assignment sosiolinguistik

10
8/9/2019 Assignment Sosiolinguistik http://slidepdf.com/reader/full/assignment-sosiolinguistik 1/10 SEJARAH PERANCANGAN BAHASA (http://sosiolinguistik.blogspot.com/2007/08/teori-perancangan-bahasa.html) Perancangan bahasa menjadi satu aktiviti penting bagi negara-negara yang ingin membentuk identiti baru. Aktiviti ini menjadi menonjol dengan usaha Einar Haugen yang telah membina Landsmal, sebuah dialek di Norway sehingga menjadi bahasa kebangsaan Norway. Banyak lagi usaha sedemikian dijalankan di negara-negara lain, lebih-lebih lagi di negara-negara yang baru mencapai kemerdekaan selepas Peperangan Dunia Kedua. Negera-negara seperti India, Nigeria, Kenya, Zambia, Indonesia, Filipina dan Malaysia mahu membina identiti baru selepas merdeka daripada penjajahan Inggeris. Sebenarnya ini bukan satu usaha baru. Banyak negara lain yang menjalankan usaha demikian  pada zaman sebelum itu. Pengekodan tatabahasa Yunani dijalankan pada zaman kerajaan Helenistik dan Iskandar Agung. Bahasa Sanskrit juga dikodifikasi kira-kira 2000 tahun sebelum Masehi dengan tujuan memantapkannya supaya tidak berubah demi kepentingan agama Hindu. Selepas Revolusi Perancis di Eropah, revolusi bahasa berlaku di Norway, Greece, Belgium, Rumania, Hungary, dan Bulgaria. Banyak usaha penyelarasan dan  pembakuan bahasa berlaku. Selepas Peperangan Dunia Pertama, Finland, Estonia, Latvia, Lithuania, Iceland dan Eyre juga menjalankan perancangan terhadap bahasa masing-masing. Bahasa Rusia berkembang selepas Revolusi Rusia. Demikian juga, bahasa Turki menggantikan aksara Arab yang digunakannya dengan aksara Rumi dalam revolusi memodenkan bahasa Turki. Pada tahun 1582, Duke Cosimo, selepas diyakinkan oleh para penulis, telah menubuhkan Accademica della Cusca, yang bertujuan membersihkan bahasa Itali daripada pencemaran dan mempertahankan kemurniannya. Kardina Richelieu pua di dalam usahanya memusatkan kuasa di Perancis, telah menubuhkan Acadmie Francaise pada tahun 1653, bertujuan untuk membentuk rumusan yang lebih jelas mengenai bahasa dan tatabahasa. Institusi ini tidak merasmikan bahasa Perancis dan menyuburkannya, tetapi badan itu lebih berupa suatu simbol daripada betul-betul berkuasa. Ini dapat dilihat daripada hasilnya; sebuah kamus yang hanya terbit pada tahun 1964, dan ejaan Perancis hanya dirasmikan pada tahun 1835. Selepas itu, Sepanyol, Sweden, dan Hungary menubuhkan akademi bahasa, masing-masing  pada tahun 1713, 1739, dan 1830. Walau bagaimanapun mereka lebih memberatkan hal-hal ketepatan ejaan, samalah seperti aktiviti Acadmie Francaise. Dan, tidaklah diketahui sejauh manakah akademi ini membantu pertumbuhan bahasa. Di negara yang tidak mempunyai akademi, ada juga kuasa individu yang wujud untuk menyelaraskan bahasa seperti yang

Upload: darwinnisha

Post on 29-May-2018

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Sosiolinguistik

8/9/2019 Assignment Sosiolinguistik

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-sosiolinguistik 1/10

SEJARAH PERANCANGAN BAHASA

(http://sosiolinguistik.blogspot.com/2007/08/teori-perancangan-bahasa.html)

Perancangan bahasa menjadi satu aktiviti penting bagi negara-negara yang ingin membentuk 

identiti baru. Aktiviti ini menjadi menonjol dengan usaha Einar Haugen yang telah membina

Landsmal, sebuah dialek di Norway sehingga menjadi bahasa kebangsaan Norway. Banyak lagi usaha sedemikian dijalankan di negara-negara lain, lebih-lebih lagi di negara-negara

yang baru mencapai kemerdekaan selepas Peperangan Dunia Kedua. Negera-negara seperti

India, Nigeria, Kenya, Zambia, Indonesia, Filipina dan Malaysia mahu membina identiti baru

selepas merdeka daripada penjajahan Inggeris.

