tadabbur al-quran : syarat utama yang diperlukan

13
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th 13 th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015 TADABBUR AL-QURAN : SYARAT UTAMA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF AL-QURAN Rohana bt. Zakaria Hayati Bt. Hussin Kolej Iniversiti Islam Antarabangsa Selangor Mohd Nur Adzam Rasdi Universiti Sains Islam Malaysia ABSTRAK Al-Quran merupakan kalam Allah s.w.t yang penuh dengan mukjizat . Matlamat diturunkan al- Quran kepada seluruh umat Nabi Muhammad SAW bukan sekadar untuk bacaan dan hafazan semata-mata, namun ia lebih besar dan lebih agung lagi matlamat dan tujuannya adalah untuk ditadabbur, difahami, dihayati seterusnya diamalkan dalam kehidupan manusia. Kertas kerja ini cuba membincangkan mengenai kepentingan tadabbur dan syarat-syarat yang diperlukan untuk mencapai objektif dan matlamat utama dalam bermuamalah dengan al-Quran. Terdapat empat syarat utama dalam mencapai objektif al-Quran iaitu 1: membaca al-Quran 2: Faham al-Quran 3: beriman dengan al-Quran 4: mengikut petunjuk al-Quran. Diharapkan kertas kerja ini menjadi salah satu sumbangan ke arah penerapan kefahaman sebenar terhadap matlamat agung al-Quran diturunkan dan sekaligus menolak tanggapan bahawa al-Quran sekadar untuk dibaca, dikhatamkan dan dihafal semata-mata oleh masyarakat kita. Tetapi hakikat sebenar al-Quran adalah sumber rujukan yang mampu menjadi petunjuk arah dalam kehidupan di samping berusaha menangani pelbagai halangan, cabaran dan ancaman terhadap akhlak dan moral masyarakat melalui amalan tadabbur. Kata kunci: Tadabbur al-Quran, objektif al-Quran.

Upload: hoanganh

Post on 31-Dec-2016

266 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: TADABBUR AL-QURAN : SYARAT UTAMA YANG DIPERLUKAN

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

TADABBUR AL-QURAN : SYARAT UTAMA YANG

DIPERLUKAN UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF AL-QURAN

Rohana bt. Zakaria

Hayati Bt. Hussin

Kolej Iniversiti Islam Antarabangsa Selangor

Mohd Nur Adzam Rasdi

Universiti Sains Islam Malaysia

ABSTRAK

Al-Quran merupakan kalam Allah s.w.t yang penuh dengan mukjizat . Matlamat diturunkan al-

Quran kepada seluruh umat Nabi Muhammad SAW bukan sekadar untuk bacaan dan hafazan

semata-mata, namun ia lebih besar dan lebih agung lagi matlamat dan tujuannya adalah untuk

ditadabbur, difahami, dihayati seterusnya diamalkan dalam kehidupan manusia. Kertas kerja ini

cuba membincangkan mengenai kepentingan tadabbur dan syarat-syarat yang diperlukan untuk

mencapai objektif dan matlamat utama dalam bermuamalah dengan al-Quran. Terdapat empat

syarat utama dalam mencapai objektif al-Quran iaitu 1: membaca al-Quran 2: Faham al-Quran

3: beriman dengan al-Quran 4: mengikut petunjuk al-Quran. Diharapkan kertas kerja ini

menjadi salah satu sumbangan ke arah penerapan kefahaman sebenar terhadap matlamat agung

al-Quran diturunkan dan sekaligus menolak tanggapan bahawa al-Quran sekadar untuk dibaca,

dikhatamkan dan dihafal semata-mata oleh masyarakat kita. Tetapi hakikat sebenar al-Quran

adalah sumber rujukan yang mampu menjadi petunjuk arah dalam kehidupan di samping

berusaha menangani pelbagai halangan, cabaran dan ancaman terhadap akhlak dan moral

masyarakat melalui amalan tadabbur.

Kata kunci: Tadabbur al-Quran, objektif al-Quran.

Page 2: TADABBUR AL-QURAN : SYARAT UTAMA YANG DIPERLUKAN

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

PENDAHULUAN

Matlamat diturunkan al-Quran kepada seluruh umat Nabi Muhammad SAW kepada kita adalah

untuk kita tadabbur ayat-ayat Allah yang terdapat dalam al-Quran. Sebagaimana firman-Nya:

Maksudnya: “(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai

Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami

dengan teliti kandungan ayat-ayatNya, dan untuk orang-orang Yang berakal sempurna beringat

mengambil iktibar”. ( Saad 38:29)

Ayat ini menjelaskan bahawa al-Quran perlu difahami dengan teliti dan dijadikan sebagai

pedoman dalam kehidupan setiap diri Muslim yang beriman kepada Allah( al-Ahdal 2012).

