aseimen

14
ISI KANDUNGAN KANDUNGAN MUKA SURAT ISI KANDUNGAN 1 1.0 PENGENALAN 2 2.0 CIRI CIRI TEKS YANG JELAS, TEPAT DAN MUDAH DIFAHAMI KHALAYAK. 6 3.0 RISALAH PANDUAN PERTANDINGAN PIDATO PERINGKAT SEKOLAH 8 4.0 IMPLIKASI AKTIVITI PIDATO BAHASA MELAYU DALAM ASPEK MENGEMBANGKAN DAYA PEMIKIRAN DAN SAHSIAH 9 PENUTUP 13 REFLEKSI 14 1

Upload: hafeez-shafeek-ahsoh

Post on 02-Nov-2015

244 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

asasd

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN

KANDUNGANMUKA SURAT

ISI KANDUNGAN1

1.0 PENGENALAN2

2.0 CIRI CIRI TEKS YANG JELAS, TEPAT DAN MUDAH DIFAHAMI KHALAYAK.6

3.0 RISALAH PANDUAN PERTANDINGAN PIDATO PERINGKAT SEKOLAH8

4.0 IMPLIKASI AKTIVITI PIDATO BAHASA MELAYU DALAM ASPEK MENGEMBANGKAN DAYA PEMIKIRAN DAN SAHSIAH9

PENUTUP13

REFLEKSI14

1.0 PENGENALANBahasa merupakan aspek penting dalam komunikasi bertulis. Penulis perlu menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai cara mengikut jenis teks dan konteks yang sesuai serta tidak melakukan sebarang kesalahan yang akan mencacatkan teks atau majlis yang berkaitan. Penulis juga harus menjaga diri supaya sentiasa sentiasa mematuhi sistem bahasa, laras dan format yang ditetapkan. Pengolahan teks yang sempurna perlu mempunyai kesepaduan, kesinambungan, ketertiban dan pertalian; baik dari segi bahasa mahupun pemerengganan. Justeru, hal ini dapat membantu penulis memberikan gambaran yang lebih jelas dan menggerakkan daya fikir serta kefahaman pembaca atau khalayak dengan lebih baik. Apabila berbicara tentang komunikasi bertulis, kita tidak akan lari dari perkataan komunikasi yang merupakan salah satu perkara yang amat penting dalam diri kita dalam memindahkah maklumat kepada seseorang. Perkataan komunikasi berasal daripada bahasa Latin communiatus yang bereri berkongsi sesuatu. Daripada pengertian ini jelas menunjukkan bahawa ada perkongsian untuk mewujudkan satu presefahaman dalam komunikasi. Komunikasi merupakan proses pengiriman maklumat, pemikiran, sikap, atau emosi daripada seseorang dengan menggunakan simbol-simbol seperti yang dikemukakan oleh Theodorson & Theodorson (1969). Menurut Sulaiman Masri (1997:3), Komunikasi membabitkan perlakuan kita setiap hari. Perlakuan itu boleh berbentuk pertuturan, penulisan atau penyelidikan. Pertuturan merupakan gaya atau cara menuturkan perkara tertentu; Penulisan merupakan kegiatan menulis atau mengarang topik tertentu, manakala penyelidikan merupakan perbuatan mencari dan mengumpul maklumat tertentu. Dengan demikian, kebijaksanaan kita berkomunikasi bergantung banyak pada kemahiran-kemahiran pertuturan, penulisan dan penyelidikan. Lebih baik kemahiran-kemahiran ini dikuasai, maka lebih berkesanlah kita berkomunikasi.Tambahan lagi, Sulaiman Masri juga mengertikan komunikasi secara ringkas iaitu proses yang bermula apabila satu mesej (maklumat) daripada pengirim (penutur, penulis dan sebagainya), kemudianya dipindahkan menerusi alat atau saluran khas kepada penerima (pembaca, pendengar dan sebagainya) yang kemudianya memberi maklum balas (menekod dan mentafsir) terhadap mesej tersebut dengan mengembalikan isyarat dalam bentuk sama ada mesej tersebut sudah atau belum difahami.Jadi, demi mencapai proses komunikasi yang berkesan, penghantar perlu menyampaikan mesej dengan jelas dan tepat supaya ia senang difahami oleh penerima dan mencapai objektif kominikasi itu. Penghantar mesej juga perlu memilih saluran komunikasi yang bersesuaian untuk menyampai mesej, misalnya melalui media elektronik (televisyen, radio, Internet, telefon bimbit) dan percetakan (buku, majalah, suratkhabar, risalah, kain bentang dan sebagainya). Daripada definisi yang diberikan, jelas menunjukkan bahawa komunikasi ialah satu pemindahan maklumat, idea, dan emosi oleh penyampai kepada penerima melalui pelbagai saluran dengan tujuan mencapai persamaan makna. Komunikasi yang tidak berkesan membawa banyak masalah dalam masyarakat. Gejala keruntuhan institusi rumah tangga, kadar kegagalan penguasaan 3M yang tinggi dalam kalangan murid dan pelbagai masalah lagi sedikit sebanyak dapat ditangani sekiranya komunikasi berkesan sentiasa tercapai.

