assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.docx

22
PENGHARGAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Alhamdulillah ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini mengikut tempoh masa yang diberikan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengajar terutamanya penyelaras saya iaitu Puan Hamidah binti Ishak yang telah banyak memberi sokongan dan dorongan serta tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada Puan Norulmumtazah binti Johar selaku pengajar kepada subjek NPDM 3222 kerana telah banyak mengajar cara untuk menyiapkan tugasan ini mengikut format yang ditetapkan. Dan yang paling banyak membantu saya dalam menjayakan tugasan ini ialah penyelia saya Puan Norhafiza Binti Borhan kerana beliau telah banyak meluangkan masa untuk memberi bimbingan agar tugasan ini berjalan dengan lancar. Akhir kata, ucapan terima kasih kepada ahli keluarga saya dan setiap individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu tugasan ini. Semoga sumbangan yang diberi oleh mereka semua akan mendapat ganjaran yang baik oleh Allah SWT. Sekian terima kasih. 1

Upload: nickzaid

Post on 23-Dec-2015

1.693 views

Category:

Documents


66 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.docx

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Alhamdulillah ke

hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan

ini mengikut tempoh masa yang diberikan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima

kasih kepada para pengajar terutamanya penyelaras saya iaitu Puan Hamidah binti

Ishak yang telah banyak memberi sokongan dan dorongan serta tunjuk ajar dalam

menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada Puan

Norulmumtazah binti Johar selaku pengajar kepada subjek NPDM 3222 kerana

telah banyak mengajar cara untuk menyiapkan tugasan ini mengikut format yang

ditetapkan. Dan yang paling banyak membantu saya dalam menjayakan tugasan ini

ialah penyelia saya Puan Norhafiza Binti Borhan kerana beliau telah banyak

meluangkan masa untuk memberi bimbingan agar tugasan ini berjalan dengan

lancar. Akhir kata, ucapan terima kasih kepada ahli keluarga saya dan setiap

individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu tugasan

ini. Semoga sumbangan yang diberi oleh mereka semua akan mendapat ganjaran

yang baik oleh Allah SWT. Sekian terima kasih.

1

Page 2: Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.docx

PENGENALAN “REFLECTIVE PRACTICE”

Menurut Clarke dan Croft, (1998) mendefinisikan Reflective Practice adalah

keupayaan untuk seseorang melihat kembali kepada tingkah laku professional dan

praktik dengan tujuan untuk menambahbaikan. Menurut Ahmad A (2012) Reflective

Practice merupakan satu aspek penting dalam perawatan bidang kejururawatan. Ia

merujuk kepada keupayaan seseorang jururawat untuk mengimbas kembali sesuatu

kejadian atau peristiwa dan membuat kesimpulan sambil belajar melalui kejadian

tersebut. Reflective Practice juga merupakan satu cara untuk meneroka dengan

lebih lanjut tentang persepsi atau pandangan seseorang. Amalan reflektif

menunjukkan pentingnya pengajian dari pengalaman setelah berfikir mengenainya

dan mengaitkan pengalaman praktikal bagi pendekatan-pendekatan pembelajaran

teori.

Amalan Reflective Practice ini juga penting dalam profesion kejururawatan

kerana ia dapat meningkatkan mutu kerja seseorang individu dengan cara mengikut

prosedur manual yang standard dan menggalakkan pemikiran yang lebih kritis serta

dapat memartabatkan lagi profesion kejururawatan.

Kesimpulannya, menggunakan amalan reflektif sebagai satu kaedah latihan

dalam pendidikan kejururawatan merupakn sesuatu yang penting bagi meningkatkan

kualiti penjagaan dan perkhidmatan kejururawatan.

2

Page 3: Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.docx

“AREAS OF POTENTIAL LIABILITY IN NURSING”

Dewasa ini sering terdapat pelbagai aduan berkenaan kualiti penjagaan dan

perawatan yang semakin merosot dalam kalangan anggota atau staf kesihatan

kepada masyarakat. Ia melibatkan kes negligence khususnya kecuaian yang

dilakukan oleh jururawat semasa berada di wad. Selain itu, pelbagai insiden juga

boleh berlaku contohnya medication error, tidak melakukan penjagaan pesakit

dengan sempurna, membuat laporan yang tidak betul semasa menjalankan tugas

dan sebagainya.

