asas mikroskop

Upload: bulah-goribau

Post on 18-Oct-2015

74 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Bahan Rujukan

TRANSCRIPT

TAJUK: ASAS PENGGUNAAN MIKROSKOPOLEH: ADZHAR BIN ABD RASID

KAD MATRIK: CT10210030

KUMPULAN 1

PENDAHULUANAntony Van Leuwenhoek adalah orang yang pertama kali menggunakan mikroskop walaupan dalam bentuk yang ringkas dalam bidang mikrobiologi. Kemudian pada tahun 1600 Hanz dan Z. Jensen telah mencari mikroskop yang lebih maju dengan nama mikroskop ganda. Mikroskop Jansen terdiri daripada tiga tiub seri dengan kanta yang dimasukkan ke dalam hujung tiub pengapitnya. Kanta mata adalah bi-cembung dan kanta objektif plano-cembung, reka bentuk sebatian yang sangat maju bagi tempoh masa ini. Tumpuan mikroskop tangan ini telah dicapai dengan gelongsor tiub seri masuk atau keluar sambil memerhati sampel. Mikroskop Jansen mampu pembesar imej kira-kira tiga kali apabila ditutup sepenuhnya dan sehingga sepuluh kali apabila diperluaskan kepada maksimum. Tiada model awal mikroskop Janssen telah terselamat, tetapi ada calon yang ditempatkan di dalam Muzium Middleburg di Belanda bahawa sesetengah ahli sejarah berpunca dari Jansen. Walaupun asas apabila dibandingkan dengan mikroskop moden, mikroskop Jansen pendahuluan penting dari pembesaran kanta tunggal. Pada akhir abad ketujuh belas, perkembangan lanjut, terutamanya oleh Anton van Leeuwenhoek dan Robert Hooke dibenarkan pemerhatian organisma seperti fosil, diatoms, serta sel-sel yang pertama.Sejak itu, mikroskop moden telah berada di barisan hadapan pembangunan saintifik. Mikroskop adalah suatu benda yang berguna untuk memberikan bayangan yang diperbesar dari benda-benda yang terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar. Mikroskop terdiri daripada beberapa bahagian yang mempunyai fungsi masing-masing. Mikroskop pada prinsipnya terdiri dari dua kanta cembung iaitu sebagai kanta objektif (berhampiran dengan mata) dan lensa okuler (berhampiran dengan benda). Lensa objektif biasanya dipasang pada roda berputar, yang disebut gagang main. Setiap kanta objektif boleh dimainkan ke tempat yang sesuai dengan perbesaran yang dikehendaki. Sistem kanta objektif memberikan perbesaran awal dan menghasilkan bayangan nyata yang kemudian diprojeksikan ke atas kanta okuler untuk menghasilkan bayangan maya yang kita lihat

JENIS-JENIS MIKROSKOP

Mikroskop cahaya Mikroskop cahaya jenis kompaun iaitu mempunyai dua set kanta (Rajah 1.1) Mikroskop makmal yang biasa mempunyai sekurang-kurangnya tiga kanta objektif: objektif kuasa rendah (pembesaran 10X),kuasa sederhana (40-45X) dan kuasa tinggi (100X) atau rendaman minyak (kuasa yang paling tinggi). Kanta okular (mata) biasanya mempunyai kuasa pembesaran 10X. Jumlah kuasa pembesaran adalah kuasa pembesaran objektif darab kuasa pembesaran kanta okula. Spesimen dihubungkan secara fizikal dengan kanta rendaman minyak melalui minyak rendaman. Keadaan ini memberikan imej yang lebih terang kerana cahaya yang melalui slaid mikroskop dan terkena pada spesimen yang sedang diamati tidak dibiaskan dan oleh yang demikian disalurkan ke dalam kanta rendaman minyak sebab indeks refraktif kaca dan minyak rendaman adalah hampir sama. Cahaya menjadi tertumpu dengan intensiti yang meningkat dan akan memberikan resolusi yang tinggi. Sebaliknya, jika ruang antara spesimen dan kanta adalah udara, sebahagian besar daripada cahaya akan dibiaskan disebabkan perbezaan indeks refraktif yang besar antara kaca dan udara. Oleh yang demikian, cahaya yang dibiaskan pasti tidak akan masuk ke dalam kanta. Dengan menggunakan cahaya biasa untuk memancarkan imej objek, peringkat yang paling halus sekali yang boleh kita lihat (kuasa resolusi) adalah 0.2 mikron (m) atau 200 nm kerana ini adalah had yang ditentukan oleh gelombang cahaya yang dapat dilihat. Walau bagaimanapun, kuasa resolusi 200 nm ini adalah dalam keadaan optimum dan sungguhpun objek boleh diamati, struktur dan saiznya amat sukar dipastikan. Sebenarnya, resolusi mikroskop cahaya biasa ialah 300 nm.akan kanta kuartza. Mikroskop pendaflour, Mikroskop ini boleh digunakan untuk mengesan benda-benda asing atau antigen dalam rangkaian. Mikroskop medan gelap, mikroskop ini digunakan untuk melihat bakteria hidup, khususnya bakteria yang begitu tipis yang hampiri mendekati batas daya pisah mikroskop majmuk. Mikroskop fasekontras, Mikroskop ini digunakan untuk melihat benda dalam keadaan alamnya, tanpa menggunakan bahan pewarna. Pada bawah meja objeknya dan pada kanta objektifnya dipasang kelengkapan fasa kontras. Mikroskop elektron,Banyak komponen sel seperti mikondria, ribosom dan reticulum endoplasma yang begitu kecil tidak boleh dilihat secara detail dengan mikroskop biasa. Mikroskop elektron menggunakan fail elektron, tetapi yang sepatutnya dihantar secara serentak ke seluruh medan electron difokuskan sebagai titk yang sangat kecil dan boleh digerakkan maju mundur pada spesimennya. Mikroskop ini terdiri kepada dua bahagian iaitu bahagian mekanik: statif, kubus, revolver, meja benda, skru, pengatur kubus (kasar, makro meter dan halus; micrometer), pengatur pentas mekanik. Dan bahagian optik: kanta okuler, kanta objektif, kondensor dan cermin pengatur cahaya.MIKROSKOP CAHAYA