Orang yang membaca al-Quran dituntut untuk mentadabbur dan memahaminya. Ini adalah

tujuan utama Allah menurunkan al-Quran iaitu untuk ditadabbur ( Alwi al-Maliki 2010).

Dalam masa yang sama, Allah mencela dan memperlekehkan orang yang tidak bertadabbur

dengan al-Quran.

Maksudnya: Setelah diterangkan yang demikian maka adakah mereka sengaja tidak berusaha

memahami serta memikirkan isi Al-Quran? atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup

(yang menghalangnya daripada menerima ajaran al-Quran)?

(Muhammad 47: 24)

Jelas ayat-ayat ini menunjukkan al-Quran diturunkan untuk melakukan tadabbur dan ini

adalah dalil tentang kewajipan melakukan tadabbur terhadap al-Quran. Orang yang tidak

melakukan tadabbur hati mereka seakan-akan telah terkunci untuk mendapat kebenaran, kerana

tidak mengetahui kandungan al-Quran yang menjadi kewajipan mereka.

Page 3: TADABBUR AL-QURAN : SYARAT UTAMA YANG DIPERLUKAN

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

PENGERTIAN TADABBUR

Secara etimologi , kalimah tadabbur berasal daripada perkataan ‘dabara’ dalam bahasa Arab

ertinya ‘belakang’. Manakala terminologi tadabbur bermaksud merenung,memperhatikan

,meneliti (Al-Mu’jam Al-Arabiy al-Muyassar:liDurus 1991).

Tadabbur adalah salah satu cara untuk memahami al-Quran. Tadabbur bererti

merenungkan, menghayati dan memikirkan serta pencermatan ayat-ayat al-Quran untuk dapat

memahami makna, hikmah, ataupun maksud. Sebab itu seindah apapun susunan ayat-ayat al-

Quran seilmiah apapun kandungan Al-Quran dan sebesar apapun mukjizat al-Quran tanpa

mentadabburkan ayat-ayatnya, maka amat sukar untuk kita memahami dan menerima

pengajaran dan ibrah untuk diimplementasikan dalam kehidupan kita (Mohd Solleh 2011).

Imam as-Suyuti menyebut, sifat tadabbur itu adalah menyibukkan hatinya dengan

memikirkan makna perkataan yang dilafazkannya, maka ia mengetahui makna setiap ayat,

mengamati setiap suruhan dan larangan serta bersedia untuk menerima perkara tersebut ( as-

Suyuti 1996).

Menurut pandangan Imam Ibnu Qayyim pula, tadabbur bermakna memerhatikan makna-

makna di dalam al-Quran dengan sepenuh hati dan menyatukannya di dalam akal fikiran serta

berfikir tentangnya. Memahami dan tadabbur terhadap al-Quran akan membuahkan iman dalam

hati (Ibnu Qayyim1997; Jil 1, 327 )

Yusof al-Qardhawi berpendapat bahawa tadabbur adalah memikirkan di sebalik sesuatu

perkara yakni akibatnya. Ia hampir dengan makna tafakkur. Namun makna tafakkur adalah

menggerakkan hati atau memikirkan dalil. Manakala tadabbur menggerakkan fikiran tentang

akibatnya (al-Qardhawi 1999 )

Kesimpulannya tadabbur boleh dirumuskan sebagai membaca al-Quran yang disertai

dengan penggunaan akal dan hati dalam memahami, menghayati dan memikirkan setiap ayat al-

Quran dengan kefahaman terhadap maknanya serta merealisasikan makna tersebut melalui

perbuatan, sikap dan amalan dalam kehidupan seharian. Oleh itu setiap anggota badan

seharusnya memainkan peranan dalam merealisasikan bacaaan al-Quran secara tadabbur.

Page 4: TADABBUR AL-QURAN : SYARAT UTAMA YANG DIPERLUKAN

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

SERUAN TADABBUR AL-QURAN

Dalam al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyebut kalimah tadabbur dan menunjukkan

kepada seruan mentadabbur al-Quran. sepertimana firman Allah:

Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi al-Quran? kalaulah al-Quran

itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di

dalamnya. (an-Nisa’ 4:82)

Maksudnya: “Maka Adakah mereka melakukan Yang demikian kerana mereka tidak dapat

memahami kata-kata ajaran (yang disampaikan kepada mereka)? atau kerana telah datang kepada

mereka sesuatu Yang tidak pernah datang kepada datuk nenek mereka Yang telah lalu?”

