asmt mate

Upload: apple-aya

Post on 03-Apr-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 ASMT mate

    1/11

    1. Dengan menggunakan contoh yang sesuai, huraikan pelbagai carapengiraan menggunakan:

    (a) TEKNIK PENGIRAAN MENTAL

    Pengenalan

    Teknik pengiraan mental atau congak dan pengganggaran adalah kompenanpenting dalam matematik. Misalnya seorang ahli biologi yang mengkaji tentangpenguin ingin menganggar populasi penguin. Maka, teknik pengiraan mentaldan pengganggaran nilai tempat diperlukan untuk kajian masalah ini.Pengiraan mental dan penganggaran memerlukan kefahaman mendalamtentang nombor, penguasaan fakta asas, celik nombor , dan berupaya untukmenaakul.

    Apa itu Pengiraan Mental?

    Kita sering mendengar orang berkata, I just did it in my head, apabila

    menceritakan bagiamana pengiraan dilakukan. Inilah yang disebut

    pengiraan mental. Proses memikir ini terjadi dengan bantuan mengira, idea

    numerasi dan ciri- ciri asas nombor.

    Dalam erti kata lain, pengiraan mental ialah satu proses mendapatkan

    jawapan tepat dengan hanya berfikir tanpa menggunakan pensil, kertas,

    kalkulator atau sebarang bantuan alat mengira.

    Kebanyakan orang sedar dan tahu prosedur menggunakan pensil dan kertas

    untuk mengira tetapi tidak mengetahui apakah prosedur untuk melakukan

    pengiraan mental.

    Teknik Pengiraan Mental

    a) Prosedur Untuk Menggunakan Teknik Membilang Secara Menaik Dan

    Membilang Menurun

    Teknik membilang adalah kaedah yang cekap untuk menambah jika addends

    ialah 1, 2, 3; 10, 20, 30; 100, 200, 300 dan selanjutnya. Contohnya dalam

    pengiraan 45 + 30, mulakan dengan 45 dan bilang secara menaik sebanyak 10

    untuk mendapatkan hasil tambah: 45, 55, 65 75.

    Untuk membilang secara menaik , mulakan dengan addendyang lebih besardan terus membilang secara menaik sehingga mendapat jawapan.

  • 7/29/2019 ASMT mate

    2/11

    Teknik membilang secara menurun merupakan kaedah yang cekap apabila

    ditolak 1, 2, atau; 10, 20 atau 30 dan selanjutnya. Misalnya 87-2, mulakan

    dengan nombor yang lebih besar, 871 dan lakukan proses membilang secara

    menurun: 871, 870, 869. Kesilapan membilang biasanya berlaku apabila

    membilang lebih daripada tiga nombor.

    b) Memilih Nombor yang Compatible

    Kombinasi sesetengah nombor membuatkan penambahan mudah

    dilakukan contohnya 25 and 175, juga mudah untuk didarab, contohnya

    28 x 10. Nombor yang mudah untuk dikira secara mental dinamakan nombor

    compatible. Teknik memilih nombor yang Compatible memerlukan pemilihan

    pasangan nombor yang compatible untuk dioperasikan dan melibatkan fakta asas.

    Kebanyakan orang boleh menambah dan menolak secara mental nombor-nombor

    gandaan 10 atau 100, contohnya 70 + 20 = 90, dan boleh mendarab gandaan 10

    dan 100, contohnya, 34 x 100 = 3400.

    Memilih Nombor yang Compatible Numbers dalam Pendaraban

    Cari nombor yang compatible untuk mencari nilai yang tepat bagi pengiraan

    (2 x 8) x (5 x 7)

    Penyelesaian

    Pemikiran Siti : Saya melihat bahawa 2 darab 5 sama dengan 10, dan mendarab

    nombor dengan 10 adalah mudah. Kemudian, 8 darab 7 adalah 56 dan 56 darab

    10 adalah 560. Hasil darabnya ialah 560.

