asas pendawaian permukaan satu fasa

46
ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 0 KOLEJ KOMUNITI TAWAU KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI ASAS PEMASANGAN SATU FASA DISUSUN OLEH MUHAMMAD ARID BIN ABDULAHIM Dip.Elect/Bsce.Elect/Med.Tech (UTM) PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK “LEARNING MADE SIMPLE, TRAINING MADE EASY”

Upload: aridsuria2002

Post on 21-Apr-2017

13.776 views

Category:

Education


98 download

TRANSCRIPT

Page 1: ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 0

KOLEJ KOMUNITI TAWAUKEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

ASAS PEMASANGAN SATU FASA

DISUSUN OLEHMUHAMMAD ARID BIN ABDULAHIM

Dip.Elect/Bsce.Elect/Med.Tech (UTM)

PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK

“LEARNING MADE SIMPLE, TRAINING MADE EASY”

Page 2: ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 1

PENGENALAN

Sistem pendawaian elektrik terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:

Sistem pendawaian 1 fasa – biasa di kawasan kediaman (residential area) kecil

dan sederhana.

Sistem pendawaian 3 fasa – kawasan industri dan komersial (industrial dan

commercial area).

SISTEM PENDAWAIAN

Bekalan ke Rumah

Bekalan elektrik yang diterima di rumah kediaman (kecil/sederhana) biasanya

ialah AC 1-fasa 240 V, 50 Hz.

Page 3: ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 2

Bekalan ini diperolehi daripada sambungan antara talian (sama ada R, Y atau

B) dan neutral dari sistem 3 fasa 4 dawai (sambungan Y).

Sumber 3 fasa adalah dari pencawang (substation) yang berhampiran.

Litar Pengguna

Kabel atau talian yang masuk ke bangunan terus disambung ke satu papan

penyambung (pangkalan perkhidmatan).

Di papan ini terdapat fius perkhidmatan dan talian neutral. Dua alat ini milik

TNB dan menjadi tanggungjawabnya.

Selepas pangkalan perkhidmatan, bekalan elektrik akan disambung ke meter

kilowatt jam (Watt hour meter).

Litar pengguna bermula dengan papan suis utama (main switch board (msb))

atau pengasing berkadar 60, 80 dan 100A.

Seterusnya ialah pemutus litar ke bumi (ELCB – earth leakage circuit breaker

atau RCCB - residual current circuit breaker).

Diikuti dengan papan fius agihan atau papan agihan.

Di papan fius agihan ini terdapat 3 busbar penyambungan iaitu wayar hidup

(live), neutral dan bumi (earth).

Fius – fius (pemutus litar miniatur @ miniature circuit breaker (MCB)) yang

berkadaran sama ada 5, 15, 30, 45 A atau 6, 16 dan 32 A ini akan disambung

daripada busbar live ke litar akhir yang bersesuaian.

Bar neutral dan busbar bumi akan disambung terus pada litar akhir – tidak

perlu melalui MCB lagi.

Litar akhir akan mempunyai 3 dawai iaitu live, neutral dan bumi.

Sumber Bekalan Pihak Pembekal (SESB/TNB)

Page 4: ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 3

Mengenalpasti Peranti Perlindungan

Suis Utama (Main Suis)

Pengasing litar / Main switch / Molded Case Circuit Breaker (MCCB)

Page 5: ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 4

http://www.ck-supplies.com

Berfungsi sebagai alat yang boleh memutuskan bekalan agihan kepada pengguna dengan membuka sambungan dawai hidup dan neutral secara serentak jika salah satu kutub bekalan itu tidak dibumikan dengan menggunakan suis dua kutub berangkai. 

Tujuan mengadakan pengasing ialah untuk melindungi pengguna daripada mendapat renjatan elektrik yang berterusan. Oleh itu pengasing hendaklah dipasang pada permulaan litar pendawaian bagi setiap pemasangan sebagaimana yang dikehendaki oleh peraturan elektrik.

Mengnenalpasti Kadaran Dan Perincian Aksesori

o Terdapat dalam 2 versi iaitu 2 pole dan 4 Pole dengan kadaan arus antara 43A -100A

o Kadaran voltan ialah 415V

o Suis utama, RCCB dan MCB mempunyai kadara frekuensi yang sama iaitu 50Hz

o Tidak mempunyai arus pelantik jika lebihan arus berlaku kemungkinan aksesori ini akan terbakar.

