aspek komsas

7
TEMA · Tema ialah idea dasar atau persoalan pokok yang diungkapkan oleh pengkarya, sama ada cerpenis, novelis, penyair, atau penulis skrip drama bagi mendasari karyanya. · Dalam upaya mengumpulkan, memilih, dan menyusun bahan-bahan bagi sesuatu karya, temalah yang menjadi panduan kepada pengkarya. · Tema sesuatu karya boleh tidak dinyatakan secara langsung dengan jelas tetapi dinyatakan melalui unsur- unsur yang membentuk karya itu. ·Itulah sebabnya tema sesuatu karya lazimnya dapat diketahui hanya sesudah karya itu dibaca dan dihayati seluruhnya. ·Banyak perkara yang boleh dijadikan tema bagi sesuatu karya, misalnya keadilan, perjuangan, sejarah, kemiskinan, kemanusiaan, kehijauan alam, dan lain-lain sebagainya. PERSOALAN · Persoalan ialah perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yang ada hubungannya dengan tema. · Wujudnya persoalan-persoalan dalam sesuatu karya bertujuan menghidupkan dan memperkukuh tema yang cuba diketengahkan oleh pengkarya. PEMIKIRAN · Pemikiran membawa maksud yang sama dengan tema dan persoalan. · Walau bagaimanapun, pemikiran lazimnya digunakan dalam genre drama dan puisi. AMANAT · Amanat yang dikenal juga sebagai pengajaran atau mesej bermaksud perutusan yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada pembaca. 1

Upload: muhamad-asrul

Post on 12-Jul-2016

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Perkara asas dalam kajian komsas tingkatan 1-5

TRANSCRIPT

Page 1: aspek komsas

TEMA

·  Tema ialah idea dasar atau persoalan pokok yang diungkapkan oleh pengkarya, sama ada cerpenis, novelis, penyair, atau penulis skrip drama bagi mendasari karyanya.

· Dalam upaya mengumpulkan, memilih, dan menyusun bahan-bahan bagi sesuatu karya, temalah yang menjadi panduan kepada pengkarya.

· Tema sesuatu karya boleh tidak dinyatakan secara langsung dengan jelas tetapi dinyatakan melalui unsur-unsur yang membentuk karya itu.

·Itulah sebabnya tema sesuatu karya lazimnya dapat diketahui hanya sesudah karya itu dibaca dan dihayati seluruhnya.

·Banyak perkara yang boleh dijadikan tema bagi sesuatu karya, misalnya keadilan, perjuangan, sejarah, kemiskinan, kemanusiaan, kehijauan alam, dan lain-lain sebagainya.

PERSOALAN

·         Persoalan ialah perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yang ada hubungannya dengan tema.·         Wujudnya persoalan-persoalan dalam sesuatu karya bertujuan menghidupkan dan memperkukuh tema yang cuba diketengahkan oleh pengkarya.

PEMIKIRAN

·         Pemikiran membawa maksud yang sama dengan tema dan persoalan.·         Walau bagaimanapun, pemikiran lazimnya digunakan dalam genre drama dan puisi. 

AMANAT

·         Amanat yang dikenal juga sebagai pengajaran atau mesej bermaksud perutusan yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada pembaca.·         Dalam karya sastera tradisional, amanat tersurat dengan jelas kerana disampaikan secara langsung oleh pengarang. ·         Dalam karya sastera moden, amanat itu tersirat kerana disampaikan secara tidak langsung. 

1

Page 2: aspek komsas

B.  WATAK DAN PERWATAKAN

·         Watak ialah sesuatu objek atau pelaku, baik manusia mahupun makhluk lain seperti haiwan, tumbuhan, dan sebagainya.·         Dalam drama pula, watak ialah pelakon-pelakon yang menggerakkan plot sesuatu drama itu.·         Watak inilah yang mengembangkan tema dan persoalan serta plot karya yang menjadi pemikiran pengkarya melalui aksinya, tindakannya dialognya, dan konfliknya.·         Sesuatu watak akan diberi sifat-sifat tertentu, termasuk perangai dan pemikiran yang dikenal melalui percakapannya, iaitu dialog disamping perlakuannya, iaitu aksi.·         Sifat-sifat yang digambarkan oleh pengkarya pada watak yang diwujudkan inilah yang dikatakan sebagai perwatakan pula.·         Sifat-sifat itu antara lain termasuklah yang berupa lahiriah seperti bentuk, paras rupa, dan tingkah laku serta yang berupa jasmaniah, yakni yang berkaitan dengan perasaan, sikap, dan pemikiran.·         Biasanya setiap watak yang diwujudkan, baik watak utama mahupun watak pembantu atau watak sampingan diberi sifat-sifat perwatakan yang berbeza dan malah bertentangan.·         Hal ini demikian untuk menimbulkan unsur-unsur ketegangan atau konflik, sesuai dengan tema dan persoalan yang ingin diketengahkan oleh pengkarya.·         Watak dan perwatakan manusia atau makhluk apapun yang diwujudkan bukan saja berfungsi untuk mengembangkan tema dan persoalan, tetapi juga untuk mengubah persekitaran atau suasana latar tempat watak itu berada.·         Selain itu, watak dan perwatakan berfungsi juga untuk menyalurkan buah fikiran dan pandangan hidup pengkarya serta untuk menimbulkan kesan-kesan tertentu kepada pembaca.·         Jenis-jenis watak:

