asmia ayu binti alias.tt - fp.utm.my ayu binti alias.tp.pdf · adik-adik iparku.. (mohd faiz, nur...

41
GAYA KOMUNIKASI INTERPERSONAL GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU SEKOLAH RENDAH ZON KUKUP DAERAH PONTIAN, JOHOR ASMIA AYU BINTI ALIAS Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran) JUN 2013 Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Upload: others

Post on 02-Sep-2019

26 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Asmia Ayu Binti Alias.TT - fp.utm.my Ayu Binti Alias.TP.pdf · Adik-adik iparku.. (Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah) Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam

GAYA KOMUNIKASI INTERPERSONAL GURU BESAR DAN

HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA

GURU SEKOLAH RENDAH ZON KUKUP

DAERAH PONTIAN, JOHOR

ASMIA AYU BINTI ALIAS

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan

(Pengurusan dan Pentadbiran)

JUN 2013

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Page 2: Asmia Ayu Binti Alias.TT - fp.utm.my Ayu Binti Alias.TP.pdf · Adik-adik iparku.. (Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah) Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam

PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL :

GAYA KOMUNIKASI INTERPERSONAL GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU SEKOLAH RENDAH ZON KUKUP DAERAH PONTIAN, JOHOR

SESI PENGAJIAN : 2011 - 2013 Saya ASMIA AYU BINTI ALIAS

Mengaku membenarkan tesis (PSM /Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian

tinggi. 4. **Sila tandakan (√ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan

Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh :

--------------------------------------- ----------------------------------------- (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

DR. KHADIJAH BINTI DAUD Alamat Tetap:

No 8, Lorong Makmur, Pontian Besar,

82000 Pontian, Johor

Tarikh : 28 MEI 2013 Tarikh : 30 MEI 2013

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara ּט penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: Asmia Ayu Binti Alias.TT - fp.utm.my Ayu Binti Alias.TP.pdf · Adik-adik iparku.. (Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah) Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran) ”

Tandatangan : ....................................................................

Nama Penyelia : DR. KHADIJAH BINTI DAUD

Tarikh : 28 MEI 2013

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Page 4: Asmia Ayu Binti Alias.TT - fp.utm.my Ayu Binti Alias.TP.pdf · Adik-adik iparku.. (Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah) Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam

GAYA KOMUNIKASI INTERPERSONAL GURU BESAR DAN

HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA

GURU SEKOLAH RENDAH ZON KUKUP

DAERAH PONTIAN, JOHOR

ASMIA AYU BINTI ALIAS

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan

(Pengurusan & Pentadbiran)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JUN 2013

Page 5: Asmia Ayu Binti Alias.TT - fp.utm.my Ayu Binti Alias.TP.pdf · Adik-adik iparku.. (Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah) Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam

“Saya mengakui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri, kecuali nukilan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………………………….....................…

Nama Penulis : ASMIA AYU BINTI ALIAS

Tahun : 2013

Page 6: Asmia Ayu Binti Alias.TT - fp.utm.my Ayu Binti Alias.TP.pdf · Adik-adik iparku.. (Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah) Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam

DEDIKASI

Suamiku….Hafizuddin bin Md. Shakhih,

Anakku…..Nur Iman Amani binti Hafizuddin, Ibuku…….Che Ku Azimah binti Che Ku Long,

Ayahku…Alias bin Saleh. Ibu Mertuaku….Hamidah binti Abdullah.

Ayah Mertuaku…Allahyarham Md. Shakhih bin Abd Fatah

Adik beradikku.. (Azan Harizat, Almida Wahida, Ahmad Firdaus, Aisahanim dan Ainur Sharahiza)

Adik-adik iparku..

(Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah)

Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam kebaikan dunia

dan akhirat…

Page 7: Asmia Ayu Binti Alias.TT - fp.utm.my Ayu Binti Alias.TP.pdf · Adik-adik iparku.. (Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah) Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam

PENGHARGAAN

Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT atas

nikmat-nikmat yang dikurniakan kepada diri saya yang kerdil ini sehingga dapat

menyelesaikan kajian ini dengan sebaiknya.

Seterusnya, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih

yang tidak terhingga kepada penyelia saya Dr. Khadijah binti Daud atas segala

bimbingan,kesabaran, galakan dan kritikan yang membina sehingga kajian ini dapat

disiapkan dengan jayanya.

Penghargaan ini juga dirakamkan kepada semua pensyarah yang mengajar saya iaitu

Prof. Madya Dr. Hamdan bin Said, Prof. Madya Yusof bin Boon, Dr. M. Al-

Muzammil bin Mohd Yassin, Dr. Lokman bin Mohd Tahir, Prof. Dr. Ismail bin

Kailani, Prof. Madya Dr. Abdul Rahim bin Hamdan, Prof. Madya Dr. Mohamad

Najib bin Abd Ghafar, En. Hassan bin Hushin, En Abdul Razak bin Idris yang telah

berkongsi dan menyumbangkan ilmu pengetahuan yang sangat bermanfaat.

Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan

seperjuangan atas segala bantuan dan motivasi yang diberikan sepanjang tempoh

program pengajian ini. Semoga kita semua beroleh manfaat dan setiap amalan yang

dilakukan mendapat keberkatan Allah SWT.

Page 8: Asmia Ayu Binti Alias.TT - fp.utm.my Ayu Binti Alias.TP.pdf · Adik-adik iparku.. (Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah) Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk melihat gaya komunikasi interpersonal guru besar dan

kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru sekolah rendah zon Kukup daerah Pontian.

Kajian ini khusus untuk mengenal pasti tahap gaya komunikasi interpersonal yang

sering digunakan oleh guru besar, tahap kepuasan kerja guru terhadap komunikasi

interpersonal guru besar, perbezaan tahap gaya komunikasi interpersonal guru besar

berdasarkan jantina, tahap kepuasan kerja guru berdasarkan jantina dan hubungan

antara gaya komunikasi interpersonal guru besar dengan kepuasan kerja guru.

Kaedah tinjauan dilakukan menggunakan soal selidik skala Likert lima mata dan data

yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS Versi 18.0. Instrumen

pengukuran yang digunakan untuk mengukur gaya komunikasi interpersonal guru

besar dan kepuasan kerja guru adalah soal selidik yang diadaptasi daripada Aida

Shakila (2012). Sebanyak 172 orang guru daripada lapan buah sekolah rendah di zon

Kukup daerah Pontian, Johor terlibat dalam kajian ini. Data diproses menggunakan

statistik deskriptif min, frekuensi, peratusan dan sisihan piawai, serta statistik

inferensi ujian t dan pekali korelasi pearson. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap

gaya komunikasi interpersonal guru besar adalah pada tahap yang tinggi iaitu 3.927.

Tahap kepuasan kerja guru yang diperoleh juga berada pada tahap tinggi dengan

mencatatkan min sebanyak 3.851. Dapatan korelasi menunjukkan terdapat hubungan

yang signifikan di antara gaya komunikasi interpersonal guru besar dan kepuasan

kerja guru di sekolah-sekolah kebangsaan zon Kukup daerah Pontian (p=0.000)

dengan nilai r = 0.432 iaitu pada tahap sederhana.

