assngment semester 3

46
Oct 8 ESEI-CIRI-CIRI GURU CEMERLANG Ciri-ciri seorang guru yang cemerlang Menurut kajian Office for Standard in Education (OFSTED), badan penaziran sekolah di United Kongdom, yang sama peranannya seperti Jemaah Nazir Sekolah di negara kita, terdapat tujuh elemen yang perlu ada bagi seseorang guru cemerlang iaitu; 1 Mengetahui dan menguasai mata pelajaran yang diajar secara mendalam 2 Mempunyai harapan yang tinggi terhadap kemampuan dan kebolehan pelajarnya 3 Merancang pengajaran secara sistematik dan memenuhi keperluan pelajar 4 Mengurus pelajar dan mengawal bilik darjah dengan baik 5 Menggunakan masa dan sumber secara berkesan 6 Melaksanakan penilaian berterusan terhadap tugasan dan latihan pelajar 7 Memberikan kerja rumah sebagai pengukuhan kepada perkara yang dipelajari pelajar di sekolah Guru Berkesan

Upload: abu-bakar-saad

Post on 12-Apr-2016

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

assgment sem 3

TRANSCRIPT

Page 1: Assngment Semester 3

Oct8

ESEI-CIRI-CIRI GURU CEMERLANG

Ciri-ciri seorang guru yang cemerlang

Menurut kajian Office for Standard in Education (OFSTED), badan penaziran sekolah di

United Kongdom, yang sama peranannya seperti Jemaah Nazir Sekolah di negara kita,

terdapat tujuh elemen yang perlu ada bagi seseorang guru cemerlang iaitu;

1 Mengetahui dan menguasai mata pelajaran yang diajar secara mendalam

2 Mempunyai harapan yang tinggi terhadap kemampuan dan kebolehan pelajarnya

3 Merancang pengajaran secara sistematik dan memenuhi keperluan pelajar

4 Mengurus pelajar dan mengawal bilik darjah dengan baik

5 Menggunakan masa dan sumber secara berkesan

6 Melaksanakan penilaian berterusan terhadap tugasan dan latihan pelajar

7 Memberikan kerja rumah sebagai pengukuhan kepada perkara yang dipelajari

pelajar di sekolah

Guru Berkesan

Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan

itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah

menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:

· Bersikap profesional.

· Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.

· Kaya ilmu.

· Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.

· Bermoral teguh.

· Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.

· Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.

Page 2: Assngment Semester 3

· Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.

· Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.

· Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai

pendidik unggul pada setiap masa.

· Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.

· Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai

kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.

· Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.

· Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri

(bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan

situasi tertentu).

· Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat

profesionnya.

· Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah

bahagi.

· Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

CIRI-CIRI GURU YANG CEMERLANG

• Dalam aspek perancangan guru yang cemerlang didapati boleh mengesan masalah

pembelajaran pelajar sepanjang masa, merancang pelbagai alat dan bahan bantu mengajar

serta pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk pelajar

pelbagai kebolehan

• Dari sudut pengurusan masa pula, guru yang cemerlang berjaya mengurus laporan

prestasi pelajar dengan kemaskini dan segala strategi pengajaran didokumentasikan .

• Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan kepakaran sedia

ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P.

• Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan kepakaran sedia

ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P.

Page 3: Assngment Semester 3

• Mereka merupakan guru yang reflektif dan sentiasa meneroka secara mendalam dan

berulang kali terhadap amalan dan tindakan untuk meningkatkan keberkesanan hasil

pengajaran di dalam bilik darjah.

• Guru yang cemerlang juga kerap memberi kata-kata semangat dan perangsang yang

adakalanya dilekatkan di dinding kelas .

Di antara ciri-ciri yang harus dikekalkan oleh seorang guru yang cemerlang adalah seperti

berikut:

• Mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu bidang pengkhususannya.

• Komitmen yang menyeluruh.

• Penambahbaikan ilmu serta kemahiran secara berterusan.

• Sebagai satu role model atau idola kepada pelajar.

• Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah dan memberi pandangan yang

bernas.

• Secara amnya guru yang berkualiti harus berilmu, berdedikasi serta menjadi sumber

inspirasi kepada pelajar. Guru yang beginilah yang amat diharap-harapkan oleh semua

golongan masyarakat untuk memenuhi aspirasi Negara.

1.KECEMERLANGAN PERIBADI

*Mempunyai keyakinan diri

*Berakhlak dan bermoral

*Bersikap adil dan bertimbang rasa

*Beramanah dan bertanggungjawab

*Kreatif dan inovatif

*Sentiasa mengurus diri dengan kemas

*Sedia berkongsi dan berkerjasama

*Bersikap terbuka

*Bersikap positif

Page 4: Assngment Semester 3

2.KECEMERLANGAN PENGETAHUAN & KEMAHIRAN

*Mengamalkan budaya ilmu

*Kebolehan untuk menyelesaikan masalah dan embuat keputusan yang rasional dan objektif

*Menyertai dan memanfaatkan kursus dalam perkhidmatan untuk meningkatkan kualiti kerja

*Kebolehan menyediakan kertas kerja, laporan prestasi murid, minit mesyuarat, dokumentasi

dll.

*Pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran

* berupaya mengendalikan aktiviti kokurikulum

*Mengenalpasti keperluan dan masalah individu murid/pelajar serta menyediakan program

tindakan susulan

*Pengurusan masa, bahan, sumber, alatan p&p

*Peka dan prihatin terhadap keperluan kebajikan murid/pelajar

3. KECEMERLANGAN KERJA

*Pengurusan keceriaan bilik darjah.

*Berjaya membimbing murid mematuhi peraturan dan tahap pembelajaran.

*Menguasai dan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.

*Melaksanakan rutin dengan berkesan bagi memudahkan pembelajaran.

*Menyemak kerja murid/pelajar dengan teliti, tepat dan memberi komen yang positif untuk

menggalakkan pembelajaran yang seterusnya .

*Memberi kerja bertulis dan latihan mengikut kekerapan yang sesuai .

*Memberi bimbingan pelajaran kepada murid di luar waktu pengajaran.

*Menggunakan hasil pengujian dan penilaian untuk membaiki pengajaran.

*Sentiasa merangsang murid berfikir.

*Merancang pelajaran yang baik.

*Hasil pembelajaran murid menunjukkan peningkatan.

*Aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan mata pelajaran dirancang dan dilaksanakan

dengan penuh komitmen.

*Berupaya meningkatkan penglibatan, minat dan prestasi murid .

ESEICiri-ciri seorang guru yang cemerlang

Page 5: Assngment Semester 3

1.0 Pendahuluan

Di Malaysia, guru atau pendidik merupakan penjawat awam yang terpenting dalam

bidang pendidikan. Perkhidmatan seseorang guru amat penting bagi merealisasikan aspirasi

negara. Guru memiliki ciri-ciri istimewa sama ada terbina secara semulajadi atau dilatih.

Cabaran abad ke dua puluh satu ini memerlukan guru-guru atau para pendidik

memperlengkapkan diri dengan cabaran baru yang sedang dihadapi oleh pelajar yang

amat rencam dan kompleks.