 a)    Watak utama adalah watak penting yang menggerakkan sesuatu cerita.  Pada umumnya, watak utama adalah wira atau wirawati dalam sesuatu karya itu.b)    Watak sampingan adalah watak pembantu yang peranannya lebih kecil daripada watak utama dalam sesuatu karya.c)    Watak hitam / antagonis adalah watak yang jahat atau watak yang buruk dalam sesuatu karya.d)    Watak putih / protagonist adalah watak yang baik atau watak yang menonjolkan nilai-nilai yang murni dalam sesuatu karya.e)    Watak bundar adalah watak yang bersifat kompleks dan segala sifatnya dijelaskan secara terperinci.f)     Watak pipih adalah watak yang tidak kompleks dan tidak difokuskan sangat dalam sesuatu karya.g)    Watak dinamik adalah watak yang aksi, fikiran, pandangan, atau perasaannya berkembang dan sering berubah.

2

Page 3: aspek komsas

h)   Watak static adalah watak yang tidak mengalami sebarang perubahan atau fikirannya tidak berkembang dari awal hingga akhir cerita.i)     Watak kodi adalah watak yang selalu terdapat dalam cerita rakyat.  Watak nenek kebayan dalam cerita-cerita rakyat merupakan contoh watak kodi.

C.  LATAR

·         Latar ialah keterangan mengenai waktu, ruang, dan suasana terjadinya sesuatu peristiwa dalam karya.·         Bagi drama pula, latar diertikan sebagai gambaran yang tersedia di belakang prop.·         Latar cukup penting dan berperanan untuk mengembangkan watak dan perwatakan, di samping mengembangkan tema, persoalan, dan plot.·         Dalam drama, latar memainkan peranan yang penting untuk menerangkan “di mana dan bila” kejadian serta peristiwa dalam drama itu berlaku.·         Latar terbahagi kepada tiga, iaitu latar tempat, latar masa, dan latar masyarakat seperti yang berikut.

 a)    Latar tempatialah tempat berlakunya sesuatu peristiwa dalam cerita.b)    Latar masaialah masa atau tempoh berlakunya sesuatu peristiwa yang digambarkan dalam sesuatu cerita.c)    Latar masyarakatialah keadaan masyarakat di tempat cerita yang berkenaan berlaku.  Gambaran tentang keadaan itu antara lainnya termasuklah agama, kepercayaan, dan pekerjaan. 

D.  PLOT

·         Plot lazimnya didefinisikan sebagai penceritaan peristiwa dengan berdasarkan hukum sebab dan akibat.·         Ada juga yang mentafsirkan plot sebagai rentetan peristiwa yang bersebab, yang dijalin dengan melibatkan konflik dan diakhiri dengan peleraian.·         Plot dalam drama ialah satu skema aksi dan plot ini berbeza daripada plot dalam cerpen dan novel.·         Perbezaan tersebut adalah dari sudut gerak aksi dan teknik-teknik dramatik pada tahap pengelana, kemudian muncul perisitwa yang semakin meruncing, lalu melonjak menjadi klimaks cerita dan akhirnya menemukan penyelesaian.·         Berdasarkan tafsiran-tafsiran di atas, ternyatalah bahawa plot tidak boleh disamakan dengan jalan cerita.·         Jalan cerita sebenarnya merupakan kejadian yang berlaku kerana sebab tertentu, sementara yang menggerakkan kejadian cerita itu adalah plot. 

BINAAN PLOT

·         Binaan plot terdiri daripada bahagian pengenalan, pertengahan, dan pengakhiran.

3

Page 4: aspek komsas

a.    pengenalanmerupakan bahagian untuk memperkenalkan watak-watak, latar, atau konflik yang wujud.b.    Pertengahanadalah peringkat berkembangnya sesuatu konflik atau masalah itu hingga sampai ke puncaknya.c.    Pengakhiranadalah peringkat berakhirnya sesuatu masalah atau konflik.  Pada peringkat ini sesuatu masalah sudah dapat diatasi atau diselesaikan.