LENSA OKULAR, iaitu lensa yang dekat dengan mata pengamat, lensa ini berfungsi untuk membentuk bayangan maya, tegak, dan diperbesar dari lensa objektif

LENSA OBJEKTIF, lensa ini berada dekat pada objek yang di amati, lensa ini membentuk bayangan nyata, terbalik, di perbesar. Di mana lensa ini di atur oleh revolver untuk menentukan perbesaran lensa objektif.

TABUNG MIKROSKOP (TUBUS), tabung ini berfungsi untuk mengatur fokus dan menghubung kan lensa objektif dengan lensa okuler.MAKROMETER (PEMUTAR KASAR), makrometer berfungsi untuk menaik turunkan tabung mikroskop secara cepat.MIKROMETER (PEMUTAR HALUS), pengatur ini berfungsi untuk menaikkan dan menurunkan mikroskop secara lambat, dan bentuknya lebih kecil daripada makrometer.

REVOLVER, revolver berfungsi untuk mengatur perbesaran lensa objektif dengan cara memutarnya.

REFLEKTOR, terdiri dari dua jenis cermin yaitu cermin datar dan cermin cekung. Reflektor ini berfungsi untuk memantulkan cahaya dari cermin ke meja objek melalui lubang yang terdapat di meja objek dan menuju mata pengamat. Cermin datar digunakan ketika cahaya yang di butuhkan terpenuhi, sedangkan jika kurang cahaya maka menggunakan cermin cekung karena berfungsi untuk mengumpulkan cahaya.

DIAFRAGMA, berfungsi untuk mengatur banyak sedikitnya cahaya yang masuk.

KONDENSOR, kondensor berfungsi untuk mengumpulkan cahaya yang masuk, alat ini dapat putar dan di naik turunkan.

MEJA MIKROSKOP, berfungsi sebagai tempat meletakkan objek yang akan di amati.

PENGEPIT KACA, pengepit ini berfungsi untuk mengepit kaca yang melapisi objek agar tidak mudah bergeser.LENGAN MIKROSKOP, berfungsi sebagai pemegang pada mikroskop.

KAKI MIKROSKOP, berfungsi untuk menyangga mikroskop.

SENDI INKLINASI (PENGATUR SUDUT), untuk mengatur sudut atau tegaknya mikroskop.LANGKAH-LANGKAH DALAM PENGGUNAAN MIKROSKOP Letakkan mikroskop di tempat yang terang

Pusingkan kanta objek berkuasa rendah supaya berada di atas lubang pada pentas

Lihat melalui kanta mata

Laraskan cermin supaya paparan menjadi terang

Letakkan slaid di atas dengan klip

Putarkan tombol fokus kasar untuk menggerakkan kanta berkuasa rendah ke bawah sehingga kanta berada hampir dengan slaid.

Lihat ke dalam kanta mata dan putarkan tombol fokus kasar untuk menggerakkan kanta ke atas sehingga spesimen pada slaid boleh dilihat dengan jelas.

Jika perlu, tukar kepada kanta berkuasa tinggi

Laraskan tombol fokus jitu sehingga imej menjadi jelas.Mikroskop ialah radas yang mahal dan harus dikendalikan dengan cermat. Bebarapa langkah berjaga-jaga semasa mengendalikan mikroskop termasuklah:

Letakkan mikroskop di atas permukaan datar

Letakkan mikroskop dalam kedudukan menegak

Pegang mikroskop dengan kedua-dua belah tangan. Sebelah tangan seharusnya memegang badan mikroskop manakala sebelah tangan lain seharusnya menyokong tapak mikroskop.

Pastikan mikroskop sentiasa kering dan bersih untuk mengelakkan pertumbuhan kulat.

Kerapkali bersihkan kanta mikroskop dengan kertas tisu atau larutan pembersih kanta

Tutup slaid kaca yang mengandungi spesimen dengan penutup kaca apabila menggunakan kanta objek pada kuasa tinggi.

Sentiasa putarkan tombol fokus kasar dalam arah lawan jam

Buka kedua-dua mata semasa melihat melalui mikroskop.

PENUTUPMemang tidak dapat dinafikan mikroskop merupakan alat yang penting di dalam sesuatu makmal khususnya makmal sains sekolah. Langkah-langkah penggunaan dan pengendalian peralatan ini perlu diberi keutamaan. Perlu diketahui bahawa Iklim di Malaysia adalah lembap dan keadaan ini menggalakkan pertumbuhan fungus pada permukaan kanta mikroskop. Walaupun terdapat jenama mikroskop yang kantanya dilapisi dengan bahan kimia untuk mencegah masalah ini, tetapi perlindungan ini, dipercayai tidak berkekalan. Ia perlu dirawat secara berterusan khususnya dengan menyalutkan semula bahan kimia berkenaan pada waktu tertentu. Cara yang mudah dan baik untuk mengatasi hal ini adalah dengan menyimpan mikroskop di dalam bilik atau ruangan tertutup yang dilengkapi dengan alat penyahlembap (dehumidifier) yang akan mempastikan suasana udara di dalam bilik atau ruangan tersebut sentiasa kering.BAHAN RUJUKANhttp://www.ukm.my/penerbit/mikrobiologi.pdfRajah :1 Mikroskop cahaya