asean scrapbook

29
Pengenalan Terdapat 10 buah negara dalam komuniti ASEAN, iaitu Brunei Darussalam, Filipina, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam. Ibu negara Brunei Darussalam ialah Bandar Seri Begawan, ibu negara bagi Filipina ialah Manila, ibu negara bagi Kemboja ialah Phnom Penh, ibu negara bagi Indonesia ialah Jakarta, ibu negara bagi Laos ialah Vientiane, ibu negara bagi Malaysia ialah Kuala Lumpur, ibu negara bagi Myanmar ialah Nay Pyi Taw, ibu negara bagi Singapura ialah Singapura, ibu negara bagi Thailand ialah Bangkok, dan ibu negara bagi Vietnam ialah Hanoi. Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) mula dibentuk dengan penubuhan sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Persatuan Asia Tenggara (Association of Southeast Asia atau ASA) yang dianggotai oleh Filipina, Malaysia dan Thailand pada tahun 1961. ASA merupakan asas kepada pembentukan ASEAN sekarang. Akibat daripada pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, pertikaian berlaku khususnya antara Indonesia dan Filipina yang menganggap pembentukan Malaysia sebagai satu bentuk penjajahan baru. Ini kerana mereka mendakwa Sabah dan Sarawak merupakan sebahagian daripada negara mereka. Oleh kerana pertikaian tersebut, munculnya slogan Ganyang Malaysia yang membawa kepada konfrontasi pada 1965-1966 oleh Indonesia. Selepas tamatnya konfrantasi tersebut, semua negara-negara Asia Tenggara bersepakat untuk mewujudkan persefahaman untuk memberi ruang kepada semua negara-negara terbabit bersatu dalam perkara yang melibatkan kepentingan bersama. Maka, pada 8 Ogos 1967, lima pemimpin - Menteri Luar Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura dan Thailand (Adam Malik, Narciso R. Ramos, Tun Abdul Razak, S. Rajaratnam dan Thanat Khoman) - duduk bersama di dewan utama Jabatan Hal Ehwal Luar di Bangkok, Thailand dan menandatangani satu dokumen yang kini dikenali sebagai "Deklarasi ASEAN". Papua New Guinea diberikan status negara pemerhati pada 1976 dan pemerhati khas pada 1981. Brunei menganggotai ASEAN pada 8 Januari 1984 iaitu seminggu selepas mencapai kemerdekaan. [3]

