asas sains dalam pendidikan jasman1

16
Asas Sains dalam Pendidikan Jasmani(Kaitan sains dengan Pendidikan Jasmani) Pertumbuhan organ : Kecergasan dan kecerdasan seseorang amat dipengaruhi oleh kesihatan individu. Dari segi biologi, orang yang aktif dapat menjamin tumbesaran organ yang sihat. Contohnya, kekuatan otot purkenje pada organ jantung dapat dipertingkatkan jika seseorang melakukan lari anak secara rutin. Namun, teknik lari anak yang tidak sesuai akan mencederakan bahagian-bahagian lain seperti kaki. Jadi, dengan adanya ilmu sains dalam sukan, seseorang akan memakai kasut yang sesuai untuk menyelesakan kaki di samping mempertingkatkan aktiviti jantung semasa melakukan jogging. Pertumbuhan fizikal : Fizikal adalah pandangan luaran seseorang. Individu yang sihat badannya dapat menjamin kesihatan keseluruhan badan dari segi kelihatan luaran. Contohnya, seseorang gimnas mempunyai badan yang kuat dan tegap dapat memakai baju jenis "body fit" sudah pasti membuktikan keterampilannya di tempat kerja mahupun di tempat awam. Orang yang sihat badan selalunya mampu melakukan pelbagai aktiviti serta bergiat aktif dalam

Upload: azuzueria

Post on 09-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

share

TRANSCRIPT

Page 1: Asas Sains Dalam Pendidikan Jasman1

Asas Sains dalam Pendidikan Jasmani(Kaitan sains dengan Pendidikan Jasmani) Pertumbuhan organ : Kecergasan dan kecerdasan seseorang amat dipengaruhi oleh kesihatan individu. Dari segi biologi, orang yang aktif dapat menjamin tumbesaran organ yang sihat. Contohnya, kekuatan otot purkenje pada organ jantung dapat dipertingkatkan jika seseorang melakukan lari anak secara rutin. Namun, teknik lari anak yang tidak sesuai akan mencederakan bahagian-bahagian lain seperti kaki. Jadi, dengan adanya ilmu sains dalam sukan, seseorang akan memakai kasut yang sesuai untuk menyelesakan kaki di samping mempertingkatkan aktiviti jantung semasa melakukan jogging.

Pertumbuhan fizikal : Fizikal adalah pandangan luaran seseorang. Individu yang sihat badannya dapat menjamin kesihatan keseluruhan badan dari segi kelihatan luaran. Contohnya, seseorang gimnas mempunyai badan yang kuat dan tegap dapat memakai baju jenis "body fit" sudah pasti membuktikan keterampilannya di tempat kerja mahupun di tempat awam. Orang yang sihat badan selalunya mampu melakukan pelbagai aktiviti serta bergiat aktif dalam program-program seperti tarian, drama, muzik, maraton, dsb. Selain itu, kesihatan fizikal merupakan faktor pertama yang mempengaruhi keputusan pihak atasan untuk membuat pilihan untuk sesuatu kerja ataupun projek.

Pertumbuhan otot-saraf dan kemahiran : Koordinasi otot dan saraf adalah penting dalam melicinkan pergerakan seseorang. Jika seseorang sentiasa melalukan sesuatu aktiviti seperti membongkokkan badan, sudah pasti ia bukan satu masalah baginya, melakukan senam robik sebab otot dan saraf sudah biasa dengan pergerakan sedemikian. Sebaliknya, seseorang akan berasa lesu dan sakit jika koordinasinya tidak selaras dengan kehendak individu. Kemampuan untuk melakukan pergerakan yang luar biasa juga dapat menjamin kemahiran seseorang dalam bidang tersebut.