(al-Mukminun 23:68)

Maksudnya:(Al-Quran ini) sebuah Kitab Yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai

Muhammad), -Kitab Yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami

Dengan teliti kandungan ayat-ayatNya, dan untuk orang-orang Yang berakal sempurna beringat

mengambil iktibar.

(Shaad 38:29)

Page 5: TADABBUR AL-QURAN : SYARAT UTAMA YANG DIPERLUKAN

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

Maksudnya: (setelah diterangkan Yang demikian) maka Adakah mereka sengaja tidak berusaha

memahami serta memikirkan isi Al-Quran? atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup

(yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?

( Muhammad 47:24)

Orang yang tidak melakukan tadabbur hati mereka seakan-akan telah terkunci untuk

mendapat kebenaran, kerana tidak mengetahui kandungan al-Quran yang menjadi kewajipan

mereka. Menerusi ayat tersebut dapat difahami ia adalah suatu kutukan terhadap diri orang yang

membaca tanpa memahami dan menghayati isi al-Quran. Bahkan, ia suatu gesaan atas manusia

agar membaca al-Quran dengan penuh penghayatan dan kefahaman (As-Syanqithi 2010).

Berkata Hassan al-Basri : Demi Allah, bukanlah tadabbur itu dengan menghafaz huruf-

huruf al-Quran itu dan mencuaikan undang-undangnya sehingga ada yang berkata; “ Aku telah

membaca al-Quran, tidak satupun hurufnya yang tertinggal.” Demi Allah, dia telah

meninggalkan semuanya kerana tidak nampak sedikitpun kesan pengajaran al-Quran pada akhlak

dan amalannya (al-Shabuni 1999).

Sayidina Ali bin Abi Thalib karamallahu wajhah mengingatkan bahawa:“ Tiada kebaikan

dalam ibadah bagi yang tidak memahaminya, dan tiada kebaikan dalam membaca al-Quran bagi

yang tidak tadabbur padanya”( al-Darimi jil1hlm 230). Menurut Hassan al-Basri pula:“

Sesungguhnya para sahabat memandang al-Quran sebagai surat daripada Tuhan mereka. Mereka

bertadabbur dengannya pada waktu malam dan mengamalkan kandungannya pada siang harinya

(an-Nawawi 1992).

Imam az-Zarkasyi mengatakan bahawa membaca Al-Qur'an tanpa tadabbur makruh

hukumnya. Sebagaimana diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru yang berbunyi ' dianggap tidak

faham orang yang membaca al-Qur'an kurang dari 3 hari. Ia dicela kerana telah mempercepatkan

lafaz-lafaznya dan meninggalkan proses memahami isinya yakni tadabbur ' (az-Zarkasyi 1972).

Menyedari hal inilah, maka kita perlu berusaha dan berusaha bagi mencapai tahap tadabbur.

Page 6: TADABBUR AL-QURAN : SYARAT UTAMA YANG DIPERLUKAN

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

SYARAT UTAMA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENCAPAI TADABBUR

1. Tilawah al-Quran

Tilawah al-Quran adalah ibadah yang sangat penting kerana ia adalah jalan untuk memahami

petunjuk hidup sepanjang zaman. Selama berpegang kepada al-Quran dan sunnah, kita terjamin

tidak akan pernah tersesat dalam kehidupan dunia mahupun akhirat.

Tilawah al-Quran bererti membaca al-Quran dengan sepenuh hati, khusyuk dan sepenuh

pengertian. Hal ini diungkapkan sebagaimana firman Allah :

Maksudnya: orang-orang yang kami berikan kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya

dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah

orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah

orang-orang yang rugi. (al-Baqarah 2:121)

Al-Imam al-Tibrisi (1997; Jil 1, 290) menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan ‘mereka

membacanya dengan sebenar-benar bacaan’ membacanya itu sesuai dengan apa yang diturunkan

oleh Allah. Tidak mengubah, tidak ditambah-tambah dan tidak dikurangi. Selain itu yang

dimaksudkan ayat itu juga adalah hendaklah menghalalkan apa yang dihalalkan al-Quran dan ia

mengharamkan apa yang diharamkan al-Quran. Ertinya amalkan apa yang disuruh oleh Allah di

dalam al-Quran dan tinggalkan apa yang diharamkan-Nya.

