aspek kajian komsas

10
ASPEK KAJIAN KOMSAS TEMA Tema ialah isu utama atau persoalan pokok yang mendasari sesebuah karya sastera. Hanya satu tema dalam setiap karya. Tema dapat dikesan dan disarai setelah membaca dan memahami keseluruhan sesebuah karya. PERSOALAN Persoalan ialah isu atau pemikiran sampingan yang ingin disampaikan oleh penulis sesebuah karya sastera di samping tema. Ia biasanya dapat dikesan melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam sesebuah karya. Terdapat lebih daripada satu persoalan dalam setiap karya. NILAI Mengikut Kamus Dewan, nilai merupakan sifat ketinggian pekerti pada diri seseorang. Dalam karya sastera, nilai dapat difahami sebagai unsur ketinggian pekerti yang dapat dikesan oleh pembaca. Ia merupakan rumusan terhadap seseuatu gagasan penulis dan tindakan watak. PENGAJARAN Pengajaran ialah unsur teladan dalam sesebuah karya sastera. Sebahagian daripada pengkaji sastera menyebutnya sebagai mesej. Ia dapat dikesan melalui gagasan penulis atau tindakan dan pemikiran watak dalam sesebuah cerita. Pembaca dapat mengesan unsur ini dalam sesebuah karya sastera dengan menggunakan pemikiran positif. Pembaca akan dapat membuat kesimpulan bahawa sesuatu gagasan penulis atau tindakan dan pemikiran watak itu patut diikuti dicontohi atau tidak. NADA Nada ialah perasaan yang terdapat dalam sesebuah karya sastera yang berbentuk puisi terutamanya sajak. Perasaan itu boleh terdiri daripada perasaan penulis dengan penggunaan bahasa dan juga perasaan pembaca apabila karya tersebut seperti nada sedih, marah, cinta, patriotik dan lain-lain. RIMA Rima ialah persamaan bunyi suku kata terakhir antara dua baris atau lebih dalam karya puisi. Ia dikenali sebagai rima akhir sekiranya persamaam itu terdapat pada akhir baris puisi. Jika terdapat pada tengah baris, ia dikenali sebagai rima tengah. GAYA BAHASA Gaya bahasa ialah pemilihan dan susunan kata-kata yang digunakan oleh penulis. Pemilihan dan susunan itu dipersembahkan dalam karya mereka sama

Upload: hafizarazak

Post on 17-Jan-2016

32 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ASPEK KAJIAN KOMSAS

ASPEK KAJIAN KOMSASTEMATema ialah isu utama atau persoalan pokok yang mendasari sesebuah karya sastera.

Hanya satu tema dalam setiap karya. Tema dapat dikesan dan disarai setelah membaca dan memahami keseluruhan sesebuah karya.

PERSOALANPersoalan ialah isu atau pemikiran sampingan yang ingin disampaikan oleh penulis sesebuah karya sastera di samping tema. Ia biasanya dapat dikesan melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam sesebuah karya. Terdapat lebih daripada satu persoalan dalam setiap karya.

NILAIMengikut Kamus Dewan, nilai merupakan sifat ketinggian pekerti pada diri seseorang. Dalam karya sastera, nilai dapat difahami sebagai unsur ketinggian pekerti yang dapat dikesan oleh pembaca. Ia merupakan rumusan terhadap seseuatu gagasan penulis dan tindakan watak. 

PENGAJARANPengajaran ialah unsur teladan dalam sesebuah karya sastera. Sebahagian daripada pengkaji sastera menyebutnya sebagai mesej. Ia dapat dikesan melalui gagasan penulis atau tindakan dan pemikiran watak dalam sesebuah cerita. Pembaca dapat mengesan unsur ini dalam sesebuah karya sastera dengan menggunakan pemikiran positif. Pembaca akan dapat membuat kesimpulan bahawa sesuatu gagasan penulis atau tindakan dan pemikiran watak itu patut diikuti dicontohi atau tidak.

NADANada ialah perasaan yang terdapat dalam sesebuah karya sastera yang berbentuk puisi terutamanya sajak. Perasaan itu boleh terdiri daripada perasaan penulis dengan penggunaan bahasa dan juga perasaan pembaca apabila karya tersebut seperti nada sedih, marah, cinta, patriotik dan lain-lain.

RIMARima ialah persamaan bunyi suku kata terakhir antara dua baris atau lebih dalam karya puisi. Ia dikenali sebagai rima akhir sekiranya persamaam itu terdapat pada akhir baris puisi. Jika terdapat pada tengah baris, ia dikenali sebagai rima tengah.