Para guru perlu lebih memiliki ketrampilan diri sebagai pendidik sempurna dengan

memiliki pelbagai ilmu tradisional dan moden, kefahaman dasar dan aspirasi negara dengan

jelas dan mantap, bersahsiah tinggi, beretika cemerlang, pelbagai kemahiran pengajaran

dan pembelajaran dan kaedah pengurusan terkini.Guru hari ini perlu bergerak pantas

sepantas perkembangan dan kehendak dunia masa kini terutama di bidang pendidikan

selaras perkembangan zaman sains dan teknologi, zaman komputer, zaman ledakan ilmu

teknologi maklumat, zaman langit terbuka dan sebagainya.Namun begitu aspek asas yang

terpenting ialah guruguru perlu memiliki, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai,

norma dan etika perkhidmatan yang cemerlang. Guru yang mengamalkan etika

perkhidmatan cemerlang sudah pasti menjamin organisasi sekolah dan negara mencapai

hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. 2.0 Falsafah Pendidikan

Kebangsaan Matlamat pendidikan di Malaysia amat jelas melalui Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang menyatakan: …suatu usaha berterusan ke arah lebih

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan

insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia

yang berilmu

pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab

dan berkeupayaan mencapi kesejahteraan diri serta memberikan

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan negara.

Manakala misi Kementerian Pelajaran Malaysia pula berhasrat Membangunkan sistem

pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu

sepenuhnya dan mematuhi aspirasi Negara Malaysia. Sesungguhnya Falsafah Pendidikan

Page 6: Assngment Semester 3

Kebangsaan yang diwujudkan di Malaysia merupakan sesuatu yang perlu dan penting

untuk mencerminkan dan memperjuangkan cita-cita dan keunggulan Negara (Md Fiah,

2004). Falsafah tersebut menjadi teras dan dasar kepada semua penggubalan program dan

aktiviti yang dipikul di bahu para guru di sekolah untuk menjamin jenis insan yang akan

dilahirkan melalui sistem pendidikan negara. 3.0 Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam

Menurut Kamus Dewan Edisi Tiga; Nilai bermaksud darjat, kualiti, mutu, taraf atau sifat

ketinggian dalam pemikiran, agama, kemasyarakatan dan lain-lain. Norma bermaksud

ukuran untuk menentukan sesuatu atau peraturan atau ketentuan yang telah menjadi

kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat. Adab bermaksud

tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan),

berbudi bahasa , budi pekerti yang halus dan kesopanan. Etika bermaksud prinsip moral

atau akhlak atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu

kumpulan,

persatuan atau pekerjaan dan lain-lain . Nilai dan Etika Kerja Perkhidmatan Awam di

Malaysia ialah dasar kerajaan yang memberi panduan tingkah laku kepada penjawat awam

berlandaskan nilai-nilai akhlak yang mulia untuk mencapai matlamat sebuah negara yang

bertamadun, bermaruah dan berakhlak. Kefahaman dan penghayatan nilai dan etika ini akan

mengubah pemikiran, tindakan dan tingkah laku anggota perkhidmatan awam agar

bertanggung jawab dan amanah, membuat sumbangan kepada pembangunan tamadun dan

merealisasikan standard mutlak bagi mendorong anggota perkhidmatan awam berkhidmat

dengan ikhlas dan berkesan.

4.0 Tonggak Dua Belas

4.1 Latar belakang Tonggak Dua Belas

Tonggak Dua Belas lahir sebagai inovasi pelancaran Nilai dan Etika Dalam

Perkhidmatan Awam pada 16 Ogos 1991 dirasmikan oleh Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Sarji Bin

Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Negara di Seminar Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam di

Hotel Pan Pasific, Kuala Lumpur. Tonggak Dua Belas merangkumi dua belas nilai murni teras

dalam Etika Perkhidmatan Awam. 4.2Nilai Murni dalam Tonggak Dua Belas

4.2.1 Menghargai Masa (The Value of Time)

Page 7: Assngment Semester 3

4.2.2Ketekunan Membawa Kejayaan (The Success o Perseverance)

4.2.3Keseronokan Bekerja (The Pleasure of Working)

4.2.4Kemuliaan Kesederhanaan (The Dignity of Simplicity)

4.2.5Ketinggian Peribadi (The Worth of Character)

4.2.6Kekuatan Sifat Baik Hati (The Power of Kindness)

4.2.7Pengaruh Teladan (The Influence 0f Examples)

4.2.8 Kewajipan Menjalankan Tugas (The Obligation of Duty)

4.2.9Kebijaksanaan Berhemat (The Wisdom of Economy)

4.2.10Keutamaan Kesabaran (The Virtue of Patience)

4.2.11Peningkatan Bakat (The Improvement of Talent)

4.2.12Nikmat Mencipta (The Joy of Originating)

5.0Kepentingan Tonggak Dua Belas Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga; “Tonggak

membawa maksud asas, dasar, panduan dan pokok kepercayaan“

Ini bermakna tonggak merupakan unsur, elemen atau ciri dalaman terpenting untuk

menguat atau mengukuhkan sesuatu bangunan atau binaan. Dalam erti perkhidmatan,

tonggak merupakan kekuatan dalaman yang meliputi nilai dan amalan positif

bagi menggerakkan individu, pasukan atau organisasi untuk mencapai sesuatu hasrat dan

tindakan.

5.1Tonggak Dua Belas yang menjadi teras dalam Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam di

Malaysia oleh semua penjawat awam di Malaysia mampu menggerakkan secara dalaman

dan luaran.tindakan individu, pasukan atau organisasi bagi mengwujudkan perkhidmatan

awam yang cekap, berdedikasi, produktif dan berkualiti. Amalan-amalan murni dalam

Tonggak Dua Belas menjadi pendorong dalaman dan benteng pertahanan yang kuat bagi

membina peribadi mulia dan terpuji dan seterusnya berupaya mempengaruhi pembentukan

dan perkembangan sesebuah organisasi.

5.2Menerusi nilai Menghargai Masa, penjawat awam menyedari kepentingan masa dalam

segala urusan perkhidmatan. Jika cekap mengurus masa maka cekaplah sesuatu

perkhidmatan.Penjawat awam perlu sentiasa menepati masa, berperancangan,

Page 8: Assngment Semester 3

menyegerakan tugas, kreatif, produktif dan berkualiti. Amalan menghargai masa ini juga

dapat membasmi sikap suka membuang masa, kurang perancangan, suka bertangguh, tidak

siap kerja dan memberi hasil yang tidak berkualiti.

5.3Nilai Ketekunan Membawa Kejayaan pula berupaya membina tumpuan atau fokus kerja

yang berganda ke tahap kejayaan dan kesempurnaan dalam perkhidmatan. Penerapan nilai

usaha, gigih, sabar, tabah, berdisiplin, berdedikasi bersemangat waja, cekal dan sebagainya

merupakan ramuan terpenting bagi meletakkan pencapaian organisasi ke tahap yang

terbaik. Amalan Ketekunan Membawa Kejayaan akan melenyapkan budaya bertangguh,

cepat bosan, sentiasa ingin bertukar kerja, pasif, membazir dan berpandangan negatif dalam

kalangan penjawat awam.