    Pemikiran Aisyah: Saya melihat bahawa 8 darab 5 adalah 40 dan 40 darab 2

    adalah 80 dan 80 darab 7 adalah 560. Hasil darabnya ialah 560.

  • 7/29/2019 ASMT mate

    3/11

    (b) TEKNIK PENGANGGARAN

    Definisi :

    Anggaran adalah satu proses penentuan nilai-nilai tertentu dalam pelbagai

    situasi. Anggaran memerlukan kemahiran pengiraan mental yang baik

    mengenai sifat operasi, nilai tempat dan juga berkemampuan untuk

    memggunakannya.

    CONTOH:

    a) Membundar adalah salah satu daripada anggaran.

    Bundarkan 4517 kepada 4520 ( puluh yang terdekat) ianya menjadi lebih tepat

    daripada 4500 (ratus terdekat).

    b) 51 x 69

    Susah untuk dianggarkan, bundarkan dari puluh yang terdekat.

    51= 50

    69 = 70

    Maka 50 x 70 = 3500

  • 7/29/2019 ASMT mate

    4/11

    C. KALKULATOR/ KOMPUTER

    Walaupun terdapat usaha-usaha dalam penggunaan kalkulator di bilik darjah

    telah diambil. Persoalan yang timbul bagaimanakah keberkesanan kalkulator

    dalam pengajaran dan pembelajaran, adakah ia membantu dalam pengajaran

    dan pembelajaran atau sebaliknya.

    Terdapat beberapa kajian dan dapatan mengenai penggunaan kalkulator di

    dalam bilik darjah antaranya adalah:

    Di dalam laporan Corkcroft (Dec 1982, para 388)

    "Kalkulator lebih diperlukan sebagai alat untuk membantu pengajaran dan

    pembelajaran"

    b. Calculator-Aware Number (CAN) Project (1986-1992) yang diketuai

    oleh Hilary Shuard mendapati bahawa:

    "Kalkulator akan memberi kesan kepada strategi mental tanpa pengajaran formal

    di dalam algoritma. Di mana pelajar mencari dan menyiasat nombor dengan

    kaedah mereka sendiri menggunakan kalkulator"

    c. The Third International Mathematic and Science Survey (TIMSS, 1997) pula

    mendapati bahawa daripada 26 negara yang mengambil bahagian, England

    berada di tangga ketiga dari bawah berbanding dengan negara yang kurang

    menggunakan kalkulator di peringkat usia sembilan tahun. Maklumat ini telah

    mendapat respon daripada kerajaan di mana National Curriculum (DfEE 1998)

    mencadangkan:

    "Kalkulator paling baik digunakan di sekolah rendah selepas peringkat ke 2 dan

    tidak sepatutnya digunakan sebagai alat untuk menyelesaiakan aritmatik yang

    mudah. Guru sepatutnya mengajar pelajar bagaimana menggunakan kalkulator

    secara berkesan"

    d. Anita Staker (2000) pula berpendapat bahawa:

    "Kalkulator bukan satu alat yang sesuai untuk pengiraan yang boleh diselesaikan

    dengan mudah menggunakan mental atau pensil dan kertas"

  • 7/29/2019 ASMT mate

    5/11

    Namun jika kita kaji dan memandang dari sudut yang positif, sebenarnya banyak

    kebergunaan dan kelebihan penggunaan kalkulatur dalam proses pengajaran

    dan pembelajaran ini.

    Antara kelebihan-kelebihannya ialah seperti berikut:

    Kalkulator mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan

    dan memberi keyakinan diri pada kanak-kanak kerana penggunaan kalkulator

    merupakan cara pembelajaran yang berbeza dengan apa yang biasa mereka

    lakukan. Kebanyakan kanak-kanak menyatakan mereka seronok menggunakan

    kalkulator ( perks1990) dengan memberi alasan mereka boleh membuat apa

    sahaja dengan kalkulator, membantu belajar nombor,boleh menambah dengan

    banyak dan membantu kerja melibatkan nombor.