GAYA BAHASAGaya bahasa ialah pemilihan dan susunan kata-kata yang digunakan oleh penulis. Pemilihan dan susunan itu dipersembahkan dalam karya mereka sama ada puisi atau prosa. Ia merupakan individualiti setiap penulis dalam menyampaikan pemikiran, gagasan atau perasaan mereka. Terdapat beberapa unsur pemilihan dan susunan kata yang biasa digunakan oleh penulis.

(a) Diksi merupakan aspek utama dalam gaya bahasa. Ia merujuk kepada pemilihan dan penggunaan kata oleh penulis dalam karyanya. Kata-kata tersebut dipilih supaya sesuai dengan pemikiran dan maksud yang hendak disampaikan dalam karya mereka.

(b) Hiperbola merupakan perbandingan atau perlukisan melampau. Contohnya; suaranya bagaikan singa, kesabaran suaminya itu meledak..

Page 2: ASPEK KAJIAN KOMSAS

(c) Anafora merupakan unsur perulangan kata pada awal baris dalam puisi. Contohnya;Sudah takdir sudah suratan,Sudah nasib memang begitu.

(d) Epifora pula merupakan unsur perulangan kata pada akhir baris dalam karya puisi. Contohnya; kumasuki pasar iniKususuri sungai sibuk ini

(e) Inversi merupakan susunan kata dalam ayat yang tidak mengikut susunan yang biasa atau dikenali juga dengan susunan kata terbalik. Contohnya;Ke negeri Patani berjalan segeraPada Laksamana ibu saudara

(f) Metafora merupakan salah satu bentuk gaya bahasa kiasan atau perbandingan. Perbandingan itu diungkapkan secara terus menggunakan dua perkataan yang berlainan maksud. Namun dari segi makna, dua perkataan itu membawa satu makna. Contohnya;ruang hidupbangku bijaksanasungai manusiasuara kosong

(g) Simile juga merupakan gaya bahasa perbandingan dengan mengguanakn kata banding seperti, bak, bagai, umpama dan seumpamanya. Contohnya;… teratur laksana seorang primadonadia bagaikan gunung berapi pendam

(h) Repitisi merupakan satu lagi gaya bahasa perulangan. Namun pada ia biasanya diaplikasikan dalam karya prosa. Antara aspek yang terkandung dalam unsur bahasa ini adalah perulangan kata dalam satu ayat, perulangan kata serta perulangan ayat dalam perenggan.

(i) Personafikasi merupakan pemberian sifat-sifat manusia sama ada dari segi perasaan, perwatakan atau perbuatan kepada objek-objek lain. Contohnya;Daun pokok pisang melambai-lambainya…Pungguk di belakang rumahnya terus merintih…

LATARLatar adalah ruang sama ada ruang masa, tempat atau persekitaran iaitu masyarakat yang mendasari sesuatu peristiwa dalam karya prosa. Ia bertujuan menjadikan sesuatu persitiwa lebih konkrit, realistik dan tidak berlaku pada ruang kosong.

(a) Latar Masa merupakan ruang zaman, musim, hari atau waktu sesuatu peristiwa berlaku. Ia dapat dikesan melalui penceritaan penulis, dialog watak atau gambaran suasana ketika itu.

(b) Latar Masyarakat merupakan ruang persekitaran yang terdiri daripada watak-watak dalam sesuatu peristiwa. Ia merujuk kepada ciri-ciri sesebuah masyarakat yang terdapat dalam sesebuah cerita. Watak dalam cerita merupakan wakil untuk menggambarkan masyarakat sebenar. Ia juga dapat dikesan melalui penceritaan penulis, tindakan serta pemikiran watak-watak dalam cerita berkenaan.

Page 3: ASPEK KAJIAN KOMSAS

(c) Latar Tempat merupakan ruang tampat yang melatari sesuatu peristiwa dalam cerita. Ia boleh terdiri daripada perlukisan tempat semulajadi dari segi geografi dan semulajadi seperti bukit, hutan, sungai, laut dan sebagainya atau tempat yang menggambarkan ciri-ciri budaya seperti rumah, masjid, padang, istana dan sebagainya.

PLOTPlot merupakan jalinan atau hubungan peristiwa dalam sesebuah karya prosa berdasarkan hukum sebab dan akibat. Ia berkait rapat dengan tindakan dan pemikiran watak-watak dalam cerita tersebut. Sesuatu peristiwa yang berlaku boleh menyebabkan berlakunya satu peristiwa lain yang lebih rumit atau sebaliknya. Perkembangan peristiwa itu boleh dibahagikan kepada empat peringkat utama.