A.NEGLIGENCE

Negligence adalah perlakuan kecuaian yang dilakukan oleh golongan

profesional yang menyalahi peraturan yang telah ditetapkan oleh undang-undang

atau amalan yang di bawah standard penjagaan/standard of care. Menurut Dewit

S.C (2009). Negligence ialah seseorang gagal melakukan sesuatu tugasan dengan

sempurna dan tidak mengikut standard of procedure (SOP) dan membuat

keputusan tanpa berdasarkan undang-undang yang telah ditetapkan.

3

Page 4: Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.docx

Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Croke E. M (2003) dimana terdapat 6

faktor penyebab negligence berlaku dikalangan jururawat. Antaranya ialah:

1. Kegagalan untuk mengikuti standard of procedure (SOP) dalam melakukan

perawatan kepada pesakit.

2. Kegagalan dokumentasi perawatan dan penjagaan dalam Bed Health Ticket

(BHT) pesakit dan medication chart dengan dengan betul.

3. Kegagalan dalam penjagaan peralatan dalam wad dengan

bertanggungjawab. Contohnya kehilangan peralatan Central Sterile Service

Department (CSSD) setelah digunakan.

4. Kegagalan untuk berkomunikasi dengan doktor, rakan sekerja dan pesakit

dengan berkesan.

5. Kegagalan untuk melakukan penilaian dan pemantauan dalam menjalankan

penjagaan dan perawatan kepada pesakit.

6. Kegagalan untuk bertindak sebagai advocate/penasihat kepada pesakit.

B.MALPRACTICE

Kesalahan yang dilakukan oleh seorang profesional semasa melakukan

tugasnya dengan melanggar “standard of practice” atau tidak mengikut

piawaian profesional yang telah dipelajari semasa latihan. Manakala,

menurut Fergusson R. BA dan Stibbs A.BA (2008). Malpractice ialah

kelakuan atau perkhidmatan yang kurang memuaskan dari segi penjagaan

dan perawatan yang diberikan oleh seseorang yang profesional kepada

pesakitnya.

4

Page 5: Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.docx

C.UNPROFESSIONAL CONDUCT

Pengurusan yang tidak profesional adalah pengurusan yang boleh

menjejaskan kesihatan dan kebajikan orang awam. Keadaan ini juga boleh

menyebabkan pesakit hilang keyakinan kepada perawatan kejururawatan.

Contohnya, kegagalan jururawat untuk mengamalkan teknik aseptic

berdasarkan standard of procedure (SOP) yang telah ditetapkan. Contohnya,

semasa jururawat melakukan pencucian luka ke atas pesakit.

5

Page 6: Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.docx

DESCRIPTION

Pada 2 Februari 2015, saya bekerja shift pagi di wad Z iaitu wad medical

lelaki di hospital A berlaku sebuah insiden yang tidak dapat saya lupakan sehingga

ke hari ini. Pada hari tersebut saya bersama 4 orang lagi rakan telah hadir ke wad

seperti biasa untuk menjalankan tugas saya sebagai Jururawat Pelatih.

Memandangkan dalam wad tersebut terdapat 5 cubicle, kami telah mengambil

tugasan untuk menjaga 1 cubicle seorang. Saya ditugaskan untuk menjaga cubicle

acute yang mempunyai 4 orang pesakit yang tidak sedarkan diri dan semua pesakit

tersebut memakai tiub nasogastrik ( ryle’s tube).

Pada hari tersebut keadaan wad terlalu sibuk tambahan lagi Jururawat Terlatih

yang bertugas bersama saya di cubicle acute tersebut tidak bekerjasama dengan

membiarkan sesuatu prosedur dilakukan oleh saya seorang tanpa dibantu olehnya.

Jam menunjukkan pukul11 pagi dan saya sedar akan tugas saya iaitu perlu

memberikan cecair nutrien (feeding) kepada pesakit. Memandangkan keperluan di

wad tidak mencukupi seperti tray saya terpaksa menunggu giliran untuk

mendapatkan tray tersebut daripada rakan. Saya mendapat tray tersebut pada jam

12 tengah hari dan dengan kadar segera saya membancuh susu untuk diberikan

kepada pesakit. Prosedur pemberian feeding kepada 3 orang pesakit telah saya

lakukan mengikut standard of procedure(SOP) seperti memposisikan pesakit

dengan betul, aliran tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan dan menguji bunyi

melalui steteskop yang menandakan ryle’s tube berada dalam gaster.