Oleh itu, arahan membaca al-Quran dengan tartil bukan setakat bacaan sahaja ,tetapi

merangkumi dengan pemahaman. Inilah yang disebut oleh Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani r.a

katanya: ‘ Bab tartil dalam bacaan iaitu kejelasan huruf-hurufnya dan kecermatan dalam

melakukannya agar ia lebih membawa kepada faham maknanya (al-‘Asqalani 1996: Jil 10,109 ).

Page 7: TADABBUR AL-QURAN : SYARAT UTAMA YANG DIPERLUKAN

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

Matlamat daripada tilawah adalah untuk tadabbur dan memahami kalam Allah SWT.

Ketika berinteraksi dengan al-Quran, hak tilawah perlu diraikan dan ditunaikan seperti membaca

secara bertajwid dan tartil. Sebagaimana Iman al-Jazari mengatakan bahawa membaca al-Quran

dengan tajwid wajib hukumnya, kerana itu merupakan penjagaan terhadap keaslian al-Quran (al-

Jazari )

2. Kefahaman yang sahih terhadap ayat al-Quran

Al-Quran yang dibaca perlu difahami dan dihayati. Sekiranya gagal untuk menghayati dan

memahaminya, maka kita gagal juga untuk mengamalkannya. Sekaligus kita gagal untuk

memelihara al-Quran,. Ini disebabkan matlamat utama al-Quran tidak tercapai.

Sesungguhnya kefahaman terhadap al-Quran merupakan daripada Allah SWT. Ia

anugerah kepada mereka yang bersungguh-sungguh mempelajari isi kandungan al-Quran. Maka

kita perlu mengikuti kaedah yang boleh membantu memahami al-Quran. Antaranya adalah :

1. Menguasai Bahasa Arab

Tanpa menguasai bahasa Arab, ia adalah suatu kekurangan dalam memahami dan merasai betapa

indah dan mukjizatnya al-Quran dalam bahasa Arab. Sekalipun al-Quran mampu diterjemahkan

ke dalam pelbagai bahasa, namun roh dan semangat al-Quran sama sekali berbeza berbanding

bahasa Arab. Hanya bahasa Arab sahaja yang mampu memberi kefahaman yang tepat dan

penghayatan yang sebenar tentang isi kandungannya.Tiada kaedah yang terbaik yang boleh

merealisasikan cita-cita mendekatkan diri dengan al-Quran.

2. Merujuk Kitab Tafsir dan mempelajari daripada ahli Tafsir.

Dalam memahami isi kandungan al-Quran, peringkat yang paling asas adalah menerusi

pembacaan terjemahan al-Quran. kita yang dilahirkan bukan daripada bangsa arab dan tidak

bertutur dengan bahasa arab, maka kita boleh merujuk al-Quran terjemahan. Ia adalah wasilah

yang membantu memahami al-Quran dengan mendalam. Antaranya Pimpinan al-Rahman, al-

Quran Per kata versi Bahasa Melayu, Terjemahan al-Quran Bahasa Indonesia Cetakan

Page 8: TADABBUR AL-QURAN : SYARAT UTAMA YANG DIPERLUKAN

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

Mujamma’ Malik Fahad Madinah, Arab Saudi dan sebagainya. Melalui pembacaan terjemahan

al-Quran, seseorang sebenarnya telah mengambil langkah pertama untuk memahami isi

kandungan al-Quran dan bertadabbur dengannya.

Selain itu, boleh juga merujuk kepada kitab tafsir yang lain. Kitab-kitab tafsir yang

dikarang oleh para ulama. Antara kitab tafsir yang menghuraikan secara ringkas ialah Tafsir al-

Jalalain oleh Imam as-Suyuti dan Imam al-Mahalli, Kitab Safwah al-Tafasir oleh Imam al-

Sabuni dan Tafsir al-Sa’di dan sebagainya. Seterusnya kita merujuk kitab tafsir yang lebih

mendalam seperti Tafsir al-Quran al-‘Azim oleh Imam Ibnu Kathir, al-Asas fi al-Tafsir oleh

Syeikh Sa’id Hawwa, Tafsir fi Zilal al-Quran oleh al-Syahid Syed Qutb , Tafsir al-Azhar oleh

Prof Dr. Hamka dan sebagainya.