Upload: rachael-wong

Post on 09-Nov-2015

88 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

F5 Civics

TRANSCRIPT

PengenalanTerdapat 10 buah negara dalam komuniti ASEAN, iaitu Brunei Darussalam, Filipina, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam. Ibu negara Brunei Darussalam ialah Bandar Seri Begawan, ibu negara bagi Filipina ialah Manila, ibu negara bagi Kemboja ialah Phnom Penh, ibu negara bagi Indonesia ialah Jakarta, ibu negara bagi Laos ialah Vientiane, ibu negara bagi Malaysia ialah Kuala Lumpur, ibu negara bagi Myanmar ialah Nay Pyi Taw, ibu negara bagi Singapura ialah Singapura, ibu negara bagi Thailand ialah Bangkok, dan ibu negara bagi Vietnam ialah Hanoi. Persatuan Negara-negara Asia Tenggara(ASEAN)mula dibentuk dengan penubuhan sebuah pertubuhan yang dikenali sebagaiPersatuan Asia Tenggara(Association of Southeast Asiaatau ASA) yang dianggotai olehFilipina, MalaysiadanThailandpada tahun 1961. ASA merupakan asas kepada pembentukan ASEAN sekarang.Akibat daripada pembentukan Malaysia pada16 September1963, pertikaian berlaku khususnya antaraIndonesia danFilipinayang menganggap pembentukanMalaysiasebagai satu bentuk penjajahan baru. Ini kerana mereka mendakwaSabahdanSarawakmerupakan sebahagian daripada negara mereka.Oleh kerana pertikaian tersebut, munculnya sloganGanyang Malaysiayang membawa kepadakonfrontasipada 1965-1966 olehIndonesia. Selepas tamatnya konfrantasi tersebut, semua negara-negara Asia Tenggara bersepakat untuk mewujudkan persefahaman untuk memberi ruang kepada semua negara-negara terbabit bersatu dalam perkara yang melibatkan kepentingan bersama.Maka, pada8 Ogos1967, lima pemimpin - Menteri LuarIndonesia, Filipina,Malaysia, SingapuradanThailand(Adam Malik, Narciso R. Ramos,Tun Abdul Razak,S. Rajaratnamdan Thanat Khoman) - duduk bersama di dewan utama Jabatan Hal Ehwal Luar diBangkok, Thailand dan menandatangani satu dokumen yang kini dikenali sebagai "Deklarasi ASEAN".Papua New Guinea diberikan status negara pemerhati pada 1976 dan pemerhati khas pada 1981. Bruneimenganggotai ASEAN pada 8 Januari1984iaitu seminggu selepas mencapai kemerdekaan.[3]Hanya selepas 11 tahun kemudian barulah ASEAN menerima anggota baharu.Vietnammenjadi anggota yang ketujuh pada 28 Julai1995. LaosdanMyanmarmenjadi anggota dua tahun kemudiannya, iaitu pada 23 Julai1997.WalaupunKembojasudah menyertai ASEAN bersama-sama Myanmar dan Laos, negara itu terpaksa menangguh disebabkan masalah politik dalam negara tersebut. Kemboja menyertai semula ASEAN pada 30 April1999.Negara baharuTimor Leste, dahulunya dalam Indonesia, terpaksa berhempas pulas untuk mendapat status pemerhati dalam ASEAN. Namun, banyak negara dalam ASEAN tidak menyokong penglibatan Timor Leste pada akhir1990-anatas rasa hormat kepada Indonesia. Myanmar, terutamanya, menentang pemberian status pemerhati kepada Timor Leste kerana sokongan Timor Leste terhadap perjuanganAung San Suu Kyi. Sejak kemerdekaan Timor Leste pada Mei 2002 dan diterima sebagai negara pemerhati, ASEAN telah banyak membantu negara baru ini.

Logo ASEAN

Lambang Perhimpunan Bangsa-bangsa Asia TenggaraatauLambang ASEANadalah lambang rasmiASEANyang dirasmikan penggunaannya pada Julai 1997bersama denganBendera ASEAN. Meskipun lambang ini sudah digunakan untuk bertahun-tahun, panduan rasmi gambar dan penggunaan lambang ini hanya telah ditetapkan pada Pertemuan ke-6 Dewan Koordinasi ASEAN (ASEAN Coordinating Council/ACC), diHanoi, 8 April 2010.BentukSepuluh batang padiyang terhimpun terletak di tengah lingkaran merah. Di bawah batang padi ini terdapat tulisan "asean" dalam huruf kecil dengan muka taip helveticaberwarna biru. Lingkaran merah ini dibatasi oleh cincin putih dan biru.Warna lambang:Skema warnaBiruMerahPutihKuning

PantonePantone 286Pantone Red 032Pantone Process Yellow

CMYKC100-M60-Y0-K6C0-M91-Y87-K0C0-M0-Y0-K0C0-M0-Y100-K0

RGB34-85-158227-49-49255-255-255248-244-0

Makna perlambang

Lambang ASEAN ini akan digunakan sebagai lambang rasmi ASEAN.1. Lambang ASEAN melambangkan kemantapan, perdamaian, kesatuan, dan dinamik ASEAN. Warna-warna lambang biru, merah, putih dan kuning merupakan warna-warna yang digunakan dalam berbagai-bagai bendera negara-negara anggota ASEAN.2. Warna biru melambangkan perdamaian dan kemantapan, merah melambangkan keberanian dan dinamika, putih melambangkan kesucian, dan kuning melambangkan kemakmuran.3. Sepuluh batang padi yang terikat melambangkan sepuluh negara anggota ASEAN. Hal ini melambangkan harapan para bapa pengasas ASEAN untuk ASEAN yang merangkumi sepuluh negara-negara Asia Tenggara yang terikat dalam persahabatan dan solidariti.4. Bulatan melambangkan kesatuan ASEAN.5. Hak cipta Lambang ASEAN dimiliki oleh ASEAN.