Pemutus Litar Arus baki (RCCB/RCB)

Page 6: ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 5

     

Juga dikenali sebagai Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB) atau Residual Case Circuit Breaker (RCCB). Berfungsi sebagai perlindungan kebocoran arus ke bumi dan pengasing litar. Pemutus litar dibuat dalam berbagai bentuk dan jenis kendalian di antaranya ialah jenis isian minyak, jenis hembusan gas, jenis hembusan udara (angin), jenis vakum dan jenis miniatur.

Mengnenalpasti Kadaran Dan Perincian Aksesori

o RCCB boleh didapati dalam 2 versi iaitu 2 Pole dan 4 Pole dengan Kadaaran arus ialah 25A, 40A, 63A and 80A.

o Kepekaan litar lampu adalah 100mA, litar soket adalah 30mA dan kawasan yang berkemungkinan lantainya basah adalah 10mA.

o Kadaran Voltan ialah 240V / 415Vo Suis utama, RCCB dan MCB mempunyai kadara frekuensi yang sama

iaitu 50Hzo Kadaran arus pelantik bagi RCCB biasanya tercatat pada bahagian

permukaan suis iaitu untuk sistem satu fasa 10mA, 30mA dan 100mA

Pemutus Litar Kenit (MCB) /  Pemutus Litar Jenis Miniatur

Juga dikenali sebagai Miniature

Page 7: ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 6

Circuit Breaker (MCB). Berfungsi sama dengan MCCB tetapi pada kadaran yang lebih kecil. Tahan lama dan ia tidak dipengaruhi oleh suhu sekitaran untuk beroperasi dan kadar perlindungan yang diberikannya adalah dalam kelas halus.

Mengnenalpasti Kadaran Dan Perincian Aksesori

o Kadaran arus terdapat dari 2-63A bergantung kepada penggunaan. Untuk litar soket adalah 20A atau 32A manakala litar lampu/kipas adalah 6A.

o Kadaran Voltan ialah 240V / 415V

o Kadaran arus pelantiknya tidak ada, fius akan melebur bergantung kepada keupayaan. Seperti yang tercatat pada sesuatu MCB.

Jenis Litar Unit Saiz Kabel(mm²)

Nilai MCB(Ampere)

Litar Lampu/Kipas 13 1.5 6

Penghawa Dingin Dgn Suis DK 1 4 20

Pemanas Air Dengan Suis DK 1 4 20

Soket Alir Keluar 13A (Jejari) 2 2.5 20

Page 8: ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 7

Soket Alir Keluar 13A (Jejari) 4 4 32

Soket Alir Keluar 13A (Gelang) 6 2.5/4 32

Berikut adalah kadaran MCB dan saiz kabel yang biasa digunakan bagi beberapa jenis litar dan beban yang dikawal.

Kabel Dan Pengalir

Kabel merupakan media yang penting dalam pemasangan elektrik. Ia menjadi perantara sambungan bagi membekalkan tenaga elektrik kepada peralatan elektrik. Oleh sebab kadaran arus, kadaran voltan, keadaan alatan dan tempat berbeza-beza, kabel-kabel dibuat berbagai-bagai jenis dan saiz bagi menyesusaikannya dengan keperluan tersebut.

Oleh itu pengguna haruslah bijak ketika membuat pilihan supaya pilihan yang dibuat itu betul dan sesuai sebelum kerja-kerja pemasangan dilakukan.

Sesuautu kabel itu dianggap sempurna apabila mempunyai tiga bahagian atau sekurang-kurangnya dua bahagian . bahagian-bahagian itu dikenali sebagai penalir, penebat dan perlindungan mekanikal.

Terdapat banyak jenis kabel dan pengalir yang biasa digunakan dalam pemasangan elektrik. Berikut beberapa jenis kabel yang kerap kali digunakan dalam pendawaian elektrik satu fasa.

Kabel Satu Teras

Kabel satu teras tiga pengalir biasanya saiz kabel ini berukurlilit 1.25mm/1.5mm pvc

biasanya digunakan untuk pemasangan litar lampu dan kuasa am

Kabel satu teras satu pengalir biasanya saiz kabel ini berukurlilit 1.0mm pvc biasanya digunakan untuk pemasangan litar kawalan motor

Page 9: ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 8

Kabel Dua Teras

Kabel satu teras tiga pengalir biasanya saiz kabel ini berukurlilit 1.25mm/1.5mm pvc

biasanya digunakan untuk pemasangan litar lampu dan kuasa am

Kabel satu teras tujuh pengalir biasanya saiz kabel ini berukurlilit 2.5mm/4.0mm pvc biasanya digunakan untuk pemasangan litar kuasa, motor elektrik & penghawa dingin

Kabel dua teras banyak pengalir biasanya kebel jenis digunakan pada peralatan atau perkakasan elektrik untuk sambungan bekalan kuasa.