3. Memahami Sirah dan Sejarah hidup Nabi Muhammad SAW.

Bagi memahami al-Quran secara realiti kita perlu mempelajari dan memahami sirah dan

sejarah Baginda SAW dari segenap segi. Allah menceritakan kepada manusia di dalam al-Quran

peristiwa-peristiwa sejarah agar manusia mengambil iktibar daripadanya. Contohnya peristiwa

peperangan Badar mendidik manusia bahawa bergantung kepada senjata dan kekuatan manusia

semata-mata tidak akan membawa kemenangan kepada mereka. Antara kitab sirah yang

dicadangkan dan mudah diperolehi ialah: Fiqh as-Sirah oleh Dr Sa’id Ramadhan al-Bouti, Fiqh

as-Sirah oleh Syeikh Muhammad al-Ghazali, ar-Rahiq al-Makhtum oleh Syeikh Rahman al-

Mubarakfuri dan sebagainya.

4. Memahami ayat ahkam dan hukum Fiqh dalam al-Quran.

Merujuk kitab-kitab dalam bidang usul fiqh, terdapat keterangan bahawa terdapat 500

ayat hukum dalam al-Quran. Menurut Abdul Wahab khallaf pula, jumlah ayat ahkam dalam al-

Quran sebanyak 368 ayat (Mohd solleh 2011). Ayat-ayat hukum ini hanya akan dapat difahami

dengan jelas dan terang sekiranya kita memahami ayat hukum dan hukum fiqah yang terdapat

dalam ayat tersebut.

Hasilnya ia akan membantu memahami ayat dengan lebih tepat dan jelas. Sebagai contoh,

di dalam surah al-Maidah, ayat ke 6 menerangkan rukun-rukun dalam berwudhuk dan

sebagainya.

Page 9: TADABBUR AL-QURAN : SYARAT UTAMA YANG DIPERLUKAN

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

5. Memahami ‘asbab an-nuzul’.

Asbab nuzul atau sebab-sebab turunnya wahyu merupakan aspek penting dalam proses tadabbur

al-Quran. Syeikh Manna’ al-Qattan (1998) menyebut 2 kefahaman dalam memahami makna

sebab. Pertama, berlaku sesuatu peristiwa lalu wahyu turun berkaitan peristiwa tersebut. Kedua,

ketika Rasulullah ditanya tentang hukum sesuatu perkara atau hakikat sesuatu perkara dan

sebagainya.

Maka pentingnya mengetahui dan memahami asbab nuzul akan membuahkan

pengetahuan dan menyelami kisah dan sebab sebelum turunnya wahyu serta hukum sebenar yang

disebut dalam al-quran.

3. Beriman dan Yakin pada Kitab al-Quran

Nilai yang paling agung sebuah al-Quran adalah ia merupakan sebuah kitab yang tidak ada

sebarang keraguan . Sebuah kitab yang seratus peratus benar dan tepat. Al-Quran telah

mengisytiharkan bahawa ia merupakan sebuah kitab yang tiada keraguan padanya. Firman Allah

SWT:

Maksudnya: Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah

dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.

( al-Baqarah 2:2)

Kitab al-Quran tidak perlu diragukan tentang kebenarannya. Ianya merupakan wahyu

daripada Allah, dibawa oleh Jibril dan bukannya karangan Rasul. Al-Quran menjadi petunjuk

untuk orang yang ingin bertaqwa. Sesiapa yang beriman dengan al-Quran nescaya keimanannya

akan mendorong dirinya ke arah taqwa dan membawa kejayaan di dunia dan diakhirat.

4. Beramal dengan isi kandungan al-Quran dan perintahnya.

Page 10: TADABBUR AL-QURAN : SYARAT UTAMA YANG DIPERLUKAN

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

Beramal dengan isi kandungan al-Quran merupakan matlamat terbesar penurunan al-Quran.

Tuntutan agar kita mengamalkan setiap intisari al-Quran telah disebut secara jelas oleh Allah

SWT dalam al-Quran. Seruan ini didatangkan agar kita beramal dengan intisari al-Quran.

Sebagaimana firman-Nya:

Maksudnya: Dan turutlah al-Quran - sebaik-baik . Panduan hidu yang diturunkan kepada kamu

dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak

menyedarinya. ( az-Zumar 39:55)

Setiap insan wajib beramal dengan syariat Islam secara sempurna berasaskan al-Quran

dan sunnah. Apabila syariat dipatuhi umat Islam akan mencapai hasanah atau kejayaan di dunia

dan di akhirat. Sebaliknya apabila umat berpaling daripadanya, mereka akan ditimpa kecelakaan.