SejarahRekaan awal lambang ASEAN adalah berdasarkan tanaman padi memandangkan nasi merupakan makanan pokok kebanyakan rakyat Asia Tenggara dan tanaman padi mungkin adalah tanaman terpenting bagi masyarakat Asia Tenggara. Sejak zaman nenek moyang, padi sentiasa dikaitkan dengan kemakmuran, kebajikan, dan kekayaan. Hal ini jelas bersesuaian dengan impian para bapa pengasas ASEAN yang mengidamkan Asia Tenggara sebagai kawasan yang damai dan makmur. Lambang marcapada berasal dari lambang ASEAN yang dahulu, yang juga menampilkan himpunan padi yang terikat yang melambangkan kesatuan. Namun begitu, perbezaannya ialah lambang lama hanya mencakupi enam batang padi yang mewakili lima negara pendiri ASEAN iaitu Indonesia, Malaysia,Filipina,Singapura, dan Thailand yang kemudian disertai oleh Bruneiyang mulai bergabung pada 8 Januari 1984. Warna latar lambang lama adalah putih. Tulisan "asean" pula diletakkan di bawah batang padi dengan latar lingkaran kuning terang dilingkari cincin cyan (biru muda). Tulisan "asean" dan garis tepi lingkaran berwarna cyan, sementara batang padi berwarna coklat keemasan.Setelah bertambahnya keanggotaan ASEAN dengan masuknyaVietnamsebagai anggota pada tanggal 28 Julai 1995 dan didorong oleh wawasan ASEAN lengkap yang merangkumi semua sepuluh negara Asia Tenggara, terdapat usulan untuk memperbaharui lambang ASEAN dengan menambahkan batang padi untuk membentuk sepuluh batang padi. Tiga negara yang lain, iaitu Laos, Burma, dan Kemboja dijadualkan bergabung pada bulan Julai 1997 dan sempena meraikan peristiwa bersejarah ini, lambang baharu ASEAN telah dirancang.Laosdan Burma (Myanmar) bergabung dengan ASEAN pada tanggal 23 Julai 1997, manakala Kemboja pula telahmenunda keanggotaannya karena dilanda masalah politik dalam negeri pada masa itu, dan akhirnya baru bergabung dua tahun kemudian pada tanggal 30 April 1999. Walaupun Kemboja belum bergabung dengan negara-negara Asia Tenggara yang lain pada masa itu, namun lambang baru ASEAN yang merangkumi sepuluh batang padi tetap dirasmikan pada bulan Julai 1997.

Lagu ASEANLagu ini dicipta oleh Ryan Cayabyab dan lirik pula oleh Nicanor G. Tiongson. Lagu ini disampaikan oleh penyanyi Philippine Madrigal, Philippine Normal University Chorale, Philippine Women's University Chorale, A Capella Manila dan Orkestra Filharmonik Filifina.

Lagu Perpaduan ASEANASEAN, OH ASEANOUR VOICES RISE AS ONEFROM LAND TO LAND FROM SEA TO SEAREACH OUT TO EVERYONE

ASEAN, OH ASEANLET'S LINK OUR ARMS AND STANDBEHOLD THE SUN HAS RISEN TOTHE LEVEL OF OUR EYES

BEHOLD THE SUN HAS RISEN TOTHE LEVEL OF OUR EYES

Tempat-tempat menarik setiap anggota ASEANMalaysia1) Pulau Redang, Terengganu Pulau Redang, Terengganu yang merupakan pulau terbesar dalam sembilan buah pulau yang dilindungi di Laut China Selatan. Pulau ini menawarkan air laut sejernih kristal dan banyak tempat menyelam untuk keseronokan anda. Terlindung diantara Taman Marin Pulau Redang, air di sini kaya dengan hidupan marin. Pada waktu tengahari apabila cahaya matahari menyinari laut, terumbu karang yang cantik, buran dan ikan dapat dilihat.

Perairan di sekitar Pulau Redang juga mengandungi dua bangkai kapal karam bersejarah: H.M.S. Prince of Wales dan H.M.S. Repulse, yang karam di sini sewaktu permulaan Perang Dunia II, di mana berlakunya pendudukan Jepun di Malaya. Pulau syurga ini sempurna untuk aktiviti snorkel, berenang, menyelam skuba, memasuki hutan, menaiki bot dan berkayak.

