kenali pelajar anda” : satu tinjauan terhadap · pdf file(komunikasi) di jabatan...

14
LAPORAN PENYELIDIKAN “ KENALI PELAJAR ANDA” : SATU TINJAUAN TERHADAP PELAJAR- PELAJAR PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMUNIKASI) DI JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK BAB 1 PENGENALAN a. Pengenalan Aspirasi National Key Results Areas (NKRA), pendidikan memberi penekanan kepada meningkatkan pencapaian pelajar secara holistik dari segi intelektual, emosi, rohani dan jasmani. Peningkatan pencapaian pelajar pada semua peringkat pendidikan adalah amat krusial untuk membangunkan modal insan yang cemerlang bagi menghasilkan tenaga kerja mahir supaya hasrat Malaysia menjadi negara membangun berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 dapat dicapai. (petikan daripada psbtpnsarawak in 2011, Arkib Berita, Biasiswa/Pinjaman/Bantuan/Insentif, Forum, Kurikulum, Pendidikan Awal, Program, Rencana). “Kenali …” dalam kontek pembelajaran merujuk Kamus Melayu online.com ialah mengetahui tanda-tandanya atau ciri-cirinya. Iaitu, ciri-cirinya yang merujuk kepada gaya pembelajaran setiap pelajar. Manakala gaya pembelajaran (learning styles) menurut Gremli (1996), merujuk kepada cara interaksi individu dengan sistem maklumat atau rangsangan kemudian memproses dan menganalisa maklumat tersebut di dalam otak untuk dijadikan pengetahuan.

Upload: phamthu

Post on 17-Mar-2018

232 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: KENALI PELAJAR ANDA” : SATU TINJAUAN TERHADAP · PDF file(KOMUNIKASI) DI JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK BAB 1 PENGENALAN a. Pengenalan Aspirasi National Key Results Areas (NKRA),

LAPORAN PENYELIDIKAN

“ KENALI PELAJAR ANDA” : SATU TINJAUAN TERHADAP PELAJAR-

PELAJAR PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK

(KOMUNIKASI) DI JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

BAB 1

PENGENALAN

a. Pengenalan

Aspirasi National Key Results Areas (NKRA), pendidikan memberi penekanan

kepada meningkatkan pencapaian pelajar secara holistik dari segi intelektual, emosi,

rohani dan jasmani. Peningkatan pencapaian pelajar pada semua peringkat

pendidikan adalah amat krusial untuk membangunkan modal insan yang cemerlang

bagi menghasilkan tenaga kerja mahir supaya hasrat Malaysia menjadi negara

membangun berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 dapat dicapai. (petikan

daripada psbtpnsarawak in 2011, Arkib Berita, Biasiswa/Pinjaman/Bantuan/Insentif,

Forum, Kurikulum, Pendidikan Awal, Program, Rencana).

“Kenali …” dalam kontek pembelajaran merujuk Kamus Melayu online.com

ialah mengetahui tanda-tandanya atau ciri-cirinya. Iaitu, ciri-cirinya yang merujuk

kepada gaya pembelajaran setiap pelajar. Manakala gaya pembelajaran (learning

styles) menurut Gremli (1996), merujuk kepada cara interaksi individu dengan

sistem maklumat atau rangsangan kemudian memproses dan menganalisa

maklumat tersebut di dalam otak untuk dijadikan pengetahuan.

Page 2: KENALI PELAJAR ANDA” : SATU TINJAUAN TERHADAP · PDF file(KOMUNIKASI) DI JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK BAB 1 PENGENALAN a. Pengenalan Aspirasi National Key Results Areas (NKRA),

b. Latar Belakang Masalah

Setiap orang mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri dan berbeza

secara individu seperti mana cap ibu jari. Seseorang pelajar itu menjadikan proses

pembelajaran sesuatu yang sangat menyeronokkan atau sangat membosankan.

Menjadi tugas dan tanggungjawab setiap pelajar untuk mengamalkan teknik belajar

yang baik untuk menjamin kecemerlangan. Terdapat pelajar yang sangat tekun

belajar tetapi kurang cemerlang dalam prestasi akademiknya, manakala pelajar

yang menggunakan usaha yang sama dan mampu menghasilkan prestasi yang

cemerlang.

Setiap individu dianugerahkan dengan gaya pembelajaran yang berbeza.

