asma' al banjari tadabbur hadith- kepentingan niat

3
This webpage is not available Google Chrome could not load the webpage because www.al-az took too long to respond. The website may be down, or you may experiencing issues with your Internet connection. Here are some suggestions: Reload this webpage later. Check your Internet connection. Restart any router, mode network devices you may be using. Add Google Chrome as a permitted program in your firewa antivirus software's settings. If it is already a permitted pro deleting it from the list of permitted programs and adding i If you use a proxy server, check your proxy settings or co network administrator to make sure the proxy server is wo you don't believe you should be using a proxy server, adju proxy settings: Go to the Chrome menu > Settings > S advanced settings... > Change proxy settings... > LAN MySolat mak andak View my complete profile About Me 2013 (11) June (1) M ay (1) April (1) March (3) February (2) Tadabbur Hadith: Kepentinga n Niat M embazir Sifat Keji Yang Wajib Dihindari January (3) 2012 (50) 2011 (10) Blog Archive Followers 0 Share More Next Blog» Create Blog Sign In

Upload: afiem-sweet

Post on 30-Jul-2015

292 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Asma' al banjari  tadabbur hadith- kepentingan niat

7/8/13 Asma' Al-Banjari: Tadabbur Hadith: Kepentingan Niat

mak-andak.blogspot.com/2013/02/tadabbur-hadith-kepentingan-niat.html 1/4

Asma' Al-Banjari

Home

W e d n e s d a y , 2 7 F e b r u a r y 2 0 1 3

Tadabbur Hadith: Kepentingan Niat

السالم علیكم ورحمة اهللا وبركاتھ

بسم اهللا الرحمن الرحیم

عن عمر بن الخطاب - رضى اهللا عنه - قال : سمعت رسول الله - صلى اهللا عليه وسلم -يقول:

هترفهج هولسرو إلى الله هترجه تكان نى ، فموا نرئ مكل اما لمإنو ، اتيال بالنما األعمإن))هإلي راجا هإلى م هترا ، فهجهحكني أةرا أو امهيبصا ييندل هترجه تكان نمو ، هولسرو إلى الله

)). [متفق عليه]

Daripada ‘Umar bin Al-Khattab RA katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat (seseorang itu), dansesungguhnya bagi setiap manusia apa yang dia niatkan. Maka barangsiapa yangberhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya adalah pada Allah danRasul-Nya. Dan barangsiapa yang berhijrah kepada dunia yang dia inginmendapatkan habuannya, atau perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnyaadalah pada apa yang dia hijrahkan.” [Muttafaqun ‘alayh]

Pengajaran hadith:1. Hadith ini merupakan isyarat bahawa setiap amalan yang tidak dibuat untuk mendapat

keredhaan Allah, maka ianya adalah batil, dan tidak akan mendapat sebarang ganjarandi dunia mahupun di akhirat.

2. Diriwayatkan daripada al-Syafi’iy, dia berkata: Hadith ini merupakan satu pertigacabang ilmu, dan termasuk dalam 70 bab daripada bab Fiqh.

3. Imam Ahmad berkata: Usul Islam berpaksikan pada 3 hadith - Hadith ‘Umar: “Setiapamalan itu bergantung pada niat.”; Hadith ‘A’ishah: “Barangsiapa yang berkatatentang urusan kami (Islam) tetapi bukan dari kami, maka ianya tertolak.”; Danhadith Nu’man bin Basyir: “Perkara yang halal adalah jelas, dan perkara yangharam juga jelas.”

4. Abu Dawud pula berkata: Aku telah menulis 500,00 hadith tentang Rasulullah SAW,dan aku hanya memilih 4800 hadith untuk dimuatkan di dalam kitab ini – iaitu kitab al-Sunan. Bagiku, cukuplah agama seseorang itu terpelihara dengan berpegang padaempat hadith: Sabda Rasulullah SAW: “Setiap amalan itu bergantung pada niat.”;Sabda Rasulullah SAW: “Antara tanda kebaikan Islam seseorang itu adalah diameninggalkan perkara yang tidak penting baginya.”; Sabda Rasulullah SAW:“Seseorang Mu’min itu tidak akan menjadi Mu’min yang sebenarnyasehinggalah dia tidak redha kepada saudaranya melainkan apa yang dia redhapada dirinya sendiri.”; Sabda Rasulullah SAW: “Perkara yang haram adalahjelas, dan perkara yang haram juga jelas.”