5.4Kerja sebagai ibadah. Inilah yang diharapkan menerusi

nilai Keseronokan Bekerja dalam Tonggak Dua Belas. Amalan positif nilai ini akan melahirkan

penjawat awam yang berdedikasi, ikhlas dan bertanggungjawab. Mereka bangga dengan kerja

berpasukan. Mereka menerima kejayaan dan kegagalan secara bersama. Mereka mempunyai

komitmen tinggi, semangat berpasukan, mesra dan mementingkan organisasi daripada

kepentingan peribadi. Budaya seronok di tempat kerja akan mencetuskan idea yang kreatif

dan inovatif dalam kalangan pemimpin organisasi untuk merancang, mengurus dan

melaksanakan iklim yang kondusif di tempat kerja.

5.5Bersederhana dalam semua perkara merupakan

perbuatan terpuji. Begitulah nilai Kemuliaan Kesederhanaan dalam Tonggak Dua Belas.

Kesederhanaaan dalam penampilan diri, pertuturan, pengurusan rumah tangga, pengurusan

tempat kerja, pergaulan dan sebagainya berupaya menerapkan nilai budi pekerti mulia, jujur,

disenangi, merendah diri dan berhemah tinggi dalam kalangan penjawat awam.

Kesederhanaan dalam segala perkara akan mengelakkan penjawat awam bersikap

sombong, membazir, tidak amanah, cuai dan sebagainya.

5.6Negara memerlukan penjawat awam yang beradab dan

berbudi pekerti tinggi. Nilai Ketinggian Peribadi dalam Tonggak Dua Belas menuntut individu

antara lain memiliki keperibadian yang mulia, luhur lagi terpuji dalam menguruskan

perkhidmatan. Keperibadian tinggi terserlah menerusi watak, sikap, perilaku dan gaya.

Page 9: Assngment Semester 3

Penjawat awam yang memiliki Ketinggian Peribadi akan membawa organisasinya kepada

mesra pelanggan, peningkatan motivasi berkerja dan peningkatan mutu kerja.

5.7Sifat baik hati merupakan sifat terpuji dan disukai ramai.

Nilai Kekuatan Sifat Baik Hati dalam Tonggak Dua Belas menjamin penjawat awam bukan

sahaja memiliki peribadi terpuji malah mengawal sifat mementingkan diri sendiri. Sifat ini

mendorong individu menjalankan kewajipan dengan lebih adil, saksama, waras, wajar dan

bertimbang rasa. Menjadikan nilai ini sebagai amalan dalam perkhidmatan awam akan

mengwujudkan budaya saling menghormati, menerima kritikan membina, amanah dan

berjiwa murni.

5.8Setiap dari kita adalah pemimpin. Pemimpin mesti memberi contoh atau teladan yang

terpuji. Teladan yang baik akan mempengaruhi orang yang dipimpin. Begitulah hasrat nilai

Pengaruh Teladan dalam Tonggak Dua Belas. Kejayaan organisasi dipimpin oleh pemimpin

yang mempunyai pengaruh yang hebat. Pemimpin bukan sahaja mencorakkan

organisasinya malah berganding bahu bersama orang yang dipimpin menerusi ilmu,

kemahiran dan pengalaman pemimpin. Aspek ini lebih berkesan jika seseorang pemimpin

dapat memimpin menerusi teladan yang baik. Penjawat awam yang memiliki nilai ini akan

sentiasa menjauhi nilai negatif seperti hasad dengki, adu domba, mencipta alasan, lupa

budaya, pendek akal dan mementingkan emosi.

5.9Menjalankan tugas merupakan amanah dan kewajipan

yang mesti dilakukan sebaik dan sesempurna mungkin oleh penjawat awam. Nilai ini adalah

Kewajipan Menjalankan Tugas dalam Tonggak Dua Belas. Menjiwai nilai ini dalam kalangan

penjawat awam akan membina gaya kerja yang lebih cekap, cepat, berkesanan dan

sempurna. Penjawat awam akan sentiasa menambah ilmu dan kemahiran bagi

mempertingkatkan mutu kerja masing-masing. Amalan menjiwai nilai Kewajipan

Menjalankan Tugas juga berupaya mengelak penjawat awam bekerja sambil lewa, malas,

ingkar perintah, menyalahgunakan harta kerajaan, boros dan menunggu kerja .

5.10 Tabiat berhemat juga merupakan amalan mulia.

Berhemat lawannya boros. Orang yang boros selalu rugi dan susah dalam kehidupan. Inilah

yang disemai melalui nilai Kebijaksanaan Berhemat dalam Tonggak Dua Belas. Nilai ini

Page 10: Assngment Semester 3

membawa mesej berhemat dari segi kewangan, masa, bahan komunikasi, bekalan utiliti dan

sebagainya. Pengamalan nilai ini merupakan tindakan bijaksana bagi semua penjawat awam

dalam memajukan kerjaya dan matlamat organisasi. Oleh itu nilai tersebut meyakinkan

bahawa sifat boros, bermewah, berbelanja tanpa kawalan, bakhil, kurang peka, kurang

maklumat dan sebagainya merupakan amalan negatif yang menghalang kecemerlangan

kerjaya dan organisasi.

5.11 Sabda Rasulullah (s.a.w) bermaksud “ Sabar itu salah satu dari cabang iman “.

Sabar itu sifat terpuji yang tinggi kedudukannya. Menerusi nilai Keutamaan

Kesabaran dalam Tonggak Dua Belas dapat menjamin keupayaan yang tinggi di kalangan

penjawat awam agar sentiasa tabah, bersemangat, cekal, berpandangan jauh, tenang,

lapang dada, dan menerima takdir dalam urusan menjalankan kewajipan. Kehebatan nilai ini

juga mengelak penjawat awam dari cepat berputus asa, mengalah, menyalahkan orang lain,

lemah daya tahan dan berpandangan sempit.

5.12Bakat merupakan anugerah Tuhan yang perlu digilap dan

dipertingkatkan dari masa ke semasa. Bakat mendorong kepada penciptaan, inovasi dan

penyelesaian masalah. Pekerja yang berbakat menjadi aset penting dalam sesebuah

organisasi. Inilah yang dipentingkan oleh Nilai Peningkatan Bakat dalam Tonggak Dua

Belas. Organisasi yang sentiasa berjaya selalu memberi tumpuan kepada pemikiran baru,

cara baru, watak baru dan kerja berbudaya. 5.13Sudah menjadi lumrah bahawa manusia akan berasa

puas jika segala usaha yang dicurahkan mendatangkan kejayaan. Apatah lagi usaha itu

diperolehi melalui hasil cipta atau hasil reka sendiri. Oleh itu nilai Nikmat Mencipta dalam

Tonggak Dua Belas memberi ruang kepada penjawat awam berkarya dan berinovasi

mencabar keintelektualan dalam mencetus idea dan kaedah baru dalam kerjaya. Nikmat

mencipta ini bukan sahaja memberi impak kepada pereka tetapi juga memberi kepuasan

kepada pengguna atau pelanggan. Nilai ini juga akan mengikis sifat cepat berpuas hati, tidak

suka pembaharuan, takut kepada perubahan dan sebagainya.

