assgnment immunohematologi (2011)

4

Click here to load reader

Upload: adibah-kassim

Post on 26-Jul-2015

152 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assgnment immunohematologi (2011)

KOLEJ PTPL SHAH ALAM

IMUNOHEMATOLOGI KLINIKAL I HBD 1282

TUGASAN: RHESUS IMUN GLOBULIN

NAMA :ADIBAH KASSIM

NO.ID :1012010061189

INTAKE : JUN (04) 2010

PENSYARAH: CIK NURAISYAH

Page 2: Assgnment immunohematologi (2011)

Rhesus Imun Globulinpakah yang dimaksudkan dengan Rhesus Imun Globulin? A

Rhesus imun globulin yang juga dikenali sebagai RhoGAM (vaksin) dan ianya merupakan antibodi jenis IgG dan diperolehi daripada Plasma ataupun dibuat secara komersial.

Ciri-Ciri IgG:

‘Warm antibody’Agglutinasi dalam media koloidAktivasi in vitro pada suhu 37oC Hemolisis in Vitro

.Merupakan sejenis protein yang berupaya bergabung dengan sel darah merah pada fetus

yang mempunyai faktor Rhesus positif (kehadiran

Antigen D pada permukaan sel darah merah) untuk

mengelakkan ianya dikenali sebagai benda asing

dalam tubuh dalam masa yang sama mengelakkan

tindakan imuniti berlaku ke atas sel darah tersebut

yang mampu membahayakan fetus tersebut.

RhoGAM ini melindungi fetus yang mempunyai Rh

positif daripada ibu yang mempunyai Rhesus negatif.Kebiasaannya RhoGAM akan diberi

pada minggu ke 28 atau 29.Ianya diberi sebaik sahaja proses bersalin .Tindakan ini mampu

mengelakkan penyakit Rhesus.Sekiranya,Seorang wanita tersebut yang ber Rhesus negatif

melahirkan seorang anak yang mempunyai Rhesus positif suntikan RhoGAM akan diberikan

untuk mengelakkan sistem imunnya menyerang anak yang dikandungnya untuk kali kedua.

Rho(D) Imun Globulin pertama kalinya telah diperkenalkan oleh Ortho-Clinical Diagnostic

dan suntikan RhoGAM telah diberikan kepada seorang wanita pada 29 May 1968 di

Teaneck,NJ.

Fungsi Rhesus Imun Globulin

Page 3: Assgnment immunohematologi (2011)

Rhesus imun globulin ini secara umum berfungsi untuk mengelakkan tindakbalas ‘sensitization’ iaitu penghasilan antibodi spesifik terhadap antigen(Anti-D terhadap Ag-D).

Sekiranya,individu yang mempunyai rhesus negatif dan telah menerima darah yang ber-rhesus positif,sistem imun individu tersebut akan menghasilkan antibodi terhadap Antigen D pada permukaan sel darah merah yang dianggap sebagai benda asing dalam tubuh.

Justeru itu,Rhesus imun Globulin ini dihasilkan untuk bergabung dengan sel darah yang mempunyai Ag-D pada permukaanya mengelakkan menjadi benda asing dalam tubuh.

Berikut merupakan antara fungsi Rhesus Imun Globulin:-

Melindungi fetus yang mempunyai rhesus postif daripada sistem imun ibu yang mempunyai rhesus negatif.Mengelakkan pembentukkan Anti-D oleh tubuh badan sendiri.Berkesan dalam rawatan Immune Thrombocytopenic Purpura (ITP).

Mengelakkan Erythroblastosis Fetalis pada fetus yang dikandung.Mengelakkan ‘isoimmunization’(penghasilan antibody spesifik terhadap antigen –Anti-D terhadap Ag-D)

Cara tindakan Rhesus Imun Globulin

Rhesus Imun Globulin mengandungi antibodi terhadap faktor Rhesus.Antibodi rhesus ini akan memusnahkan darah yang mempunyai rhesus positif daripada bayi yang masuk kedalam sistem peredaran darah ibunya secara tidak sengaja.Bagi yang memperoleh darah faktor rhesus positif melalui transfusi darah,Rhesus imun globulin ini akan bertindak sebagai ‘antibodi’ sebelum antibodi dihasilkan oleh tubuh badan.Rhesus imun globulin dipercayai bertindak sebagai ‘antibody’ untuk mengelakkan antibodi dihasilkan oleh tubuh.

Bagaimana Antibodi rhesus boleh terbentuk?

Antibodi Rhesus terbentuk apabila wujud kehadiran faktor Rhesus positif dalam darah.Sistem imun akan menganggap kemasukan faktor ini sebagai benda asing maka tindakan imuniti akan dihasilkan terhadap faktor rhesus tersebut. Seperti pembentukan antibodi spesifik terhadap antigen asing tersebut.Antibodi yang dihasilkan ini merupakan jenis IgG.