sosiolinguistik bbm3204

29
SOSIOLINGUISTIK BBM3204 Dr. Norazlina Hj. Mohd Kiram [email protected] 0192161174 1

Upload: lita

Post on 24-Feb-2016

322 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

SOSIOLINGUISTIK BBM3204. Dr. Norazlina Hj . Mohd Kiram [email protected] 0192161174. PERANCANGAN BAHASA (LANGUAGE PLANNING) . - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

1

SOSIOLINGUISTIK

BBM3204

Dr. Norazlina Hj. Mohd [email protected]

0192161174

Page 2: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

2

PERANCANGAN BAHASA (LANGUAGE PLANNING)

E. Haugen (1959) menyatakan, perancangan bahasa merangkumi usaha-usaha yang dijalankan oleh jawatankuasa bahasa/tertentu, untuk penyuburan bahasa, pembinaan, pengubahsuaian dan pembakuan terhadap sesuatu bahasa.

Rubin dan Jernudd (1971) menyatakan, perancangan bahasa sebagai usaha-usaha secara tersusun yang diarahkan kepada perubahan yang difikirkan dan ditimbangkan secara teliti mengenai kod bahasa atau pertuturan atau kedua-keduanya sekali.

Page 3: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

3

PERANCANGAN BAHASA (LANGUAGE PLANNING)

Puteri Roslina Abdul Wahid (2010) menyatakan:

Perancangan bahasa ialah usaha untuk mempertingkatkan komunikasi dengan cara mengkaji hubungan antara pengguna bahasa atau mencipta satu situasi bahasa.

Perancangan bahasa merupakan pembangunan matlamat, objektif dan strategi untuk mengubah cara penggunaan bahasa dalam sesebuah masyarakat atau komuniti.

Page 4: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

4

ISTILAH LAIN

Antaranya:- Perancangan Bahasa- Pembinaan Bahasa- Politik Bahasa- Pengurusan Bahasa- Perawatan Bahasa- Pemupukan Bahasa- Penjuruteraan Bahasa

Page 5: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

5

Perancangan bahasa merangkumi dua komponen penting, iaitu:

i. Perancangan taraf/statusii. Perancangan Korpus

i. Perancangan taraf/status- Meliputi kedudukan sesuatu bahasa dalam

hubungannya dengan bahasa lain dalam sistem pemerintahan.

- Memberi pertimbangan kepada beberapa faktor seperti identiti kebangsaan, pengetahuan bahasa, prestij kebangsaan, dan penyertaan bangsa dalam dua antarabangsa (Asmah, 1987).

Page 6: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

6

- Dikaitkan dengan perancangan dasar bahasa, iaitu menetapkan peranan yang dipegang oleh sesuatu bahasa dalam sesebuah negara.

- Fernando Penalosa (1981) memetik pandangan Heinz Kloss bahawa terdapat enam unsur, iaitu:

i. Dasar bahasa rasmi yang tunggalii. Dasar bahasa rasmi yang mengandungi lebih daripada

satu bahasa.iii. Bahasa rasmi di negeri bahagian (regional official

language)seperti bahasa Ibo di Nigeria Timur dan bahasa tamil di Tamil Nadu.

iv. Bahasa yang dinaikkan taraf (promoted language).v. Bahasa yang diizinkan (tolerated language).vi. Bahasa yang dilarang (discouraged language) seperti

bahasa Turki di Asia tengah semasa pemerintahan Tzar Rusia.

Page 7: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

7

ii.Perancangan Korpus- Perubahan dalam bahasa itu sendiri yang

melibatkan penciptaan perbendaharaan kata yang baharu dan pembakuan atau penstandardan termasuklah sistem ejaan dan tulisan dalam sesuatu bahasa.

- Perancangan korpus berkembang dengan cepat melalui perancangan bahasa. Misalnya: peranan DBP, JKI, IPTA dan sebagainya untuk mengumpul, membentuk dan menyebar luas istilah Bahasa Melayu.