Page 9: Asmia Ayu Binti Alias.TT - fp.utm.my Ayu Binti Alias.TP.pdf · Adik-adik iparku.. (Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah) Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam

ABSTRACT

This study was conducted to see the headmaster interpersonal communication styles

and job satisfaction among primary school teachers Kukup zone in Pontian district.

This study specifically to determine the level of interpersonal communication style

that is often used by headmaster, teacher’s job satisfaction for headmaster

interpersonal communication, different levels of interpersonal communication style

headmaster based on gender, level of job satisfaction based on gender and the

relationship between headmaster’s interpersonal communication style and teachers'

job satisfaction. Survey method is done using a questionnaire and a five-point Likert

scale data were analyzed using SPSS version 18.0. Measurement instrument used to

measure interpersonal communication style of headmaster and teacher’s job

satisfaction questionnaire which was adapted from Aida Shakila (2012). A total of

172 teachers from eight primary schools in the zone Kukup in Pontian, Johor

engaged in this study. Data was analyzed using descriptive statistics mean,

frequency, percentage and standard deviation, and inferential statistical t-test and

Pearson correlation coefficient. The findings showed that the level of interpersonal

communication style of headmaster at the high level of 3.927. The level of teacher’s

job satisfaction was also obtained at a high level, recording a mean of 3.851.

Correlation findings showed a significant relationship between interpersonal

communication styles of headmaster and teacher’s job satisfaction in primary schools

in Kukup zone Pontian district (p = 0.000) with r = 0.432 which is at a moderate

level.

Page 10: Asmia Ayu Binti Alias.TT - fp.utm.my Ayu Binti Alias.TP.pdf · Adik-adik iparku.. (Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah) Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam

KANDUNGAN

BAB PERKARA

MUKA SURAT

1

JUDUL

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI LAMPIRAN

SENARAI SINGKATAN

SENARAI SIMBOL

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3.Penyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Hipotesis Kajian

1.7 Kepentingan Kajian

1.8 Batasan Kajian

1.9 Definisi Istilah

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

xii

xv

xvi

xvii

xviii

1

6

9

10

11

12

13

15

16

Page 11: Asmia Ayu Binti Alias.TT - fp.utm.my Ayu Binti Alias.TP.pdf · Adik-adik iparku.. (Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah) Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam

2

1.9.1 Komunikasi Interpersonal

1.9.2 Guru Besar

1.9.3 Kepuasan Kerja

1.9.4 Guru

1.11 Kerangka Teori Kajian

1.12 Kerangka Konsep Kajian

1.13 Kesimpulan

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

2.2 Peranan Guru Besar dan Pengetua

2.2.1 Peranan Guru Besar dalam Komunikasi

2.3 Konsep Komunikasi

2.3.1 Teori-Teori Komunikasi

2.3.1.1 Teori Pertukaran antara Pemimpin

dengan Anggota

( Leader-Member Exchange Theory)

2.3.1.2 Teori Tembusan Sosial

2.3.1.3 Teori Pengurangan Ketidakpastian

2.3.2 Model Komunikasi Interpersonal

2.3.2.1 Model Komunikasi Humanistik

2.3.2.1 Model Komunikasi Pragmatik

2.3.3 Kajian-Kajian Lepas Gaya Komunikasi

2.3.3.1 Kajian Dalam Negara

2.3.3.2 Kajian Luar Negara

2.4 Konsep Kepuasan Kerja

2.4.1 Teori-teori Kepuasan Kerja

2.4.1.1 Teori Keperluan Maslow

2.4.1.2 Teori Perbandingan Dua Faktor

Herzberg

2.4.1.3 Teori Jangkaan

2.4.2 Kajian-Kajian Lepas Kepuasan Kerja

16

17

17

18

19

20

21

22

22

24

27

32

32

33

34

35

36

37

38

39

40

41

47

47

50

52

54

Page 12: Asmia Ayu Binti Alias.TT - fp.utm.my Ayu Binti Alias.TP.pdf · Adik-adik iparku.. (Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah) Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam

3

4

2.4.8.1 Kajian Dalam Negara

2.4.8.2 Kajian Luar Negara

2.5 Kajian-Kajian Lepas Hubungan Gaya Komunikasi

Interpersonal dengan Kepuasan Kerja

2.6 Kesimpulan

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

3.2 Reka Bentuk Kajian

3.3 Tempat Kajian

3.4 Populasi dan Sampel Kajian

3.5 Instrumen Kajian

3.5.1 Bahagian A: Maklumat Demografi

3.5.2 Bahagian B: Gaya Komunikasi Interpersonal

Guru Besar

3.5.3 Bahagian C : Kepuasan Kerja Guru

3.6 Kajian Rintis

3.7 Prosedur Kajian

3.8 Pembolehubah Kajian

3.9 Pengumpulan Data

3.10 Penganalasian Data

3.10.1 Statistik Deskriptif

3.10.2 Statistik Inferensi

3.11 Kesimpulan

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

4.2 Huraian Maklumat Demografi Responden

4.2.1 Jantina Guru Besar

4.2.2 Jantina Guru

4.2.3 Tahap Pendidikan Tertinggi

54

55

56

58

59

60

61

62

63

63

64

64

65

67

69

72

73

74

75

76

76

77

78

78

78

79

Page 13: Asmia Ayu Binti Alias.TT - fp.utm.my Ayu Binti Alias.TP.pdf · Adik-adik iparku.. (Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah) Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam

4.2.4 Pengalaman Bekerja

4.2.5 Jawatan Disandang

4.3 Analisis Deskriptif

4.3.1 Objektif 1: Analisis Tahap Gaya Komunikasi

Interpersonal Guru Besar

4.3.1.1 Gaya Komunikasi Interpersonal

(Gaya Pragmatik)

4.3.1.2 Gaya Komunikasi Interpersonal

(Gaya Humanistik)

4.3.1.3Analisis Keseluruhan Gaya

Interpersonal guru besar

4.3.2 Objektif 2: Analisis Tahap Kepuasan Kerja

Guru

4.3.2.1 Kepuasan Mengajar

4.3.2.2 Status Guru

4.3.2.3 Tekanan Komuniti

4.3.2.4 Sokongan Komuniti

4.3.2.5 Beban Guru

4.3.2.6 Hubungan Guru dengan Guru Besar

4.3.2.7 Analisis Keseluruhan Tahap Kepuasan

Kerja Guru

4.4 Analisis Inferensi Ujian-T

4.4.1 Objektif 3: Perbezaan Gaya Komunikasi

Interpersonal Guru Besar Berdasarkan Jantina

Guru Besar

4.4.2 Objektif 4: Perbezaan Tahap Kepuasan Kerja

Berdasarkan Jantina Guru

4.5 Analisis Inferensi Kolerasi

4.5.1 Hubungan Gaya Komunikasi Interpersonal

Pragmatik Guru Besar dengan

Kepuasan Kerja Guru

4.5.2 Hubungan Gaya Komunikasi Interpersonal

80

80

81

81

81

89

97

98

98

100

101

102

104

105

106

106

107

107

108

108

109

114

Page 14: Asmia Ayu Binti Alias.TT - fp.utm.my Ayu Binti Alias.TP.pdf · Adik-adik iparku.. (Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah) Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam

5

Pragmatik Guru Besar dengan

Kepuasan Kerja Guru

4.5.3Objektif 5: Hubungan Gaya Komunikasi

Interpersonal Guru Besar Secara Keseluruhan

dengan Kepuasan Kerja Guru

4.6 Rumusan

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Rumusan Kajian

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian

5.3.1 Objektif 1: Tahap Gaya Komunikasi

Interpersonal Guru Besar

5.3.2 Objektif 2: Tahap Kepuasan Kerja Guru

5.3.3 Objektif 3: Perbezaan Tahap Gaya Komunikasi

Interpersonal Guru Besar Lelaki dan Guru

Besar Perempuan

5.3.4 Objektif 4: Perbezaan Tahap Kepuasan Kerja

Guru Lelaki dan Perempuan

5.3.5 Objektif 5: Hubungan Antara Gaya

Komunikasi Interpersonal Guru Besar dengan

Kepuasan Kerja Guru

5.4 Cadangan Kajian

5.4.1 Cadangan Tindakan

5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan

5.5 Kesimpulan

118

119

120

120

123

123

126

130

131

132

135

135

136

137

RUJUKAN

LAMPIRAN

139

146

Page 15: Asmia Ayu Binti Alias.TT - fp.utm.my Ayu Binti Alias.TP.pdf · Adik-adik iparku.. (Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah) Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK

MUKA SURAT

Jadual 2.1 Jadual 3.1 Jadual 3.2 Jadual 3.3 Jadual 3.4 Jadual 3.5 Jadual 3.6 Jadual 3.7 Jadual 4.1 Jadual 4.2 Jadual 4.3 Jadual 4.4

Faktor Hygiene Dan Motivator Dalam Teori Perbandingan Dua Faktor Taburan Responden Mengikut Sekolah Taburan Nombor Soalan Mengikut Bahagian Nilai Ketekalan Instrumen Sebaran Dan Pulangan Soal Selidik Daripada Responden Objektif Dan Kaedah Analisa Data Analisis Tahap Gaya Komunikasi Interpersonal Klasifikasi Kekuatan Korelasi Jumlah Dan Peratus Bilangan Responden Mengikut Jantina Guru Besar Jumlah Dan Peratus Bilangan Responden Mengikut Jantina Jumlah Dan Peratus Bilangan Responden Mengikut Tahap Pendidikan Tertinggi Jumlah Dan Peratus Bilangan Responden

52

64

66

68

73

74

75

76

78

79

79

80

Page 16: Asmia Ayu Binti Alias.TT - fp.utm.my Ayu Binti Alias.TP.pdf · Adik-adik iparku.. (Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah) Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam

Jadual 4.5 Jadual 4.6 Jadual 4.7 Jadual 4.8 Jadual 4.9 Jadual 4.10 Jadual 4.11 Jadual 4.12 Jadual 4.13 Jadual 4.14 Jadual 4.15 Jadual 4.16 Jadual 4.17 Jadual 4.18

Mengikut Pengalaman Mengajar Jumlah Dan Peratus Bilangan Responden Mengikut Jawatan Disandang Taburan Responden Konstruk Gaya Pragmatik Taburan Responden Konstruk Gaya Humanistik Analisis Keseluruhan Gaya Komunikasi Interpersonal Guru Besar Taburan Responden Mengikut Konstruk Kepuasan Mengajar Taburan Responden Mengikut Konstruk Status Guru Taburan Responden Mengikut Konstruk Tekanan Komuniti Taburan Responden Mengikut Konstruk Sokongan Komuniti Taburan Responden Mengikut Konstruk Beban Guru Taburan Respoden Mengikut Konstruk Hubungan Guru Dengan Guru Besar Analisis Keseluruhan Mengikut Tahap Kepuasan Kerja Guru Analisis Ujian-T Terhadap Gaya Komunikasi Interpersonal Guru Besar Berdasarkan Jantina Analisis Ujian-T Terhadap Kepuasan Kerja Guru Berdasarkan Jantina Korelasi Antara Gaya Pragmatik Dengan Kepuasan Kerja Guru

80

87

95

97

99

101

102

103

104

105

106

107

108

109

Page 17: Asmia Ayu Binti Alias.TT - fp.utm.my Ayu Binti Alias.TP.pdf · Adik-adik iparku.. (Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah) Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam

Jadual 4.19 Jadual 4.20 Jadual 4.21 Jadual 4.22

Korelasi antara Gaya Pragmatik dengan Konstruk-Konstruk dalam Kepuasan Kerja Korelasi Antara Gaya Pragmatik Dengan Kepuasan Kerja Guru Korelasi Antara Gaya Pragmatik Dengan Konstruk-Konstruk dalam Kepuasan Kerja Guru Korelasi antara Hubungan Gaya Komunikasi Intrpersonal Guru Besar dengan kepuasan Kerja Guru

110

114

115

118

Page 18: Asmia Ayu Binti Alias.TT - fp.utm.my Ayu Binti Alias.TP.pdf · Adik-adik iparku.. (Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah) Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK

MUKA SURAT

Rajah 1.1 Rajah 1.2 Rajah 2.1 Rajah 2.2 Rajah 3.1 Rajah 3.2

Kerangka Teori Kajian Kerangka Konsep kajian Teori Hieraki Keperluan Maslow Kepuasan Kerja Mengikut Perbandingan Dua Faktor Herzberg Carta Aliran Prosedur Kajian Hubungan antara Pembolehubah Bebas dan Pembolehubah Bersandar

19

20

49 51

70

71

Page 19: Asmia Ayu Binti Alias.TT - fp.utm.my Ayu Binti Alias.TP.pdf · Adik-adik iparku.. (Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah) Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN KETERANGAN

MUKA SURAT

A

B

C

Surat Permohonan Menjalankan Kajian

Dapatan Ujian SPSS

Borang soal selidik kajian

146

147

179

Page 20: Asmia Ayu Binti Alias.TT - fp.utm.my Ayu Binti Alias.TP.pdf · Adik-adik iparku.. (Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah) Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN KETERANGAN

FPK

KPM

JPN

PPD

PdP

SK

GSTT

UTM

SPSS

UPM

HEM

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Kementerian Pelajaran Malaysia

Jabatan Pelajaran Negeri

Pejabat Pelajaran Daerah

Pengajaran dan Pembelajaran

Sekolah Kebangsaan

Guru Sandaran Tidak Terlatih

Universiti Teknologi Malaysia

Statistical Package for the Social Science for Windows

Universiti Putra Malaysia

Hal Ehwal Murid

Page 21: Asmia Ayu Binti Alias.TT - fp.utm.my Ayu Binti Alias.TP.pdf · Adik-adik iparku.. (Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah) Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam

SENARAI SIMBOL

SIMBOL

KETERANGAN

SP

T

S

R

Ho

F

%

n

P

R

>

<

Sisihan Piawai

Tinggi

Sederhana

Rendah

Hipotesis nol

Kekerapan

Peratus

Bilangan

Alpha

Nilai Korelasi

Lebih Besar

Lebih Kecil

BAB 1

PENDAHULUAN

Page 22: Asmia Ayu Binti Alias.TT - fp.utm.my Ayu Binti Alias.TP.pdf · Adik-adik iparku.. (Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah) Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam

1.1 Pengenalan

Perkembangan sistem pendidikan pada abad ke-21 memerlukan cabaran yang

kuat untuk ditangani oleh para pendidik. Pada dekad-dekad lalu, sistem pendidikan

hanya berfokuskan kepada meluaskan peluang pendidikan asas kepada seluruh

masyarakat terutama masyarakat ang berada di kawasan luar bandar. Sistem

pendidikan masa kini lebih menekankan kepada aspek perkembangan personaliti

setiap individu untuk berfungsi dengan lebih produktif, bijaksana, realistik, kreatif

dan berkesan dalam semua aspek yang merangkumi jasmani, emosi, rohani dan

intelek (Abdullah Sani, 2003).