Sesungguhnya kekuatan umat Islam akan dapat dikembalikan jika mereka sentiasa berdampingan

dengan kitab al-Quran dan melaksanakan ajarannya. Hal ini disebabkan al-Quran merupakan

petunjuk Ilahi. Tanpanya manusia pasti sesat. Allah menjelaskan dalam al-Quran sebagaimana

firmanNya:

Maksudnya: Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat,

seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (Wahai

Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu

Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat

dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.

(An-Nahl 16: 89)

Page 11: TADABBUR AL-QURAN : SYARAT UTAMA YANG DIPERLUKAN

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

Oleh itu, kita diseru agar menyahut seruan Allah SWT supaya beramal dengan al-Quran

yang diturunkan.

KESIMPULAN

Allah mewahyukan al-Quran dengan hikmah agar ia menjadi panduan kepada umat Islam.

Panduan ini akan dapat diperoleh jika kita dapat menghayati al-Quran. Kefahaman yang betul

perlu disusuli dengan penghayatan yang mantap. Untuk menghayati al-Quran, proses utamanya

adalah dengan mentadabbur Quran itu sendiri. Objektif utama Allah SWT telah menurunkan al-

Quran agar kita tadabbur kemudian beramal dengannya.

Oleh itu bagi menggapai dahan tadabbur al-Quran , perlu kepada 4 syarat utama iaitu

tilawah al-Quran, kefahaman yang sahih terhadap ayat al-Quran, beriman serta yakin pada kitab

al-Quran, dan seterusnya beramal dengan isi kandungan dan perintah al-Quran. Justeru itu kita

mesti mengorak langkah ke arah mentadabburkan al-Quran sepertimana yang dilakukan oleh

generasi umat Islam terdahulu. Kita mesti membaca al-Quran dengan lidah, akal dan hati. Al-

Quran difahami dan dihayati, iman umat Islam akan meningkat sekaligus membawa mereka

kepada kecemerlangan.

Sesungguhnya kekuatan umat Islam akan dapat dikembalikan jika sentiasa berdampingan

dengan kitab al-Quran dan melaksanakan ajarannya. Al-Quran adalah sumber kekuatan hakiki

untuk umat Islam dan sumber hidayah yang mampu memimpin ke arah kemakmuran hidup

bertamadun di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

Page 12: TADABBUR AL-QURAN : SYARAT UTAMA YANG DIPERLUKAN

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

RUJUKAN

Al-Quran

Al-Mu’jam Al-Arabiy al-Muyassar. Li Durus 1991

Dr Yusuf Al-Qardhawi 1999. Kaifa Nataa’ Maa’ al-Quran al-‘Azim . Dar as-Syuruq 1999

As-Suyuti (911H) 1996.al-Itqan Fi Ulum al-Quran.Muassasah al-Kutub al-Thaqafiah

Syeikh As-Syanqithi. Tafsir adhwa’ul Bayan tafsiral-Quran dengan al-Quran .Takhrij Syaikh

Muhammad& AAbdul Aziz Al-Khalidi. Pustaka Azzam.Cetakan Oktober 2010

Sayyid Muhammad Alwi al-Maliki 2010: Keistimewaan-keistimewaan al-Quran.Terbitan Alam Raya

Enterprise. Februari 2010.

Ibnu Qayyim al-Jauziyyah 1997. Zaad al-Ma’ad Fi Hadyi Khairi al-Anam. Tahqiq Syuaib al-Arnaut

dan Abd al-Qadir al-Arnaut. Muassasah al-Risalah , Beirut Lebanon.

Ibn Hajar al-‘Asqalani 1996. Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-Bukhari. Dar al-Fikr Beirut Lebanon.

Al-Imam al-Tibrisi 1997. Majma’ al-Bayan fi Tafsir al-Quran . Dar Al-Kotob al-Ilmiyah Beirut

Lebanon.

Al-Imam az-Zarkasyi ( 1972 ) Al-Burhan Fii Ulumil Qur'an. Al-Maktabah al-Asriyyah, Beirut.

An-Nawawi , Abu Zakaria Yahya bin Syaraf al-Din (1992). Al-Tibyan fi Adab Hamalah al-

Quran. Tahqiq: Basyir Muhammad ‘Uyun. Dimasyq: Maktabah Dar al-Bayan.

Manna’ al-Qattan 1998. Mabahith Fi Ulum al-Quran, Beirut; Muassasah al-Risalah

Page 13: TADABBUR AL-QURAN : SYARAT UTAMA YANG DIPERLUKAN

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015