2) Kuil Kuan Yin, Pulau Pinang

Kuil Dewi Kuan Yin ialah kuil pertama dibina di Georgetown, Pulau Penang oleh penduduk Cina ketika itu. Kuil ini memberi penghormatan kepada Kuan Yin, seorang penganut Buddha yang taat. Dia dikatakan telah mencapai tahap Nirvana tetapi memilih untuk tinggal di bumi bagi menyampaikan ajaran dan panduan kepada mereka yang ingin mencapai Nirvana. Bahagian dalam kuil biasanya berbau colok yang dibakar oleh pemuja yang melawat kuil untuk bersembahyang dan meminta panduan dari Kuan Yin.

Kuil ini turut memuja Ma Chor Poh, santo pelaut yang disanjung oleh penduduk Cina yang kebanyakannya mengharungi perjalanan jauh merentasi laut dari Negara China ke Pulau Pinang.

3) Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak

Taman Negara Gunung Mulu mempunyai rangkaian gua terpanjang di dunia. Di sini terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh memuatkan empat puluh buah kapal terbang Boeing 747.

Di Mulu, anda juga boleh melihat terowong gua terbesar di dunia, Gua Rusa, yang boleh memuatkan lima buah gereja besar bersaiz gereja Saint Paul di London. Satu lagi tarikan utama di sini adalah Gua Air Jernih, gua paling panjang di Asia Tenggara. Gua-gua besar ini menjadi tempat tinggal berjuta-juta kelawar dan burung layang-layang gua yang berterbangan keluar setiap petang pada waktu senja!

Pelawat yang suka sukakan alam semula jadi pasti merasa kagum melihat contoh luluhawa batu kapur tropika terbaik di dunia, termasuk rabung batu kapur yang besar, ngarai yang curam, yang dipanggil 'The Pinnacles'.

Singapura1) Marina Bay Sands Skypark

Marina Bay Sands Skypark merupakan hasil rekaan arkitek Israel dan pakar feng-shui Cina sebagai ikon negara dan bangunan kebanggaan warganya. 3 bangunan teras Marina Bay yang diinspirasikan dari susunan kad terup merupakan hotel mewah yang 55 tingkat. Ketiga-tiga bangunan ini menyokong Sands Skypark yang menjadi rumah kepada restoran, taman, dek tinjau pelancong dan kolam renang tanpa sempadan.Di kawasan Skypark ini juga terdapat The Shoppes, sebuah pusat beli belah mewah yang dihuni oleh nama besar fesyen seperti Prada, Dunhill dan Chopard serta kasino utama negara ini.2) Orchard Road Kawasan ini asalnya merupakan kawasan yang dipenuhi dusun buah-buahan, buah pala dan lada hitam pada tahun 1800an. Namun begitu, itu merupakan sejarah 200 tahun lalu. Kini, jalan sepanjang 2.2 km ini dipenuhi dengan pelbagai gedung membeli belah besar dan mewah, restoran kelas atasan serta hotel yang dianggap mahal, walaupun oleh pelancong Eropah. Didominasi oleh barangan berjenama, gedung di sini mempunyai barangan untuk pelbagai lapisan umur dan adalah mustahil untuk mengunjungi kesemuanya dalam satu hari disebabkan oleh jumlah kedai yang banyak.

3) Singapore Flyer

Singapore Flyer merupakan roda pemerhatian terbesar di dunia, anda bakal di bawa naik setinggi 165 meter dengan pemandangan Helix Bridge, Marina Bay dan kota Singapura selama 30 minit. Jika anda datang sewaktu acara perlumbaan kereta F1, anda bakal melihatnya dari sini pada waktu malam.Mereka yang datang untuk bulan madu dan mempunyai bank akaun yang sihat boleh menempah pakej makan malam romantis sambil dilayan oleh seorang pelayan peribadi. Mereka yang tidak mahu menaiki Singapore Flyer boleh berehat di spa kaki atau berjalan-jalan di taman kecil di kaki tarikan ini.Indonesia1) Borobudur

Borobudurialahkuilataucandiagama Buddhayang terletak di desa Boro, KabupatenMagelang,Jawa Tengah,Indonesia. Borobudur adalahstupaBuddhamazhabMahayana, dan monumen Buddha terbesar di dunia . Pada 1950, SejarawanJ.G. de Caspariskajian Ph.D beliau menyatakan Borobudur adalah tempat pemujaan. Dengan analogi prasasti Karangtengah dan Kahulunan,Borobudur dibina oleh raja dari dinastiSyailendrabernamaSamaratunggasekitar824. Candi raksasa hanya siap 50 tahun kemudian ketika puterinya RatuPramodhawardhanimemerintah. Kuil Borobudur dibina atas tanah bukit hanya setinggi 265 meter dari dasar laut dan 15 meter tinggi.2) Tanah Lot, Bali