Sebenarnya ini bukan satu usaha baru. Banyak negara lain yang menjalankan usaha demikian

 pada zaman sebelum itu. Pengekodan tatabahasa Yunani dijalankan pada zaman kerajaan

Helenistik dan Iskandar Agung. Bahasa Sanskrit juga dikodifikasi kira-kira 2000 tahun

sebelum Masehi dengan tujuan memantapkannya supaya tidak berubah demi kepentingan

agama Hindu. Selepas Revolusi Perancis di Eropah, revolusi bahasa berlaku di Norway,

Greece, Belgium, Rumania, Hungary, dan Bulgaria. Banyak usaha penyelarasan dan

 pembakuan bahasa berlaku. Selepas Peperangan Dunia Pertama, Finland, Estonia, Latvia,

Lithuania, Iceland dan Eyre juga menjalankan perancangan terhadap bahasa masing-masing.

Bahasa Rusia berkembang selepas Revolusi Rusia. Demikian juga, bahasa Turki

menggantikan aksara Arab yang digunakannya dengan aksara Rumi dalam revolusi

memodenkan bahasa Turki.

Pada tahun 1582, Duke Cosimo, selepas diyakinkan oleh para penulis, telah menubuhkan

Accademica della Cusca, yang bertujuan membersihkan bahasa Itali daripada pencemaran

dan mempertahankan kemurniannya. Kardina Richelieu pua di dalam usahanya memusatkan

kuasa di Perancis, telah menubuhkan Acadmie Francaise pada tahun 1653, bertujuan untuk 

membentuk rumusan yang lebih jelas mengenai bahasa dan tatabahasa. Institusi ini tidak 

merasmikan bahasa Perancis dan menyuburkannya, tetapi badan itu lebih berupa suatu simbol

daripada betul-betul berkuasa. Ini dapat dilihat daripada hasilnya; sebuah kamus yang hanya

terbit pada tahun 1964, dan ejaan Perancis hanya dirasmikan pada tahun 1835.

Selepas itu, Sepanyol, Sweden, dan Hungary menubuhkan akademi bahasa, masing-masing

 pada tahun 1713, 1739, dan 1830. Walau bagaimanapun mereka lebih memberatkan hal-hal

ketepatan ejaan, samalah seperti aktiviti Acadmie Francaise. Dan, tidaklah diketahui sejauh

manakah akademi ini membantu pertumbuhan bahasa. Di negara yang tidak mempunyai

akademi, ada juga kuasa individu yang wujud untuk menyelaraskan bahasa seperti yang

Page 2: Assignment Sosiolinguistik

8/9/2019 Assignment Sosiolinguistik

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-sosiolinguistik 2/10

dilakukan oleh Milton, Swift, Dryden dan Defoe untuk bahasa Inggeris dan Jerman.

Adamtias Korais (1748-1863) pula, telah mencuba membentuk bahasa Yunani murni dengan

menggunakan bahasa agama dan ilmu, dan menjauhkan peminjaman. Pada tahun 1814 Vuk 

Stefanuric Karadzic, menulis tatabahasa untuk bahasa Yugoslavia, dan pada tahun 1818 di

menerbitkan sebuah kamus. Ivar Aasen, membuat perkara yang sama untuk bahasa Norwaydengan menghasilkan sebuah tatabahasa pada tahun 1864 dan sebuah kamus pada tahun

1873.

Dengan usaha-usaha ini perancangan bahasa telah lahir. Manusia telah meletakkan nilai

tertentu untuk bahasa dan merancangkan langkah-langkah untuk mebolehkan semua penutur 

menurutinya.

