assingment hubungan etnik

7
PENGENALAN Etnik merupakan sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat- sifat biologi antara sesama manusia. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pakaian, pandangan kecantikan, kegiatan ekonomi, hiburan. Di Malaysia, Dusun, Melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup, tingkah laku kepercayaan dan sebagainya. Ianya mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada berpandukan bulan atau tahun. Itu adalah perkara yang selalu difahami khalayak berkenaan dengan adat. Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya. Walaupun dari aspek bunyinya ia berbeza, tetapi dari segi pengertiannya, ia adalah konsep yang saling bergantung dan sama. Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia timbul daripada suatu pemikiran berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila dizahirkan dan dapat dilihat perlaksanaannya, misalnya kita melihat adat bercukur, adat bersanding dan sebagainya, itu sudah menjadi suatu budaya. Maknanya, budaya ialah suatu bentuk perlakuan yang mencerminkan adat sesuatu masyarakat itu. Adat juga mewujudkan identiti dan peribadi rakyat majmuk yang bersifat seragam. Adat yang menjadi penyatu bagi mewujudkan peribadi dan identiti kebangsaan. Dari aspek budaya, wujud kebudayaan nasional yang menjadi asas perkongsian semua etnik tanpa mengira kaum, keturunan dan wilayah. Kebudayaan nasional menjadi asas kepada pembentukan bangsa, jati diri nasional dan perpaduan etnik. Kebudayaan nasional dibentuk berpandukan tiga prinsip dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan seperti Kebudayaan Kebangsaan hendaklah berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal negara ini, Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsure kebudayaan