Tanah Lotmerupakan tebing tinggi menganjur ke laut di pulauBali,Indonesia. Di atasnya telah dibinakuilagama Hindu, Pura Tanah Lot dan menjadi tarikan utama para pelancong.Tebing tinggi ini terbentuk jutaan tahun akibat hakisan semasa pasang surut lautan.Tanah Lot dikatakan dibina oleh sami abad ke-15 bernamaNirartha. Semasa dia mengembara sepanjang pantai selatan dia melihat batuan tinggi yang menarik dan berehat di sana. Nelayan-nelayan ada yang memberi hadiah-hadiah kepadanya. Nirartha memberitahu para nelayan untuk membina sebuah makam, satu tempat suci untuk mengagungkan Tuhan laut Bali. Kuil ini dipercayai mengawal roh-roh jahat dan penceroboh

3) Danau Toba

Danau TobaialahtasikterbesardiIndonesia, dengan 100kilometerpanjangnya serta 30 kilometer lebarnya. Terletak di tengah bahagian utaraSumatera, dengan aras permukaan setinggi lebih kurang 900meter(3,000 kaki), tasik ini terbentang dari2.88 U 98.52 Tke2.35 U 99.1 T. Pada tahun1949,Rein van Bemmelen,ahli geologiBelanda, melaporkan bahawa Danau Toba ialah sebuahkalderagunung berapiyang besar yang dikelilingi oleh selapis batuanignimbrit. Para penyelidik yang kemudian menemui deburiolityang serupa dengan lapisan ignimbrit Danau Toba (kini dipanggilTufToba Muda untuk membezakannya daripada lapisan-lapisan yang termendap oleh letupan-letupan dahulu) diMalaysiadanIndia, iaitu sehingga 3,000 kilometer jauhnya dari danau ini. Para ahlioseanografimenemui debu Toba yang memiliki ciri-ciri kimia tersendiri di dasarLautan Hinditimur sertaTeluk Benggala.Vietnam1) Hue Imperial Citadel

Hue Imperial Citadel merupakan kota pertahanan dan tempat kediaman raja di kota Hue yang memainkan peranan sebagai ibu kota Dinasti Nguyen selama 140 tahun sejak tahun 1805 hingga 1945. Seni bina yang megah ini telah dirancang pada 1803 oleh Maharaja Gia Long yang merupakan pengasas Dinasti Nguyen. Hue Imperial Citadel akhirnya siap dibina semasa zaman pemerintahan Minh Mang, lantaran menjadi binaan terbesar yang dibina pada zaman sejarah moden Vietnam yang melibatkan ribuan pekerja dan berjuta-juta kubik meter batu-bata. Hue Imperial Citadel terletak di tebing utara Sungai Huong dengan keluasan 520 hektar dan diikitiraf sebagai Tapak Warisan Unesco pada tahun 1993 dengan tinggalan bangunan yang lain dipulihara dan dipelihara secara aktif ekoran Perang Vietnam.2) Pejabat Pos Sentral Saigon

Pejabat Pos Sentral Saigon di Bandar Ho Chi Minh merupakan salah satu warisan tinggalan sejarah dari zaman penjajahan Perancis dan berkemungkinan besar merupakan pejabat pos yang termegah di seluruh Asia Tenggara. Pejabat Pos yang terletak di sebelah Saigon Notre Dame Basilica, pelancong boleh melawat kedua-dua tempat ini dan memberi peluang kepada pengunjung untuk membayangkan kehidupan pada zaman empayar IndoChinoise. Bangunan ini direka oleh Gustave Eiffel- individu di sebalik Eiffer Tower dan Statue of Liberty.