Gaya pembelajaran ini amat penting difahami oleh diri sendiri juga orang lain,

kerana mampu menyumbang di dalam mempermudahkan proses pembelajaran.

99% apa yang dipelajari datang daripada deria, iaitu deria penglihatan,

pendengaran, hidu dan rasa juga sentuh. Pelbagai kaedah dicadangkan agar dapat

mengenal potensi diri pelajar dan dapat memahami gaya pembelajaran yang

berkesan. Seterusnya, pencapaian akademik pelajar dapat dipertingkatkan dengan

cemerlang.

c. Pernyataan Masalah

Beberapa persoalan sering bermain difikiran pelajar mahupun pensyarah

semasa menghadapi pembelajaran. Persoalan ini sukar dileraikan sekiranya para

pensyarah tidak mengambil iniasiatif untuk mengenali pelajar masing-masing.

Pelajar-pelajar terlalu sukar memperolehi keputusan yang baik di dalam akademik.

Justeru itu, satu kajian dilakukan untuk mengenali pelajar terhadap gaya

pembelajaran yang dapat mempengaruhi pencapaian akademik mereka. Di antara

persoalan-persoalannya ialah:

Page 3: KENALI PELAJAR ANDA” : SATU TINJAUAN TERHADAP · PDF file(KOMUNIKASI) DI JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK BAB 1 PENGENALAN a. Pengenalan Aspirasi National Key Results Areas (NKRA),

1. Pelajar tidak mengenali siapakah diri mereka sendiri. Maka itu, mereka sukar

menentukan cara pembelajaran yang berkesan.

2. Pensyarah menggunakan pendekatan yang sama kepada semua pelajar

semasa pengajaran dan pembelajaran.

d. Kerangka Konsep

Berikut adalakah garispanduan yang digunapakai didalam membuat kajian ini.

i. Pengiktirafan dan pernyataan masalah

ii. Pemilihan factor dan tahap

iii. Pemilihan kumpulan sasaran ( response variable)

iv. Pemilihan kajian

v. Perlaksanaan kajian

vi. Analisa Data

vii. Kesimpulan dan cadangan

e. Objektif Kajian

Kajian ini telah mengariskan dua (2) objektif iaitu :

1. Mengenali pelajar berdasarkan ciri-ciri gaya pembelajaran.

2. Menentukan tindakan atau pendekatan pembelajaran yang sesuai.

f. Skop / Batasan kajian

Kajian ini melibatkan pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik

(Komunikasi) semester 2 sesi Disember 2010/2011. Jumlah pelajar seramai 113

orang menjadi sampel di dalam kajian ini yang mewakili populasi.

Page 4: KENALI PELAJAR ANDA” : SATU TINJAUAN TERHADAP · PDF file(KOMUNIKASI) DI JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK BAB 1 PENGENALAN a. Pengenalan Aspirasi National Key Results Areas (NKRA),

g. Terminology.

Visual

Visual adalah gaya penbelajaran yang perlu melihat atau menggunakan

deria mata untuk memahami sesuatu maklumat. Sukar untuk ingati nama tetapi

mungkin ingat rupa cenderung untuk menulis atau membuat nota tangan sendiri

semasa proses pembelajaran di dalam kelas. Menghadapi kesukaran untuk

mengingati arah jalan jika diterangkan secara lisan memrlukan kepada

penyusunan grafik, gambar, graf dan peta minda.

Auditori

Auditori adalah merupakan gaya pembelajaran yang menyukai & berasa

selesa belajar atau menerima maklumat dengan mendengar syarahan,

perbincangan dan juga diberi peluang untuk bercakap. Pelajar ini menyukai &

berasa selesa belajar atau menerima maklumat dengan mendengar syarahan,

perbincangan dan juga diberi peluang untuk bercakap , dapat ingati nama lebih

daripada ingati rupa paras , lebih suka berbincang daaripada membaca , mudah

terganggu dengan bunyi. memerlukan kepada berbincang, mendengar, bercakap

dan berkumpulan

Kinesthetic

Kinesthetic adalah gaya pembelajaran pelajar yang memerlukan aktiviti

yang bergerak & mereka juga model yang dipegang dan disentuh (hands on).

Perlu membuat latihan amali dalam usaha untuk memahami apa-apa yang

dipelajari secara teori. Lebih mudah ingat benda yang dilakukan daripada apa

yang dilihat atau didengar, lebih gemar menyertai aktiviti berbanding melihat.