5. Para ulama’ berbeza pendapat tentang sabda baginda, “Setiap amalan itubergantung pada niat.” Kebanyakan mereka berpegang pada pendapat yangmengatakan bahawa setiap amalan yang betul, dikira atau diterima adalah bergantung kepada niat seseorang.

6. Mengikut riwayat Imam Ahmad bin Hanbal, dia berkata: Aku suka kepada orang yangberniat terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu amalan, sama ada solat, puasa,sedekah, atau apa-apa sahaja kebaikan. Kerana itulah Nabi SAW bersabda: “Setiapamalan itu bergantung pada niat.” Maka perintah ini merangkumi semua perkarayang ingin dilakukan.

7. Sabda baginda, “Setiap amalan bergantung pada niat.” juga membawa maksud:Syarat untuk menentukan amalan yang dilakukan itu betul atau rosak, diterima atau

MyTime

MyCalendar

This webpage is not available

Google Chrome could not load the webpage because www.al-azim.com

took too long to respond. The website may be down, or you may be

experiencing issues with your Internet connection.

Here are some suggestions:

Reload this webpage later.

Check your Internet connection. Restart any router, modem, or other

network devices you may be using.

Add Google Chrome as a permitted program in your firewall's or

antivirus software's settings. If it is already a permitted program, try

deleting it from the list of permitted programs and adding it again.

If you use a proxy server, check your proxy settings or contact your

network administrator to make sure the proxy server is working. If

you don't believe you should be using a proxy server, adjust your

proxy settings: Go to the Chrome menu > Settings > Show

advanced settings... > Change proxy settings... > LAN Settings

MySolat

mak andak

View my complete

profile

About Me

▼ 2013 (11)

► June (1)

► May (1)

► April (1)

► March (3)

▼ February (2)

TadabburHadith:Kepentingan Niat

MembazirSifat KejiYang WajibDihindari

► January (3)

► 2012 (50)

► 2011 (10)

Blog Archive

Followers

0Share More Next Blog» Create Blog Sign In

Page 2: Asma' al banjari  tadabbur hadith- kepentingan niat

7/8/13 Asma' Al-Banjari: Tadabbur Hadith: Kepentingan Niat

mak-andak.blogspot.com/2013/02/tadabbur-hadith-kepentingan-niat.html 2/4

ditolak, diberi ganjaran atau tidak, adalah berdasarkan niat seseorang itu. Jikalau baikniatnya, maka baiklah amalannya. Tetapi jika rosak niatnya, maka rosaklah amalannya.

8. Niat pada perbahasan para ulama’ terbahagi kepada dua:

a. Membezakan sesuatu ibadat dengan ibadat yang lain, seperti membezakansolat Zohor dengan solat Asar dan membezakan puasa Ramadhan denganpuasa yang lain. Ataupun membezakan ibadat dengan adat, sepertimembezakan mandi junub dengan mandi biasa. Inilah maksud niat yang banyakterdapat dalam kitab-kitab feqah.

b. Melakukan setiap amalan kerana apa? Iaitu adakah betul-betul ikhlas keranaAllah semata-mata? Atau kerana Allah dan juga kerana selain Allah ataukerana selain dari Allah sahaja? Bahagian ini di sebut sebagai ikhlas.