Pada zaman moden, dengan penduduk yang mempunyai ilmu yang bertambah, dan peringkat

intelektual yang meningkat, bahasa yang baku yang mungkin tidak begitu penting untuk 

kesusasteraan, adalah semakin penting dan diperlukan untuk ilmu. Di Turki, Kamal Ataturk,

dalam usahanya meningkatkan bahasa Turki, menukar ejaannya daripada Jawi ke Rumi,

supaya ia setanding dengan bahasa lain di dunia. Di Czechoslovakia, suruhanjaya bahasa

Greek dan Slovak telah giat berusaha untuk membakukan dan menyuburkan istilah. Dalam

 beberapa persidangan di kalangan mereka di antara 1945-50, sebuah tatabahasa, dan sebuah

sistem ejaan telah dibentuk. Di semenanjung Scandinavia pula, setiap negara di semenanjung

itu menubuhkan jawatankuasa istilah dalam usaha meningkatkan kerjasama kebahasaan.

Seterusnya, di Israel, Jawatankuasa Bahasa Hebrew telah terus bekerja dan akhirnya ditukar menjadi sebuah akademi, dan telah berjaya merancangkan bahasa Israel moden sekarang.

Daripada sebuah bahasa kuno yang mati, ia telah menjadi bahasa yang sudah hidup.

Jelas pada kita bahawa usaha-usaha ini, dilakukan demi meningkatkan keupayaan bahasa-

 bahasa tersebut supaya dapat mengungkapkan budaya ilmu yang semakin meningkat. Ini

telah dilakukan dalam usaha perancangan kebudayaan yang lebih luas. Setiap masa ilmu dan

 budaya sesuatu bangsa itu berkembang dan memerlukan bahasa yang lebih mampu dan anjal

untuk menampung perkembangan budaya tersebut.

Definisi Perancangan Bahasa 

Istilah perancangan bahasa (language planning) itu mula digunakan oleh E. Haugen (1959) di

dalam penulisannya apabila dia merancangkan bahasa Norway. Di dalam usaha tersebut.

Haugen telah mendefinisikan perancangan bahasa sebagai merangkumi usaha-usaha yang

Page 3: Assignment Sosiolinguistik

8/9/2019 Assignment Sosiolinguistik

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-sosiolinguistik 3/10

dijalankan oleh pertubuhan atau jawatankuasa tertentu, mencakupi segala usaha yang

dijalankan oleh pertubuhan tersebut untuk penyuburan bahasa dan melibatkan usaha-usaha

 pembinaan, pengubahsuaian dan pembakuan yang dilakukan kepada sesuatu bahasa yang

 berkenaan.

Sebenarnya telah ramai ahli bahasa yang pernah membincangkan perancangan bahasa ini,

dan ada pula di antara mereka yang menggunakan istilah yang berlainan untuk memaksudkan

aktiviti yang sama. R.A. Hall Jr. (1951) telah menggunakan istilah politik bahasa

(glottopolitics) yang merujuk kepada penerapan ilmu linguistik kepada penerapan ilmu

linguistik kepada dasar kerajaan untuk menentukan kaedah tertentu yang dipilih untuk 

mewujudkan keadaan dwibahasa di dalam kawasan jajahan yang mempunyai budaya yang

 berbeza. G.P. Springer (1956) menggunakan istilah penjuruteraan bahasa (language

engineering) dan merujuk kepada usaha pengabjadan dan pembakuan bahasa yang belum

 baku di Soviet. Sutan Takdir Alisjahbana (1961) juga telah menggunakan istilah

µpenjuruteraan bahasa¶ untuk merujuk kepada aktiviti yang dilakukan secara sedar bagi

mengembangkan bahasa di dalam konteks sosial, budaya, dan perubahan teknologi yang

lebih luas. Juga, ada sarjana lain yang pernah menggunakan istilah penjuruteraan bahasa

untuk merujuk kepada aktiviti yang terancangkan melalui sekolah, gereja, radio, akhbar dan

 juga perancangan rasmi untuk mempengaruhi penggunaan bahasa. R. Noss (1967)

menggunakan istilah pembangunan bahasa (language development) dan perancangan bahasa