Pertumbuhan emosi dan sosial : sukan adalah satu saluran yang baik untuk meluahkan perasaan marah, tekanan stres, dan frustrasi. Ia juga dapat melatih seseorang supaya menjadi optimis dan ring. Telah dipercayai sukan boleh merangsang perembesan hormon riang "serotonin" yang boleh menjadikan individu berasa gembira dan positif. Selain itu, sukan dan latihan yang dijalankan secara berkumpulan juga boleh merapatkan hubungan antara sesama yang lain. Dalam kumpulan, kita juga dapat mewujudkan suatu persaingan yang positif semasa bermain "game".

Pertumbuhan insan dan negara : manusia harusnya sentiasa aktif dan cergas. Dengan adanya populasi yang sihat, barulah negara menjadi kuat. Kekuatan ini adalah disebabkan manusia yang sihat dari fizikal boleh menyumbang tenaga buruh; sihat mental boleh memberi idea yang baru

Page 2: Asas Sains Dalam Pendidikan Jasman1

kepada negara, sihat sahsiah membantu perpaduan dan persefahaman satu negara. Selain itu, sukan memainkan peranan penting dalam menjalin hubungan dengan negara lain seperti Sukan Komenwel, Olimpik, SUKOM etc.

Konsep Asas Kimia Dalam Sains Sukan

Atom adalah satu struktur yang asas untuk membina sesuatu bahan kimia. Setiap atom mempunyai elektron bercaj negatif, proton bercaj positif dan neutron yang neutral. Atom boleh dibezakan antara satu sama lain dengan bilangan subatomnya iaitu elektron, proton dan neutron yang terkandung dalam suatu atom. Contohnya atom yang mempunyai 1 elektron dan neutron serta tiada elektron dipanggil hidrogen dan disingkatkan sebagai H (simbol kimia). Manakala atom yang mempunyai 2 proton dan 2 elektron serta 2 neutron adalah helium (He). Bilangan proton sentiasa diimbangi dengan bilangan elektron yang sama supaya sesuatu atom adalah sentiasa bercaj neutral (tidak bercaj). Dalam tindak balas kimia, sesuatu atom boleh kehilangan proton atupun lektron dan seterusnya menjadi atom yanh bercaj positif atau negatif. Contonnya, hidrogen yang kehilangan satu elektron akan bercaj positif kerana kehadiran proton. Atom yang bercaj dipanggil sebagai ion positif atau ion negatif.Unsur pula merujuk kepada jenis atom iaitu nama bagi sesuatu atom. Unsur-unsur kimia telah diatur ke dalam jadua berkala mengikut sistem elektron dan petalanya. Hasilnya, atom-atom yang berlainan jenis mempunyai nama yang unik seperti hidrogen, oksigen, bromin, nitrogen dsb. Unsur-unsur hendaklah selalu dalam keadaan yang neutral kerana unsur yang bercaj akan mengelilukan.Dalam ilmu kimia, sebatian adalah satu kumpulan unsur yang digabungkan secara ionik apabila satu unsur kehilangan elektron (bercaj positif) dan satu lagi menerima elektron (bercaj negatif). Dua ion yang bertentangan caj akan menarik antara sesama lain untuk membentuk sebatian. Apabila kompound ini berada dalam air, ia akan dipisahkan dan membentuk ion dan boleh menghantar (aliran) elektrik dalam cecair itu. Contoh sebatian adalah seperti NaCl, KNO3, Fe(NO3)2 dsb. Jadi, peranan sebatian dalam badan kita adalah membekalkan elektrolit (cecair yang bercaj) untuk mengimbangi caj-caj dalam cecair badan.Walaupun tidak mengalami perubahan bilangan elektron, sesuatu boleh unsur boleh bergabung melalui ikatan kovalen. Kedua-dua unsur itu dicantum melalui perkongsian elektron apabila elektron terluar bagi sesuatu unsur adalah komplimentari dengan unsur yang digabungkan. Dalam air, molekul tidak terlarut dan tidak membentuk ion kerana sifat kimia adalah berlainan dengan air (air merupakan molekul yang berkutub). Molekul boleh wujud dalam cecair apabila ia dileburkan atupun larut dalam pelarut organik yang bersifat kovalen. Contoh molekul adalah seperti CCl4, O2, Cl2, H2 dsb.