Page 8: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

8

Bahan Korpus Bahasa Melayu

Antara bahan bahasa yang dirancang:

a. Aksara atau tulisanb. Sistem ejaanc. Tatabahasad. Peristilahane. Sebutanf. Ungkapang. Kosa kata dan perkamusanh. Laras

i. Wacanaj. Kesusasteraank. Pengajaran Bahasa

Page 9: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

9

PERANCANGAN DASAR BAHASA (TARAF BAHASA/STATUS BAHASA)

Perancangan Dasar Bahasa mengandungi 2 komponen, iaitu:

i. Dasar Bahasaii. Pemilihan Bahasa

Page 10: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

10

1. DASAR BAHASA

- Undang-undang berkaitan penggunaan bahasa yang dirangka dan dilaksanakan dalam sesebuah komuniti bahasa.

- Dibentuk untuk dipatuhi.- Walau bagaimanapun tidak seperti undang-

undang lain (jenayah), undang-undang kebahasaan tidak dikenakan hukuman jika tidak dipatuhi.

Page 11: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

11

Disebabkan undang-undang kebahasaan merupakan bahagian kecil daripada undang-undang sesebuah negara, maka undang-undang ini ditetapkan oleh kelompok yg terbabit dengan penentuan dasar sesebuah negara.

Jarang libatkan ahli linguistik, kecuali jika ahli berkenaan secara kebetulan seorang ahli linguistik.

Page 12: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

12

Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana diperuntukkan dengan undang-undang Parlimen dengan syarat bahawa:

a. Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan drp menggunakan (bagi apa-apa maksud, lain drp maksud rasmi), atau drp mengajar atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan

Bahagian 12 (Perkara 152) Perlembagaan Malaysia

Page 13: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

13

b. Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dlm Persekutuan.

Page 14: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

14

ABK 1967 yang menggabungkan ABK 1963 dan ABK 1967 – bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud-maksud rasmi, kecuali dalam kes-kes tertentu spt undang-undang yg sedia tertulis dalam BI, perhubungan dengan dunia luar, dan sebagainya.

Akta (Pindaan ) Perlembagaan 1971 – status BM sebagai bahasa kebangsaan Malaysia tidak boleh dipersoal. Sesiapa membangkitkan isu tersebut boleh dituduh melakukan kesalahan di bawah Akta Hasutan. Diadakan utk mengelakkan berulangnya tragedi 13 Mei 1969.

Page 15: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

15

Berdasarkan Perkara 152 Perlembagaan Malaysia, bahasa Melayu diberikan 3 fungsi utama;

1. Sebagai bahasa kebangsaan2. Sebagai bahasa rasmi3. Sebagai bahasa pengantar pendidikan

Page 16: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

16

Pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan disebabkan:

1. Bahasa Melayu merupakan bahasa lingua franca.2. Bahasa Melayu mempunyai ciri-ciri sejarah,

keetnikan, autonomi dan daya hidup.3. Bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang

besar.

4. Bahasa Melayu dapat diterima sebagai lambang jati diri bangsa Malaysia.

Page 17: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

17

1. BM sebagai Bahasa Kebangsaan

Lambang negara, spt lagu/bunga kebangsaan.

Lambang perpaduan rakyat Malaysia. Jati diri, nilai bersama, perasaan kebangsaan. Menyatupadukan pelbagai kaum, pelbagai

dialek. Lambang pemisah dengan negara lain yg

tidak menggunakan bahasa Melayu.

Page 18: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

18

2. BM sebagai Bahasa Rasmi

Bahasa untuk situasi rasmi. Berlaku sama ada secara lisan dan tulisan. Sebelum 1957 BI dan BM digunakan sebagai

bahasa rasmi. Akta 152 (Perlembagaan Malaysia)

menetapkan bahawa selepas 10 tahun merdeka BM merupakan bahasa rasmi tunggal di Malaysia.

Page 19: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

19

Pelaksanaan BM sebagai bahasa rasmi dilaksanakan secara makro dan mikro.

Makro: melibatkan penguatkuasaan undang-undang

penggunaan BM standard dlm pentadbiran awam, sistem perundangan dan kehakiman, sistem pendidikan dan urusan rasmi lain seperti dokumen, nama jabatan, papan tanda, borang rasmi, media massa, media cetak dan sebagainya.

Mikro:pengembangan dan pembinaan BM dlm sistem pendidikan secara khusus (peranan DBP dan KPM).

