aturan urusan mesyuaratkepada sekolah-sekolah agama rakyat. jika ya, apakah jenis bantuan dan jika...

10
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT HARI ISNIN, 31 OKTOBER 1994 PUKUL 2.30 PETANG Bil. 40 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAG! JAWAB MULUT *1. Dato' Haji Qamaruz Zaman bin Haji Ismail minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah Kerajaan Malaysia memberi bantuan kepada sekolah-sekolah Agama Rakyat. Jika ya, apakah jenis bantuan dan jika boleh dinilai dengan wang berapa banyakkah tiap-tiap tahun sejak tahun 1990. *2. Puan Rohani Abdul Karim minta Menteri Kewangan menerangkan tentang tabung perkapalan yang akan meluaskan skopnya supaya memberikan sepenuh manaf aat kepada pengusaha-pengusaha yang berminat untuk melibatkan untuk melibatkan diri dalam industri perkapalan. *3. Tuan Liew Ah Kim minta Perdana Menteri menyatakan sama ada pelan induk bagi menjaga kebersihan Kuala Lumpur meliputi sisa pembuangan, longkang-longkang yang tersumbat, tong-tong sampah di kawasan perumahan, jalan-jalan yang berlopak, taman-taman rekreasi, kesesakan lalu lintas dan kawasan penjaga-penjaga sudah dikemukakan oleh DBKL. Sila nyatakan juga jumlah peruntukan bagi menjaga kebersihan Kuala • Lumpur dalam tempoh enam bulan yang berakhir pada September 1994. *4. Tuan Robert Lau Hoi Chew minta Menteri Ker ja Raya menyatakan kemajuan terakhir terhadap Jambatan Dunn yang menyeberangi Sungai Rajang yang dicadangkan itu. *5. Than Shahidan Kassim minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah ..Kement.erian.J agi memb_endung masalah politik wang supaya tidak berlaku dalam Pilihanraya akan datang. *6. Datuk Michael Asang minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:- (a) sama ada Kementerian melalui SPR telah mengenalpasti pengundi yang menggunakan dokumen pengenalan diri yang palsu semasa Pilihanraya Umum Negeri Sabah yang lepas seperti yang dianggap oleh umum bahawa adanya pengundi-pengundi palsu yang telah membuang undi di Pilihanraya Umum tersebut; dan

Upload: others

Post on 07-Aug-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ATURAN URUSAN MESYUARATkepada sekolah-sekolah Agama Rakyat. Jika ya, apakah jenis bantuan dan jika boleh dinilai dengan wang berapa banyakkah tiap-tiap tahun sejak tahun 1990. *2

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

HARI ISNIN, 31 OKTOBER 1994 PUKUL 2.30 PETANG

Bil. 40

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAG! JAWAB MULUT

*1. Dato' Haji Qamaruz Zaman bin Haji Ismail minta MenteriPendidikan menyatakan apakah Kerajaan Malaysia memberi bantuankepada sekolah-sekolah Agama Rakyat. Jika ya, apakah jenis bantuandan jika boleh dinilai dengan wang berapa banyakkah tiap-tiap tahunsejak tahun 1990.

*2. Puan Rohani Abdul Karim minta Menteri Kewanganmenerangkan tentang tabung perkapalan yang akan meluaskan skopnyasupaya memberikan sepenuh manaf aat kepada pengusaha-pengusaha yangberminat untuk melibatkan untuk melibatkan diri dalam industriperkapalan.

*3. Tuan Liew Ah Kim minta Perdana Menteri menyatakan samaada pelan induk bagi menjaga kebersihan Kuala Lumpur meliputi sisapembuangan, longkang-longkang yang tersumbat, tong-tong sampah dikawasan perumahan, jalan-jalan yang berlopak, taman-taman rekreasi,kesesakan lalu lintas dan kawasan penjaga-penjaga sudah dikemukakanoleh DBKL. Sila nyatakan juga jumlah peruntukan bagi menjagakebersihan Kuala • Lumpur dalam tempoh enam bulan yang berakhir padaSeptember 1994.

*4. Tuan Robert Lau Hoi Chew minta Menteri Ker ja Rayamenyatakan kemajuan terakhir terhadap Jambatan Dunn yangmenyeberangi Sungai Rajang yang dicadangkan itu.