6.0 Pengamalan Tonggak Dua Belas di Sekolah

Memandangkan tugasan yang di beri kepada penulis untuk memilih lima nilai dalam

Tonggak Dua Belas, maka penulis memilih lima nilai yang dikenalpasti.

Penulis merupakan seorang Pengetua di sekolah menengah luar bandar yang

Page 11: Assngment Semester 3

terletak di kawasan FELDA. Sekolah ini di buka pada 1 Januari 2003. Ketika ini sekolah

mempunyai kelayakan guru seramai 44 orang, 24 bilik kelas dan bilangan murid sekitar 730

orang dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

Penulis memilih lima nilai dalam Tonggak Dua Belas untuk penghuraian bagaimana

nilai ini diamalkan di sekolah ini. Nilai–nilai tersebut ialah:-

a. Menghargai Masa

b. Ketekunan Membawa Kejayaan

c. Keseronokan Bekerja

d. Pengaruh Teladan

e. Kewajipan Menjalankan tugas

6.1 Menghargai Masa

6.1.1 Menepati Masa

Budaya dan amalan menepati masa adalah budaya mulia. Masa itu lebih berharga

dari emas. Guru-guru diterapkan budaya menepati masa melalui pengurusan berikut: -

a. Menepati masa persekolahan sekolah. Waktu persekolahan bermula jam 7.30 pagi

hingga jam 2.00 petang. Guru dan murid dikehendaki datang awal ke sekolah dan mula diurus

dengan mencatat kehadiran mereka.

b. Sekolah dipasang dengan siren. Bunyi siren menandakan waktu pembelajaran

bermula, berakhir atau pertukaran mata pelajaran seperti yang terdapat dalam jadual waktu

persekolahan. Guru mengamalkan budaya menepati masa apabila masuk dan keluar pada

waktu sesi pengajaran dan pembelajaran.

c. Budaya menepati masa juga meliputi aktiviti lain seperti aktiviti kelas tambahan,

aktiviti kokurikulum dan aktiviti bina insan. Kakitangan sekolah juga mengamalkan aktiviti

menepati masa dalam menyiapkan tugasan untuk sekolah, PPD, JPN, KPM dan organisasi

lain. Guru diterapkan budaya “sense of emergency” dan “sense of urgency”. Sebagai langkah

kawalan senarai semak tugasan yang melibatkan keakuran menepati masa disediakan seperti

Buku Surat Masuk, Buku Surat Kkeluar, Papan Kenyataan Pergerakan Guru dan sebagainya.

d. Sebagai membina watak sekolah, guru–guru dan kakitangan sekolah dinasihati agar

menepati masa semasa menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan sebagainya yang

dianjurkan oleh mana-mana pihak. Nasihat ini bertujuan agar warga sekolah ini

berketrampilan dalam menepati masa dan membina sifat terpuji sebagai penjawat awam

yang baik.

6.1.2 Merancang Pengurusan Masa

Page 12: Assngment Semester 3

Sesi persekolahan setahun mengambil masa tidak kurang dari 205 hari. Masa yang

diberi amat singkat untuk menguruskan perancangan kerja tahunan. Masa yang diberi harus

diurus dengan baik agar sasaran kerja

tahunan dan sasaran kerja tambahan dapat dicapai. Langkah berikut diambil agar warga

sekolah berjaya mengamalkan budaya merancang pengurusan masa iaitu :

a. Merancang takwim tahunan sekolah pada awal tahun. Takwim tersebut meliputi takwim

kurikulum, takwim kokurikulum, takwim peperiksaan dalaman dan awam, takwim sukan dan

permainan, takwim kewangan dan audit, takwim bimbingan dan kaunseling, takwim program

PIBG dan NGO dan sebagainya.

b. Unit-unit kecil di sekolah juga dibimbing untuk mengurus masa dengan bijak melalui

pendekatan “yang utama diutamakan dahulu“, memiliki senarai semak, sentiasa peka

kepada “target date“ dan sebagainya. Sebagai contoh guru mata pelajaran perlu melihat

kapasiti huraian sukatan pelajaran, kebolehan murid, jadual peperiksaan dan masa yang

diperuntukkan untuk menjamin hasil yang cemerlang pada hujung tahun.

6.1.3 Menyegerakan tugas Hari ini banyak tugasan perlu disiapkan segera dan mestilah

berkualiti. Sekolah mengambil langkah berikut agar budaya menyegerakan tugas berjaya

diamalkan di sekolah

6.2.1Menjayakan visi, misi , prinsip dan target sekolah.

a. Visi dan misi sekolah dibina bersama. Warga sekolah bergerak bersama komuniti bagi

merealisasikan misi dan visi ini dengan tekun dan gigih.

b. Sekolah membina prinsip dan target agar hasrat visi dan misi tercapai. Antaranya seperti

prinsip semua murid berpotensi lulus dalam peperiksaan, target pencapaian 100%,

peningkatan prestasi peperiksaan setiap tahun, kekuatan kerja berpasukan, kehebatan

karisma dan sebagainya mencetus situasi mencabar dalam kalangan warga sekolah yang

Page 13: Assngment Semester 3

menuntut amalan gigih, tabah, berusaha kuat, dedikasi, sanggup berkorban demi kejayaan

sekolah.

c. Kejelasan dan penghayatan perkara di atas juga menuntut warga sekolah menambah ilmu,

kemahiran dan perubahan sikap. Ketekunan warga sekolah memulakan proses dengan

pengumpulan segala data, menyusun maklumat, membina ilmu dan kebijaksanaan, mengatur

strategi, melaksana program dan melakukan penilaian menjadi proses penting untuk

mencapai visi, misi dan target sekolah.

6.2.2Membudayakan Pemuafakatan, Penglibatan

dan Kesepunyaan.

a. Ketekunan dan kegigihan melakukan sesuatu kerja boleh membina pasukan kerja.

Kehebatan pencapaian sekolah terserlah jika memiliki pasukan kerja yang tekun dan gigih.

Permuafakatan bermakna melakukan kerja secara bersama-sama. Penglibatan bermaksud

semua individu terlibat dan penting. Kesepunyaan bermaksud segala yang berlaku adalah

milik bersama. Semua warga sekolah disemai budaya ini. Warga sekolah begitu tekun dan

bersemangat melaksanakan sebarang aktiviti daripada aktiviti kecil seperti menguruskan

skuad bolasepak, sembahyang Zohor berjemaah di surau sekolah, menubuhkan pasukan

pantun, hari keluarga, sukan tahunan sekolah, mesyuarat agung PIBG hinggalah aktiviti besar

seperti program prestasi untuk PMR dan SPM, Dasar 60:40, PPSMI, pengurusan hal ehwal

murid, program bersama PPD, JPN dan KPM.