(language planning) di dalam membincangkan keadaan penggunaan bahasa di dalam

 pendidikan di Asia Tenggara. Istilah perancangan bahasa telah juga digunakan oleh j. Rubindan B.H. Jernudd (1971) untuk merujuk kepada usaha satu-satu pertubuhan yang bertujuan

untuk menjalankan perubahan kepada kod-kod atau pertuturan bahasa atau kepada kedua-

duanya sekali. J.A. Fishman (1968) juga telah menggunakan istilah perancangan dan

 pembangunan bahasa untuk merujuk kepada langkah-langkah yang dirancang untuk mencari

 penyelesaian kepada masalah kebahasaan yang lazimnya dilaksanakan pada peringkat

kebangsaan.

Di dalam kes bahasa Malaysia ini, istilah perancangan bahasa akan digunakan secara umum

seperti yang dimaksudkan oleh E. Haugen. Di samping itu, menurut J.V. Neustupny (1974),

 pula, perancangan bahasa ini melibatkan dua aspek perancangan, iaitu: perancangan taraf dan

 perancangan bahan. Perancangan taraf adalah melibatkan segala aktiviti atau usaha yang

dapat meningkatkan taraf sesuatu bahasa tersebut. Umumnya, bahasa (Melayu) Malaysia

telah diberikan taraf sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia menurut artikel 152 Perlembagaan

Malaysia. Selepas itu banyak lagi langkah lain yang dilakukan; seperti penggunaan bahasa

Page 4: Assignment Sosiolinguistik

8/9/2019 Assignment Sosiolinguistik

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-sosiolinguistik 4/10

Malaysia sebagai bahasa pengantar dan pentadbiran, kempen bahasa kebangsaan, penentuan

kelulusan bahasa Malaysia sebagai syarat untuk kelulusan di dalam peperiksaan Sijil

Persekolahan Malaysia, dan keperluan kelulusan bahasa Malaysia sebagai syarat mendapat

 pekerjaan atau penetapan dalam jawatan. Perancangan bahan pula melibatkan aktiviti

menyusun ejaan baru penentuan sebutan, pembentukan istilah, tatabahasa dan seterusnya.Aktiviti demikian itu adalah perancangan bahan, iaitu dilakukan terhadap bahasa sebagai

 bahan yang dirancangkan.

Model Perancangan Bahasa Haugen  

Daripada pengalamannya di Norway, Haugen mengemukakan empat peringkat di dalam

 perancangan bahasa, iaitu: pemilihan, pengekodan, pelaksanaan dan peluasan.

1. Pemilihan. Peringkat ini melibatkan pemilihan satu bahasa atau beberapa buah bahasa atau

norma yang akan dibina untuk tujuan tertentu, selalunya ia adalah untuk tujuan menjadikan

 bahasa tersebut mencapai taraf sebagai bahasa rasmi dan menjalankan tugas sebagai bahasa

kebangsaan. Norma ialah sesuatu konsep abstrak yang dipilih atau dibentuk sebagai matlamat

di dalam perancangan tersebut. Sesuatu bahasa baku itu adalah suatu norma yang dijadikan

matlamat perancangan bahasa.

2. Pengekodan. Pengekodan melibatkan hal-hal dan usaha-usaha di dalam pembakuan

 bahasa. unsur-unsur seperti kata, istilah, tatabahasa dan ungkapan-ungkapan tertentu adalahkod-kod bahasa. Usaha pembakuan ialah pengenalpastian kod-kod yang banyak ini dan

menentukan penggunaan satu daripada banyak kelainan kod tersebut, atau mewujudkan satu

kod baru daripada beberapa dialek yang ada.

3. Pelaksanaan. Pelaksanaan melibatkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh sesuatu agensi,

institusi atau individu tertentu di dalam penggunaan norma yang dipilih dan dikodkan

tersebut.

4. Peluasan. Peringkat peluasan berkaitan dengan pembinaan dan pengembangan bahasa

tersebut, dari segi bentuk dan fungsinya. Hal ini melibatkan proses pemodenan bahasa itu

secara umum.