*5. Than Shahidan Kassim minta Perdana Menteri menyatakanapakah langkah ..Kement.erian.J agi memb_endung masalah politik wangsupaya tidak berlaku dalam Pilihanraya akan datang.

*6. Datuk Michael Asang minta Menteri Dalam Negerimenyatakan:-

(a) sama ada Kementerian melalui SPR telahmengenalpasti pengundi yang menggunakandokumen pengenalan diri yang palsu semasaPilihanraya Umum Negeri Sabah yang lepas sepertiyang dianggap oleh umum bahawa adanyapengundi-pengundi palsu yang telah membuang undidi Pilihanraya Umum tersebut; dan

Page 2: ATURAN URUSAN MESYUARATkepada sekolah-sekolah Agama Rakyat. Jika ya, apakah jenis bantuan dan jika boleh dinilai dengan wang berapa banyakkah tiap-tiap tahun sejak tahun 1990. *2

2

*7.

(b) jika ya, apakah tindakan yang telah dan sedangdiambil oleh Kementerian bagi mengatasi masalahini yang jelas boleh menggugat keselamatan dalamnegeri dan merosakkan sistem DemokrasiBerperlembagaan yang sedang diamalkan sekarang.

Tuan Ahmad Shukri bin Haji Hassan minta Menteri Belia danSukan menyatakan mengenai rasuah Bolasepak di Malaysia:

(a) mengapakah Kerajaan lambat bertindak terhadapgejala rasuah di dalam pertandingan Piala Malaysiadan Liga Perdana; dan

(b) mengapakah pemain, jurulatih dan pengadil sahajadiambil tindakan kerana melanggar disiplin danlain-lain kesalahan, tetapi pegawai-pegawaiPersatuan Bolasepak tidak pernah diambil tindakan.

*8. Tuan Tan Kok Wai minta Menteri Kesihatan menyatakanjustif ikasi penswastaan semua pusat haemodilisis seluruh negara. Apakahjaminan yang Kerajaan boleh berikan kepada golongan pesakit buahpinggang miskin yang tidak mampu membayar caj rawatan yang mahal.Berapa ramai pesakit buah pinggang yang sekarang mendapatkan rawatanhaemodilisis di hospital Kerajaan. Apakah bidang-bidang lain yang akandiswastakan termasuk kema jean program penswastaan bagi semuahospital besar seluruh negara.

*9. Than Ha'i Bunyamin Yaakob minta Menteri Tanah danPembangunan Koperasi menyatakan:-

(a) adakah benar dakwaan bahawa Feldamengutamakan keuntungan semata-mata; dan

(b) jika benar kenapa kebajikan diabaikan, nyatakansebab-sebabnya.

X10. Dato' Dr. ] amaludin bin Dato' Mohd . Jarjis minta MenteriDalam Negeri menyatakan dengan bertambahnya permintaan buruh disektor perladangan apakah polisi Kerajaan terhadap penggunaan buruhasing.

*11. Tuan Hali Hamzah bin Mohd . Zain minta Menteri Peneranganmenyatakan:-

(a) peningkatan kualiti dalam Perkhidmatan Penyiarandi seluruh negara; dan

(b) sebab-sebab kelewatan pembinaan pemancar dikawasan Lenggong, Perak dan usaha-usahamengatasinya serta jangkamasa siap projektersebut.

Page 3: ATURAN URUSAN MESYUARATkepada sekolah-sekolah Agama Rakyat. Jika ya, apakah jenis bantuan dan jika boleh dinilai dengan wang berapa banyakkah tiap-tiap tahun sejak tahun 1990. *2

3

X12. Tuan Wahab bin Suhaili minta Menteri Sains, Teknologi danAlam Sekitar menyatakan:-

(a) berapakahpersisiandidapati

jumlah kilang pagan atau sawmill disungai-sungai di Sarawak yang telahbersalah dalam konteks pencemaran

sungai-sungai semenjak tahun 1990; dan

(b) apakah tindakan yang akan diambil terhadappemilik kilang-kilang tersebut yang di-dapatibersalah.

*13 . Dr. Kua Kia Soong minta Menteri Kewangan menyatakan:-

(a) syarikat-syarikat manakah yang telah diberikan pro jekpenswastaan manakala memohon pinjaman berbungarendah daripada Kera jaan;

(b) • manakah di antara ini telah berjaya memperolehipinjaman berbunga rendah untuk projek penswastaanmasing-masing; dan

(c) apakah saiz pinjaman berbunga rendah masing-masing mi.