3) Saigon Notre Dame Basilica

Katedral Notre Dame yang terletak di sudut sunyi bandar Ho Chi Minh merupakan tinggalan warisan tempat ibadat bagi penganut agama Kristian Katolik di negara yang kebanyakan rakyatnya merupakan penganut agama Buddha. Katedral ini yang dibina pada akhir tahun1880-an dinamakan Gereja Saigon. Nama Notre Dame hanya diberikan selepas arca Peaceful Notre Dame diletakkan di situ. Pada tahun 1962, pihak Vatican memberikan status basilica kepada katedral tersebut dan diberikan nama rasmi sebagai Saigon Notre Dame Basilica.Thailand1) Koh Phi Phi

Kepulauan Phi Phi terletak diThailand, antara pulauPhuketdan Thailand daratan. Secara politik kepulauan ini merupakan sebahagian dariProvinsi Krabi.Ko Phi Phi Don adalah pulau terbesar dalam kepulauan ini, dan merupakan satu-satunya pulau dengan petempatan yang pesat meskipun pantai dari pulau terbesar kedua,Ko Phi Phi Leesering dikunjungi oleh banyak pelancong. Walaupun tiada kemudahan akomodasidalam pulau ini, namun perjalanan dari Ko Phi Phi Don hanya menelankan waktu sebentar sahaja. Pulau-pulau lainnya tidak lebih daripada batu-batu karang besar yang timbul ke permukaan laut.Ko Phi Phi Lee menjadi pulau terkenal, setelah diliputi dalam filemThe Beach. Pada26 Desember2004, Phi Phi Don hancur olehtsunamiakibatGempa bumi Samudra Hindia. Pada13 Mei2005, hampir seluruh perniagaan di pulau ini telah beroperasi kembali seperti biasa.

2) Istana Raja, Bangkok

Istana Raja merupakan kompleks bangunanistanadiBangkok,Thailand. Istana ini berfungsi sebagai kediaman rasmiRaja-raja Thailanddari abad ke-18 dan seterusnya. Istana ini mulai dibangunkan pada tahun 1782, pada masa pemerintahan Raja Rama I, ketika baginda memindahkan ibu kota kerajaan menyeberang sungai dari bandar Thonburike bandar Bangkok. Istana ini telah diperluas beberapa kali dan bangunan-bangunan tambahan telah dibangun seiring waktu perkembangannya. Meskipun tetap bergelar Istana Raja, Raja Thailand yang sekarang, RajaBhumibol Adulyadej tidak bersemayam istana ini, baginda bersemayam diIstana Chitralada.

3) Pasar Terapung, Bangkok

Pasar Terapungadalah sebuahpasartradisional yang seluruh aktivitasnya dilakukan di atas air dengan menggunakanperahu. Suasana pasar terapung yang unik dan khas adalah berdesak-desakan antara perahu besar dan kecil saling mencari pembeli dan penjual yang selalu tawar-menawar kian dan selalu dimainkan gelombang sungai. Kebanyakan para pedagang adalah wanita. Menariknya, di Pasar terapung ini juga masih berlaku sistem barter antara pedagang. Pasar terapung tidak memilikiorganisasiseperti pada pasar di daratan, sehingga tidak tercatat berapa jumlah pedagang dan pengunjung atau pembagian pedagang berdasarkan barang dagangan. Pasar ini unik karena selain transaksi dilakukan di atas perahu, pedagang dan pembelinya juga tidak terpaku di suatu tempat, tetapi terus bergerak mengikuti arus sungai.

Filipina1) Teras Sawah Banaue

Teras Sawah Banauemerupakan sebuahteraspersawahantua yang berusia 2000 tahun yang berada di pegunungan di provinsiIfugao,Filipina. Teras sawah ini diciptakan oleh suku asliBatad. Diperkirakan teras ini dibuat dengan menggunakan tangan dan perlengkapan yang sederhana. Terletak di ketinggian 1500 meter dari permukaan laut, teras Banaue memiliki 10.360 kilometer persegi. Sistemirigasimengairi lahan persawahan ini darihutan hujandi puncak pegunungan.

2) Boracay

Boracayadalah pulau diFilipina. Pulau ini terletak sejauh 315 km dariManila. Pada tahun 1990, Boracay dipilih sebagai salah satu pantai terbaik di dunia oleh BMW Tropical Beach Handbook. Pulau ini juga dipilih olehTV Quicksebagai pantai tropis terbaik di dunia pada tahun 1996.Pulau ini merupakan sebahagian dariProvinsi Aklan.