Pernyataan di atas selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

(FPK), iaitu pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. (Sufean, 2002).

Malaysia kini sedang berhadapan dengan cabaran yang getir dalam usaha

menyediakan sistem pendidikan berkualiti. Perkembangan sosiobudaya yang sihat

dan pembangunan ekonomi mapan bergantung pada keupayaan menambah baik

keberhasilan sistem pendidikan negara dengan cepat dan berkesan, serta signifikan

kepada keperluan negara. Oleh yang demikian, adalah penting untuk mewujudkan

komunikasi dan kerjasama antara pihak berkepentingan melibatkan murid, guru,

pemimpin sekolah, pegawai Kementerian serta pihak awam untuk menghadapi

Page 23: Asmia Ayu Binti Alias.TT - fp.utm.my Ayu Binti Alias.TP.pdf · Adik-adik iparku.. (Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah) Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam

cabaran ini dengan pendekatan dan strategi baharu yang lebih kreatif dan inovatif.

(Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2012).

Oleh itu, untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

(FPK), sekolah merupakan institusi sosial yang berfungsi sebagai tempat untuk

mempromosikan suasana pembelajaran yang selamat, tersusun, penyayang dan saling

membantu. Nilai kendiri dalam diri setiap murid dipupuk melalui hubungan yang

positif antara murid dengan staf. Sekolah juga akan berusaha untuk menggalakkan

penglibatan aktif ibu, bapa, guru dan komuniti dalam pembelajaran murid.(Abdullah

Sani, 2005).

Wan Jemizan dan Ahmad Termizi (2012) melaporkan dalam Utusan online

bahawa komunikasi adalah asas dalam kehidupan seseorang manusia. Dalam

sesebuah organisasi, komunikasi ibarat nadi yang menggerakkan fungsi pengurusan

dan hubungan kakitangan. Komunikasi menjadi medan perantara penyebaran

maklumat daripada seorang manusia kepada manusia yang lain. Sistem pengurusan

organisasi atau masyarakat akan tergendala tanpa komunikasi. Semakin berkesan

sistem komunikasi yang diamalkan, maka semakin cekaplah pengurusan dan

pentadbiran yang sesebuah organisasi tersebut.

Sekolah merupakan sebuah sistem sosial yang sangat mementingkan

komunikasi. Segala interaksi dan tindak balas antara pengetua, guru, pelajar dan

kakitangan lain digerakkan melalui komunikasi. Khusus dalam interaksi pengetua-

guru, komunikasi berfungsi menyalurkan maklumat terutama daripada pengetua

kepada guru, lantaran itu kebijaksanaan dan kemahiran berkomunikasi sangat

penting bagi seseorang pengetua.(Ariffin & Robiah, 2002).

Justeru itu, dalam sesuatu organisasi komunikasi berperanan penting sebagai

penghubung kepada elemen-elemen di dalamnya. Tanpa komunikasi berkesan,

sesuatu organisasi itu akan menjadi kaku dan tidak dapat melaksanakan aktiviti

Page 24: Asmia Ayu Binti Alias.TT - fp.utm.my Ayu Binti Alias.TP.pdf · Adik-adik iparku.. (Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah) Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam

dengan sempurna. Dalam konteks sekolah, komunikasi interpersonal adalah

melibatkan hubungan di antara pihak pengurusan dengan guru, kakitangan sekolah

dan pelajar. (Zaidatol Akmaliah, 2001).

Guru besar dan pengetua sebagai seorang pemimpin utama di peringkat

sekolah, berperanan penting dalam merancang dan melaksanakan segala misi

dan visi Kementerian Pendidikan Malaysia di peringkat akar umbi. Dalam

sesebuah organisasi sekolah, guru besar atau pengetua akan dibantu oleh

penolong-penolong kanan dalam melaksanakan segala tugas yang berkaitan dengan

kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid. Oleh itu, dalam menjalankan tugas

dan peranan setiap bidang, hubungan interpersonal dalam kepimpinan adalah sangat

penting dalam sesuatu organisasi. (Sonia, 2009).

Ayob (2005) menyatakan pemimpin sekolah yang efektif ialah pemimpin

yang dapat berkomunikasi dengan orientasi bersikap keterbukaan, jujur, amanah,

berkongsi matlamat dan komitmen dalam menjalankan tugas. Di sekolah,

hubungan komunikasi berlaku dalam pelbagai bentuk sama ada komunikasi sehala

atau komunikasi dua hala. Komunikasi antara guru besar atau pengetua dengan guru

berlaku secara menegak manakala komunikasi antara guru biasanya berlaku secara

mendatar.

Dalam sistem persekolahan kini, kemahiran komunikasi interpersonal perlu

dikuasai bukan hanya untuk tujuan berkomunikasi, tetapi untuk proses memimpin

organisasi supaya misi dan visi sekolah dapat direalisasikan dengan jayanya. Apabila

pemimpin sekolah tidak mempunyai kemahiran komunikasi interpersonal, kesannya

mereka akan mengalami kesukaran untuk berinteraksi dengan guru-guru ketika

menguruskan agenda dan program di sekolah. (Zainuddin dan Zaidatul, 2006).

Menurut Ayob (2005), perkara ini akan memberi impak secara tidak langsung

kepada guru besar dan pengetua iaitu tidak mempunyai kepercayaan diri atau konsep

Page 25: Asmia Ayu Binti Alias.TT - fp.utm.my Ayu Binti Alias.TP.pdf · Adik-adik iparku.. (Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah) Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam

kendiri yang rendah yang akhirnya akan mempengaruhi prestasi kerjanya. Ini

menunjukkan bahawa kemampuan komunikasi interpersonal akan mempengaruhi

konsep kendiri seseorang. Cara individu berinteraksi akan memberi persepsi tertentu

kepada orang lain terhadap dirinya. Persepsi orang lain ini merupakan penilaian

terhadap diri individu tersebut. Oleh itu, pengetua dan guru besar perlu memiliki

ilmu-ilmu berkaitan komunikasi interpersonal untuk membentuk persepsi yang

positif seterusnya memudahkan mereka berhubung dengan guru-guru dan kakitangan

sekolah bagi memastikan setiap agenda, program dan aktiviti sekolah berjalan

dengan lancar.