X14. Tuan Philip Yong Chiew Lip minta Menteri Pendidikanmenyatakan bahawa:-

(a) apakah Kerajaan merancang untuk menolong rakyatdi negeri Sabah seperti menubuhkan lebih institusidalam bidang "Skill Labour Development"misalnya sekolah-sekolah Vokesyenal;

(b) bilakah penubuhan sebuah Universiti di negeriSabah dapat dijalankan dan jangka masa berayalama is dapat diselesaikan.

X15. Tuan Harrison Ngau Laing minta Menteri Pengangkutanmenyatakan:-

(a) sama ada Kementerian Pengangkutan bercadanguntuk memperbesarkan lagi lapangan terbang Miriserta m.enambah.^dan memperbaiki bangunan-bangunan di lapangan terbang tersebut;

(b) apakah tindakan yang telah, sedang dan akandiambil untuk meningkatkan mutu dansistem/servis dikaunter khususnya kaunter RuralAir services dan penumpang "waiting list"dikaunter lapangan terbang di Miri dan Marudi;dan

Page 4: ATURAN URUSAN MESYUARATkepada sekolah-sekolah Agama Rakyat. Jika ya, apakah jenis bantuan dan jika boleh dinilai dengan wang berapa banyakkah tiap-tiap tahun sejak tahun 1990. *2

(c) adakah Yang Berhormat Menteri sedar tiadapemeriksaan keselamatan dibuat atas penumpang-penumpang yang menaiki penerbangan di lapanganterbang seperti Marudi dan semua lapanganterbang kecil di kawasan pendalaman di negeriSarawak. Apakah tindakan yang akan diambilterhadap perkara mi.

X16. Datuk Nurnikman Abdullah minta Menteri Peneranganmenyatakan adakah rancangan Kerajaan untuk mengujudkan satu stesyenTV di Sabah sebagai menunaikan permintaan rakyat Sabah. Adakah jugaRTM bercadang untuk mengatakan perkhidmatan 24 jam.

*17 . Datin Paduka Hajah Rakibah bte Haji Abdul Manap mintaMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakanadakah beliau sedar bahawa Bahagian Penguatkuasa di bawahKementerian beliau patutlah di perbesarkan memandangkan peranan danfungsi Bahagian ini sangat penting dan memerlukan tenaga kerja yangramai untuk mengawasi harga barangan dan urusan perniagaan danperdagangan. Setakat ini apakah imbuhan dan hadiah penghargaan yangdiberi kepada kakitangan penguatkuasa yang dapat bertindak denganjayanya ke atas peniaga -peniaga yang bersalah.

X18. Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad minta Perdana Menterimenyatakan:-

(b) adakah pihak Kementerian mendapati undang-undang mengenai perang anti-dadah di negara iniberkesan . Adakah Pula Kementerian berpuas Katidengan usaha-usaha penguatkuasaan undang-undangtersebut; dan

(c) adakah dikesan sama ada sindiket pengedar dadahdi Malaysia mempunyai kaftan dengan SindiketAntarabangsa, khususnya dengan Sindiket AmerikaSelatan.

X19. Tuan Won Sing Nang minta Menteri Perumahan dan KerajaanTempatan menyatakan:-

(a) setakat ini berapa jumlah rumah telah siap dibinadi bawah skim perumahan harga-rendah dalamRancangan ..Malaysia . Ke-enam; dan

(b) apakah langkah yang telah atau akan diambil olehpihak berkenaan supaya lebih rumah harga-rendahdapat disediakan kepada penduduk -penduduk dikawasan Sarawak dan berapa jumlah unit yangdapat dijangka dalam masa dua tahun yang akandatang.

Page 5: ATURAN URUSAN MESYUARATkepada sekolah-sekolah Agama Rakyat. Jika ya, apakah jenis bantuan dan jika boleh dinilai dengan wang berapa banyakkah tiap-tiap tahun sejak tahun 1990. *2

5

X20. Tuan Lau Dak Kee minta Perdana Menteri menyatakan apakahpandangan dan tindakan akan diambil terhadap memorandum CUEPACSyang mencadang untuk memansuhkan Sistem Saraan Baru ( SSB) apabilamereka mencapai satu persetujuan sebulat suara dalam mesyuaratkhasnya baru -barn ini, apakah kajian JPA setakat mi. Apakah garispanduan yang digunakan untuk mengkaji memorandum tersebut, bilakahkajian JPA dapat diselesaikan.