Beralih pula kepada konsep komunikasi bertulis. Komunikasi bertulis merupakan proses mengekspresikan idea, pendapat atau maklumat dalam bentuk tulisan (catatan) atau grafik, dan disampaikan kepada audien untuk tujuan menyalurkan mesej, berhubung atau perkongsian maklumat. Komunikasi penulisan mempunyai kelebihan tersendiri. Ia kekal dan merupakan bahan yang mudah diasimilasi, serta sesuai untuk komunikasi dengan audien yang ramai. Ia dapat mengampung idea sukar, menyediakan ringkasan analisis dan penilaian, dapat diperbanyak, dapat disahkan, diinterpretasi dan diperjelas; dan audien boleh mengambil masa untuk memahami kandungan mesej serta dapat mengekses kembali kepada bahan penulisan yang diingini pada bila-bila masa. Komunikasi ini juga membolehkan penghantar meramal kesan mesej dan menyalurkan mesej bersesuaian dengan kosa kata penerima, keadaan emosi, kepentingan dan nilai.Dr Abdull Shukor Shaari dalam bukunya Bahasa Melayu Komunikasi mengatakan, Menerusi evolusi bahasa, muncullah tulisan yang digunakan sebagai sistem dan alat interaksi dan komunikasi manusia. Tulisan juga melengkapi kita dengan suatu ingatan yang luas, kekal dan umum. Dengan kekekalan tulisan, kita tidak hanya dapat menyimpan suatu rakaman berterusan daripada transaksi manusia, aktiviti dan gagasan, tetapi juga memungkinkan kita meramalkan perkara-perkara tersebut dengan cara baru, lebih tepat dan meluas.Namun, demi mencapai keberkesanan komunikasi bertulis, penghantar mesej memerlukan pengetahuan tatabahasa dan keupayaan menggunakan perkataan dengan mahir untuk menghasilkan penulisan yang lengkap. Oleh itu, aspek-aspek bahasa yang digunakan mestilah mudah difahami oleh pembaca dan bahasa pengantar yang digunakan perlu mampu mengemukakan setiap pengertian tentang ilmu itu tanpa menimbulkan kekaburan tafsiran kepada audien.Selain itu, penghantar mesej juga perlu mengetahui audien sasaran; menyusun idea atau mesej secara logik, menggunakan laras bahasa dan format penulisan yang betul; sentiasa menyemak mesej sama ada ia memberi makna atau impresi yang lain kepada audien; dan menyampaikan mesej dengan media yang bersesuaian. Selepas mesej disampaikan, penghantar perlu menelitikan maklum balas dan kefahaman audien serta membuat pembaikian atau perubahan jika kenyataan-kenyataan yang dibuat telah menimbulkan reaksi yang kurang menyenangkan di kalangan penerima. Apa yang jelas, komunikasi bertulis yang berkesan ditentukan oleh kesensitifan penghantar mesej terhadap tujuan penghantaran mesej, maklumat yang ingin disampaikan, penyusunan mesej yang sistematik dan jelas, serta penggunaan bahasa dan format penulisan yang sesuai,

