litar kawalan pendawaian satu fasa

6
LITAR KAWALAN PENDAWAIAN SATU FASA 1. Alat kawalan turutan satu fasa Definisi:- Litar kawalan ialah turutan alat-alat kawalan & perlindungan yang terdapat pada litar utama pemasangan pengguna.Litar ini termasuklah pengasingan, pensuisan, perlindungan arus lebihan dan perlindungan kebocoran arus ke bumi. Alat-alat kawalan dan perlindungan dalam litar kawalan adalah seperti berikut:- 1. Unit pemotong (Cut out) 2. Jangka kilowattjam ( Kilowatt-hourmeter) 3. Suis utama (Main Switch) 4. Pemutus litar bocor kebumi (Earth Leakage Circuit Breaker) 5. Kotak fius agihan ( Distribution fuse board )

Upload: zulkefli1

Post on 20-May-2015

13.172 views

Category:

Technology


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Litar kawalan pendawaian satu fasa

LITAR KAWALAN PENDAWAIAN SATU FASA

1. Alat kawalan turutan satu fasa Definisi:- Litar kawalan ialah turutan alat-alat kawalan & perlindungan yang terdapat pada litar utama pemasangan pengguna.Litar ini termasuklah pengasingan, pensuisan, perlindungan arus lebihan dan perlindungan kebocoran arus ke bumi. Alat-alat kawalan dan perlindungan dalam litar kawalan adalah seperti berikut:-

1. Unit pemotong (Cut out)

2. Jangka kilowattjam ( Kilowatt-hourmeter)

3. Suis utama (Main Switch)

4. Pemutus litar bocor kebumi (Earth Leakage Circuit Breaker)

5. Kotak fius agihan ( Distribution fuse board )

Page 2: Litar kawalan pendawaian satu fasa

FIUS PERKHIDMATAN DAN PENYAMBUNG NEUTRAL

Fius ini di sambung pada punca masukan belakan utama iaitu ke pengalir hidup atau fasa Berfungsi Sebagai lebihan dan menghadkan arus pengguna dan penyambung neutral di gunakan untuk menyambung kabel bekalan utama kepada kabel neutral pengguna.

JANGKA KILOWATT JAM

Berfungsi sebagai pengukur jumlah tenaga yang digunakan oleh pengguna bagi dalam satu tempoh masa yang tertentu bacaan yang yang di rekodkan dan jumlah penggunaan akan di kira untuk bayaran bagi setiap unit.

Page 3: Litar kawalan pendawaian satu fasa

SUIS UTAMA

Suis utama berfungsi sebagai pengasing litar dan memberi perlindungan arus berlebihan ,alat kawalan secara mekanikal yang boleh membuka dan menyambung litar secara kawalan manual.

PEMUTUS LITAR BOCOR KE BUMI (ELCB)

Berfungsi sebagai perlindungan terhadap kebocoran arus kebumi dan pengasing.

Page 4: Litar kawalan pendawaian satu fasa

PAPAN AGIHAN (DB)

Kotak agihan DB ini adalah tempat pengagihan litar kecil akhir dan peranti perlindungan arus lebihan.setiap litar kecil akhir mempunyai peranti perlindungan arus lebihan yang tersendiri mengikut kadaran arus maksima dan jenis litarnya Berfungsi sebagai pengagih litar akhir dan perlindungan arus lebihan.

2. Litar Akhir Pengguna Definisi:- Litar akhir adalah litar yang disambungkan keluar dari kotak fius agihan (DB) dan berakhir di beban atau soket alur keluar atau kelengkapan elektrik di pemasanagn itu. (Mula dari DB dan berakhir ke beban pengguna). Terdapat 2 jenis litar akhir iaitu:- 1.Litar pencahayaan - litar lampu, kipas,loceng dan jam elektrik. 2.Litar kuasa - soket alur keluar(sak) biasanya 13A, 15A.

Page 5: Litar kawalan pendawaian satu fasa

Litar Pencahayaan

Litar ini termasuk untuk lampu, kipas siling, loceng pintu dan jam elektrik. jumlah beban yang boleh dipasang pada satu litar kecil akhir lampu adalah berkadaran 5a.setiap satu point lampu atau kipas dianggarkan berkadaran 100w.satu litar akhir bagi litar lampu/kipas jumlah point maksima ialah 10 poin lampu dan kipas.

Cara-cara pendawaian litar cahaya:-

Litar Kuasa

Litar pendawaian kuasa terbahagi kepada dua jenis:-

1. Litar jejari Litar ini adalah sejenis litar pendawaian biasa di mana dawai hidup-(l), dawai neutral-(n) dan dawai bumi-(e) diambil dari kotak fius agihan sebagai satu litar akhir dan disambungkan ke punca soket alur keluar (S.A.K). 2. Litar gelang (ring) Kabel litar gelang mestilah bermula dari satu fius di dalam kotak fius agihan dan disambungkan ke tiap-tiap punca soket alir keluar (S.A.K) dan akhirnya hendaklah kembali ke fius asalnya.

Page 6: Litar kawalan pendawaian satu fasa

Gambarajah pendawaian litar kuasa

Gambarajah litar jejari & gelang