Komunikasi sememangnya penting dalam organisasi. Ia merupakan cara asas

kerjasama, koordinasi dan berbagai-bagai tenaga manusia diperolehi. Kerjasama dan

koordinasi memerlukan pemindahan dan penerimaan mesej antara manusia supaya

setiap orang mengetahui apa yang orang lain mahu mereka lakukan. (Zaidatol

Akmaliah, 2001).

Zainuddin dan Zaidatul (2006), berpendapat bahawa komunikasi dalam

organisasi adalah satu kuasa yang menghubungkan pemimpin dengan orang yang

dipimpin supaya dapat menggerakkan tenaga dengan tersusun untuk mencapai

objektif bersama.

Abd Halim (1994) dalam Ayob (2005) menyatakan bahawa komunikasi

adalah aspek penting dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pengetua atau guru

besar kerana tanggungjawab seorang pengetua atau guru besar melibatkan tugas

memimpin dan mengurus pelajar, guru dan kakitangan. Kecekapan dan keberkesanan

sesebuah sekolah itu bergantung secara langsung kepada kecekapan dan

keberkesanan komunikasi. Tanpa pengurusan dan sistem komunikasi yang berkesan

daripada seorang pengetua atau guru besar, sesebuah sekolah itu tidak mungkin dapat

bergerak dan segala aktiviti tidak dapat berjalan dengan lancar dan teratur. (Yahya

et.al, 2006).

Page 26: Asmia Ayu Binti Alias.TT - fp.utm.my Ayu Binti Alias.TP.pdf · Adik-adik iparku.. (Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah) Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam

Razali (1991) dalam Azizah (2008) menyatakan bahawa kegagalan

komunikasi akan menimbulkan banyak masalah yang akan menjejaskan kelancaran

perjalanan sesebuah organisasi. Penyataan ini disokong oleh Kamaruddin (1992)

dalam Azizah (2008) yang menyatakan bahawa kegagalan komunikasi atau kurang

berkomunikasi boleh menyebabkan syak wasangka, salah anggap atau curiga di

kalangan pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah yang seterusnya akan menjurus

kepada kemerosotan semangat guru di sekolah keseluruhannya.

Keberkesanan komunikasi bergantung kepada keupayaan pemimpin

mewujudkan persekitaran yang saling mempercayai, saling hormat menghormati,

membina dan menggalakkan pertukaran maklumat secara terbuka. Pengurusan cekap

melalui sistem komunikasi yang berkesan ini memberikan kepuasan kerja kepada

guru-guru. Keadaan tersebut mewujudkan iklim kerja yang selesa dan

menyeronokkan (Azmi, 2008).

Menurut Smith (1995) dalam Azmi (2008), sebuah sekolah yang mengalami

iklim positif atau negatif, menjelaskan bahawa sebuah sekolah yang iklim

sekolahnya positif mempunyai ciri-ciri seperti suasana kerja yang positif dan

perhubungan sosial yang baik antara warga sekolah. Suasana yang demikian akan

dapat meningkatkan kesetiaan dan komitmen guru-guru terhadap sekolah. Apabila

ini berlaku dapatlah dirumuskan bahawa akan terjalinlah kepuasan kerja di kedua-

dua pihak terutama di pihak guru-guru. (Ariffin & Robiah, 2002).

1.2 Latar Belakang Masalah

Komunikasi yang efektif bukan sahaja dapat membantu kita menyelesaikan

masalah tetapi juga membantu dalam memperbaiki perhubungan. Pakar dalam

bidang komunikasi percaya bahawa komunikasi yang lemah merupakan punca

Page 27: Asmia Ayu Binti Alias.TT - fp.utm.my Ayu Binti Alias.TP.pdf · Adik-adik iparku.. (Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah) Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam

kepada kebanyakan masalah dan komunikasi yang efektif adalah penyelesaian

kepada kebanyakan masalah (Pearson, 2000).

Jatuh bangun dan maju mundurnya sesebuah sekolah bergantung penuh

kepada komitmen dan kesungguhan guru besar dan guru-guru dalam menjalankan

tugas mereka di sekolah. Ini adalah kerana semua tindakan serta aktiviti yang berlaku

di sekolah dicetuskan oleh guru besar dan ianya digerakkan oleh para guru. Guru

besar tidak mampu menjalankan sebarang aktiviti atau program bersendirian tanpa

penyertaan para guru. Komitmen guru-guru terhadap tugas yang diamanahkan

kepada mereka adalah bermula dengan keselesaan dan keseronokan mereka bekerja.

(Azmi, 2008).

Pengetua dan guru besar merupakan peneraju utama yang membentuk

pasukan bekerja di sekolah. Salah satu faktor utama yang menjadi penyumbang

kepada pembentukan budaya kerja yang dinamik adalah melalui kemahiran

menyampai dan menerima maklumat secara positif yang spesifiknya diistilahkan

sebagai kemahiran berkomunikasi. Kajian daripada pakar-pakar psikologi dan pakar-

pakar komunikasi mendapati kemahiran berkomunikasi memainkan peranan sangat

penting dalam kehidupan manusia. (Abdullah & Ainon, 2005).

Menurut Abrams (1986), dalam kehidupan seharian jumlah komunikasi yang

dilakukan oleh individu terdiri daripada mendengar (45 peratus), bercakap (30

peratus), membaca (16 peratus) dan menulis (9 peratus). Komunikasi bukan sahaja

melibatkan percakapan dan penulisan tetapi juga pembacaan dan proses mendengar

(Zawiyah, 2009).

Zawiyah (2009) menggariskan stail komunikasi kepimpinan seperti sikap

bertimbang rasa, keterbukaan, memberi sokongan dan menggalakkan penyertaan

pekerja sokongan semasa melaksanakan tugas merupakan stail komunikasi

kepemimpinan yang seharusnya diamalkan oleh pemimpin organisasi.

Page 28: Asmia Ayu Binti Alias.TT - fp.utm.my Ayu Binti Alias.TP.pdf · Adik-adik iparku.. (Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah) Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam

Oleh itu, komunikasi adalah aktiviti utama yang berlaku dalam sesebuah

organisasi. Berjaya atau gagal sesebuah organisasi mencapai visi dan misi yang

ditetapkan banyak bergantung kepada pasukan kerja yang berada dalam sesebuah

organisasi itu. Salah satu alat untuk mewujudkan pasukan kerja yang dinamik dan

efektif adalah melalui komunikasi yang berkesan.

Setiap hari, guru besar atau pengetua akan berkomunikasi dengan

subordinatnya sama ada guru atau staf sokongan sekolah. Oleh itu, aspek penyaluran

maklumat yang berkualiti serta pembinaan hubungan dua hala dalam proses

komunikasi seharusnya diberi perhatian serius (Rina Ilyana, 2004). Tambahan pula,

kefahaman dan kemahiran untuk berkomunikasi dengan berkesan akan membantu

mereka untuk membentuk kumpulan kerja yang dinamik. Kumpulan kerja ini akan

mampu memacu setiap aktiviti yang dijalankan oleh sekolah ke arah hala tuju yang

sama.