Page 10: ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 9

Kabel Tiga Teras

Alat Tambah

Jenis-Jenis Litar Satu Fasa

Ros Siling

Ros siling ialah tempat penyambungan penamat pendawaian tetap. Dari sisni disambungkan kord atau kabel boleh lentur untuk sambungan ke beban seperti lampu, kipas dan sebagainya. Terdapat tiga jenis ros siling iaitu mempunyai 2 plat, 3 plat dan 4 plat. Ros siling biasanya dipasang untuk bekalan 250V

Kabel tiga teras banyak pengalir biasanya kebel jenis digunakan pada peralatan atau perkakasan elektrik untuk sambungan bekalan kuasa. Kabel jenis ini banyak digunakan untuk membuat penyambungan kabel bagi soket alir keluar mudah alih.

Page 11: ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 10

Pemegagan Lampu

Ialah alat tambah yang digunakan untuk memegang lampu dan ia dapat memudahkan sambungan lampu kebekalan. Terdapat empat jenis pemegang lampu iaitu jenis pangkal kilas, skru Edison, skru goliath dan pin.

Jenis Skru

Jenis Skru

Jenis Pangkal Kilas

Page 12: ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 11

Suis

Suis ialah alat tambah yang boleh memutuskan dan menyambung litar elektrik secara mekanik (kawalan tangan) sama ada secara terus atau melalui perantaraan tali ayau tombol pemetik atau tangkai pada arus normal litar itu. Suis juga hendaklah mampu menahan keadaan tertentu misalnya arus lebih akibat beban yang berlebihan atau litar pintas. Terdapat berbagai jenis suis antaranya suis satu hala, dua hala, perantaraan, dua kutub, pilihan, suis dua hala dan suis tiga kutub.

Soket alur Keluar

Soket alur keluar ialah punca sambungan (sentuhan) betina yang dipasang ke pemasangan tetap. Soket alur keluar bolrh menerima satu palam untuk menyambungkan bekalan ke alat-alat mudah alih. Terdapat berbagai saiz, bentuk dan jenis soket alur keluar di pasaran.

Suis Satu Hala

Page 13: ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 12

PENDAWAIAN PERMUKAAN ( SURFACE WIRING )

Terdapat beberapa jenis pendawaian domestik bergantung kepada kesesuaian premis dan kehendak pengguna Iaitu :-

i. Sistem pendawaian permukaan ii. Sistem pendawaian pembuluh

PVC Logam

iii. Sistem pendawaian tersembunyiiv. Sistem pendawaian salur v. Sistem pendawaian sesalur

Soket Alur Keluar 13A

E

N L

E

N L

Page 14: ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 13

PVC Logam

Jenis sistem pendawaian ini bergantung kepada cara bagaimana kabel pendawaian itu dilakukan.

Dalam perbincangan ini kita akan menekankan hanya pendawaian permukaan sahaja.

Sistem Pendawaian PermukaanSistem pendawaian permukaan boleh dipasang secara terus ke dinding dan siling kayu atau di atas lapik kayu bagi dinding konkrit

Kabel yang digunakan mestilah dari jenis yang mempunyai tebatan berlapis ( PVK/PVK ).- kerana terdedah kepada kerosakkan mekanikal

Kebaikan dan kelemahan Pendawaian Permukaan

Kebaikan:

1. Kemas & elok dipandang.

2. Sesuai untuk pemasangan kecil ( rumah kediaman )

3. Pemasangan mudah dan cepat disiapkan.

4. Kerja menyelenggara / tambahan mudah dilakukan dan tidak menjejaskan

pendawaian sedia  ada.

5. Kos pendawaian yang paling murah.

Kelemahan:

1. Terdedah kepada kerosakkan mekanikal (terdedah).

2. Tidak Tahan suhu panas dan lembab.

3.   Sesuai hanya di tempat tertentu sahaja.

4.   Tempoh ketahanan tidak lama.

Ciri-ciri pemilihan Pendawaian permukaan

a). Bangunan dibuat daripada - kayu / batu.

Page 15: ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 14

b). Voltan rendah – fasa tunggal.

c). Bilangan litar akhir – sedikit

d). Kabel yang dipasang – tidak begitu banyak.

e). Kurang risiko berlakunya kerosakkan mekanikal.

f). Kerja pemasangan – dibuat cepat.

g). Beban kuasa yang digunakan – kecil.

h). Kos pemasangan – ekonomi / murah.