X21. Tuan Haji Wan Omar bin Wan Majid minta Perdana Menterimenyatakan:-

(a) benarkah projek Kuala Lumpur City Center adalahprojek bangunan tinggi dan termahal di dunia.Apakah benar Petronas turut membiayai projektersebut. Benarkah syarikat Prime Granite Bhd.mendapat kontrak dalam membekalkan bategranite bagi pembinaan projek tersebut. Apakahbenar anak Perdana Menteri ada kepentingandalam syarikat tersebut. Berapakah nilai kontrakyang diperolehi. Apakah kedudukan beliau didalam syarikat tersebut; dan

(b) apakah benar kontrak membekalkan lift dan lain-lain peralatan bagi bangunan tersebut jugadiperolehi oleh syarikat yang anggota keluargaPerdana Menteri ada kepentingan di dalamnya.Berapakah nilai kontraknya dan apakahkedudukanya di dalam syarikat tersebut.

X22. Datuk Maidom P. Pansai minta Menteri Kewangan menyatakanbahawa berikutan dengan penubuhan Kerajaan Barisan Nasional di Sabahbare-bare ini, Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan kelulusanpemberian Peruntukan sejumlah RM 500 juta untuk projek-projekpembangunan di negeri berkenaan:

(a) sudahkah Peruntukan itu dibelanjakan. Kalaubelum, kenapa; dan

(b) jika sudah tolong nyatakan jenis-jenis projek yangtelah dilaksanakan daripada peruntukan tersebut.

X23. Tuan Haji Nik Abdullah Arshad minta Perdana Menterimenyatakan:-

(a) sebelum kunjungan rasmi ke Paris, YAB PerdanaMenteri diberitakan bercuti ke Eropah termasuk kePerancis. Sila sebutkan tempat percutian itu;

(b) oleh kerana jarak dua kunjungan itu kurang darisebulan, apakah pentingnya YAB Perdana Menteriberada di sebuah negara itu lebih dari sekalidalam masa kurang sebulan. Apakah istimewanyaPerancis ketika itu dan apa Pula istimewanyanegara itu kepada Malaysia; dan

(c) sila terangkan hasil dari kunjungan itu.

Page 6: ATURAN URUSAN MESYUARATkepada sekolah-sekolah Agama Rakyat. Jika ya, apakah jenis bantuan dan jika boleh dinilai dengan wang berapa banyakkah tiap-tiap tahun sejak tahun 1990. *2

6

X24. Tuan Wee Choo Keong minta Menteri Sains, Teknologi danAlam Sekitar menyatakan apakah tindakan atau langkah berjaga-jagayang telah diambil oleh Kementerian untuk mencegah jerebu. Silaberikan butir-butir.

X25. Tuan Ahmad Omar minta Perdana Menteri menyatakan:-

(a) skim-skim yang telah berjaya dilaksanakan bagimenghapuskan golongan termiskin di dalam negara;

(b) penduduk termiskin di tiap-tiap negeri di Malaysiamengikut jumlah dan peratus;

(c) di antara negeri-negeri tersebut, apakah negeriyang paling banyak dan paling sedikit memerlukanbantuan untuk menghapuskan golongan penduduktermiskin.

(d) negeri manakah yang kadar peratusan penduduktermiskinnya dapat dikurangkan paling cepat.

X26. Tuan Lim Guan Eng minta Menteri Kewangan menyatakan samaada beliau sedar bahawa Telekom Malaysia Bhd telah melanggari arahanKerajaan Malaysia mengharamkan pemberian kontrak awam kepadaSyarikat British dengan meminta Uni-Telco (M) Sdn. Bhd membekalkanTerminal Boxes (DP) sebanyak RM 64.7 juta pada bulan Mei 1994, yaknisebelum pengharaman kontrak ini ditarik balik:

(a) adakah siasatan telah dibuat ke atas surat sayamengenai perkara ini kepada YAB bertarikh15.8.94 di mana Uni-Telco (M) Sdn. Bhd adakahwakil tempatan syarikat British A.C. Egerton Ltddan apakah tindakan akan diambil ke atas TelekomMalaysia Bhd;

(b) adakah tender semula akan dijalankan dan kalautidak mengapa; dan

(c) apakah sebabnya Uni-Telco (M) Sdn. Bhd dan A.C.Egerton Ltd diberikan kontrak mi.