6

Page 7: Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.docx

Saya meneruskan pemberian feeding kepada pesakit yang terakhir iaitu pesakit B

yang didiagnoskan mengalami hospital acquired pneumonia(HAP), cerebral

vascular accident(CVA), dan end stage renal failure(ESRF). Keadaan pesakit B

tidak sedarkan diri menyebabkan saya susah untuk melakukan prosedur pemberian

feeding tambahan pula pesakit B berbadan besar dan saya tidak berupaya untuk

mengangkat atau membetulkan kedudukan posisinya. Saya cuba untuk meminta

bantuan Jururawat Terlatih dan juga rakan tetapi kesemua mereka sibuk dengan

tugas masing-masing. Saya telah mengambil keputusan untuk melakukan

pemberian feeding dengan tidak mengikut SOP iaitu saya tidak prop-up pesakit dan

memberi feeding dalam keadaan pesakit sedikit lateral. Saya juga tidak menguji

bunyi menggunakan steteskop dimana saya hanya menguji dengan aspirate cecair

gaster sahaja disebabkan saya ingin mengejar masa untuk menyelesaikan tugas

yang lain sebelum jam 2 petang.

7

Page 8: Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.docx

Kesan daripada tindakan saya itu, menyebabkan kadar oksigen (SPO2) pesakit

menurun kepada 85% via ventilator. Selain itu keadaan am pesakit cyanosis yang

menunjukkan pesakit B mengalami sesak nafas(dyspnea). Dengan kadar segera

saya meminta bantuan rakan untuk memposisikan pesakit B secara prop-up.

Setelah itu, saya melakukan pemerhatian terhadap SPO2 pesakit B iaitu telah

meningkat sebanyak 93% dan seterusnya 96% manakala keadaan am pesakit B

kembali normal dan tiada cyanosis.

Setelah selesai pemberian feeding, saya diarahkan untuk berjumpa dengan Clinical

Instructure (CI) yang merupakan penilai saya sepanjang saya klinikal di wad tersebut

dimana beliau telah memerhati prosedur pemberian feeding yang telah saya lakukan

tanpa saya sedari. Beliau telah memarahi saya diatas kecuaian tersebut. Salah

satunya ialah tidak membetulkan posisi pesakit kepada prop-up. Beliau

mengarahkan saya supaya memberikan surat penjelasan ( EL ) kepadanya diatas

kecuaian saya sebagai tanda amaran. Saya meminta maaf kepada CI dan berjanji

akan melakukan prosedur mengikut SOP dan membuang sikap mementingkan diri

sendiri. Dengan budi bicara, beliau tidak mengenakan tindakan terhadap saya

termasuk EL kerana keadaan pesakit B kembali stabil.

8

Page 9: Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.docx

FEELING

SEMASA

Berasa serba salah terhadap pesakit B kerana tidak mengamalkan standard of

procedure (SOP) ketika memberi perawatan terhadapnya disebabkan ingin

mengejar masa berikutan banyak lagi tugas yang hendak dilakukan sebelum pulang.

Selain itu, perasaan takut apabila menyedari bacaan kadar oksigen dalam darah

(SPO2) pesakit B menurun sebanyak 85% dan pesakit B telah mengalami sesak

nafas (dyspnea). Selain itu juga, perasaan bimbang sekiranya tindakan yang

dilakukan iaitu dengan mengubah posisi pesakit B dalam keadaan prop-up tidak

dapat menyelamatkan nyawa pesakit B pada waktu itu.

Sikap sambil lewa dan suka mengambil jalan yang singkat dalam melakukan

tugasan yang diamanahkan akan menjatuhkan profesion sebagai seorang jururawat.

9

Page 10: Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.docx

SELEPAS

Berasa sangat simpati dan empati kepada pesakit B kerana tidak mengamalkan

SOP ketika memberi perawatan kepadanya telah menyebabkan pesakit B

mengalami kekurangan bekalan oksigen dimana pesakit B telah mengalami

dyspnea.