Model Perancangan Bahasa yang Lain

Page 5: Assignment Sosiolinguistik

8/9/2019 Assignment Sosiolinguistik

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-sosiolinguistik 5/10

Di samping Haugen, ada beberapa orang sarjana lain yang mengkaji perancangan bahasa dan

 juga telah mengemukakan model perancangan bahasa. umumnya, semuanya agak serupa

dengan sedikit perbezaan di antara masing-masing itu. Sarjana-sarjana ini sebenarnya telah

membuat beberapa penambahan dan penyesuaian kepada model Haugen mengikut tafsiran

mereka. J.V. Neustupnya (1974) telah menambah penyebaran dan penyuburan kepada perancangan Haugen itu. Penyuburan ini melibatkan usaha membuat µkesesuaian¶,

µketetapan¶ dan membina µgaya yang diterima¶ di antara beberapa kelainan yang wujud di

dalam bahasa itu. F.X. Karam (1974) pula telah menambah satu peringkat lain, iaitu penilaian

ke dalam proses perancangan bahasa ini. Proses penilaian ini dianggap sama penting dengan

 penilaian di dalam sebarang perancangan lain, untuk memperbetul unsur-unsur yang tidak 

sesuai. Dan, seterusnya perancangan itu hendaklah mempunyai sumber kewangan yang

secukupnya.

C.A. Ferguson (1968) mengemukakan tiga komponen di dalam usaha perancangan bahasa,

iaitu pengabjadan, pembakuan dan pemodenan.

1. Pengabjadan. Pengabjadan ialah usaha supaya sesuatu bahasa itu mempunyai abjad atau

sistem ejaan yang sempurna. Ini biasanya dikaitkan dengan bahasa yang belum mempunyai

ejaan, atau usaha pembakuan atau pembaikan ejaan yang wujud.

2. Pembakuan. Pembakuan ialah proses menjadikan satu dialek atau bahasa sebagai bahasa

yang baku berbanding dengan dialek-dialek lain dalam usaha meningkatkan penggunaan bahasa itu dalam bidang ilmiah dan pentadbiran, demi meningkatkan komunikasi.

3. Pemodenan. Pemodenan ialah usaha-usaha pengembangan kosa kata dan pembinaan

 bentuk-bentuk wacana tertentu, biasanya ilmiah. Pembinaan kosa kata ini melibatkan

 penciptaan istilah dan ungkapan-ungkapan tertentu untuk menampung keperluan ilmiah atau

 pentadbiran bahasa itu.

H. Kloss (1969) melihat perancangan bahasa sebagai mempunyai dimensi, iaitu perancangan

taraf dan perancangan bahan.

1. Perancangan taraf. Perancangan taraf ialah usaha menentukan taraf sesuatu bahasa atau

dialek berbanding dengan bahas atau dialek lain, biasanya memilih sesuatu dialek atau bahasa

menjadi bahasa kebangsaan.

Page 6: Assignment Sosiolinguistik

8/9/2019 Assignment Sosiolinguistik

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-sosiolinguistik 6/10

2. Perancangan bahan. Perancangan bahan melibatkan pembentukan istilah baru, pembakuan

ejaan dan pembakuan tatabahasa, iaitu usaha-usaha yang menggunakan bahan sebagai yang

diolah dan dibentuk.

Kloss juga mengemukakan satu unsur lagi, iaitu kewangan atau pembiayaan, yangmelibatkan aspek ekonomi dan pengurusan di dalam perancangan bahasa. sama seperti

 perancangan lain, unsur pembiayaan dan pengurusan adalah penting.

J.A. Fishman (1973) pula mengemukakan tentang:

1. Penentuan dasar bahasa, iaitu perancangan taraf.

2. Pengekodan dan peluasan, iaitu perancangan bahan.

3. Pelaksanaan dan penilaian, iaitu peluasan dan penyuburan.

P. S. Ray (1966) melihat perancangan bahasa dari sudut pembakuan. Pembakuan bahasa

 bermaksud penggunaan satu norma yang baku di dalam kawasan yang terdapat perbezaan

 penggunaan bahasa, sama ada perbezaan sosial ataupun daerah. Penerimaan satu bahasa

sebagai bahasa baku akan menjadikan bahasa ini sebagai bahasa rasmi untuk digunakan

sebagai bahasa pengantar di dalam sistem pendidikan dan sebagai bahasa pentadbiran dan

 perhubungan rasmi untuk urusan kerajaan.