Kemahiran komunikasi guru besar mampu mempengaruhi tahap

pembangunan dan kelangsungan organisasi. Komunikasi berkesan merupakan

elemen penting dalam pengurusan organisasi. Kebolehan pengurus menyampaikan

maklumat dengan jelas serta bebas daripada kekeliruan membangkitkan dorongan

bekerja yang tinggi di kalangan subordinat, mengelakkan daripada berlakunya

konflik dan salah faham, serta membangkitkan perasaan saling mempercayai antara

satu sama lain.

Faktor-faktor seperti maklumat yang disampaikan tidak jelas, prosedur kerja

tidak sistematik, tiada kriteria untuk membuat keputusan, kurang penghargaan, tiada

penilaian dalaman antara penyebab komunikasi interpersonal guru besar tidak

berfungsi dengan sebaiknya. Selain daripada itu, kurang kemesraan, kurang

keprihatinan antara Guru besar dan guru-guru menimbulkan masalah kurang

komitmen dan ketidakpuasan kerja guru. (Kamariah, 2008).

Page 29: Asmia Ayu Binti Alias.TT - fp.utm.my Ayu Binti Alias.TP.pdf · Adik-adik iparku.. (Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah) Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam

Dalam kajian Azizah (2009), hasil dapatan mendapati bahawa perbezaan

jantina di kalangan guru mempengaruhi pendapat mereka terhadap gaya komunikasi

guru besar. Kajian beliau merumuskan, faktor demografi jantina mempengaruhi

aspek komunikasi dalam organisasi sekolah.

Jazmi (2009) merumuskan bahawa ketidakpuasan bekerja dalam kalangan

guru-guru di Malaysia adalah disebabkan oleh faktor hubungan kemanusiaan. Begitu

juga dengan kajian Adnan (2008) mendapati perkara yang sama juga berlaku di

institut pengajian tinggi di Malaysia. Ini membuktikan bahawa pemimpin organisasi

pendidikan, khususnya pengetua sebagai peneraju sesebuah sekolah mampu

mempengaruhi keberkesanan dan peningkatan prestasi sekolah melalui perhubungan

kemanusiaan yang positif.

Hubungan komunikasi yang kurang berkesan bukan sahaja akan menghalang

proses dan penyampaian maklumat dalam organisasi, bahkan akan menimbulkan

konflik. Kebanyakan konflik yang selalu berlaku dalam perhubungan antara guru

besar dan guru disebabkan oleh wujudnya halangan-halangan dalam komunikasi.

Apabila komunikasi berlaku secara terbuka, jelas, ikhlas dan sensitif, maka

perhubungan akan berkembang. Sebaliknya, apabila komunikasi tersekat, maka

perhubungan akan terbantut. (Azmi, 2008).

Menurut Timm dan De Tienne (1995), kejayaan sesebuah organisasi amat

bergantung kepada komunikasi yang digunakan.Tetapi, komunikasi selalunya

menjadi masalah utama dalam organisasi. Sejauh manakah komunikasi dalam

organisasi dapat memberikan kepuasan kerja terhadap setiap guru dalam organisasi

tersebut? Oleh itu, berdasarkan isu-isu yang telah dinyatakan, kajian ini ingin melihat

gaya komunikasi interpersonal guru besar dan hubungannya dengan kepuasan kerja

guru.

Page 30: Asmia Ayu Binti Alias.TT - fp.utm.my Ayu Binti Alias.TP.pdf · Adik-adik iparku.. (Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah) Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam

Rumusannya, pelbagai polemik yang berbangkit kini dalam perhubungan

antara pemimpin sekolah dengan subordinatnya iaitu guru yang mendorong

pemimpin untuk mengetahui dan mengamalkan gaya komunikasi yang bersesuaian

dengan keperluan guru dan persekitaran sekolah telah merangsang pengkaji untuk

menjalankan kajian ini. Pelbagai konflik akan timbul sekiranya guru besar itu sendiri

yang tidak memahami dan menyedari akan peranan dan tangunggjawab mereka

mengenai kepentingan komunikasi dalam organisasi. Oleh itu, kajian gaya

komunikasi guru besar akan dikaji bagi menjawab persoalan yang akan dinyatakan

oleh pengkaji.

1.3 Penyataan Masalah

Sebilangan besar pengkaji berminat untuk mengkaji tentang tingkah laku

manusia dalam organisasi. Namun demikian, kebanyakannya mengetepikan unsur

komunikasi sebagai salah satu aspek yang penting dalam kajian mereka. Mereka

menganggap komunikasi tidak penting dan tidak perlu dikaji malah ia tidak

mempunyai pengaruh dalam organisasi. Komunikasi bertindak sebagai agen dalam

keberkesanan organisasi kerana melalui komunikasi sahaja seseorang dapat

disatukan ke dalam satu kumpulan kerja.

Dunia kini menyaksikan guru besar dan guru-guru menghadapi tekanan yang

hebat kerana mereka berhadapan dengan keadaan sistem pendidikan yang tidak

menentu serta perkembangan perubahan masyarakat yang terlalu drastik. Dalam

menghasilkan pengurusan sekolah yang cemerlang, buru besar dan guru perlu

membentuk perhubungan dua hala yang baik dan mantap.

Sebahagian besar guru besar kurang mementingkan aspek komunikasi

berkesan semasa menjalankan urusan pentadbiran khususnya ketika menyalurkan

Page 31: Asmia Ayu Binti Alias.TT - fp.utm.my Ayu Binti Alias.TP.pdf · Adik-adik iparku.. (Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah) Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam

mesej atau maklumat kepada subordinat di bawahnya terutamanya guru-guru.

Menurut Kamariah (2008) gaya komunikasi guru besar yang lemah ini akan menjadi

punca utama kepada perselisihan faham dalam organisasi pendidikan seperti sekolah,

kerana kemungkinan idea atau mesej yang hendak disampaikan oleh guru besar tidak

dapat difahami oleh guru-guru yang akhirnya akan menimbulkan rasa tidak puas hati

di kalangan guru-guru.

Berdasarkan latar belakang masalah kajian ini dan juga pernyataan berkaitan

jantina di atas, jelaslah bahawa gaya komunikasi guru besar dan tahap kepuasan kerja

guru memerlukan kajian yang teliti. Oleh itu, kajian ini akan meneliti hubungan

gaya komunikasi interpersonal guru besar di sekolah-sekolah terpilih di zon Kukup,

Pontian dan kepuasan kerja guru-guru di sekolah tersebut.

1.4 Objektif Kajian

Objektif umum kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kepuasan

kerja guru terhadap komunikasi interpersonal yang digunakan oleh Guru besar

semasa berkomunikasi di sekolah. Objektif khusus kajian ini adalah ;

(i) Mengenal pasti tahap gaya komunikasi interpersonal yang sering

digunakan oleh guru besar.

(ii) Mengenal pasti tahap kepuasan kerja guru terhadap komunikasi

interpersonal guru besar.

(iii) Mengenal pasti perbezaaan tahap gaya komunikasi interpersonal guru

besar berdasarkan jantina.