6.2.3Mencetuskan semangat “Tiada Kejayaan Tanpa Pengorbanan“

a. Guru-guru baru dibimbing bersama guru lama dalam berkongsi segala pengalaman,

kepakaran dan komitmen kerja. Sebagai contoh guru-guru baru dilantik sebagai pembantu

kepada guru lama dalam setiap program atau projek. Mereka bekerjasama untuk mencapai

target sekolah. Secara tidak langsung budaya kerja ketekunan membawa kejayaan berjaya

diterap kepada guru baru.

Page 14: Assngment Semester 3

b. Budaya “in house training” turut diamalkan di sekolah. Melalui pendekatan ini penyebaran

dan perkongsian ilmu berlaku. Guru perlu kaya dengan maklumat baru dan memiliki pelbagai

kemahiran dalam menangani masalah murid. Guru juga perlu memiliki pelbagai pilihan

proses untuk mencapai matlamat. Melalui usaha ini diharap warga sekolah sentiasa

mempertingkatkan ilmu dan kemahiran serta berpeluang menggunakan berbagai–bagai cara

mengatasi masalah. Sebagai contoh guru tidak boleh patah semangat andai usaha untuk

meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid belum berjaya. Guru

perlu tekun mencuba berbagai– bagai kaedah dan pendekatan untuk memastikan

matlamat tercapai. Ketekunan dan kegigihan inilah yang menghasilkan mutu kerja cemerlang

selaras dengan hasrat pencapaian hari esok adalah lebih baik daripada hari ini dan

pencapaian hari ini adalah lebih baik daripada hari semalam.

6.3 Keseronokan Bekerja

Menurut Ainon Mohd (2003) bagi menolong semangat kerja yang lebih tinggi dan

meningkatkan produktiviti pekerja, pihak pengurusan hendaklah menjadikan kerja lebih

menyeronokkan mereka yang menjalankan kerja-kerja itu. Antara berikut beberapa contoh

aktiviti yang diambil oleh pihak sekolah untuk menerapkan amalan Keseronokan Bekerja.

6.3.1 Mengganggap Kerja Sebagai Ibadah

a. Warga sekolah disemai kesedaran dan kefahaman menganggap kerja sebagai ibadah.

Permulaan kerja mereka dimulakan dengan niat. Niat itu adalah target (Hj Sobirin, 2002).

Nilai diterap melalui perjumpaan guru, mesyuarat, pembengkelan dan majlis–majlis ilmu.

Budaya membaca doa, bacaan Asma Al Husna, bacaan Al Quran, sembahyang hajat,

sembahyang berjemaah, majlis membaca Yassin dan majlis-majlis kesyukuran yang

diadakan di sekolah antara lain bertujuan tidak memisahkan kerja dengan ibadah. Warga

sekolah menyedari bahawa mereka pasti berusaha bersungguh-sungguh dan

mereka redha dengan ketentuan Tuhan.

6.3.2 Mengwujudkan budaya berilmu dan berfikir

a. Warga sekolah digalakkan meneroka ilmu pendidikan terkini melalui pembacaan, seminar,

menghadiri kursus dan “in house training”. Sekolah membeli buku–buku pendidikan, menyebar

luas naskah- naskah pendidikan, menghantar guru berkursus mengikut agihan tugas dan

Page 15: Assngment Semester 3

mengadakan “in house training” pada hari Sabtu.

b.Menggalakkan perkongsian ilmu, kemahiran dan pengalaman dalam aktiviti panitia melalui

perbincangan, mesyuarat dan kajian kes.

c. Menggalakkan guru-guru meyumbang idea dan kepakaran melalui penulisan kertas kerja,

laporan aktiviti, perkongsian pintar dan lain-lain.

6.3.3 Mengwujudkan iklim kondusif

a.Membina kawasan sekolah yang kondusif

seperti selamat, bersih dan ceria.

b.Mengwujudkan komunikasi yang berkesan seperti penyebaran maklumat dengan cepat,

jelas dan mudah difahami. Berlaku perkongsian maklumat dan penyegeraan kepada tindak

balas kepada maklumat.

6.3.4 Menyediakan kemudahan asas dan kebajikan

a.Meningkatkan kemudahan asas sekolah seperi padang permainan, aktiviti sukan dan

permainan, bilik komputer, bilik guru dan kantin sekolah.

b.Kebajikan warga sekolah diberi perhatian

seperti rumah guru dan peningkatan kerjaya guru.

6.3.5 Menjadikan kerja sebagai cabaran

Page 16: Assngment Semester 3

a.Memberi peluang dan kebebasan kepada

guru untuk membuktikan kebolehan seperti guru baru

mengajar di kelas peperiksaan, jurulatih baru olahraga,

setiausaha PIBG dan sebagainya.

b.Meningkatkan taraf profesionalisme guru- guru dengan penggunaan maklumat yang

berinovasi seperti analisis data, borang potensi pencapaian murid, Folio A, Folio B, Target,

Nilai Mula, Program Utama, Program Sokongan, Program Sampingan, Gred Purata,

Pensijilan Terbuka dan sebagainya.

6.3.6 Menjadikan “Sekolah Ku Rumah Ku“

a.Mengadakan Hari Keluarga, Sambutan Hari Raya, Majlis Korban, Majlis Perpisahan dan

sebagainya di sekolah.

b.Mengadakan persatuan guru seperti Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah untuk aktiviti

sosial, agama dan kebajikan.

c.Sekolah bersedia menjadi penganjur program PPD, JPN, NGO dan sebagainya sebagai

usaha promosi sekolah dan membina watak sekolah.

d.Mengwujudkan hubungan yang akrab antara ibu bapa dengan komuniti yang lain.

6.4 Pengaruh Teladan

6.4.1 Menerapkan Kepimpinan Melalui Teladan

a. Pengetua dan Guru Penolong Kanan sebagai pemimpin sekolah menjadi contoh dan

teladan kepada warga sekolah. Pemimpin sekolah sebagai model penjawat awam yang baik

dengan mengamalkan nilai- nilai murni, berpegang teguh kepada agama, berakhlak, beretika

Page 17: Assngment Semester 3

dan mendukung dasar-dasar negara. Sebagai contoh pemimpin sekolah sentiasa menepati

masa, pembersih, mementingkan perpaduan, mengutamakan pelanggan dan mementingkan

keselamatan.

b.Pemimpin sekolah mengamalkan amalan- amalan murni seperti yang tercatat dalam Nilai

dan Etika Perkhidmatan Awam dan Tonggak Dua Belas dan berusaha menerapkannya dalam

kalangan warga sekolah.

c.Pemimpin sekolah sentiasa bersungguh- sungguh mencapai visi dan misi sekolah. Usaha

ini menggambarkan pihak sekolah bercita-cita besar untuk menjadi sekolah cemerlang.

Semua jentera sekolah digerakkan menuju visi dan misi sekolah. Warga sekolah disemai

kecenderungan meningkatkan standard prestasi yang tinggi. Hasrat ini bertujuan melahirkan

warga sekolah berprestasi tinggi, berinspirasi dan berkualiti. Mereka merupakan pemimpin

masa depan.

d.Pemimpin sekolah sentiasa menyokong dan turun padang bersama warga sekolah yang

lain dalam melaksanakan sebarang aktiviti seperti latihan sukan

perkhemahan unit pakaian seragam, projek keceriaan

sekolah dan sebagainya.