X27. Puan Lim Lay Hoon minta Menteri Pertanian menyatakan:-

(a) sejauhmanakah penyelesaian rundingan PusinganUruguay dapat memanaf aatkan sektor pertaniannegara;

(b) memandangkan hasil pertanian negara akanmenghadapi saingan yang semakin hebat dengannegara-negara jiran, apakah tindakan Kerajaanuntuk menghadapi cabaran mi.

Page 7: ATURAN URUSAN MESYUARATkepada sekolah-sekolah Agama Rakyat. Jika ya, apakah jenis bantuan dan jika boleh dinilai dengan wang berapa banyakkah tiap-tiap tahun sejak tahun 1990. *2

7

X28. Tuan Ibrahim bin Mustafa minta Menteri Perdagangan Antara-bangsa dan Industri menyatakan:-

(a) bilangan Perodua Kancil yang ditempah;

(b) sama ada Perodua Kancil mendapat tempahan dariluar negara;

(c) peratusan kompenen tempatan yang digunakan; dan

(d) apakah paras harganya dapat dipertahan padstahap yang ada kini.

X29. Than Haii Nasruddin bin Hall Alang Saidin minta PerdanaMenteri menyatakan:-

(a) apakah langkah-langkah dan usaha-usaha yang telahdibuat oleh Yayasan Pembasmi Kemiskinan Negarabagi membasmi kemiskinan di kalangan rakyatlebih-lebih lagi rakyat di luar bandar;

(b) adakah Yayasan Pembasmi Kemiskinan terdapat disemua negeri-negeri; jika tidak, berapa negerikahyang mempunyai Yayasan seperti ini; dan

(c) setakat ini berapa ramaikah rakyat di negara iniyang telah ditakrif kan sebagai rakyat termiskin.

X30. Tuan Ishak bin Arshad minta Menteri Pendidikan menyatakantentang kedudukan "BOHSIA" di kalangan pelajar-pelajar sekolah:

(a) sejuah manakah kedudukannya berkait rapat denganbudaya lepak yang diperkatakan baru-baru ini;

(b) sejauh manakah seriusnya masalah ini sehinggakanbeberapa buah Kementerian telah dimintabergabung menghadapinya. Apakah sambutandikalangan Kemeterian yang terlibat; dan

(c) adakah Kementerian berpendapat masalah ini akandapat diatasi sama seperti masalah "BudayaLepak". J ika ia, apakah cadangan-cadangan yangtelah dikemukakan oleh Kementerian sehinggasetakat mi.

X31. Tuan Richard Riot anak Jaem minta Menteri Kebudayaan,Kesenian dan Pelancongan menyatakan:-

(a) jumlah pelancong dari negara Indonesia yang telahmelawat Malaysia melalui Kompleks ImigresenTebedu sejak di dibuka pada 25.2.1991 hinggasekarang; dan

(b) jumlah rakyat Malaysia yang melancong ke negaraIndonesia melalui kompleks tersebut bagi tempohyang sama.

Page 8: ATURAN URUSAN MESYUARATkepada sekolah-sekolah Agama Rakyat. Jika ya, apakah jenis bantuan dan jika boleh dinilai dengan wang berapa banyakkah tiap-tiap tahun sejak tahun 1990. *2

8

X32. Puan Hajah Ilani binti Dato' Hali Isahak minta Menteri DalamNegeri menyatakan:-

(a) mengapa pemimpin-pemimpin Arqam ditahandibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)sedangkan track-rekod mereka tidak mempamirsedikit pun unsur-unsur yang menjejaskankeselamatan negara;

(b) jika mereka bersalah disisi undang-undang sepertiAkta Pertubuhan mengapa tidak bawa mereka keMahkamah; dan

(c) tidakkah jika agidah mereka dipertikaikan pihakberkuasa negeri berkenaan harus memutus di atassetiap individu itu kerana Kerajaan Pusat tidakberkuasa dalam hal mi.