(iv) Mengenal pasti tahap kepuasan kerja guru berdasarkan jantina.

Page 32: Asmia Ayu Binti Alias.TT - fp.utm.my Ayu Binti Alias.TP.pdf · Adik-adik iparku.. (Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah) Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam

(v) Mengenal pasti hubungan antara gaya komunikasi interpersonal guru

besar dengan kepuasan kerja guru.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini akan menjawab persoalan-persoalan kajian berikut:

(i) Apakah tahap gaya komunikasi interpersonal yang sering digunakan oleh

guru besar ?

(ii) Apakah tahap kepuasan kerja guru terhadap gaya komunikasi

interpersonal guru besar ?

(iii) Adakah terdapat perbezaan tahap gaya komunikasi interpersonal guru

besar berdasarkan jantina?

(iv) Adakah terdapat perbezaan tahap kepuasan kerja guru berdasarkan

jantina?

(v) Adakah terdapat hubungan antara gaya komunikasi interpersonal Guru

besar dengan kepuasan kerja guru

1.6 Hipotesis Kajian

a) Perbezaan

Ho 1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya komunikasi

interpersonal guru besar secara keseluruhan berdasarkan jantina.

Page 33: Asmia Ayu Binti Alias.TT - fp.utm.my Ayu Binti Alias.TP.pdf · Adik-adik iparku.. (Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah) Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam

Ho 2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap kepuasan kerja

guru berdasarkan jantina.

b) Hubungan

Ho 3: Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara gaya komunikasi

interpersonal guru besar dengan kepuasan kerja guru.

Ho 3A: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pragmatik

guru besar dengan kepuasan kerja guru .

Ho 3A(1): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya

pragmatik guru besar dengan kepuasan mengajar.

Ho 3A(2): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya

pragmatik guru besar dengan status guru.

Ho 3A(3): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya

pragmatik guru besar dengan tekanan komuniti.

Ho 3A(4): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya

pragmatik guru besar dengan galakan komuniti.

Ho 3A(5): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya

pragmatik guru besar dengan beban guru.

Ho 3A(6): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya

pragmatik guru besar dengan hubungan guru dengan guru besar.

Ho 3B: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya humanistik

guru besar dengan kepuasan kerja guru .

Ho 3B(1): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya

humanistik guru besar dengan kepuasan mengajar.

Page 34: Asmia Ayu Binti Alias.TT - fp.utm.my Ayu Binti Alias.TP.pdf · Adik-adik iparku.. (Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah) Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam

Ho 3B(2): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya

humanistik guru besar dengan status guru.

Ho 3B(3): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya

humanistik guru besar dengan tekanan komuniti.

Ho 3B(4): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya

humanistik guru besar dengan galakan komuniti.

Ho 3B(5): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya

humanistik guru besar dengan beban guru.

Ho 3B(6): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya

humanistik guru besar dengan hubungan guru dengan guru besar.

1.6 Kepentingan Kajian

Dapatan kajian ini dijangka akan meningkatkan lagi

kebolehpercayaan peranan komunikasi interpersonal organisasi secara amnya

dan gaya komunikasi interpersonal guru besar secara khususnya dalam

kepuasan kerja guru-guru. Berikut adalah kepentingan kajian ini kepada

pihak-pihak yang terlibat.

1.6.1 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Hasil dapatan kajian ini bermanfaat untuk dirujuk oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) untuk merangka garis panduan untuk mengadakan

Page 35: Asmia Ayu Binti Alias.TT - fp.utm.my Ayu Binti Alias.TP.pdf · Adik-adik iparku.. (Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah) Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam

bengkel, seminar dan kursus berkaitan dengan kemahiran komunikasi yang

berkesan supaya dapat diemplementasikan oleh guru besar dalam

menjalankan tugas pentadbiran mereka di sekolah.

1.6.2 Guru besar

Kajian ini bertujuan untuk membuka minda semua guru besar agar

lebih memahami dan memberi perhatian terhadap komunikasi interpersonal

yang berkesan semasa berada di sekolah. Kajian ini juga diharap dapat

memberi manfaat kepada semua guru besar dan menyedarkan mereka bahawa

komunikasi interpersonal yang baik dengan guru amat penting untuk

mewujudkan iklim sekolah yang kondusif dengan cara memberikan motivasi

kepada guru-guru agar mereka dapat memberikan komitmen yang lebih tinggi

terhadap organisasi masing-masing.

1.6.3 Guru-guru

Hasil kajian ini diharapkan dapat mewujudkan hubungan komunikasi

interpersonal yang positif seterusnya akan merangsang suasana kerja yang

menyeronokkan dan menambah komitmen guru-guru untuk menjalankan

proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta tugas-tugas lain dengan lebih

berkesan.

Guru-guru juga diharapkan agar dapat menjadikan hasil kajian ini

sebagai panduan mereka dalam mengaplikasikan gaya komunikasi yang

berkesan terhadap rakan sekerja dan juga murid-murid di sekolah. Kesannya,

suasana positif yang terbina ini akan membentuk budaya sosial sekolah yang

selesa dan menyenangkan.

Page 36: Asmia Ayu Binti Alias.TT - fp.utm.my Ayu Binti Alias.TP.pdf · Adik-adik iparku.. (Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah) Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam

1.6.4 Penyelidik Akan Datang

Kajian ini dapat dijadikan literatur tambahan untuk pengkaji-pengkaji

akan datang yang mengkaji topik gaya komunikasi interpersonal atau yang

berkaitan dengannya.

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini hanya terbatas kepada guru guru berjawatan tetap di sekolah

rendah zon Kukup daerah Pontian, Johor sahaja. Sekolah-sekolah yang dipilih adalah

berdasarkan faktor tempoh perkhidmatan seseorang Guru besar di sekolah tersebut.

Pemilihan kaedah pengumpulan data yang terhad mengakibatkan penyelidikan ini

bergantung sepenuhnya kepada jawapan yang diberikan oleh responden dari borang

soal selidik sahaja.

Kajian ini hanya menghubungkaitkan gaya komunikasi interpersonal Guru

besar dengan kepuasan kerja guru mengikut persepsi para guru sendiri. Gaya

komunikasi interpersonal yang dikaji hanya berdasarkan gaya komunikasi Model

Pragmatik dan Model Humanistik.

Memandangkan responden kajian ini hanya melibatkan sebahagian guru-

gurusekolah kebangsaan di negeri Johor, maka dapatan kajian ini tidak

menggambarkan apa yang sebenar berlaku dalam seluruh sistem pendidikan di

Malaysia.

Page 37: Asmia Ayu Binti Alias.TT - fp.utm.my Ayu Binti Alias.TP.pdf · Adik-adik iparku.. (Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah) Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam

1.9 Definisi Istilah

Berikut adalah definisi istilah yang digunakan dalam kajian ini.

1.9.1 Komunikasi Interpersonal

Komunikasi interpersonal bermaksud proses komunikasi antara

individu yang terdiri daripada dua orang atau lebih. Ia bersifat terus iaitu

bersemuka tanpa menggunakan sebarang perantaraan atau saluran tertentu.