2.0 CIRI CIRI TEKS YANG JELAS, TEPAT DAN MUDAH DIFAHAMI KHALAYAK.

Penggunaan bahasa yang gramatis di dalam komunikasi penulisan kadang-kadang menyebabkan mesej yang hendak disampaikan sukar difahami, Bagi memastikan ianyaakan lebih berkesan, sesuatu penulisan atau teks itu perlu menepati ciri-ciri berikut;

i. Penghantar hendaklah memastikan mesej yang hendak disampaikan jelas,Mesej yang disampaikan oleh penulis haruslah jelas dan tidak mengelirukan pembaca. Ayat yang digunakan haruslah sesuai dengan jenis teks yang hendak digunakan. Ini kerana ayat yang berbelit-belit ataupun berbunga-bunga tidak sesuai digunakan didalam beberapa teks terutamanya teks yang melibatkan urusan rasmi.

ii. Teliti dengan baik mesej yang hendak disampaikan menyatakan apa yang hendak dinyatakan dengan jelas danyakin, pasti dengan kepentingan mesej itu,Mesej yang ditulis dalam teks haruslah diyakini kesahihannya agar tidak diragui oleh pembaca ataupun penerima. Teks yang dihasilkan haruslah mempunyai sumber rujukan yang betul agar lebih berilmiah dan juga mampu meyakinkan pembaca tentang info yang disalurkan.

iii. Mendapatkan perhatian penerima,Teks yang dihasilkan haruslah mempunyai penerima sama ada pembaca ataupun pendengar. Ini adalah sebagai satu tujuan untuk menghasilkan teks tersebut. Tanpa penerima yang betul, teks tersebut tidak berguna dan boleh disalah tafsir.

iv. Menghantar pada waktu yang tepat dan sesuai, Teks yang dihasilkan haruslah dihantar pada waktu yang tepat. Ini kerana teks yang dihantar bukan waktu yang tepat boleh menimbulkan kecelaruan dan juga boleh disalah tafsir.

v. Sensitif kepada maklumbalas pihak lain, Teks yang dihasilkan juga haruslah sensitif dengan maklumbalas dari pihak lain. Ini adalah sebagai satu jawapan dari apa yang ditulis.

vi. Kenalpasti gangguan,vii. Kurangkan gangguan.

Komunikasi yang berkesan juga berlaku apabila mesej yang disampaikan difahami dengan tepat dan jelas oleh penerima, Makna mesej difahami dan dikongsi bersama oleh penghantar dan penerima.

Selain itu, prinsip-prinsip komunikasi bertulis adalah seperti dibawah : Menggunakan perkataan yang mudah difahami dan mempunyai satu makna Menggunakanayat yang pendek dan ringkas Menggunakanrajah seperti carta pai, jadual dan lain-lain untuk memberi gambaran yang jelas Menggunakanayat aktif Menggunakan alat tulis yang sesuai dan tidak mudah sensitif terhadap perubahan udara

