asas penyelidikan kualitatif

Upload: hjamli

Post on 07-Apr-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Asas penyelidikan kualitatif

    1/1

    Asas penyelidikan kualitatifPenyelidikan kualitatif adalah satu konsep yang menaungi beberapa jenis penyelidikan bagi memahamidan menerangkan fenomena sosial dengan cara pemecahan kepada susunan topik tertentu. Kaedah ini

    juga dikenali dengan nama yang berbeza seperti kajian semula jadi, kajian interpretasi, kajian lapangan,pemerhatian ke atas bahan kajian, kajian induktif, kajian kes dan etnografi.

    Salah satu daripada tujuan penyelidikan kualitatif ialah memahami bagaimana manusia memenuhikeperluan asas mereka. Ia menggabungkan pengalaman dan persepsi. Justeru, penggunaan istilah ataufrasa sangat jelas jika dibandingkan dengan kuantitatif. Salah satu perbezaan tersebut ialah sampel atauresponden kajian.

    Bilangan responden yang diperlukan bagi kajian kualitatif adalah kecil berbanding kuantitatif. Penyelidikkuantitatif sering merasa ragu-ragu mengenai bilangan responden yang kecil ini. Hakikatnya ialahbilangan sampel yang kecil ini sudah cukup untuk menjelaskan fenomena yang dikaji. Kefahamansesuatu fenomena adalah dari perspektif bahan yang dikaji, bukannya penyelidik. Walau bagaimanapunpenyelidik adalah instrumen utama bagi pengumpulan data dan analisis.

    Bilangan sampel yang kecil memberi ruang yang sangat luas kepada penyelidik untuk membuat

    pemerhatian ke atas tingkah laku yang dikaji. Cara ini dapat mengekalkan hubungan yang berterusan diantara pengkaji dan responden tersebut. Ketika temu bual dilakukan, penyelidik akan melibatkan diridengan cara yang tidak mengganggu proses yang hendak dikaji. Lagi pun soalan yang hendak ditanyaadalah mendalam supaya subjek dapat menceritakan pengalaman, keprihatinan atau pandanganterhadap isu yang dikaji.

    Secara umum, penyelidikan kualitatif adalah langkah untuk memahami sesuatu situasi berdasarkankonteks dan interaksi yang unik. Ia bukannya satu cubaan untuk meramalkan masa depan sebaliknyamemahami keadaan apa yang berlaku dan akan berlaku selepas itu.