tadabbur al quran mencerdaskan minda, …

9
TAJUK KHUTBAH JUMAAT TADABBUR AL QURAN MENCERDASKAN MINDA, MENYUBURKAN JIWA Siri: 38/2021 23 Safar 1443 H Bersamaan 01 Oktober 2021 JABATAN HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU PERINGATAN: Adalah diingatkan bahawa sebarang penambahan dan pemindaan terhadap isi kandungan teks khutbah yang telah disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu adalah DILARANG. Khatib yang bertugas hendaklah menyemak kembali RUKUN, AYAT AL-QURAN dan helaian muka surat yang diterima. Pastikan teks dibaca terlebih dahulu sebelum menyampaikan khutbah.

Upload: others

Post on 23-Oct-2021

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TADABBUR AL QURAN MENCERDASKAN MINDA, …

TAJUK KHUTBAH JUMAAT

TADABBUR AL QURAN MENCERDASKAN

MINDA, MENYUBURKAN JIWA

Siri: 38/2021

23 Safar 1443 H Bersamaan

01 Oktober 2021

DIKELUARKAN OLEH:

JABATAN HAL EHWAL AGAMA

TERENGGANU

PERINGATAN: Adalah diingatkan bahawa sebarang penambahan dan

pemindaan terhadap isi kandungan teks khutbah yang

telah disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama

Terengganu adalah DILARANG.

Khatib yang bertugas hendaklah menyemak kembali

RUKUN, AYAT AL-QURAN dan helaian muka surat yang

diterima. Pastikan teks dibaca terlebih dahulu sebelum

menyampaikan khutbah.

Page 2: TADABBUR AL QURAN MENCERDASKAN MINDA, …

2

KHUTBAH PERTAMA

د لله علىا مح سانه لح ر له علىإحح فيحقه وا والشكح تنانه.ت وح مح

هد أنح ل ده ل شريحك له، اله إل وأشح الله وحح

وانه. له الداعى إل رضح هد أن سي دن ممدا عبحده ورسوح وأشح

االلهم صل على سي دن ممد وعل ليحما كثيح حابه وسل مح تسح . ى آله وأصح

ا عما نى عنحه وزجر . أما ب عحد؛ فيا أي ها الناس، ات قوا الله فيحما أمر، وان حت هوحSidang jumaat yang dirahmati sekalian,

Bertaqwalah kepada Allah SWT dalam segala perintahnya. Jauhilah dari segala

yang dilarang dan dicegahnya.

Sidang jumaat yang dikasihi,

Pada hari penuh berkat ini, khatib ingin menyampaikan satu khutbah bertajuk :

“Tadabbur al Quran mencerdaskan minda, menyuburkan jiwa.”

Sidang Jumaat yang diberkati.

Tadabbur al-Quran ialah usaha untuk memahami lafaz atau perkataan al-Quran,

mencari petunjuk ayat dan temanya. Firman Allah swt dalam Surah Shad,ayat 29 :

ڄ ڄ ڄ ڄ ڃ ڃ ڃ ڃ چ چ

Bermaksud: “(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan

umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya,

Page 3: TADABBUR AL QURAN MENCERDASKAN MINDA, …

3

untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-

orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.”

Minda menjadi lebih cerdas apabila mengambil pengajaran dari hujahan dan

pembuktian al-Quran. Kehalusan perasaan hati dan kesenian jiwa pula boleh

disuburkan melalui berita baik, janji mulia dan juga amaran keras serta janji buruk

yang berselang di dalam aturan al-Quran.Tidak bertadabbur al-Quran adalah satu

petanda berpaling dari pedoman al-Quran dan lahir dari hati yang tertutup kerana

berpenyakit.Firman Allah swt dalam Surah Muhammad, ayat 24:

ک گ گ گ گ ڳ ڳ ڳ

Bermaksud: “Maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta

memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang

menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?

Firman Allah swt dalam Surah Qaf, ayat 37:

ٺ ٿ ٿ ٿ ٿ ٹ ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ ڦ

Bermaksud:Sesungguhnya (keterangan-keterangan al-Quran) yang tersebut itu,

tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang

sedar pada masa membacanya), atau yang menggunakan pendengarannya

dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati

dan fikiran kepadanya.