Gemarkan simulasi, drama dan aktiviti luar.Memerlukan kepada simulasi, model,

aktiviti luar dan pembelajaran aktif

Page 5: KENALI PELAJAR ANDA” : SATU TINJAUAN TERHADAP · PDF file(KOMUNIKASI) DI JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK BAB 1 PENGENALAN a. Pengenalan Aspirasi National Key Results Areas (NKRA),

Rumusan

Kajian yang dijalankan adalah untuk mencapai objektif yang telah disasarkan

melalui kaedah kajian yang di buat. Beberapa parameter telah digariskan supaya

merangkumi skop kajian.

Page 6: KENALI PELAJAR ANDA” : SATU TINJAUAN TERHADAP · PDF file(KOMUNIKASI) DI JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK BAB 1 PENGENALAN a. Pengenalan Aspirasi National Key Results Areas (NKRA),

CHAPTER 2

KAJIAN LITERATURE

Menurut Bendler dan Grinder, 1981 (dalam De Porter, 2000: 85):

“kebanyakan pelajar memiliki ketiga-tiga kaedah pembelajaran visual, auditorial

dan kinestetik namun hampir semua orang cenderung pada satu kaedah belajar

sahaja,yang berperanan sebagai saringan untuk pembelajaran, pemerosesan

dan komunikasi”.

Manakala Markov, 1992 (dalam De Porter, 2000: 85) mengatakan “

Seorang pelajar tidak hanya cenderung pada satu kaedah sahaja malah mereka

juga memanfaatkan kombinasi kaedah tertentu”.

Menurut Mohd Najib et. Al (1997), institusi pengajian tinggi mempunyai

tiga fungsi utama, iaitu menyebarkan ilmu, memperkembangkan ilmu dan

memastikan hasilnya bermanfaat untuk negara bagi kegunaan politik dan sosial

ekonomi yang boleh mencorakkan masa depan negara. Bagi merealisasikan

matlamat ini, semua pensyarah perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan

pembelajaran.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dapat dilakukan

apabila setiap pensyarah mengenali setiap orang pelajarnya. Justeru itu,

pensyarah disarankan supaya lebih mengetahui cara atau bagaimana pelajar-

pelajarnya menggunakan gaya pembelajaran yang sesuai.

Page 7: KENALI PELAJAR ANDA” : SATU TINJAUAN TERHADAP · PDF file(KOMUNIKASI) DI JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK BAB 1 PENGENALAN a. Pengenalan Aspirasi National Key Results Areas (NKRA),

CHAPTER 3

METODOLOGI KAJIAN

a. Pengenalan

Bab ini akan menerangkan bagaimana kajian ini di jalankan berdasarkan

objektif yang telah dinyatakan.

b. Persediaan borang soalselidik Kajian

Menyediakan persoalan-persoalan soal selidik berdasarkan objektif dan

skop yang telah dinyatakan. Borang soal selidik ini terbahagi kepada 2 bahagian

iaitu bahagian A yang menjurus kapada dapatan yang dianalisis berkisar kepada

biodata responden. Manakala bahagian B merujuk kepada gaya pembelajaran

ciri-ciri Visual, Auditori dan Kinesthetic.

c. Kumpulan Sasaran Kajian / Responden Kajian

Borang soal selidik diedarkan kepada pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan

Elektronik (Komunikasi) semester 2 yang menjadi responden di dalam kajian ini.

d. Perlaksanaan dan Pengumpulan Data Kajian

Responden di beri masa 30 minit untuk melengkapkan borang soalselidik dan

mengembalikan kepada pengkaji.

e. Kaedah Analisis Data

Pengkaji menggunakan perisian Statistical Package For Sosial Sciences

(SPSS) V17.0 untuk menganalisis data.

Page 8: KENALI PELAJAR ANDA” : SATU TINJAUAN TERHADAP · PDF file(KOMUNIKASI) DI JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK BAB 1 PENGENALAN a. Pengenalan Aspirasi National Key Results Areas (NKRA),

BAB 4

ANALISIS & DAPATAN DATA

a. Pengenalan

Bab ini membentangkan hasil kajian “ Kenali Pelajar Anda” : Satu

Tinjauan Terhadap Pelajar-Pelajar Program Diploma Kejuruteraan

Elektronik (Komunikasi) Di Jabatan Kejuruteraan Elektrik yang mana analisa

dan perbincangannya adalah berdasarkan kepada parameter persoalan yang di

gunakan semasa kajian.

b. Keputusan Data kajian

Data-data di analisis bagi mengenali pelajar-pelajar berada diruang

lingkup ciri-ciri pembelajaran yang menjadi pilihan mereka. Kaedah Landell

seperti Jadual 1 digunakan untuk mengredkan skor min bagi ciri-ciri yang

dinyatakan.

