau timbul apa-apa
perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada
Suruhanjaya Koperasi Malaysia mengikut Undang-undang Kecil 80.
6
13. Perlaksanaan
Perlaksanaan Aturan-aturan ini berkuatkuasa mulai pada 01.07.2013.
PENYAKIT KRONIK
01. Serangan Sakit Jantung 21. Penyakit Hati Yang Kronik
02. Strok (Angin Ahmar) 22. Jangkitan HIV daripada Pemindahan Darah
03. Pembedahan Pintasan Arteri Koronari 23. Ensefalitis
04. Kanser 24. Anemia Aplastik
05. Kegagalan Buah Pinggang 25. Kecederaan Kepala Akibat Kemalangan yang
06. Hepatitis Fulminan Menyebabkan Trauma Kepala Yang Utama
07. Pemindahan Organ Utama 26. Penyakit Parkinson
08. Kelumpuhan (Paraplegia, Tetraplegia) 27. Poliomeilitis
09. Skelerosis Berganda 28. Tumor Otak Benigna
10. Hipertensi Pulmonari 29. Penyakit Paru-paru yang Kronik
11. Buta 30. Koma
12. Pembedahan Injap Jantung 31. Pembedahan Otak
13. Kelecuran Api yang Teruk 32. Meningitis Bakteria
14. Pembedahan Aorta 33. Penyakit-penyakit Koronari Serius yang lain
15. Hilang Suara 34. Sindrom Apalik
16. Penyakit Alzheimer 35. Jangkita HIV yang diperolehi melalui Pekerjaan
17. Disrtofi Otot 36. AIDS peringkat lewat
18. Pekak 37. Lain-lain penyakit kronik yang disahkan oleh doktor
19. Penyakit Terminal pakar
20. Penyakit Neoron Motor