6.4.2 Menerapkan Kepimpinan Instruksional

Ishak (2003) menekankan kepimpinan intruksional ialah memberi penekanan

kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Shimniok dan Schmoker (1992) mengatakan kepimpinan instruksional masih dan

tetap penting dalam organisasi sekolah kerana “core busines“ sekolah ialah pengajaran

dan pembelajaran. Sehubungan itu pemimpin sekolah bertindak memberi contoh dan

teladan kepada sekolah melalui kepimpinan intruksional menerusi aktiviti berikut:-

a. Memberi bimbingan aspek pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti penyeliaan.

b. Membantu guru menjalankan kajian terhadap potensi murid melalui siri ujian dan

peperiksaan yang dijalankan.

Page 18: Assngment Semester 3

c. Berkongsi ilmu, kemahiran dan pengalaman antara pemimpin sekolah dengan guru atau

antara guru dengan guru.

d. Sentiasa memupuk budaya membaca, belajar sepanjang hayat dan perkongsian bijak

dalam kalangan warga sekolah serta meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru melalui

kursus, bengkel dan seminar yang dianjurkan oleh Panitia Daerah, PPD, JPN,

KPM dan sebagainya.

e.Sentiasa meniupkan semangat, motivasi dan galakan kepada guru dengan mengadakan

perbincangan mengenai potensi murid, prestasi murid, nilai mula, targert, latihan murid, buku

teks, format peperiksaan dan pentafsiran, “home learning” dan sebagainya.

f. Memupuk iklim sekolah yang kondusif untuk keberkesanan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran

sepertibilik darjah kondusif, alat bantu mengajar, penggunaan komputer, kelengkapan alatan

sains dan kemahiran hidup, pusat sumber sekolah dan sebagainya.

6.5 Kewajipan Menjalankan Tugas.

Mengikut Stenhouse dan Fink (1986), guru yang baik ialah guru yang boleh

membuat pertimbangan profesional tersendiri. Mereka tidak perlu diberitahu apa yang perlu

dilakukan. Mereka tidak menolak nasihat, sokongan atau perundingan kerana mereka tahu

bahawa idea ini menyerap dan menjadi pertimbangan guru itu sendiri. Namun, di dalam bilik

darjah hanya guru yang boleh menentukan dan membentuk pengajaran yang baik.

6.5.1 Menyemai sikap professional dan cekap

Page 19: Assngment Semester 3

a. Memupuk kesedaran memahami dasar melalui visi dan misi sekolah. Sebagai contoh,

hasrat sekolah mencapai target 100% lulus dalam peperiksaan awam bertujuan menjamin

semua pelajar berpotensi lulus peperiksaan, tiada keciciran, tiada defisit pembelajaran dan

sebagainya.

b. Membina budaya kerja proaktif, kreatif dan inovatif. Tindakan yang dibuat bukan

berdasarkan andaian tetapi melalui kajian, pemerhatian, penyelidikan dan sebagainya.

Pembetulan segera perlu dibuat di setiap proses. Sebagai contoh gejala ponteng sekolah

ditangani bermula dari maklumat amaran awal hinggalah kepada sifar ponteng. Proses ini

memerlukan kemahiran prosfesional yang tinggi dan menuntut kecekapan individu-individu

yang terlibat.

c. Menggalakkan cetusan idea dan membina keputuasan bersama dalam kalangan warga

sekolah. Kaedah ini akan memberi kebebasan kepada warga sekolah memilih alternatif

terbaik bagi melaksanakan sesuatu kerja. Kefahaman yang jelas dan memahami prosedur

yang ditetapkan akan menimbulkan minat yang mendalam untuk menjalankan kewajipan.

6.5.2 Mengagihkan tugas mengikut kecenderungan

dan kemahiran

a. Warga sekolah lebih selesa jika tugas yang diberi bersesuaian dengan minat dan kemahiran.

Tugasan diberi mengikut kekananan, opsyen, pengalaman, “track record”, kepakaran dan

sebagainya. Senarai Jawatan Kuasa Sekolah dikeluarkan pada awal tahun meliputi jawatan

kuasa kurikulum, kokurikulum, keceriaan, bina insan dan sebagainya yang dianggotai oleh

guru-guru dari pelbagai aras kecenderungan dan kelayakan.

b.Pengagihan tugas ini juga berupaya membina pasukan kerja yang berwibawa. Mereka

bekerja dengan semangat pemuafakatan, keterlibatan dan kesepunyaan. Sebagai contoh,

Jawatankuasa Panitia Bahasa Melayu bertindak mengatasi masalah 3M dengan

menggembeleng semua ahli panitia bersama program yang telah dipersetujui.

Page 20: Assngment Semester 3

c. Sekolah mempamerkan hasil kerja dan pencapaian semasa individu atau pasukan kerja

sekolah. Langkah ini akan memberi maklumat, berkongsi maklumat dan bertindak mengikut

maklumat. Individu atau pasukan yang belum mencapai prestasi yang diharapkan akan

terus berusaha meningkatkan kewajipan mereka. Maklumat yang dipamerkan itu seperti

prestasi ujian bulanan, senarai murid cemerlang atau potensi cemerlang, rekod pencapaian

atlit olahraga sekolah, taburan murid ponteng mengikut kelas, lokasi dan sebagainya.

7.0Penutup

Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi memastikan mutu

perkhidmatan awam berada pada tahap yang cemerlang. Usaha ini bukan sahaja melibatkan

penyediaan pelbagai prasarana bahkan pengenalan pelbagai nilai dan etika perkhidmatan

yang perlu dipatuhi dan disemai dalam diri penjawat awam. Oleh yang demikian, Tonggak

Dua Belas dilihat sebagai usaha murni bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti

perkhidmatan anggota- anggota perkhidmatan awam. Penjawat awam perlu menjadikan

nilai-nilai yang dibincangkan dalam kertas kerja ini sebagai pegangan asas bagi melahirkan

budaya kerja yang gemilang dan memastikan tahap perkhidmatan awam di negara ini

setanding dengan perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan-kakitangan sektor lain.

Sewajarnya tanggapan masyarakat bahawa mutu perkhidmatan awam di negara ini yang

masih lemah, tidak cekap dan sering lewat dengan karenah birokrasi perlu diubah. Penjawat

awam seharusnya memberikan usaha yang terbaik dalam setiap pekhidmatan mereka dan

bukan hanya sekadar “melepaskan batuk di tangga” kerana berasa selesa dengan

kedudukan mereka pada hari ini. Mereka tidak boleh lagi bersikap sambil lewa kerana

cabaran yang menanti pada abad ke dua puluh satu ini semakin mencabar

Hal ini juga tidak terkecuali bagi perkhidmatan pendidikan. Kecemerlangan yang

dicapai oleh para pelajar dalam semua bidang banyak bergantung kepada mutu

perkhidmatan yang diberikan oleh guru-guru. Pengetua selaku ketua pemimpin sewajarnya

memastikan guru-guru sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan dengan

mempersiapkan diri dengan ilmu dan mempunyai nilai keperibadian yang tinggi bagi

memastikan wadah pendidikan yang sempurna kepada pelajar dapat dicapai. Hal ini

bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Rujukan :

Page 21: Assngment Semester 3

1. Akta Pendidikan Malaysia 1996.

2.Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam , (1991). INTAN

3.Tonggak Dua Belas, (1992). INTAN

4.Standard Kualiti Pendidikan Malaysia–Sekolah, (2003).

Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

5.PKKP, (2002 ). Jabatan Pelajaran Pahang.

6.Hasan Langgulung,(1997). Asas-asas Pendidikan Islam.

KL:DBP

7.Ibrahim bin Mamat , (2001). Pengetua Sekolah

Menangani Isu dan Cabaran Kepimpinan. KL: Kumpulan

Budiman Sdn . Bhd.

Ciri-Ciri Guru Cemerlang Profesion perguruan bukanlah satu profesion yang statik dan tidak menjanjikan

peluang kenaikan pangkat yang menarik. Kementerian Pelajaran Malaysia

mengadakan pelbagai insentif untuk membantu meningkatkan profesionalisme

perguruan melalui pelaksanaan Guru Cemerlang contohnya. Sebagai seorang guru,

kita seharusnya mempunyai kualiti yang khusus dan konsisten supaya dipandang

mulai oleh masyarakat. Profil guru cemerlang atau ciri-ciri guru yang cemerlang

dibahagikan kepada dua aspek utama iaitu:

8 Ciri-ciri personaliti seperti: menepati masa, berupaya mewujudkan suasana

kecindan atau humorous (jenaka) dan tegas.

9 Aspek kemahiran pedagogi seperti: komunikasi berkesan (bahasa yang

mudah dan lancar, pergerakan badan dan mimik muka yang sesuai, intonasi

yang menarik dan lantang); kreativiti dan keupayaan menyelesaikan masalah

secara spontan.

Page 22: Assngment Semester 3

Terdapat lima (5) aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran (2000)

dalam kertas prosiding bertajuk Guru Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran

(Prosiding seminar kebangsaan penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan

2000. 3 – 4 Oktober 2000, Bahagian Pendidikan Guru, KPM, ms. 173 – 178): 1. Kecemerlangan Peribadi Kecemerlangan peribadi yang dimaksudkan ialah meliputi perkara berikut:

· Nilai kendiri yang positif

· Berakhlak mulia

· Adil

· Bertimbang rasa

· Amanah

· Bertanggung jawab

· Kreatif

· Inovatif

· Kemas

· Sikap sedia berkongsi

· Bersikap terbuka

· Berpemikiran positif

2. Kecemerlangan Pengetahuan dan Kemahiran Berikut adalah perkara yang

berkaitan dengan kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran:

· Mengamalkan budaya ilmu

· Berkebolehan menyelesaikan masalah

· Membuat keputusan yang rasional serta objektif

· Sebagai pakar rujuk bidang masing-masing

3. Kecemerlangan Komunikasi Komunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu

dikuasai oleh warga guru sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas

menyebarkan ilmu dan kemahiran kepada murid-murid. Berikut adalah perkara yang

perlu dikuasai oleh seseorang guru cemerlang berkaitan dengan komunikasi:

· Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan.

· Memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya.

· Berkeupayaan memelihara hubungan mesra.

Page 23: Assngment Semester 3

· Menghormati semua ahli masyarakat sekolah atau institusi pendidikan.

4. Kecemerlangan Potensi· Keberkesanan sumbangan terhadap kejayaan sekolah atau institusi

pendidikan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

· Penglibatan yang bermakna dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti kursus-kursus

profesional, seminar, bengkel.

· Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan

penyelidikan.

5. Personaliti Unggul Personaliti ialah perwatakan dan tingkahlaku. Personaliti

ialah satu daripada pembolehubah yang boleh memudahkan atau menyulitkan

sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru cemerlang perlu mempunyai

ciri-ciri personaliti unggul seperti berikut:

· Adil

· Sabar

· Tegas

· Konsep kendiri positif

· Kesungguhan

· Mesra

· Prihatin

· Kerjasama

· Menepati masa

· Bertanggung jawab

· Berakhlak mulia

· Kecindan (unsur jenaka)

Menurut penyelidik ini (Md. Nasir Masran, 2000) hanya memiliki tiga (3) sahaja ciri-

ciri di atas iaitu tegas, menepati masa dan kecindan dimiliki oleh semua guru

cemerlang yang ada di negara kita masa kini.

Page 24: Assngment Semester 3

Ciri Ciri-ciri Guru Cemerlang

Ciri-ciri guru cemerlang dari segi kualiti adalah seperti berikut:

- Peribadi: Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang

terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan

etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan

pelajar yang dapat menjadi role model kepada para pendidik.

- Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang

menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang

pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan

pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan

pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah

pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan,

berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang-bidang teknologi

Page 25: Assngment Semester 3

maklumat dan komunikasi.

- Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan

hasil pembelajaran (learning outcome) dan membangunkan potensi pelajar

selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menerusi peningkatan

minat dan penglibatan pelajar, melalui pelbagai pendekatan menerusi

kebolehan dan keupayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar

waktu pengajaran, menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis atau

tugasan dan menerusi penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan

teknik pengajaran dan pembelajaran.

- Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran

komunikasi yang tinggi secara ‘inter’ dan intra-personal’, serta

berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam

pelbagai bentuk kemunikasi.

Page 26: Assngment Semester 3

- Potensi : Guru Cemerlang adalah guru yang berwawasan, perintis

sesuatu usaha, sentiasa merancang, mengelola dan melaksanakan

program-program pendidikan, mampu membuat analisis dan mengambil

tindakan terhadapnya, sentiasa belajar untuk meningkatkan kerjaya,

sentiasa terlibat dan menyumbang dalam kursus, seminar dan bengkel,

menjalankan penyelididkan dan menghasilkan penulisan ilmiah serta

sentiasa menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke arah keupayaan

sekolah.

- Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang ialah

guru yang berupaya menjana idea baru dan berkongsi idea tersebut bagi

meningkatkan mutu pendidikan negara serta berupaya memberi buah

fikiran yang boleh membantu peningkatan kualiti pengajaran di institusi -

ciri Guru Cemerlang

Page 27: Assngment Semester 3

Ciri-ciri guru cemerlang dari segi kualiti adalah seperti berikut:

- Peribadi: Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang

terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan

etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan

pelajar yang dapat menjadi role model kepada para pendidik.

- Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang

menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang

pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan

pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan

pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah

pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan,

berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang-bidang teknologi

maklumat dan komunikasi.

Page 28: Assngment Semester 3

- Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan

hasil pembelajaran (learning outcome) dan membangunkan potensi pelajar

selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menerusi peningkatan

minat dan penglibatan pelajar, melalui pelbagai pendekatan menerusi

kebolehan dan keupayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar

waktu pengajaran, menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis atau

tugasan dan menerusi penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan

teknik pengajaran dan pembelajaran.

- Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran

komunikasi yang tinggi secara ‘inter’ dan intra-personal’, serta

berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam

pelbagai bentuk kemunikasi.