Oleh itu, al-Imam al-Zarkashi pernah berkata: “Sesiapa yang kehilangan tadabbur,

dia kehilangan kelazatan al-Quran”.

Page 4: TADABBUR AL QURAN MENCERDASKAN MINDA, …

4

Sidang hadirin yang mulia.

Berdasarkan dalil al-Quran, al-Sunnah dan pengalaman para ulama, telah

digariskan beberapa faktor dan rangsangan penting bagi mempermudahkan langkah

tadabbur yang berkesan. Antaranya ;

Pertama : Beriman dengan keagungan dan keberkatan al-Quran serta

mengasihinya. Iman yang hakiki, segar dan mekar dengan al-Quran yang

diperbacakan. Firman Allah dalam Surah al-Anfal ayat 2:

ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ ڦ ڦ ڦ ڦ ڄ ڄ

ڄ ڄ ڃ ڃ ڃ

Bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna

imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya)

gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya,

menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka

berserah.”

Kedua : Niat yang ikhlas, amalan yang jujur, menghayati dengan penuh kepuasan,

keseronokan serta kemanisan tadabur makna dan nilai hidayat al-Quran. Ibnu Abbas

pernah berkata: “Jika ahli al-Quran itu mengambilnya dengan jujur dan sepatutnya,

pastilah mereka akan dikasihi Allah. Namun kebanyakan mereka menuntut dunia

dengan al-Quran, maka mereka dimurkai tuhan dan dihina manusia.”

Ketiga : Membaca atau mendengar bacaan al-Quran dengan penuh perhatian dan

memberikan tumpuan dengan teliti serta menuntut kefahaman.

Page 5: TADABBUR AL QURAN MENCERDASKAN MINDA, …

5

Firman Allah dalam Surah al-A’raf ayat 204:

ۆ ۆ ۈ ۈ ۇٴ ۋ ۋ ۅ ۅ

Bermaksud: “Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta

diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu

beroleh rahmat.”

Keempat : Memahami pesanan, perintah larangan, hukum hakam dan halal haram

al-Quran. Menurut al-Imam al-Ghazali, para ulama menganggap al-Quran sebagai

perutusan dari Allah, dibaca di depanNya ketika berdiri di dalam sembahyang,

direnung teliti mencari kefahaman ketika bersendirian dan kemudiannya

dilaksanakan dengan penuh ketaatan dan kesempurnaan.

Kelima : Mempelajari ilmu tafsir al-Quran yang fokus utamanya ialah untuk

memahami kehendak Allah dari kalamNya dengan kemampuan usaha hamba. Ilmu

tafsir membantu untuk celik al-Quran. Said ibn Jubair berkata: Sesiapa yang

membaca al-Quran, namun tidak memahami tafsirnya, dia seumpama orang buta

atau orang badawi (yang tidak berpelajaran).

Sidang Jumaat hafizakumullah.

Amatlah diharapkan dengan membaca al-Quran dan bertadabbur, kita akan dapat

menghayati tuntutan al-Quran, menemui sentuhan keajaiban kandungan al-Quran

dan mengembalikan peranan al-Quran sebagai pemberi hidayat (panduan),

pencahayaan serta pencerahan kepada kehidupan sejagat.

Page 6: TADABBUR AL QURAN MENCERDASKAN MINDA, …

6

أعوذ بلله من الشيحطان الرجيم

چ چ چ ڇ ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ ڎ ڎ ڈ ڈ

Bermaksud: “Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-

Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka

akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.”