Daripada insiden yang berlaku perasaan keinsafan timbul dalam diri saya kerana

telah mengajar sesuatu agar lebih membuka minda dan critical thinking dalam

melakukan pemberian feeding kepada pesakit. Tambahan pula, dengan

pengetahuan dan kemahiran yang saya miliki selama sesi pembelajaran selama 3

tahun ini hendaklah digunakan dengan sebaiknya untuk memberi perawatan dan

penjagaan kepada setiap pesakit dengan baik dan bermutu tinggi pada masa akan

datang.

10

Page 11: Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.docx

EVALUATION

Terdapat pelbagai penilaian yang boleh kita ambil daripada insiden yang telah

berlaku iaitu baik dari segi positif atau negatif. Daripada insiden ini dapatlah kita

belajar daripada kesilapan dan menjadi ingatan daripada pengalaman yang lepas.

Selain itu, kejadian ini juga membentuk satu nilai moral atau contoh akan

kepentingan profesion kejururawatan dalam pemberian perawatan dan penjagaan

yang sempurna kepada pesakit. Sebarang kesilapan dari pihak saya sendiri telah

mendatangkan kemudaratan kepada keadaan pesakit dimana pesakit B telah

mengalami dyspnea.

KESAN POSITIF

Banyak penilaian positif yang boleh kita ambil daripada insiden ini dimana saya

boleh elakkan daripada melakukan tindakan yang sama pada masa akan datang.

Saya hendaklah menerapkan proses kejururawatan semasa memberi perawatan

dan penjagaan kepada pesakit. Insiden ini telah memberi kesedaran kepada saya

untuk bersikap lebih berdisiplin dimana saya lebih akauntabiliti terhadap tugas yang

diamanahkan dan kesedaran akan kepentingan standard of procedure (SOP)

supaya tidak memudaratkan kesihatan pesakit.

11

Page 12: Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.docx

KESAN NEGATIF

Daripada insiden yang berlaku terdapat juga beberapa penilaian yang negatif yang

boleh dijadikan pengajaran sebagai panduan kepada saya untuk membaiki diri saya

yang serba kekurangan ini.

Antaranya ialah saya telah menjalankan penjagaan dan perawatan secara sambil

lewa terhadap pesakit. Ini bermakna saya telah melanggar satu kod kelakuan

profesional jururawat yang terkandung dalam LJM akta 2 iaitu mengabaikan

tanggungjawab profesional dimana tidak menjalankan tugas penjagaan ke atas

pesakit dengan sempurna dan kegagalan menurunkan tanggungjawab untuk

menggunakan rawatan yang munasabah. Contohnya dalam insiden yang berlaku,

saya telah melanggar prinsip SOP semasa melakukan pemberian cecair nutrien

(feeding) kepada pesakit.

Saya juga berasa bersalah kepada pesakit tersebut kerana gagal dalam

memberikan perkhidmatan yang sempurna kepadanya. Akhirnya, segala

pengalaman dan kesilapan yang berlaku dijadikan pengajaran dan teladan samada

baik mahupun buruk untuk membaiki diri sendiri agar tidak mengulangi kesilapan

yang sama pada masa akan datang. Hal ini kerana kecuaian yang berlaku akan

mengurangkan keyakinan kepada masyarakat untuk mendapatkan perawatan di

hospital sekaligus ia akan mencalarkan kerjaya atau profesion sebagai seorang

Jururawat Terlatih.

12

Page 13: Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.docx

ANALISIS

Daripada peristiwa yang berlaku, saya dapat menyatakan bahawa kejadian ini

berlaku akibat daripada kesalahan saya sendiri. Faktor keletihan dan kesibukan di

wad menjadi faktor penyebab berlakunya kejadian ini. Oleh sebab itu, saya perlu

meningkatkan lagi daya pemikiran dan juga perlu mempunyai ilmu pengetahuan

untuk melakukan sesuatu prosedur agar kesalahan seperti ini tidak berulang lagi.

Saya juga tidak mengaplikasikan teori dalam praktis seperti yang diajarkan di

dalam bilik kuliah. Saya sepatutnya meminta bantuan daripada rakan dan juga staf

jika keadaan cubicle yang saya kawal terlalu sibuk dan saya seharusnya bertanya

kepada Jururawat Terlatih atau doktor tentang perawatan pesakit atau jika terdapat

keraguan tentang perawatan yang hendak dilakukan supaya kesilapan dapat

dielakkan.