Jadual 1 : Kaedah Landell (1997)

Ciri-ciri Jumlah Min

Tahap

Kecenderungan

(Min)

Visual 113 3.66 Sederhana

Auditory 113 3.48 Sederhana

Kinesthetic 113 3.29 Sederhana

Jadual : Tahap Kecenderungan Kajian Berdasarkan Min

Skor Min Tahap

Kecenderungan

1.0 ~ 2.3 Rendah

2.4 ~ 3.7 Sederhana

3.8 ~ 5.0 Tinggi

Page 9: KENALI PELAJAR ANDA” : SATU TINJAUAN TERHADAP · PDF file(KOMUNIKASI) DI JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK BAB 1 PENGENALAN a. Pengenalan Aspirasi National Key Results Areas (NKRA),

Dapatan analisis data seperti di Jadual di atas, iaitu tahap kecenderungan

pembelajaran pelajar-pelajar program Diploma Kejuruteraan Elektrik

(Komunikasi) semester 2 berada di tahap sederhana. Daripada nilai min dapat

dikenali pelajar-pelajar cenderung terhadap ketiga-tiga ciri pembelajaran iaitu

Visual (3.66), Auditori (3.48) dan Kinesthetic (3.29).

Berdasarkan borang soal selidik, instrument yang digunakan terbahagi

kepada dua iaitu bahagian A demografi pelajar yang merangkumi aspek jantina.

Manakala bahagian B ialah skala likert yang diukur untuk mengetahui tahap gaya

pembelajaran pelajar tersebut (Jadual 3).

Jadual 3 :Skala Likert

Dapatan kajian ciri-ciri pembelajaran yang diperolehi diilustrasikan di

dalam bentuk pembolehubah yang dinilai berdasarkan skala likert , iaitu :

Rajah 1 : Pembolehubah Berdasarkan Skala Likert

Skala Pernyataan

1 Sangat Tidak Setuju

2 Tidak Setuju

3 Tidak Pasti

4 Setuju

5 Sangat Setuju

(skala 3)

TIDAK PASTI

(skala 1 dan skala 2)

SANGAT TIDAK SETUJU

TIDAK SETUJU

(skala 4 dan skala 5)

SANGAT SETUJU

SETUJU

Dikategorikan sebagai

TIDAK BERSETUJU TIDAK PASTI

Dikategorikan sebagai

BERSETUJU

Page 10: KENALI PELAJAR ANDA” : SATU TINJAUAN TERHADAP · PDF file(KOMUNIKASI) DI JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK BAB 1 PENGENALAN a. Pengenalan Aspirasi National Key Results Areas (NKRA),

CIRI-CIRI SAMPEL

(N)

JANTINA BILANGAN

PELAJAR

%

CIRI-

CIRI

JUMLAH

(%)

TIDAK

SETUJU

(%)

TIDAK

PASTI

(%)

SETUJU

(%)

Visual

113

Lelaki 92 81.4 100

8.4 20.1 52.9

Perempuan 21 18.6 2.2 4.1 12.3

Auditory Lelaki 92 81.4

100 8.1 16.7 56.6

Perempuan 21 18.6 1.8 5.7 11.1

Kinesthetic Lelaki 92 81.4

100 8.4 20.5 52.5

Perempuan 21 18.6 2.3 5.5 10.8

Jadual 4 : Peratusan Keseluruhan Dapatan Kajian

Merujuk Jadual 4, peratusan pelajar lelaki dan pelajar perempuan memiliki

kecenderungan yang sama di dalam ke tiga-tiga ciri-ciri pembelajaran iaitu Visual,

Auditori dan Kinesthetic. Ini bermakna faktor jantina bukanlah faktor yang amat besar di

dalam penilaian ini tetapi bagaimana gaya pembelajaran responden yang menentukan

setiap pelajar dalam ciri pembelajaran yang sesuai dengan gaya pembelajaran mereka.