F. X. Karam (1974) telah mengemukakan satu model perancangan bahasa yang dapat

menjejaskan sesuatu pelaksanaan perancangan bahasa tersebut seperti berikut:

Penilaian

Perancangan

Pelaksanaan

Masyarakat pengguna

Pelaksanaan Perancangan Bahasa

Mengikut model ini, pelaksanaan perancangan bahasa pada peringkat kebangsaan adalah

dilaksanakan oleh sebuah agensi perancangan bahasa kerajaan. Dalam konteks negara kita

Malaysia, tugas ini didukung oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Agensi ini akan

melaksanakan tiga buah tugas, iaitu: perancangan, pelaksanaan dan penilaian seperti dalam

Page 7: Assignment Sosiolinguistik

8/9/2019 Assignment Sosiolinguistik

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-sosiolinguistik 7/10

model di atas. Baginya, penilaian adalah sangat penting di dalam memastikan langkah-

langkah yang dijalankan itu berjaya atau sebaliknya.

Jadi, dapat kita lihat bahawa perancangan bahasa melibatkan usaha mengumpulkan data

daripada penyelidikan baik dari segi bahasa atau budaya bahasa dan membentuk rancanganyang mungkin dilakukan, dan membuat rancangan awal yang diperlukan dalam menentukan

keputusan mengenai pemilihan dan pembentukan dasar bahasa. Usaha-usaha ini dilakukan

setelah sebuah bahasa itu telah dipilih menjadi bahasa kebangsaan. Pelaksanaan melibatkan

 pengekodan norma dan usaha penyebaran kod-kod ini. Penilaian pula akan melibatkan

 penafsiran terhadap hasil dari kegiatan perancangan dan rancangan pelaksanaannya. Proses

ini melibatkan perancangan dan pembinaan bahasa dan akan memberi maklum balas kepada

agensi berkenaan mengenai aktiviti tersebut. Budaya sesuatu masyarakat bahasa akan

 berubah mengikut perkembangan dan keperluan masa. Ini akan menghasilkan perkembangan

 bahasa masyarakat tersebut. Perkara yang berlaku ialah satu kitaran baru di dalam proses

 perancangan bahasa akan bermula, iaitu penentuan norma, pengekodan dan penyebaran akan

 berlaku seperti model berikut:

Penyebaran

Pengenalpastian

norma awal

Pengekodan

Pengenalpastia normaMasyarakat bahasa

Perubahan bahasa dan budaya

Perancangan Bahasa

Jenis Perancangan Bahasa

Ada beberapa aktiviti yang telah dijalankan di dalam perancangan dan pelaksanaan

 perancangan bahasa. untuk melihat aktiviti-aktiviti yang dilakukan, kita akan melihat

 beberapa contohnya. Karam juga telah menggolongkan beberapa jenis aktiviti perancangan

 bahasa tersebut seperti berikut:

1. Pembinaan satu dialek atau bahasa untuk menjadi bahasa kebangsaan seperti yang berlaku

di Indonesia (Melayu), Filipina (Tagalog), dan Malaysia (Melayu) dan Norway (Landsmal).

Page 8: Assignment Sosiolinguistik

8/9/2019 Assignment Sosiolinguistik

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-sosiolinguistik 8/10

2. Pembinaan semula bahasa kuno yang sudah luput dan menjadikannya bahasa kebangsaan

seperti di Ireland (Gaelik) dan Israel (Hebrew).

3. Pembendungan, atau penyatuan rasa dan ketaatan yang bercanggah terhadap bahasa seperti

di Norway dan India.

4. Perubahan yang dilakukan secara besar-besaran, dan biasanya ini melibatkan misalnya

 penukaran atau pembetulan abjad dan pengembangan dan pembaikan kosa kata (peristilahan)

seperti kes Turki.

5. Aktiviti yang dikawal atau terancang yang hanya melibatkan pembentukan istilah seperti di

Mesir, Jenpun dan Korea.