3) Puerto Princesa Subterranean River National Park

Puerto Princesa Subterranean River National Park terletak 80 km utara dari bandar Puerto Princesa, Palawan. Sungai yang mengalir di situ juga dikenali sebagai Puerto Princesa Underground River. Taman Negara ini terletak di Saint Paul Mountain Range di sebelah pantai barat pulau tersebut. Puerto Princesa Subterranean River National Park terletak di antara St. Paul Bay ke utara dan Babuyan River ke arah timur. Majlis Bandaran Puerto Princesa telah bertanggungjawab menguruskan Taman Negara ini sejak tahun 1992. Para pengunjung boleh masuk ke dalam Taman ini melalui menaiki bot atau mendaki dari bandar Sabang.

Myanmar1) Shwedagon

Shwedagonyang juga dikenali dengan julukanPagoda Emas, adalah sebuahstupaatau pagodasetinggi 98 meter (321,5 kaki) yang berlapisemasdan terletak diYangon,Myanmar. Pagoda ini terletak di bagian barat Danau Kandawgyi, di bukit Singuttara, dan mendominasikan pemandangan kota Yangon. StupaBuddhaini adalah yang paling suci bagi bangsa Burma kerana menyimpan relikBuddhaterdahulu, iaitu tongkat Kakusandha, saringan air Konagamana, sepotong jubah Kassapa, dan delapan helai rambutSiddharta Gautama.

2) Bagan

Bagan sebelumnyaPagan, adalah kota kuno diDivisi Mandalay,Myanmar. Sebelumnya dijulukiArimaddanapuraatauArimaddanadan juga disebutTambadipaatauTassadessa. Kota ini merupakan ibukota beberapa kerajaan kuno diBurma.

3) Mrauk U

Mrauk Uadalah kota di utara Rakhine,Myanmar. Mrauk U merupakan kota paling penting dan kuat pada zaman kerajaan Rakhine (Arakan), 1430-1785. Oleh sebab kedekatannya denganTeluk Benggala, Mrauk U berkembang menjadi pusat perdagangan penting, yang berperanan sebagai pintu belakang ke pedalaman Burma dan juga sebagai pelabuhan penting di sepanjang pantai timur Teluk Benggala. Ini menjadi titik transit untuk barang seperti beras, gading, gajah, getah pohon dan rusa bersembunyi dari Ava di Burma, dan kapas, budak, kuda, cowrie, rempah-rempah dan tekstil dari Bengal, India, Persia dan Arab. Di sampingPegudan kemudianSyriam, kawasan itu adalah salah satu pelabuhan paling penting di Burma sampai abad kelapan belas.

Laos1) Mekong

Mekongadalah salah satusungaiutama di dunia. Sungai ini merupakan sungai terpanjang ke-12 di dunia, dan ke-10 terbesar dalam isi padu (melepas 475kmairsetiap tahunnya), serta mengisi wilayah seluas 795.000 km dariTibet melaluiChinaprovinsiYunnan,Myanmar, Thailand,Laos, Kemboja, dan Vietnam. Semua kecuali China dan Myanmar dirangkumiKomisi Sungai Mekong. Oleh sebab variasi musim yang sangat berbeza dalam aliran, terdapat "rapid" danair terjun yang menyulitkannavigasi. Sungai Mekong ini memainkan peranan yang penting dalam sejarah bangsa-bangsa, terutamanya di kawasanAsia Tenggara.

2) Luang Prabang

Luang PrabangatauLouangphrabangadalah sebuah kota yang terletak di utara pusatLaos, padaSungai Mekongsekitar 425 km sebelah utaraVientiane, dan ibukotaProvinsi Louangphabang. Saat ini jumlah penduduk kota ini adalah sekitar 103.000 jiwa. Dahulu kota ini adalah sebuah ibukota kerajaan dengan nama yang sama. Sampai pengambilalihan oleh pemerintahan komunis Laos pada tahun 1975, Luang Prabang adalah ibu kota kerajaan dan pusat pemerintahan dariKerajaan Laos. Kota ini juga terkenal sebagai Tapak Warisan DuniaUNESCO.