Dapat diperhatikan, purata peratus keseluruhan daripada 92 orang (18.4%)

pelajar lelaki bersetuju dengan ciri Visual ialah 52.9%, ciri Auditori sebanyak 56.6% dan

ciri Kinesthetic ialah 52.5%. Manakala peratusan daripada 21 orang (18.6%) pelajar

perempuan bersetuju dengan ciri Visual ialah 12.3%, ciri Auditori sebanyak 11.1% dan

ciri Kinesthetic ialah 10.8%.

Peratus responden yang tidak bersetuju hanya dalam julat 1.8% hingga 8.4%.

Peratusan tidak pasti menggambarkan responden tidak dapat memutuskan gaya

pembelajaran yang sesuai sama ada ciri Visual, Auditori atau pun Kinesthetic yang

menjadi pilihan responden. Walau apapun ciri-ciri pembelajaran yang menjadi pilihan

responden, pendekatan pengaiaran dan pembelajaran yang strategik perlu

diaplikasikan setiap kali waktu pengajaran berlangsung.

Page 11: KENALI PELAJAR ANDA” : SATU TINJAUAN TERHADAP · PDF file(KOMUNIKASI) DI JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK BAB 1 PENGENALAN a. Pengenalan Aspirasi National Key Results Areas (NKRA),

BAB 5

RUMUSAN PERBINCANGAN DAN CADANGAN

a. Cadangan Pendekatan Pembelajaran

Hasil daripada dapatan kajian beberapa pendekatan pembelajaran

dicadangkan sebagai langkah penambahbaikan ke atas gaya pembelajaran

samada pelajar mahupun pensyarah. Di antaranya ialah :

Cadangan Terhadap Pensyarah Cadangan Terhadap Pelajar

1. Pada minggu pertama P&P

pensyarah perlu mengedarkan borang

soal selidik kepada pelajar bagi mengenal

ciri-ciri pembelajaran setiap orang.

2. Daripada ciri-ciri tersebut,

bahagikan pelajar kepada 3 kumpulan

mengikut ciri pelajar Visual, Auditori dan

Kinesthetic.

3. Pensyarah dicadangkan

menggunakan pendekatan yang berbeza

berdasarkan ciri-ciri tersebut semasa P&P

berlangsun (rujuk jadual 1).

1. Belajar Berkumpulan

Pelajar-pelajar disarankan belajar

secara berkumpulan. Pembelajaran

secara kumpulan memudahkan proses

pertukaran idea atau maklumat seterusnya

pelajar yang lebih mahir dapat membantu

pelajar yang kurang mahir. Selain itu juga,

bagi pelajar mahir ini merupakan peluang

untuk memperbaiki lagi kefahaman

mereka berkenaan sesuatu topik atau

perkara melalui tunjuk ajar yang diberikan

kepada rakan mereka.

2. Rajin Membuat Catatan Atau Intisari

Dari Pelajaran

Page 12: KENALI PELAJAR ANDA” : SATU TINJAUAN TERHADAP · PDF file(KOMUNIKASI) DI JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK BAB 1 PENGENALAN a. Pengenalan Aspirasi National Key Results Areas (NKRA),

4. Sekiranya pensyarah bercadang

untuk memberikan soalan - soalan

tambahan, ianya perlu diberi kepada

pelajar sebelum sesuatu topik tersebut

diajar atau sewaktu topik tersebut sedang

diajar.

Ini memudahlan lagi pelajar terutama

pelajar - pelajar yang rajin dan memiliki

inisiatif yang tinggi untuk menyudahkan

soalan - soalan terbabit.

Setiap bab pelajaran selalu terdapat isi-

isi penting. Pelajar perlu mencatat semua

isi-isi penting mengikut bab (nota ringkas).

Ini memudahkan apabila tiba watu ujian

atau peperiksaan.

3. Selalu Disiplin Dan Tekun Dalam

Belajar

Pelajar mesti mempunyai displin yang

tinggi dan tekun belajar. Walaupun hanya

1-2 jam sehari tetapi kalau di lakukan

setiap hari pasti akan lebih baik dari pada

belajar dalam waktu yang sangat lama

pada waktu tertentu saja. Misalnya hanya

belajar kalau ada ulangan atau ujian saja.

4. Bertanya Sekiranya Kurang Faham

Jika terdapat sesuatu tajuk sukar untuk

difahami, keraplah bertanya kepada

pensyarah.