Page 3: Asas Sains Dalam Pendidikan Jasman1

Ion yang terhasil apabila sesuatu campuran terlarut dalam air akan membentuk elektrolit yang berupaya membawa elektrik. Dalam kimia, ia memerlukan elektrod (katod dan anod) untuk mengalir elektrik melalui sambungan wayar (litar). Dalam biokimia, elektrolit dalam cecair badan berfungsi untuk memekatkan / mencairkan kandungan cecair badan. Kehadiran ion yang tinggi akan memekatkan cecair dan seterusnya mengawal tekanannya seperti dalam darah. Ion-ion dalam elektrolit juga penting dalam menolong lain-lain proses seperti penghadaman yang memerlukan kofaktor dsb. Jadi manusia memerlukan garam dan mineral untuk mengimbangi badan kita. Individu yang muntah dan cirit-birit berlebihan boleh mengakibatkan kehilangan ion yang berlebihan dan badan akan menjadi lemah.Karbohidrat adalah pembekal tenaga utama dalam badan manusia. Ia adalah sejenis makanan organik yang larut dalam pelarut organik kerana kehadiran banyak ikatan kovalen antara unsur-unsur C, H, dan O. Jadi formula kimia umum bagi karbohidrat adalah ditulis sebagai C6H12O6]n, n adalah bilangan unit berulang. Dalam perkataan harian, karbohidrat adalah gula. Namun, dalam istilah biokimia, karbohidrat adalah sukrosa, maltosa, glukosa, fruktosa dsb. Ada yang membezakan karbohidrat melalui bilangan karbon dalam unit berulangnya (unit berulang dipanggil sebagai monomer). Contohnya pentosa dan triosa masing-masing mempunyai 5 dan 3 atom karbon. Cuma beberapa jenis karbohidrat yang biasa difokuskan dalam pemakanan dan gizi kita, iaitu sukrosa, fruktosa dsb. Kesemua gula ini perlu dicernakan dalam sistem pencernaan manusia supaya menjadi unit yang terkecil iaitu glukosa untuk diserap ke dalam sel-sel. Jadi, kekurangan glukosa dalam darah bermakna seseorang tidak mempunyai tenaga yang mencukupi untuk meneruskan proses dalam badan. Kesannya, individu tersebut akan pitam dan pengsan. Nasi, roti, dan gandum merupakan sumber karbohidrat yang utama.Lipid adalah lemak yang diperlukan untuk melindungi badan kita. Ia berfungsi sebagai penebat bawah kulit untuk melindungi badan daripada kesejukan. Ia juga bertindak sebagai minyak pelincir untuk mengelakkan geseran antara organ semasa bergerak. Lipid juga merupakan komponen yang penting dalam membentuk sel membran. Selain itu, lemak juga merupakan pembekal tenaga terakhir apabila ketandusan karbohidrat atau protein untuk memberi tenaga kepada badan. Jadi, semua orang memerlukan lipid untuk terus hidup dan melicinkan proses dalam badan. Akan tetapi, pengambilan lemak yang berlebihan akan meyebabkan seseorang terus menjadi gemuk kerana ia tidak digunakan apabila pembekal tenaga lain masih ada. Badan akan menyimpan lemak tersebut di bawah kulit seperti paha, perut, dan bahagian-bahagian yang kurang aktif. Lipid boleh diambil daripada daging, kacang, dan sayur-sayuran.Protein adalah sumber yang penting dalam membina otot-otot badan. Ia adalah unsur yang penting semasa pertumbuhan dari peringkat kanak-kanak ke dewasa. Protein biasanya diambil dari daging-daging seperti ayam, lembu,