3) Pha That Luang

Pha That Luang, adalah sebuahcandiBuddhabesar yang dilapisi emas. Candi ini terletak di pusat kotaVientiane,Laos.Sejak awal pembentukannya yang diyakini pada masa abad ketiga, candi ini mengalami beberapa renovasi sampai tahun 1930 disebabkan oleh invasi-invasi asing di daerah. Pada umumnya Pha That Luang dianggap sebagai monumen nasional yang terpenting dan sebagai simbol nasional

Kemboja1) Angkor Wat

Angkor Watadalah sebuahkuilataucandiyang terletak di kotaAngkor,Kamboja. Kuil ini dibangun oleh RajaSuryawarman IIpada pertengahanabad ke-12. PembangunankuilAngkor Wat memakan waktu selama 30 tahun. Angkor Wat terletak di dataran Angkor yang juga dipenuhi bangunan kuil yang indah, tetapi Angkor Wat merupakan kuil yang paling terkenal di dataran Angkor. Raja Suryawarman II memerintahkan pembangunan Angkor Wat menurut kepercayaanHinduyang meletakkan gunung Meru sebagai pusatduniadan merupakan tempat tinggal dewa-dewiHindu, dengan itu menara tengah Angkor Wat adalah menara tertinggi dan merupakan menara utama dalam kompleks bangunan Angkor Wat.

2) Bayon

Bayonadalah candiagungKerajaan Khmerdi kawasanAngkor,Kemboja. Dibangunkan pada akhir abad ke-12 hingga awal abad ke-13, candi yang kaya dengan ukiran ini adalah candi agung rasmi kerajaan yang bersifat Buddha Mahayanayang dibangunkan atas prakarsa RajaJayawarman VII. Candi Bayon berdiri menjulang tepat di pusat ibu kota milik Jayawarman VIIAngkor Thom. Setelah Jayawarman mangkat, candi ini kerap diubah fungsinya menjadi candiHindudan Buddha Theravadasesuai keinginan raja berikutnya.Ciri utama candi Bayon adalah terdapat banyak wajah berukuran raksasa dengan ekspresi yang tenang, teduh, dan anggun dan terukir pada menara-menara candi yang mengelilingi puncak utama.[1]Candi ini juga terkenal dengan dua set bas relief yang menampilkan kombinasi antara mitologi, sejarah, serta adegan harian pada masa Kerajaan Angkor.

3) Angkor Thom

Angkor Thomadalah reruntuhan kompleks ibu kota kerajaanKhmerkuno di Kemboja. Angkor Thom melingkupi bagian tengah kompleks kota kunoAngkor. Ibu kota ini didirikan oleh rajaJayawarman VIIdan mencakup kawasan seluas 9km. Di kawasan ini terdapat beberapa monumen dari masa sebelumnya. Reruntuhan di dalam kompleks kota ini antara lain berbagaicandi-candidan istana-istana, serta terdapat arca-arca yang besar. Pada pusat kota ini berdiri candiBayon, candiLokeswara, sementara situs-situs arkeologi penting lainnya berhimpun di sekitar lapangan kejayaan, semacanalun-aluntepat di sebelah utara candi Bayon.

Brunei Darussalam1) Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddinadalahmasjid kerajaanKesultanan Bruneiyang terletak diBandar Seri Begawan, ibu kotaBrunei Darussalam. Masjid ini adalah salah satu masjid paling mengagumkan di Asia Pasifik, serta menjadimarkah tanahdan daya tarik wisata utama di Brunei.

2) Istana Nurul Iman

Istana Nurul Imanadalahkediaman resmidariSultan Brunei,Sultan Hassanal Bolkiahdan pusat dari pemerintahanBrunei. Istana ini terletak di daerah pemekaran, di tepi sungai dengan bukit yang hijau di tepi Sungai Brunei, beberapa kilometer di selatanBandar Seri Begawan, ibukotaBrunei.

3) Taman Jerudong

Taman Jerudong merupakan sebuah taman tema yang dibina dan dibiayai oleh kerajaan Brunei untuk $1 bilion. Selama beberapa tahun pertama taman ini beroperasi, pengunjung tidak dikenakan sebarang bayaran untuk memasuki taman tema tersebut malahan hanya perlu beratur untuk menaiki permainan di situ.Rujukan

1) www.en.wikipedia.org

2) www.touropia.com

3) www.lonelyplanet.com

4) https://wikitravel.org

5) https://world.new7wonders.com

6) www.visit-mekong.com

7) www.asean.org