9. Niat mengikut hadith Nabi SAW dan salaful Ummah ialah kehendak, dan ini dijelaskanlagi dengan banyak dalam al-Qur’an. Antaranya:

a. “Di antara kamu ada yang menghendaki keuntungan dunia semata-mata, dan di antara kamu ada yang menghendaki akhirat.” [Ali Imran,ayat 152]

b. “Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedangAllah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. Dan (ingatlah), AllahMaha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” [Al-Anfal, ayat 67]

c. “Barangsiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapatfaedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan padafaedah yang dikehendakiNya; dan barangsiapa yang menghendaki(dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami akanberikan kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kamitentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhiratkelak.” [Al-Syura: 20]

10. Sesungguhnya perkara yang ma’ruf, bersedekah, dan mendamaikan antara manusiaadalah perkara yang baik. Sekiranya ianya dibuat untuk mencari keredhaan AllahSWT, ianya adalah baik baginya dan ia akan diberikan ganjaran. Tetapi sekiranya iatidak dibuat untuk mencari keredhaan Allah, itu adalah tidak baik baginya dan ia tidakakan diberikan sebarang ganjaran. Firman Allah SWT: “Tidak ada kebaikan padakebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruhbersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dansesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah,tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.” [Al-Nisa’,ayat 114]

11. Sabda Nabi SAW: “Semua manusia akan dibangkitkan pada hari kiamat kelakberdasarkan niat-niat mereka.” [Riwayat Ibnu Majah]

12. Daripada Zayd bin Tsabit, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: “Barangsiapayang menjadikan dunia sebagai cita-citanya, Allah akan sulitkan urusannya (didunia), menjadikan kefakiran di depan matanya, dan dia tidak akan mendapatdunia melainkan apa yang telah ditulis baginya. Tetapi barangsiapa yangmenjadikan akhirat sebagai cita-citanya, Allah akan mengumpulkan(memudahkan) urusannya (di dunia), menjadikan hatinya penuh dengankekayaan, dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk.” [HRAhmad, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban mensahihkannya]

13. Ibnu ‘Ijlan menyebut: Setiap amalan tidak akan menjadi baik melainkan setelah adanyatiga perkara: Taqwa kepada Allah, niat yang baik dan bertepatan dengan syara’.

14. Syeikh al-Fudhayl berkata tentang firman Allah Ta’ala: “Supaya dia menguji kamusiapakah di antara kamu yang paling baik amalannya.” [Al-Mulk, ayat 2] Diaberkata, iaitu: Yang paling ikhlas dan paling bertepatan dengan syara’.Sesungguhnya setiap amalan yang dilakukan dengan ikhlas tetapi tidak bertepatandengan syara’, ianya tidak akan diterima. Dan apabila ianya bertepatan dengan syara’tetapi tidak ikhlas, ianya tidak akan diterima juga sehinggalah amalan tersebut betul-betul dilakukan dengan ikhlas dan bertepatan dengan syara’.

15. Sabda Rasulullah s.a.w. : “…Maka barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah danRasul-Nya, maka hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasul-Nya. Danbarangsiapa yang berhijrah kerana dunia atau kerana wanita yang ingindikahwininya, maka hijrahnya adalah kepada apa yang dia hijrahkan(niatkan).”

16. Maksud ayat ini ialah hijrah para sahabat ke Madinah berbeza mengikut perbezaan niatmereka. Siapa yang berhijrah kerana Allah, maka itulah orang yang berhijrah keranacintakan Allah dan Rasul. Sebaliknya barangsiapa yang berhijrah kerana dunia ataukerana wanita, maka dia adalah ahli dunia.

17. Daripada Abu Hurayrah RA, aku mendengar Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnyaorang yang pertama diadili dan dihukum pada hari kiamat:

a. Lelaki yang mati syahid. Lalu ia dibawa di hadapan Allah, makaditunjukkan nikmat-nikmat ke atasnya dan dia mengakui nikmat-nikmattersebut. Kemudian ditanyakan kepadanya: ‘Apa yang engkau telah

This

webpage is not available

Google Chrome could not load the

webpage because

r1rk9np7bpcsfoeekl0khkd2juj27q3o-a-

fc-

opensocial.googleusercontent.com

took too long to respond. The website

may be down, or you may be

experiencing issues with your Internet

connection.