X33. Tuan Joseph Vun Shin Choi minta Menteri Kewanganmenyatakan:-

(a) jumlah pusat-pusat perjudian seperti JackpotMesin, Empat Nombor Ekor semakin di kawasanbandar berleluasa di negara khasnya di Sabah;

(b) adakah Kementerian mempunyai tindakan segerauntuk mengurangkan undaan setiap hari perjudianini; dan

(c) adakah Kementerian bercadang untukmenghapuskan Pusat-pusat Perjudian ini danadakah kesan-kesan kepada masyarakat Malaysiasekiranya pusat-pusat perjudian ini tidakdihapuskan.

X34. Tuan Wong Wing On minta Menteri Undang-undang menyatakanpendirian Kerajaan terhadap cadangan memansuhkan sistem jun.

X35. Than Karpal Singh minta Perdana Menteri menyatakan mengapaMenteri Pengangkutan tidak diarahkan untuk meletakkan jawatan walaupunberulangkali terjadi kebakaran di lapangan Terbang Antarabangsa Subang.

If h.

Page 9: ATURAN URUSAN MESYUARATkepada sekolah-sekolah Agama Rakyat. Jika ya, apakah jenis bantuan dan jika boleh dinilai dengan wang berapa banyakkah tiap-tiap tahun sejak tahun 1990. *2

9

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (DR.37/94) Rang Undang-undang Perbekalan 1995, - Menyambungsemula Perbahasan atas Masalah, "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang." (HariJumaat, 28 Oktober, 1994)

DAN

Usul dibuat oleh Menteri Kewangan dan Masalah dicadangkan:-

Bahawa Usul yang berikut ini diedarkan kepada J awatankuasasebuah-buah Majlis:

"Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta KumpulanWang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu sate jumlah wangsebanyak tidak lebih daripada Ringgit Malaysia Empat Belas Bilion,Empat Ratus Dua Juta, Sembilan Ratus Enam Puluh Enam Ribu danTujuh Ratus (RM 14,402,966,700) dibelanjakan daripada KumpulanWang Pembangunan bagi tahun 1995, dan bagi tujuan-tujuan danbutiran-butiran perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawahMaksud Pembangunan atau 'P' dalam senarai Belanjawan Persekutuan,1995 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 17 Tahun 1994,adalah diuntukkan di bawah maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruanganlapan dan sembilan senarai tersebut."

Menyambung semula Perbahasan atas Masalah (Hari Jumaat, 28Oktober, 1994).

2. (DR. 38/94) Rang Undang-undang Lembaga Hasil Bacaan KaliDalam Negeri Malaysia 1994 Yang Kedua

3. Dr. Tan Sen Giaw akan mencadangkan:

Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan supaya mengadakan pilihanrayaumum yang benar-benar bebas, adil dan saksama termasuk SuruhanjayaPilihanraya yang benar-benar bebas, pembatalan pengharaman rapat-rapat umum dan pendaftaran pemilih sepanjang tahun.

4. Tuan Fong Kui Lun akan mencadangkan:

Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan mengadakan semula pilihanrayaKerajaan tempatan seluruh negara bagi memulihkan proses demokrasidiamal sepenuhnya selaras dengan dasar liberalisasi Kerajaan yanglebih luas.

5. Tuan Fong Kui Lun akan mencadangkan:

Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan mengadakan undang-undangmenghadkan kuasa Menteri Besar dan Ketua Menteri dari memegangpelbagai jawatan dipelbagai agensi supaya tugas itu diserahkan kepadacalun lain seperti jawatan pengerusi perbadanan negeri, yang dipertuama jlis daerah/perbandaran dan sebagainya bagi mengelakpenyelewengan dan salahguna kuasa.

If h.

Page 10: ATURAN URUSAN MESYUARATkepada sekolah-sekolah Agama Rakyat. Jika ya, apakah jenis bantuan dan jika boleh dinilai dengan wang berapa banyakkah tiap-tiap tahun sejak tahun 1990. *2

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWARE DALAM MESYUARAT

Tahun 1994 Risalat /Dakumen Tarikh Pembentangan

CMD. 15 Laporan Ekonomi 1994/1995 28 Oktober 1994

CMD. 17 Belanjawan Persekutuan 1995 28 Oktober 1994

CMD. 18 Anggaran Belanjawan ProgramDan Prestasi 1995 28 Oktober 1994

ST. 141 Laporan Akaun Awam PersekutuanMalaysia 1993 (Lengkap) 28 Oktober 1994

ST. 141 Laporan Akaun Awam PersekutuanMalaysia 1993 (Ringkasan) 28 Oktober 1994