Page 29: Assngment Semester 3

- Potensi : Guru Cemerlang adalah guru yang berwawasan, perintis

sesuatu usaha, sentiasa merancang, mengelola dan melaksanakan

program-program pendidikan, mampu membuat analisis dan mengambil

tindakan terhadapnya, sentiasa belajar untuk meningkatkan kerjaya,

sentiasa terlibat dan menyumbang dalam kursus, seminar dan bengkel,

menjalankan penyelididkan dan menghasilkan penulisan ilmiah serta

sentiasa menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke arah keupayaan

sekolah.

- Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang ialah

guru yang berupaya menjana idea baru dan berkongsi idea tersebut bagi

meningkatkan mutu pendidikan negara serta berupaya memberi buah

fikiran yang boleh membantu peningkatan kualiti pengajaran di institusi

Page 30: Assngment Semester 3

Posted 8th October 2012 by KANTHAROA SUPEREMANY

0 Add a comment

PENDIDIKAN MY

········ Home

Oct11

PERSEMBAHAN KOIR

PERSEMBAHAN KOIR

PENGENALAN

Koir adalah suatu ensembel muzik para penyanyi yang menyanyi beramai-ramai. Ia bukan sebuah kumpulan penyanyi solo yang bersaing antara satu sama lain, malah sebagai sekumpulan penyanyi yang membentuk nyanyian berharmoni.

PERALATAN MUZIK GAMELAN

GAMBANG

GONG

KENONG

GENDANG

MUZIK GAMELAN

Page 31: Assngment Semester 3

GAMELAN

PENGENALAN

Gamelan berasal dari perkataan Jawa (gamel) yang bermaksud pukul, tukul atau pukul. Gamelan mula dimainkan dalam istana kerajaan Kediri di Jawa Timur sebelum dibawa masuk ke istana kerajaan Riau Lingga pada kurun ke -17.

LIRIK LAGU KBSR TAHUN 3

LAGU KBSR

TAHUN 3

NEGARAKU

Negaraku

Tanah tumpahnya darah ku

Rakyat hidup bersatu dan maju

Rahmat bahgia Tuhan kurniakan

Raja kita selamat bertakhta

Rahmat bahgia Tuhan kurniakan

Raja kita selamat bertakhta

MELAKA MAJU JAYA

Melaka negeri Bersejarah

Tempat tumpah darah kita

Dijunjung den

RANCANGAN HARIAN PEND.MUZIK TAHUN 2

MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2

Tahun : 2E

Tarikh : 10 Mac 2011

Masa :10.10am – 10.40am ( 30 minit )

Aspek : 2 = PENGALAMAN MUZIKAL

TajukOct10

Page 32: Assngment Semester 3

Perpaduan

Dasar Dalam Negara : Perpaduan Negara

1.

MUTIARA KATA

Death asked Life :

Why does everyone love you and hate me.

SEMANGAT PATRIOTIME 2

SEMANGAT PATRIOTIK

Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita seharusnya mempunyai sifat-sifat mulia dan berbangga menjadi menjadi salah seorang penduduk di Negara yang aman dan makmur ini. Modal insan yang patriotik ini juga boleh dibentuk melalui aktiviti sukan dan permainan.

SEMANGAT PATRIOTISME

SEMANGAT PATRIOTISME

Perasaan taat setia merupakan senjata mental yang cukup kuat untuk mempertahankan negara daripada sebarang bentuk penjajahan baru atau penjajahan dalam apa-apa bentuk sekalipun.Oct10

PERANAN BAHASA MELAYU MENYATUPADUKAN RAKYAT MALAYSIA

Peranan bahasa Melayu sebagai wadah menyatupadukan semua kaum di Malaysia

Gagasan ‘1 Malaysia’ adalah satu gagasan yang diperkenalkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd.

ISU PERPADUAN

Dasar Dalam Negara : Perpaduan Negara

1.

ISU PERPADUAN

Dasar Dalam Negara : Perpaduan Negara

1.

CABARAN DAN ISU PENDIDIK MUZIK ORKESTRA

Cabaran dan isu pendidik muzik Orkestra

Pendidik muzik baru harus mempelajari dan mempunyai pengetahuan tentang semua aspek sejarah muzik, teori dan analisis, komposisi, teknik-teknik latihan dan perkembangan kurikulum muzik semasa.

Page 33: Assngment Semester 3

Oct10

Laporan Pertandingan Bola Tampar

CONTOH LAPORAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR

1.0 PENGENALAN

Pada setiap tahun, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Kinta Utara telah mengadakan Kejohanan Bola Tampar Daerah Kinta Utara.

ESEI-CIRI-CIRI GURU CEMERLANG

Ciri-ciri seorang guru yang cemerlang

Menurut kajian Office for Standard in Education (OFSTED), badan penaziran sekolah di United Kongdom, yang sama peranannya seperti Jemaah Nazir Sekolah di negara kita, terdapat tujuh elemen yang perlu ada bagi seseorang guru cemerlang iaitu;

Mengetahui dan meng

CONTOH LAPORAN PERSEMBAHAN

LAPORAN PERSEMBAHAN KOIR (Nasyid)

TARIKH : 9 APRIL 2011

HARI : SABTU

MASA : 8.00AM

TEMPAT : SK KAMPONG PASIR PUTIH

Persembahan Koir (Nasyid) diadakan sempena Majlis Tadarus Al-Quran tahun 2011M/1432H di Sekolah Kebangsaan Kampong Pasir P

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MUZIK TAHAUN 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 3

Tahun :3 CEMPAKA

Tarikh :12 April 2011

Masa :9.40 am – 10.10am ( 30 minit )

Aspek :2 – Pe

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2

MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2

Tahun : 2E

Page 34: Assngment Semester 3

Tarikh : 10 Mac 2011

Masa :10.10am – 10.40am ( 30 minit )

Aspek : 2 = PENGALAMAN MUZIKAL

Lirik Lagu KBSR Tahun 3

LAGU KBSR

TAHUN 3

NEGARAKU

Negaraku

Tanah tumpahnya darah ku

Rakyat hidup bersatu dan maju

Rahmat bahgia Tuhan kurniakan

Raja kita selamat bertakhta

Rahmat bahgia Tuhan kurniakan

Raja kita selamat bertakhta

MELAKA MAJU JAYA

Melaka negeri Bersejarah

Tempat tumpah darah kita

Dijunjung denOct8

Learn Thai language

I miss you. (pom kit teung koon)

Can you be my girlfriend? (ben faen pom dai mai)

* For yes the reply is "dai" and for no the reply is "mai dai"

You are very beautiful. (koon suay mak)

You are very cute. (koon na-ruk mak)

I like your smile.

Page 35: Assngment Semester 3

Lirik lagu Guru Malaysia dan Guru Pembina Negara Bangsa

Lagu Guru Malaysia

Kami guru Malaysia

Berikrar dan berjanji

Mendidik dan memimpin

Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka

Kami tumpahkan setia

Rukun Negara kita

Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan

Kami tetap bersama

Membantu, membina

Negara yang tercinta

Amanah yang diberi

imageanimasi

Loading