Komunikasi interpersonal ini boleh berlaku dalam keadaan formal atau

bersahaja. (Aziz, 2002).

Sulaiman (2007) menyatakan bahawa komunikasi interpersonal akan

berlaku apabila dua individu berinteraksi secara bersemuka dan bertentangan

antara satu sama lain. Komunikasi ini berlaku dalam dua hala iaitu dua

individu yang terlibat dalam proses komunikasi itu saling menyampai dan

menerima maklumat secara lisan dan bukan lisan.

Menurut Abdullah (2001), komunikasi interpersonal seseorang iaitu

boleh dilihat dari dua model iaitu Model Humanistik melalui ciri-ciri

keterbukaan, empati, dukungan, sikap positif dan kesaksamaan dan satu lagi

model ialah Model Pragmatik dengan ciri-ciri keyakinan sosial, kebersamaan,

daya ekspresif, pengurusan interaksi dan orientasi lain.

Berdasarkan penerangan di atas, kajian ini akan melihat gaya

komunikasi interpersonal yang diamalkan oleh guru besar di sekolah-sekolah

rendah di zon Kukup daerah Pontian, sama ada menggunakan Model

Humanistik atau Model Pragmatik.

Page 38: Asmia Ayu Binti Alias.TT - fp.utm.my Ayu Binti Alias.TP.pdf · Adik-adik iparku.. (Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah) Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam

1.9.2 Guru besar

Guru besar adalah individu yang mempunyai kuasa rasmi yang

dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengetuai sesebuah

sekolah rendah dan dipertanggungjawabkan untuk mengurus, mentadbir dan

memimpin sekolah. Dalam organisasi sekolah rendah, guru besar berperanan

sebagai pemimpin utama sekolah rendah.

Dalam konteks kajian ini, guru besar yang terpilih daripada di lapan

buah sekolah rendah merupakan fokus utama kajian untuk melihat gaya

komunikasi interpersonal yang diaplikasikan oleh mereka di sekolah.

1.9.3 Kepuasan Kerja

Kepuasan kerja didefinisikan sebagai penilaian seseorang pekerja

tehadap pekerjaan yang dilakukannya dari aspek penyeliaan, gaji, pangkat,

dan kerja itu sendiri. Penilaian seseorang merupakan perbandingan antara

harapan pekerja berkaitan penyeliaan, gaji dan kenaikan pangkat berbanding

dengan pengalaman seseorang pekerja itu. Ia amat sukar untuk didefinisikan

dengan jelas memandangkan ianya bersifat kompleks.

Kenyataan ini disokong dengan pandangan Smither (1988) dalam

Bahari (1997) yang menyatakan bahawa kepuasan kerja adalah sukar untuk

didefinisikan dan ia merupakan suatu fenomena yang kompleks melibatkan

gaji, keadaan tempat kerja, penyeliaan, motivasi individu dan kerja itu

sendiri.

Page 39: Asmia Ayu Binti Alias.TT - fp.utm.my Ayu Binti Alias.TP.pdf · Adik-adik iparku.. (Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah) Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam

Kepuasan kerja bermaksud keadaan emosi positif atau negatif yang

timbul susulan dari rangsangan yang berkaitan dengan pekerjaan, yang lebih

menjurus kepada kepuasan ekstrinsik berhubungan dengan faktor

persekitaran kerja boleh memberi kepuasan dalam pekerjaan.

Kajian ini akan mengenal pasti kepuasan kerja guru-guru di lapan

buah sekolah rendah yang terpilih di zon Kukup, Pontian untuk melihat tahap

kepuasan profesion mereka sebagai seorang guru.

1.9.4 Guru

Abdullah Sani (2007), menyatakan guru bermaksud pegawai yang

telah dilantik dan disahkan dalam jawatannya oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia yang ditugaskan untuk mengajar dan membimbing pelajar-pelajar

sekolah berdasarkan kepada tugas-tugas yang telah ditentukan oleh pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru biasa juga merupakan guru-guru yang

mengajar matapelajaran. Maksud guru ini tidak termasuk jawatan guru

lantikan Kerajaan secara Kontrak seperti Guru Ganti, Guru Sandaran Tidak

Terlatih (GSTT) dan Guru Ganti Bersalin.

Kajian ini melibatkan sejumlah 172 orang guru di lapan buah sekolah

rendah di zon Kukup daerah Pontian yang terpilih dan merupakan responden

kajian.

1.10 Kerangka Teori Kajian

Berikut adalah kerangka kajian komunikasi interpersonal Guru besar.

Page 40: Asmia Ayu Binti Alias.TT - fp.utm.my Ayu Binti Alias.TP.pdf · Adik-adik iparku.. (Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah) Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam

Rajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian

Kerangka teori kajian menunjukkan teori utama yang digunakan oleh

pengkaji dalam mengkaji hubungan antara gaya komunikasi interpersonal Guru besar

(Humanistik atau Pragmatik) dengan kepuasan kerja guru.

1.11 Kerangka Konsep Kajian

Berikut adalah kerangka teori gaya komunikasi interpersonal Buru besar terhadap

kepuasan kerja guru.

BAB 2

Komunikasi Interpersonal Guru Besar

Model Humanistik Model Pragmatik

Keterbukaan, Empati, Dukungan, Sikap

positif, Kesaksamaan

Keyakinan Sosoal, Kebersamaan, Daya

Ekspresif, Pengurusan Interaksi, Orientasi

Kepuasan Kerja (Aida Shakila, 2012)

Gaya Humanistik -Keterbukaan -Empati -Dukungan -Sikap positif -Kesaksamaan

Gaya Pragmatik ki i l

Gaya Komunikasi Interpersonal Guru Besar

Kepuasan Kerja Guru

Page 41: Asmia Ayu Binti Alias.TT - fp.utm.my Ayu Binti Alias.TP.pdf · Adik-adik iparku.. (Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah) Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam

Rajah 1.2: Kerangka Konsep Kajian

Kerangka konsep kajian menunjukkan hubungan antara gaya komunikasi

guru besar terhadap kepuasan kerja guru. gaya komunikasi interpersonal Guru besar

dibahagikan kepada dua unsur iaitu gaya humanistik dan gaya pragmatik. Gaya

humanistik mengandungi lima konstruk iaitu keterbukaan, empati, dukungan, sikap

positif dan kesaksamaan. Gaya pragmatik juga mengandungi lima konstruk iaitu

keyakinan sosial kebersamaan, daya ekspresif, pengurusan interaksi dan orientasi

lain.

Kepuasan kerja guru pula diukur melalui enam konstruk iaitu status guru,

tekanan komuniti, galakan komuniti, beban guru dan hubungan guru dengan Guru

besar..

1.12 Kesimpulan

Berdasarkan kepada latar belakang dan pernyataan masalah yang diberi,

penyelidik yakin bahawa kajian ini amat wajar dijalankan untuk meninjau persepsi

umum guru-guru mengenai komunikasi guru besar mereka di sekolah.

-Kepuasan mengajar -Status guru -Tekanan Komuniti -Galakan Komuniti -Beban guru -Hubungan guru dengan guru besar