asean berpaksikan rakyat' tema malaysia sebagai pengerusi

2
2/16/2015 'ASEAN Berpaksikan Rakyat' tema Malaysia sebagai pengerusi data:text/html;charset=utf8,%3Cdiv%20style%3D%22margin%3A%200px%3B%20padding%3A%200px%3B%20border%3A%200px%3B%20outline%3A… 1/2 ARKIB : 08/08/2014 'ASEAN Berpaksikan Rakyat' tema Malaysia sebagai pengerusi PUTRAJAYA 7 Ogos Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia telah memilih cogan kata 'ASEAN Berpaksikan Rakyat' sebagai tema utama dalam menggalas tanggungjawabnya sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan sejajar dengan penubuhan Komuniti ASEAN pada tahun tersebut. Malah Perdana Menteri berkata, pembentukan ASEAN yang berpaksikan rakyat boleh dianggap sebagai satu langkah jitu ke arah merealisasikan aspirasi rakyat melalui tadbir urus yang baik; ketelusan; taraf hidup yang lebih tinggi; pembangunan lestari; memperkasa golongan wanita dan peluang lebih besar kepada semua. Sebagai pengerusi katanya, adalah menjadi tanggungjawab Malaysia untuk memimpin dan mengemudi usaha bagi memperkasakan lagi ASEAN bagi tempoh pasca 2015, pada masa sama berusaha meningkatkan penglibatan semua pihak yang berkepentingan dalam aktivitiaktiviti ASEAN. "Perpaduan ASEAN telah membuatkan rantau ini dipercayai di mata dunia dan ASEAN kini bersedia diintegrasikan sepenuhnya ke dalam masyarakat. Kita mahu mewujudkan sebuah komuniti yang berpandangan jauh serta boleh memainkan peranan utama di dalam isu serantau. "Kita juga mahu ASEAN yang boleh menyumbang kepada pembangunan masyarakat global yang bertanggungjawab dari segi sosial, bebas daripada konflik dan rancak dari segi ekonomi," katanya. Beliau berkata demikian dalam perutusan sempena sambutan Hari ASEAN ke47 yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar di sini hari ini. Sambutan Hari ASEAN disambut pada 8 Ogos setiap tahun. Najib berkata, kesemuanya itu akan membuat ASEAN lebih dekat dengan rakyat dan seterusnya menjadikannya organisasi rakyat yang penyayang serta bertanggungjawab secara sosial. "Kita juga akan memastikan rakyat Malaysia turut terlibat di dalam usaha murni ini, oleh itu kerajaan akan menjalankan pelbagai usaha bagi meningkatkan lagi kesedaran orang ramai mengenai ASEAN," katanya. Beliau turut menyentuh pemilihan cogan kata 'Mara Ke Hadapan Dengan Perpaduan Ke Arah Komuniti Yang Aman dan Makmur' oleh Pengerusi ASEAN sekarang iaitu Myanmar yang disifatkan sebagai amat tepat. "Cogan kata ini mengingatkan kita bahawa ASEAN mesti berpandangan jauh dan ke

Upload: nuir

Post on 25-Jan-2016

17 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

asean

TRANSCRIPT

Page 1: ASEAN Berpaksikan Rakyat' Tema Malaysia Sebagai Pengerusi

2/16/2015 'ASEAN Berpaksikan Rakyat' tema Malaysia sebagai pengerusi

data:text/html;charset=utf­8,%3Cdiv%20style%3D%22margin%3A%200px%3B%20padding%3A%200px%3B%20border%3A%200px%3B%20outline%3A… 1/2

ARKIB : 08/08/2014

'ASEAN Berpaksikan Rakyat' tema Malaysiasebagai pengerusiPUTRAJAYA 7 Ogos ­ Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia telah memilihcogan kata 'ASEAN Berpaksikan Rakyat' sebagai tema utama dalam menggalastanggungjawabnya sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan sejajar denganpenubuhan Komuniti ASEAN pada tahun tersebut.

Malah Perdana Menteri berkata, pembentukan ASEAN yang berpaksikan rakyatboleh dianggap sebagai satu langkah jitu ke arah merealisasikan aspirasi rakyatmelalui tadbir urus yang baik; ketelusan; taraf hidup yang lebih tinggi;pembangunan lestari; memperkasa golongan wanita dan peluang lebih besar kepadasemua.

Sebagai pengerusi katanya, adalah menjadi tanggungjawab Malaysia untukmemimpin dan mengemudi usaha bagi memperkasakan lagi ASEAN bagi tempohpasca 2015, pada masa sama berusaha meningkatkan penglibatan semua pihak yangberkepentingan dalam aktiviti­aktiviti ASEAN.

"Perpaduan ASEAN telah membuatkan rantau ini dipercayai di mata dunia danASEAN kini bersedia diintegrasikan sepenuhnya ke dalam masyarakat. Kita mahumewujudkan sebuah komuniti yang berpandangan jauh serta boleh memainkanperanan utama di dalam isu serantau.

"Kita juga mahu ASEAN yang boleh menyumbang kepada pembangunan masyarakatglobal yang bertanggungjawab dari segi sosial, bebas daripada konflik dan rancakdari segi ekonomi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan sempena sambutan Hari ASEAN ke­47yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar di sini hari ini. Sambutan Hari ASEANdisambut pada 8 Ogos setiap tahun.

Najib berkata, kesemuanya itu akan membuat ASEAN lebih dekat dengan rakyat danseterusnya menjadikannya organisasi rakyat yang penyayang sertabertanggungjawab secara sosial.

"Kita juga akan memastikan rakyat Malaysia turut terlibat di dalam usaha murni ini,oleh itu kerajaan akan menjalankan pelbagai usaha bagi meningkatkan lagikesedaran orang ramai mengenai ASEAN," katanya.

Beliau turut menyentuh pemilihan cogan kata 'Mara Ke Hadapan Dengan PerpaduanKe Arah Komuniti Yang Aman dan Makmur' oleh Pengerusi ASEAN sekarang iaituMyanmar yang disifatkan sebagai amat tepat.

"Cogan kata ini mengingatkan kita bahawa ASEAN mesti berpandangan jauh dan ke

Page 2: ASEAN Berpaksikan Rakyat' Tema Malaysia Sebagai Pengerusi

2/16/2015 'ASEAN Berpaksikan Rakyat' tema Malaysia sebagai pengerusi

data:text/html;charset=utf­8,%3Cdiv%20style%3D%22margin%3A%200px%3B%20padding%3A%200px%3B%20border%3A%200px%3B%20outline%3A… 2/2

hadapan," katanya.

Mengenai sambutan ASEAN ke­47, Najib berkata, penubuhan ASEAN merupakantitik tolak penting dalam mewujudkan rantau Asia Tenggara yang aman, stabil danmakmur.

"Daripada kumpulan sepuluh negara yang dicirikan oleh kepelbagaian dari segisistem politik, budaya dan agama, rantau ini kini ditandai oleh ekonomi yangdinamik dan berkembang maju.

"Sebagai salah satu negara pengasas ASEAN, Malaysia seharusnya berbanggadengan usaha serta peranan yang telah dimainkan oleh negara ini untuk memastikankejayaan ASEAN," katanya.

Beliau berkata, sejak penubuhannya pada 1967, ASEAN telah menjadi tonggak asashubungan luar negara dan nyata sekali Malaysia tidak akan mengecapi kemajuanjika rantau ini bersengketa sesama sendiri.

"Kesepaduan ASEAN merupakan salah satu faktor utama menyumbang ke arahkeamanan, kestabilan dan kemakmuran rantau ini," kata Perdana Menteri.