    Mewujudkan kurikulum yang lebih terbuka di mana pembelajaran memberi

    peluang untuk kanak-kanak mengembangkan idea dengan lebih

    bernas,Kalkulator membolehkan kanak-kanak mengira nombor sehingga angka

    yang lebih besar daripada angka juta dan billion yang jauh dari pengalaman asal

    mereka di mana dengan ini memudahkan mereka berhadapan dengan

    masyarakat sekeliling.

    Kalkulator juga mewujudkan cara yang pelbagai untuk mendapat maklumat

    dan ini menambahkan lagi pengalaman kanak-kanak. Malah kalkulator juga

    mampu mempekenalkan nombor negatif dan nombor perpuluhan kepada kanak-

    kanak.

    Menambahkan kandungan kurikulum yang mana kalkulator menawar cara

    pembelajran yang berbeza.Kalkulator juga boleh memperkenalkan

    simbol,menerangkan konsep dengan mencari pelbagai strategi untuk

    menyelesaikan masalah.Kalkulator juga mampu meneguhkan sesuatu konsep yang telah diajar

    kepada kanak-kanak seperti menggunakan "number sense" atau berkerja

    dengan cara yang berbeza. Contoh _ _ 2 + _ _ 3 = _ _ _ _.Di sini murid boleh

    mencuba pelbagai angka yang berakhir dengan dua dan tiga untuk diselesaikan

    dan mendapatkan jawapannya. Penggunaan kalkulator juga boleh

    menambahkan perbendaharaan kata kanak-kanak dalam belajar matematik

    seperti perkenalkan perkataan lebih daripada kurang daripada dan sebagainya.Penggunaan kalkulator juga mampu menggalakan menggalakkan kreativiti

  • 7/29/2019 ASMT mate

    6/11

    Ini mengalakkan idea-idea yang kreatif untuk menyelesaikan sesuatu

    masalah seperti 1+24=25, 3+22=25 , 3+33=25,26-1=25 dan sebagainya.

    Ringkasnya penggunaan kalkulator ini sebenarnya lebih menekankan kepada

    satu corak pembelajaran yang mampu meningkatkan pengiraan secara mental di

    samping manpu untuk menerangkan atau menjelaskan sesuatu konsep asas

    pengiraan khususnya bagi kanak-kanak tahap rendah. Setengah kanak-kanak

    tidak mampu untuk mereka pengetahuan mereka kepada angka yang lebih besar

    apatah lagi untuk mengira dan menyelesaikannya walaupun masalah tersebut

    mereka telah belajar namun dengan menggunakan kalkulator halangan mental

    seperti ini mampu di atasi.

    Selain itu ,kalkulator juga mampu mencetuskan satu pengajaran yang

    berbentuk permainan dan penyiasatan malah mampu mencungkil kebolehan dan

    pengetahuan murid dalam menerima sesuatu siri pembelajaran matematik

    sebagai persediaan mental unutk memahami matematik dalam bentuk yang lebih

    abstrak.

    d. BAHAN MANIPULATIF

    Bahan manipulatif merupakan bahan yang boleh di aplikasikan kepada

    deria manusia. Terutama kanak-kanak sangat memerlukan bahan manipulatif

    sebagai bahan rangsangan dalam pembelajaran. Hal ini bertepatan dengan

    Konsep Perancah (Scaffolding) yang diperkenalkan oleh Lev Vygotsky iaitu guru

    berperanan membimbing pelajar supaya dapat mencapai sesuatu tahap.Bahan

    manipulatif membantu guru menggalakkan perkembangan kognitif pelajar kerana

    pelajar dapat merasai sendiri pengalaman terhadapa apa yang dipelajari.