Page 4: Asas Sains Dalam Pendidikan Jasman1

ikan, soya dsb. Biasanya, otot akan mengalami kerosakan dan kepecahan apabila seseorang menjalankan sukan, jadi otot tersebut perlu diperbaiki dengan menambahkan satu lapisan protein ke atas bahagian otot yang rosak. Jadi, otot kelihatan besar pada tubuh badan.Sel adalah unit yang paling asas untuk kesemua entiti hidup kerana ia mempu menjalankan semua proses hidup seperti bernafas, berkumuh, makan, bertumbuh dan membiak. Dalam biologi, sel dibezakan sebagai sel haiwan dan sel tumbuhan. Perbezaan utama antara kedua-dua sel tersebut adalah kehadiran sel dinding dan kloroplas. Sel haiwan tidak mempunyai sel dinding dan kloroplas. Jadi, selnya boleh mengembang dan mengecut dengan mengubah kandungan dalam sel itu. Sel haiwan termasuklah semua sel pada haiwan seperti sel otot, sel tulang, sel saraf dan sebagainya.

Page 5: Asas Sains Dalam Pendidikan Jasman1

Biologi adalah satu bidang dalam sains yang mengkaji tentanghidupan, persekitaran, interaksi antara hidupan dengan persekitarandan fenomena yang berkaitan dengannya. Perkembangan dalambidang biologi berlaku dengan begitu pesat terutama dalam bidangbioteknologi, kejuruteraan genetik dan teknologi makanan.Perkembangan ini memesatkan lagi sumbangan terhadap kemajuandalam bidang perubatan, pertanian dan perindustrian yang secaralangsung atau tidak langsung mempengaruhi kehidupan manusia.Oleh itu, ilmu biologi perlu dikuasai oleh murid supaya mereka dapatmenangani perubahan yang berlaku dan memberi sumbanganterhadap perkembangan ilmu demi menjamin kemandirian hidupan.Mata pelajaran Biologi merupakan satu program yangdilaksanakan dalam tempoh dua tahun untuk murid tingkatan empatdan lima sekolah menengah atas. Ia bertujuan untuk membolehkanmurid memahami bidang biologi dengan lebih mendalam daripadaaspek teori, konsep dan aplikasinya dalam kehidupan harian.Pemerolehan pengetahuan dan penguasaan kemahiran berkaitandengan biologi menyediakan murid untuk memahamitanggungjawabnya sebagai pengurus alam demi keharmonian dankesejahteraan hidupan sejagat. Mata pelajaran ini menyediakan muriddengan asas pendidikan biologi untuk melanjutkan pelajaran dalambidang biologi dan bidang yang memerlukan pengetahuan dankemahiran yang berkaitan dengan biologi di peringkat yang lebih tinggiserta ke kerjaya yang berkaitan dengan sains dan teknologi.

Page 6: Asas Sains Dalam Pendidikan Jasman1

OBJEKTIFKurikulum Biologi membolehkan murid:1. Memperoleh pengetahuan tentang konsep dan prinsip biologidan menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomenaalam dan pengalaman harian.2. Memahami pengetahuan biologi dan aplikasi dalam bidang sainsdan teknologi dan kehidupan harian.3. Menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik.4. Mengaplikasikan pengetahuan biologi, kemahiran berfikir dankemahiran saintifik secara analitis dan kreatif untukmenyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang rasionaldan bertanggungjawab berkaitan dengan isu biologi dalamkehidupan harian.5. Menggunakan pengetahuan biologi untuk meningkatkan tarafkesihatan dan kesejahteraan diri.6. Menyedari kepentingan saling hubungan antara hidupan,perhubungan hidupan dengan persekitaran dan kepentinganpengurusan alam sekitar yang bijak demi menjamin kemandirianhidupan.7. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.8. Menilai maklumat berkenaan sains dan teknologi dengan bijakdan berkesan.9. Menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi danbersedia memberi sumbangan kepada perkembangan sainsdan teknologi.10. Menyedari bahawa segala pengetahuan yang diperolehi melaluikajian sains merupakan hasil usaha manusia untukmemperoleh penerangan yang rasional tentang fenomena alamberasaskan kemampuan dan keupayaan akal.

Page 7: Asas Sains Dalam Pendidikan Jasman1