Upload: andrea-henry

Post on 15-Nov-2015

18 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

assignment

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Etnik merupakan sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi antara sesama manusia. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pakaian, pandangan kecantikan, kegiatan ekonomi, hiburan. Di Malaysia, Dusun, Melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik.Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup, tingkah laku kepercayaan dan sebagainya. Ianya mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada berpandukan bulan atau tahun. Itu adalah perkara yang selalu difahami khalayak berkenaan dengan adat.Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya. Walaupun dari aspek bunyinya ia berbeza, tetapi dari segi pengertiannya, ia adalah konsep yang saling bergantung dan sama. Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia timbul daripada suatu pemikiran berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila dizahirkan dan dapat dilihat perlaksanaannya, misalnya kita melihat adat bercukur, adat bersanding dan sebagainya, itu sudah menjadi suatu budaya.Maknanya, budaya ialah suatu bentuk perlakuan yang mencerminkan adat sesuatu masyarakat itu. Adat juga mewujudkan identiti dan peribadi rakyat majmuk yang bersifat seragam. Adat yang menjadi penyatu bagi mewujudkan peribadi dan identiti kebangsaan. Dari aspek budaya, wujud kebudayaan nasional yang menjadi asas perkongsian semua etnik tanpa mengira kaum, keturunan dan wilayah. Kebudayaan nasional menjadi asas kepada pembentukan bangsa, jati diri nasional dan perpaduan etnik. Kebudayaan nasional dibentuk berpandukan tiga prinsip dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan seperti Kebudayaan Kebangsaan hendaklah berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal negara ini, Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsure kebudayaan kebangsaan dan Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Ia merupakan satu-satunya Negara masyarakat plural yang paling berjaya di alaf baru ini dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya,bahasa,agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tanah Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masyarakat majmuk.Dalam pada ini, Pendidikan Moral secara langsung dan tidak langsung menyumbang ke arah kepentingan dan keberkesanan pemupukan hubungan etnik yang harmonis di kalangan masyarakat di Malaysia. Pendidikan Moral memainkan peranan penting dalam merealisasikan matlamat pendidikan dan sebagai wardah untuk mencapai hasrat negara. Bagi mencapai aspirasi negara ini setiap etnik di negara ini bertekad untuk melahirkan generasi yang seimbang dan berakhlak mulia yang berpegang kepada nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka seharian kea rah melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih. Sebagai langkah mencapai hasrat negara, cirri-ciri utama yang perlu dilihat adalah mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia. Setiap etnik di negara ini sememangnya menghormati undang-undang serta peraturan hingga sempurna. Mereka menghormati hak-hak individu dengan mengamalkan tingkah laku yang baik dengan tidak menjejaskan tingkah laku etnik yang lain. Antara amalan masyarakat Malaysia adalah rumah terbuka. Rumah terbuka diadakan oleh semua etnik apabila tiba musim perayaan. Semua etnik saling kunjung-mengunjungi antara satu sama lain walaupun berbeza budaya dan agama. Amalan ini memperlihatkan usaha pelbagai etnik untuk mencari keserasian dan kesamaan agar perayaan dapat dirayakan bersama. Amalan ini juga secara tidak langsung mewujudkan sillaturahim di antara etnik-etnik di Malaysia.Contohnya Perayaan Tahun Baru Cina, Perayaan Hari Deepavali, Pesta Gawai dan Pesta Keamatan memperlihatkan usaha etnik-etnik bukan melayu serta bukan beragama Islam menyediakan hidangan dan makanan halal agar dapat diraikan oleh masyarakat daripada etnik Melayu. Sikap toleransi dan pertimbangan antara kaum jelas memperlihatkan keharmonian hubungan etnik terjalin kukuh, saling memahami dan menghormati budaya antara satu etnik dengan etnik yang lain. Hal ini jelas menunjukkan tentang integrasi sosial antara etnik walaupun berbeza budaya, agama dan bangsa. Perpaduan hubungan etnik dapat dilihat dari aspek keagamaan. Amalan dan sikap toleransi beragama sehingga kini telah memupuk hubungan harmoni di kalangan etnik yang berbilang agama di negara ini. Di Malaysia, umumnya etnik Melayu beragama Islam, etnik cina beragama Buddha dan etnik India beragama Hindu. Wujud beberapa etnik menganut agama Kristian. Agama Islam memberi penekanan kepada aspek keamanan, hubungan baik sesama umat manusia dan kebebasan dalam beragama. Ini jelas menunjukkan sikap kemanusiaan yang wujud dalam diri sesuatu insan. Dalam perlembagaan Malaysia juga dinyatakan bahawa agama Islam adalah agama rasmi persekutuan tetapi pada masa yang sama tidak mengasaskan Malaysia sebagai negara teokrasi dan dengan jelas menjamin kebebasan beragama di kalangan etnik berbilang agama di negara ini. Kaum etnik yang lain juga diberi kebebasan untuk mendirikan tapak sembahyang masing-masing tanpa mengira batasan. Selain itu juga, mereka berupaya mengadakan program-program berkaitan keagamaan sejurus untuk memupuk semangat perkauman masing-masing. Di sini jelas bahawa setiap etnik puas beragama di negara Malaysia ini yang sememangnya boleh dibanggakan dan dipeguni oleh negara-negara yang lain di dunia ini.Pelbagai usaha dirancang dan dilancarkan demi untuk meneruskan usaha memupuk keharmonian kaum di negara ini. Sikap sesetengah pihak yang mementingkan diri sendiri dan memperjuangkan hak etnik masing-masing serta cuba menidakkan etnik Melayu sebagai bangsa dominan di negara ini memberi cabaran hebat kepada hubungan etnik di negara ini. Tindakan pihak ketiga mencetuskan rasa tidak puas hati semua pihak yang pastinya mengundang kepada perpecahan.Dasar pecah dan perintah oleh British memberi implikasi kepada hubungan etnik sehingga kini. Etnik Melayu, Cina dan India terasing dari segi penempatan dan jenis pekerjaan. Hal ini telah menyebabkan interaksi di kalangan etnik amat kurang khususnya yang tinggal dalam wilayah berbeza. Implikasinya terhadap hubungan etnik memperlihatkan perbezaan dari aspek lokasi berbeza merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam pemupukan hubunga etnik di Malaysia.Sistem pendidikan yang tersendiri memperlihatkan tentang dominasi mengikut kepentingan etnik masing-masing. Pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi persefahaman dalam kalangan pelajar.Hal ini menyebabkan interaksi antara etnik amat terhad dan interaksi hanya tertumpu dalam kumpulan etnik yang sama. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada negara Malaysia. Hasilnya, masing-masing cuba mempertahankan bahasa ibunda. Termasuklah mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Justeru itu, cabaran wujud dalam usaha membentuk suatu kesatuan sistem pendidikan bersepadu yang sesuai untuk semua etnik. Sistem pendidikan yang berbeza secara tidak langsung memberikan impak yang kurang baik kepada penstrukturan negara. Cabaran dalam aspek pendidikan harus dipandang serius oleh semua pihak kerana jika ini berlarutan akan wujud perasaan kekitaan di kalangan etnik masing-masing. Walaubagaimanapun selaras dengan kehendak etnik-etnik di negara ini sistem-sistem ini mengalami pertukaran selaras dengan peredaran masa. Kestabilan ekonomi dan politik merupakan asas kepada perpaduan hubungan etnik. Ekonomi menekankan negara yang maju dan produktif. Di sini masyarakat etnik di Malaysia sememangnya bertungkus lumus bekerjasama dalam bidang kerjaya masing-masing bagi memperkukuhkan bidang ekonomi. Dari segi politik pula, negara bebas mengamalkan nilai-nilai keadilan, kebebasan dan juga ketaatan kepada undang-undang, raja dan negara. Setahu kita undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia adalah selaras dan seimbang bagi masyarakat negara kita tanpa memperbezakan etnik-etnik. Nilai-nilai moral juga dapat menyatupadu dan memotivasikan masyarakat etnik sehingga mereka dapat mengawal sebarang tingkah laku negative di kalangan mereka dan juga etnik yang lain serta mengawal corak tingkah laku mereka. Masyarakat etnik juga dapat dan perlu membina hubungan personal dan intrapersonal bagi mewujudkan suatu kerjasama di kalangan mereka. Hal ini juga dapat membantu kea rah proses sosialisasi di negara kita. Perpaduan yang dikecapi pada hari ini perlu dihargai agar terus dirasai oleh generasi akan datang. Kegagalan mengekalkan perpaduan memudahkan dominasi negara-negara lain untuk menakluki negara kita. Semua etnik tanpa mengira batas agama, budaya dan adat perlu belajar daripada sejarah agar sejarah penjajahan yang telah berlangsung lebih dari seratus tahun tidak akan berulang. Pada masa kini, selaras dengan matlamat tersebut kerajaan juga telah melancarkan kempen-kempen bekaitan Satu Malaysia yang secara tidak langsung membawa kepada hubungan sejagat antara etnik-etnik di Malaysia.