    Bahan manipulatif juga merupakan satu contoh yang tepat sepertimana

    teori yang dikemukakan oleh Jean Piaget iaitu dalam proses pemeringkatan

    pembelajaran. Pembelajaran dari peringkat konkrit akan mengukuhkan lagi

    ingatan dan kefahaman pelajar. Seterusnya mereka dapat menguasai

    pengetahuan tersebut dan mudah memahami perkara yang abstrak. Tumpuan ini

    amat jelas bagi pelajar yang berada dalam lingkungan 5 hingga 11 tahun. Hal ini

    kerana mereka berada dalam lingkungan operasi konkrit dan memerlukan contoh

    yang jelas bagi mengukuhkan kefahaman mereka

  • 7/29/2019 ASMT mate

    7/11

    Penggunaan Bahan Manipulatif

    1) Kalkulator

    Memang tidak dapat dinafikan penggunaan kalkulator amat penting dalam

    pembelajaran Matematik hari ini. Berbeza dengan suasana pembelajaran

    terdahulu, pelajar kini diberi peluang untuk menggunakan kalkulator sebagai

    bahan bantu dalam mempercepatkan proses pengiraan mereka. Apa yang

    menjadi persoalan adalah, penggunaan kalkulator bagi pelajar yang berada di

    sekolah rendah.

    Seperti mana yang kita sedia maklum, pada peringkat umur 5 hingga 11

    tahun adalah peringkat di mana pembelajaran secara konkrit dilakukan.

    Penggunaan kalkulator dilihat melangkau peringkat operasi konkrit iaitu

    pelajar menggunakan contoh yang jelas, ini sekaligus menjadikan pelajar malas

    untuk mengira secara manual.

    Pertembungan pendapat ini menjadi isu apabila kebanyakan negara maju

    lebih menekankan aspek penyelasaian masalah dalam Matematik dan bukan

    pengiraan semata-mata. Jika kebergantungan Matematik itu hanya pada

    pengiraan, maka pelajar Malaysia akan ketinggalan jauh dalam bidang

    pendidikan Matematik, seterusnya negara akan terus ketinggalan jauh jika

    dibandingkan dengan negara-negara lain. Berbanding aplikasi pendidikan di

    beberapa negara maju yang menekankan konsep penyelasaian masalah,

    mereka dapat maju ke hadapan dalam pendidikan Matematik kerana

    penggunaan kalkulator membantu pelajar mereka melangkau lebih jauh.

  • 7/29/2019 ASMT mate

    8/11

    2) Abakus

    Abakus biasanya dikenali sebagai sempoa dalam kalangan orang melayu dan

    suan-pan dalam masyarakat cina.

    Definisi Abakus

    Abakus ialah perkataan Latin yang berasal dari perkataan Greek abax

    atau abakon (bermaksud jadual atau kepingan). Kemungkinan juga

    abakus berasal dari perkataan abqatauabak, yang bermaksud pasir.

    Abakus ialah satu bahan bantuan mekanikal yang digunakan untuk

    membilang. Ia bukanlah kalkulator sebagaimana yang anda gunakan

    sekarang. Orang yang menggunakan abakus biasanya melakukan

    pengiraan mental dan abakus berungsi untuk menyimpan hasiltambah,

    mengumpul semula dan sebagainya. Perkembangan peranti daripada

    keperluan

    Abakus wujud untuk memenuhi keperluan untuk mengira. Peniaga

    bukan sahaja memerlukan cara untuk membilang barangan yang dibeli dan

    dijjual tetapi juga untuk mengira kos barangannya. Abakus digunakan

    untuk menjadikan pengiraan harian lebih mudah sehinggalah nombor

    dicipta.

    Contoh penggunaan abakus dalam matematik

    Contoh berikut menunjukkan bagaimana abakus boleh digunakan sebagai alat

  • 7/29/2019 ASMT mate

    9/11

    mengira untuk operasi tambah dan tolak:

    Contoh : 823 - 713 + 669 = ?

    Langkah 1: Tunjuk 823

    Langkah 2: Tolak 713

    Langkah 3: tambah 669

    Jawapan : 823 713 + 669 = 779

  • 7/29/2019 ASMT mate

    10/11

  • 7/29/2019 ASMT mate

    11/11

    11