(a) Permulaan / eksposisi merupakan peringkat awal dalam cerita. Pada peringkat ini penulis mendedahkan watak, latar dan juga masalah yang dialami oleh watak berkenaan. Melalui teknik plot yang digunakan oleh penulis, peringkat ini tidak semestinya berada pada permulaan cerita. Ia mungkin berada di tengah atau akhir cerita melalui teknik imbas kembali.

(b) Perkembangan / perumitan merupakan peringkat kedua dalam perkembangan peristiwa dalam cerita. Pada peringkat ini, konflik dan ketegangan telah timbul antara watak dengan watak utama. Semakin panjang cerita tersebut, konflik menjadi semakin rumit. Dalam perkembangan plot, peringkat ini merupakan peringkat yang paling panjang.

(c) Kemuncak / klimaks merupakan peringkat akhir konflik dan ketegangan. Pada peringkat ini, konflik antara watak dengan watak utama mencapai peringkat paling tegang dan rumit. Selepas peringkat ini, sebahagian besar atau semua konflik selesai.

(d) Pengakhiran / antiklimaks merupakan peringkat penyelesaian konflik dan ketegangan mulai hilang. Biasanya peringkat ini terdapat pada bahagian akhir cerita dan perkembangannya agak pendek.

Page 4: ASPEK KAJIAN KOMSAS

TEKNIK PENCERITAAN Teknik penceritaan adalah cara atau kaedah seseorang penulis menyampaikan cerita dalam karya prosa mereka. Terdapat empat teknik penceritaan yang biasa digunakan oleh penulis.

(a) Pemerian merupakan teknik yang paling tua dan paling banyak digunakan oleh penulis dalam karya-karya mereka. Mengguakan teknik ini, penulis telah bercerita secara langsung tentang apa sahaja sama ada peristiwa, watak dan perwatakan atau latar cerita tersebut.

(b) Dialog merupakan percakapan watak dengan watak dalam cerita. Dua orang watak atau lebih akan berbalas kata. Teknik ini juga banyak terdapat dalam cerita. Melalui teknik ini, penulis menyampaikan cerita secara tidak langsung. Pembaca akan dapat mengetahui sesuatu peristiwa, watak dan perwatakan serta latar melalui dialog antara watak.

(c) Monolog Luaran merupakan percakapan watak dengan dirinya sendiri. Watak berdialog dengan diri sendiri dengan mengeluarkan suara sama ada kuat atau hanya dapat didengari oleh dirinya sahaja. Biasanya penulis menggunakan pengikat kata untuk monolog ini. 

(d) Monolog Dalaman merupakan percakapan di dalam minda atau fikiran watak dengan dirinya sendiri. Ia tidak mengeluarkan suara. Sesetengah penulis menggunakan tanda pengikat kata bagi monolog ini manakala sebahagiannya tidak menggunakan tanda pengikat kata.

telah menghasilkan pelbagai andaian peristiwa yang akan berlaku.

WATAK Watak merupakan pelaku atau pelakon dalam sesebuah cerita. Selain daripada manusia biasa, watak dalam cerita boleh terdiri daripada binatang ataupun makhluk lain seperti jin, peri, raksasa dansebagainya. Setiap watak ini mempunyai identiti mereka tersendiri. Watak terbahagi kepada golongan utama.

(a) Watak utama dalam sesebuah cerita. Ia berkembang mengikut jalan cerita. Watak ini juga dikenali sebagai watak bulat. Pada kebiasaannya wayak ini akan memperjuangkan nilai-nilai positif.

(b) Watak sampingan dalam sesebuah cerita. Ia merupakan watak penentang kepada watak utama. Pertembungan watak utama dengan watak antagonis ini akan mewujudkan konflik dan membolehkan plot berkembang.

PERWATAKAN

Page 5: ASPEK KAJIAN KOMSAS

Perwatakan merupakan sifat peribadi seseorang watak dalam cerita sama ada sifat luaran atau dalaman. Sifat luaran termasuklah perlukisan tentang bentuk badan, perlakuan atau tindakan dan juga pertuturan.Manakala sifat dalaman termasuklah pemikiran dan perasaan watak. Perwatakan dalam dikesan oleh pembaca melalui pemerian penulis secara langsung, pemikiran watak itu sendiri, dialog watak itu sendiri dan dialog watak lain tertentang watak berkenaan.