Kesimpulannya, kesalahan yang saya lakukan boleh dikategorikan sebagai

malpractice iaitu menjurus kepada perawatan yang menyimpang dari yang

sepatutnya dilakukan oleh seseorang profesional. Tindakan yang saya lakukan

boleh dikenakan tindakan undang-undang jika disabitkan kesalahan.

13

Page 14: Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.docx

ACTION PLAN

Berdasarkan kejadian yang berlaku, saya telah mengambil beberapa inisiatif untuk

mengatasi masalah ini dan mengelakkan daripada kejadian ini terus berlaku. Saya

akan melakukan setiap prosedur mengikut standard of procedure (SOP) dan juga

mengikut kaedah yang betul seperti yang diajar oleh tenaga pengajar dan clinical

instructor contohnya saya akan menggunakan senarai semak dengan mengikut

langkah-langkah yang telah ditetapkan dalam melakukan prosedur terutamanya

dalam pemberian larutan nutrien melalui tiub nasogastrik (feeding) .

Sekiranya terdapat keraguan dalam perawatan yang hendak saya lakukan, saya

akan bertanya kepada Jururawat Terlatih untuk mendapatkan kepastian dan saya

akan meminta bantuan rakan untuk mendapatkan kerjasama dalam menangani

sesuatu permasalahan agar dapat mengelakkan kejadian yang sama berulang.

Selain itu, saya perlu merancang masa dengan betul agar setiap tugas dapat

dilakukan secara sistematik dan berkesan. Saya perlu bijak dalam pembahagian

masa dan critical thinking sebelum melakukan sesuatu tindakan.

14

Page 15: Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.docx

RUMUSAN

Kesimpulannya, setelah menyiapkan tugasan ini saya dapat merumuskan

bahawa reflective practice ini amat berguna kepada saya dan kepada para pelatih

yang lain. Reflective practice dapat mengimbas kembali kesalahan yang telah saya

lakukan dan dapat menjadi pengajaran dan iktibar yang berguna supaya kesalahan

yang sama dapat dielakkan.

Pengajaran yang dapat saya perolehi dalam reflective practice ini menjadi

panduan kepada saya supaya melakukan perawatan dengan lebih teliti pada masa

akan datang. Pada pendapat saya, sekiranya kita mengambil pedoman daripada

reflective practice ini, mutu kerja dan perawatan yang diberi terhadap pesakit

menjadi lebih berkesan dan dapat meningkatkan taraf kesihatan pesakit.

Selain itu, pelatih yang lain juga dapat mengambil pengajaran daripada

pengalaman rakan-rakan untuk mengelakkan pelatih melakukan kesilapan yang

sama. Dengan ini, reflective practice ini bukan sahaja dapat mengubah diri saya

malah individu yang lain dalam memantapkan lagi pencapaian dalam bidang

perawatan. Reflective practice ini penting untuk mewujudkan nilai akauntabiliti

dalam bidang kejururawatan.

Kesalahan yang saya lakukan pada hari itu akan saya jadikan pengajaran untuk

mengelakkan ianya berulang pada masa akan datang.

15

Page 16: Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.docx

RUJUKAN

1. Croke E.M (2003). Nurses, Negligence, and Malpractice. Journal of

American Journal Nursing, September 2003.

2. Dewit S.C (2010), Fundamental Concepts and Skills for Nursing Third

Edition. Terbitan Elsevier Inc.

3. Hawkins J.M (2008). Kamus Oxford Fajar Edisi Keempat (dikemaskini).

Terbitan Oxford Fajar Sdn. Bhd.

4. Fergusson R. BA dan Stibbs A.BA (2008). Kamus Jururawat Edisi Kedua.

Terbitan Oxford Fajar Sdn. Bhd.

5. Polisi Hospital 13 Hak Pesakit, Polisi Hak-Hak Dan Tanggungjawab Pesakit

Dan Keluarga, Hospital Tunku Ampuan Najihah. Kementerian Kesihatan Malaysia

(KKM).http//htan.moh.gov.my diakses pada 09.08.2012

6. Clift, R.T, Houstan, W. R, & Pugach, M. C, eds. (1990), Encouraging

reflective practice in education:An analysis of issues and programs. New

York:Teachers College Press.

7. http://www.learningandteaching.info/learning/reflecti.htm

8. http://www.oxbridgewriters.com/essays/nursing/nursing-practice.php

9. http://www.vtaide.com/png/ERIC/Reflective-Practice.htm

16