3.0 RISALAH PANDUAN PERTANDINGAN PIDATO PERINGKAT SEKOLAH

4.0 IMPLIKASI AKTIVITI PIDATO BAHASA MELAYU DALAM ASPEK MENGEMBANGKAN DAYA PEMIKIRAN DAN SAHSIAH.

Pidato merupakan satu bentuk komunikasi kepada umum, atas tajuk tertentu yang disampaikan oleh seorang penyampai yang dipanggil pemidato, mengandungi pendahuluan, isi, dan penutup. Pidato bertujuan menyampaikan idea berkenaan sesuatu isu kepada hadirin, dalam masa yang sama meyakinkan hadirin tersebut melalui cara pembawaan pidato. Pemidato mestilah memahami tujuan pidato ini terlebih dahulu. Sememangnya tidak dapat disangkal lagi bahawa pidato merupakan salah satu aktiviti yang mempunyai implikasi yang baik terhadap sesiapun yang berpidato. Dalam hal ini, implikasi pidato Bahasa Melayu dibahagikan kepada dua bahagian iaitu aspek perkembangan daya pemikiran dan yang kedua, sahsiah yang akan dihuraikan pada perenggan seterusnya.Pertama sekali ialah implikasi aktiviti pidato Bahasa Melayu dalam aspek mengembangkan daya pemikiran. Sebelum melangkah jauh, lebih elok kita berkenalan terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan pemikiran. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pemikiran didefinisikan sebagai keunikan manusia yang terletak pada keinginan untuk mengetahui sesuatu. Pemikiran juga menurut beberapa tokoh ialah keupayaan intelek perlu dipupuk untuk mengingatkan kualiti berfikir seseorang. Kesimpulannya disini, pemikiran merupakan proses berfikir seperti operasi yang menggunakan fakta-fakta lain supaya fakta yang baru dapat dipercayai berdasarkan fakta yang sedia ada.Antara implikasi yang pertama dari aspek perkembangan daya pemikiran ialah pemidato pasti akan dapat berfikir secara kritis dalam sesuatu hal. Setiap ahli sarjana sains pemikiran meletakkan pengertian terhadap frasa pemikiran kritis kepada pelbagai maksud berasaskan kepada pengalaman dan hasil kajian mereka. Antara definisi yang telah diletakkan adalah seperti ...berfikir secara serius (mendalam) dan seterusnya membuat pertimbangan daripadanya,merupakan definisi yang diletakkan oleh Dewey pada tahun 1993. Selain itu, Som dan Mohd Dahalan pada tahun 1999 telah mentakrifkan pemikiran kritis sebagai kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.Aspek yang diutamakan dalam bidang pemikiran kritis ialah penghujahan, iaitu cara memberi alasan untuk menyokong atau menentang sesuatu pendapat.Apabila seseorang individu ingin berpidato, mereka pasti akan menganalisis topik ataupun tema yang diberikan dalam mengumpul fakta yang betul dan sesuai untuk dilontarkan semasa berpidato. Selain itu, bidang pemikiran kritis juga bertujuan mengajarkan kaedah-kaedah pemikiran yang digunakan untuk berhujah secara lebih berkesan. Hal ini bermaksud bahawa yang penting bukan pada aspek psikologi pemikiran. Psikologi mengkaji cara pemikiran yang sebetulnya digunakan oleh manusia.Jadi sudah semestinya kaedah dalam pemikiran kritis secara tidak langsung akan digunakan oleh pemidato untuk berhujah dalam menarik minat pendengar dan seterusnya menarik minat juri untuk memberikan markah.Implikasi yang kedua ialah individu yang mengikuti aktiviti berpidato ini turut dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif. Menurut Mok Soon Sang (2011), kreatif membawa maksud penghasilan idea, aktiviti dan benda yang baru. Apabila seseorang individu berpidato, pasti pemikiran individu tersebut tidak berhenti untuk memikirkan hujah-hujah yang mantap dan sesuaikan dengan isi yang diberikan. Segala