Page 20: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

20

3. BM sebagai bahasa pengantar pendidikan Perantara utk menyampaikan ilmu di IPTA atau

IPTS. Memenuhi konsep dan peranan bahasa rasmi. Intisari Dasar Pendidikan Kebangsaan

mewujudkan masyarakat bersatu padu melalui sistem pendidikan yg menjadikan BM sebagai bahasa pengantar.

Laporan Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1961) – mengesyorkan sukatan pelajaran sama dan BM dijadikan bahasa pengantar di sekolah hingga ke IPT.

Page 21: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

21

4. Kedudukan dan fungsi bahasa-bahasa lain

Bahasa lain bebas digunakan selain konteks yang memerlukan penggunaan bahasa kebangsaan.

Tamil, Mandarin, Kadazan, Iban, bahasa Inggeris dan sebagainya.

Page 22: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

22

2. PEMILIHAN BAHASA

i. Proses memilih bahasa atau kelainan bahasa utk memegang fungsi utama bahasa dlm sesebuah negara.

ii. Pemilihan terbahagi kpd 3 jenis (Fishman, 1969) ; jenis A, B, C.

Page 23: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

23

i. Bahasa Jenis A

Istilah - amodal, tanpa tolok Tiada tradisi sosiobudaya(sejarah, budaya, adat resam,

norma masyarakat lain)/tradisi politik yang cukup agung.

Pilih bahasa penjajah (jika negara tersebut pernah dijajah).

Tidak pertimbang faktor semangat kebangsaan tetapi faktor keperluan utk menggerakkan aktiviti pada peringkat negara (nasionalisme.)

Contoh, negara di benua Afrika (Ghana, Zambia, Tanzania)

Page 24: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

24

ii.Bahasa Jenis B

Istilah - unimodal, ekatolok Mempunyai tradisi sosiobudaya(sejarah,

budaya, adat resam, norma masyarakat lain)/tradisi politik yg cukup agung – dapat dijadikan asas utk membentuk lambang khusus bagi merujuk negara berkenaan.

Pilih bahasa - lazimnya bahasa bumiputera/bahasa penduduk asal.

Contoh: Malaysia

Page 25: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

25

iii.Bahasa Jenis C Istilah - multimodal, pelbagai tolok Mempunyai beberapa tradisi

sosiobudaya(sejarah, budaya, adat resam, norma masyarakat lain) yang agung dan munasabah untuk dipilih sebagai tradisi utama.

Pilih SATU bahasa sebagai bhs kebangsaan - manakala bahasa-bahasa lain dijadikan bahasa rasmi.

Contoh: Singapura, India

Page 26: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

26

Negara endoglosik:Negara yang guna bahasa bumiputera sebagai bahasa kebangsaan.

Negara eksoglosik:Negara yang guna bahasa dari luar sebagai bahasa kebangsaan.

Page 27: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

27

PROFIL SOSIOLINGUISTIK

- Ferguson (1966), “a special summary description of the language situation based in part of on a series of indices and classifications”.

- Huraian terhadap fungsi sosiolinguistik sesebuah komuniti bahasa akan memperoleh profil sosiolinguistik komuniti bahasa berkenaan.

Page 28: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

28

FUNGSI UTAMA BAHASA DALAM PROFIL SOSIOLINGUISTIK FERGUSON

Fungsi Ciri

Bahasa Major

Bahasa Minor

Bahasa berstatus istimewa

Satu daripada ciri berikut:

- Dituturkan sebagai bahasa ibunda oleh lebih daripada 25% penduduk…-Bahasa rasmi negara.-Bahasa pendidikan di lebih daripada 50% sekolah menengah rendah.

- Dituturkan sebagai bahasa ibunda oleh tidak lebih daripada 25% penduduk…-Digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah dan mempunyai buku teks.

- Digunakan secara meluas untuk tujuan keagamaan.-Digunakan secara meluas dalam kesusasteraan.-Menjadi bahasa utama kepada golongan utama tertentu.- Digunakan oleh sekelompok penutur.

Page 29: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

29

PERENCANAAN PERANCANGAN BAHASA

Amat Juhari Moain menyatakan terdapat tiga perkara asas dalam perencanaan bahasa, iaitu:

1. Tenaga pakar2. Institusi-institusi pelaksana3. Sumber kewangan