SUDUT PANDANGAN Sudut Pandangan adalah kedudukan penulis dalam mempersembahkan cerita mereka. Penulis boleh berada dalam beberapa kedudukan semasa mempersembahkan cerita mereka. Mereka boleh berada dalam cerita sebagai satu watak atau di luar cerita sama ada sebagai pencerita yang serba tahu atau sebagai pencerita yang objektif.

Plot

Binaan plot:

1. Plot     ialah    sesuatu    yang     menghubungkan peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita. Setiap penstiwa dari awal hingga akhir berdasarkan hukum sebab dan akibat.

2. Plot mengemukakan perkara yang terjadi dan sebab perkara itu terjadi. Setiap perkara berhubungan berdasarkan faktor-faktor sebab dan akibat.

3. Susunan   cerita  bergantung   pada   fantasi   dan kreativiti pengarang. Plot dirangka dengan teliti dan tidak semestinya berurutan peristiwanya dari awal hingga akhir atau kronologi.  Plot ialah penyusunan kronologi yang diubah suai mengikut kemahuan pengarang.

4. Teknik  penyusunan  plot  yang   menarik   ialah penyusunan  peristiwa  secara   tidak  kronologi. Pengarang haruslah cekap, kreatif, dan bijaksana menyusunnya sehingga mencapai peleraian.

5. Permulaan   plot   ialah   peringkat   permulaan (eksposisi), iaitu untuk memperkenalkan watak-watak, latar, dan suasana.

6. Perkembangan plot mengakibatkan konflik.7. Peristiwa berkembang kepada peringkat pertengahan cerita,

iaitu perumitan (komplikasi).8. Perumitan   menuju   kepada   puncak   (klimaks) apabila

tercapainya konsentrasi yang maksimum.9. Kemudian urutan cerita menuju kepada peleraian. Kadang-kadang 

puncak dijadikan  pengakhiran cerita bagi sesetengah cereka.

Page 6: ASPEK KAJIAN KOMSAS

 

Teknik Plot:

1. Teknik   plot   ialah   cara   pengarang   mengembangkan plot ceritanya supaya menarik.

2. Antara   teknik   plot   termasuklah   seperti   yang berikut:

(a)    Imbas kembali

1. Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya.

2. Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog, monolog, atau monolog dalaman

(b)    Imbas muka

1. Imbas muka merupakan cara pengarang memberikan bayangan  awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan.

2. Imbas muka dapat mewujudkan keyakinan dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan berlaku.

(c)    Saspens

1. Saspens atau ketegangan ialah peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu di kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.

(d)    Konflik

1. Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot.

2. Konflik boleh berlaku secara dalaman, iaitu konflik dalam diri watak dan secara luaran, iaitu antara

Page 7: ASPEK KAJIAN KOMSAS

watak dengan watak yang lain atau antara watak dengan alam sekitar.

3. Konflik dapat juga digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap, atau pemikiran?

(e)   Kejutan

1. Kejutan ialah perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca.

2. Lazimnya, kesan yang timbul daripada kejutan tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca.

 (f)   Dialog

1. Dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak.

2. Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat atau   fikiran   yang berkaitan dengan tema.

 

 

Latar

Latar berperanan memberikan suasana kepada peristiwa dan manusia yang terdapat dalam cerita.

Latar   penting   dalam   mengembangkan   tema, persoalan, plot, watak, dan perwatakan. Idea, plot, dan watak akan lebih hidup jika berada dalam situasi pelbagai latar.

Latar merangkumi pelukisan geografi, topografi, pemandangan, bangunan, peralatan, tanggungjawab watak, waktu, dan sebagainya.

 Latar terbahagi kepada empat jenis, iaitu:

 (a)  Latar tempat

Merupakan   ruang   atau   tempat   peristiwa berlaku yang berkaitan dengan lokasi geografi.

 (b ) Latar waktu atau masa

Menunjukkan masa peristiwa berlaku seperti zaman, era, sejarahnya, atau musimnya.

Page 8: ASPEK KAJIAN KOMSAS

 (c) Latar masyarakat atau citra masyarakat

Menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam cerita merangkumi bangsa atau etnik, status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian dengan watak.

 (e)   Latar peralatan cerita dan watak

Alatan yang digunakan oleh watak dalam sesebuah cerita.

 http://www.bmspm.net/aspeksastera.htm#Tema dan Persoalan