isu-isu yang dibangkitkan pastikan akan disertakan dengan penyelesaian yang difikirkan sesuai oleh pemidato. Konteks pemikiran kreatif dalam aktiviti pidato adalah pemikiran yang berupaya memikir apa yang belum difikir oleh orang lain untuk menyelesaikan masalah. Ia juga adalah kebolehan mengeluarkan pelbagai penyelesaian yang luas terhadap sesuatu masalah. Hasil pemikiran mempunyai sifat yang tersendiri dan prosedur pemikiran tidak tetap serta tidak dapat diramalkan. Pemikiran kreatif juga sebagai operasi berfikir yang dapat mengembangkan idea, hasil, metafora, analogi dan definisi atau merekacipa sesuatu yang baru dimana amat dipentingkan dalam aktiviti pidato terutamanya bahasa Melayu. Melalui pemikiran kreatif, pelbagai kemungkinan penyelesaian dapat dihasilkan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Implikasi yang seterusnya ialah dapat meningkat pemikiran celik akal bagi individu yang menyertai aktiviti pidato ini. Menurut Ee Ah Meng (1994), pemikiran ialah satu proses kognitif yang mana pengetahuan difahami, disusun dan diubah bentuk. Dalam aktiviti pidato, seseorang pemidato akan diberikan tajuk ataupun topik yang akan diulas secara mendalam. Oleh itu, kemahiran pemikiran celik akal diperlukan dalam hal ini. Ini kerana pemikiran celik akal merupakan kebolehan seseorang untuk mengamati atau memahami sesuatu masalah secara tiba-tiba setelah dapat mengaitkan unsur-unsur yang logik di dalamnya. Pemikiran celik akal melibatkan gerak hati dan kebijaksanaan. Pemikiran celik akal membolehkan mental individuyang abstrak untuk menyelesaikan masalah. Celik akal merupakan kebolehan melihat perhubungan di antara unsur-unsur di dalam satu situasi yang bermasalah. Kebolehan ini timbul secara tiba-tiba. Biasanya, celik akal dikenal sebagai pengalaman Aha. (Ragbir Kaur, 2012).Beralih pula kepada implikasi pidato dalam aspek sahsiah, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Sahsiah bermakna peribadi atau personaliti. Ia merujuk kepada traits yang mencirikan peribadi orang berkenaan. Peribadi menggambarkan sifat personaliti individu yang membezakannya daripada orang lain. Sifat sahsiah merangkum gaya hidup, kepercayaan, harapan, nilai, motif, pemikiran, perasaan, budi pekerti, persepsi, tabiat, sikap dan watak seseorang.Berdasarkan konsep sahsiah yang diberikan, implikasi pertama aktiviti pidato kepada individu yang menyertai pidato ini ialah dapat melatih diri untuk menjaga pertuturan dengan masyarakat lain. Ini kerana, dalam berpidato, tutur kata dan bahasa yang digunakan adalah sangat dititikberatkan. Bahasa yang kasar ataupun taboo dilarang sama sekali untuk digunakan. Ini termasuk dengan penggunaan bahasa yang mampu menimbukan isu sensiviti kaum lain. Oleh itu, individu tersebut akan terlatih secara tidak langsung untuk menggunakan bahasa yang sopan ataupun dengan erti kata lain, bahasa yang halus kepada masyarakat sekeliling. Bahasa halus ialah bahasayang lebih sopan dan lebih manis serta tidak menyinggung perasaan orang yang mendengar atau membaca. Selain itu, bahasa halus juga merupakan penggunaanbahasa yang beradat dan bersopan serta menggunakan segala strategi untuk kemanisan berbicara. Oleh itu kebolehan menggunakan bahasa halus hasil dari aktiviti pidato dianggap sebagai sesuatu kemahiran penting kerana dapat menunjukkan tahap ketajaman minda. Bahasa halus ialah satu elemen yang turut membantu pembentukan sahsiah yang baik dalam masyarakat Melayu serta satu kemahiran lisan yang unik