6. Aktiviti dan cadangan yang melibatkan pembaikan abjad seperti kes di China, Jepun dan

India.

Kesimpulan

Proses perancangan bahasa ini adalah terbit daripada falsafah yang menganggap bahawa

 bahasa itu adalah lakuan manusia yang serupa dengan alat. Sesuatu alat boleh dirancangkan

untuk diperbaiki, dan sesuatu alat itu boleh diperbaiki dari segi ejaannya, tatabahasanya,

istilahnya, dan penggunaan bahasa itu secara umumnya untuk menjadi lebih efisien. Ini berpandukan kepada norma ideal yang telah dikenal pasti dan dikodkan. Negara Malaysia,

memang terlibat secara langsung di dalam hal ini untuk lebih daripada tiga puluh tahun lalu.

Sebenarnya usaha merancangkan bahasa Malaysia ini berlaku begitu pesat sekali sehingga

menimbulkan banyak perubahan kepada bahasa Malaysia. Pendek kata, Malaysia terlibat di

dalam semua peringkat perancangan bahasa, dan melakukan semua aktiviti yang

dibincangkan di atas. Banyak kebaikan dan masalah yang turut timbul. Dalam hal ini

Malaysia dapat menjadi satu model perancangan bahasa di dunia. Oleh itu proses-proses ini

 perlulah dicatatkan demi untuk memahami falsafah dan aktiviti yang dilakukan untuk 

memenuhi tujuan tersebut.

 Posted by Prof. Emeritus Abdullah Hassan, MA (Mal), Ph.D. (Edin) at 9:28 AM  0 COMMENTS:

Post a Comment 

Newer Post Older Post Home 

Page 9: Assignment Sosiolinguistik

8/9/2019 Assignment Sosiolinguistik

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-sosiolinguistik 9/10

Subscribe to: Post Comments (Atom) 

My Blog List

Followers

Blog Archive

y  2007 (39)

o  July (16)

  PELAJAR BERDAFTAR dan REKOD KEHADIRAN KULIAH

menur... 

  PROSEDUR MENYERAHKAN TUGASAN 

  1. RANCANGAN INSTRUKTUSIONAL 

  2. Pendahuluan Sosiolinguistik ( 9 Julai 2007)  

  3. Definisi Bahasa (12 Julai 2007) 

  . Maksud K omunikasi 

  5. K omunikasi Bukan Lisan 

  MAKLUMAT PENTING 

  MAKLUMAT PENTING 

  PEMBERITAHUAN 26 Julai 2007 

  PEMBERITAHUAN 26 Julai 2007 

  Pemberitahuan 27 Julai 2007  

  Tugasan belum dihantar: 30 Julai 2007  

  6. Bahasa R ojak dan Karisma Penutur 

  7. Hipotesis Defisit Bahasa 30 Julai 2007 

  8. Defisit Bahasa 30 Julai 2007 

o  August (18)

  9. Dialek Geografi 

  10. Dialek Sosial 

  11. Pergeseran Bahasa 

  12. Sapir-Whorf Hypothesis 

  13. Malek Bennabi 

  14. Bahasa dan Pemikiran 

Page 10: Assignment Sosiolinguistik

8/9/2019 Assignment Sosiolinguistik

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-sosiolinguistik 10/10

  15. Unsur Budaya dalam K omunikasi 

  16. Bahasa dan HimpunanMemori Melayu 

  17. Bahasa Ekspresi dan Nilai Budaya Melayu 

  18. Tatabahasa Sosial 

  Jadual yang rosak  

  Kuliah Rabu 22 Ogos 2007 Batal  

  24 Ogos 2007 

  24 Ogos 2007 Bahan bacaan tambahan  

  24 Ogos 2007 Tugasan  

  Language Planning  

  Teori Perancangan Bahasa  

  Profil penduduk dan bahasa  

o  September (4)

  Pergeseran bahasa 

  Perancangan Bahasa 

  Perancangan Unsur Bahasa 

  Kuliah Isnin 10 September 2007 dibatalkan 

o  October (1)

  10 Oktober 2007