REFLEKSIMelalui kerja kursus ini saya memperoleh banyak faedah secara langsung dan tidak langsung. Saya mampu memahami dengan lebih mendalam mengenai etnik-etnik di Malaysia. Saya juga dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai adat resam, kepercayaan dan cara hidup mereka. Dari segi pendidikan pula, saya memahami bagaimana pendidikan Moral khasnya dapat memupuk keberkesanan hubungan di antara etnik-etnik di Malaysia dan implikasinya yang secara langsung dan tidak langsung membawa kepada kesepaduan kaum etnik. Saya juga dapat mempelajarai implikasi yang wujud daripada kesefahaman kaum etnik ke arah kemajuan negara. Di samping itu juga dapat mengetahui sumbangan kaum-kaum etnik kea rah meningkatkan taraf, adat dan kebudayaan di Malaysia dan bagaimana hapusnya perbezaan etnik-etnik di negara Malaysia.Di samping kebaikan-kebaikan yang saya peroleh, ada juga masalah-masalah yang timbul ketika melaksanakan kerja kursus ini. Memang sukar untuk mencari bahan-bahan rujukan yang betul dan tepat pada soalan. Pada mulanya saya langsung tidak memahami soalan dan kehendaknya. Setelah membacanya berkali-kali membaca dan membuat rujukan dengan pensyarah, baru mula faham. Apabila saya mula mencari isi-isi penting dari bahan-bahan yang saya bacai, ianya kebanyakkannya tidak berkenaan dengan tajuk yang ingin diperbincangkan. Sukar juga mencari buku-buku yang berkaitanan. Walaubagaimanapun, saya mampu mencari buku-buku rujukan dari perpustakaan. Saya juga berbincang dengan guru-guru sekerja yang bertauliah dalam bidang ini. Saya juga membincangkan idea-idea dan pendapat rakan-rakan sekumpulan. Saya juga mampu mengupas idea-idea dan isi-isi mengikut pengalaman dan pembelajaran serta mempelajari pendidikan Moral pada zaman persekolahan. Saya juga berbincang dengan pensyarah mengenai tajuk secara mendalam. Akhirnya setelah melalui beberapa pengalaman dan situasi saya berjaya melaksanakan tugasan saya ini dengan jayanya. Terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah dan juga rakan-rakan seperjuangan saya yang telah banyak membantu dan menyumbang ke arah pelaksanaan tugasan ini.