Pemasangan Lampu Dan Soket Alur Keluar

Cataan :

1. Cara pemasangan2. Sambungkan kabel hidup dari DB ke suis

punca (C).3. Sambungkan kabel lampu dari suis punca

(L) kepemegang lampu bertanda (L)/ke punca bahagian tengah.

4. Sambungkan kabel Neutral dari DB ke punca pemegang lampu (N).

5. Sekiranya anda ingin menambah lampu kedua anda hanya perlu sambungkan

Page 16: ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 15

Cataan :

1. Cara pemasangan2. Sambungkan kabel hidup dari DB ke suis

punca (C).3. Sambungkan kabel lampu dari suis punca

(L) kepemegang lampu bertanda (L)/ke punca bahagian tengah.

4. Sambungkan kabel Neutral dari DB ke punca pemegang lampu (N).

5. Sekiranya anda ingin menambah lampu kedua anda hanya perlu sambungkan

Page 17: ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 16

Cataan :

1. Cara pemasangan.2. Sambungkan kabel hidup dari DB ke suis

punca (C) bagi suis 01 dan suis 02.3. Sambungkan kabel lampu dari suis punca

(L) kepemegang lampu bertanda (L)/ ke punca bahagian tengah setiap lampu 01 dan 02.

4. Sambungkan kabel Neutral dari DB ke punca pemegang lampu (N) bagi lampu 01 dan 02.

Page 18: ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 17

Cataan :

1. Cara pemasangan.2. Sambungkan kabel hidup dari DB ke

soket punca (L).3. Sambungkan kabel Neutral dari DB ke

soket punca (N).4. Sambungkan kabel Bumi dari DB ke

soket punca (E).5. Sekiranya anda ingin menambah soket

ke dua secara jejari/siri anda hanya perlu membuat sambungan dari soket pertama ke soket kedua dengan “point” yang sama.

Page 19: ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 18

Cataan :

1. Cara pemasangan.2. Sambungkan kabel hidup dari DB ke

soket punca (L).3. Sambungkan kabel Neutral dari DB ke

soket punca (N).4. Sambungkan kabel Bumi dari DB ke

soket punca (E).5. Sekiranya anda ingin menambah soket

ke dua secara jejari/siri anda hanya perlu membuat sambungan dari soket pertama ke soket kedua dengan “point” yang sama.

Page 20: ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 19

Page 21: ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 20

Pengujian Pemasangan

Terdapat beberapa jenis pengujian bagi sesuatu pemasangan elektrik sama ada pemasangan baharu atau tambahan. Dalam nota ini kita akan sentuh tiga jenis pengujian. Pengujian yang kita akan pelajari ialah pengujian kekutuban, pengujian penebatan dan ujian peranti arus baki.

Ujian Kekutuban.

Tujuan utama ujian ini dilakukan bagi memastikan semua alat kawalan satu kutub seperti fius, suis satu hala-satu kutub, thermostat dan sebagainya berada pada

Page 22: ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 21

pengalir hidup. Ujian ini juga untuk memastikan sambungan tepi pemegagan lampu Edison, bahagian kiri soket alir keluar dan palam pada pengalir neutral. Ringkasnya ujian ini ialah untuk memastikan sambungan kekutuban pada setiap alat tambah dan alat elektrik berada pada tempat yang betul.

Ujian Penebatan.

Tujuan ujian ini dilakukan untuk memastikan ketahanan penebatan antara pengalir dan ketahanan penebat antara pengalir dengan bumi tidak berlaku kebocoran atau litar pintas. Dengan itu pemasangan akan selamat jika membawa arus sebenar.

Ujian Peranti Arus Baki (RCCB).

Tujuan ujian ini dilakukan untuk memastikan sama ada RCCB boleh terpelantik ketika berlakunya litar pintas atau kebocoran arus dalam sesuatu pemasangan. Ujian ini dilakukan dengan memberikan beakalan pada pemasangan yang telah siap dan kemudian tekan punat tekan uji pada RCCB. Sekiranya operator pada RCCB terpelantik ini menunjukkan ianya berada dalam keadaan biak dan pemasagan selamat untuk digunakan.

Berikut adalah contoh pengujian kekutuban dan penebatan pada pemasagan soket alir keluar.

Cataan :

1. Cara menjalankan ujian.2. Sambungkan “probe” ke

keluaran MCB litar kuasa dan satu lagi “probe” kepunca-punca soket alir keluar pada litar hidup.

3. Lakukan juga terhadap sambungan netral.

4. Pastikan bacaan menghampiri kosong / < 1 ohm.

Page 23: ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 22

Cataan :

1. Cara menjalankan ujian.2. Sambungkan “probe” ke

keluaran MCB litar kuasa dan satu lagi “probe” kepunca-punca soket alir keluar pada litar hidup.