Here are some suggestions:

Page 3: Asma' al banjari  tadabbur hadith- kepentingan niat

7/8/13 Asma' Al-Banjari: Tadabbur Hadith: Kepentingan Niat

mak-andak.blogspot.com/2013/02/tadabbur-hadith-kepentingan-niat.html 3/4

Posted by mak andak at 17:34

lakukan pada nikmat-nikmat tersebut?’ Ia menjawab: ‘Aku telahberperang kerana Engkau sehingga aku mati syahid.’ Lalu dijawabkepadanya: ‘Engkau berdusta, tetapi engkau telah berperang supayaengkau digelar seorang yang gagah perkasa. Dan memang orang ramaitelah menyebut engkau sebegitu. Lalu diperintahkan kepadanya, makamukanya diheret lalu dihumbankan ke neraka Jahannam.

b. Lelaki yang mempelajari ilmu dan mengajarnya, serta membaca al-Qur’an. Maka ia dibawa dan diperkenalkan nikmat-nikmat kepadanyasehingga ia mengakuinya. Kemudian ditanya kepadanya: ‘Apa yangkamu telah lakukan dengan nikmat-nikmat tersebut?’ Jawabnya: ‘Akutelah mempelajari ilmu dan mengajarkannya serta membaca al-Qur’ankerana Engkau.’ Lalu dikatakan kepadanya: ‘Engkau berdusta, tetapiengkau mempelajari ilmu supaya dikatakan engkau seorang yang alimdan engkau membaca al-Qur’an supaya dikatakan engkau seorang Qari’.Dan memang orang ramai telah menyebut engkau sebegitu.’ Kemudiania diperintah lalu diheret mukanya sehingga dicampakkan ke dalamneraka.

c. Lelaki yang diberi harta yang banyak. Maka ia dibawa dan ditunjukkannikmat-nikmat yang dimilikinya. Maka apabila dia mengakui nikmat-nikmat tersebut, ia ditanya: ‘Apa yang kamu telah lakukan pada nikmat-nikmat tersebut?’ Dia menjawab: ‘Aku tidak meninggalkan satu jalanpun yang Engkau suka untuk menginfaqkan harta melainkan semuatelah aku infaqkannya kerana Engkau. Lalu dijawab: ‘Engkau berdusta,tetapi engkau melakukan itu supaya engkau dikatakan sebagai seorangyang pemurah. Dan memang orang ramai telah menyebut engkausebegitu. Kemudian diperintahkan kepadanya lalu mukanya diheretsehingga dia dicampakkan ke neraka.” [HR Muslim, al-Nasa’ie danAhmad]

18. Sesungguhnya Mu’awiyah setelah mendengar hadith ini, ia menangis sehingga pengsan.Setelah dia sedar, dia berkata: ‘Benarlah Allah dan Rasul-Nya sebagaimana Allah telahberfirman:

“Sesiapa Yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupandunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentangsah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, danmereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya. Merekalah orang-orang Yangtidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, danpada hari itu gugurlah apa Yang mereka lakukan di dunia, dan batallah apaYang mereka telah kerjakan.” [Surah Huud, ayat 15-16]

19. Nabi SAW telah memberi ancaman yang keras kepada sesiapa yang menuntut ilmutetapi bukan kerana Allah. Sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa yang menuntutilmu yang sepatutnya dia menuntut untuk mencari keredhaan Allah, tetapi iatidak mempelajarinya melainkan untuk mendapat habuan dunia, maka dia tidakakan dapat mencium bau syurga pada hari kiamat.” [Hadith Sahih, riwayatAhmad, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban]

20. Amalan bukan kerana Allah terbahagi kepada beberapa bahagian:

a. Dilakukan kerana riya’ semata-mata sebagaimana orang munafiq. Firman AllahTa’ala:

“…Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas.mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya)kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman),dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakansembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).” [Surah al-Nisa’,ayat 142]

b. Beramal kerana Allah tetapi masih ada sifat riya’. Sekiranya riya’ itu daripadaasal sebelum beramal, maka amalannya itu sia-sia walaupun sedikit. Sekiranyariya’ itu datang kemudian, kemudian dia menolaknya maka amalannya itu akanditerima dan tidak sia-sia. Tetapi sekiranya riya’ itu datang kemudian dan diatidak menolaknya, amalannya akan dibalas mengikut niatnya yang asal. Inipendapat Imam Ahmad dan Ibnu Jarir al-Tabariy.

No comments:

Post a Comment