برك الله ل ولكمح ف الحقرحآن الحعظيحم.كيحم.و ر الح كمح با فيحه من الآيت والذ كح ن فعن واي

وت قبل الله من ومنحكمح تلاوته انه هو السميحع الحعليحم. لميح ت غحفر الله الحعظيحم لح ولكمح ولسائر الحمسح ل هذا وأسح ل ق وح لمات أق وح والحمسح

ر الرحيحم. ه إنه هو الحغفوح ت غحفروح منات فاسح والحمؤح منيح والحمؤح

Page 7: TADABBUR AL QURAN MENCERDASKAN MINDA, …

7

KHUTBAH KEDUA

د مح لل الح هد . رب الحعالميح ده الله إل إله ل أن وأشح هد ،له شريحك ل وحح وأشحله ه عبحد ممدا سي دن أن ممد، سي دن علىوبركح وسل مح صل اللهم . ورسوح

حابه آله وعلى . وأصح أجحعيحن. الل ات قوا! الله عباد ف يا ب عحد، أما ف قدح فاز الحمت قوح

معاشر لميح الله، رحكم الحمسح

Marilah juga kita memperbanyakkan ucapan selawat dan salam kepada

Rasulullah SAW sebagaimana firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 56:

ڄ ڄ ڄ ڄ ڃ ڃ ڃ ڃ چ چ چ چ ڇ ڇ

ڇ لى ع ت يح ل ا ص م ك ، د م م ن د ي س آل لى ع و ،د م م ن د ي ى س ل ع اللهم صل

لى ع و ،د م م ن د ي س لى ع كح ر ب و ، م يح اه ر ب ح إ ن د ي س آل لى ع و ،م يح اه ر ب ح إ ن د ي س م يح اه ر ب ح إ ن د ي س آل لى ع و ، م يح اه ر ب ح إ ن د ي س لى ع ت كح ر ا ب م ك ،د م م ن د ي س آل م ال ع الح ف يحد ميحد. ،يح إنك ح

Page 8: TADABBUR AL QURAN MENCERDASKAN MINDA, …

8

منيح منات، اللهم اغحفرح للحمؤح والحمؤح لميح لمات والمسح همح ،والحمسح ياء من ح الأححيحع قريحب م ،والأمحوات .يحب الدعوات إنك س

.ك يح غ ه ف ر صح ل ي ام اء ش حح ف الح و ء ب و الح و لاء ب ا الح ن ع عح ف ادح م ه الل م ه الل . ام ق سح الأ ئ ي س من و ام ذ الح و ون ن الح و ص الب ن م ك ب وذ ع ن ن إ م ه الل .ان ب ل ز ا ن يم ا ف ن ب فح ط الح و ،ن ت وح م مح ح ارح و ان ض رح م ف اشح

فظح موحلن الحواثق بلله زان لحطان الس اللهم احح م ا ،زيحن الحعابديحن مي ح بحن الحمرححوحتفيح بلله شاه، وأنحزل الرححة عليحه وعلى محمود لحطان س ال ن وحر لحطانة س الالحمكح

.وانضغرت زاهرة، سلحطانة

ن حيا والآخرة، لمات ف الد والحمسح لميح له ورعايه من الحمسح فظح أوحلده وأهح واححتك . برحح ي أرححم الراحيح

د فظح ول الحعهح اعيحل ممد وكغت اللهم احح زان لحطان س ال بحن الحواثق بلله ا إسح مي ح .زيحن الحعابديحن

“Ya Allah turunkanlah hukumanMu atas kaum Yahudi yang melakukan kezaliman

dengan membunuh saudara- saudara kami kaum muslimin di Palestin, Ya Allah

hukumlah mereka sesungguhnya mereka tak mampu melemahkanMu,”

Page 9: TADABBUR AL QURAN MENCERDASKAN MINDA, …

9

“Ya Allah selamatkan lah saudara-saudara kaum muslimin yang lemah di

Palestin, teguhkan iman mereka dan bantulah mereka, Ya Allah sayangi dan

kasihilah mereka dan keluarkanlah mereka dari penindasan musuh- musuh

mereka,”

ن حيا حسنة وف الآخرة حسنة وقنا عذاب النار. رب نا آتنا ف الد .م ل س و ه ب حح ص و ه ل آ ىل ع و د م م ن د ي س ىل ع الله ىل ص و

د لله رب الحعالميح مح .والح

عباد الله!ه على نعمه يزدحكمح،اذحكروحا الله كروح الحعظيحم يذحكرحكمح، واشح

ن. ن عوح ب، والله ي عحلم ما تصح ر الله أكح ولذكح

ا إل صلاتكمح موح ي رحححكم الله. ،ق وح