3. Lakukan juga terhadap sambungan netral.

4. Pastikan bacaan menghampiri kosong / < 1 ohm.

Ujian Penebatan

Page 24: ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 23

Peralatan Tangan

Untuk melakukan sesuatu anda perlu mangetahui peralatan dan bahan diperlukan mengikut jenis pendawai yang hendak dilaksanakan. Secara asasnya bagi melakukan sesebuah pendawaian anda perlu mempunyai peralatan-peralatan asas pendawaian seperti, tukul, pemotong kabel, playar gabungan, pemutar skru dan pena uji. Berikut adalah contoh peralatan tangan asas yang perlu disediakan dalam melakukan pemasangan elektrik.

Tukul Pendawaian

Alat yang direka khas untuk memaku

Cataan :

1. Cara menjalankan ujian.2. Matikan suis utama.3. Matikan RCCB litar kuasa.4. Matikan MCB yang mengawal

soket.5. Sambungkan “probe” ke keluaran

MCB litar Kuasa dan kepunca Neutral sele[as itu ke punca Bumi

6. Pastikan bacaan menghampiri infiniti/ > 1Megaohm.

Page 25: ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 24

www.dlsweb.rmit.edu.au

Pemotong Kabel

www.digikey.com : www.irwin.com

Player Gabungan

Alat yang direka khas untuk memaku

Terdapat pelbagai jenis pemotong kabel

dipasaran berikut adalah contoh pemotong

kabel yang biasa digunakan dalam kerja-

kerja pendawaian. Ia digunakan bagi

memotong kabel dan juga menanggalkan

pembalut PVC pada sesebuah kabel.

Terdapat pelbagai jenis player gabungan

dipasaran berikut adalah contoh player

gabungan kabel yang biasa digunakan

dalam kerja-kerja pendawaian. Ia

digunakan bagi memegang, mencengkam,

memotong, membengkok dan membentuk

kabel.

Page 26: ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 25

www.stanleytool.co.uk

Pemutar Skru

www.samensshed.org

Pena Ujian

www.chinaouci.com

Terdapat pelbagai jenis pemutar skru. Ia

digunakan untuk memasang dan

menanggalkan skru. Penggunaan pemutar

skru yang betul sama ada kepala Philip

atau plat bergantung kepada bentuk kepala

skru

Untuk mengesan kebocoran arus elektrik

atau kabel hidup. Selain itu ia juga

boleh digunakan untuk kerja ringan

seperti mengetat skru kecil. Pena ujian

ini sesuai dan selamat digunakan untuk

mengesan voltan 50 ~ 500V.

Page 27: ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 26

AMALI

AMALI 01

Page 28: ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 27

AMALI 01

PEMASANGAN SUIS SATU HALA DAN LAMPU

45 mm30 mm20 mm

L S

Page 29: ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 28

L

Page 30: ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 29

AMALI 02

Page 31: ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 30

AMALI 02

PEMASANGAN SOKET SECARA JEJARI

45 mm

20 mm

Page 32: ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 31

Pemasangan Soket Secara Jejari

Page 33: ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 32

AMALI 03

Page 34: ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 33

AMALI 03

PEMASANGAN LAMPU DAN SKOET

45 mm

35 mm

Page 35: ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 34

35 mm

Page 36: ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 35

AMALI 04

Page 37: ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 36

AMALI 04

PEMASANGAN 2 LAMPU DAN 2 SKOET

20 mm

45 mm

35 mm

Page 38: ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 37

LE LN

Soket

LE LN

Soket

Page 39: ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 38

Page 40: ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 39

Rujukkan :

Garis Panduan Pendawaian Elektrik Di Bangunan Kediaman, Suruhanjaya Tenaga Malaysia, Edisi 2008.

Pepasangan Dan Penyelenggaraan Elektrik, Abd. Samad B. Hj. Hanif, Dewan Bahasa Dan Pustaka,Cetakan Kedua,2000\

Teknologi Elektrik, Abd Samad Bin Hj. Hanif, Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd., 2002

Page 41: ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 40

Garis Panduan Pendawaian Elektrik Di Bangunan Kediaman, Suruhanjaya Tenaga Malaysia, Edisi 2008.

Pepasangan Dan Penyelenggaraan Elektrik, Abd. Samad B. Hj. Hanif, Dewan Bahasa Dan Pustaka,Cetakan Kedua,2000\

Teknologi Elektrik, Abd Samad Bin Hj. Hanif, Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd., 2002