 ·         Dalam pada itu, penyusunan plot yang melibatkan suatu peristiwa dengan peristiwa yang lain tidak semestinya berurutan mengikut kronologi.·         Plot boleh bermula dengan bahagian tengah atau bahagian akhir cerita dengan menggunakan teknik imbas kembali.·         Biasanya, teknik penyusunan plot yang menarik ialah yang urutan peristiwa-peristiwanya tidak menurut kronologi.·         Setiap cerpen pada umumnya hanya mempunyai satu plot yang merupakan plot utama.·         Hal ini demikian kerana dikongkong oleh bentuk dan ciri cerpen, iaitu pendek, padat, dan ekonomis.·         Jadi dalam cerpen, peristiwa utama yang membangunkan cerita ditonjolkan manakala peristiwa-peristiwa kecil, jika ada, bertujuan melengkapi dan menghidupkan peristiwa utama itu.·         Untuk novel pula, selain mempunyai plot utama, terdapat juga subplot atau plot sampingan.

  E.  GAYA BAHASA/UNSUR KEINDAHAN

·         Gaya bahasa atau unsur keindahan merupakan cara bagaimana seseorang pengkarya itu menggunakan bahasa dengan baik dan kreatif dalam usaha mengungkapkan tema dan persoalan dalam sesuatu karya yang menjadi pemikirannya.·         Gaya bahasa atau unsur keindahan merangkum semua aspek bahasa seperti pemilihan kata, penggunaan kiasan, pembinaan frasa, pembinaan ayat, dan lain-lain sebagainya.·         Daripada gaya bahasa atau unsur keindahan yang digunakan oleh pengkarya, akan terpancarlah keindahan pada karyanya yang dapat menarik perhatian pembaca. 

DIKSI

·         Diksi secara mudahnya ialah pemilihan dan penggunaan kata, baik dalam cerpen, novel, drama, dan puisi.·         Diksi yang baik terlihat pada  :-

 a.    pemilihan kata yang tepat, sesuai dengan maksud tertentu yang ingin disampaikan oleh pengkarya;

4

Page 5: aspek komsas

b.    penggunaan kata yang munasabah yang dapat diterima sebagai penggunaan diksi yang baik;c.    penggunaan kata yang jelas dan khusus.

·         Dalam pada itu, pemilihan dan penggunaan kata ini seharusnya sesuai juga dengan tema serta nada cerita.·         Di samping itu, setiap kata yang dipilih haruslah dapat memberikan gambaran tentang sesuatu peristiwa dengan tepat, jelas, dan berkesan.·         Seterusnya, pemilihan dan penggunaan kata ini harus dapat juga menghidupkan dan menerangkan watak serta perwatakan dalam karya.·         Diksi mempunyai hubungan yang rapat dengan pembinaan ayat.

 SIMILE

·         Simile ialah perbandingan dengan menggunakan kata-kata seperti, umpama, bak, ibarat, dan sebagainya.

 METAFORA

·         Metafora merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti, umpama, bak, bagai, ibarat, dan sebagainya.

 HIPERBOLA

·         Hiperbola merupakan sejenis bahasa kiasan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya.

 SINKOPE

·         Sinkof bermaksud penyingkatan perkataan. PEMBINAAN AYAT

·         Dalam hal pembinaan ayat, ada berbagai-bagai jenis ayat yang digunakan oleh pengkarya dalam karyanya.·         Penggunaan pelbagai jenis ayat ini disesuaikan dengan tema dan persoalan, peristiwa, situasi tertentu, watak, dan lain-lain sebagainya.·         Pelbagai jenis yanat yang digunakan itu antara lain termasuklah ayat yang ringkas, yang sederhana, dan yang kompleks.·         Antara jenis-nenis ayat itu termasuklah ayat inti, ayat tanya, ayat pasif, ayat penegas, ayat seruan, ayat gabungan, ayat pancangan, dan lain-lain sebagainya. 

RIMA

5

Page 6: aspek komsas

·         Rima merupakan unsur gaya bahasa yang bukan saja terdapat dalam puisi tetapi juga terdapat dalam tulisan berbentuk prosa, yakni cerpen dan novel.·         Rima ialah keselarasan atau persamaan bunyi pada kata atau pada suku kata terakhir dalam sesuatu ayat atau sesuatu baris puisi.·         Dalam sesuatu puisi, rima yang terdapat pada baris akhir disebut sebagai rima akhir.

 ASONANSI

·         Asonansi merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris sajak.

  ALITERASI

·         Aliterasi merupakan pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris-baris sajak.

 PENGULANGAN

·         Unsur pengulangan berlaku apabila kata, ungkapan, baris, atau rangkap diulang dalam sajak.·         Ada dua unsur pengulangan, iaitu anafora dan epifora.·         Anafora ialah pengulangan pada awal baris secara berurutan.·         Epifora pula ialah pengulangan kata pada akhir baris.

 PERLAMBANGAN

·         Perlambangan atau simbol ialah kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan, atau peristiwa.

 PERSONIFIKASI

·         Personifikasi dikenal juga sebagai pengorangan atau penginsanan.  Maksud personifikasi ialah tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang lebih abstrak.

6