5. Hindari Sikap Tidak Jujur

Sifat jujur dalam diri setiap pelajar penting

bagi mencapai kecemerlangan. Maka itu,

pelajar perlu jujur mengikuti jadual yang

telah diaturkan.

6. Mohon Petunjuk Dari Allah

Apabila semua usaha telah dilakukan

dengan jujur dan ikhlas, pelajar disarankan

supaya mohon keberkatan dari pada Allah

swt. Insy’Allah…

Page 13: KENALI PELAJAR ANDA” : SATU TINJAUAN TERHADAP · PDF file(KOMUNIKASI) DI JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK BAB 1 PENGENALAN a. Pengenalan Aspirasi National Key Results Areas (NKRA),

b. Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat dinyatakan oleh pengkaji ialah untuk

memperolehi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang optimum,

pensyarah harus mengenal pasti gaya pembelajaran pelajarnya dan

menggunakan strategi yang sesuai seperti mengikut ciri-ciri gaya pembelajaran

yang ditonjolkan. Bagi mengenalpasti ciri-ciri gaya pembelajaran pelajar-pelajar,

pensyarah harus merujuk kepada faktor-faktor yang mempengaruhi gaya

pembelajaran iaitu unsur-unsur di dalam rangsangan emosi, sosial, persekitaran,

psikologi dan fisiologi (Visual, Auditori dan Kinesthetic).

Para pensyarah perlu sedar bahawa setiap orang pelajar mempunyai

gaya pembelajaran yang berbeza. Oleh itu, tiada satu sahaja kaedah mengajar

yang sempurna untuk mengajar semua pelajar dalam sesuatu kelas. Justeru itu,

strategi pengajaran yang digunakan hendaklah bercorak pelbagai jenis. Strategi

pengajaran yang utama ialah strategi berpusatkan pelajar dan bahan.

Berdasarkan kajian, strategi yang paling sesuai digunakan untuk mengatasi

masalah pelbagai perbezaan gaya pembelajaran pelajar-pelajar ialah

pembelajaran masteri iaitu ianya menitikberatkan penguasaan pembelajaran

melalui secara perseorangan, berpasangan, kumpulan dan keseluruhan kelas.

Pembelajaran ini juga mementingkan aspek perbezaan individu (gaya

pembelajaran) serta penggunaan pelbagai alat bantu mengajar.

Maka itu, mengenali pelajar di awal setiap semester amat penting di

dalam menentukan kaedah pengajaran yang sesuai digunakan berdasarkan ciri-

ciri pelajar samada ciri Visual, Auditori dan Kinesthetic. Langkah pertama ini jika

diamalkan pastinya mendatangkan manfaat dan kebaikan bersama di dalam

pencapaian akademik pelajar.

Page 14: KENALI PELAJAR ANDA” : SATU TINJAUAN TERHADAP · PDF file(KOMUNIKASI) DI JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK BAB 1 PENGENALAN a. Pengenalan Aspirasi National Key Results Areas (NKRA),

RUJUKAN

Abd. Rahim M. Ali ( 2001 ). Ilmu Pendidikan DPM, Pendidikan di Malaysia &

Psikologi

Pendidikan, Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur

Dato’ Dr. Hassan Mohd Ali .phd.(2008).Teknik Menjadi Pelajar Cemerlang .

PTS Millennia Sdn Bhd

Kamarul Ariffin bin Abd Rashid (PSP). Perkaitan Antara Gaya Pembelajaran

Dengan Pencapaian Akademik Dalam Mata Pelajaran Medan Dan

Elektromegnet Di Kalangan Pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Di

UTHM. UTHM. @ politeknik.gov.my/webjpp2/penyelidikan/.../8-Kamarul-1-PSP-

full_edit.pdf

Kamus Melayu online.com

Mohd. Sharani Ahmad & Zainal Moadon ( 2003 ).Tip Pandai Belajar, PTS

Publications & Distributor Sdn Bhd, Bentong, Pahang

Mok Soon Sang (2007). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah:

Komponen 1&2) Psikologi Pendidikan & Pedagogi). Percetakan Seasons

Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

Politeknik Kementerian pengajian Tinggi Malaysia (2005). Ke Arah

Memperkasakan Personaliti Unggul. Bahagian Pengurusan Politeknik KPTM

Suppiah Nachiappan, Ramlah jantan, Abd. Aziz Abd. Shukor et.al. (2009) ,

Pembelajaran Dan Perkembangan Pelajar. Oxford Fajar