Implikasi yang seterusnya ialah individu tersebut akan menjadi seorang yang rajin membaca ataupun mencari maklumat. Dalam berpidato, ilmu adalah senjata utama dalam menjadikan pengucapan kita lebih berkesan. Tanpa penguasaan ilmu, pidato tersebut boleh dipertikaikan dan boleh disalahtafsirkan. Oleh itu, salah satu caranya ialah dengan banyak membaca. Pemidato haruslah banyak mengkaji, meneliti serta mencari maklumat untuk menguatkan serta mengukuhkan isi yang akan dilontarkan semasa berpidato nanti. Melalui pembacaan dari sumber yang berkualiti, pemidato dapat mengenali dan memahami sesuatu perkara dengan lebih mendalam dan dapat mengajar kita pelbagai nilai murni yang harus diamalkan dalam kehidupan seharian. Hasil dari pembacaan tersebut juga dapat memberi panduan dan memperbaiki diri daripada melakukan perkara-perkara negative yang boleh membawa kesan buruk terhadap diri sendiri dan orang lain.Implikasi yang ketiga ialah individu dapat meningkatkan keyakinan diri apabila menyertai aktiviti berpidato ini. MenurutLauster (2012:4)kepercayaan diri merupakan suatu sikap atau keyakinan atas kemampuan diri sendiri, sehingga dalam tindakan-tindakannya tidak terlalu cemas, merasa bebas untuk melakukan hal-hal yang sesuai keinginan dan tanggung jawab atas perbuatannya, sopan dalam berinteraksi dengan orang lain, memiliki dorongan prestasi serta dapat mengenal kelebihan dan kekurangan diri sendiri. Apabila seseorang individu menyertai aktiviti berpidato, individu akan memastikan keyakininan dirinya ditahap yang baik. Ini kerana, untuk berdiri dihadap juri serta pendengar yang ramai, bukan mudah tanpa keyakinan diri yang tinggi. Keyakinan diri perlu ditunjukkan semasa melontarkan hujah bagi menarik minat pendengar dan juri. Antara ciri-ciri keyakinan diri semasa berhujah ialah kontek mata yang betul, nada suara yang jelas dan kuat, ekspresi muka yang sesuai dan juga gerak tubuh yang sesuai. Akhir sekali ialah aktiviti pidato ini menjadikan seseorang lebih berfikiran terbuka dan positif. Rahsia berfikiran terbuka adalah mempunyai pemahaman yang sihat konsep kebarangkalian. Seseorang individu yang sering menyertai aktivti pidato pasti akan belajar untuk berfikiran terbuka. Apa yang dimaksudkan dengan pemikiran terbuka ialah membuka kepada orang lain untuk menyatakan pendapat dan seterusnya menganalisis pendapat tersebut dengan menggunakan pemikiran kritis atau kreatif. Sememangnya fikiran terbuka merupakan salah satu sahsiah yang amat diperlukan terutamanya apabila berkolaborasi dengan masyarakat lain. PENUTUP Komunikasi penulisan yang menggunakan bahasa rojak atau bahasa singkatan seperti sistem simpanan ringkassmsjuga boleh berkesan, namun bahasa-bahasa ini kadang-kadang sukar difahami dan boleh disalah tafsir jika hendak dibandingkan dengan penggunaan bahasa yang gramatis. Penggunaan bahasa yang gramatis dalam komunikasi penulisan yang mana ianya menggunakan kosa kata tepat dan betul sukar disalah anggap atau disalah tafsir dan membawa kepada makna yang jelas. Antara kelemahan lain komunikasi bertulis ini adalah seperti maklum balas tidak dapat diterima dengan segera, penerima mungkin menerima dan membaca mesej pada waktu yang salah, penerima mungkin membuang mesej dan tidak membaca mesej yang diterima, mesej yang dihantar mesti mampu menerangkan segala maksud yang hendak disampaikanuntukmengatasisegala kemusykilan penerima dan penghantar tidak boleh menentukan penerimanya menyebabkan mesej mungkin tidak sampai kepada penerima. Perkara ini perlu dielakkan agar maklumat yang diberikan tidak disalah tafsir.Kesimpulannya komunikasi penulisan haruslah tidak dipandang enteng kerana ia merupakan satu perkara yang akan diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita dalam berkomunikasi dengan masyarakat lain. Bukan sahaja komunikasi penulisan, malahan komunikasi berbentuk lain seperti penyampaian haruslah dikaji agar ilmu ataupun isi yang disampaikan mampu diserap oleh pendengar dan seterusnya diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

BIBLIOGRAFI

Abdul Muati @ Zamri Ahmad. (2003).Panduan Pengucapan Awam. Selangor Darul Ehsan: Dawana.

Dr Ardenan Ayob. (2011).Kompetensi dalam Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan: OUM.

Mohd. Sofian Omar Fauzee. (2007).Psikologi Dalam Pengucapan Awam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Nik Safiah Karim et. al. (2009).Tatabahasa Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Supyan Hussin & Azhar Jaludin. (2004).Kecemerlangan Dalam Pengucapan Awam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

3